Politik adalah permainan yang berkait rapat dengan angka. Apabila berpolitik berpaksikan perasaan dan menafikan angka, segala strategi dan kaedah akan meletakkan parti dalam keadaan kacau bilau dan tidak tentu hala.
Realiti inilah yang sedang melanda Pas. Parti serpihan UMNO ini berpolitik ikut perasaan. Dendam kesumat, marah membara, dengki khianat dan belot menyelubungi diri setiap pemimpin Pas dari dahulu hingga kini.
Sejarah penubuhan Pas itu sendiri adalah dari perasaan marah, dendam dan dengki orang yang kalah bertanding jawatan Yang DiPertua UMNO. Ini sejarah yang Mat Sabu, timbalan presiden Pas yang ditangkap khalwat dengan isteri orang tidak berupaya menulisnya semula.!
Pas sedar, apabila dicongak bilangan dan angka rupanya parti mereka adalah parti picisan. Bukan dominan. Yang menguasai dari segi angka ialah DAP. Itu sebabnya Pas kelam kabut menukar hala tuju parti dari negara Islam kepada negara berkebajikan dan terkini mendokong idelogi komunis!
Jangan Pas jual temberang nak cerita dari aspek kebajikan. Sepanjang Nik Aziz mentadbir Kelantan, kebajikan apa yang boleh dibanggakan.
Kebajikan yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional berbanding pakatan pembangkang macam langit dengan bumi.
Dari dalam kandungan ibu sudah dijaga kebajikan seseorang hinggalah ke liang lahat.
Setiap kali demam pilihanraya melanda, Nik Aziz bersandiwara lagi tentang hukum hudud. Lihatlah apa kesudahannya, apabila ditempik oleh Karpal, Pas yang ibarat anjing menyalak bukit akan diam.
Kenapa ini berlaku. Jawapnya kerana angka tidak menyebelahi Pas. Mereka kena tunduk dan sujud dengan DAP.
Kepada semua rakyat Malaysia janganlah buang masa memikirkan parti mana nak dipilih dalam PRU13, pilih saja Barisan Nasional kerana angkanya mantap dan menyakinkan.
Kebajikannya kepada rakyat sudah terbukti. Transformasi berjaya, rakyat sejahtera. -UMNO Online
Kami berempat, saya dan production team saya sedang menumpang sebuah teksi di Kota Bangkok bila pemandu teksi tersebut mula bercerita bagaimana beliau begitu kagum dengan Tun Dr Mahathir Mohamed. Tak habis-habis dia memuji Mahathir dan mengeji Thaksin (Perdana Menteri Thai ketika itu).
Apabila teksi kami berhenti di persimpangan di Patpong, tiba-tiba pemandu teksi itu berhenti mengalih bercakap pasal Mahathir, sebaik ternampak seorang pondan melintas jalan. “Mr Anwar!” kata pemandu teksi itu dengan kuat dan bangga sambil menunjukkan ke arah pondan yang melintas jalan itu.
Kami ketawa sehingga terasa nak pecah perut tanpa perlu doa pecah perut Nik Aziz. seterusnya...
Masyarakat di Gombak masih lagi kecoh disebabkan rumah terbuka Azmin yang tidak ada orang. Haram. Sampai ramai yang bertanya serius atau tidak Azmin nak bertanding. Ataupun memang Azmin sudah siap sedia nak berhijrah ke tempat lain. Ikut dialah. Nak pergi mana pun.
Rumah Terbuka PKR di Tropicana pun suam kuku. Nak kata ramai sangat tidaklah. Cukup makan. Anwar sendiri pun perasan bahawa crowd sudah tidak seperti dulu. Macam tidak ada momentum dan kekuatan. Balik-balik wajah penyokong biasa. Bukan orang baru. Kalangan fence-sitters pun sudah tidak ramai bersalam dan mengucapkan selamat. Ini Anwar dapat rasakan sama sekali. Malahan, arahan Anwar untuk PKR Cabang untuk sabo majlis hari raya di kawasan-kawasan Parlimen tertentu juga gagal. Di Kepala Batas, jamuan hari raya Pemuda dan Puteri sahaja mencatatkan kehadiran hampir 12k orang. Anwar cukup marah – kerana Kepala Batas adalah kawasan yang Anwar harap Pakatan Rakyat dapat menang.
Kebetulan sudah tidak ada ramai orang, adik Azmin Ali yang terkenal dengan perangai ‘gay’ dan mulut laser menjadi pemanis rumah terbuka. Azwan lah yang jadi penghibur walaupun peminat tidaklah seramai mana. Ramai yang menyampah lagi ada.
Tapi biasalah, adik Azmin Ali yang seorang memang gila glamer. Kalau bab nak bergambar dengan Anwar; dialah yang menjadi tukang susun. Ramai kalangan ahli politik PKR pun tak senang. Menyampah.
Dalam pada bergurau, Azwan ada berseloroh dengan Anwar kononnya HUDUD tidak boleh dilaksana di Malaysia – sebab akan menyusahkan orang seperti dia. Bila Azwan bertanya dengan Anwar, ‘Betul atau tidak Dato’ Seri?’….Anwar hanya tersenyum sipu dan malu. Kesian Anwar, dengan selamba sahaja dimalukan oleh Azwan Ali. Anwar yang terlampau seronok jumpa Azwan Ali, pakai baju pun senget sebelah….
Hudud memang modal politik kepada Anwar. Di atas desakan Anwarinas di dalam PAS; Anwar terpaksa membantu dengan memberikan persetujuan bahawa Hudud boleh dilaksana di Kelantan. Pelik tetapi benar.
Agaknya, kalau Hudud sudah dilaksana di Kelantan – bolehlah spesis seperti Anwar dan Azwan Ali bergelumang dengan dosa di Kota Bharu. Susah nak jatuh hukum, sebab perlu ada 4 saksi yang nampak penetrasi berlaku. Tak mungkin.
Seperti yang diduga pakatan pembangkang yang gabra dengan polimek isu hudud yang mendedahkan kepada mata ramai bagaimana ia ‘ tidor sebantal mimpi lain-lain’ telah bertindak segera untuk buat damage control.
Satu sidang media khas dipanggil oleh Setiausaha Agung PAS-PKR –DAP di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Isnin untuk memastikan ia tidak merebak hingga di luar kawalan.
Maka seperti biasa satu arahan TUTUP MULUT dikeluarkan kepada semua pemimpin pakatan pembangkang jangan cakap isu hudud hingga Rabu mala mini bila majlis pimpinan mereka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan satu konsensus keatas isu yang menjadi modal politik PAS.
Pengumuman mengenai arahan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali.Hadir sama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang mewakili Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Keadaan dalam pakatan pembangkang jadi bercempera bila Pengerusi DAP Karpal Singh ‘mengamuk’ balik dan Guan Eng kata semua barisan pimpinan DAP Pusat akan letak jawatan parti jika hudud dimasukan dalam agenda pakatan pembangkang.
Sekalipun jelas wajah garang Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz selamba kata ‘ bye-bye’ jika DAP tak setuju perlaksanaan hukum hudud,namun Mustapha ‘ cover line’ hal itu dengan menyatakan bahawa cakap Menteri Besar Kelantan itu adalah dalam kontek negeri itu sahaja.
Katanya pakatan itu mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan kepada mana-mana negeri dibawahnya laksana atau tidak hukum hudud.
Serentak dengan itu seperti biasa beliau mendakwa isu ini sengaja diperbesarkan oleh media yang dikuasai kerajaan untuk porak perandakan pembangkang.
Untuk mengambarkan ‘ tak ada hal ‘ ketiga-tiga mereka beraksi ambil gambar gengam tangan tanda perpaduan. AD
Ini cakap yang berhormat ke atau cakap Yang Bodoh?? Sampai koata jemaah haji Malaysia pun nak dipolitikkan kononnya kerajaan BN tidak menjadikan rukun Islam sebagai agenda utama....Lain kali kalau nak bercakap tu guna la otak jangan pakai kepala lutut...Kalau nak tahu kiraan kuota berdasarkan kepada 1% jumlah penduduk negara. Sebab itu Malaysia dapat kuota 28ribu, dan kaedah ini dikenakan kepada semua negara seluruh dunia mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pemerintah Arab Saudi. Bukannya suka-suka hati nak hantar berapa banyak. Hidup kena ikut peraturan kalau main redah saja macam orang tidak bertamadun.
Changkat Jering, 25 Sept:- Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin bersama Pas Kawasan Bukit Gantang pagi semalam, 25 September telah meraikan bakal jemaah haji daripada Parlimen Bukit Gantang.
Program berlangsung di Surau Qariah Batu 6, Changkat Jering. Seramai 42 bakal jemaah haji hadir dalam program tersebut.Untuk maklumat seramai 79 orang bakal Jemaah Haji daripada Parlimen Bukit Gantang.
Dalam ucapannya Nizar memberi penegasan ,apabila Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia, kuota jemaah haji insya Allah akan mencecah 50,000 orang.Kerajaan baru nanti mempunyai banyak sumber dan langkah yaang membolehkan rakyat Malaysia menunaikan haji dalam usia lebih muda.
Menurut Nizar kuota haji sebanyak 50,000 akan dapat dicapai. Bagi Nizar, kerajaan BN tidak menjadikan Rukun Islam sebagai satu agenda utama.
Bagi Nizar Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil langkah bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia yang muda menunaikan Rukun Islam itu.
Pakatan Rakyat akhirnya membuat keputusan untuk menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen untuk memperbaiki proses pilihanraya. Pengumuman dan kenyataan kepada media nampak macam solid dan bersatu. Seolah-olahnya, mereka memang sudah membuat keputusan yang bulat dan nekad untuk menyertai jawatankuasa tersebut.
Pada hakikatnya, mesyuarat itu tidaklah berlangsung dalam suasana yang mesra. Banyak juga bertegang urat. Seorang rakan blog ini yang kebetulan menjadi pencatat, memaklumkan bagaimana berlaku ‘heated debate’ antara Anwar dan DAP sewaktu mesyuarat tersebut berlangsung. Anwar masih dengan pandangan awal, PR mesti menjauhkan diri daripada JK tersebut kerana menyertainya adalah satu ‘endorsement’ kepada Najib.
DAP pula kekal dengan pandangan – perlu merubah dan memberikan pandangan dari dalam JK tersebut. Malahan, DAP merasakan adalah sesuatu yang sangat rugi jika PR tidak menyertai JK terbabit. Rakyat akan melihat PR sebagai kumpulan oportunis yang hanya tahu menjerit di jalanan. DAP mengatakan bahawa penyertaan dalam JK tersebut tidak bermakna satu endorsement kepada Najib. Tidak semestinya.
Anwar terdiam. Anwar tetap dengan pandangan bahawa PR patut BOIKOT dan tidak menjadi sebahagian daripada JK terbabit.
PAS juga bersetuju dengan DAP – tidak ada gunanya menjerit di jalanan tetapi tidak menjadi anggota JK tersebut.
Anwar akhirnya terpaksa akur dengan desakan rakan dalam PR. Tak ada choice. Muka Anwar berubah.
Namun, DAP pandai memujuk dengan mencadangkan Nurul Izzah menjadi wakil PKR di dalam JK tersebut. DAP menganggap Izzah sesuai diletakkan di situ kerana sangat vokal dan faham mengenai teras perjuangan Bersih. Ianya juga bagus untuk meningkatkan kredibiliti Izzah dalam jangka masa panjang. Anwar mula tersenyum….
PAS juga khabarnya akan menghantar calon yang vokal ke JK tersebut. Orangnya belum dipastikan. Nama Mahfuz disebut-sebut. Tetapi belum mendapat persetujuan.
DAP juga khabarnya akan menghantar seorang Ahli Parlimen wanita ke JK tersebut. Fong Po Kuan adalah antara nama yang dimaklumkan. Graduan UIAM dalam undang-undang ini dikatakan dapat memberikan pandangan guaman kepada JK terbabit.
Anwar patut sedar, dia semakin kurang dihormati dalam Pakatan Rakyat. Mereka seperti sudah bersedia mengurus Pakatan Rakyat TANPA Gelagat Anwar.
“Slm. Isu panas Today? AA pose maut ngan @anwaribrahim ya? Aminnnn”, twitter Azwan Ali kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempamerkan foto mereka digambarkan ber’pose’ maut bersama.
“Lihat foto:pose mesra ha ha”, balas Anwar dalam twitternya kepada Azwan kira-kira satu jam yang lalu.
Azwan kata ‘pose maut’, tetapi Anwar kata ‘pose mesra’.
Sebelum ini, kira-kira 14 jam lalu, Azwan telah twitt Anwar bersama dengan foto mereka, “Slm. @anwaribrahim n Azwan Ali ! This 2 really Rocking the world ya! Aminnnn wt people say”, kata Azwan.
“Tq-good meetg”, balas Anwar yang memberitahu foto itu dirakam semasa program perjumpaan mereka.
Azwan Ali adalah personaliti tv merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan juga merupakan abang kepada Ummi Hafilda, saksi penting kes liwat I, bekas Timbalan Perdana Menteri, kira-kira 13 tahun lalu.
Ada mesej jelas ingin disampai oleh mereka dalam foto dan kata-kata di atas serta seolah-olah tersembunyi satu strategi baru yang dirangka bersama, bakal mereka lakukan selepas ini..AIDC
Kata RBF dia menonton klip video itu di Hadyaai,Thailand tiga bulan lalu. Klip berkenaan dipercayai panjangnya sekitar sejam lamanya. “Ia diatur oleh seorang rakan di sana,”ujarnya.
RBF mendakwa dari apa yang disaksikan lelaki dalam video itu memang 100 peratus seiras Datuk Seri Anwar Ibrahim. Video itu dalam hitam putih.
Dia menjelaskan video itu bermula dengan seorang lelaki berpakaian kemas masuk ke sebuah bilik hotel dan kemudiannya tukar pakai robe hotel. Waktu lelaki itu masuk sudah ada dua wanita di atas katil yang berasingan dalam bilik itu.
Selepas itu salah seorang dari wanita berkenaan masuk ke bilik sebelah (connecting room). Kemudiannya kelihatan wanita yang seorang lagi yang masih berada dalam bilik itu mengurutnya. Kata RBF dia tidak menonton sampai habis kerana ‘panjang sangat’ dan situasi waktu itu tidak mengizinkan. Menurutnya dia difahamkan aksi berkenaan dirakam di sebuah bilik hotel di Bangkok.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.
“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.
“Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama.
“Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Guan Eng berkata, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.
**Selagi DAP ada kuasa dalam pakatan...jangan mimpi laa PAS nak bersuara..Confirm hari Rabu ni selepas mesyuarat Pakatan haram...isu hudud akan lenyap kerana tidak sesuai dilaksanakan....
Orang Pas marah benar dengan Ustaz Kazim sekarang ni. Malah sejak Ustaz Kazim tidak sehaluan dengan cara politik Pas yang mempolitikkan agama. Beliau sering dikritik hebat oleh mereka. Pas kalau boleh mahukan semua Ulama hebat hanya didalam Pas. Jika beliau orang Pas, barulah mereka mahu menghormati beliau. -Mctheory
Gempak beb...guna ferrari jual selipar....CONFIRM Azmin cemburu gila dengan Mamat ni sebab dia tak leh nak pakai Ferrari...nanti kena tangkap dengan SPRM
Jangan hairan kalau selepas ini kita akan melihat drama Datuk Nik Aziz Nik Mat berpeluk Arab dengan Karpal Singh.
Siapa tahu PAS sekali lagi terpaksa angkat bendera putih kepada DAP seperti sebelum ini apabila Pengerusi DAP itu bagi kata dua langkah mayatnya dulu kalau PAS nak meneruskan hajatnya menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia.
PAS sebagai sebuah parti cukup arif dengan reliti ia akan kehilangan DAP sebagai sahabat dan undi bukan Melayu jika terus main sentimen negara Islam.
Sebab itu Muktamar PAS Jun lalu meluluskan konsep ‘Negara Kebajikan’ untuk memenuhi selera DAP dan PKR.
Mana Singa DAP itu tidak angin satu badan bila Nik Aziz kata PAS sedia ucap bye-bye pada DAP jika ia tidak setuju dengan perlaksanaan undang-undang hudud.
Kalau Nik Aziz belasah DAP secara terbuka begitu maka Menteri Besar Kelantan itu kenalah telan Karpal Singh gelar beliau orang tua yang merengek cari perhatian.
Kenyataan seperti itu memang berat dibuat antara dua buah parti sahabat sekalipun satu dunia tahu mereka selama ini hanya tidor sebantal tapi mimpi lain-lain.
Itu yang dikatakan oleh Karpal Singh pada Nik Aziz semasa beliau bercakap pada wartawan di Air Hitam,Pulau Pinang Sabtu.
Rasa kecewa Karpal Singh pada Nik Aziz memang tidak dapat dibendung lagi.
"Saya berpendapat isu berhubung negara Islam telah pun diketepikan dengan resolusi yang diterima pakai pada muktamar Pas yang diadakan tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Karpal menyebut resolusi Pas bahawa parti itu tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.
"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu,” katanya.
DAP telah meminta Pakatan Rakyat supaya mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian parti PAS untuk melaksanakan hukum Hudud dan penubuhan negara Islam.
Serentak dengan itu beliau mahu sekretariat pakatan pembangkang mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti PAS itu.
Katanya sebarang kelewatan menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan.
"Sebuah mesyuarat tergempar perlu diadakan serta merta bagi memperjelaskan secara terbuka pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi itu perlu ditamatkan secara muktamad," katanya. AgendaDaily
Dari imej seorang ‘hero’ dan bakal Perdana Menteri Malaysia seperti diramalkan sekitar Mac 2008 oleh akhbar Israel, The Jerusalem Post, akhirnya merudum prestasi kepada seorang ‘liabiliti’ serta memalitkan imej negatif kepada kepada Pakatan Pembangkang yang dipimpinnya.
Dalam masa tiga tahun (2008-2011), imej positif yang dibinanya sejak pasca keluar dari penjara Sungai Buloh, semakin luntur dan merudum.
Apakah faktor yang mendorong merudumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim ?
YB Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim yang asalnya dari PKR merumuskan sekurang-kurangnya dua faktor besar yang menyebabkan kredibiliti Anwar musnah.
Pertama, faktor tuduhan melakukan seks luar tabie dengan pekerjanya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa berlaku di sebuah kondominium pada 26 Jun 2008.
Kedua, faktor pembohongannya untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.
“Kalau saudara perhati, selepas kes Saiful dan 16 September baru berlaku pergerakan ahli (PKR) keluar. Tan Tee Beng keluar kerana DAP. Datuk Zahrain keluar kerana DAP. Sebab Datuk Zahrain kata, semua dah ragu, dah mula persoal.
“Disebabkan keraguan pun dah ada, dah tak percaya pun ada, bila kena macam tu, Datuk Zahrain keluar (PKR), orang macam YB Mohsin keluar, orang macam Wee Chee Keong keluar.
“Saya (pula) yang keraguan menjadi pecah itu, yang menjadi fullstop itu adalah kerana isu kalimah Allah”, katanya ketika ditemu bual di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.
Dalam kes liwat, Zulkifli yang pernah menjadi peguam bela Anwar untuk kes liwat I dapat membuat perbezaan di antara kes liwat I dengan kes liwat II.
Kes liwat I, didakwa di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada akhir tahun 1998, di mana Anwar dituduh meliwat seorang lelaki bernama Azizan Abu Bakar.
Adik angkat Anwar, seorang lelaki jambu, warga Indonesia, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja juga turut didakwa di mahkamah bersubahat dengan abang angkatnya (Anwar) meliwat Azizan.
Ketika kejadian liwat itu berlaku, sekitar tahun 1993, di kondominium milik Sukma, Tivoli Villa, Bangsar, Azizan adalah pemandu peribadi Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Pada 8 Ogos 2000, mahkamah menjatuhi hukuman bersalah kepada Anwar dan Sukma bersubahat meliwat Azizan. Anwar dihukum penjara sembilan tahun, manakala Sukma dihukum penjara enam tahun dan empat kali sebatan.
Pada 2 September 2004, ketika Anwar merayu di Mahkamah Persekutuan persidangan tiga hakim membuat keputusan majoriti 2-1 yang memberi implikasi Anwar dibebaskan.
Namun begitu, pembebasan itu bukan bererti Anwar tidak melakukan aktiviti terkutuk itu, malah ketiga-tiga hakim sepakat bersetuju dan mempercayai ‘aktiviti liwat di Tivoli Vila benar-benar berlaku‘, tetapi dibebaskan kerana masalah teknikal iaitu tarikh dan wujud elemen ‘suka sama suka‘.
Kes liwat II berlaku pada tahun 2008 iaitu Anwar didakwa di Mahkamah Tinggi meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, seorang lelaki muda ketika itu berusia 24 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 di antara jam 3.01 petang hingga 4.30 petang.
Kes ini masih berlangsung hingga ke hari ini di peringkat, mendengar pembelaan daripada pihak Anwar.
Sebelum ini, pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes itu wujud prima facie, di mana terdapat bukti air mani Anwar dalam dubur Mohd Saiful seperti mana yang telah dibuktikan oleh para doktor dan pakar forensik di mahkamah.
Menurut Zulkifli beliau terlibat secara langsung dengan kedua-dua kes liwat Anwar itu dan merumuskan kes liwat I berbeza dengan kes liwat II.
“Pertama sekali, dalam kes Saiful, laporan polis dibuat oleh Saiful dua hari sahaja selepas kejadian. Azizan enam tahun. Ini (kes Saiful) dua hari. Berlaku 26 Jun 2008, lapor 28 Jun”,katanya.
Perbezaan kedua, katanya, DNA turut ditemui dalam lubang dubur Mohd Saiful dan disahkan oleh tidak kurang dari tujuh orang, termasuk doktor, pakar kimia dan forensik, sedangkan pada tahun 1998, tiada apa-apa penemuan DNA dari dubur Azizan dan keterangan sokongan hanya bergantung kepada seorang pakar forensik, Lim Kong Boon.
“Semua confirm ada DNA di dalam dubur Saiful. Dan semuanya confirm, bahawa DNA itu adalah sumbernya air mani.
“Bukan sahaja mereka temui DNA dalam dubur Saiful, mereka dapat kenal pasti sumber DNA itu iaitu air mani “Lelaki Y” (Anwar Ibrahim) dan air mani itu ada lagi kat dalam (dubur)”, katanya.
Menurutnya lagi, ketika Anwar mendapat berita Mohd Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, beliau berada bersama-sama Ketua Umum PKR di Quality Hotel, Shah Alam.
Katanya, reaksi-reaksi Anwar yang defensif ketika itu telah menimbulkan tanda tanya dan keraguan di kalangan aktivis-aktivis PKR.
“Banyak dalam kes Saiful ini kita mula ragu. Apatah lagi bila tengok cara Anwar bertindak.
“Saya sendiri terlibat dalam tahun 1998. Kita lawan, tapi dalam kes Saiful, kita lari. Anwar (lari) pergi ke Kedutaan Turki.
“Itu yang menimbulkan keraguan. Kenapa Anwar nak lari? Lepas itu kita buat pula mesyuarat dalam (Quality Hotel) itu. Masa itu kita buat keputusan, kita buat cerita yang Anwar nak kena bunuh”, katanya.
Katanya, perancangan untuk membuat surat sumpah palsu kepada Muhamad Rahimi Osman dan Mohd Rasid Rosidi juga menimbulkan keraguan kerana ketika itu masyarakat tidak mengenali siapakah kedua-dua lelaki tersebut dan apa kaitan kedua lelaki itu dengan kes liwat Anwar.
“Saya ingat lagi, malam itu bagaimana kita berbincang nak buat surat sumpah palsu untuk Rahimi dan lain-lain.
“Saya rasa Rahimi sekarang ini pun dah confirm bahawa dia kena buat surat sumpah palsu.
“Jadi, saya antara orang yang terlibat 1998, tengok benda ni semua, (mula tertanya-tanya) eh..apa hal ni ? Kenapa buat macam ni? Kita mula bertanya. Mula bertanya, itulah kunci sebenarnya”, katanya.
Menurutnya, keraguan dan tanda tanya itu sampai ke penghujungnya apabila berlakunya peristiwa 16 September 2008.
“Tadi dah ragu dah. Kenapa dia nak lari ke Kedutaan Turki? Kenapa dia bohong kata dia nak kena tembak? Kenapa dia tak mahu bagi DNA? Kita dah ragu dah.
“Masuk isu 16 September, dia tipu kita…Bila berlaku 16 September, mula kita berkata, kita kena kencing dah ni. Kita kena bohong”.
Katanya, kedua-dua isu itu, iaitu kes Mohd Saiful dan 16 September menjadi pencetus kepada hilangnya keyakinan kepada Ketua Umum PKR sepertimana yang dirumuskan oleh sahabat baik Anwar selama 30 tahun, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, sebagai ‘keraguan mengatasi keyakinan’. AIDC
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.
"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.
"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.
Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.
Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.
Perdana menteri juga menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.
Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.
"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.
"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.
Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.
"Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.
"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.
"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.
APABILA Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Aziz Nik Mat kembali bercakap soal pelaksanaan hukum hudud, percayalah ia hanyalah kenyataan politik menjelang pilihan raya.
Malah lebih daripada itu, Mursyidul Am Pas tersebut akan dilihat hendak mengalih perhatian rakyat terhadap isu tragedi Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Sebenarnya, kalau Pas benar-benar ikhlas hendak melaksanakan hukum hudud sudah pasti parti itu akan bermati-matian mempertahankan perjuangan negara Islam yang dipeloporinya.
Tetapi semua itu terkulai layu dalam muktamar tahunan parti tersebut baru-baru ini, apabila Pas menyatakan ingin memperjuangkan negara berkebajikan dan ia disusuli dengan pelancaran manifesto mengenainya minggu lalu.
Oleh itu, kita perlu bertanya kepada Nik Abdul Aziz, apakah pelaksanaan hukum hudud ini sudah mendapat restu Pas pusat atau ia sebagai ‘gula-gula’ Pas Kelantan untuk menghadapi pilihan raya?
Nik Abdul Aziz amat memahami rakyat Kelantan kini semakin menyedari kemampuan Pas selepas 21 tahun mereka memerintah, kalau mengikut kepada ‘cuaca politik’ sekarang, pemerintahan Pas akan berakhir di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.
Apatah lagi, Nik Abdul Aziz dan Pas Kelantan melihat semakin ramai orang Melayu di negeri itu yang sebelum ini begitu percaya bahawa Pas akan melaksanakan hukum hudud dan mempertahankan perjuangan Islam mendapati penantian mereka hanya sia-sia.
Pas Kelantan amat memahami situasi ini apatah lagi dari semasa ke semasa banyak kemelut berlaku melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.
Justeru Nik Abdul Aziz kembali mendendangkan lagu ‘hukum hudud’ dalam usaha untuk menarik perhatian pengundi-pengundi Kelantan.
Dan seperti diduga ‘nyanyian sumbang’ berkenaan mendapat tentangan daripada DAP yang boleh dianggap ‘pengkritik tetap’ terhadap ‘sandiwara’ Pas dalam soal hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
Berdasarkan hakikat itu, tidak payahlah kita terpengaruh dengan polemik baru antara Pas dan DAP dalam isu hukum hudud ini, sebaliknya tidak harus melupakan dua isu berkaitan kedua-dua parti berkenaan yang berlaku sekarang.
Pas sedang berusaha mencuci imej berikutan isu tragedi Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu manakala DAP pula berhadapan dengan isu menggantikan Jalur Gemilang yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M.Manoharan.
Isu hudud hanyalah ‘peluru-peluru’ terakhir yang terpaksa digunakan bagi mengalihkan isu-isu berkenaan, namun pujian perlu diberikan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sentiasa konsisten menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.
Ertinya dari segi sikap konsisten dalam pendirian politik, Karpal Singh dan DAP jauh lebih baik daripada Pas yang bersedia mengubah pendiriannya semata-mata untuk meraih sokongan politik.
Jika Pas benar-benar mahu memperjuangkan hukum hudud, Pas sudah pasti tidak akan berganjak daripada perjuangan negara Islam tetapi apa kata Nik Abdul Aziz pada 25 Jun 1999?
Antara lain beliau berkata, “Pas Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa...”.
Itu kata Nik Abdul Aziz sendiri tetapi kenapa baru sekarang Menteri Besar Kelantan itu hendak bercakap soal hukum hudud? Bukankah dari satu segi ia sudah ‘nampak menyusahkan’ kerjasama dengan DAP?
Sebenarnya perjuangan untuk melaksanakan hukum berkenaan sudah lama tidak ada dalam diari politik Pas, malahan pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Pas mengeluarkan manifesto bertemakan, ‘‘Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih’ Menuju Negara Berkebajikan.’’
Kalau Pas Kelantan benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh apabila diberi peluang untuk memerintah Kelantan bagi penggal kelima pada pilihan raya umum lalu.
Tetapi Pas tidak berbuat demikian sebaliknya tumpuan utama parti itu termasuk di Kelantan ialah membantu pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
Malahan sepanjang keterujaan ke Putrajaya berkenaan tidak ada satu pun konvensyen , seminar atau muktamar dianjurkan oleh Pas bagi menunjukkan keseriusan mereka untuk melaksanakan hukum hudud.
Maknanya, jelaslah apa yang diperkatakan oleh Nik Abdul Aziz hanyalah mainan politik Pas Kelantan sahaja dalam usaha mengekalkan kuasa pemerintahan di negeri itu.
Bagi Pas pusat pula, walaupun mereka mengetahui bahawa tindakan Nik Abdul Aziz hanya akan mencetuskan polemik dengan DAP tetapi mereka pastinya akan mendiamkan diri.
Ia kerana sekurang-kurangnya tindakan Nik Abdul Aziz itu boleh meredakan ketegangan akibat isu yang dicetuskan oleh Mohamad Sabu.
Kalau benar Pas bersama-sama Nik Abdul Aziz mahu memperjuangkan hukum hudud dan negara Islam sudah pasti Pas tidak akan bersedia bekerjasama dengan DAP sejak awal lagi.
Pas sudah tahu pendirian konsisten DAP dalam soal berkenaan tetapi Pas bersedia bekerjasama dan seterusnya menggadaikan segala-galanya kerana Pas tidak mahu ketinggalan ‘kapal kekuasaan’ yang sedang diusahakan oleh pakatan pembangkang.
Jika Pas menganggap bahawa polemik dengan DAP bukanlah usaha untuk mengalih isu, maka Nik Abdul Aziz sebagai tokoh yang paling dihormati dalam Pas perlu membuat kenyataan untuk mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang.
Tindakan itu bukannya aneh kerana pada tahun 1990, Pas yang terlalu ingin berkuasa bersedia bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat (S46) dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) tetapi enggan bekerjasama dengan DAP dalam Barisan Alternatif.
Jika tindakan ini tidak dilakukan, maka anggaplah sahaja apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz hanyalah sekadar sandiwara politik menjelang pilihan raya semata-mata dan ia akan sunyi kembali apabila pilihan raya berakhir. UM
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.