Tuesday, September 20, 2011


Teka-teki mengenai ribuan laporan polis terhadap  Mohamad Sabu akhirnya terjawab pada Selasa, selepas peguamnya memberitahu Timbalan Presiden PAS itu akan didakwa di mahkamah pada Rabu.

Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth esok berhubung ucapannya yang menyokong Ahmad Indera atau Mat Indera dan tragedi berdarah Bukit Kepong.

Media melaporkan, Mohamad Hanipa Maidin berkata anak guamnya dimaklumkan pihak polis mengenai perkara itu dan akan didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

“Ya...ya... saya dimaklumkan begitu... Mat Sabu (Mohamad) akan didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth esok pagi, sekitar pukul 9 pagi.

“Saya dan Mat Sabu akan hadir,” katanya.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi apabila didakwa menyokong pemimpin komunis Mat Indera dalam satu ucapannya di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Lebih seribu laporan polis dibuat berbagai pihak berikutan kontroversi tersebut.

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, termasuk oleh pewaris anggota polis Bukit Kepong yang terkorban dalam kejadian berdarah itu.

Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, rumah Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian pagarnya terbakar.

Anak perempuannya Nurul Huda dipetik berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, beliau mendapati bahagian pagar depan dan lantai halaman rumahnya terbakar, selepas dimaklumkan jiran.

"Saya tak nampak api. Waktu saya keluar rumah (api) sudah tiada. Cuma ada bau minyak dan gas," katanya yang berseorangan di rumah ketika itu.  - Agenda Daily

Mat Sabu telah ditangkap dan kini sedang berada di IPK Pulau Pinang. Mengikut kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Mat Sabu ditahan sekitar jam 7.30pm di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan dibawa ke IPK untuk memberi keterangan. Jika tidak terdapat sebarang masalah, Mat Sabu akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Berdasarkan hasil siasatan yang telah dijalankan oleh polis, pihak peguam negara mendapati terdapat kes terhadap Mat Sabu yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai berhubung dakwaannya yang menganggap Muhammad Indera @ Mat Indera dan komunis sebagai hero sebenar. Mat Sabu akan didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan akan didakwa esok di  Mahkamah SPU, Pulau Pinang.





Orang tua-tua ada berkata, berdiam diri itu bermaksud bersetuju. Jadi apakah tindakan Anwar Ibrahim yang tidak mahu melayan dan menjawab isu video seksnya yang tersebar didalam negara ini boleh disifatkan sebagai bersetuju dengan kejadian tersebut?

Atau Anwar sengaja mahu menutup kisah moralnya itu dengan mengambil pendekatan berdiam diri tidak melayan sebarang pertanyaan wartawan serta media?

Banyak yang boleh rakyat fikir tentang tindakan Anwar yang tak mahu mengulas berkenaan soal video skandal seksnya. Rakyat sendiri sudah tentu mahukan penjelasan dari Anwar bagi menghilangkan rasa curiga mereka terhadap Ketua Umum Pakatan tersebut.

Apatah lagi dikalangan pengikut-pengikut setia Anwar yang berjuang mempertahankan beliau dari dahulu hingga sekarang. Mereka-mereka itu juga tak mahu dikatakan sebagai berketuakan seorang pengamal seks luar nikah. Seboleh-bolehnya, mereka pasti mahu Anwar sendiri menjelaskan keadaan yang sebenar.

Tetapi jika kenyataan terbaru Anwar diambil kira, seluruh pengikut Anwar mesti hampa dengan tindakan Ketua Pembangkang yang enggan melayan sebarang pertanyaan mengenai pendedahan skandal seksnya yang dikeluarkan melalui blog pro kerajaan.

Ini sekaligus menunjukkan bahawa Anwar sengaja ingin membiarkan beban untuk menangkis skandal seksnya itu ditanggung oleh penyokong dan juga para pengikutnya sendiri, dan bukan dia yang bertanggung jawab untuk merungkai segalanya.

Persoalannya sekarang ialah, apakah kebanyakan rakyat yang mula sangsi terhadap moral Anwar akan percaya dan menerima penjelasan dari orang yang bukan tertuduh?

Penjelasan dari orang lain pastinya tak akan sama dengan penjelasan dari Anwar Ibrahim sendiri kerana dia yang lebih tahu apa yang terjadi.

Apakah cukup dengan Anwar menuduh blog terbabit menjadi alat kepada kerajaan UMNO/BN bagi menyelesaikan segala persoalan yang timbul? Tentunya tidak kerana rakyat berhak tahu bagaimana moral dan perangai sebenar pemimpin yang dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri Ke-7 negara.

Dengan berdiam diri serta tak mahu melayan segala isu yang timbul berkenaan soal moralnya sendiri, Anwar secara indirectly telah menyebabkan kebanyakan rakyat akan mula mempersoalkan integriti dan juga keimanan beliau.

Bagaimana Anwar mahu menjadi pemimpin yang baik kepada rakyat jika dirinya sendiri pun masih lagi dibelenggu nafsu liar?

Mungkin Anwar ingat rakyat negara ini mudah untuk melupakan apa yang mereka lihat dan dengar.

Generasi rakyat dizaman baru ini lebih matang memilih pemimpin kerana segala maklumat kini sudah berada dihujung jari. Jadi, siapa yang Anwar hendak perbodohkan kali ini? Rakyat atau dirinya sendiri?

- Che_Wan

Panas....hati dan perasaan Anwar hancur berkecai apabila saksi yang dibawa untuk menyelamatkannya bersetuju dengan hujah Datuk Yusof Zainal Abiden bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam....berdasarkan penemuan dan kajian yang dibuat di dalam jurnal perubatan...tetapi apa yang menariknya Datuk Yusof Zainal Abiden mempersoalkan kredibiliti pakar DNA Australia Dr Brian McDonald sambil mendakwa beliau bukan pakar yang layak dalam bidangnya kerana kelayakannya sudah luput.......


Pasukan pendakwa kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kredibiliti pakar DNA Australia Dr Brian McDonald sambil mendakwa beliau bukan pakar yang layak dalam bidangnya.

“Hanya kerana saksi boleh menjelaskan terma dan istilah, bukan bermakna beliau seorang pakar,” kata Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini.

Yusof berkata Dr McDonald bukan pakar DNA yang layak kerana kelayakannya sudah luput sekarang.- Malaysian Insider
 ______________________________________________
Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka - pakar DNA dari Australia - Dr Brian Mc Donald bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam.

Perkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Yusof merujuk kepada artikel 1997 yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan.

Yusof:
Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?

McDonald: Saya bersetuju.

Dalam artikel 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun telah menjadi satu pertikaian di kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik.

Bukan mustahil

Yusof juga sebelum itu merujuk kepada tiga jurnal perubatan kes rogol luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih daripada 100 jam.  -MalaysiaKini




KUALA LUMPUR – Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini.

Kosmo! difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil.

Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.

Sambil itu, mereka mula menghayati mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada antara mereka mula mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.

Antara lagu yang mempunyai unsur kepada perbuatan membunuh diri ialah yang bertajuk Welcome to the Black Parade nyayian kumpulan My Chemical Romance dari Amerika Syarikat dengan liriknya ‘And though you’re dead and gone, believe me your memory will carry on’ (Walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).

Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi.

Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.

Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.

Pengarah Urusan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal yang mendedahkan trend terbaharu remaja perempuan itu berkata, pengikut fanatik kumpulan Emo mendakwa mendapat kepuasan apabila mereka melakukan semua ritual tersebut.

“Mereka rasa puas terutama ketika mereka mengelar tangan dan menjilat darah sendiri termasuk melakukan semua perbuatan tidak berakhlak membuatkan diri mereka rasa begitu hebat,” katanya ketika dihubungi semalam.

SUMBER : KOSMO
Dunia oh dunia...sampai nak masuk lubang kubur pun sempat lagi nak bergaya...Mungkin ada diantara kita yang pernah mendengar tentang perkara ini. Bagi yang tak tahu pula...inilah kain kafan yang paling mahal...berjenama...

Kalau mengikut cerita kain kafan seperti ini ditempah khas dan dijual pada orang kaya Arab Saudi yang mementingkan jenama..Harap-harap pekara ini jangan terjadi di Malaysia sudah la....Adakah kain kafan yang berjenama seperti ini akan menjadi trend satu hari nanti??...Wallahualam.

Walau semahal mana pun kain kafan yang digunakan ianya tetap akan reput dimamah tanah....








Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Isnin menyatakan sokongan beliau terhadap penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata langkah itu akan memberi lebih kebebasan kepada rakyat Malaysia.
Namun, Dr Mahathir menegaskan ISA yang diwarisi sejak zaman British sebenarnya tidaklah terlalu kejam kerana rakyat Malaysia masih bebas memberi pandangan dan pendapat mereka.
"Tidak semua mereka yang membuka mulut terus ditahan di bawah ISA...dan tanggapan bahawa Malaysia tidak bebas kerana ISA juga tidak tepat," katanya.
Bernama melaporkan, Dr Mahathir berkata tindakan menghapuskan ISA meletakkan Malaysia "pada tahap moral yang tinggi", malah boleh dianggap setahap lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.
"Selepas penghapusan akta itu, kita boleh mulakan kempen untuk minta mereka lepaskan tahanan tanpa bicara, sebagai contoh, di kem tahanan Teluk Guantanamo.
"Masih ada yang ditahan sejak 10 tahun lepas dan tidak dibicarakan, ditahan hanya kerana mereka orang Islam," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata Malaysia kini lebih liberal dengan penghapusan ISA dan berhak membuat tuntutan seumpama itu terhadap negara seperti Amerika dan Britain.
"Dulu mereka menegur Malaysia kononnya zalim, menahan tahanan tanpa perbicaraan, namun itu yang mereka lakukan sekarang ini.
"Mungkin mereka baru sedar dalam situasi tertentu, Malaysia terpaksa menahan orang tanpa perbicaraan, namun apa yang mereka lakukan di Teluk Guantanamo lebih kejam dengan meluluskan undang-undang yang membenarkan penyeksaan tahanan," katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir khuatir puak pelampau dan perkauman di Malaysia akan mengambil kesempatan untuk membuat kenyataan yang akan merugikan negara apabila ISA dihapuskan.
Sementara itu, bekas perdana menteri itu berkata beliau menggunakan blog sebagai medium untuk berkomunikasi dengan orang ramai.
"Melalui blog saya mampu membuat teguran dan menyampaikan pandangan untuk dikongsi bersama," katanya.
Berpendapat teguran yang dibuat dalam blog beliau sebagai satu keperluan, Dr Mahathir berkata blog harus digunakan untuk menyampaikan sesuatu yang betul. AD


SEMUA di antara kita tahu Pas adalah sebuah parti yang tidak pernah tetap pendirian. Sekejap begitu...sekejap begini... Di Trengganu dan Kelantan mereka dipanggil Pas kluk-klek.

Bukan sekadar tidak tetap pendirian, Pas juga terkenal dengan sikap sanggup melakukan apa sahaja demi undi dan kuasa. Menipu, memfitnah, lacur agama, jual bangsa sehinggalah ke tahap menjadikan isteri sebagai taruhan politik.

Kelmarin, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersuara meminta agar Perdana Menteri membenarkan hukum hudud dilaksanakan. Semuanya gara-gara laporan dari Majlis Aids Malaysia yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV paling tinggi dalam Malaysia pada tahun 2010.

Untuk pengetahuan, bukan sahaja tahun 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada tahun 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang oleh mereka.

Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal dengan perangai pemimpin dan penyokong-penyokong Pas, apa sahaja yang buruk akan dilemparkan kepada UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz kata punca HIV tinggi di Kelantan kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1993 kerana halangan daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Cuba bayangkan sekiranya laporan-laporan akhbar atau berita yang tersiar beberapa hari lepas melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan paling rendah penghidap HIV di Malaysia, apa pula mereka akan kata? Mereka akan kata "inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaan Islam di Kelantan." Tetapi apabila akhbar melaporkan Kelantan yang paling tinggi, terus kesalahan diletakkan ke atas hudud dan Tun Dr. Mahathir. Mereka hanya nak yang baik-baik, yang buruk semuanya milik orang lain.

Mengikut laporan daripada Majlis AIDS Malaysia, bagi setiap 100,000 orang penduduk Kelantan 28.8 orang daripada mereka menghidap AIDS. Jauh melebihi negeri-negeri lain yang mempunyai bilangan penduduk yang lebih ramai daripada Kelantan, serta negeri yang tidak dipimpin oleh seorang tok guru yang sering melaung-laungkan menjalankan pemerintahan secara Islam.

Bilangan penduduk Malaysia mengikut negeri, Kelantan berada di tangga kesembilan dengan bilangan penduduk 1.54 juta orang, tetapi mempunyai penghidap HIV yang paling ramai dalam negara kita.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak dipimpin oleh seorang tok guru dan tidak pernah sama sekali menjalankan hukum hudud, kelab malam sana-sini dan mempunyai bilangan penduduk 1.67 juta orang tetapi mencatatkan bilangan pesakit AIDS yang lebih rendah daripada Kelantan, iaitu 18 orang bagi setiap 100,000 orang penduduknya.

Jadi di manakah relevannya apabila Nik Aziz mengaitkan kegagalan melaksanakan hudud punca pesakit AIDS tinggi di Kelantan?

Bukan hudud penyebabnya. Sebabnya kerana kegagalan dia dan barisan pentadbirannya mendidik rakyat sendiri. Begitulah buruknya perangai seorang tok guru, meletakkan kesalahan kepada orang lain untuk menutup kelemahannya.

Di negeri Kelantan selama 365 sehari setahun Pas adakan ceramah. Tak kira bulan puasa atau bulan raya atau bulan lain-lain. Setiap malam bukan satu tempat Pas ceramah, berpuluh-puluh tempat. Pernahkah mana-mana orang yang pergi ke ceramah Pas mendengar penceramah-penceramah Pas memberi nasihat tentang bahaya HIV atau AIDS?

Tidak! Mula ceramah baca sepatah dua ayat Quran dan hadis Nabi, kemudian kutuk dan fitnah UMNO. Selepas itu buat cerita sedih dan diiringi selawat minta petugas bawa kantung untuk kutip derma. Penutup ceramah minta undi Pas. Habis ceramah, duit derma yang dikutip masuk poket. Esok ceramah lagi. Dapat duit lagi. Itulah rutin seorang pemimpin Pas.

Apabila kalah pilihan raya, salahkan parti lawan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apabila pesakit HIV tinggi salahkan Tun Dr. Mahathir dan hukum hudud.

Tempoh 21 tahun Pas perintah Kelantan bukannya tempoh yang pendek. Tun Dr. Mahathir mentadbir negara selama 22 tahun. Tahun depan tempoh Nik Aziz jadi MB Kelantan dah sama dengan tempoh Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri.

Apa kejayaan yang boleh dibanggakan dengan 21 tahun pemerintahan Nik Aziz? Pembangunan rohani gagal, pembangunan jasmani pun gagal.

Beberapa pihak pernah memaklumkan hudud yang dibawa oleh Pas pada tahun 1993 bukannya hudud yang sebenar mengikut syariat Islam. Ia hudud politik. Sengaja direka cipta supaya ditolak oleh Kerajaan Pusat pada masa itu. Apabila ditolak bolehlah dijaja cerita UMNO tolak Islam.

Mereka berjaya dan itulah yang mereka jaja sampai ke hari ini. Hudud politik Pas juga terdiam seketika pada tahun 1995 kerana peristiwa penangkapan khalwat Mat Sabu.

Jika Pas kata Tun Dr. Mahathir tolak hudud, kenapa selepas beliau berhenti daripada kerajaan, Pas tidak pernah menghantar draf hudud yang baru kepada Perdana Menteri selepas itu? Kenapa Pas tidak hantar kepada Pak Lah dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak? Itulah bukti mereka tidak serius dan ia sengaja dicetuskan untuk tujuan politik.

Pas boleh berdemo untuk Bersih 1, Bersih 2 dan sekarang sedang mengancam akan berdemo untuk Bersih 3. Pas boleh berdemo untuk Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan macam-macam demo lain yang diadakan atau disertai Pas, tetapi mengapa Pas tak berdemo untuk mendesak kerajaan agar membenarkan mereka laksanakan hudud di Kelantan?

Jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud, sila hantarkan draf hudud kepada Perdana Menteri yang ada sekarang. Belum tentu beliau akan tolak. Belum cuba belum tahu. Sekiranya Najib tolak hudud yang benar-benar berteraskan al-Quran dan bukannya berteraskan politik Pas, kita minta Pas adakan demonstrasi untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bukan hudud dan bukan Tun Dr. Mahathir yang menjadi penyebab tingginya HIV di Kelantan. Puncanya kerana kegagalan Pas mentadbir dan mendidik rakyat. Mereka tiada masa nak fikir pasal rakyat. Masa mereka hanya diperuntukan dengan mereka-reka fitnah, sebar fitnah, ceramah politik, cari kawasan balak, cari penaja haji dan macam-macam kepentingan peribadi yang lain lagi.

Sekiranya benar-benar rakyat Kelantan telah dididik dan diajar dengan ajaran Islam secukup-cukupnya sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Pas , jangan kata pesakit AIDS, lokap-lokap polis di Kelantan pun dah lama kosong.

Kehebatan Pas di Kelantan hanyalah mencipta slogan-slogan sahaja. UM

Monday, September 19, 2011



Anwar Ibrahim diibaratkan seperti kucing hilang anak apabila terus mengelak dari menjawab tentang pendedahan satu lagi video yang melibatkan dirinya yang bertarikh 12 Januari lalu. Tindakan Anwar itu terus menimbulkan persoalan besar kerana Anwar seperti orang yang hilang akal dan kebingungan bila berdepan isu video seks itu terutama yang membabitkan bekas orang kepercayaannya Datuk Eskay.
Apa yang nak ditakutkan oleh Anwar… kalau dah tahu diri tu tak salah dan difitnah, kemukakanlah saman fitnah. bersihkan diri..Nak risau apa. Rakyat pun nak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah walaupun pada hakikatnya rakyat dah tahu siapa pelakon dalam video seks tersebut. 
Wah..dulu bukan main garang lagi..pantang orang silap cakap..kerja nak saman orang je..tapi sekarang kenapa takut nak saman pulak walaupun membabitkan maruah peribadinya. Adakah apa yang dikeluarkan oleh Datuk Easkay benar belaka dan tidak dinafikan oleh Anwar....
Rasanya semua orang dah faham benar dengan perangai Anwar, sebelum ini dia pernah mengakui tidak mengenali siapa Datuk Easkay dan mempertikaikan Easkay sebagai rakan baiknya tapi dalam video terbaru yang dipaparkan jelas wajah beliau dengan Datuk Easkay.  Lama mana boleh sembunyi...
Sudah-sudahla nak meporak-perandakan Malaysia...bertaubatlah...


Inilah akibatnya kalau khusyuk sangat berucap sampai terkeluar gigi palsu...

Cilaka punya orang ...kalau berani keluarlah berhadapan dengan keluarga yang menjadi mangsa komunis... jangan main-main dan jangan asyik sembunyi dalam kain Norma je...

Tahukah anda kenapa Teng Hock Nan mengunakan perumpamaan Guan Eng seperti kekasih curang? Perangai Guan Eng sebenarnya tak ubah seperti budak bohjan, dia cuma nak sedap tapi tak mahu bertanggungjawab.

Beliau sanggup berbohong semata mata mahu menutup kelemahan diri.Maka apa saja kesilapan yang beliau buat akan dihalakan kepada orang lain.Ketika beliau memikat pengundi untuk menagih kasi,segala janji bulan dan bintang dicurahkan.Apabila beliau dapat apa yang dimahukan rakyat Pulau Pinang dilayan seperti bohsia yang diguna ibarat kertas tisu,nak pakai baru guna tak mau boleh dibuang.

Mana janji nak mansuhkan tol Sungai Nyior? Tak ada? Mana janji nak buat rumah murah? Tak ada? Mana janji nak hapuskan rasuah? Rasuah tetap berlaku jugak.Mana janji nak transperensi? Tak ada,projek PDC direct nego 76 juta pun dah lingkup Guan Eng punya kerja.

Lim Guan Eng hanya nampak hebat rambut bersikat tepi dengan minyak rambut ,tetapi percayalah muka hensem seperti Guan Eng ada lidah bercabang di dalam mulutnya.


Guan Eng umpama kekasih curang?

PULAU PINANG 18 Sept. - Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sering menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jika tercetus sesuatu isu di negeri ini disifatkan seperti seorang kekasih yang hanya pandai memikat gadis tetapi tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, rakyat perlu sedar bahawa kebanyakan kenyataan atau pengumuman mengenai dasar pentadbiran yang dibuat Guan Eng hanya mahu menarik perhatian mereka sedangkan hakikatnya ia sekadar indah khabar daripada rupa.
Menurut beliau, apabila sesuatu dasar atau keputusan yang dibuatnya tidak berjaya, Guan Eng mengelak untuk bertanggungjawab dan akan menuding jari terhadap pentadbiran kerajaan BN tiga tahun lalu.
"Dia (Guan Eng) seperti seorang jejaka yang sentiasa memikat kekasihnya dengan mengatakan dialah paling hebat dan terbaik.
"Pada suatu hari, kekasihnya mengadu bahawa dirinya mengandung dua bulan tetapi dia terus menuduh kekasih lama gadis itu yang telah berpisah tiga tahun lalu sebagai bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan persidangan perwakilan Gerakan negeri di sini hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Hock Nan turut membidas konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang diperkenalkan Guan Eng dalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Jelasnya, konsep tersebut pada luaran sahaja bersih tetapi di dalamnya penuh keladak. Ketika menerangkan mengenainya kepada para hadirin, Hock Nan memegang segelas air lalu membancuh dengan serbuk campuran kopi.
"Cuba lihat air di dalam gelas ini. Ia nampak jernih dan bersih. Tapi bila saya campurkan serbuk kopi ini, ia menjadi keladak. Itulah sebenarnya CAT," ujarnya.-Utusan

PANAS : ANWAR PAKAI BOMOH ???


Inilah manusia anugerah Tuhan...bukan saja hebat diranjang, tidak kira lelaki atau perempuan di balunnya...Anwar juga hebat dalam kerja-kerja meramal dan menilik..mungkin Anwar simpan bomoh kot....siapa tahu...tu yang kerap sangat ke Thailand dan Indon...


Yang menariknya Anwar sudah tahu undang-undang yang akan menggantikan ISA akan lebih zalim walaupun undang-undang itu belum lagi diputuskan oleh PM. Hebat sungguh bomoh yang dipakai oleh Anwar....boleh meramal masa depan...

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat cukup matang untuk tidak meletakkan harapan tinggi dalam isu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang mengehadkan kebebasan sivil dan politik.

anwar ibrahim and wan azizah sodomy trialKetua pembangkang berkata, beliau menjangkakan dua undang-undang menggantikan ISA sama terhad, walaupun mungkin tidak lebih ketat, daripada versi sedia ada.

Anwar menambah, rakyat perlu berwaspada bilakah akta itu hendak dibatalkan dan di kalangan pimpinan Umno sendiri, ia dijangka cukup ketat dan keras "asalkan bunyinya bukan ISA".

"Saya tidak percaya rakyat mudah diperbodohkan dan menilai kedudukan dalam pengumuman kerangka kenyataan oleh Apco.

"Biar rakyat menilai dengan sendiri. Kempen Pakatan batalkan ISA berkesan," katanya yang juga anggota parlimen Permatang Pauh.

Anwar berkata, harus diingati bahawa ISA digunakan untuk mempertahankan ketuanan Melayu dan melindungi kedudukan Umno dalam kerajaan.

Beliau berpendirian bahawa rakyat mampu menilai cadangan yang dikemukakan perdana menteri sebagai cara untuk menambat hati rakyat menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Dua soalan yang perlu difikirkan bilakah ISA akan dimansuhkan? Dan apakah kedua-dua undang-undang yang menurut maklumat daripada Umno, akan sama ketat dan terhad untuk menggantikan ISA?" katanya.
 
**Mungkin sebab itu Wan Azizah asyik tunduk dan takut dengan Anwar?????

Mat Sabu sehingga kini belum menafikan dakwaan Umi Hafilda beliau pernah bagi gelaran yang cukup mengaibkan pada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwa Umi gelaran itu – Anwar Al Juburi - diberinya semasa Timbalan Presiden PAS itu datang ke pejabatnya di Danau Kota Kuala Lumpur untuk korek rahsia pasal isu liwat Ketua Umum PKR itu setahun sebelum dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Seperti kata Umi dalam satu ceramahnya, kini demi kuasa,mereka kini boleh duduk sepentas.


Segak dan bergaya...melihat aksi gambar seperti diatas – seorang berkerusi roda dan seorang lagi penampan leher,diatas pentas ceramah yang sama baru-baru ini,pasti membuatkan ramai yang tersenyum.Bagai pinang dibelah dua.

Tentu banyak rahsia yang tersimpan antara mereka berdua.Siapa tahu lagu nyanyian kumpulan Headwind ‘Kita serupa’ dapat menenangkan kekusutan mereka.

Kalau tak cukup lagu ‘Biarlah rahsia’ dendangan Datuk Siti Nurhaliza lebih syahdu.

Mat Sabu kini bergelut dengan dakwaan isu rakaman perbualan ‘yang meloyakan’ antaranya dengan Normah Abdul Halim pada tahun 1994 manakala Anwar dengan pendedahan terbaru rakaman CCTV di lif apartmen Ampang yang menguatkan isu video seks dengan pelacur China.

Gelagat ayam sabung PAS ini yang cuba bersilat dan berselindung sebalik  NO KOMEN tentang rakaman suara perbualan seks bagai seorang romeo itu dengan isteri orang telah mencetuskan persoalan besar keatas kredibiliti dan maruahnya.

Dakwaan hubungan Mat Sabu dengan Normah bukan satu mitos atau cerita dongeng.Mereka pernah didakwa di mahkamah syariah kerana dakwaan berkhalwat di Hotel Perdana.Mereka dibebaskan kerana tidak cukup bukti.

Waktu itu isu rakaman perbualan telefon antara mereka berdua ini tidak timbul lagi.
PAS sendiri nampak macam mati akal berdepan dengan dakwaan skandal rakaman perbualan itu kecuali setakat membuat ‘penafian politik’.

Kata orang kalau PAS mahu menegakan maruah pemimpin orang nombor duanya secara berhemah ia wajar mencadangkan satu siasatan terperinci secara terbuka tentang dakwaan rakaman itu.

Soalnya apakah PAS berani? Belum dengar ada pemimpin PAS yang bercakap tentang itu setakat ini.
Siasatan terbuka memungkinkan banyak lagi yang terlondeh.Tak gitu?.

Selagi namanya tidak dibersihkan cara yang diyakini ,Mat Sabu kena hidup dengan bayangan orang pada adunan wajahnya plus dakwaan suara seksinya yang ‘bercengkarama’ dengan Normah.

Gelagat pembangkang yang biasanya setiap minit mahu suruhanjaya bebas ditubuhkan keatas apa juga dakwaan yang berbangkit keatas kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional nampaknya tidak digunapakai langsung keatas Mat Sabu dan juga Anwar.

Inilah al-kisah cakap tak serupa bikin.

Hakikatnya kalau benar,ini adalah skandal yang sendiri bikin...sendiri syok...tak kira bagaimana sekali pendedahan itu dibuat.

Begitu juga Anwar dan PKR yang terus berkokok mendakwa skandal video seks adalah mainan Barisan Nasional untuk mencemar imenya menjelang PRU13.

Anwar pun tahu kalau (benar) beliau tidak panjat apartmen di Ampang itu tidak ada apa yang boleh direkacipta video sebegitu rupa yang sudah disahkan pakar 99.9 peratus tulin.

Beranikah Anwar berdepan dengan siasatan terbuka tentang dakwaan skandal ini?

Ini bukan dakwaan kosong.Ia lengkap dengan babak seks dan jauh dari itu rakaman CCTV detik beliau dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah naik dan turun apartmen.

Siapa yang berbohong?

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dulu tidak tunggu lama untuk umum letak jawatan selepas video seksnya tersebar.

Beliau sendiri tahu tidak ada gunanya menuduh rakaman itu adalah angkara orang itu atau orang ini kerana...beliaulah orangnya dalam video itu.

Siapa saja yang ada otak dan rasional pemikirannya tahu menilai.

Apapun Anwar tahu sangat apa akibatnya jika angkat bendera putih macam Dr Chua.

Seperti juga Mat Sabu,beliau kini hidup dengan ‘harap-harap’ orang masih tetap tidak percaya apa yang mereka lihat dan dengar.

Sebab itulah dalam reaksinya kepada pendedahan CCTV di lif,Anwar macam sudah habis alasan nak korner kot mana.Paling tidak hanya sanggup kata tidak mahu layan.

“ Buat apa kita layan blog yang diperalat oleh UMNO,” beliau dipetik sebagai berkata.

Semua orang tahu sampai hari ini beliau tidak bertindak saman Datuk Sharzly Eskay Abdullah.

Blogger Papagomo pun patut disamannya sampai terkangkang tergolek.

Hairan sampai hari ini ia tidak berlaku.

Ramai yang bertanya apa yang buat Anwar tidak berani.

Kalau setakat berani macam Ahli Parlimen PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul mendakwa ada orang yang dimakeup macam Anwar untuk beraksi dalam video seks itu sudah macam ‘lawak bodoh’.

Bayangkan penjenayah-penjenayah yang aksi mereka dirakam dalam CCTV ketika melakukan jenayah akan ketawa berguling-guling mendengar kisah orang kuat Anwar ini pergi ke Thailand mencari makeup artis untuk merubah wajahnya macam P Ramlee ‘yang tidak jadi’.

Dr Chua patut sudah ambil idea Johari waktu awal kesnya dulu.Lagipun kualiti rakaman pada videonya jauh lebih kabur berbanding dengan video yang didakwa melibatkan Anwar.

Mungkin Presiden MCA itu tahu dan sedia maklum orang tidak semuanya bodoh untuk diperdaya sebegitu rupa.

Pokoknya sendiri bikin...sendiri tanggong.AD

Apalah nasib Wan Azizah...sudah malang ditimpa malang. Perumpamaan sudah jatuh ditimpa tangga sudah tidak sesuai lagi digunakan kepada Wan Azizah kerana bukan setakat tangga, malah bangunan KLCC pun sudah menimpanya.

Disebabkan perangai buruk suaminya, Wan Azizah terpaksa berhadapan dengan pelbagai tomahan dan kritikan daripada orang ramai. Ini disebabkan Wan Azizah terpaksa membela suaminya yang bersalah walaupun bukti sudah dihidangkan didepan mata.

Wan Azizah bukannya orang yang paling layak untuk dicaci maki ekoran salah laku suaminya dalam pelbagai hal. Dia juga tidak boleh dipersalahkan kerana mempertahankan suaminya walaupun terpaksa mengalirkan air mata. Sebabnya sangat mudah… Wan Azizah adalah isteri Anwar Ibrahim. Padanya Anwar Ibrahim adalah maruahnya dan anak-anaknya walaupun terpaksa menanggalkan pakaiannya satu persatu sambil kakinya terkangkang seluas mungkin di khalayak awam tetapi itulah hakikatnya.

Semenjak dari awal lagi Wan Azizah adalah perisai ampuh untuk suaminya terus berlakon sebagai orang alim, warak dan bertaqwa. Sebarang kejahatan yang dilakukannya, nama Wan Azizah akan didahulukan untuk melindungi dirinya. Setiap kali Anwar mengadakan sidang akhbar untuk menafikan salah lakunya, pasti Wan Azizah berada disebelahnya walaupun dalam keadaan paksa rela.

Wan Azizah adalah dijadikan senjata utama Anwar Ibrahim, terutama apabila Wan Azizah boleh menggunakan kewanitaannya untuk mendapatkan simpati orang ramai tetapi lama mana Wan Azizah sanggup dipergunakan untuk meraih simpati dan menutup salah laku suaminya??

Biarpun ramai sebenarnya yang tidak berminat dengan alasan demi alasan yang diberikan oleh Wan Azizah, namun oleh kerana dia adalah Wan Azizah yang telah diberikan topeng Islam yang sangat baik menerusi penampilannya yang bertudung, bersuara lembut dan gemar tersenyum, akhirnya ramai yang terlupa bahawa Wan Azizah terpaksa berbohong untuk menyelamatkan maruah keluarganya. 

Isu salah laku suaminya yang terbaru membabitkan video seks suaminya membalun China Doll telah menjadi beban kepadanya dan terpaksa menafikannya walaupun ciri-ciri yang terdapat pada lelaki berkenaan 99.9% sama dengan suaminya. Wan Azizah sekali lagi terpaksa menggunakan statusnya sebagai isteri yang konon-kononnya tahu serba-serbi tentang suaminya untuk mengelabui pemikiran orang ramai. Adakalanya Wan Azizah kelihatan seperti retak menanti pecah apabila ditanya soalan sensitif oleh wartawan terutamanya jam Omega milik Anwar.

Namun lama manakah Wan Azizah mampu bertahan dengan penafian demi penafian yang dibuatnya? Terbaru video seks kedua suaminya di Thailand bersama 2 orang pelacur Thai akan disebarkan tak lama lagi. Persoalannya mampukan Wan Azizah bertahan untuk menafikan perkara ini sama seperti yang dilakukannya selama ini. Adakah Wan Azizah akan mengatakan suaminya difitnah padahal  suaminya asedang ada dirumah bersama keluarga......

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa jawapannya....Adakah Wan Azizah mahu bermain permainan yang diatur oleh suaminya yang menyeksa jiwa dan batinnya sebagai seorang isteri atau memdedahkan segala-galanya dupaya dirinya hidup dalam keadaan yang tenang.....

Apa la nasib malang Anwar ni...dah kantoi dengan video seks...lepas tu didampingi pula dengan orang-orang yang bengap...semasa video seks tersebar si Johari bedul a.k.a P.Ramlee( tiru macam saya ) nak jadi hero mempertahankan Anwar tapi kontoi secara besar-besaran kerana memperbodohkan dirinya...sekarang ni pula giliran N. Surendren selaku peguam Anwar dan Naib Presiden PKR memperbodohkan dirinya mempertahankan Anwar. 

Inilah jawapan yang paling logik kenapa baju Anwar dan Eskay berbeza semasa didalam bilik dan semasa menaikki lif. Night Vision!!!

Cuba lihat Video dibawah ..Lelaki ini memakai baju yang berwarna gelap apabila dirakam dalam keadaan  biasa tetapi apabila menggunakan fungsi night vision..baju yang dipakainya menjadi warna cerah....


 
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan menyiarkan satu lagi sedutan klip, menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan lif apartmen lokasi didakwa melanggani pelacur asing, sebagai perbuatan terdesak Umno-BN berterusan dan terancang dengan bantuan pihak berkuasa.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, pihaknya yakin tindakan sedemikian akan dipertingkatkan ketika pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Sambil menegaskan orang ramai sudah bosan dengan perbuatan sedemikian, peguam ini menambah, beliau yakin Umno-BN akan meneruskan serangan sedemikian selepas ini.

“Saya hendak sebutkan dengan ringkas ... ini kerja terdesak musuh politik Datuk Seri Anwar, mereka merancang dan adakan klip-klip rekaan, dan saya yakin setiap bulan akan ada terbitan macam ini ... ini dilakukan oleh Umno-BN, dengan kerjasama pihak berkuasa, saya berani untuk mengatakan yang ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

“Sebagaimana kami katakan sejak timbulnya klip rakaman sebelum ini, dalam dunia teknologi yang canggih pada masa sekarang, bukan sukar untuk mengadakan bahan-bahan macam ... saya yakin mereka akan terus dengan perbuatan mereka sehingga pilihan raya,” kata beliau yang turut mengakui bahawa warna pakaian dikenakan oleh ahli perniagaan Datuk Shahzryl Eskay Abdullah dalam video yang dipertontonkan pada Mac lalu dan disebarkan menerusi Internet kemudian berbeza dengan dalam sedutan klip terbaru dilihat semalam.

“Ya, kedua-duanya jauh berbeza ... ini sudah cukup untuk mengatakan bahawa ada unsur rekaan dan manipulasi, yang penting untuk dikatakan di sini ialah pihak terbabit mereka cipta bahan macam ini,” katanya lagi sambil menambah, biar rakyat menilai perbuatan mereka.

** Apa pula jawapan balaci-balaci Anwar selepas ni untuk memastikan Anwar kelihatan seperti dianiaya...

PANAS : A SMAD SAID SEMAKIN KRITIKAL...


Inilah perangai sebenar puak-puak pembangkang..apa saja keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang baik dan memberi faedah kepada rakyat semuanya hasil desakan mereka. Kononnya merekalah yang berjuang bermati-matian menentang kerajaan sehingga keputusan ini dibuat mengikut kehendak mereka..Tak dapat claim kredit secara terbuka, claim kredit secara ghaib pun jadila...yang penting nama mereka terseselit.

Sudah-sudah la nak cari polulariti murahan pun . Tak rasa malu ke cuba nak claim kredit atas usaha dan tindakan orang lain. PM ketika mula-mula mengambilalih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif. Dalam perutusan yang dibuat olehnya, PM menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan hak asasi sesiapa sahaja yang terbabit di bawah undang-undang baru itu nanti terus terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menganggap pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumum Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu "kemenangan ghaib".

Beliau berkata, perdana menteri itu tentunya tidak akan mengakui hal berkenaan tetapi pastinya ada usaha yang menggerak dan mendesak ke arah itu.

"Selama 54 tahun tidak terfikir ISA harus dihakis, tiba-tiba sahaja dapat ilham dan (mereka) harus mengakui kelompok anak muda tidak tahan lagi (dengan ISA).

Beliau juga tidak terkejut berikutan keengganan kerajaan mengakui pemansuhan ISA itu disebabkan tekanan berterusan dari pelbagai pihak khususnya anak muda.

"Tidak pula diceritakan bahawasanya desakan itulah yang mendorongnya untuk berubah. Kalau tidak ada desakan, saya tidak fikir ia akan mansuh kerana ISA sangat mujarab untuk menekan," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran antologi sajak Puisi Jadi Senjata yang diterbitkan sehari sebelum himpunan BERSIH 2.0 sebagai tanda sokongan anak muda kepada sasterawan itu. MK



SELASA lalu, UMNO Pulau Pinang mengumumkan mahu menyaman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebanyak RM30 juta kerana didakwa menuduh UMNO mendalangi demonstrasi di Komtar dan terlibat membakar pejabat DAP di Pulau Pinang.

Keesokannya, UMNO Selangor pula menyaman Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dan lima lagi bagi menuntut ganti rugi RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah parti itu dalam artikel bertajuk Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS yang disiarkan oleh akhbar Harakah pada Ogos lalu. Jarang sekali UMNO mengambil tindakan sedemikian.

Sebelum ini setiap tuduhan dan dakwaan dijawab balik sama ada melalui pentas politik atau media. Memang benar kata Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman, kesabaran ada tahapnya. Beliau antara lain berkata: ‘‘UMNO Pulau Pinang sudah cukup bersabar dengan tingkah laku dan keceluparan Guan Eng… kini kita rasa dia telah melampaui batas”.

Dulu perkara seumpama ini juga wujud tetapi ia lebih dianggap sebagai asam garam politik. Tidak ada laporan polis atau saman. Mungkin dulu pemimpin lebih bersikap terbuka dan tidak peduli semua itu. Contohnya bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad. Penghinaan apa yang tidak diterimanya. Pelbagai gelaran buruk, fitnah dan tohmahan dilemparkan dalam bentuk karikatur, buku, penulisan, ceramah dan sebagainya. Beliau hanya membiarkan semua keceluparan dan kebiadaban itu. Ketika ini setiap hari fitnah, dakwaan, tohmahan tidak berasas berlegar melalui pelbagai sumber. Bagi orang Islam, fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Guan Eng pun tahu hal ini dan bercakap mengenainya ketika mempertahankan ‘saudaranya’ Mohamad Sabu @ Mat Sabu dalam isu caj rawatan perubatan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.


Untuk mencapai matlamat politik, kebanyakan orang tidak peduli lagi sama ada ucapan atau kata-kata mereka itu fitnah, bohong atau dakwaan. Dunia politik kita menjadi kelam kabut dengan sikap seperti ini. Mereka tidak lagi bercakap soal pembangunan atau kepentingan rakyat tetapi lebih suka ‘menyerang’ peribadi individu, parti atau kerajaan. Semua yang dilakukan oleh pemerintah dianggap ‘tidak betul’. Perkara yang palsu diolah bagaikan benar-benar wujud bagi mempengaruhi orang ramai mempercayainya.

Melalui blog, facebook, twitter, sms dan sebagainya, pelbagai fitnah boleh disebarkan dalam masa yang singkat. Tanpa usul periksa ‘pendedahan’ itu tersebar luas. Begitu juga dengan video ucapan yang tersebar melalui YouTube.

Ada juga yang sering mengeluarkan kenyataan seolah-olah ‘lupa diri’. Mereka mengutuk dan memperlekehkan individu atau organisasi tertentu melalui twitter atau facebook. Tetapi apabila sudah sedar tersilap, orang atau organisasi yang dituduh sudah terasa serta mengambil tindakan secara tidak langsung, maka ia cepat-cepat memohon maaf.

Namun ada yang seperti muka papan,muka pot,muka tembok atau muka tebal. Mereka tidak tahu malu atau bersalah. Malahan ada yang masih mengharapkan sesuatu daripada individu atau organisasi yang ‘dibelasah dan diperlekehkan’. 

Dalam dunia media juga berlaku. Laporan yang tepat didakwa putar belit atau tersalah lapor setelah kenyataannya mendapat ‘reaksi berbisa’ daripada pihak tertentu. Tidak dinafikan ada ketikanya media tersalah lapor atau tersilap cetak dan ini memberi peluang kepada pihak berkenaan mengambil tindakan undang-undang. Hari ini tiada maaf bagi mu. Setiap apa yang disiarkan di media cetak dan elektronik akan dianalisis untuk mencari silap. Media sudah tidak bebas lag?

Menyiarkan pandangan atau kritikan pihak tertentu hari ini mempunyai risiko yang tinggi dan pengamal media terpaksa berhati-hati. Suasana hari ini sebenarnya sudah berubah. Dulu kita bebas memberi pandangan, kritikan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui penulisan kreatif, rencana, analisis atau karikatur.

Tetapi hari ini, jika tersilap langkah ia akan dianggap memfitnah atau menghina. Media massa sama ada cetak dan elektronik terasa tempiasnya. Banyak sangat yang cepat terasa seperti kata orang siapa makan cili akan terasa pedasnya.

Justeru, memang benarlah ingatan dan pesanan orang lama – Cakap jangan sebarang cakap; Cakap berlapik; cakap besar; Cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar. Begitu juga Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik atau Terlepas perahu boleh diundur, terlepas kata emas padahnya.

Begitulah pesan orang dulu yang disampaikan dalam bentuk kiasan. Bagi media pula jangan tersilap tulis. Hari ini, tersilap cakap atau tersilap tulis buruk padahnya. Pada era ini, segala tindakan dan percakapan kita belum tentu selamat. Dulu hanya yang hadir majlis tahu apa yang berlaku tetapi hari ini seluruh dunia boleh tahu.

Menyelak kembali kisah masa lalu, dulu ketika mengikuti ceramah Mat Sabu di kampung, yang hadir bukan setakat orang Pas tetapi juga orang UMNO. Maklumlah ketika itu masa lapang waktu malam tidak banyak aktiviti boleh dilakukan, maka pilihannya menghadiri ceramah Pas yang memang juara ceramah.

Tetapi disebabkan dilabel sebagai orang UMNO, maka mereka ini ‘mencuri’ dengar ceramah Mat Sabu dari jauh, bukannya bersama orang Pas di depan, di bawah cahaya mentol 60watt. Mat Sabu pun tahu kehadiran orang UMNO. Kalau tak silap lebih kurang begini kata Mat Sabu: ‘‘Tu di balik pokok pisang dalam gelap pun ada orang UMNO dok dengaq (dengar)''.

Dulu, selepas ceramah ada kaset ucapan dijual untuk didengar oleh mereka yang tidak hadir. Hari ini, tidak perlu bersembunyi di sebalik pokok pisang atau mencari kaset ucapan. Kalau malam ini, Mat Sabu berceramah di Tasek Gelugor, keesokan malamnya satu dunia dapat saksi dan dengar ceramah itu.

Hampir setiap rumah yang ada Internet boleh melihat dan mendengar ucapan itu walaupun tidak sepenuhnya. Begitulah kemajuan teknologi yang ada. Malahan perbualan sulit melalui telefon pun sudah tidak selamat. Jika dulu kita boleh merapu dan merepek dalam ceramah tetapi hari ini harus berhati-hati. Jangan tersilap fakta.

Bukalah Internet dan di sana banyak sumber yang menceritakan pelbagai peristiwa melalui teks, gambar atau video. Di situ ada manusia yang mempersenda Negaraku dan Jalur Gemilang, menghina Perlembagaan, Raja Melayu, pemimpin, anggota pasukan keselamatan dan bermacam lagi. Dari situ juga lahirlah ribuan atau ratusan laporan polis yang mahu pihak berkuasa ber tindak. Mereka menggesa pihak berkuasa menggunakan pelbagai akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tetapi sejauh mana tindakan itu diambil atau semua laporan itu bagai angin lalu? Namun sekurang-kurangnya dengan penghapusan ISA, ramai yang disarankan supaya dikenakan tindakan ISA kini boleh menarik nafas lega.

Pada masa yang sama diharapkan penghapusan ISA tidak membuka ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia melakukan sesuatu dengan ‘bebas’ lebih-lebih lagi melibatkan Perlembagaan Negara termasuk berkaitan hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam, institusi Raja Melayu, dan juga keselamatan negara. Semoga Malaysia terus aman dan makmur. Utusan Malaysia

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.