Tuesday, September 13, 2011


Sehingga kini Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Guan Eng terus membisu dan tidak memberikan sebarang reaksi atau penjelasan berhubung pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri itu.

Walaupun Guan Eng pernah membuat kenyataan, sejak tiga tahun lalu kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan 11,596 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah, namun perkara itu masih menjadi tanya kerana tidak dinyatakan lokasi pembinaan projek berkenaan.

Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata jika benar kerajaan negeri telah melaksanakan projek berkenaan, mereka seharusnya menyatakan lokasi pembinaan bukannya membuat kenyataan untuk menyedapkan hati rakyat tetapi realitinya tidak pasti.

“Jangan hanya pandai cakap sahaja, tunjukkan kepada rakyat di manakan kawasan pembinaannya, kalau kelulusan diberi sejak tiga tahun lalu, rumah tu mungkin sudah hampir siap.

“Kami juga nak tahu siapakah yang dapat rumah itu, sehingga kini tiada siapa yang tahu siapa yang berjaya memiliki rumah berkenaan, jika benar pembinaannya sudah diluluskan, senarai mereka yang berhak menerima sepatutnya sudah dikeluarkan untuk pengetahuan rakyat,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Zainal Abidin berkata, apa yang dilihat pembangunan atau pembinaan yang sedang berlaku di Pulau Pinang banyak membabitkan kediaman mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakkan penduduk tempatan.

“Memang ada pembangunan yang dibuat, tetapi pembangunan yang menindas rakyat, mereka ambil kawasan penduduk kemudian bina rumah yang mahal-mahal, yang tidak mampu dibeli oleh penduduk terbabit.

“Ini adalah cara halus yang dilakukan oleh kepimpinan kerajaan negeri untuk mengusir penduduk setempat, mereka jadikan pembangunan sebagai alasan untuk mengusir  mereka yang terdiri di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

“Apa yang berlaku banyak membabitkan kawasan yang penempatan yang di diami oleh orang Melayu  terutamanya di kawasan pulau, ini sebahagian daripada strategi mereka untuk mengusir orang Melayu,” katanya.
Tegasnya, perkara ini mula berlaku sejak pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang, pelbagai cara dilakukan oleh mereka untuk menindas orang Melayu daripada pelbagai sudut.

“Apa yang dilakukan oleh orang Melayu semuanya tak kena di mata mereka, ada sahaja kesalahan yang mereka nampak, tetapi jika membabitkan kaum lain tiada pula tindakan diambil.

“Ini menunjukkan adanya `double-standard’ dalam pentadbiran mereka, manakah slogan yang dilaung-laungkan oleh mereka sebelum ini ketika mula mengambil alih pentadbiran di Pulau Pinang untuk mengamalkan pentadbiran `Cekap, Akauntabiliti dan Telus’,” katanya.

Zainal Abidin berkata, jelaslah apa yang berlaku sekarang di Pulau Pinang, kepimpinan kerajaan sekarang hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak mampu melaksanakannya.

Di samping itu, pembangunan yang mereka lakukan itu lebih menjuruskan kepada agenda politik yang secara halusnya adalah untuk mengusir orang Melayu daripada Pulau Pinang. -MediaUMNO

Nampaknya ‘bintang’ Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas semakin ‘bersinar’ sehingga dilihat mampu menggugat populariti Anwar Ibrahim dengan pendedahan rakaman perbualan lucah yang didakwa membabitkan dirinya dengan bekas pasangan khalwatnya, Normah Halim.

Rakaman ini dilihat mampu menyamai ‘rating’ video seks Anwar sekali gus memberi impak besar kepada Pakatan Pembangkang.

Walaupun hanya ‘suara’ dan bukan ‘gambar’ yang menjadi isu, sebagai seorang yang ‘disyaki’, Mat Sabu tidak harus hanya menjawab ‘no komen’ setiap kali ditanya mengenai perkara tersebut.

Di manakah kelantangan dan keberanian Mat Sabu untuk berhujah dalam isu ini? Kenapa tiba-tiba mengambil sikap endah tak endah?

Bukankah maruahnya yang sedang dicabar? Kalau pun tidak peduli dengan maruah diri, bagaimana pula dengan maruah Normah? Seorang lelaki budiman pasti menjaga maruah wanita termasuk wanita yang tidak dikenali, apatah lagi jika maruah isteri sendiri yang menjadi pertaruhan.

Jika benar rakaman tersebut hanyalah rekaan, Mat Sabu wajib tampil ke hadapan untuk menuntut keadilan terhadap dirinya dengan mengemukakan saman pihak yang terbabit.

Tidak sukar untuk menjejaki pihak berkenaan memandangkan video rakaman tersebut telah dimuatnaik ke dalam Youtube dan boleh pasti dikesan dengan mudah andainya siasatan dijalankan.

Jika tiada tindakan segera diambil pastinya isu ini akan berlarutan dan imej Mat Sabu akan hancur dan imej Pakatan Pembangkang juga akan semakin lebur.

Justeru, mahu tidak mahu, Mat Sabu terpaksa berhadapan dengan dua isu serentak iaitu komunis dan rakaman telefon lucah ini. Seeloknya, pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain tidak perlu masuk campur dan membuat kenyataan-kenyataan yang membela Mat Sabu.

Mat Sabu telah menangani kes khalwat yang jauh lebih sukar dahulu dengan baik, oleh itu, tidak mungkin dia tidak boleh menangani dua kes ini dengan baik juga jika dibawa ke mahkamah.

Bukan sukar untuk menafikan sesuatu yang mana kita tidak terlibat. Kalau tak percaya, tanyalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim.


Ikuti pendedahan yang dibuat oleh Blog MIM mengenai kenyataan yang dibuat oleh N. Surendren selaku Naib Pengerusi Keadilan yang menunjukkan dirinya kurang cerdik atau buat-buat tak tahu. Cuma EP nak tambah sikit...N. Surendren ni kan seorang peguam..oleh itu agak mustahil dia tak tahu mengenai perkara ini melainkan dia kurang cerdik dan terlampau ghairah nak menghentam orang untuk membela bossnya sehinggakan terlupa nak guna otak....

Sudah lama kita tidak mendengar isu video seks Anwar Ibrahim. Tetapi N.Surendran, Naib Pengerusi Keadilan telah menguja MiM untuk menulis mengenai video Anwar Ibrahim.

Tetapi sebelum MiM dedahkan kadunguan ahli politik tersebut, sila baca laporan berita di bawah.
Diantaranya:-
Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran membidas gesaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang mahu polis menyiasat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan video seks fitnah yang cuba mengaitkan beliau..

Menurut Surendran, kedua-dua pakar dari Amerika Syarikat itu sehingga kini tidak pernah menunjukkan kepada umum hasil kajian yang dijalankan mereka ke atas video itu.


“Tidak sebarang bukti saintifik yang kononnya berada dalam tangan mereka dan (sehingga kini) masih tiada lagi laporan yang dinyatakan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah,” katanya katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.com -
Baca Sini
1. Kedua-dua pakar dari Amerika Syarikat tidak pernah menunjukkan hasil kajian kepada umum?

Mengikut laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto-foto Anwar.


Jika kita merujuk kepada website Dartmouth College, kedua-dua pakar yang dirujuk itu mempunyai credentials yang sangat hebat. Mereka bukan calang-calang pakar terutamanya di sudut computer generated dan digital video forensic. Baca Sini

MiM tidak pasti sama ada N.Surendran, Naib Pengerusi Keadilan itu kurang cerdik atau buat-buat tidak tahu bahawasanya confidentiality dan kerahsian maklumat adalah sangat penting di dalam bukti forensik.

Maka, kedua-dua pakar ternama tersebut tidak mungkin akan menunjukkan hasil kajian mereka kepada umum. Mereka mesti menjaga credibility dan imej profesional mereka.

Hanya mahkamah sahaja yang berkuasa untuk meminta kedua-dua pakar tersebut untuk mendedahkan penemuan hasil dari kajian mereka.

Maka, kenyataan Naib Presiden Keadilan itu ternyata tidak benar dan tidak berasas.

Ironinya, jika kedua-dua pakar tersebut mendedahkan hasil kajian mereka, N.Surendran dan gerombolan pencacai Anwar Ibrahim mungkin akan menyerang kredibiliti pakar-pakar itu pula.

Pakar-pakar tersebut akan dituduh tidak profesional kerana Breach of Confidentiality atau melanggar kerahsian.

Begitulah mainan parti pembangkang dengan putar belit mereka.

2. Tidak sebarang bukti saintifik yang kononnya berada dalam tangan mereka ?

Kenyataan Naib Pengerusi Keadilan ini sekali lagi jelas menunjukkan kecelaruan kepimpinan PKR menegakkan benang yang basah.

Kita perlu tahu bahawa kenyataan '99.9% seiras Anwar Ibrahim' dinyatakan di dalam kes pendakwaan dan perbicaraan yang melibatkan trio 'Datuk T'. Manakala, court drama nya ialah berkisar dengan kesalahan menayangkan video seks.

Maka, '99.9% seiras Anwar Ibrahim' bukan perkara asas di dalam perbicaraan 'Datuk T'.

Akan tetapi, laporan polis yang mengatakan Anwar Ibrahim membuat laporan palsu tentang video seks itu sudah pasti akan membuka fail '99.9% seiras Anwar Ibrahim' pula!

Dan jika bertambah ramai yang membuat laporan, maka pihak polis sudah tentu akan menggunakan kuasa mereka untuk menyiasat dan menyiapkan fail untuk prosecution seterusnya.

Maksudnya, Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan menghadapi satu lagi tuduhan dan perbicaraan tetapi kali ini mengenai '99.9% seiras Anwar Ibrahim"!

Kerana itu juga, walau pun isu '99.9% seiras Anwar Ibrahim' sudah lama diketahui tetapi dakwaan mahkamah adalah terbaru.

Patutlah si N.Surendran melenting seperti cacing kepanasan. Boss beliau akan dibicarakan lagi!

GAMBAR PANAS PELAKON AWAN DANIA??

Sesiapa yang pernah tengok Awan Dania 2 mesti kenal dengan minah ni...




Sumber : OhArtis
UMNO Negeri Pulau Pinang telah menyaman Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga selaku Setiausaha Agong DAP sebanyak RM30 juta diatas segala fitnah yang telah dilakukan oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sekiranya UMNO Negeri Pulau Pinang berjaya dalam kes saman ini, wang kemenangan ini akan disalurkan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan kepada golongan yang memerlukan...


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dilihat sudah semakin hilang haluan lantaran terlalu taksub dengan agendanya untuk mendapatkan kuasa dan populariti dalam politik, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman.

“Kalau nakkan kuasa sekalipun janganlah sampai jadi pengkhianat yang mahu memutarbelitkan sejarah negara,” katanya.

Jelasnya, Mat Sabu tidak faham idealogi yang dibawa oleh pengganas komunis sehinggakan mengangkatnya sebagai hero.

“Komunis adalah pengganas yang mahu merampas kuasa dengan bertindak menyerang, tembak dan membunuh tanpa memikirkan sesiapa pun termasuklah anggota keselamatan.

“Komunis ini mahukan kuasa tanpa mengira cara yang mahu dilakukan termasuklah melanggar tatasusila bangsa, adat dan budaya yang menjadi pegangan dan lebih teruk lagi agama turut diketepikan,” katanya.
Tambahnya, pengganas komunis ini telah mengundang kegelisahan dan membawa kekacauan kepada masyarakat.

“Bagaimana pula pengganas seperti ini dilihat sebagai ‘hero’ sedangkan anggota yang bertugas menjaga keselamatan, mahukan kemerdekaan secara aman dan melalui perundingan tetapi turut terkorban akibat keganasan komunis ini.”

Dalam masa yang sama, beliau turut membidas Pas yang menggunakan akhbar lidah rasminya  dengan menyamakan komunis yang wujud sebelum merdeka dahulu dengan Parti Komunis China (PKC).

“Inilah Pas yang ortodoksi dan mempunyai tahap intelektual sangat nipis sehinggakan tidak tahu apa yang berlaku kepada negara-negara komunis di peringkat antarabangsa.

“Idealogi komunis telah musnah sebagaimana runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 dan sekarang ini mana-mana negara yang masih mengekalkan parti mereka dengan nama komunis semuanya telah menukar dasarnya kepada demokrasi liberal termasuklah China yang mengamalkan sistem pasaran bebas,” katanya.

Tegasnya, seharusnya Pas dan para pemimpinnya bersikap rasional dan melihat bagaimana kewajaran Sejarah itu sendiri untuk menjadikan mereka lebih berilmu dan berdisplin dalam bersuara. -MediaUMNO

Isu Bukit Kepong satu hal.Mohamad Sabu sudah bikin gempar satu Malaya dengan sejarah negara pada 23 Februari 1950.

Ini pun kisah sejarah juga. Didakwa berlaku tahun 1994.

Ramai yang terkejut Timbalan Presiden PAS itu cuba main sorok-sorok sebalik ‘NO KOMEN’dalam kes penyebaran rakaman telefon seks yang didakwa antaranya dengan Normah Abdul Halim.

Beliau  bukan mana-mana mamat yang lepak di kedai kopi.Statusnya orang nombor dua Parti Islam Semalaysia.Maka satu kepastian perlu terhadap isu ini.Ya ke tidak.Hal ini bukan saja melibatkan maruahnya tetapi parti itu.

Pihak yang muat rakaman itu di Youtube nampaknya begitu yakin sekali mendakwa itu suara Mat Sabu dan Normah yang dirakam semasa mereka menjalin hubungan pada tahun 1994.

Malah ia turut mencabar Mat Sabu kalau berani menafikannya dan mendakwa ada backup bukti jika beliau berbuat demikian.

Rata-rata mereka yang sudah mendengar rakaman itu di Youtube mengaku mereka merasa geli geleman dengan perbualan itu kerana ia melibatkan seorang tokoh politik dengan isteri orang.

Ada yang mengenali Mat Sabu berkata ‘lenggang lenggok’ suara dalam rakaman itu adalah amat seiras sekali dengan suaranya.

“Ini kes berat...Mat Sabu kena cakap ye ke tidak,” salah seorang darinya.

Katanya sekalipun Mat Sabu dan Normah telah dibebaskan oleh mahkamah syariah atas kes khalwat waktu itu,namun isu rakaman perbualan telefon ini adalah isu lain dan ‘benda baru’.

“Kita sendiri tak pernah dengar dulu...sekarang dah timbul...sejarah ke tidak ...itu bukan isunya,”katanya.
Apa yang dikatakan menghairankan ramai pihak ialah dalam isu Bukit Kepong Mat Sabu garang sekali menafikan dan nak saman Utusan dan nak debat dengan Timbalan Perdana Menteri.

Jadi kenapa pula dalam isu rakaman ini NO KOMEN sahaja.

Bagi kebanyakan orang Mat Sabu tidak harus menyalahkan wartawan yang berusaha mendapat reaksi dari beliau sendiri tentang isu yang sensasi ini.

Itu sudah kerja semua wartawan untuk bertanya.

Ada yang merasa reaskinya kata bahawa tahu wartawan memang nak bertanya beliau pasal isu itu sendiri sudah mencetuskan macam-macam andaian.

Kalau sudah tahu bermakna beliau sedar waujudnya dakwaan rakaman perbualan itu dan soalnya kenapa tidak memberi satu jawapan.

Peristiwa Bukit Kepong adalah sejarah yang cuba dicungkil semula oleh Mat Sabu dengan memberi tafsirannya sendiri.

Isu rakaman ini (jika benar) juga adalah satu sejarah dalam hidup liku hidup Mat Sabu.

Jika rakaman itu benar dan tidak dianggap BESI oleh PAS ...ia tidak memerlukan tafsiran ilmiah mana-mana pakar sejarah tentangnya.

Persepsinya straight to the point. Rakaman perbualan yang meloyakan itu (jika benar) adalah fakta wajah perilaku Mat Sabu ketika itu...yang kini adalah Timbalan Presiden PAS.

Samada PAS,penyokongnya dan orangramai boleh menelannya...itu masing-masing kena tepuk dada tanya selera. AD

Seperti rakyat Malaysia lain yang tidak buta sejarah negaranya, Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim walaupun berada dalam parti pembangkang, mempunyai sebab yang sama untuk merasa marah dan kesal dengan kenyataan pemimpin Pas, Mohamad Sabu mengenai tragedi serangan terhadap sekumpulan anggota polis di Balai Polis, Bukit Kepong, Johor.

Tidak seperti Mohamad Sabu atau Mat Sabu, Tunku Abdul Aziz jelas menegaskan, bahawa pejuang-pejuang kemerdekaan yang dicatat dalam sejarah negara sebagai wira negara, walau apa jua pegangan politiknya.

Ternyata dalam memperkatakan tentang lipatan sejarah negara, sekutu Pas ini, tidak bersekongkol, berkompromi dan menyokong membuta-tuli apa sahaja yang dikatakan oleh Mat Sabu. 

Dalam surat beliau kepada akhbar New Straits Times (NST) baru-baru ini, Tunku Abdul Aziz menyifatkan Timbalan Presiden Pas itu, sebagai 'pelawak politik' yang memang 'mahir' membuat orang ketawa dalam ucapan-ucapannya, tetapi cetek dengan isi. 

Bagaimanapun tidak semua lawak Mat Sabu menghiburkan, dan boleh diterima akal walaupun kepada budak-budak sekolah. 

Pada saya, kali ini beliau tertembak dengan lawaknya sendiri, apabila mempercayai bahawa 180 hingga 200 penyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari, 1950 termasuk lelaki Melayu Muhammad Indera yang menyerang dan membunuh anggota polis dan keluarga mereka itu sebagai hero dan pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Adalah amat pelik apabila ada pemimpin seperti Mat Sabu boleh menilai dan mengangkat penyerang yang ramai jumlahnya berbanding anggota polis itu, menembak mati anggota keselamatan terbabit termasuk keluarga mereka dan menghumbankan mayat dalam bangunan yang terbakar sebagai hero dan wira sebenar negara? Bukankah tindakan seperti itu hanya dilakukan oleh seorang pengganas? 

Tunku Abdul Aziz berkata, Mat Sabu telah memutarbelitkan dan mengusutkan fakta mengenai tragedi itu dengan cara yang tidak bijak, tidak berperasaan dan tidak sensitif dengan mendakwa pengganas-pengganas yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah wira-wira negara yang sebenar.

Menurut beliau, walaupun Mat Sabu tidak menyatakan bahawa penyerang tersebut adalah komunis, tetapi hakikat dan faktanya, penyerang termasuk Muhammad Indera itu adalah komunis.

''Saya mengakui haknya dalam pendapat beliau, tetapi apabila Mat Sabu berada dalam hierarki Pas dan juga seorang pemimpin dalam sebuah gabungan parti pakatan rakyat yang tidak sabar menunggu untuk memerintah negara, maka beliau tidak boleh bercakap seperti seorang pelawak. Dia tidak lagi menghiburkan," tegas Tunku Abdul Aziz yang juga datangnya daripada keluarga polis itu.

Tunku Abdul Aziz turut mempersoalkan sama ada Mohamad mempunyai keberanian moral dan integriti untuk memuliakan wira kemerdekaan yang sebenar. 

"Saya tertanya-tanya sama ada Mohamad mempunyai keberanian moral dan integriti untuk berpaling arah di atas hakikat ini, tahap kebinatangan dan kebaculan pihak yang dia sedang cuba muliakan sebagai wira sebenar Merdeka," kata beliau. 

Pun begitu, tidaklah menghairankan kenyataan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz ini tidak memberikan kesan kepada Mat Sabu.

Sedangkan desakan Karpal Singh sebelum ini yang mahu beliau menarik semula kenyataan kontroversinya itu pun tidak diendahkan langsung. Sebaliknya, Mat Sabu hanya menyifatkan reaksi pemimpin DAP itu adalah peribadi mereka.

DAP tentu sedar, kenyataan Mat Sabu itu pastinya merugikan Pas, tetapi itu bukan merisaukan mereka, yang paling membimbangkan, ia akan memberi kesan kepada pakatan pembangkang sendiri kerana sememangnya sejarah merekodkan betapa ramainya anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara daripada pengganas komunis. Yang ini bukan satu pembohongan.

Karpal juga sebelum ini menegaskan, rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) setakat ini lebih selesa mengambil pendekatan mendiamkan diri, mungkin bersetuju atau mungkin juga tidak kerana tidak mahu terbabit dalam kedangkalan Mat Sabu. 

Atau sekurang-kurangnya kontroversi yang dicetuskan oleh rakan sekapalnya itu, dapat mengalihkan perhatian umum terhadap kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jangka masa yang agak lama juga. 

Seperti biasa segala kenyataan merapu serta meraban Mat Sabu, sentiasa disokong oleh pemimpin Pas lain. Pendirian para pemimpin Pas mengenai perkara ini, tidak akan memberi kesan kepada penyokong fanatik parti itu sungguhpun Pas telah menggugurkan perjuangan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam serta melupakan hasrat melaksanakan hukum hudud.

Seperti biasa juga, memperlekehkan polis bukan satu tindakan luar biasa Pas kerana pemimpin-pemimpin mereka sudah terbiasa dengannya. 

Dan kenyataan kontroversi mengenai Bukit Kepong ini memasuki fasa paling buruk parti itu dalam memperlekehkan pasukan keselamatan tersebut dengan membawa niat bersama menafsir semula sejarah negara melalui kepercayaan mereka.UM

Elton John, seorang selebriti dan pengamal aktiviti homoseksual menyokong Usaha Kumpulan Hak Asasi Gay Antarabangsa berkempen memansuhkan undang-undang anti-homoseksual di negara-negara Komanwel yang Malaysia merupakan salah satu anggota negara-negara kolonial itu.

Akhbar harian United Kingdom, The Independent hari ini melaporkan Elton John bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin dari tiga parti politik utama di Britain bersedia untuk memberi sokongan mereka ke atas gerakan yang dikenali sebagai Kaleidoscope untuk menentang diskriminasi semasa di negara-negara Komanwel itu.

Elton John merupakan salah seorang penaung satu organisasi LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) terbesar di London yang dinamakan ‘Pride London’.


Menariknya, pada 2 Julai 2011, Pride London, menganjurkan Festival Gay Tahunan yang dinamakan ‘2011 Gay Pride Parade London‘ dan dalam masa sama Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berada di kota tersebut.

Buat masa sekarang, 38 daripada 54 negara anggota Komanwel termasuk Malaysia menetapkan aktiviti homoseksual adalah sebagai satu jenayah dengan peruntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan rotan.

Hak asasi kumpulan homoseksual dan lesbian tidak diiktiraf di Malaysia berdasarkan aktiviti itu dilarang dari segi agama, di mana Islam merupakan agama persekutuan di negara ini.AIDC

Inilah cara yang paling mudah untuk Ketua Menteri DAP Pulau Pinang menghapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu dengan berselindung disebalik Program Anak Emas Pulau Pinang. Dengan umpanan sebanyak RM100, Lim Guan Eng merasakan dia dapat memperdayakan orang Melayu untuk menyokongnya dengan dasar yang dibawanya iaitu sama rata dan sama rasa....
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan borang pertama di negara ini yang tidak memerlukan seseorang menyatakan identiti diri mengikut kategori kaum.

Borang Program Anak Emas Pulau Pinang tidak memerlukan seseorang mendedahkan identiti kaum apabila memohon untuk mendapatkan bayaran sekali RM100 daripada kerajaan negeri.

Program yang dimulakan tahun ini membolehkan kesemua bayi baru lahir menerima RM100 dengan syarat salah seorang daripada ibu bapa mereka adalah penduduk negeri Pulau Pinang.

"Ini borang yang istimewa sebab buat kali pertama, tiada kategorit kaum," katanya.

"Bagaimanapun mereka perlu menjadi pengundi di Pulau Pinang. Itu sahaja syaratnya. Jika tidak, tidak boleh," katanya lagi.

Lim berkata kerajaan memutuskan untuk mengetepikan kategori kaum selari dengan semangat Hari Malaysia 16 September ini.

Sebelum ini, Lim berkata program ini dijangka menelan kos antara RM5 juta hingga RM10 juta setahun.MK

Aik..bunyi macam frust je kenyataan Mat Sabu? Nak cari simpati rakyat pun agak-agak la...masa bagi ceramah di Tasek Gelugor hari tu bukan main hebat...macam pakar sejarah...tapi sekarang cuba pula nak raih simpati rakyat.

Tu la... masa bagi ceramah hari tu tak mau pikir panjang..ikut sedap mulut je nak bercakap...Orang berfikir pakai kepala otak tapi Mat Sabu berfikir pakai kepala lutut. Bila keadaan dah kecoh dan banyak pihak yang marah dengan kebodohannya baru nak mengelabah...

Tak perlulah nak menceritakan kisah hidupnya untuk meraih simpati yang kononnya sejak dari kecil lagi  dirinya seorang pejuang Islam dan bukannya penyokong komunis kerana rakyat dah kenal siapa Mat Sabu sebenarnya...
“Tetapi hari ini, mereka tuduh saya komunis. Sampai hati mereka kata begitu. Saya sedih kerana tidak pernah terlintas untuk menyokong komunis.

“Saya cintakan tanah air Malaysia, tempat tumpah darah saya,” katanya. - SH
Mat Sabu, dalam ceramahnya mendakwa Mohamad Indera yang terlibat dalam isu tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar. Disebabkan kebodohannya itu, Mat Sabu dikecam banyak pihak kerana dianggap menyokong perjuangan komunis kerana didakwa mengangkat individu yang bersama pengganas Parti Komunis Malaya menyerang Bukit Kepong.

**terlajak perahu boleh lagi nak reverse tapi kalau dah terlajak kata tu sendiri mau jawab laaa...



Kini semakin ramai mahu menjadi pakar walaupun bukan bidangnya. Semua mahu bercakap, masing-masing terlalu ghairah mengambil kesempatan, mabuk kuasa dan politik terdesak hari ini. Mereka berselindung atas nama Islam, pertubuhan Melayu, pertubuhan ibu bapa dan macam-macam badan lagi. Sekumpulan mahukan Pembelajaran Pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan. Sekumpulan lagi mahu komunis diberikan pengiktirafan.

Sebuah pertubuhan, kononnya mewakili ibu bapa membuat kenyataan bahawa majoriti ibu bapa menyokong PPSMI. Tertanya-tanya pula kita, siapakah ibu bapa tersebut? Sejauh manakah kesahihan dan kebolehpercayaan kajian digunakan berbanding dengan kajian akademik sebelum ini. Malang sekali, penemuan para akademia tidak dibincangkan berbanding pertubuhan picisan ini. 

Pertubuhan ini meminta untuk bertemu dengan Kabinet supaya mengembalikan semula PPSMI. Mereka mendakwa ada bukti dan mendapat sokongan lebih 90 peratus ibu bapa berhubung perkara ini.

Seingat saya, hampir 100 NGO Melayu tidak bersetuju telah tampil secara agresif menentang. Ini tidak termasuk NGO Cina yang menentang sejak awal lagi. Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) itu sendiri terdiri daripada profesor-profesor dalam bidang masing-masing, dari awal lagi menentang berserta bukti-bukti kajian. Tanyalah Profesor Abdullah Hassan, Profesor Awang Sariyan, Profesor Nik Safiah Karim dan ramai lagi.

Ini belum termasuk pandangan pakar sains lain seperti Profesor Shahril M Zain (Pakar Sains Matematik), Profesor Tan Sri Zulkifli Razak (Pakar Perubatan), Profesor Yusof Othman (Pakar Fizik) dan ramai lagi. 

Nasihat saya, jika ingin mendapatkan pendapat dan suara pakar Melayu, sepatutnya kerajaan mendengar dan merujuk kepada cendekiawan dan barisan NGO Melayu seperti Persatuan Akademik IPTA, Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Majlis Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MAPIM) dan banyak lagi. 

Kenapa kita begitu terpukul dengan sebuah pertubuhan kerdil yang disebut sebagai Page. Siapakah mereka?

Apa kepakarannya? 

Tidak payahlah menggunakan gelaran datin untuk mencari pengaruh. Hina sangat rasanya. Gelaran datin adalah tumpangan gelaran datuk yang diperoleh suami. Jika benar-benar berani mari kita berdebat dengan para akademia secara akademik.

Negara kita teramat sedih kehilangan seorang pejuang bahasa, Datuk Dr Hasan Ahmad yang kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Ketika Allahyarham masih hidup, perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu tidak pernah luntur sehinggalah kerajaan bertindak memansuhkan PPSMI dan menggantikannya dengan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita amat mengharapkan kementerian pelajaran akan bertegas dengan pendiriannya. 

Persoalan pokok adalah isu penguasaan bahasa, bukan isu Sains dan Matematik. Jika bahasa lemah, yang harus diperhebat ialah kaedah pembelajaran dan pengajaran bahasa, bukan mengubah sistem. 

Saya amat terusik dengan pesanan akhir Dr Hassan, kerajaan akan jatuh jika tidak mendengar suara ilmuwan - mereka yang pakar dalam bidang masing-masing, jujur dengan ilmu dan bertindak berpaksikan Quran dan Sunnah serta Perlembagaan negara. Sama juga isu yang menganggap komunis ini sebagai pejuang. Bacalah dahulu sejarah komunis dari awal hingga akhir daripada pelbagai sumber. Jangan hanya membaca satu sumber atau sebelah pihak sahaja, barulah boleh memberikan pandangan. 

Saya sempat membaca buku berkaitan perjuangan komunis oleh Rashid Maidin, Tunku Abdul Rahman, Hanrahan, Purcell dan Thompson. Saya tidak nafikan sumbangan komunis memang ada, tetapi tidaklah boleh meletakkan mereka setaraf pejuang kemerdekaan. Perjuangan komunis amat jauh berbeza dengan perjuangan Tok Janggut dan Dato Maharaja Lela menentang penjajah British. Pejuang-pejuang Melayu hanya mahu menghalau penjajah, berbanding komunis yang mahu menguasai Malaya melalui teori dominonya. 

Adalah tidak rasional menolak kebaikan seorang, hanya kerana mungkin dia musuh atau tidak bersefahaman dengan kita. Dalam kes Mat Indera, beliau seorang pejuang, cuma platformnya salah kerana bersama komunis. Perlu diingat, walaupun komunis berjaya dihapuskan, masih ada lagi menyanjung Bintang Tiga (MPAJA), Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD, dan sebagainya. Tindakan membina tugu MPAJA menunjukkan perjuangan komunis masih lagi bertapak di negara ini.SH

PANAS : TAHNIAH TUN MAHATHIR.....


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik secara rasmi sebagai Canselor pertama Program Pengajian Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) yang baru dilancarkan  Program pengajian perubatan di bawah PUGSOM akan menawarkan program pengajian perubatan kemasukan mahasiswa empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat dengan kerjasama Pusat Pengajian Perubatan Johns Hopkins University (JHU).

Program Pengajian Perubatan Universiti Perdana-Royal College of Surgeons di Ireland (PU-RCSI) pula akan menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional dengan kerjasama RCSI.

"Saya dengan rendah hati dan gembira untuk menerima (tawaran itu) sebagai Canselor Universiti Perdana," kata Dr Mahathir dalam ucapan penerimaannya pada pelancaran rasmi Universiti Perdana dan pelantikan rasmi sebagai Canselor pertama, di sini, hari ini.

Majlis pelancarannya disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi Universiti Perdana, Tan Sri Dr Mohan Swami.

Dr Mahathir berkata kerjasama dengan dua buah universiti tersohor itu akan memberi manfaat bukan sahaja kepada universiti itu malah kepada negara.

"Malah kita perlu ingat bahawa apabila kita telah maju dalam sebarang bidang ilmu pengetahuan sudah tentu ada perkara yang boleh dipelajari daripada orang lain." Beliau berkata satu daripada faedah dari hubungan sedemikian adalah bahawa lama kelamaan sesebuah universiti itu akan diiktiraf oleh pihak lain dan menarik pelajar asing.

"Kos untuk belajar perubatan di Amerika sangat tinggi. Di sini kos itu akan banyak berkurangan dan ia bermakna bahawa anda akan sentiasa mudah dicapai oleh lebih ramai pelajar yang sebaliknya, tidak akan mampu untuk memasuki sebuah universiti Amerika," kata Dr Mahathir.

Universiti itu, yang menyasarkan untuk mengambil 10 hingga 20 peratus pelajar asing mulai tahun depan, merupakan sebuah projek perkongsian swasta dan awam yang diusahakan oleh Unit Perkongsian Swasta Awam di Jabatan Perdana Menteri dan Academic Medical Sdn Bhd (AMC).

Dua perjanjian antara AMC dan JHU dan Johns Hopkins Medicine International (JHI), dan satu lagi perjanjian yang menandakan secara rasmi kerjasama antara AMC dan RCSI, telah ditandatangani pada 2010.

Bangunan konvensyen di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (Maeps) digunakan sebagai kemudahan sementara Universiti Perdana.

Pengambilan pertama 75 pelajar bagi program PU-RCSI dan 30 pelajar bagi JHU. Daripada sejumlah 105 pelajar perintis, hanya seorang pelajar asing dari Bahrain.

Lima puluh peratus pelajar universiti itu adalah atas tajaan Jabatan perkhidmatan Awam.- BERNAMA

Monday, September 12, 2011

Siapa yang menonton video ini mesti terpegun dengan cara pelayan ini menyediakan teh o panas untuk dihidangkan kepada pelanggannya. Hebat...lebih daripada sepuluh cawan boleh diangkatnya serentak...


Tun Dr Mahathir Mohamed menasihatkan Datuk Seri Najib Razak agar melewatkan pilihan raya umum ke-13 dan merasakan bahawa Perdana Menteri sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk meneliti calon-calon terbaik yang akan mewakili Barisan Nasional (BN).

Dr Mahathir menjawab soalan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan ketika temu bual RTM di sini.

Bekas perdana menteri ditanya mengenai komen-komen mendakwa ketua-ketua bahagian parti komponen BN sedang bertelingkah satu sama lain untuk menjadi calon pilihan raya.

The Malaysian Insider ada membawa laporan sebelum ini bahawa kepimpinan Umno berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan sokongan ketua-ketua bahagian di sesetengah negeri khususnya berkaitan dengan soal calon.

“Saya merasakan bahawa jika ia diadakan lewat sedikit, OK. Perlu ada masa bagi Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus dipilih sebagai calon,” kata Dr Mahathir (gambar) dalam temu bual yang dirakamkan hari ini.

Katanya, pendekatan “calon boleh menang” kemungkinan boleh mencetuskan masalah bagi perikatan itu kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak perpecahan antara pemimpin-pemimpin parti yang hendak bertanding.

“Menjadi amalan biasa bagi seseorang yang tidak dipilih sebagai calon untuk bertindak membuktikan bahawa calon yang dipilih adalah tidak layak,” katanya lagi.

“Masalah ini sukar untuk diatasi. Ia masih menjadi satu masalah,” katanya lagi.

Kata Dr Mahathir, Najib sebagai pengerusi BN seharusnya menjelaskan kepada parti-parti komponen bahawa sokongan tidak bersyarat kepada calon-calon yang dipilih adalah penting meskipun mereka secara peribadi tidak menyokong calon yang dipilih.

“Najib seharusnya bertindak untuk menjelaskan mengenai calon-calon berpotensi... jika mereka tidak memberi sokongan kepada calon yang dipilih, mereka juga akan berhadapan dengan masalah,” kata Dr Mahathir.

Pentadbiran Najib berhadapan dengan tahun yang sukar selain terpaksa berhadapan dengan kecaman berhubung cara pihaknya menangani perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.

Pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013.MI


Ketaksuban Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu mempertahankan perjuangan komunis yang bertindak kejam dan zalim terhadap anggota keselamatan dan orang awam dilihat bukan saja satu cara memutarbelitkan fakta tetapi juga mahu meraih populariti ibarat mahu mewujudkan idealogi Pas-Komunisme-Islam.

Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek melihat apa yang cuba dibangkitkan oleh Mat Sabu adalah seakan mahu menegaskan bahawa dalam komunis itu ada agama Islam.

“Mat Sabu mengiktiraf perjuangan Mat Indera yang bersekongkol dengan pengganas komunis sebagai hero sedangkan perlu difahami bahawa orang Melayu yang beridealogikan komunis itu akan diragui agamanya kerana komunis itu adalah atheis atau tidak mempercayai tuhan,” katanya kepada UMNO Online.

Sebelum ini dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, Mat Sabu dilaporkan berkata pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

“Saya tidak mengenali Mat Sabu secara peribadi tetapi saya mengetahui tentang peribadinya sendiri melalui siri ceramahnya yang sering menggunakan kata-kata kesat dan caci maki termasuklah mengambil analogi yang celupar sedangkan sebagai seorang pemimpin kepada sebuah parti yang menggunakan perkataan Islam sewajarnya dia tahu apa yang diucapkan.

“Sebagai Timbalan Presiden kepada parti yang kononnya berjuang untuk Islam juga, beliau perlu lebih berhati-hati, berhemah serta bertanggungjawab atas setiap pernyataan apatah lagi apabila menyebut hal-hal yang berkaitan dengan negara sendiri kerana secara tidak langsung ia akan membabitkan kerajaan yang dinaungi oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Tegas beliau yang juga pensyarah Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), ucapan Mat Sabu itu sendiri berbaur pelanggaran terhadap undang-undang negara kerana ia telah menyentuh hal-hal sensitif yang secara tidak langsung boleh menimbulkan kekacauan dalam negara.

“Berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat oleh orang awam berikutan ucapan Mat Sabu kerana ia boleh sebabkan keadaan yang tidak harmonis berlaku dalam negara,” katanya.

Jelasnya, apabila pengiktirafan diberikan kepada komunis maka ia adalah satu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agung dan mengaibkan Baginda yang menanungi negara ini.

“Mat Sabu bercakap tentang komunis yang bermaharaja pada tahun 1950 dahulu dan bayangkanlah sekiranya mereka menang maka tentunya negara ini tidak mempunyai Raja dan akan menjadi sebuah negara Republik.

“Jika komunis tersebut dianggap sebagai hero, bagaimana dengan tingkah laku mereka yang sanggup membunuh dengan kejam, bukan saja anggota polis yang bertugas menjaga kesejahteraan tetapi orang awam, wanita dan kanak-kanak turut dibunuh demi mendapatkan kuasa,” katanya lagi. - MediaUMNO

Apa dah tak ada kerja lain ke yang boleh dibuat oleh Mat Syabu dan puak-puak PAS ni. Masih banyak lagi kerja berfaedah boleh dilakukan oleh pemimpinn seperti ini selain dari menziarahi kubur seorang pengganas komunis.

Alangkah bagus sekiranya lawatan atau kunjungan yang dilakukan ini, dibuat ke atas gologan rakyat yang mana hiudpnya masih lagi dalam serba kekurangan dan memerlukan perhatian yang lebih dari wakil-wakil pemimpin yang diundi demi membela nasib mereka.


Ini tidak..Demi untuk menegakkan benang yang basah, apa sahaja sanggup dilakukan sehingga terlupa tanggungjawab sebenar sebagai seorang pemimpin atau wakil rakyat. Apakah mereka-mereka yang bergelar PEMIMPIN ini tidak risau atau takut dengan azab yang bakal menimpanya bila tiba hari pembalasan kelak sekiranya lalai dalam melaksana amanah yang diberi.


Merujuk pada gambar Mat Syabu di atas. Sudah tentu membuatkan kita berfikir sebentar, apakah rasionalnya kubur usang yang tak bertanda itu dilawatinya. Tidak cukupkah dengan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah tanah air yang ada di negara kita ini, sehinggakan terpaksa turun ke liang lahad semamta-mata ingin membela nasib seorang pengganas komunis yang bernama Mat Indera.


Inilah dia sebahagian daripada perangai hodoh pemimpin politik yang rakus lagi menjelikan yang ada di negara kita. Berpolitik tanpa mengira isu, masa dan tempat. Tak tahu macam mana manusia spesis ini boleh terpilih jadi pemimpin. Agaknya, sudah dibutakan mata hati dari melihat kebenaran kot...Ah! lantak la kay Mat Syabu...WJ


Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang berada di Munich, Jerman untuk mengikuti “International Meetings of Prayer for Peace” dari 11 Sept hingga 13 sept 2011.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Anwar dalam twitternya dan blog rasminya, anwaribrahimblog.com.

Menurut themunichtimes.com, program yang dijangkakan melibatkan Lebih 400 orang dari 60 buah negara itu dianjurkan anjuran the community of Sant’Egidio dengan kerjasama the Archdiocese of Munich-Freising.
The Community of Sant’Egidio adalah satu komuniti masyarakat Kristian yang diiktiraf secara rasmi oleh Gereja Katolik sebagai ‘Persatuan Gereja Awam’.

Komuniti Sant’Egidio diasaskan di Rom pada tahun 1968, dinamakan sempena Gereja Rom Sant’Egidio (Itali untuk Saint Giles) di Trastevere, di mana bermula tempat pertemuan pertama.

Sejak tahun 1968, masyarakat telah berkumpul di situ pada setiap malam untuk berdoa dan membaca Alkitab, menelaah Injil, yang akhirnya merebak di seluruh dunia dengan misi membantu Kristinisasi kepada golongan-golongan yang memerlukan.

Antara aktiviti utama komuniti ini adalah acara prayer (sembahyang), yang berpusat di sekitar pembacaan Alkitab, menyebarkan Injil untuk membantu orang-orang yang mencari pedoman kehidupan, membantu golongan miskin, perpaduan di kalangan mazhab berbeza Kristian (Ecumenism) dan menganjurkan dialog antara agama (pluralisme antara agama).





“Munich: wacana bukan untuk mengukuhkan kejahilan, prejudis atau Islamofobia. Pertahankan keselamatan Israel tetapi disenyapkan nasib rakyat Palestin”, tulis Anwar dalam twitternya 5 jam lalu.

Kehadiran wakil-wakil Gereja Kristian dan Komuniti Ecclesial acara perasmian pada 11 Sept
 
Anwar dijadualkan berucap hari ini, 12 Sept. dengan tajuk “Humanistic and Religious Believers: an Agenda of Coexistence“, di Residenz, Cuvilliés-Theater.
 
Ketua Umum PKR itu terlibat dalam panel ke-14 yang mengupas ucapan Paul Poupard (Cardinal, President Emeritus of the Pontifical Council for Culture, Holy See). Turut mengupas bersama Anwar adalah lima orang ahli panel lain iaitu Riccardo Di Segni (Chief Rabbi of Rome, Italy), Simon Xavier Guerrend Hermès (President of Guerrand Hermès Foundation for Peace, France), Vincenzo Paglia (Catholic Bishop, Italy), Walter Jürgen Schmid (Ambassador of Germany to the Holy See) dan Paolo Borzatta (Senior Partner of “The European House-Ambrosetti, Italy).

Ucapan Anwar turut disiarkan di laman rasmi Anwar, anwaribrahimblog. Untuk membacanya, sila klik di sini

Program yang dirasmikan oleh Presiden Republik Persekutuan Jerman, Christian Wulff itu turut membariskan beberapa ucapan pemimpin agama lain antaranya; Reinhard Marx (Cardinal, Archbishop of Munich and Freising), Horst Seehofer (Minister-President of Baviera), Shear-Yashuv Cohen (Emeritus Chief Rabbi of Haifa, Israel), Daniel (Patriarch of the Romanian Orthodox Church) dan Datò’ Seri Anwar Ibrahim (Member of Parliament, Malaysia).

Selain itu, beberapa ahli panel lain turut terlibat antaranya; Munib Younan (President of the Lutheran World Federation) dan Angela Merkel (Chancellor of the German Federal Republic)

Nama Munib Younan pernah disebut oleh Bishop Philip Lok (Presiden Persatuan Gereja Lutheran Malaysia dan Singapura) sebagai individu yang Anwar pernah ‘materai’ perjanjian untuk menjamin beri kalimah Allah kepada penganut Kristian di Malaysia.

Manakala Angela Merkel adalah Pengerusi Christian Democratic Union of Germany (CDU) yang memiliki badan pemikirnyanya dinamakan Konrad Adenauer Stiftung (KAS).

KAS merupakan salah satu penaja utama badan pemikir Anwar sejak dari tahun 1984.

Dalam persidangan itu Anwar diperkenalkan sebagai “seorang pejuang hak asasi manusia..bapa Asian Renaissance..dan penaja utama dialog antara agama di Asia”

Anwar Ibrahim di Rom, Itali, Church of Sant'Egidio pada 4 Oktober 2010


Turut disertakan sekeping foto penglibatan Anwar dalam program yang sama yang pernah diadakan di Rom, Itali pada 4 Oktober tahun lepas iaitu Persidangan Antarabangsa Solat Untuk Keamanan. AIDC


Jarang Mohamad Sabu elak soalan wartawan. Malah, Timbalan Presiden PAS itu juga pantang tolak mikrofon. Maksudnya, beliau memang suka bercakap sebab itu dapat jolokan ayam sabung PAS kerana hebat berkokok berceramah sana sini.

Dengan stail dan gaya bersahaja, Mat Sabu kerap buat lawak bagi tarik penonton. Kalau depan wartawan pulak, tutur kata beliau macam Datuk Seri Anwar Ibrahim – ada lawak, marah dan kadangkalai penuh sindiran.

Namun, abang Mat kita tutup mulut rapat bila minta komen pasal rakaman perbualan telefon seks di laman Youtube didakwa suaranya dengan seorang wanita dipercayai Normah Abdul Halim yang pernah ditangkap di sebuah bilik hotel di Kota Bharu pada 1994.

Memang pelik cara Mat Sabu layan wartawan Agendadaily dan beberapa media lain yang ‘tangkap’ beliau di jamuan hari raya PAS Pusat di Taman Melewar, petang Ahad.

Awal-awal lagi beliau nampak macam malas nak layan wartawan sebaliknya duduk di kerusi di pintu masuk dewan PAS pusat itu untuk bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri jamuan tersebut.

Mana boleh tunggu, wartawan terpaksa kepung Mat Sabu nak tanya komen beliau isu itu.
Ditanya sama ada beliau sudah dengar rakaman itu, “No Komen” katanya. Selepas itu ditanya samada, beliau mahu nafi itu suaranya.Jawapanya sama  ”No Komen.”

Bila ditanya, nak saman tak pihak yang siar rakaman itu, “No Komen,” katanya dalam nada suara serius. Barangkali malu kerana tak dapat jawap soalan yang semua orang ingin jawapanya itu, Mat Sabu tempelak wartawan dan kata, dah tau wartawan nak tanya pasal itu (rakaman telefon seks). Agenda Daily

Rupa-rupanya dalam hebat Mat Sabu ada juga lemahnya. Tanyalah mana-mana wartawan, jika sesiapa ditanya dan asyik jawab no komen, mesti ada yang kata , “Lu fikirlah sendiri,”. 

**EP pun NO KOMEN...cuma geli hati bila dengar kisah Mat Sabu ROMEN dengan Normah....

Setelah Dr Mujahid Yusuf mahu Majlis Profesor Negara lucutkan keanggotaan Profesor Zainal Kling kerana menimbulkan kekeliruan dengan mendakwa Malaya tidak pernah dijajah British, kini tiba pula giliran Nik Aziz menyifatkan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling tidur didalam gua terlalu lama....

Hebat betul pemimpin-pemimpin PAS sekarang ni...dulunya merupakan ahli politik tetapi kini tiba-tiba telah bertukar menjadi pakar sejarah. Sampai orang yang kaji sejarah pun tak betul...Nampaknya gula-gula yang disuapkan oleh DAP ke mulut pemimpin-pemimpin PAS telah mula menunjukkan kesan..
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling sebagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

"Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

"Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur.

Walaupun tidak menyebut secara langsung nama Zainal, kenyataan itu jelas merujuk kepada kenyataan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dalam sidang media di Putrajaya Jumaat lalu.

Pada 9 September lalu, Zainal berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Bercakap dalam sidang media di Putrajaya, Zainal berkata, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah.MK

Kelewatan menyelesaikan kes Mat Sabu telah menjadi buah mulut orang ramai walaupun ratusan laporan polis telah dibuat terhadap tindakannya. Bukan setakat kes Mat Sabu, malah kes-kes yang terdahulu seperti kes Anwar, Bersih 2.0, DUMC dan banyak lagi masih belum selesai walaupun pihak Polis telah selesai menjalankan siasatan dan  laporan yang lengkap berhubung kes-kes tersebut dan telah pun diserahkan kepada pihak yang berkenaan iaitu pihak Peguan Negara. Jadi kenapa sehingga sekarang tiada tindakan undang-undang diambil keatas mereka...

Adakah Mat Sabu kebal dari undang-undang setelah melakukan provokasi menggunakan kepala lututnya mempertikaikan sejarah negara dan mengangkat komunis sebagai pejuang negara.....

Ramai yang menyangka Menteri KDN dan pihak Polis lembik kerana takut untuk mengambil tindakan undang-undang keatas Mat Sabu termasuk juga EP. Ternyata sangkaan EP dan ramai lagi silap. KDN dan pihak Polis telah menjalankan tugas-tugas mereka dengan baik dibawah bidang kuasa mereka iaitu memperuntukkan aduan kepada Polis dan kuasa Polis untuk menyaisat dan bukannya mendakwa..Kerja-kerja mendakwa ini terletak dibawah bidang kuasa Peguam Negara.


Dan jika kita merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, kuasa yang menentukan prosiding mahkamah adalah di bawah kuasa Peguam Negara dan bukannya KDN atau pihak Polis. Tugas-tugas Peguam Negara ialah menjadi penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan dan telah diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
145. Attorney General
(3) The Attorney General shall have power, exercisable at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence, other than proceedings before a Syariah Court, a native court or a court-martial.

(3a) Federal law may confer on the Attorney General power to determine the courts in which or the venue at which any proceedings which he has power under Clause (3) to institute shall be instituted or to which such proceedings shall be transferred.
Mengapa pihak Peguam Negara masih berdiam diri dan tidak mahu mengambil tindakan keatas Mat Sabu?? Pihak Peguam Negara harus memberikan keutamaan kepada kes-kes yang boleh menggugat keyakinan rakyat dan  juga boleh menghuru-harakan negara. Secara tidak langsung ianya dapat memulihkan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara.

Apa-apa pun pihak Peguam Negara mestilah bertindak dengan cepat terhadap Mat Sabu sebelum pekara ini melarat dan menjadi barah di hati rakyat sehingga mereka tidak lagi dapat melihat kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merancang dan bekerja bermati-matian untuk memulihkan maruah negara, bangsa dan agama.

Polis kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara, selepas kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong dihantar kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan dihantar sudah dilengkapkan bersama maklumat hasil siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

“Kita sudah jalankan tugas dan hanya tunggu arahan daripada pihak atasan, sama ada untuk tindakan selanjutnya.

“Terpulang kepada pihak Peguam Negara untuk menentukan bentuk tindakan terhadap kes itu, selepas menilai kertas siasatan yang diserahkan,” katanya pada sidang akhbar semalam. KLIK SINI



Rakan sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ambiga Sreenivasan percaya dan bersetuju bahawa Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang adalah satu liabiliti kepada pakatan pembangkang dan calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri (PM).

Ambiga yang merupakan Pengerusi BERSIH 2.0 dilaporkan berkata begitu dalam satu majlis tertutup di London baru-baru ini.

“Dalam satu majlis persendirian di London baru-baru ini, (yang dihadiri) sekumpulan pemimpin berpotensi terpilih untuk pembangkang memimpin kerajaan (tidak termasuk Hindraf), Datuk Ambiga Sreenivasan dan lain-lain yang hadir telah memutuskan tanpa ragu-ragu bahawa Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah liabiliti kepada perjuangan gabungan (pembangkang) dan dengan itu secara mutlak (mereka memutuskan Anwar) tidak sesuai untuk jawatan PM (jika sekiranya) pembangkang memimpin kerajaan”, lapor Gopal Raj Kumar, dalam lamannya, takemon.wordpress.com
Dalam majlis itu Ambiga dilaporkan mengakui bahawa Anwar Ibrahim adalah hanya satu sumber (alat) untuk perjuangan mereka sebagai tokoh ikon dan simbol kepada segala yang salah tentang BN tetapi bukan sebagai seorang pemimpin negara serta bukan calon yang sesuai sebagai PM.

Menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan BERSIH, mereka yang hadir termasuk wakil-wakil PKR percaya bahawa pencalonan Anwar Ibrahim untuk jawatan PM akan menyebabkan semakin banyak serangan peribadi dan akan meningkatkan peluang BN untuk meningkatkan majoriti dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Turut dibahaskan tentang peranan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, adalah beliau calon yang sesuai mengantikan Anwar, ketika beliau berhadapan dengan semua masalah skandal seks suaminya, dituduh meliwat bersama pembantu lelakinya dan dirakamkan melakukan hubungan seks bersama pelacur ?


Anwar dikatakan terperangkap dengan permainannya sendiri, bersungguh-sungguh menuntut Suruhajaya Diraja untuk rakaman video VK Linggam, tetapi dalam masa sama, beliau sendiri turut dirakamkan bersama pelacur seperti didedahkan oleh Datuk T.

Pendedahan Gopal Raj Kumar ini hampir sama dengan pendapat Profesor Dr. Chandra Muzaffar, Presiden JUST (The International Movement for a Just World) yang mengatakan Anwar sudah liabiliti tetapi masih diperlukan sebagai ‘alat’ kepada bukan Melayu untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya umum akan datang. AIDC

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara sinis mempersoal sejak bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menerima wahyu' sehingga Mursyidul Am Pas itu boleh mengeluarkan 'fatwa' bahawa usaha UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Abdul Aziz dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama 'menerima wahyu' daripada Allah, Mursyidul Am Pas itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugas untuk menjalankan amanah tersebut.

"Saya nak tanya sejak bila pula Nik Abdul Aziz ini 'terima wahyu' sehingga dia boleh mengeluarkan 'fatwa' berdosa jika kerajaan Pas Kelantan dirampas oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Jika benar beliau terima 'wahyu' berkenaan, sebutlah malaikat mana pula yang ditugaskan menyampaikan wahyu itu?

"Pada Nik Abdul Aziz, semua yang berkait dengan UMNO berdosa. Apa yang tidak berdosa pada pemikiran beliau hanya bersubahat dengan DAP walaupun akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu yang mendakwa usaha UMNO Kelantan untuk menawan kembali negeri berkenaan daripada Pas tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam yang kononnya diperjuang parti tersebut.

Mengulas lanjut, Ibrahim tidak sedikit pun setuju dan percaya dengan 'fatwa' karut Mursyidul Am Pas itu kerana yakin jika UMNO berjaya menawan kembali Kelantan yang sudah diperintah selama 21 tahun oleh Pas, rakyat negeri itu akan menikmati kehidupan lebih senang.

Jelas beliau, rakyat Kelantan tidak lagi akan dibelenggu dengan masalah air iaitu salah satu keperluan asas yang tidak mampu disediakan oleh Kerajaan Pas Kelantan walaupun sudah lebih dua dekad memerintah kerana pemimpinnya lebih sibuk berceramah berbanding memikirkan cara menyelesaikan masalah rakyat.

"Pemimpin Pas Kelantan yang diketuai Nik Abdul Aziz langsung tiada inovasi dalam pentadbiran meskipun untuk menyelesai masalah yang paling asas. Air bersih adalah keperluan asas, tapi apa yang Pas buat selepas 21 tahun? Mereka hanya pandai menuduh dan memburukkan orang lain dalam ceramah sahaja," katanya. UM

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.