Tuesday, September 6, 2011


Semalam, 5 September 2011 Mohd Sabu dan rombongannya berhasrat berjumpa dengan Puan Jamilah Abu Bakar, mangsa serangan komunis yang disertai Mat Indera terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950. Puan Jamilah Abu Bakar juga ialah anak kepada Allahyarham MM Abu Bakar Daud yang cedera parah semasa serangan tersebut. Beliau sekarang tinggal Taman Skudai Kanan, Tampoi, Johor. Tujuan utama Mohd Sabu dan rombongan ke rumah Puan Jamilah berkemungkinan untuk menjelaskan kenyataannya yang benar-benar mengguris hati mangsa serangan Bukit Kepong dan mungkin juga untuk membela nasib mereka.

Selain Mohd Sabu, turut bersama ialah Abdullah Idris, YDP PAS Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim, Naib YDP PAS Kawasan Pulai, Onn Jaafar, AJK PAS Johor dan Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Johor. Malangnya kehadiran mereka pada kira-kira jam 2 petang telah disambut dengan batang-batang penyapu oleh penduduk setempat yang jelas tidak dapat menerima kenyataan Mohd Sabu yang mengagungkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan anggota polis Balai Bukit Kepong yang terkorban sebagai alat British. Keluarga Puan Jamilah juga enggan menerima kehadiran rombongan tersebut yang jelas tidak pernah menghargai perjuangan datuk mereka yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong daripada serangan komunis.


Tukang Screw sudahpun menjangkakan sambutan yang bakal diterima Mohd Sabu dan rombongan. Tetapi yang menarik, ahli keluarga Puan Jamilah jelas amat kecewa dengan taktik penipuan PAS yang merancang perjumpaan tersebut. Sebelum perjumpaan pada 5 hb diadakan, Zaaba Ibrahim, Naib YDP PAS Kawasan Pulai telah menghubungi salah seorang dari ahli keluarga tersebut dengan memperkenalkan dirinya sebagai PEGAWAI KERAJAAN dengan alasan untuk membantu waris tragedi serangan Bukit Kepong yang turut berjanji akan membawa Suhaizan Kaiat yang menyamar sebagai AHLI SEJARAH untuk membetulkan fakta sejarah tentang tragedi serangan tersebut. Pada awalnya kehadiran Zaaba Ibrahim dan isteri tidak disenangi keluarga tersebut tetapi memandangkan taktik penyamaran sebagai PEGAWAI KERAJAAN yang digunakan selain tujuan lawatan untuk membantu waris mangsa serangan tersebut, akhirnya keluarga tersebut menerimanya.


Bagaimanapun seperti yang dijanjikan, pada 5 hb rombongan PEGAWAI KERAJAAN dan AHLI SEJARAH tersebut datang bersama Mohd Sabu yang cukup dikenali penduduk setempat sekaligus disambut dengan batang-batang penyapu!!! Tindakan tersebut dibuat kerana rasa marah dengan kenyataan Mohd Sabu, penipuan yang dibuat Zaaba yang mengaku sebagai PEGAWAI KERAJAAN dan kebarangkalian PAS akan mengeksploitasi perjumpaan tersebut demi kepentingan politik mereka. Setelah gagal mengadakan perjumpaan tersebut, rombongan PEGAWAI KERAJAAN dan AHLI SEJARAH tersebut cuba berjumpa salah seorang ahli keluarga tersebut di Surau Assyakirin. Bagaimanapun mereka dinasihatkan beredar untuk mengelakkan perkara-perkara tidak diingini daripada berlaku. Khabarnya juga keluarga Puan Jamilah akan membuat laporan polis berhubung tindakan Zaaba Ibrahim menyamar sebagai PEGAWAI KERAJAAN.


Kerana malu dengan sambutan tersebut, rombongan PEGAWAI KERAJAAN dan AHLI SEJARAH tersebut telah beredar dari tempat tersebut dan berfikir bagaimana nak menyembunyikan kemaluan mereka. Sebelum itu, Mohd Sabu sempat mengadakan sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina, Taman Maju, Johor Bahru berhubung serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong. Yang menariknya bagi memujuk dan divert isu tersebut, Mohd Sabu dalam kenyataannya menawarkan khidmat guaman percuma kepada waris atau keluarga anggota polis yang terlibat dengan tragedi Bukit Kepong bagi menuntut pampasan daripada kerajaan British. Mohd Sabu juga tetap berkeras menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan seperti yang ditulis dalam buku bertajuk "Pengukir Nama Johor" tulisan Ismail Adan yang dia sendiri masih belum membacanya apatah lagi semasa menyebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan pada 21 Ogos lalu.


Apa yang Tukang Screw ingin ulas di sini ialah bagaimana terdesaknya PAS menipu untuk memujuk insan-insan yang telah diguris perasaannya kerana sokongan PAS terhadap perjuangan komunis Mat Indera menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dianggap sebagai aparatus penjajah British!!! Kerana pulut santan binasa, kerana mulut Mohd Sabu PAS binasa. Jadi selama ini jelaslah politik penipuan PAS yang mengaku memperjuangkan Islam terhadap beberapa isu yang kononnya diperjuangkan bagi membela nasib rakyat. Tak perlulah menyebut UMNO lagi besar penipuannya kerana ianya telah menjadi satu konsep yang difahami oleh rakyat negara ini dan seperkara lagi UMNO bukanlah parti yang mendakwa parti mereka sebagai parti Islam.


Akhir kalam, eloklah kiranya pemimpin PAS berdebat secara ilmiah dengan ahli-ahli sejarah bagi menegakkan kenyataan mereka bahawa Mat Indera dan komunis adalah pejuang kemerdekaan sebenarnya. Tak perlulah berdebat dengan UMNO kerana UMNO juga buta sejarah. Ramai waris-waris mangsa dan polis/tentera yang terlibat dengan kekejaman komunis mahu mendengar hujah PAS seterusnya membetulkan fakta sejarah yang kononnya ditulis UMNO. Ini cabaran Tukang Screw kepada PAS atau penyokong mereka, kalau anak jantan berdebatlah dengan ahli sejarah ataupun mangsa kekejaman komunis! Carilah pentas yang sama tinggi sama rendah untuk menari. Beranikah Tuan Ibrahim Tuan Man menyahut cabaran? ScrewKuat

Memang tak haram pun kalau Mat Syabu nak pergi masjid pada 9 Julai 2011 lebih kurang jam 12.30pm (masjid mana Lim Guan Eng tak cakap) kononnya untuk menunaikan solat Zohor kerana nak masuk waktu tapi ianya macam haram jadah bila Lim Guan Eng dan Mat Syabu menggunakan alasan pergi ke masjid untuk menyelamatkan diri mereka daripada kantoi...
PUNYA LA GUAN ENG JAGA MAT SYABU SAMPAI ATAS CEK PUN GUNA GELARAN Y.B TUAN..
 
Apa Lim Guan Eng dan Mat Syabu ingat rakyat Malaysia bodoh dengan jawapan yang diberikan. Cuba memutarbelitkan fakta supaya rakyat Malaysia keliru kononnya Mat Syabu bukan nak pergi perhimpunan HARAM Bersih 2.0 tapi Mat Syabu nak pergi sembahyang...(mungkin masa tu Mat Syabu rasa lebih afdal untuk menunaikan silat di Masjid Negara kerana penyokongnya sedang menunggu untuk berjemaah bersamanya)

Macam mana Lim Guan Eng nak tipu pun hakikatnya satu Malaysia tahu Mat Syabu ada di KL pada ketika dan waktu tersebut untuk menghadiri perhimpunan HARAM Bersih 2.0 dan Masjid Negara telah dijadikan tempat berkumpul oleh perusuh-perusuh Bersih 2.0 sebelum mereka berarak walaupun mahkamah telah mengeluarkan perintah larangan.


Sila rujuk laporan polis yang dibuat oleh Mat Syabu...

Balai: Jalan Dang Wangi
No. Repot: TRAVERS/005778/11
Tarikh: 14/07/2011
Waktu: 1042 AM
Bahasa Diterima: B. Malaysia

Butir-butir penerima repot:-
Nama: Rozanah bt Zainal Abidin
No. Personel: R133466 Pangkat: L/KPL


Butir-butir pengadu:-
Nama: MOHAMAD BIN SABU 

No. K/P: 541014075575  Pekerjaan: TIMBALAN PRESIDEN PAS

Pengadu menyatakan:

Pada 9/7/2011 pada jam lebih kurang 1 pm saya membonceng sebuah motosikal dari arah Mandarin Court Hotel di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur menuju ke Hotel Hilton di Kuala Lumpur Sentral. Saya bercadang untuk singgah sebentar di Masjid Negara bagi menunaikan solat Zohor di masjid tersebut.....

Buat apa Mat Syabu nak ke Hotel KL Hilton, KL Sentral...adakah PBAPP mengadakan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarahnya di sana atau Mat Syabu sedang menghadiri urusan Rasmi PBAPP?? Bukankan Anwar bersama kepala-kepala Bersih 2.0 berkumpul di KL Hilton pada waktu dan ketika itu??..atau mungkin Mat Syabu sememangnya diutuskan ke sana untuk urusan rasmi PBAPP menyampaikan salam pengerusi PBAPP, Lim Guan Eng kerana beliau tidak dapat turut serta perhimpunan HARAM tersebut. Sebab tu PBAPP sanggup menggunakan wang syarikat untuk menanggung kecederaan yang dialami oleh Mat Syabu.

Macam mana cara Lim Guan Eng dan Mat Syabu goreng isu ini sekali pun..pastinya ianya akan hangit sebab satu Malaysia sudah tahu Mat Sabu cedera ketika terlibat di dalam aktiviti haram dan Lim Guan Eng telah KANTOI salah guna kuasa menggunakan wang syarikat yang diamanahkan oleh rakyat untuk kepentingan politik. Yang menariknya ialah tidak ada satu syarikat atau insurans pun yang akan membayar balik kos perubatan seseorang yang terlibat dalam aktiviti haram kecuali PBAPP.

**EP sedang menunggu apa tindakan yang akan dibuat oleh Kesatuan pekerja PBAPP mengenai isu ini...berdiam diri atau bangun untuk menuntuk hak mereka sebagai pekerja PBAPP???

Rasanya semua parti yang nak bertanding dalam PRU13 pastinya akan buat kerja untuk pastikan parti mereka mengekalkan bilangan kerusi yang bertanding atau menambah bilangan kerusi supaya parti mereka mempunyai suara majoriti.

Dalam kesibukan PKR menegur DAP untuk mempertahankan kerusi yang mereka bertanding supaya tidak diambil oleh DAP, berbeza dengan PAS yang sanggup berunding untuk menyerahkan kerusi mereka kepada DAP jika perlu...

Kalau kata bodoh nanti marah pula puak-puak PAS ni...tetapi itulah hakikat yang sebenarnya...dah la tidak diberi ruang dalam kerajaan negeri oleh DAP dan PAS hanya menang satu kerusi DUN sahaja...itu pun masih ada hati nak runding dengan DAP kononnya nak bagi ruang pada DAP untuk meletakka calon Melayu untuk bertanding masa PRU13 nanti.

Adakah ini membuktikan parti PAS sudah tidak releven untuk mewakili dan membela orang Melayu/Islam di Pulau Pinang. Kalu letak calon PAS confirm kalah tapi kalau letak calon Melayu DAP masih ada harapan untuk menang.....Kalau PAS sendiri sudah mempunyai tanggapan sebegini, lebih baik bubar saja parti PAS di Pulau Pinang...buat malu orang Melayu/Islam je di Pulau Pinang...

** Mesti DAP dah janji jawatan EXCO pada PAS jika DAP berjaya mengekalkan kuasanya di Pulau Pinang...tu yang sanggup berunding tu.....nak londeh apa yang ada....mana la tau mungkin DAP sanggup taja seorang lagi wakil PAS macam apa yang Mat Sabu dapat....

Pas sedia berunding serta bersedia membuat keputusan yang terbaik untuk Pakatan Rakyat (PR) dalam pemberian kerusi kepada DAP yang akan menempatkan calon Melayu dalam parti itu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri I, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pas bersedia untuk berunding dalam pemberian kerusi itu jika status quo dicabar sehingga kredibiliti kemenangan parti itu perlu diambil kira.
SH
Agak kelakar bila baca ayat dibawah ini :

Disebabkan desakan dari badan bukan kerajaan (NGO) Melayu serta kaum Melayu sendiri yang ingin melihat DAP mempunyai Adun, maka DAP tidak mempunyai pilihan lain melainkan meminta semula kerusi daripada PKR. 

Saturday, September 3, 2011



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi digesa mengangkat sumpah bagi menafikan beliau terlibat dalam kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang membuat gesaan itu berkata, sebagai seorang Islam, Anwar harus mengangkat sumpah sekiranya tiada bukti untuk dikemukakan bagi menegakkan kebenaran dalam kes itu.

“Saya juga mahu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah supaya bertanya kepada beliau kenapa tidak berani mengangkat sumpah bagi menafikan terlibat dalam kes tersebut.

“Mereka berdua sepatutnya lebih mengenali Anwar, jadi mereka perlu menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya mengambil tindakan yang sama seperti Mohd. Saiful Bukhari yang sudah dua kali mengangkat sumpah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang enggan mengangkat sumpah sebaliknya hanya berani membela diri dalam kandang tertuduh – yang tidak memerlukannya mengangkat sumpah.

Tambah Mashitah, Anwar juga sepatutnya mengangkat sumpah bagi menafikan beliau tidak terlibat dalam video aksi seks yang dikaitkan dengan dirinya.

“Adakah Anwar takut termakan sumpah sekiranya beliau menafikan perkara yang benar-benar berlaku?” soalnya.UM

Wednesday, August 31, 2011


antara fantasi dan realiti...anwar tetap pengkhianat agama bangsa dan negara...

PANAS : APA YANG TUN M BIMBANGKAN ??


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan sesetengah pihak yang semakin serius cuba memburukkan-burukkan imej pemimpin yang berjuang untuk kemerdekaan negara.

Kata Dr. Mahathir, selain kontroversi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang menghina pejuang lampau, beliau juga pernah dimaklumkan terdapat pelajar sekolah yang diajar bahawa tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Onn Jaafar adalah pengkhianat negara.

‘‘Saya khuatir kerana kecenderungan ini sudah semakin rancak malah ada yang sehingga ke tahap mendewa-dewakan komunis sedangkan gerila itu telah membunuh ramai anggota keselamatan yang berjuang untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Dr. Mahathir menambah, selain tidak menjangkakan kecenderungan menghina pejuang kemerdekaan negara itu boleh wujud di negara ini, beliau juga terkejut dan terkilan kerana Pas dilihat memulakan kecenderungan itu.

Ketika ditanya apakah yang perlu dilakukan dalam menangani kecenderungan itu, Dr. Mahathir menjelaskan, kerajaan wajar memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai siapakah sebenarnya kumpulan gerila komunis.

‘‘Perjuangan mereka adalah untuk menjajah negara ini dan menjadikan negara ini negara komunis. Itu bukan perjuangan kemerdekaan seperti Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain,” katanya.UM

Tuesday, August 30, 2011


Tak perlulah DAP  sibuk-sibuk nak letak calon Melayu pada PRU yang akan datang. Banyak lagi parti lain yang boleh diwakili oleh orang Melayu. Ada ke tak dek calon Melayu, DAP ni tetap parti rasis. Jangan ingat dengan meletak calon Melayu untuk bertanding atas tiket DAP..DAP sudah boleh dianggap parti yang bukan anti-Melayu dan chauvinis.
Ahli Jawatankuasa DAP negeri, Zulkifli Mohd Noor diingatkan supaya tidak ‘besar kepala’ dengan meminta PKR, memulangkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri kepada DAP pada pilihan raya umum ini.

Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata, DAP sudah mempunyai 19 kerusi di negeri ini dan Zulkifli tidak sepatutnya menuntut lagi kerusi untuk diberikan kepada calon Melayu DAP yang dikatakan, mampu menarik pengundi Melayu.


Johari berkata, Zulkifli perlu meminta kerusi sedia ada daripada DAP untuk meletakkan calon Melayu.


Menurutnya, Zulkifli yang boleh dianggap senior dalam politik, seharusnya memahami prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang mengamalkan perkongsian kuasa dan bukan membolot semua kerusi untuk DAP.

“DAP perlu sedar kerana sebelum ini, mereka langsung tidak mendapat perhatian pengundi Melayu, namun selepas parti itu bergabung bersama PKR dan Pas, barulah pengundi Melayu percaya kepadanya.

“Mereka sudah ada 19 kerusi, tapi sekarang, dia minta lagi dari PKR untuk DAP meletakkan calon Melayu. Kalau dia nak bertanding, dia perlu minta kerusi dari DAP sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sementara itu, Zulkifli ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu kerana diarahkan tidak memberi kenyataan media.

“Biar kita sambut Aidilfitri dahulu dan saya akan ulas perkara ini selepas raya,” katanya.

Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon Melayu dari DAP untuk bertanding.

Dalam kenyataan disiarkan portal berita Malaysiakini kelmarin, Zulkifli dilaporkan berkata, partinya ‘tiada pilihan’, sekurang-kurangnya mendapatkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dun daripada PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.

Sekiranya DAP gagal membariskan calon Melayu, ia akan dilihat sebagai parti anti-Melayu dan cauvinis”, katanya.SH
Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.

"Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka. Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh (Timbalan Presiden Pas) Mohamad (Sabu) seperti didakwa. Mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar," katanya.

Dalam satu kenyataan di sini, Karpal berkata, kenyataan yang didakwa itu, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar negara dan bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British, bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan. - BERNAMA


Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang cuba membohongi masyarakat tentang sejarah Bukit Kepong membuktikan beliau seorang pemimpin yang 'tidak boleh pakai'.
 
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, tindakan Mohamad yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) adalah hero sebenar dalam peristiwa itu dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka adalah keterlaluan.

"Mat Sabu (Mohamad) masih lagi 'dijajah' ideologi komunis. Dia terlupa bahawa hero sebenar dalam tragedi tersebut adalah anggota keselamatan yang terbunuh mempertahankan negara kerana sayangkan keamanan dan tanah air. 

"Agaknya, kalau tiada anggota keselamatan yang sanggup bertarung nyawa untuk mempertahankan negara daripada PKM, mungkin Malaysia kini dijajah oleh mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Muhammad, Timbalan Presiden Pas itu seperti tidak bersyukur dengan keamanan yang dicapai negara hingga sanggup cuba memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Dia (Mohamad) tidak menghayati perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan pejuang negara yang sanggup berjihad mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara. 

"Saya sangat kesal dan dukacita dengan tindakan pengkhianat bangsa seperti Mat Sabu. Dia harus menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sekali gus memohon maaf secara terbuka kepada semua waris mangsa yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong," katanya.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom pula mendesak supaya Mohamad tampil memberi penjelasan mengenai tujuan beliau mengeluarkan kenyataan biadab itu.

"Dia (Mohamad) harus bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan dan jangan cuba mengelak daripada memberi kenyataan maaf," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPMM), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar meminta Mat Sabu berhenti menjadi 'robot' DAP dan terus menghina jasa bakti para pejuang yang telah memerdekakan negara.

"Jika komunis berjaya menawan negara, Pas tidak akan wujud kerana komunis tidak benarkan warga dalam tanah jajahannya menganuti sebarang agama dan Mat Sabu tidak akan dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas.

"Jangan sekali-kali menukarkan sejarah negara kerana ia adalah warisan nenek moyang kita. Jika cuba menukarkannya ditakuti pertumpahan darah akan berlaku dan jika itu berlaku Pas bertanggungjawab," ujarnya.

Beliau yang juga bekas Komander Rejimen Askar Wataniah berkata, jika betul-betul hendak menunjukkan kehandalan dalam bidang sejarah negara, Mohamad disaran berdebat di hadapan 200,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang berjuang dalam zaman komunis dan juga yang telah bersara.

Sementara itu di Alor Setar, Yang Dipertua Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah (Pemikad), Abdul Ghani Mehat menggesa polis menyiasat Timbalan Presiden Pas itu di bawah akta yang relevan kerana secara terang-terangan menganggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong. 

Katanya, dakwaan Timbalan Presiden Pas itu seolah-olah menunjukkan beliau mengiktiraf tindakan komunis yang diketahui membawa kesengsaraan kepada rakyat.

"Polis perlu menyiasat sejauh mana penglibatan Mat Sabu dalam perkara ini. Kita tidak perlu mendesak manusia seperti ini memohon maaf berhubung kenyataan itu, tetapi mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bukti," katanya. UM
Dua pertubuhan membuat membuat laporan polis kelmarin ke atas Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Berhad yang juga Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kerana didakwa menyeleweng ketika membuat tuntutan rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang (Pido) dan Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (Kesan) membuat laporan di Balai Polis Bayan Baru.

Setiausaha Kesan, Mohammad Afandy Yusof, berkata, pihaknya mengesan penyalahgunaan kuasa oleh Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menerusi beberapa laman blog.

“Kami mendapati Mat Sabu menyeleweng tuntutan rawatannya kerana beliau dirawat akibat kecederaan ketika menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 dan bukannya bertugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP.

“Selain itu, tuntutannya didapati melebihi kira-kira RM3,000 dari kos asal rawatan iaitu RM5,060.54. Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan berhubung isu itu, “ katanya ketika ditemui media selepas membuat laporan itu.

Isu berkenaan didedahkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu sidang media kelmarin mendesak Guan Eng supaya memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kontroversi itu.

Beliau turut membangkitkan dua persoalan iaitu sama ada Mat Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah PBAPP layak untuk membuat tuntutan pembayaran kos perubatan kerana mengikut perjanjian bersama syarikat berkenaan, pekerja yang tercedera ketika terbabit dalam kegiatan haram tidak layak membuat tuntutan.

Timbalan Presiden Pas itu mengalami kecederaan ketika mengikuti perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
 
Persoalan kedua dibangkitkan ialah mengenai jumlah pembayaran kepada pemimpin Pas itu melebihi daripada jumlah ditetapkan hospital swasta yang merawat Mat Sabu, PBAPP meluluskan pembayaran sebanyak RMRM8,434.05 sedangkan kos perubatan hanya RM5,060.54 iaitu melebihi RM3,373.50.SH


Monday, August 29, 2011



 
Ternyata dan terbukti Lim Guan Eng sememangnya pakar penipu dan putar belit..Lim Guan Eng langsung tidak menjawab soalan yang diutarakan berkenaan isu menyalahgunakan duit rakyat iaitu duit PBAPP tetapi memilih menjadikan mat sabu dan dirinya  sebagai mangsa fitnah.

Alooo apek...mana ada kita orang tuduh...baca betul-betul...jangan main cakap je...kita orang sudah kemukakan bukti yang lu dah seleweng duit PBAPP untuk kepentingan politik..kalau lu ada bukti lain tolong tunjukkan....jangan pusing sana sini salahkan orang. Itu duit RAKYAT maaa...mana boleh guna duit itu suka hati lu...itu perhimpunan haram looo...lu ada paham ka beza halal sama haram???

‘‘Kita tidak tuduh, kita minta penjelasan sambil menyatakan bukti-bukti. Jika tiada penjelasan konkrit, maka, ini adalah bukti bagaimana kerajaan negeri yang kononnya telus sebenarnya mendukung pentadbiran korup dan menyeleweng wang rakyat,” tegasnya. UM

Hebat khalifah ni...siap sebut nak sambut raya dengan semangat "amar ma'ruf nahi munkar"..kononnya malas nak layan tuduhan yang tak beretika ini....sempat pula bagi ceramah agama pulak tu..Bila dah kantoi....malas nak layan laaa...cuba kalau Guan Eng ada jawapannya...pagi je keluar tuduhan ini, confirm petang dia dah buat kenyataan akhbar dengan jawapan dan buktinya sekali....siapa yang tak kenal Ketua Menteri Paling Celaka ni...

Apa-apa pun rakyat sedang menunggu jawapan dan bukti daripada pihak Lim Guan Eng selaku pengerusi PBAPP dan PBAPP yang mereka tak seleweng duit rakyat.....bila?? kita tak tahu lagi.....tunggu.

1. Ingatkah anda kepada aksi Mat Sabu yang tercedera kerana cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa pada 9hb Julai 2011?

2. Beliau terlibat dengan perhimpunan haram Beersih 2.0. Perhimpunan itu disahkan melanggar undang-undang dan haram.
Rujuk perintah mahkamah

3. Selepas tercedera mengikuti perhimpunan haram, Mat Sabu telah dimasukkan ke dalam hospital swasta, KPJ Selangor Specialist Hospital.


4. Beliau dimasukkan ke dalam hospital pada 15hb Julai jam 9:28 pagi dan keluar pada 18hb Julai 2011 jam 11:02 pagi.

5. Di sana beliau menginap di bilik WVIP/VP katil nombor 520.

6. Apabila di discharge, beliau membayar sendiri (cash) segala perbelanjaan pembedahan dan hospitalisasi. (No resit : 11172859)

7. Tetapi apakah beliau benar-benar menggunakan wang sendiri atau beliau claim kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)?

Bagaimana MiM tahu ?

Inilah pendedahan yang EP dan rakan bloggers Penang ingin ketengahkan kepada anda dan seluruh rakyat Malaysia !

Rujuk dokumen-dokumen di bawah :-
Blogger M.i.M menjelaskan tentang Bil Hospital KPJ Mat Sabu yang dibayar secara cash.
Sila KLIK pada bil diatas....
Memo reimbusement PBAPP kepada Mat Sabu !


DAN untuk dokumen penting iaitu cek yang dikeluarkan atas nama 'Y.B Tuan Mohamad bin Sabu' KLIK SINI

Persoalannya,

1. Kenapakah Mat Sabu mendapat reimbusement wang daripada PBAPP?

2. Bukankah Mat Sabu terlibat di dalam satu aktiviti yang melanggar undang-undang klik sini dan tidak layak diberikan sebarang reimbursement?

3. Jika merujuk kepada Collective Agreement (CA) PBAPP, terdapat klaus yang menyatakan bahawa:-
26.4 PENGECUALIAN

Syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan rawatan dan perubatan tersebut:-

(b) Sebarang perbelanjaan yang bersangkutan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya.

(i) Menggugat keamanan atau berkelakuan buruk.
4. Apakah kerana Mat Sabu adalah salah seorang daripada board of directors PBA, beliau mendapat 'keistimewaan melampau' yang pasti akan menimbulkan kemarahan seluruh warga PBA yang selama ini bertungkus lumus bekerja untuk syarikat?

5. Kenapa dinda Mat Sabu, Lim Guan Eng membiarkan penyelewengan ini berlaku sedangkan beliau adalah Pengerusi PBAPP?

6. Di manakah C.A.T yang dilaung-laungkan Lim Guan Eng dan kritikan beliau kononnya beliau bersih tetapi parti lawan menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa?

7. Apakah ini tip of the iceberg di dalam pentadbiran Lim Guan Eng selama ini?


Jika isu ini tidak dijawab dengan kadar segera, ianya mengguatkan lagi kebenaran penyelewengan wang rakyat ! 


Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan dakwaan penyelewengan wang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi melunaskan bil rawatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang cedera kerana terlibat dalam perhimpunan haram Julai lalu.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dakwaan tersebut yang kini tersebar luas di Internet selepas didedahkan blog http://empayar-pemuda.blogspot.com, memerlukan penjelasan mengenai beberapa isu kritikal.

Antaranya kata beliau, adakah wajar PBAPP menanggung kos rawatan sebanyak RM8,434.05 terhadap kecederaan Mat Sabu yang berpunca akibat aktiviti yang salah di sisi undang-undang.

Sedangkan, kata beliau, kandungan Perjanjian Kolektif antara PBAPP dan kesatuan kakitangannya sendiri ada menyebut bahawa syarikat itu tidak akan menanggung sebarang kos bersangkutan kecederaan, kesakitan atau kecacatan yang diakibatkan oleh penyertaan kakitangan dalam aktiviti haram.

‘‘Umum sudah mengetahui malah, mahkamah awal-awal lagi mengeluarkan arahan bahawa Bersih adalah satu pertubuhan dan perhimpunan haram, dalam isu ini, kita percaya Mat Sabu menerima rawatan itu selepas terlibat dalam perhimpunan tersebut.

‘‘Jadi wajar ditanya, jika pekerja PBAPP yang saban hari membanting tulang menyumbang kepada kemajuan syarikat ‘diikat’ dengan perjanjian ini, apa pula keistimewaan Mat Sabu sehingga mendapat pengecualian? Adakah kerana dia ahli lembaga pengarah?” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Reezal Merican turut mendedahkan salinan memorandum pembayaran bertarikh 3 Ogos 2011 yang dirujuk sebagai “Bayaran balik perbelanjaan perubatan ahli lembaga pengarah (PBAPP), Tuan Haji Mohamad Sabu”

Bayaran balik yang diluluskan itu bernilai RM8,434.05 iaitu terdiri daripada bayaran RM5,060.55 bagi perbelanjaan perubatan dan RM3,373.50 bagi kos bayaran perunding pembedahan.

Bagaimanapun, kata Reezal Merican, persoalan timbul apabila bil Hospital Pakar KPJ Selangor yang dikepilkan bersama dengan memorandum pembayaran tersebut hanya berjumlah RM5,060.54.

‘‘Wujud percanggahan yang jelas malah, jumlah bil hospital sudah pun merangkumi bayaran perunding pembedahan. Jadi, bayaran balik bernilai lebih tiga ribu ringgit itu untuk apa?” soalnya.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang selalu berkobar-kobar bercakap soal ketelusan, Guan Eng yang juga Pengerusi PBAPP perlu membuat penjelasan yang konkrit dan tidak hanya pandai bermegah kononnya mengamalkan pentadbiran bersih.

‘‘Kita tidak tuduh, kita minta penjelasan sambil menyatakan bukti-bukti. Jika tiada penjelasan konkrit, maka, ini adalah bukti bagaimana kerajaan negeri yang kononnya telus sebenarnya mendukung pentadbiran korup dan menyeleweng wang rakyat,” tegasnya. UM



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu merupakan pemimpin paling hipokrit jika dakwaan beliau bersekongkol bagi menyeleweng wang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) terbukti benar.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana mengikut prosedur syarikat tersebut Mohamad tidak layak menerima bayaran kerana kecederaan yang dialami akibat menyertai demonstrasi haram pada 9 Julai lalu.

Katanya, apatah lagi bil rawatan yang dikepilkan bersama memorandum pembayaran hanya berjumlah RM5,060.54 tetapi, jumlah keseluruhan yang dibayar kepada Mohamad oleh syarikat PBAPP adalah RM8,434.05.

“Perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku kerana dia sering mendakwa dirinya pemimpin sebuah parti Islam. Tapi dengan bukti penyelewengan yang didedahkan dan jika terbukti benar, Mat Sabu (Mohamad) memang hipokrit paling besar.



“Kita pun pelik bagaimana tergamaknya seorang pemimpin parti Islam boleh membuat tuntutan sehingga RM8,434.05, sedangkan beliau tidak layak untuk menikmati kemudahan itu,” kata Syed Ali dalam blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoal bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi PBAPP, Lim Guan Eng boleh meluluskan tuntutan tersebut sehingga sanggup mengetepikan prosedur syarikat.

Sedangkan selama ini kata Syed Ali, Guan Eng begitu mendabik dada kononnya beliaulah pemimpin yang paling telus tetapi bagaimana seorang yang cukup ‘akuantabiliti’ boleh menyelewang kewangan syarikat.UM

Saturday, August 27, 2011


Pendedahan EP kali ini pasti akan membuka mata dan minda rakyat Malaysia. Satu demi satu pembohongan dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Seperti biasa kaki belit ini akan menutup pembohongan dengan pembohongan yang lain. Kalau dah bangkai lama-lama pasti akan berbau juga. Itulah yang terjadi apabila EP berjaya menghidu satu maklumat yang sangat berharga untuk dikongsi bersama.

Sebelum kita menuju ke maklumat yang lebih panas… mari imbas kembali rentetan peristiwa-peristiwa ini.

9 Julai 2011 Perhimpunan HARAM Bersih telah berlangsung. Macam-macam cerita yang kita dengar selepas kejadian tersebut. Anwar dengan sinetronnya, Guan Eng dengan wayang cinanya, Mat Sabu dengan sandiwaranya.

Seluruh Malaysia tahu yang Mat Sabu. cedera semasa mengikuti perhimpunan haram tersebut akibat terjatuh daripada motor yang diboncengnya

Guan Eng pulak tak habis-habis keluarkan kenyataan. Polis jahatlah.. Kerajaan tak adillah, kerajaan tak dengar suara rakyatlah. BN salah guna kuasalah. SPR pro kerajaanlah. Macam-macam tohmahan dilemparkan kepada pihak polis dan kerajaan sebelum dan selepas perhimpunan. Hakikatnya jangan kata nak sama-sama terkena air gatal, tunjuk muka pun tak berani!!! Apalah punya perangai pemimpin macam ni. Kaki propa!!!

Sedangkan rumah yang dah siap pun kadang-kadang pahat masih berbunyi, inikan pula rumah yang belum siap. Akibat kegagalan bersih, puak-puak pembangkang cuba menutup kelemahan mereka dengan tuduhan-tuduhan serta tohmahan terhadap kerajaan. Seperti biasa, lakonan mesti diteruskan. Anwar dengan peyokong lehernya, Mat Sabu dengan kerusi roda dan tongkatnya. Wahhh teruk betul kecederaan mereka ni. Mat Sabu di masukkan KPJ Selangor selepas bersih. Siap kena operation akibat kecederaan lutut ish ish ish.. sanggup berjuang habis-habisan semata-mata untuk Bersih.  Kesian….

Ingatkan cerita tersebut hanya berhenti di situ saja, RUPA-RUPANYA kisah disebaliknya lebih menarik…


“Reimbursement for the Expenses Incurred for Medical Expenses of PBAHB Board of Director, Tuan Haji Mohamad Bin Sabu”

Apabila kita membaca sekali imbas, tiada yang pelik dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Corporate Affairs Manager PBA ini. Namun apabila diteliti, maklumat di dalamnya bukan hanya pelik tapi pasti akan menimbulkan tanda tanya bagi siapa pun yang membacanya.

Pertama

  1. Mat Sabu adalah salah seoarang ahli lembaga pengarah PBAPP. Memang menjadi kebiasaan apabila menjadi lembaga pengarah bagi mana-mana organisasi, individu tersebut akan mendapat faedah kesihatan. 

  1. TAPI dalam hal Mat Sabu ni, adakah wajar PBAPP membayar bil hospital sedangkan Mat Sabu cedera semasa mengikuti aktiviti yang telah nyata salah di sisi undang-undang?

  1. Mahkamah telah pun mengeluarkan Restriction Order yang menjelaskan bahawa Perhimpunan Bersih adalah perhimpunan haram. Makanya sesiapa pun yang menghadirinya bermaksud telah melanggar undang-undang termasuklah Mat Sabu..

  1. Mengikut Faedah Perubatan 26.4 PENGECUALIAN (b) "Sebarang perbelanjaan yang bersangkitan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan Pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya"
  1. Kalau polisi jelas mencatitkan seperti di atas, kenapa Mat Sabu mendapat pengecualian? Apakah istimewanya Mat Sabu kepada PBAPP?

  1. Apakah sumbangan Mat Sabu kepada PBAPP kerana sejak Lim Guan Eng dan Mat Sabu mengambil alih PBAPP? Kita semua tahu keuntungan PBAPP semakin merudum sejak kehadiran mereka?

  1. Apakah warga PBAPP akan berdiam diri sahaja apabila mendengar pendedahan ini?

  1. Mereka sudah tentu berasa kecewa dan berasa terhina kerana Mat Sabu dimertabatkan sebegitu tinggi sedangkan beliau cedera ketika perhimpunan haram yang  melanggar undang-undang!

“PBAHB Board of Director, Y.B Tuan Haji Mohamad Bin Sabu met with an accident and admitted to the KPJ Selangor Specialist Hospital on 18th July 2011.” Total expenses: RM 8434.05

 
Kedua

  1. Menurut bil hospital yang dikepilkan bersama dengan memorandum pembayaran ini, jumlahnya cuma RM5060.54.

  1. Tetapi jumlah pembayaran yang dikeluarkan oleh PBAPP adalah sebanyak RM 8434.05.

  1. Di manakah hilangnya bil yang menunjukkan baki RM3373.50 itu?
Sebagai Pengerusi PBAPP, Lim Guan Eng accountable dengan persoalan ini. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Adakah Guan Eng menguruskan PBAPP seolah-olah ianya adalah harta mak ayahnya?
  1. Tiada organisasi di dalam dunia ini yang boleh mengeluarkan pembayaran melebihi apa yang tercatat di dalam bil atau resit tuntutan.
  2. Apakah terdapat Business Misconduct di mana pemilik memutarbelit akaun untuk kepentingan peribadi atau conduct of corrupt di sebelah Lim Guan Eng?



Apa yang EP paparkan mungkin hanya ‘Tip of an Iceberg’.  Cuba bayangkan berapa banyak wang rakyat yang mungkin telah dibelanjakan oleh Guan Eng untuk kepentingan politiknya.

Mungkin lebih banyak lagi penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Guan Eng sejak beliau mentadbir PBAPP dan kerajaan negeri Pulau Pinang.  

Ibarat meludah ke langit.. air liur itu pasti kan jatuh ke mukanya juga. Guan Eng memang cekap dalam hal tuduh menuduh.. dalam hal menyalahkan orang lain dalam memutarbelitkan fakta…

Kita tunggu sajalah komen yang bakal dikeluarkan oleh Guan Eng. Yang pasti pembohongan akan dijawab dengan pembohongan juga.

**JAWAB JANGAN TAK JAWAB..

Untuk dokumen penting iaitu Bil Mat Sabu di KPJ Selangor KLIK SINI : BLOG MIM



Nantikan pendedahan eksklusif dari Empayar Pemuda dan rakan-rakan blogger Penang....




Menurutnya, hubungan di antara DAP dan PAS semakin erat umpama aur dengan tebing kerana kedua-dua parti memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia. 
Mohamad berkata, bukti ketelusan DAP telah ditunjukkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng setelah mengambil alih Pulau Pinang dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) sehingga negeri itu membangun dengan pesat sekali sejak tiga tahun lalu. 
“Dari sudut menjaga harta awam, Guan Eng dan wakil-wakil rakyat DAP lebih hebat, dari sudut memisahkan perniagaan peribadi dan pentadbiran kepentingan rakyat. Ini berbeza sekali dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional,” katanya kepada Roketkini.
SEBAB APA MAT SABU  TERLAMPAU MENGAMPU 
LIM GUAN ENG??

Jika dulu DAP dianggap sebagai penghalang kepada PAS untuk menegakkan negara Islam dan tidak sehaluan dalam banyak perkara, terutama berhubung isu-isu membabitkan kepentingan agama Islam dan penganutnya. Hari ini, demi cita-cita politik PAS bukan sahaja sanggup bersekongkol dengan DAP malah menggambarkan hubungannya dengan parti itu hari ini umpama aur dengan tebing.

Kenyataan terbuka Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu sepertimana yang tersiar di Harakah Daily, menunjukkan PAS semakin menjauhkan diri dengan agenda dan cita-cita asal perjuangan, menolak ke tepi semua perbezaan fahaman politik semata-mata untuk memenuhi impian menjadi sebahagian daripada kerajaan bersama-sama Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerajaan yang zalim, beliau memuji kepimpinan DAP di Pulau Pinang. Beliau berkata DAP telus mengamalkan sistem pentadbiran cekap, dan berakauntabiliti hingga mampu memajukan Pulau Pinang sejak tiga tahun di bawah parti itu.

Dalam berterusan memuji Lim Guan Eng, apakah Mohamad Sabu sedar banyak kepincangan yang berlaku di Pulau Pinang, terutama membabitkan nasib bangsa Melayu yang banyak didedahkan di media sebelum ini?

Jika Mohamad Sabu berterusan mendakwa UMNO parti yang meniupkan api perkauman, apa bezanya dengan DAP yang lebih tebal dengan sifat kecinaannya dan sikap anti Islamnya.

Jangan kerana terlalu ingin mengejar kedudukan, Mohamad Sabu dan PAS akhirnya akan terjerumus ke dalam perangkap DAP yang sememangnya ingin melihat kekuatan orang Melayu terhakis di negara ini.

Kebelakangan ini pun PAS dilihat lebih banyak mengikut rentak perjuangan Pakatan Rakyat yang lebih dicorakkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Kesepakatan dan kerjasama yang mereka tonjolkan hanyalah di atas kertas untuk mengaburi mata rakyat sedangkan sesama mereka masih tebal dengan syak wasangka dan masing-masing mendakwa lebih berpengaruh dari yang lain.

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.