Tuesday, August 23, 2011


Siapa Perdana Menteri selepas Najib?

Kalau dia dari UMNO dan Barisan Nasional, maka dia adalah seorang konspirator.

Antara 1982 hingga sekarang – mungkin Tun Abdullah Ahmad Badawi yang digelar “PM Tidur’ sahaja – bukan konspirator.

Semalam di mahkamah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi ‘berceramah politik’ – walaupun dari kandang tertuduh, selain tidak bersumpah (baca di sini dan di sini )dan tidak perlu disoal balas, memomokkan modal lapuknya - mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut langkah Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha menamatkan kerjaya politiknya agar Barisan Nasional (BN) dapat terus berkuasa.

Bekas timbalan perdana menteri ini menegaskan demikian dalam keterangan yang dibuat dari kandang tertuduh pagi semalam. Kes peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula semalam.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dr Mahathir memecatnya pada September 1998 dan kemudian berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa dan kes liwat. Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar pada 2004.

Anwar tidak bertanding pada pilihan raya umum Mac 2008 tetapi memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil Ogos tahun itu.

Anwar, kini Ketua Pembangkang, merupakan saksi utama pada prosiding peringkat pembela yang bermula semalam. Beliau memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh dengan alasan tiada keyakinan akan diberi perbicaraan yang adil.

Yang pasti selagi Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri dan selagi dia hidup, dia akan menuntut jawatan itu. Baginya, jawatan Perdana Menteri adalah ‘haknya’! Kerana itu siapa juga menjadi Perdana Menteri selepas Najib, sekiranya dia mewakili UMNO atau BN, dia akan turut dituduh konspirator, samalah dengan tuduhan terhadap Najib dan Dr Mahathir.

Dengan kata lain perkataan konspirasi akan bermain di bibir Anwar hinggalah ke liang lahad.

Jadi bagi Perdana Menteri dari UMNO dan BN, selagi Anwar hidup, selagi itulah mereka tidak akan terlepas daripada tuduhan untuk menyekat beliau menjadi Perdana Menteri, seperti tuduhan terhadap Najib ketika ini.

Bagi Anwar, keseluruhan proses mahkamah tidak lain tidak bukan satu konspirasi Najib untuk menghantar beliau semula ke penjara dan mengakhiri kerjaya politik.

Anwar, 64, menyatakan perkara mengenai konspirasi ini ketika membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh. Prbicaraan di depan Hakim Mohamad Zabidin bersambung hari ini dengan pihak pembela memanggil pakar DNA dari Australia, Dr Brian Leslie McDonald dan Profesor Madya David Lawrence Noel Wells.

Anwar tidak akan pernah menganggap dirinya pesalah: “Sebagaimana saya telah saya katakan, ini bukan perbicaraan jenayah. Ia diatur oleh kuasa-kuasa yang mahu saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa,” katanya dengan merujuk bahawa Dr Mahathir, bekas perdana menteri, telah mengambil tindakan yang sama pada akhir 1990an.”

Semalam Anwar menegaskan di mahkamah, ketidakadilan dikenakan ke atasnya ketika itu dan perkara yang sama diulangi sekarang.

Baginya Najib melakukan perkara yang sama dibuat oleh Dr Mahathir dengan menggunakan apa sahaja cara dalam lingkungan kuasanya menerusi media, polis, Peguam Negara dan kehakiman untuk menguasai bidang kehakiman untuk mengeluarkannya daripada arena politik.

Penasihat PKR itu berkata tuduhan kes liwat dikenakan ke atas beliau sebaik sahaja Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Amat jelas, kalau pun selepas ini beliau dibebaskan, beliau akan tetap menuduh Najib mengheretnya ke mahkamah, bukan kerana Saiful yang membuat tuduhan.

Lebih buruk, jika dapat dibuktikan beliau bersalah dan dihantar ke penjara sekali lagi, akan semakin kuatlah tuduhan dan laungan bahawa wujud konspirasi untuk menyekat beliau menjadi Perdana Menteri.

Persoalannya, apakah Anwar hidup hanya kerana mahju jadi Perdana Menteri? Dan apakah kemungkinan beliau akan mati dengan cita-cita dan harapan menjadi Perdana Menteri?

Mungkinkah juga tuduhan konspirasi terhadap Perdana Menteri – walau siapa juga Perdana Menteri jika bukan beliau, selepas ini – akan turut dibawa Anwar hingga ke liang lahad?

Sumber
Hanya satu ayat 'menafikan perhubungan seks' di dalam 32 mukas surat celoteh Anwar Ibrahim di dalam Mahkamah kelmarin.
I want to state in no uncertain terms that I have never had any sexual relations with complainant Mohamed Saiful.
Selebihnya sekadar omongan yang tiada kena mengena dengan kejadian di dalam bilik kondominium dan 'barang' Anwar masuk ke belakang Saiful Bukhari.

Yang lebih meragukan ialah tindakan Anwar Ibrahim yang begitu takut untuk memberi keterangan bersumpah.

Alasan beliau ialah mahkamah tidak akan bersikap adil terhadap beliau. Pelik, jika beliau bercikap demikian, apa gunanya orang-orang beliau menyediakan 32 mukasurat untuk dikatakan di dalam mahkamah?

Maka, tanpa sumpah (oath), segala kenyataan Anwar ibrahim terutamanya 'I have never had any sexual relations with Mohamed Saiful' masih diragui kebenarannya.

Malah di dalam mahkamh, ia bukan sahaja mengenai kebenaran kesalahan tetapi kemampuan seseorang menggunakan undang-undang untuk menyelamatkan diri sendiri.

Dan adalah sungguh memalukan apabila Anwar Ibrahim menyamakan kes beliau dengan dengan perjuangan Nelson Mandela.

Anwar Ibrahim sepatutnya sedar perbezaan di antara beliau dengan perjuangan Nelson Mandela. Pejuang di Afrika Selatan itu tidak tidak berjuang di'belakang punggung lelaki lain'!
 
SUMBER : MIM 

AKAD NIKAH YANG PALING KELAKAR....



Memang lawak giler..mungkin pengantin lelaki tu terlampau gemuruh kot...biasa le...siapa yang dah lalui mesti tau punya... :D

Umat Islam dinasihatkan hanya membeli al-Quran yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu yang berpelekat hologram bagi memastikan tiada sebarang kesilapan.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Abd Aziz Md Nor, berkata konsep hologram pada al-Quran itu diperkenalkan sejak 1 Ogos lalu yang dilengkapi beberapa ciri keselamatan berteknologi tinggi termasuk nombor siri untuk rujukan. 

"Semasa memilih al-Quran, bungkusannya cantik. Tetapi kita tidak tahu betul ke tidak betul. Jadi apabila dilulus KDN dan ada hologram, sah ia dilulus KDN. Jika ada masalah berbangkit, kita akan tengok nombor siri pada hologram. 

"Banyak al-Quran di pasaran itu benar (sama ada yang diterbitkan di dalam atau luar negara), tetapi dipasarkan tanpa kebenaran KDN. Kita takut jadi isu lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya semua teks al-Quran yang ingin dicetak, diterbit dan dijual perlu mendapat Perakuan Betul Pruf Akhir Teks Al-Quran dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN terlebih dahulu.

Sehubungan itu, beliau berkata pengedar dan pengeluar al-Quran diberi masa sehingga Oktober ini untuk menyertakan pelekat hologram pada Al-Quran yang ingin dijual.

Sehingga kini Abd Aziz berkata, sambutan agak menggalakkan dengan lebih 30,000 pelekat hologram terjual.

Katanya, mereka juga boleh mendapatkan pelekat itu di ibu pejabat Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di Putrajaya atau melalui negeri-negeri, kata beliau. - BERNAMA

Pakar patologi forensik Australia Dr David Wells memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa dia lebih suka jika anggota polis tidak hadir semasa pemeriksaan ke atas mangsa serangan seksual.

Wells (kiri), yang mengkhusus dalam kes-kes serangan seksual, berkata dia lazimnya akan menjalankan pemeriksaan berseorangan dengan bantuan jururawat.
"Ini sangat sulit, ia menganggu, dan ada kemungkinan bahaya bukti dicemari.

"Mangsa mungkin berasa tidak selesa dan mereka mungkin merasa tertekan dengan kehadiran anggota polis," kata Wells - saksi ketiga pihak pembelaan.

Semasa pemeriksaan yang dijalankan ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira berada di dalam bilik bersama-sama dengan doktor-doktor yang memeriksa Saiful.

Doktor yang merawat Saiful pada malam dia ke Hospital Kuala Lumpur adalah Dr Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan.

Menjawab soalan daripada pihak peguambela Sankara Nair semasa pemeriksaan balas, Wells menyifatkan laporan perubatan yang diisi oleh para doktor di Hospital Kuala Lumpur itu sebagai tidak tepat dan samar-samar.

Beliau berkata terdapat percanggahan dan ketidaksamaan pada borang proforma HKL yang digunakan untuk kes-kes serangan seksual dengan laporan perubatan Saiful. Contohnya, borang proforma menyatakan terdapat pendarahan tetapi laporan perubatan sebaliknya mengatakan tidak ada.

Selain itu, Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut 'tiada penemuan konklusif' sedangkan menurut pengalaman beliau ia harus ditulis 'tiada sebarang penemuan".

Katanya perkataan "konklusif" bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya itu.

Anwar dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.MK
Selepas meletusnyanya isu video skandal seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang ramai mula tertanya-tanya benarkah Ketua Umum PKR itu adalah seorang biseksual seperti didakwa pada tahun 1998.
 
 
Sebelum ini, Anwar digemparkan mempunyai hobi melakukan aktiviti homoseksual dengan didakwa meliwat bekas pekerjanya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kes nya itu masih berlangsung di mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Kini, Anwar didakwa lagi melakukan aktiviti seks dengan pelacur wanita dari China di sebuah hotel Kuala Lumpur.

Bermakna dakwaan-dakwaan sejak 1998 ada asas kebenarannya iaitu Anwar Ibrahim adalah seorang Biseksual iaitu lelaki yang sukakan aktiviti seks sesama jenis dan dalam masa sama mengekalkan hubungan seks dengan berlainan jenis.

Sekitar tahun 1998, Tan Sri Musa Hassan [bekas Ketua Polis Negara] telah mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kenyataan beramaran Datuk S.Nallakaruppan bahawa dia memperkenalkan 3 orang wanita bernama Ann, Syarifah dan Norlela kepada Anwar Ibrahim.

Pendedahan pada 9 Jun 1999 telah dibuat oleh Musa Hassan dalam affidavitnya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Musa pada ketika itu ialah Senior Asistan Komisioner 1 dan pegawai penyiasat bagi kes liwat Anwar Ibrahim dan Sukma yang meliwat Azizan Abu Bakar [klik sini].

Nallakaruppan memberitahu bahawa hubungan Anwar dengan wanita bermula kira – kira dua atau tiga tahun terakhir iaitu sekitar 1996. Ann dan Syarifah diperkenalkan oleh Nalla manakala Norlaila ialah pekerja di butik milik Sukma Darwaman adik angkat Anwar.



Hubungan Anwar dan Ann
Menurut Nalla dalam kenyataan beramaran pada 23 Jan 1999 di Hospital Besar Kuala Lumpur, dia memperkenalkan Ann kepada Anwar pada tahun 1997. Wanita itu datang sendiri dan menunggu dekat Tivolli Villa di mana selepas itu Nalla dan Anwar membawanya ke Tivoli Villa.
Selepas meninggalkan mereka [Ann dan Anwar] di sana lebih kurang 45 minit Nalla kembali mengambil mereka dan menghantar Ann kembali ke keretanya [klik sini].

Hubungan Anwar dan Shamsidar




Selain itu, Nalla juga memberitahu pada tahun 1997, kira – kira pukul 6 hingga 6:30 petang, dia diminta oleh Anwar untuk mengambil seorang wanita di kompleks membeli belah Bangsar menaiki kereta BMW nombor pendaftaran WCH 5959.

Menurutnya, dia kemudian membawa pasangan itu ke Tivoli Villa kerana menurut Anwar, Shamsidar mempunyai masalah keluarga. Mereka ditinggalkan di Coffee House Tivoli Villa selama 45 minit.

Coffee House itu terletak dalam satu bangunan dengan apartment di Tivoli Villa di mana Anwar mempunyai kunci apartment tersebut yang diberi oleh seorang yang bernama T.K. Lim dan Nalla.

Menurut Nalla, selepas menggunakan apartment itu, dia [Anwar] akan menyerahkan kunci kepada saya dan kepada T.K. Lim.

Menurut Nalla lagi, dalam pertemuan pertama dia tidak diperkenalkan kepada wanita itu. Sebulan kemudian pada Hari Raya, dia melawat rumah Azmin Ali [Setiausaha Sulit Anwar] dan mendapati wanita yang mereka ambil di kompleks beli belah Bangsar dan dibawa ke Tivolli Villa itu ialah isteri Azmin, Shamsidar Taharin.

Nalla memberitahu Musa Hassan bahawa pertemuan kedua antara Anwar dan Shamsidar berlangsung empat bulan selepas pertemuan pertama dengan cara yang sama iaitu Shamsidar menunggu di kompleks membeli belah Bangsar [Klik sini].

Tivoli Villa dibangunkan oleh kawan rapat Anwar iaitu Datuk Lim Thian Kiat [T.K.Lim], Pengarah Multi Purpose Sdn.Bhd [MPHB]. T.K.Lim juga ialah pemilik Magnum Corporation iaitu syarikat judi dimana Nalla menjadi Pengarah Eksekutif di situ [Klik sini].


Sukma juga memiliki satu unit kondo di Tivoli Villa iaitu di unit 10-7-2. Unit yang dipegang kuncinya oleh Nalla dan T.K.Lim ialah 2-5-13 dan 2-5-14, Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa. Hubungan rapat Nalla dan Anwar mendorong T.K.Lim memberi khas kedua – dua unit kondo tersebut kepada Nalla untuk melayan tetamu-tetamu VVIP.

Walaupun unit dan bangunan Sukma berbeza tetapi ketiga-tiga unit tersebut berada dalam tempat yang sama iaitu Tivoli Villa di bawah penguasaan T.K.Lim, kroni Anwar [klik sini, sini dan sini].


Hubungan Anwar dan Norlaila
Norlaila ialah pekerja di butik Sukma Darmawan Sasmitaatmadja. Sukma adik angkat Anwar memiliki butik Gianfranco Ferre di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.


Kata pepatah melayu lama ‘alah bisa tegal biasa’ yang bermaksud perkara yang selama ini payah dan rumit sudah menjadi kebiasaan dan payah pula untuk dihindarkan.

Itu berlaku kepada Anwar Ibrahim sekarang di mana perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin pembangkang lain, di lakukan oleh Anwar dan menjadi ‘makanan jiwa dan raganya’ .

Mangsanya bukan sahaja perempuan tetapi lelaki juga. Bukan saya bertempur di hadapan tetapi di belakang juga. Sungguh hebat ‘anugerah tuhan’ yang diberi gelaran oleh isterinya Datin Seri Wan Azizah.


Sumber : AIDC



Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya. Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama. MK


Bahagian III dan terakhir pemeriksaan JAIS terhadap GMDU pada 3 Ogos 2011 yang dipertikaikan banyak pihak. Apapun kita jangan lari dari isu pokok iaitu gerakan kristianisasi terancang oleh pihak yang tidak menghormati kesucian Islam dan Perlembagaan Malaysia. Isu ini menuntut kerjasama semua pihak yang mengaku mempertahankan kesucian Islam di Malaysia, lebih-lebih lagi mereka yang melihat isu ini dari perspektif meneruskan kelansungan politik di Malaysia dalam cubaan "menuju ke Putrajaya". seterusnya...

Pada 10 Ogos 2011 saya tersentak membaca berita 41 pelajar mendapat biasiswa Sun-MAPCU (The Malaysian Association of Private Colleges & Universities) bernilai RM4.5 juta. Saya berasa pelik, kenapa tidak ada seorang pun penerimanya kalangan orang Melayu (Islam)? 

Adakah tidak ada permohonan? Atau tidak ada yang layak? Malangnya, tidak ada pertubuhan Melayu atau orang Melayu yang bersuara atau mendesak atau bertanyakan kenapa tidak ada pelajar Melayu mendapat biasiswa tersebut? Bayangkan jika semua pelajar Melayu mendapat biasiswa itu, apakah reaksi bukan Melayu? Sudah dapat dijangkakan. Heboh satu dunia.

Inilah sifat Melayu yang saya puji, jarang sekali kiasu, apatah lagi menjadi ultra. Kiasu ini ada baik dan buruk. Jika langsung tidak ada kiasu, bagaimana kita mahu bersaing dengan orang lain. Buruknya pula, jika kiasu sampai kepada peringkat ekstrem, ia akan menimbulkan pelbagai masalah seperti berlaku hari ini. Pendek kata, kiasu perlu ada dalam diri kita, tetapi perlu digunakan pada tempatnya. Jika terus menerus kiasu sehingga menjadi ultra, kontroversi dan masalah tidak akan selesai. 

Misalnya, kontroversi biasiswa JPA terus berlaku saban tahun. Apabila senarai penerima biasiswa dikeluarkan, suara ultra kiasulah yang paling lantang. Mereka akan menyediakan senarai panjang calon-calon mereka yang dikatakan layak tetapi tidak tersenarai. Mereka tidak sedar, masih ramai pelajar Melayu yang layak juga tidak tersenarai. 

Tidak cukup dengan itu, biasiswa yayasan-yayasan negeri yang ditawarkan turut menjadi rebutan, terutama Yayasan Selangor. Ultra kiasu semakin mendesak supaya mereka juga diberikan peluang sama. Saya tidak nafikan hak setiap warganegara, tetapi biarlah berpada-pada, berpandukan kepada ‘formula’ dan garis panduan yang ada. 

Tidak lama lagi, jika kerajaan mengiktiraf UEC (Unified Examination Certificate), yakni sijil yang dikeluarkan oleh sekolah persendirian Cina, perebutan dan persaingan akan menjadi semakin sengit, walaupun ada kalangan mereka yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi mendapat pangkat baik dalam peperiksaan. 

Isu ini sengaja dipolitikkan oleh ultra kiasu untuk mendapatkan sokongan walaupun hakikatnya pemberian biasiswa JPA adalah terjemahan kepada apa yang terkandung dalam kontrak sosial dan perlembagaan negara yang telah dipersetujui semua kaum. Akibat tekanan dan desakan ini, ditambah pula kepentingan politik, kini pemberian biasiswa tidak lagi mengira kuota, tetapi berasaskan kepada merit peperiksaan semata-mata. Temu duga yang cuba dilakukan oleh JPA ditentang habis-habisan, kerana mereka tahu apa kelemahannya. 

Inilah strategi yang amat licik, biasiswa mereka, untuk mereka sahaja. Manakala biasiswa orang lain hendaklah dikongsi. IPTS untuk mereka sahaja (walaupun terbuka), IPTA mesti dikongsi bersama. Syarikat mereka untuk orang mereka sahaja, manakala syarikat kerajaan mesti dikongsi bersama.

Trend sebegini tidak akan berhenti setakat ini sahaja, ia akan bertali-temali dalam segala sektor dan profesion pekerjaan. Kesan jangka panjang amat tidak menguntungkan kita jika tidak ditangani dari sekarang. Syarikat-syarikat bukan Melayu (sektor swasta) akan mengambil graduan-graduan IPTS kepunyaan kaum tertentu. Manakala dalam sektor awam pula yang dikatakan dipenuhi oleh orang Melayu, perlu dibuka kepada semua kaum.

Saya yakin, dalam jangka panjang, IPTA tidak akan mampu bersaing dengan IPTS berasaskan kaum. Tidak perlulah bicara soal IPTA antarabangsa, sudah tentu kabelnya lebih besar.

Pengajaran yang lalu perlu diambil sebagai iktibar. Misalnya, kedudukan Bahasa Melayu. Saya ke sebuah bank yang baru melakukan penggabungan. Polisi bank tersebut, adalah pertama bahasa Inggeris, kedua bahasa Mandarin dan ketiga, lain-lain bahasa. Petunjuk atau papan tanda dalam bahasa Melayu dalam bank itu hampir tiada, kecuali dua atau tiga pekerja di kaunter adalah Melayu.

Justeru, di manakah slogan ‘Malaysian first’ seperti dicanangkan. Apabila ada di antara kita yang berkata ‘Malay first’, heboh satu dunia menuduh orang ini rasis orang itu rasis. Tetapi apabila mereka mengetepikan agenda nasional, mengutamakan bangsa sendiri, itu bukan rasis namanya. Politik rimba apakah ini? Jangan jadi kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. SH

DULU semasa hendak menjelang hari raya, orang tua-tua selalu berpesan kepada kanak-kanak supaya jangan main di luar rumah pada larut malam, kononnya ketika itu hantu raya berkeliaran.

Malahan di sesetengah kampung, mereka percaya bahawa hantu raya sememangnya muncul menjelang hari raya dan akan mengganggu penduduk.

Justeru wujudlah kebimbangan, keresahan dan kesangsian terutamanya soal siapakah yang bakal menjadi tuan kepada hantu raya tersebut.

Jika senario ini dikaitkan dengan suasana politik sekarang adalah tidak salah jika kita menyatakan bahawa menjelang hari raya tahun ini, rakyat negara ini turut diancam oleh 'hantu'.

Bagaimanapun 'hantu' yang dimaksudkan bukannya hantu raya tetapi 'hantu pilihan raya' - iaitu suatu kelompok yang terdiri daripada parti pembangkang yang kini begitu ghairah bercakap soal pilihan raya.
Sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP mahupun Pas, kesemuanya bagaikan 'hantu pilihan raya' apabila terus mempertikai satu demi satu pelaksanaan amalan demokrasi berkenaan.

Pada 9 Julai lalu iaitu beberapa minggu sebelum umat Islam menyambut Ramadan, ketiga-tiga parti berkenaan, cuba menunjukkan sikap 'hantu' mereka apabila menghuru-harakan Kuala Lumpur melalui demonstrasi jalanan.

Mereka menuntut sebuah pilihan raya yang bebas dan adil tetapi dalam masa yang sama menolak sebarang usaha untuk mengadakan rundingan bagi menyelesaikan apa yang mereka lihat sebagai masalah.
Apabila demonstrasi jalanan itu tidak mendapat sambutan rakyat, pembangkang tidak berputus asa, bagaikan dirasuk 'hantu', mereka mula mempertikai perkara-perkara lain yang kemudiannya dikaitkan dengan pilihan raya.

Ia termasuklah dakwaan bahawa Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P menyeludup pendatang.

Walaupun program tersebut bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, terutamanya dalam menangani masalah membabitkan kes pemalsuan identiti serta dokumen perjalanan antarabangsa, namun hujah itu tidak diterima.

Sebaliknya seorang ahli Parlimen pembangkang membuat dakwaan bahawa Program 6P sebagai muslihat kerajaan untuk menyeludup pengundi dan melabelkannya cubaan menjual kedaulatan negara.

Ahli Parlimen berkenaan membuat dakwaan tidak masuk akal apabila mendakwa Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca skrip bersumpah menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.

Tidak cukup dengan itu, pembangkang juga mendakwa kerajaan BN memberi kad pengenalan biru kepada pemegang kad merah bagi membolehkan mereka menjadi pengundi.

Kita tidak harus lupa bahawa pembangkang juga sebelum ini bagaikan kerasukan hantu apabila mendakwa wujudnya pengundi-pengundi hantu.

Walaupun berbuih mulut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan bagaimana istilah pengundi hantu itu boleh wujud namun sudah menjadi adat pembangkang mereka tidak mahu menerimanya.

Mereka tetap menuntut supaya senarai daftar pemilih dibersihkan dan inilah 'lagu dan irama' yang sering mereka dendangkan setiap kali pilihan raya hendak diadakan.

Tetapi apa yang melucukan, apabila keputusan sesuatu pilihan raya itu menyebelahi mereka, pembangkang bagai 'hantu' kekenyangan, diam seribu bahasa.

Sebenarnya, pembangkang sudah menjadi 'hantu pilihan raya' dan sudah menjadi sikap hantu, mereka takut kepada kebenaran apatah lagi yang bertujuan menghalau makhluk berkenaan.

Itulah yang dilakukan oleh pembangkang apabila mereka menolak mentah-mentah komitmen kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen.

Walaupun penubuhan jawatankuasa berkenaan bagi memberi ruang kepada semua pihak termasuk pembangkang menyertainya bagi membolehkan mereka memberikan idea dan pendapat untuk memperbaiki sistem pilihan raya tetapi ia tidak mahu diterima.

Sebaliknya, pembangkang memberi seribu satu alasan terhadap penubuhan jawatankuasa itu termasuklah kononnya kerajaan tidak memanggil mereka untuk berunding sebelum penubuhan jawatankuasa tersebut diumumkan.

Adalah sesuatu yang malang apabila pembangkang terutamanya Pas memandang serong penubuhan jawatankuasa itu dengan menganggap ia 'penghias jendela'.

Inilah sikap pembangkang, mereka sentiasa memandang negatif terhadap apa juga yang hendak dilakukan oleh kerajaan.

Sepatutnya, mereka menyertai dulu jawatankuasa berkenaan, barulah mereka tahu apa kebaikannya, tetapi pembangkang tidak mahu bersikap demikian.

Lebih melucukan tanpa mahu mengukur baju di badan sendiri, ada ahli Parlimen pembangkang yang menunjukkan kecetekan berpolitik apabila meminta jawatankuasa itu dipengerusikan oleh pembangkang.
Soalnya, dalam Dewan Rakyat, siapa yang menjadi majoriti, pembangkang atau BN?

Itu belum lagi termasuk bagaimana, Pemuda Pas membangkitkan kemarahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila mendapat pandangan beberapa bekas anggota pasukan itu yang mendedahkan kononnya undi pos telah dimanipulasikan oleh kerajaan BN.

Demikianlah sikap pembangkang, seperti juga mitos hantu raya yang menimbulkan kebimbangan, keresahan dan kesangsian, begitulah juga peranan pembangkang yang menjadi 'hantu pilihan raya'.

Mereka sengaja menimbulkan pelbagai andaian, tohmahan dan fitnah semata-mata untuk mewujudkan perasaan sangsi di kalangan rakyat terhadap perjalanan pilihan raya umum akan datang.

Apabila usaha mereka berjaya, ia sekali gus akan menutupi kelemahan pembangkang yang hakikatnya cukup tidak layak untuk memimpin negara ini.

Sebab itulah pembangkang takut apabila ada komitmen dan kesungguhan kerajaan serta SPR untuk bersedia mengkaji serta memperbaiki apa yang pembangkang inginkan.

Oleh itu apa yang dilakukan oleh pembangkang bukanlah ikhlas untuk memakmurkan lagi amalan demokrasi melalui pilihan raya, sebaliknya hanya mahu menjadi 'hantu pilihan raya' yang bertujuan mewujudkan keraguan di kalangan rakyat dan memburuk-burukkan kerajaan. UM

Monday, August 22, 2011


Sensitiviti Pas terhadap permasalahan yang besar khususnya berkaitan akidah umat Islam tidak ada sehinggakan terpaksa akur dan patuh kepada rentak rakan sekutu terutamanya Dap demi kepentingan politik sendiri berbanding permasalahan umat.

Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek melihat perkembangan semasa khususnya dalam isu membabitkan polemik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist baru-baru ini adalah bukti kukuh bagaimana sikap dolak-dalik Pas yang tidak sensitif langsung mengenai kompleksitinya hal tersebut.

“Nampak sangat Pas tidak boleh buat keputusan sendiri apatah lagi untuk berpegang teguh pada pendirian asal malahan sebaliknya kenyataan Pas pula seperti mempertikaikan tindakan JAIS sedangkan sewajarnya dalam isu tersebut mereka bersikap tegas,” katanya.

Jelas beliau, JAIS melaksanakan tugas dan tanggungjawab berdasarkan kepada terma-terma yang ada mengikut bidang kuasanya dan berlandaskan laporan atau maklumat bahawa wujudnya aktiviti mengkristiankan orang Melayu yang tentunya beragama Islam.

“JAIS bertindak sebagai agensi kerajaan yang dibantu oleh pihak polis mengikut kepada bidang kuasa yang termaktub tetapi belum apa-apa laporan dikeluarkan pun, Pas sendiri sudah memberikan macam-macam analisa yang secara tak langsung menunjukkan ketidakmatangan mereka.

“Hal pentadbiran kerajaan negeri dan politik adalah dua perkara berbeza yang tidak boleh dicampur-adukkan kerana apabila asas pentadbiran tidak kukuh maka secara tidak langsung ia akan mewujudkan kerajaan yang caca merba dan itulah yang berlaku di Negeri Selangor termasuklah negeri-negeri yang ditadbir pembangkang,” katanya.

Jelas beliau, perkara paling penting untuk berkerajaan adalah tahu asas-asas pentadbiran agar perkara-perkara sebagaimana isu sensitif berkaitan agama boleh timbul.

Pas kononnya mahu memberikan keadilan kepada semua pihak apabila mahu mengadakan pertemuan terlebih dengan JAIS dan pihak Gereja bagi merungkai permasalahan tetapi malangnya ke hari ini tiada mana-mana pihak mahu mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan Pas dengan alasan tertentu.

“Siapa Pas yang mahu mengadakan pertemuan atau nak siasat berkenaan hal tersebut sedangkan mereka sendiri gagal untuk menyelesaikan hal-hal kecil apatah lagi isu besar tersebut.

“Bukan hanya kerajaan Negeri Selangor malahan tingkah laku para pemimpin Pas untuk menangani isu berkaitan agama hanyalah ibarat tikus membaiki labu, kononnya buat kenyataan untuk dapatkan sokongan atau menyatakan pendirian tetapi hasilnya semakin parah dan mengundang musibah bukan saja kepada anggota parti mereka tetapi apa yang lebih penting adalah umat Islam sendiri.”

Tegasnya lagi, dalam pakatan pembangkang Pas cuba memainkan peranan sebagai anggota penting khususnya melihat isu-isu yang timbul sebagai ‘tanggungjawab bersama’ (collective responsibility).

“Mereka cuba mewujudkan bahawa kononnya mereka adalah penting dan menangani isu-isu yang muncul dengan duduk sekali, bersuara atau terus memberikan sokongan sedangkan nampak gayanya ‘tanggungjawab bersama’ ini hanya seakan-akan harmoni tetapi pendekatan dan platform yang digunakan adalah salah.

“Pas, Dap dan PKR seakan cuba melakonkan imej satu kabilah atau duduk dalam satu kapal sedangkan isu berkaitan agama adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi dengan mana-mana pihak apatah lagi ia melibatkan akidah keseluruhan umat Islam. Itu adalah salah dan sepatutnya, Pas berterus terang kerana jika benar Pas tak bersetuju maka mereka mesti tinggalkan Dap,” bidasnya lagi.

Tambahnya yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), permasalahan sedemikian tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerana semua pihak arif berkaitan kedudukan Islam dan agama-agama lain di Malaysia.

“Kompenan BN semuanya faham berdasarkan Perlembagaan Malaysia iaitu agama Islam adalah agama Persekutuan dan tidak ada sesiapa yang boleh menodai kesuciannya termasuk untuk memaksa atau untuk cuba memesongkan akidah kepada mana-mana rakyat Malaysia yang beragama Islam tetapi dalam pada itu agama lain bebas untuk diamalkan, ia tidak pernah menjadi isu sebagaimana berlaku dalam pentadbiran pembangkang.” - MediaUMNO

Jika orang ramai yang selama ini beranggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hujah dan fakta yang kukuh semasa pembelaan, namun anggapan itu ternyata meleset, apabila Ketua Umum PKR itu sendiri memilih untuk memberi kandang tertuduh dan tidak memberi kebenaran untuk para pendakwa mencabar kesahihan keterangannya itu.

Ini diperkukuhkan lagi dengan tindakan Anwar membacakan kenyataan Bahasa Inggeris setebal 32 muka surat yang disulami ulasan politik dengan diselang seli dengan petikan ayat Al Quran dan kata falsafah Shakespeare.

Ketika menjelaskan tentang Mohd Saiful Bukhari Azlan, Anwar hanya menghuraikan kembali tanpa memberi hujah lain selain membenarkan keterangan saksi utama itu di mahkamah.

Selain itu, hujah-hujahnya ketika mematahkan hujah-hujah saksi utama itu hanya berdasarkan logik aqal dan sangat lemah.

Anwar berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.

Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang mempunyai hubungan dengan Umno dan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.

“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” katanya.

Mengakui Saiful Bawa Bahan Pelincir dan Minum Bersama

Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Julai 2008 untuk membincangkan perkara berkaitan kerja.

Beliau menambah, pada peringkat itu, Saiful sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak berbuat demikian atas alasan takut.

“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” katanya


 

Menurut Anwar alasan Saiful bahawa dia diselubungi ketakutan adalah bercanggah dengan fakta kes tersebut,
Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah membawakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”

“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual mesra dengan saya.

“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari.

“Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” katanya.

Hujah ini pernah digunakan oleh Karpal Singh semasa proses penggulungan yang menyebabkan pihak Anwar tewas dan hakim memberi keputusan kes itu terdapat prima facie dan Anwar diarahkannya untuk membela diri. AIDC
Buku Terbesar Di Dunia saat ini from gulfnes.com

Dubai- Sebuah perusahaan di Dubai berencana untuk mengalahkan rekor dunia untuk penerbitan buku terbesar dengan 1.500 kg sebuah buku tebal bercerita tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagaimana dilansir situs berita www.gulfnes.com kelmarin.

Halaman-halaman dalam buku ini akan memiliki tinggi lima meter atau setara dengan ketinggia tiga orang, diperlukankan 4 sampai 5 orang untuk memindahkan halaman demi halaman. Pencetakan buku ini akan dilakukan di Jerman tetapi untuk seluruh komponen akan dibawa ke Dubai dalam proses penyelesaiannya

“Idenya adalah untuk membawa perhatian dunia kepada Islam,” kata Hatem Mustafa, manager operasi Perusahaan Mashahad, perusahaan investasi yang berada di belakang proyek tersebut. Versi normal akan dijual setelah buku raksasa dilancarkan di Dubai segera setelah Idul Fitri.


Buku Biografi ini telah terdaftar dalam Guinness Book of World Records. Buku Biografi komprehensif ini ditulis oleh penulis Saudi Dr Abdullah Bin Abdul Aziz Al Muslah. Rincian buku tersebut belum pernah dirilis dan masih dirahsiakan pasukanpenyelenggara sampai lounching di Dubai nanti. Tapi sumber mengatakan perusahaan berencana untuk mengalahkan rekor dunia dengan halaman 4m x 5m dan kemungkinan dengan berat lebih dari 1.500 kg serta dengan kertas termewah yang pernah ada. Buku ini akan memiliki 420 halaman. Proses percetakannya akan memakan waktu sembilan bulan.

Buku terbesar di dunia saat ini ada di Hongaria dengan ukuran 3,6 meter dan berat 1.420 kg. Itu dibuat oleh 26 orang dan berfokus pada Aggtelek Taman Nasional di Hungaria. Pembuatan buku ini memakan waktu lima bulan untuk menyelesaikan. Saat ini Buku tersebut dipajang di Szinpetri, Hongaria dalam watermill di Taman Nasional.


Seperti dijangkakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengambil peluang membela diri dari kandang tertuduh dengan sekali lagi membangkitkan isu konspirasi.

Dalam membacakan keterangannya, beliau kembali membangkitkan insiden dipecat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum didakwa dan dipenjara atas tuduhan rasuah dan liwat pada 1998.

Plot konspirasi yang sama seperti tahun 1998, didakwanya diikuti oleh Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kenyataan Anwar untuk membela diri telah disiapkan lebih awal dan telah dimuat turunkan di laman rasminya, anwaribrahimblog pada pagi ini dan difahamkan semasa dalam kandang tertuduh Anwar hanya membacakan kenyataan tersebut. Klik di sini

Sekali lagi tindakannya boleh disifatkan menghina mahkamah, kerana apa yang sepatutnya dibacakannya di kandang tertuduh telah didedahkan lebih awal untuk bacaan umum di laman rasminya itu.

Dalam kenyataan itu, Anwar menafikan tuduhan yang dikenakan kepadanya dan menafikan telah mengadakan hubungan seks dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwanya, tuduhan Mohd Saiful itu adalah dusta yang terang-terangan.
Dengan memetik kata-kata Jean Racine dalam Phaedra, beliau mendakwa tuduhan itu adalah satu percubaan yang keji untuk pembunuhan wataknya sebagai ahli politik pembangkang yang berkaliber dan menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk terhadap percubaan-percubaan itu.

Anwar menyamakan pemilihan keterangannya dari kandang tertuduh hari ini sama seperti yang dilakukan oleh Nelson Mandela di Afrika Selatan (1963) yang dibicarakan kerana memperjuangkan demokrasi dan masyarakat terbuka (bebas) yang menikmati persamaan hak dalam kehidupan.

Anwar membangkitkan isu beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara di sel pada tahun 1998 dan menuduh Datuk Mohd Yusof, Ketua Pendakwa turut berkomplot dengan Tan Sri Abdul Gani Patail (Peguam Negara) dan Tan Siri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) yang didakwanya ‘memalsukan dokumennya’ dipukul 10 tahun yang lampau itu.

Anwar menuduh hakim pula dipengaruhi pandangan-pandangan konspirator politik;

“Komen-komen awam dibuat oleh pegawai-pegawai dan ahli-ahli politik UMNO, termasuk Dato ‘Seri Najib yang dirancang melalui media cetak dan elektronik dikawal, seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times dan TV3 yang berterusan dengan komen buruk telah mempengaruhi anda (hakim) dan menggambarkan motif politik di sebalik pertuduhan itu”, katanya.

Katanya bukti yang paling jelas apabila pada Selasa dan Rabu lepas wawancara pengadu, Mohd Saiful disiarkan di TV3 yang disifatnya menghina prosiding mahkamah.

Anwar turut menyalahkan mahkamah apabila membuat keputusan membenarkan saksi untuk ditemubual tetapi bergantung kepada saksi itu untuk bersetuju ditemubual atau tidak.

Katanya tindakan mahkamah itu menyukar pihaknya untuk pembelaaan kerana Perdana Menteri, Dato ‘Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah binti Mansor, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dan Dato’ Rodhwan bin Ismail telah datang ke bilik temuduga dan berkata, “Kami tidak bersedia untuk ditemu bual.”

Menurutnya Haji Hasanuddin bin Abd Hamid pemilik unit kondominium telah disoal siasat oleh pihak polis selama tiga puluh jam dalam rakaman keterangan yang divideokan.

Katanya siasatan polis itu telah melemahkan benteng pertahanannya.
Menurutnya, Fitria binti Dipan, pembantu rumah Hassanuddin yang ditawarkan oleh pihak pendakwa gagal dibekalkan kepada pihak mereka untuk ditemubual.

Anwar turut mengkritik Hakim Mohamad Zabidin yang didakwanya berat sebelah apabila tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pihak-pihak yang didakwanya memprejudiskan pembelaannya.

Beliau turut membandingkan tindakan Hakim Mohamad Zabidin dengan Hakim Akhtar Tahir yang sedang mendengar kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Anwar turut menuduh Mohd Saiful sebagai lelaki muda berusia 20-an adalah seorang operatif UMNO dan telah menjalani latihan yang rapi di Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri berbanding dengan dirinya seorang lelaki berusia 60 tahun yang didakwanya mempunyai sejarah kecederaan belakang yang tiada memegang apa-apa kuasa.

Katanya, pada hari kejadian itu, Mohd Saiful sendiri membawa bahan pelincir dan selepas kejadian itu, beliau mendakwa Mohd Saiful minum dan berbual mesra dengannya (di Unit 1151, kondominium itu).

Katanya tiada usaha untuk mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya, Mohd Saiful menghadiri mesyuarat AnwarIbrahim Club di rumahnya pada sebelah petang tanpa menunjukkan emosi dan trauma sebagai seorang yang diliwat.

Anwar turut menolak keterangan dua pakar kimia Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora bt Saedon berkaitan dengan air mani ‘Lelaki Y’ yang dijumpai dalam dubur Mohd Saiful adalah milik dirinya.

Kesimpulannya dalam membacakan kenyataan sebanyak 32 mukasurat dari kandang tertuduh itu, Anwar menyalahkan tindakan-tindakan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin sebagai ‘menindas haknya dalam mendapatkan perbicaraan yang adil’ dan mendakwa perbicaraan kesnya sebagai satu konspirasi Perdana Menteri, Datuk Najib dalam usaha memasukkannya ke dalam penjara semula.

Anwar yang memberi keterangan dengan mengambil masa dua jam membaca nota dalam bahasa Inggeris dan selesai membaca pembelaannya pada jam 11.47 pagi tadi.


Mahkamah ditangguhkan esok jam 9 pagi dengan dua pakar dari Australia akan memberi keterangan pembelaan di kandang saksi.AIDC
Kalau setakat nafi tapi takut nak bersumpah dan beri DNA nak buat apa...semua orang dalam dunia ni boleh nafi...bukan susah pun nak nafi...lagi satu, kenapa anwar memilih untuk memberi keterangan dalam kandang tertuduh...kalau berani beri la keterangan alam kandang saksi...supaya boleh disoal-balas kenyataannya..

“Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya. Saya mahu mengatakan, dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful,” kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.MK

Dulu senyap-senyap, kini semakin terbuka. Itulah modus operandi gerakan murtad yang semakin membimbangkan umat Islam negara ini. Mereka yang melakukannya tidak lagi menghiraukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.

Dari semasa ke semasa, kita boleh perhatikan usaha itu dilakukan dengan semakin berani. Jika dahulu, kita hanya biasa mendengar risalah dakwah bukan Islam ditinggal lari dalam bekas barang motosikal, diselit pada pengelap cermin kereta atau dalam peti surat, namun apa yang berlaku kini lebih daripada itu lagi.

Sebelum ini, kita dihadapkan dengan tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang Kristian, kemudiannya al-Kitab (Bible) dalam bahasa Melayu yang menyaksikan pemimpin Islam bercakaran sesama sendiri apabila isu itu turut diheret dalam perbalahan politik.

Apa yang lebih membimbangkan apabila timbul isu anak-anak orang Islam diajar menyanyi lagu Kristian siap dengan simbolnya sedangkan mereka mempelajari semua itu di bawah program tuisyen atau tadika amal yang diberi percuma untuk keluarga miskin.

Cuba kita bayangkan apa akan jadi kepada zuriat Melayu/ Islam ini pada masa depan andainya tidak diselamatkan dengan segera?

Ramadan tahun ini amat memilukan apabila seawal hari ketiga umat Islam berpuasa, tercetus kontroversi sekumpulan orang Islam diundang berbuka puasa dalam majlis yang diadakan di premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sehingga mendorong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memeriksa majlis itu apabila terdapat aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan orang Islam berlaku di majlis berkenaan.

Apa yang berlaku di DUMC seharusnya menyedarkan kan semua orang Islam, terutama pemimpin bahawa sesuatu yang tegas dan serius perlu dilakukan untuk menghadapi gejala yang semakin mencemaskan ini.

Namun malangnya, perbalahan politik sekali lagi tidak dapat dielakkan apabila pemimpin Islam bercakaran, saling tuduh menuduh malah ada yang mengecam Jais atas tindakannya itu.


Melihat apa berlaku satu persatu, gerakan memurtadkan orang Islam yang semakin berani ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan terancang diatur sama ada di dalam mahupun luar gelanggang politik.

Ini dipercayai setelah mereka melihat ada kelemahan dalam kepimpinan Melayu/Islam daripada perpecahan yang berlaku, selain ruang yang terbuka apabila ada pemimpin yang menguasai negeri tertentu tidak bersikap tegas dalam hal ini demi untuk menjaga hati pengundi dan rakan parti bukan Islam.

Bagaimanapun perlu diingat, meskipun undang-undang diwujudkan termasuk cadangan Akta Murtad seperti yang dihebohkan, iman yang sebenar adalah pada hati.

Tiada guna undang-undang menghalang jika hati seseorang Islam itu sudah berpaling tadah.

Bagi gerakan misioner, meskipun undang-undang (Perlembagaan) menghalang, apa yang dilakukan adalah tanggungjawab agama mereka. Sama ada mereka bermatlamat syurga, ataupun istana (politik), mereka tetap akan melakukannya meskipun ditegah oleh undang-undang.


Maka apa yang perlu ialah mengatasi semua kelemahan yang ada.

Jika miskin punca orang Islam semakin ramai murtad, usaha membantu mereka dari segi ekonomi, terutama menerusi tabung zakat atau Baitul Mal perlu ditingkatkan.


Lihat semula Bicara Isnin Sinar Harian minggu lalu di bawah tajuk muka depan ‘SUSAHNYA DAPAT ZAKAT’ bagaimana kerenah birokrasi dalam agensi pengurus zakat menjadi halangan bagi ramai orang yang memerlukan mendapat bantuan.

Begitu juga jika cinta menjadi ‘senjata’ gerakan murtad sebagaimana yang selalu disebut-sebut, sesuatu perlu dilakukan untuk memantapkan lagi akidah muda mudi Islam sebagai perisai yang boleh menegah mereka hanyut dalam gelora nafsu remaja.

Begitu juga dengan pengaruh persekitaran, usaha yang lebih jelas perlu dilakukan untuk menanganinya termasuk mengawal apa sahaja medium yang mengancam terutama yang berkaitan dengan hiburan, maksiat dan pergaulan.

Pertubuhan bukan kerajaan perlu mengetepikan motif politik, lebih ikhlas berjuang membantu golongan terpinggir,

Pemimpin politik Melayu/Islam pula dirayu supaya tahu batas berpolitik, tidak menjadikan isu agama sebagai senjata memancing undi. Apabila timbul isu seperti ini, mereka perlu kembali bersatu untuk membina bentang yang kukuh supaya Islam di tanah air tercinta ini tidak mudah runtuh.SH

 
Mat Sabu memperlekeh-lekehkan kaum Melayu !
Apa masalah dengan Mat Sabu ini? Apakah beliau sanggup menghina kaum Melayu hanya kerana mahu mengumpan kaum Cina? Macam haram jadah je...sebabkan politik sanggup jual bangsa dan agama. Memangla cina tak ambil rasuah semasa pilihanraya sebab mereka yang beri rasuah untuk undi DAP..
 
Sila baca di bawah:-
KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu kaum Melayu mengikis sikap acuh tak acuh berhubung isu rasuah dan salah guna dana awam, sebaliknya meneladani sikap pengundi Cina yang berani menunjukkan pendirian menentang budaya sedemikian semasa pilihan raya.

Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kaum Melayu tidak seharusnya bergantung pada isu-isu perkauman semata-mata.

“Muslim tidak sensitif kepada isu-isu pembaziran dan rasuah berbanding kaum Cina,” kata beliau pada ceramah di Kampung Pandan di sini seterusnya

Dan jika Mat Sabu benar-benar mahu bercakap tentang salah guna dana awam,EP ingin mencabar Mat Sabu dedahkan kos rawatan kaktnya yang senget di Hospital KPJ dengan kadar segera!

Itu pun jika Mat Sabu berani!
Akhirnya fitnah yang dibuat oleh budak suruhan Anwar untuk memburukkan keluarga Perdana Menteri terbongkar apabila semalam akhbar Kompas dari Indonesia telah memohon maaf secara terbuka kepada Perdana menteri dan keluarganya kerana menyiarkan berita fitnah dalam akhbar mereka. 

Persoalannya adakah Anwar telah menjadi dalang dalam penyebaran berita fitnah di dalam akhbar Kompas untuk memburukkan nama Najib dan keluarganya di Indonesia sehinggakan kredibiliti akhbar Kompas tercalar dan terpaksa memohon maaf secara terbuka kepada keluarg perdana menteri....??
  

JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan penyiaran laporan mengenai keluarga Perdana Menteri dalam akhbar berkenaan pada 4 Ogos lalu.

Ketua Pengarang akhbar popular Indonesia itu, Rikard Bagun berkata, Kompas memohon maaf di atas penyiaran berita berhubung perkara yang tidak pernah berlaku dalam keluarga Perdana Menteri.

Penyiaran berita itu antara lain menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pemilik syarikat Perimekar Sdn. Bhd. 

Selain itu, akhbar tersebut menyiarkan berita yang menuduh Rosmah membelanjakan AS$24 juta dolar (RM72 juta) untuk membeli sebentuk cincin berlian sedangkan barang kemas berkenaan tidak pernah dipesan atau dibeli mahupun untuk bahan pameran peribadi oleh Rosmah.

Akhbar tersebut turut menuduh bakal besan Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Rusia sedangkan ia langsung tidak berasas.

“Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi (Ketua Pengarang) Kompas, Rikard Bagun, Sabtu (20/8) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya “Kepada Kepala Negara (Perdana Menteri) dan keluarga,” kata Rikard yang disiarkan oleh akhbar berkenaan hari ini.

Permohonan maaf itu dimuatkan dalam wawancara dengan wartawan kanan akhbar tersebut, Jimmy S Harianto dengan Perdana Menteri di Putrajaya Khamis lalu.

Ketika ditemui oleh Jimmy, Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Kompas yang sanggup menyiarkan berita tersebut. UM

Sunday, August 21, 2011

APA CERITA ARTIS ISLAM BELA ANJING..






Pelik...dah tak de binatang lain ke nak dibela dan dibelai...

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.