Saturday, July 30, 2011


Slogan Islam yang diperjuangkan oleh parti siapa yang menjadi nostalgia??PAS atau UMNO??
Umno yang selama ini mendakwa kononnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya, gagal dalam merealisasikan hasrat menggunung mereka untuk memperjuangkan Islam. Walaupun telah begitu lama mentadbir negara, slogan Islam yang diperjuangkan oleh mereka menjadi nostalgia dan kenangan kerana tidak berjaya untuk mempraktikkan apa yang dilaungkan sejak menerajui kepimpinan negara. Haramkah
Tak perlulah menunding jadi menyalahkan UMNO sekiranya PAS sendiri tidak mampu untuk menutup semua pusat hiburan semasa bulan puasa. Jangan kata nak tutup pusat hiburan di negeri yang dikuasai pakatan rakyat, negeri yang ditadbir oleh PAS sendiri pun tidak mampu dilaksanakan.

Saya tidak akan jemu dan letih menulis selagi pemimpin yang suka cakap berbohong masih dianggap sebagai Augerah Tuhan dan terus-terusan memperdaya rakyat dengan lakonan hebat.

Ayuh! Cukup sampai di sini. Hentikan semua kekacauan dan kegawatan yang gerombolan pembangkang ini cetuskan. 

Mari semua sama-sama dan beramai-ramai tolak pemimpin yang suka berbohong:

1. 16 September 2008 – Riuh rendah seantero dunia. “…I have the numbers, kita akan ke Putrajaya …” tapi last-last sunyi sepi.

2. Suka meliwat – hobi luar tabiee. Ingat Azizan, Sukma, Saiful dan ramai lagi! Rujuk perbicaraan mahkamah dan kesahihan laporan dalam journal guaman, akhbar, blog.

3. Penakut – Buat salah, siap ada video klip dan tertinggal jam kat situ.. tapi tak mahu. Tuduh orang nak tembak dia, orang ni rosakkan brek dia. Diancam bunuh

4. Zionis – Kegemaran bersahabat baik dengan puak puak zionis.

5. Menyusahkan rakyat – Suka demonstrasi haram jalanan. Boleh huru harakan keadaan, kemdian tuduh kerajaan, polis zalim. Buat kat KL, tak pasal-pasal trafik jam, tutup kedai.

6. Kroni Paling Hebat – Amal nepotisme dan kronisma tahap pertama. Mana ada parti kat dunia ni, yang Suami ketua umum tak boleh dicabar. Melantik diri sendiri. Presiden isteri dan Naib Presiden anak pada masa yang serentak! Ini lawak paling hebat abad ini!. Mengaku kononnta the voice of democracy.

7. Raja Putar – Ingat ucapan Pluralisma agama di London School of Economics. Mana dia lebai lebai Pas. Kalau pluralisma agama yang dibawa manusia seorang ini benar, betul dan diterima agama Islam, tolong sokong 100%. Biar umat Islam di Malaysia dan seantero dunia tahu. Pluralisma agama ni salah, menyesatkan, lari dari akidah Islam. Wajib tegur, larang, kecam. Amar Makruf Nahi Mungkar! Jangan asyik asyik bersekongkol saja.

Cukup dulu round ini. Kalau nak list banyak lagi. Saya sayang agama bangsa dan tanahair. Sempena kedatangan Ramadan, semoga kita semua sentiasa sentiasa mendapat barakah, maghfirah, rahmah, hidayah dan perlindungan Allah.

Dari Allah kita semua datang, dan kepadaNya kita semua akan kembali untuk bertanggungjawab atas semua amalan kita di dunia ini.

Dicilok dari UMNO Online

“SAYA dan isteri ingin menghadiri majlis konvokesyen anak kami di United Kingdom, jadi kalau saudara ingin saya luluskan overdraf ini, kenalah saudara bagi bahagian perbelanjaan untuk dua orang ke London,” begitulah bunyi kata-kata seorang pengurus bank cawangan yang saya berurusan dulu.

Ketika itu saya perlu menghantar wang pengajian untuk anak saya di Amerika Syarikat yang tiada biasiswa. Tanpa segan silu pengurus bank itu melakukan rasuah. Begitulah keadaannya sekarang dengan rasuah.
Orang Melayu tidak lagi segan silu melakukan atau menerima rasuah. Ramai orang sedar rasuah di negara kita tetapi tidak mahu bercakap tentangnya.

Macam juga pelacuran yang berleluasa. Diserbu berpuluh kali sekali pun bapak-bapak ayam akan terus menjalankan urusan mereka. Sebelum diserbu mereka sudah tahu. 

Kita melihat mereka yang dituduh melakukan rasuah kebanyakannya orang Melayu dan ada yang berpangkat tinggi dalam kerajaan.

Sikap ingin mencari jalan pintas kekayaan ini memang jelas kerana “kalau saya tak lakukan orang lain pun akan lakukan” menjadi sikap utama mereka ini. Kalau kos projek digandakan sudah menjadi lumrah. 

Seperkara lagi yang kerap juga berlaku kepada mereka yang menghantar cadangan projek mereka ‘diculik’ oleh orang lain termasuk di peringkat atasan.Telan sajalah air liur.

Pada bulan Ramadan, kita tahu ketua-ketua industri akan menghilangkan diri kerana mereka akan dikepung untuk mendapatkan duit raya yang bukan sikit-sikit. Tengok pangkat orang yang meminta. Jadi ramailah kapten industri ini yang pergi melakukan umrah di bulan puasa.

Pada bulan Ramadan juga orang Melayu berpusu-pusu berbuka puasa di hotel-hotel yang tidak tentu halal haramnya. Diberitakan daripada 2,000 hotel di bandar raya Kuala Lumpur, hanya dua peratus (2%) saja yang diberi taraf halal oleh Jakim – bermakna hanya empat hotel saja yang halal.

Tapi orang Melayu tak kira itu semua. Janji seronok walaupun kena bayar berpuluh-puluh ringgit. Kedai mamak dan kopitiam pun tak dijamin halalnya.

Seperkara lagi pada Ramadan ini maka keluarlah kelulusan untuk berniaga gerai di merata tempat. Semua orang tahu ada yang dapat kebenaran menjalankan warung menjual permit berniaga kepada orang lain untuk membuat untung. Yang asal RM200 boleh jadi RM20,000 dan ramai yang juga sanggup kerana pendapatan satu bulan di bulan puasa boleh mengatasi pendapatan 11 bulan yang lain.

Begitulah juga keadaannya dengan lain-lain lesen yang diberikan kepada orang Melayu. Contohnya di pasar Chow Kit kita tahu yang mengendalikan gerai-gerai di situ semuanya orang asing sedangkan lesen dikeluarkan kepada orang Melayu sini. 

Kalau ada pemeriksaan, tuan punya akan mengaku yang berjual itu pekerja mereka. Semuanya hendak mencari jalan pintas untuk kaya cepat.

Terbaru, Timbalan Perdana Menteri mengatakan pasar tersebut akan dibangunkan semula. Patut pun selepas lebih 50 tahun keadaan kotor dan serabut pasar tersebut dibersihkan.

Tahun 1994 dulu, 100 lesen untuk pengurusan aset dikeluarkan. Modal berbayar diperlukan ialah RM2 juta. Ramai yang belum mula operasi pun sudah hendak menjual lesen mereka dengan syarikat sekali berkali ganda pula walaupun sehari pun belum beroperasi.

Sejak kejayaan Dasar Ekonomi Baru menaikkan taraf orang Melayu kepada kelas menengah, maka ramailah anak Melayu yang berpeluang mendapat pengajian tinggi di luar negara dan ramailah yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan dalam swasta.

Yang peliknya ada sesetengah daripada mereka ini sudah menganggap membela orang Melayu sudah tidak lagi fashionable baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta.

Rata-rata apabila ada perjumpaan atau majlis makan malam di kalangan orang bukan Melayu dan orang asing, mereka akan mengatakan penghalang kepada usaha pentadbiran Najib untuk melakukan transformasi ialah tuntutan orang Melayu oleh kumpulan tertentu.

Mereka lupa kalau dikira perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia Pertama sehingga Kesembilan tiap-tiap satu sebanyak RM200 juta darab untuk 9 kali maka berjumlah RM1.8 trilion. Siapa yang meraih keuntungan daripada jumlah tersebut, tentu sekali bukan orang Melayu. Hak milik saham pun setakat 21.8 peratus saja.

Sedar tak sedar tanah milik Melayu pun berkurangan. Di pihak kerajaan negeri misalnya banyak usahasama dengan bukan Melayu dilakukan untuk memajukan sesuatu kawasan yang bernilai tinggi.

Apabila perumahan siap, yang membeli dan menduduki pangsapuri atau rumah tersebut bukannya orang Melayu kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah tersebut kerana mahal. Jadi tanah yang dulunya milik kerajaan kini dimiliki oleh individu bukan Melayu.

Tanah milik Melayu diberikan status tanah rizab Melayu dan nilainya lebih rendah daripada tanah bukan Melayu. Kalau dimajukan orang Melayu akan mendapat nilai yang lebih rendah.

Tetapi jangan hairanlah kalau tanah rizab Melayu atau tanah khas untuk orang Melayu boleh jatuh ke tangan orang bukan Melayu seperti di Kelantan yang dulunya ketat dengan undang-undang menjual tanah kepada bukan Melayu.

Di mana-mana kawasan yang telah digariskan sebagai kawasan pembangunan ekonomi serantau, nilai tanah sekeliling kawasan pembangunan tersebut seperti Iskandar dengan sendirinya akan naik. Maka orang Melayu yang milik tanah di kawasan tersebut akan menjual tanah mereka. Inilah keadaan yang berlaku sekarang.

Sepatutnya suatu pangkalan maklumat yang kerap dikemaskinikan tentang tanah milik Melayu seluruh negara ini perlu diwujudkan supaya jangan sampai tergadai tanah Melayu. Kalau orang Melayu hendak menjual tanah mereka, biarlah yang membelinya orang Melayu. 

Orang Melayu yang kaya raya patut mempertahankan tanah orang Melayu ini. Jangan pula orang bukan Melayu guna orang Melayu. Itu namanya tidak bermaruah.

DATUK SALLEH MAJID

Mantan Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur


Pelawaan parti pembangkang supaya Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang bukan saja mengejutkan beliau malah berang dan tersinggung.

Berikutan itu Anwar yang berdepan isu video seks dan kes liwat, dilaporkan sedang berusaha mengesan dan menjejaki pemimpin PAS serta DAP yang bertanggungjawab membuat pelawaan itu tanpa merujuk kepadanya. 

Perkara itu didedahkan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim yang mendakwa menerima maklumat mengenai maklum balas Anwar itu daripada rakannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. 

“Petang tadi kira-kira jam 4 petang, saya menerima maklumat daripada PKR Selangor mengatakan Anwar terkejut, kecil hati dan marah dengan pelawaan itu. Beliau kini sedang mengesan siapa pemimpin (PAS dan DAP) itu,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kelmarin yang parti pembang-kang didakwa mempelawa Ku Li untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar. BH

Menarik...Exco PAS negeri Kedah akui pentadbiran Ostaz Azizan di negeri Kedah mempunyai masalah kerana terpaksa membiarkan pergusaha tempat-tempat haram ini beroperasi tanpa sebarang gangguan demi menjaga kepentingan rakan sekutu di negeri Kedah....??
Kerajaan Pas Kedah hari ini mengakui kewujudan pusat-pusat hiburan dan rumah urut yang semakin bertambah sejak mengambil alih pentadbiran di negeri ini. Exco kerajaan negeri, Dr. Ismail Salleh bagaimanapun berkata, pusat hiburan itu beroperasi secara haram kerana tiada lesen baru dikeluarkan sejak pembangkang mentadbir Kedah pada 2008.

Katanya, kewujudan pusat hiburan haram berkenaan seperti pusat karaoke sukar dibendung kerana penguatkuasaan yang lemah atas faktor-faktor tertentu. Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah bagaimanapun tidak menjelaskan faktor-faktor tersebut.

"Ada pusat hiburan yang dibuka seperti pusat-pusat karaoke terutama di kampung-kampung, tetapi semuanya tiada lesen. Ia tumbuh secara sendiri."Kita memang hendak mengambil tindakan ke atas pusat-pusat hiburan haram ini tetapi ada sebab tertentu tak boleh bergerak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.


Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.


Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.


Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.


Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.


Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.


Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.- Bernama

Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.
 
Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.

Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.

“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.

“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.

Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.

“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.

“Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.

Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana keadaan tersebut berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam. UM

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menyelar dasar pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang ternyata gagal membela nasib rakyat terbanyak di negeri itu.

Selain kegagalan melunaskan banyak janji yang ditaburkan pada pilihanraya umum lalu, tegas beliau kerajaan DAP Pulau Pinang juga jelas gagal membuktikan pentadbiran yang kononnya mengamalkan dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (C.A.T).

Katanya selama tiga tahun memerintah, kerajaan DAP Pulau Pinang hanya dilihat mahu menonjolkan diri sebagai sebuah parti yang popular di mata rakyat dengan pelbagai tipu muslihat.

“Apa yang kerajaan DAP Pulau Pinang lakukan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat, pembangunan negeri…? Tidak ada satu pun yang mereka lakukan melain meneruskan apa jua yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Yang mereka buat ialah memancing hati rakyat dengan pemberian bantuan RM100 untuk warga emas dan yang terbaru kepada bayi yang baru lahir… itupun hanya diberi kepada mereka yang menjadi pengundi di negeri tersebut sedangkan kerajaan BN membuat lebih banyak kebajikan tanpa mengira warna kulit, latar belakang mahupun sama ada ia pengundi atau tidak.

“Pemberian RM100 hanyalah satu tindakan populis…. mereka sudah tidak perlu fikir bagaimana nak bina hospital, sekolah, jalan raya dan lain-lain lagi kerana semua disediakan kerajaan pusat… yang mereka perlu buat macam mana nak nampak popular..itu saja.  Sebab itu selama tiga tahun ini ramai peniaga kecil dihalau dan lebih malang lagi tidak ada sebuah rumah kos rendah pun yang dibina kerajaan DAP Pulau Pinang untuk rakyat yang tidak berkemampuan”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan UMNO-Online di sini.

Tegasnya lagi sebagai kerajaan negeri yang kononnya bertanggungjawab dan mengamalkan pentadbiran CAT, mereka sepatutnya mengkaji latar belakang sosio ekonomi rakyat negeri ini dalam membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

“Hakikatnya 60 ke 70 peratus penduduk di Pulau Pinang tidak kira kaum hanya mampu memiliki rumah kos sederhana ke bawah. Kerajaan yang bertanggungjawab haruslah menyediakan keperluan rakyat mengikut semua peringkat. Bukannya hanya tertumpu kepada satu peringkat sahaja dan hanya mementingkan tuntutan pasaran luar semata-mata.

“Ramai penduduk di sini adalah pekerja industri, kakitangan awam, peniaga kecil yang rata-ratanya berpendapatan kecil dan sederhana.  Jika kerajaan negeri tidak menyediakan sekurang-kuranga rumah mampu milik di manakah mereka mahu tinggal?

“Keghairahan kerajaan DAP Pulau Pinang membina rumah yang berharga RM350 ribu ke atas memperlihatkan kecenderungan mereka untuk menghalau rakyat miskin atau yang tidak berkemampuan keluar dari negeri itu.  Mungkin itulah agenda tersirat mereka,” terangnya.

Justeru beliau berharap agar rakyat di Pulau Pinang tidak dikelabui atau terpedaya dengan pemberian wang RM100 itu kerana ia jelas bermotifkan politik kotor untuk menutup kegagalan kerajaan DAP menjaga kebajikan rakyat dalam erti kata sebenar.

“Kerajaan DAP hanya beri RM100 walhal sebelum seseorang bayi itu dilahirkan, ibu mengandung telah pergi ke klinik, dapat ubat subsidi, bila lahir, kos hospital pula murah kerana ditanggung kerajaan. Bila anak mula bersekolah, buku percuma malah pelbagai bantuan dihulurkan sehingga mereka ke universiti.

“Bila kita bangun pagi, nak buat air dan buka gas, dah subsidi gas. Nak buat nasi goreng dah subsidi beras, nak buat kopi, gulanya subsidi dan pelbagai lagi malah apabila meninggal dunia pun van jenazah juga ada yang wakil rakyat sediakan. Tetapi semua ini dilupakan hanya kerana bila bayi lahir, dapat RM100 atau bila sudah tua dapat RM100”, ujarnya.

Tegas beliau harga dan maruah diri bukan begitu murah untuk dibeli dengan hanya RM100.

“Tetapi pemberian itu diberi, terimalah tapi nilaikan jasa kerajaan DAP dengan ratusan ganda nilai yang diberi oleh kerajaan Persekutuan. Orang boleh bagi bantuan kepada kita tetapi orang tak boleh beli harga diri kita.

”Pandanglah ke kiri, kanan, depan dan belakang. Lihat apa yang telah kerajaan Persekutuan sediakan selama ini untuk rakyat. Nilai sebaik mungkin dan jangan mudah terpedaya dengan sandiwara DAP,” ujar beliau. –MediaUMNO

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. 

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi tadi. 

"Aleesya kini dalam keadaan stabil. Doktor mengesahkan dia mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'," katanya. Beliau berkata anaknya itu mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita ditolak.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. Sementara itu, bapanya berkata beliau telah dihubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung permohonan anaknya untuk ditempatkan di asrama wanita sekiranya permohonannya
memasuki universiti tempatan, diterima.

Katanya, perkara itu masih dalam pertimbangan kementerian berkenaan. -- BERNAMA

MENARIK : AYAM PUN BOLEH KETAWA....


Rata2 kita tahu ttg p’tandingan sabung ayam ataupun ayam serama, tp pernahkan anda mendengar “pertandingan ayam ketawa? Mesti ade yg ckp, ayam boleh gelak ke??hehe…Ok, di Indonesia terdapat p’tandingan dipanggil “pertandingan ayam ketawa”. Bunyinya pelik kan tetapi terdapat sejenis baka ayam dari Sulawesi Selatan yg mampu ketawa…serius gelak macam manusia…Pd zaman dahulu, ayam nie merupakan peliharaan golongan bangsawan  Bugis.Sepertimana kegilaan ayam serama di Malaysia, mcm tu la jua bg pemilik ayam ketawa yg sanggup berkorban demi dapatkan baka ayam terbaik..Tak termasuk lagi dgn kos makanan serta rawatan kesihatan.Terdapat 2 kategori: Kategori dangdut(??)” dan “kategori slow”.Kategori ini dibezakan melalu tempoh ketawa ayam tu sendiri…Bg “kategori Dangdut, interval suaranya cepat dan panjang (macam manusia yg gelak terbahak2) & bg kategori slow plak, tempo selang ketawa yg sedikit (macam org gelak separuh bunyinya).Juara akan ditentukan melalui angkatan suara pertamanya, alunan serta variasi dan juga penutup ketawa ayam tersebut...

 Sumber : Hensyin

Friday, July 29, 2011


Sok sek tarikh pilihan raya umum ke-13 nampaknya semakin menjadi-jadi. Masing-masing beri anggaran tarikh menurut analisis peribadi. Sesetengah mencadangkan Parlimen dan DUN semua negeri kecuali Sarawak dibubarkan selepas sambutan Aidilfitri. Tidak kurang merasakan akan berlaku selewatnya Mac tahun depan.

Apa pun, nampaknya pengikut parti pembangkang lebih taksub bincangkan hal ini berbanding penyokong UMNO. Bagi UMNO, ia mungkin agak kurang disebut kerana BN yang menguasai Kerajaan Persekutuan dan sembilan Kerajaan Negeri tidak perlu terlalu gopoh membuat keputusan kerana mandat lalu masih sah sehingga Mac 2013.

Sebenarnya pelbagai perkara berlegar di minda pemikir politik dan perancang strategi pilihan raya pembangkang, terutamanya parti bukan Melayu dan yang berasaskan pelbagai kaum seperti PKR untuk menggambarkan kononnya tahap demokrasi di negara ini rendah. Ada pula yang cuba menulis dalam blog atau dalam penerbitan tertentu dan menghujahkan kononnya demokrasi telah mati di Malaysia.

Hal-hal seperti ini begitu rancak dibincangkan oleh mereka selepas pilihan raya umum ke-11 pada 2004 apabila BN mencatat sejarah kemenangan cemerlang di peringkat Parlimen apabila bertambahnya jumlah kerusi Dewan Rakyat dan di peringkat DUN - berjaya menawan semula Terengganu dan hampir-hampir mendapatkan kembali Kelantan.

Ketika itu antara topik hangat perbincangan juak-juak dan puak ini ialah Malaysia sepatutnya amal sistem dua parti seperti sesetengah negara maju. Maknanya kalau boleh cuma ada BN dan Pakatan sahaja. Mungkin bagi mereka berpendidikan tinggi ini, sistem dua parti adalah jawapan kepada politik Malaysia yang sentiasa dengan isu tidak berkesudahan.

Seperti diketahui, Malaysia negara paling unik, di mana segenap lapisan rakyatnya tidak henti bercakap tentang politik dari satu tarikh pembuangan undi kepada tarikh pembubaran Parlimen dan DUN selanjutnya.Apa lebih menarik lagi kebanyakan penceramah tidak rasmi politik ini kalangan orang Melayu, sama ada daripada parti UMNO Pas. 

Pertentangan kedua golongan Melayu dan Islam yang terpisah oleh ideologi berbeza inilah yang kini dilihat dieksploitasi golongan tertentu yang bercita-cita dan sedang sedaya upaya menerusi pelbagai taktik untuk meletakkan noktah kepada dominasi kuasa politik Melayu di Malaysia.

Bagi golongan ini, mereka mencipta atau guna isu tertentu dan membesar-besarkannya dengan cara cukup meyakinkan betapa kerajaan bertonggakkan kuasa politik Melayu yang ada kini sudah terlalu bobrok dan menyimpang dari apa juga amalan dan prinsip sepatutnya.

Walaupun mungkin tidak sampai lima peratus apa yang diperkatakan itu adalah benar, namun orang Melayu nampaknya begitu mudah menyerah kepada segala dakyah golongan ini.

Hal ini bukan kebetulan, tetapi telah dihitung secara teliti setelah mengambil kira kelemahan purata orang Melayu, terutama yang berada di barisan depan selaku penyokong dan ahli, sama ada UMNO atau Pas. Hal ini bukan sahaja terserlah kalangan mereka yang disebutkan ini, tetapi turut merangkumi intelektual Melayu yang sama ada memainkan peranan dalam membina pemikiran politik orang Melayu atau selaku pemimpin parti.

Sebagai contoh, ketika menulis belasungkawa seorang pemimpin Pas yang meninggal dunia baru-baru ini, tokoh yang dianggap berada di saf depan dalam mencerna pemikiran orang Melayu ini dengan panjang lebar memuja pemimpin Pas berkenaan kerana begitu lama berjuang dalam Pas. Namun apa yang ketara tidak terdapat dalam tulisan tersebut ialah tentang dasar utama yang disokong dan dipertahankan pemimpin yang meninggal itu.

Perkara semacam ini sebenarnya bukan sahaja berlaku dalam kalangan penyokong dan ahli Pas, tetapi penyokong dan ahli UMNO juga. Bagi penyokong dan ahli dalam kelas ini, dasar dan ideologi parti serta dasar dan prestasi kerajaan yang diperintah parti berkenaan bukan penting untuk diambil kira dalam memberikan sokongan. 

Walaupun ada ketika tertentu, sokongan terhadap parti ini diberikan berdasarkan ketaksuban kepada pemimpin, tetapi rata-rata orang Melayu sokong parti politik mereka, termasuk penyokong PKR, ibarat peminat sukan bola sepak menyokong dua pasukan Liga Perdana Inggeris.

Maknanya kalau UMNO itu boleh dianggap Manchester United maka Liverpool FC pula sebagai Pas (walaupun berjersi merah) dan mungkin PKR seperti Fulham FC yang baru dinaikkan pangkat dari division lebih bawah. Masing-masing sokong pasukan yang diminati tanpa sebab, tanpa logik dan tanpa rasional walaupun mereka sanggup bersinseng lengan dan bertumbuk hanya kerana itu.

Begitulah yang terjadi dalam kalangan penyokong politik Melayu hari ini. SH

Peningkatan harga rumah di Balik Pulau, Pulau Pinang sehingga mencecah jutaan ringgit mengakibatkan orang Melayu di sana tidak mampu memilikinya, sekali gus menyebabkan mereka kini berdepan tindakan ‘pengusiran’ secara halus dari penempatan berkenaan.

Sejak kebelakangan ini, projek perumahan berharga serendah kira-kira RM500,000 seunit dibangunkan sektor swasta begitu banyak di Balik Pulau, sedangkan kebanyakan penduduk bekerja nelayan, petani dan pekerja kilang. Pada masa sama, tiada pembangunan rumah kos rendah dan sederhana rendah oleh kerajaan negeri, malah projek dibangunkan oleh agensi Kerajaan Pusat seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dikenakan tekanan. 

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata pembinaan rumah mewah itu menyebabkan penduduk terpaksa keluar dari penempatan asal kerana tidak mampu memiliki rumah mahal.

Katanya, pengusiran secara halus orang Melayu satu daripada taktik kerajaan DAP Pulau Pinang diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang sememangnya dikenali seorang yang rasis dan chauvinis seperti didakwa pelbagai pihak.

“Ini satu bentuk pengusiran orang Melayu di bahagian pulau dengan rumah di sana termasuk di kawasan paling hulu (luar bandar), iaitu Balik Pulau harganya bermula RM500,000 ke atas... mana orang Melayu berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah semahal itu.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan dasar yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan baru bekerja boleh membeli rumah di bawah RM300,000, tetapi dengan harga rumah di Pulau Pinang pada masa ini yang terlalu mahal... bolehkah mereka membelinya?,” katanya pada sidang media di sini, semalam. BH

Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik. 

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata, pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Ghani berkata, gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lepas. 

Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif. - Bernama

Nampaknya DAP dah mula nak tunjuk belangnya...apabila melihat pada kenyataan yang dibuat oleh Lim Kit Siang, taktik yang digunakan oleh DAP iaitu bertukar menjadi parti pelbagai kaum secara tidak langsung akan menambahkan kerusi DAP dan meluaskan pengaruhnya di Malaysia.

Dahulunya DAP hanya bertanding di kawasan-kawasan bandar dan majoritinya penduduk cina tetapi sekarang dengan tuntutan yang telah dibuat nampaknya PAS atau PKR terpaksa mengadaikan kerusi di kawasan pinggir kota dan juga kawasan kampung untuk memenuhi kehendak DAP. 

Alasan DAP menjadi parti pelbagai kaum merupakan satu tuntutan secara halus DAP kepada pakatan rakyat kerana PAS dan PKR dilihat sudah tidak releven dikalangan pengundi Melayu disebabkan isu-isu dalaman dan juga masalah moral yang melanda kedua-dua parti tersebut yang tidak dapat diselesaikan.

Sedar atau tidak, nampaknya kehadiran PAS dalam pakatan rakyat sudah tidak releven lagi disebabkan PAS merupakan parti yang berasaskan satu kaum manakala PKR dan DAP pula merupakan parti pelbagai kaum. Kelebihan ternyata pada PKR dan DAP kerana mereka mewakili semua kaum yang ada dikawasan tersebut.

**Sanggup ke DAP melepaskan kerusi-kerusi yang dikuasainya di kawasan bandar pada PAS jika mereka inginkan kerusi PAS di pinggir kota atau kampung??
***melopong lagi la PAS jawabnya.....


Bagi DAP, kata Lim “sudah tiba masa” bagi mereka meluaskan pengaruh daripada tumpuan di kawasan majoriti Cina dan pusat bandar dan menjangkaui kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, selaras dengan visi penubuhan parti itu.

"Ini akan baik untuk Pakatan, bahawa DAP akan menjadi parti pelbagai kaum dan tidak lagi tertumpu di kawasan bandar. Jadi kita boleh terus kepada orang Melayu, Kadazan dan Iban... ini adalah perkara yang mahu kami lakukan,” katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara eksklusif.
Pemimpin PAS ini yang bakal disingkirkan daripada menerajui Negeri Kedah kerana banyak menimbulkan masalah kepada DAP dalam menjalankan kegiatan haram mereka..Adakah nasib Azizan di Kedah akan sama seperti Hassan Ali di Selangor....sama-sama kita tunggu....

Jelas menunjukkan anak emas Pulau Pinang iaitu Jeff Ooi dan juga Lim Guan Eng mempunyai masalah dengan DAP Pulau Pinang. Setiap tindakan atau arahan yang dibuat oleh Jeff Ooi pastinya akan mendapat sokongan penuh Ketua Menteri kesayangan PAS ini walaupun terpaksa membelakangkan pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang yang lain.

Tindakan Jeff Ooi menyuruh YB Wong untuk meletak jawatan telah menimbulkan seribu persoalan. Mengapa Jeff Ooi sanggup menyerang YB dari partinya sendiri sedangkan masalah ini boleh diselesaikan dalam mesyuarat exco. Adakah punca perbalahan ini berlaku disebabkan oleh Jeff Ooi dan Lim Guan Eng tidak mendapat sokongan exco sehinggakan terpaksa menyerang YB DAP yang lain secara terbuka supaya kredibilitinya jatuh??

Lim Guan Eng sememangnya terhutang budi dengan Jeff Ooi dan patuh pada arahannya kerana setiap kerja kotor Lim Guan Eng untuk menjamin  kerusi Ketua Menteri di Pulau Pinang dilakukan oleh Jeff Ooi. Disebebkan itu Lim Guan Eng tidak berani memberi sebarang komen atau teguran pada Jeff Ooi sebaliknya akan menyokong apa saja tindakannya.

Nampaknya apa yang diwar-warkan selama ini tentang masalah dalaman DAP mengenai isu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri ternyata betul. Ramai pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang terkilan dengan tindakan melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP berjaya menawan Pulau Pinang pada PRU12. 

**Ada perkhabaran yang mengatakan bahawa Jeff Ooi marah pada YB Wong sebab isu kroni tak dapat rumah...Tak daftar dengan perumahan pun boleh dapat rumah kos sederhana rendah asalkan menjadi penyokong kuat Jeff Ooi dan Lim Guan Eng.


Jelutong MP Jeff Ooi has been accused by the state DAP leadership of having “gone overboard and crossed the line of decency”.

This was over his public suggestion that state party treasurer Wong Hon Wai should resign from his executive councillor’s post if he could not do his job properly.

Penang DAP chairman Chow Kon Yeow said it is a party policy, often reminded to members and leaders, that internal channels should be used to resolve misunderstandings or problems. 

“However, Ooi has chosen to ignore this instruction. After this latest round of public attacks, the party cannot stop members from initiating disciplinary complaints against Ooi,” he said in a statement yesterday.

At a press conference Wednesday, Ooi had criticised Wong, who is state housing committee chairman, for allegedly failing to personally monitor distribution of low-cost and low medium-cost units to eligible applicants.

“Ooi claimed Wong has attacked him through the media, but he failed to look at himself in the mirror, especially with regard to his behaviour and attitude in recent years. 

“He has on numerous occasions used media channels to openly lambast party leaders,” Chow said, adding Ooi also appeared to have targeted Chief Minister Lim Guan Eng and the state government during the conference.

“DAP elected representatives meet for discussions every week. If MPs and state reps fail to raise issues in this meeting, but instead seek sensationalism in the media, I would suggest to the CM there is no longer a need for such consultation platforms,” he said.

He added that he would leave it to the party to decide on further action to be taken to resolve this matter. 

Lim, meanwhile, declined to comment when approached by reporters later. - The Sun


Inilah contoh pemimpin pakatan haram yang dipuja-puja oleh puak-puak PAS dan PKR. Mengajar ahli-ahlinya bertindak ganas dengan menyerang pihak berkuasa yang berkawal di kawasan tersebut.

Tindakan Tien Chua memulakan larian dan mengajak pengikut-pengikutnya yang bodoh untuk menyertainya bukan sahaja mencederakan pengikut-pengikutnya, malah turut mencederakan Anwar Ibrahim yang berada di dalam terowong. Keadaan menjadi kelam kabut didalam terowang selepas pihak FRU terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata telah menyebabkan Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya terjatuh didalam lubang apabila diasak dan ditolak oleh pengikutnya sendiri akibat panik.

Anwar tidak sepatutnya menyalahkan pihak polis diatas kecederaannya tetapi patut menyaman Tien Chua kerana telah memulakan provokasi sehingga menyebabkan dirinya tercedera. Walaupun sudah diketahui insiden ini telah dirancang lebih awal oleh Anwar Ibrahim untuk tujuan menagih simpati tetapi lakonan hebatnya masih lagi berjaya memperdaya ramai puak-puak yang taksub terhadapnya bahawa ada cubaan oleh pihak polis untuk membunuhnya....

**Hebat FRU Malaysia boleh aim tepat kearah Anwar walau pun berada di luar terowong...




BEBERAPA hari lalu saya secara kebetulan menonton sebuah dokumentari mengenai kehidupan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan di televisyen. Antara kata-katanya yang menarik perhatian saya, berbunyi: “Saya mempunyai masalah dalam kehidupan saya yang sebenar. Tapi saya tiada masalah dalam kehidupan saya yang bukan sebenar.”

Ia membawa maksud kehidupannya sebagai pelakon lebih baik daripada kehidupan sebenar di alam nyata ini. Walaupun di alam nyata beliau kaya dan terkenal, tapi kehidupannya sebagai pelakon lebih bermakna. Ia juga bermaksud Shah Rukh Khan lebih selesa hidup dalam kepura-puraan. Dunianya penuh dengan fantasi dan imiginasi. Mendengarkan kata-katanya itu, saya merasakan Shah Rukh Khan perlu berjumpa dengan pakar jiwa segera.

Namun begitu, bukan pelakon saja yang mengalami masalah begitu. Orang biasa pun sama. Ahli politik pun sama. Oleh kerana itulah tidak hairan ada ahli politik kita yang terlalu suka mahu mendapatkan perhatian ramai, walaupun perbuatan itu mungkin boleh menyusahkan orang dan rakyat jelata.

Ahli politik sebegini bukan hanya ada di Malaysia saja, tapi di seluruh dunia. Malah dalam sejarah moden dunia, banyak orang yang seperti ini. Seperti Adolf Hitler, beliau ialah seorang pemimpin hebat. Kerana perbuatannya itulah dia menjadi terkenal sehingga ke saat ini.

Anwar Ibrahim juga terkenal. Ada orang pernah berkata dia mempunyai banyak (multiple) karekter. Karekternya berubah-ubah. Nyawanya pun banyak. Ada yang membuat teori Anwar ada sembilan (9) nyawa, seperti nyawa kucing.

Pada tahun 1974 di zaman Tun Abdul Razak, dia membawa para pelajar membuat demonstrasi besar mendakwa rakyat Baling mati kebuluran. Hakikatnya tiada siapa pun yang mati – mungkin tidak makan nasi, tapi ubi kayu ada untuk meneruskan hidup.

Akibat demonstrasi itu, pada 3 Disember 1974 bersama-sama Ibrahim Ali (kini panglima Perkasa) dia ditahan selama 2 bulan 60 hari dan kemudian dihantar ke pusat tahanan Kamunting selama dua tahun sehingga 1976. Putaran karekter Anwar ini berterusan selepas itu di zaman Tun Hussein Onn (15 Januari 1976).

Pada tahun 1978, Anwar menyokong Pas dalam pilihan raya Kelantan, yang kemudian berakhir dengan darurat. Pas diterajui Datuk Asri Muda kalah teruk. Pada zaman Tun Mahathir (16 Julai 1981), melihatkan Pas tak boleh pergi, Anwar beralih angin dan menyertai UMNO.

Difahamkan Anwar memasuki UMNO melalui beberapa pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Namun kemudiannya semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan cadangan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jeddah yang diilhamkan oleh Ku Li didakwa oleh Anwar datangnya daripada ideanya sendiri.

Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga didakwa datangnya daripada cadangan Anwar, sedangkan ia adalah idea Tun Dr. Mahathir Mohamad. Begitu juga dalam politik UMNO, Anwar terkenal dengan tipu muslihatnya sehinggalah dia berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri, akhirnya.

Namun, selepas kes liwatnya dan bebas dari penjara selama enam tahun, dia bertemu dengan Ku Li dan mengajak Ku Li menyertainya dalam Parti Keadilan. Ku Li dijanjikan sebagai Perdana Menteri jika parti Keadilan menang dalam pilihan raya. Namun Ku Li yang sudah beberapa kali ditipu oleh Anwar semasa persaingan dalam UMNO, menolaknya.

“Ku Li berkata cukuplah dia tidak mahu kena tipu lagi oleh Anwar,” kata seorang orang kanan Ku Li yang enggan disebut namanya. SEMUA tentu tahu mitos yang mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak – tak tahulah, yang pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.

Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin juga terangsang dengan kehebatan 9 nyawa yang dimiliki oleh kucing maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu untuk meraih simpati khalayak.

Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung untuk menyelamatkan nyawanya yang ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini. Ikuti urutan hikayat berikut untuk mengenali kehebatan Anwar yang dipercayai memiliki 9 nyawa sama seperti mitos seekor kucing.

 
1. Propaganda Tumbukan Ketua Polis


Anwar telah ditumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan dibunuh oleh pihak polis.

Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yang memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh dianggap ia kehilangan nyawa yang pertama bagi Anwar.

Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yang pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yang berlogokan sebiji mata sama seperti mata Dajjal. Innalillah.

2. Drama Keracunan Arsenik


Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah diracun dengan racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang Dr. Mahathir.

Wan Azizah, para pemimpin ADIL (sekarang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (sekarang Ahli Parlimen Bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak. Rambutnya kononnya gugur.

Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2nya itu.

Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.

Anwar yang masih hidup selepas setahun diracun dengan arsenik adalah Anwar yang memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebatkan.

3. Sandiwara Suntikan Darah HIV

Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pula dakwaan Wan Azizah suaminya telah disuntik dengan darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yang menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia 2 atau 3 tahun selepas itu dengan badan yang kurus kering dan berkudis-kudis.
Tiada ubat atau penawar hingga kini untuk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yang mampu diungkapkan untuk nyawa ke-3 tersebut. Takziah untuk keluarganya.

Tanpa sebarang penawar atau ubat untuk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar untuk menggunakan talian hayatnya yang ke-4.

Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.

4. Lakonan Patah Tengkuk


Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah menguar-uarkan sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel.

Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher untuk memperbetulkan kembali lehernya yang patah dan uratnya yang terkehel.

Secara umumnya dengan keadaan leher yang patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudah pun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yang ke-5 untuk meneruskan kehidupan duniawi.

Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.


5. Filem Box Office Lumpuh Sakit Belakang


Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.

Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke mahkamah sambil melambai tangan kepada penyokongnya dengan menaiki kerusi roda yang disorong oleh pembantu ataupun isterinya.

Bertebaran berita yang mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan kemarahan khalayak yang menyokong bung Anwar.

Kisah Anwar yang terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 dipalu di gendang tiap masa walaupun di masa yang sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.

Nyawa Anwar yang ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 untuk kekal di jasad Anwar. Innalillah.

Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telah pun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman untuk pembedahan, tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan untuk bersalaman dengan penyokongnya yang menunggu di lapangan terbang.

Anwar kembali ke arena politik dengan nyawa ke-6 yang bertenaga luar biasa selepas pembedahan tulang belakang yang paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.

Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya dicemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan.

Rata-rata pesakit yang berjaya dibedah di serata dunia memerlukan 3 - 6 bulan untuk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah Tuhan yg komplikated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.

6. Hikayat Ancaman Bunuh


Tidak semena-mena hujan tidak ribut pun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yang mengancam nyawa ke-6 Anwar yang secara halusinasi yang tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.
Tika itu Anwar sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yang rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.

Demi menyelamatkan nyawanya yang ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam dari Quality Hotel di Shah Alam untuk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yang terletak di KL.

Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahyang ghaib untuk nyawa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yang sama.



7. Sabotaj Kereta Azizah


Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dengan pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar untuk terus menghayati keindahan alam ini.

Kehebatan inspirasi yang dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat untuk para penjenayah cuba menggunakan method yang sama yakni menangguhkan sebanyak yang boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.

Namun di sebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dengan China Doll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.

Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar, perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 profesor di AS, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu meyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.

Pun demikian tidak tahan dengan asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah dicetak dalam bentuk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.
Bertiuplah angin-angin sepoi yang mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yang dikatakan berlaku ‘eksiden mengejut’ yang cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.

Walaupun logiknya patut Wan Azizah yang terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pula adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang untuk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi untuk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.


8. Demo Jalanan


Bersih 2.0, 09/07/2011 : Selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dengan pelbagai plot luar tabii melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yang ke-8.

Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yang paling lemah berbanding 7 nyawa yang lain sebelum ini. Nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakaratulmaut sehingga terpaksa terlantar di hospital dengan pelbagai tiub dimasukkan kedalam badannya.

Bukan setakat itu, Anwar terpaksa menjalani Cat Scan, MRI dan macam-macam ujian lagi. Dikhabarkan Anwar terkena tembakan FRU yang bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nyawa yang ke-8, memang bahaya.

Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.


Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.

Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dengan kucing. Semua kita makhluk Allah SWT hanya ada satu nyawa dan satu jasad.

Namun fahamkah anda apa yang ingin disampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yang bernama Anwar Ibrahim yang memilik 9 nyawa?

Yup, tentu ramai yang faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dengan gerak geri lakonannya yang pasti mampu mengabui mata ramai penyokong taksub dan bebal.

Bagi kita yang faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara untuk menarik perhatian khalayak.

Benar seperti kata Ku Li: ‘‘Saya tidak mahu kena tipu lagi...”



PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.