Kisah pihak JAIS bersama PDRM melaksanakan tanggungjawab mereka demi menjaga agama Islam mendapat pelbagai reaksi dari ahli-ahli politik. Dalam tempoh 48 jam yang telah berlalu, kita dapati para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat mula menghentam Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan JAIS.
Ini bukanlah kali pertama keikhlasan pihak JAIS dan Datuk Hasan Ali dihentam oleh para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat (PR) sendiri. Malah jika dilihat dari isu-isu seperti ‘kalimah ALLAH’ umpamanya, mereka yang menghentam Datuk Hasan Ali ini jugalah yang turut menyokong permohonan Kristian menggunakan Kalimah ALLAH. Demikian juga dalam isu kitab injil berbahasa Melayu, mereka jugalah yang mendesak kerajaan untuk membenarkan kemasukan kitab tersebut..!!!
Ini menimbulkan tanda tanya…apakah golongan liberal dan pluralis agama kian menguasai PAS? Pemimpin PAS kini nampaknya semakin kecut, dan ibarat lembu yang dicucuk hidung, lalu ditarik oleh musuh-musuh Islam yang berada sekapal dengan mereka. Apakah mereka kini hanya umpama balaci sedangkan musuh dalam selimut yang sebenarnya menjadi nakhoda kapal?
Sekali lagi ucapan tahniah kepada Datuk Hasan Ali, JAIS dan PDRM yang melaksanakan tanggungjawab dan amanah demi agama tercinta.
Pihak gereja pula beralasan kononnya majlis tersebut atas semangat 1Malaysia. Saya fikir kerajaan perlu kembali meneliti penjenamaan 1Malaysia kerana kelihatannya terma itu sering dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mengabsahkan kebatilan mereka. Sebagai contoh, jenama 1Malaysia diperkotak-katikkan sebagai alasan puak syiah dan pendakyah Kristian bagi merosakkan umat Islam di negara ini.
Jika mereka (syiah dan gereja) beralasan 1Malaysia, maka atas semangat 1Malaysia, mengapa tidak mereka semua mencadangkan agar seluruh rakyat memeluk Islam sahaja? Menjadi muslim dan mukmin yang taat serta bertakwa. Apatah lagi Islam agama Persekutuan. 1 Malaysia, 1 Agama, dan hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Buat Datuk Hasan Ali, JAIS dan PDRM… Kalau semua orang mahu bercakap tentang Hak Asasi Manusia, maka biarlah kita yang berusaha mempertahankan hak ALLAH di muka bumi ini..kerana HAK ALLAH LEBIH UTAMA DARI HAK MANUSIA!!!
RSS Feed
Twitter
































