Tuesday, August 2, 2011


EP ingin mengucapkan
Berbuka Puasa dan Selamat Menjamu Selera....
 Jangan lupa pula baca doa berbuka....






Pelik pelik... Tapi itulah yang terjadi di Kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang. Bazar Ramadhan yang secara tradisinya terletak bersebelahan Masjid Bayan Baru pada Ramadhan kali ini TIDAK MENDAPAT PERMIT!!!. Sebaliknya kerajaan negeri mengadakan satu lagi bazar Ramadhan di atas jalanraya dan telah diberikan permit oleh MPPP.

Inilah yang peliknya Bazar Ramadhan di atas kawasan Masjid tak dapat permit  tapi yang kat atas jalanraya dapat pulak permit. Padahal lokasi bazar berkenaan adalah bersebelahan sahaja. Tak kan Exco Agama Islam Pulau Pinang, Malik Kasim tak boleh selesaikan hal ini...


Tapak Bazar Ramadhan anjuran Masjid yang tidak mendapat PERMIT!

 Tapak Bazar Ramadhan anjuran kerajaan negeri di kiri dan kanan jalanraya yang
akan menyebabkan kesesakan lalulintas untuk masuk ke Bazar Ramadhan anjuran Masjid Bayan Baru


Nantikan video menarik mengenai isu ini sebentar lagi...
















Barisan Nasional (BN) negeri mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan secara terperinci jumlah rumah kos rendah dan sederhana yang didakwa diluluskan pembinaannya di negeri itu sepanjang tiga pemerintahan pakatan pembangkang di Pulau Pinang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ia kerana, kenyataan mengenai perkara itu seperti yang disiarkan termasuk dalam blog Guan Eng semalam sangat meragukan.

Menurutnya, kenyataan itu menyebut kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan 11,596 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah berharga antara RM42,000 hingga RM72,000 sejak tiga tahun lalu dengan 3,421 daripadanya dibina oleh 'kerajaan'.

"Jadi kita sangat berminat untuk mengetahui sama ada rumah tersebut dibina oleh kerajaan negeri atau agensi di bawahnya atau dibina oleh Kerajaan Persekutuan?

"Dan jika benar kerajaan negeri ada membina sendiri rumah-rumah ini, sila nyatakan di mana lokasi serta siapa pemaju dan pembelinya," katanya kepada pemberita selepas menyertai tinjauan mesra BN negeri di Bazar Ramadan Kepala Batas di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan.

Zainal Abidin sebelum ini mengkritik kerajaan negeri yang didakwa mengamalkan birokrasi dalam memberi kelulusan terhadap projek perumahan yang ingin dilaksanakan agensi Kerajaan Persekutuan berbanding permohonan yang dibuat pemaju swasta.

Menurutnya, kerajaan negeri juga dilihat 'liat' memberi kelulusan pembinaan rumah tersebut terutamanya melibatkan perumahan kos rendah dan sederhana.

Bagaimanapun, Guan Eng dalam blognya menafikan dakwaan itu sambil menyatakan bahawa kerajaan negeri komited untuk memastikan perumahan kos rendah dan sederhana dibina di Pulau Pinang.

Zainal Abidin bagaimanapun berkata, penjelasan Guan Eng berhubung perkara itu mencetuskan lebih banyak tanda tanya khususnya mengenai peranan kerajaan Pusat dalam membina perumahan rakyat di negeri itu.

"Setahu saya, Kerajaan Pusat melalui agensinya telah dan sedang membina 1,500 unit rumah kos rendah dan sederhana di Pulau Pinang. Persoalan sebenar yang saya utarakan minggu lalu adalah berapa banyak jenis itu yang telah dibina oleh kerajaan negeri, itu sahaja," katanya.

Tambah beliau, tindakan kerajaan negeri yang sewenang-wenangnya menaikkan bayaran premium tanah dan caj-caj berkaitan pembangunan projek perumahan telah menyebabkan harga rumah di Pulau Pinang melonjak beberapa kali ganda sejak tiga tahun lalu.

''Bila bayaran premium tanah serta caj dinaikkan sewenang-wenangnya, maka pemaju akan menaikkan harga rumah yang ingin dijual dan beban itu diletakkan kepada bakal-bakal pembeli," katanya. UM

Bukan di darat saja ada bendera UMNO dan Barisan Nasional...di laut pun ada...

Nampaknya sokongan orang Melayu di Pulau Pinang terbukti masih bersama UMNO dan Barisan Nasional...Tidak seperti yang digambarkan oleh Ketua Menteri paling celaka Lim Guan Eng yang kononnya orang Melayu di Pulau Pinang sudah menerima perjuangan DAP...

Tahniah dan terima kasih kepada ahli Persatuan Nelayan Teluk Tempoyak kerana masih mempercayai UMNO dan Barisan Nasional untuk memperjuangkan agenda agama, bangsa dan tanah air...

Malik Kassim tidak tahu menahu kewujudan pesta ria (fun fair) yang besar bersebelahan Queensbay Mall, Pulau Pinang?

Inilah alasan yang diberikan oleh Exco PKR yang sepatutnya menjaga Hal Ehwal Agama Islam dan Pengguna Negeri Pulau Pinang.

Sungguh memalukan dan menimbulkan persepsi bahawa wakil rakyat PKR itu tidak efesien di dalam kerja beliau atau beliau sebenarnya hanya 'tidur' di dalam pejabat beliau.


Dan walau pun pesta ria itu diadakan di kawasan private seperti yang dinyatakan, pesta tersebut tentu perlu mendapat kelulusan dari kerajaan DAP Pulau Pinang dari segi keselamatan infrastruktur, trafik dan sebagainya.


Takkan Malik Kassim masih mahu menafikan penglibatan kerajaan DAP !


Sebagai Exco Agama Islam, agak tidak sesuai sekiranya Malik Kassim menghadiri program-program seperti Fashion Show yang mempamerkan model-model berpakaian seksi.


Alangkah bagusnya jika Exco Agama itu dapat menggunakan masa seperti itu untuk mengetahui permasalahan dan isu di dalam negeri Pulau Pinang ini seperti isu pesta ria di Queensbay!
Malik Kassim juga merengek mengatakan "Takkan semua perkara di Pulau Pinang nak salahkan kerajaan negeri."

Setahu kita, pihak yang sering menggunakan cara 'menyalahkan semuanya kepada pihak lain' ialah boss beliau, Lim Guan Eng DAP dan keseluruhan kepimpinan Pakatan Rakyat. Malu!

Baca laporan di bawah :-
Kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui tidak tahu menahu tentang penganjuran pesta ria bersebelahan pusat beli-belah Queensbay Mall di sini yang menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ia berlangsung pada bulan Ramadan.

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, pihaknya tidak pernah memberikan sebarang kelulusan untuk penganjuran aktiviti seumpama itu di situ.

"Takkan semua perkara di Pulau Pinang nak salahkan kerajaan negeri. Itu kawasan private (persendirian). Mereka (penganjur pesta ria) sewa daripada Queensbay Mall.

"Kita tidak terlibat dan tidak mengetahui mengenai penganjuran pesta ria itu," katanya seterusnya.

Sumber : Blog M.i.M 

** EP ingin sarankan kepada Exco Agama Negeri Pulau Pinang, Malik Kasim supaya cepat-cepatlah jawatan sekiranya tidak mampu nak menjaga hak dan kebajikan umat Islam di Pulau Pinang...malu saja pegang jawatan Exco Agama tapi pungkoq Lim Guan Eng....

Monday, August 1, 2011


1. AnWAR berada di Jakarta pada 29 Julai lalu menyampaikan syarahan umum di ibu pejabat Majalah TEMPO. Npknya gelisah benar akan kedudukannya di Jakarta kebelakangan ini! Dalam bulan Julai lalu, tidak kurang 3 kali AnWAR berada Jakarta. Apa tujuannya? Mungkin saja untuk 'membetulkan' tembelang beliau yang semakin terbongkar di sana.

2. Kali ini AnWAR sekali lagi membangkitkan isu tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia. Tidak cukup dengan isu sebat bagi pendatang asing yang didapati bersalah memasuki Malaysia secara haram, kali ini AnWAR memainkan isu gaji gai TKI yang bekerja di M'sia. Konon AnWAR mengatakan TKI dibayar gaji satu setengah tahun bagi yang perkhidmatan untuk 2 tahun.

3. AnWAR menggambarkan bahawa majikan Malaysia cukup zalim serta menindas TKI dengan merampas hak mereka. Tambah AnWAR, kerajaan M'sia juga berkompromi dengan isu ini serta tiada apa-apa tindakan diambil kepada majikan yang berbuat demikian. Gambarannya, majikan di Malaysia ini bertindak kejam terhadap TKI dengan restu pemerintah!

4. Hakikat sebenarnya, AnWAR lah manusia lidah bercabang yang sentiasa menjadi duri dalam daging kepada negara! Segala dasar terhadap pekerja asing itu dirangka semasa AnWAR TPM dan menjadi Pengerusi J/Kuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing! ketika ada bantahan terhadap hukuman sebat terhadap pekerja asing dari NGO M'sia, AnWAR menjawab bukan hanya pekerja haram Indonesia yang dirotan jika didapati bersalah.

5. Selepas dipecat, AnWAR ke Indonesia mengatakan kerajaan Malaysia amat kejam kerana melaksanakan hukuman rotan terhadap pekerja asing Indonesia sedangkan mereka masuk ke Malaysia w/pun secara haram hanya untuk mencari rezeki. Manusia lidah bercabang ini mengatakan beliau tidak setuju samasekali dengan hukuman dan membantah keras semasa dlm kerajaan!

6. Dalam kes Nirmala Bonat yang didera hingga mati, AnWAR lah yang lantang bersuara di Jakarta menyatakan hukuman penjara yang dikenakan mahkamah M'sia terhadap majikan Nirmala amat tidak adil kerana nyawa Nirmala telah melayang! AnWAR mengapikan lagi, paling tidak majikan Nirmala itu perlu dirotan spt TKI yang memasuki M'sia secara haram!

7. Terbaru, AnWAR memutar belit fakta ttg gaji pula. AnWAR tahu pekerja asing yg baru masuk ke M'sia, gaji mereka akan diambil secara 'advance' oleh agen sebanyak 5-6 bulan. Ketika perkara ini diadukan kepadanya ketika beliau menjadi Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Pekerja Asing, beliau mengatakan ianya sumber pendapatan kpd M'sia. Ia juga sbg insentif kpd majikan untuk membawa masuk pekerja asing secara sah!

Nyata manusia ini begitu terdesak mahu mengambil untung dari kekeruhan hubungan M'sia-Indonesia. Baru-baru ini juga ada sekumpulan demonstrator berdemo di hadapan kedutaan M'sia di Jakarta membantah penahanan 6 org pemimpin Parti Sosialis M'sia di bawah Ordinan Darurat. Dipercayai juga punya kaitan dengan AnWAR kerana demo diadakan sejurus sebelum AnWAR tiba di Jakarta. Tentunya ini tindakan 'pemanas badan' bagi AnWAR mengapikan lagi rakyat Indonesia bagi membenci Malaysia pada 29hb Julai itu.
- X-PKR



Agak-agaknya...kalau perkara ini terjadi di Malaysia, rasa-rasanya siapa yang akan buat perkara yang sebegini rupa...:D

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menyifatkan tuduhan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman mahukan jawatannya jika BN menang pada pilihan raya umum akan datang sebagai permainan politik jahat.
 
Zainal Abidin yang juga Timbalan Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang berkata, kenyataan Guan Eng itu dilihat cuba untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian antara kaum.

"Dia (Guan Eng) kata UMNO rasis, sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu lebih perkauman kerana menuduh saya mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.

"Tuduhannya itu lebih menjurus kepada rasis dan cuba memecahbelahkan BN Pulau Pinang, ini satu permainan politik yang jahat serta berbahaya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjuan mesra bersama pemimpin BN Pulau Pinang di bazar Ramadan Kepala Batas di sini hari ini.

Zainal Abidin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Guan Eng yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.

Katanya, beliau secara peribadi beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri. – Bernama

APA ITU MOHOR BESAR RAJA-RAJA MELAYU?

Mohor Besar Raja-Raja

Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-Raja seperti diperuntukan oleh seksyen 4 dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mohor Besar yang pertama berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg. Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu.


Mohor Besar Raja-Raja
Klasik

Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan “Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu” dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini.

Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949 dengan kos £211.10

FUNGSI MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Mohor Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa kerana ia terbit daripada sebuah badan yang teragung di Negara ini. Surat cara yang dimeterai dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan dan kuasa. Ia melambangkan kadaulatan surat cara tersebut.Mohor membuktikan kesasihan asal usul sesuatu surat cara.

Oleh sebab kesan terapan daripada Mohor Besar akan merubahkan tekstur kertas, maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada “cap getah” yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara. BLOG KELAB UMNO YOGYAKARTA
EP ingin mengucapkan
Berbuka Puasa dan Selamat Menjamu Selera....
 Jangan lupa pula baca doa berbuka....





Sebut sahaja nama Ibrahim Ali pada pandangan ultra kiasu seolah-olah sedikit pun tidak ada kebaikan pada dirinya. Begitu juga segelintir kalangan umat Islam, semuanya buruk belaka. Bila ditanya pula kepada golongan ultra ini akan pandangan mereka terhadap kenyataan-kenyataan rasis pemimpin parti politik perkauman dan NGO seperti Dong Zong, Jiao Zong, Dong Lian dan Dong Jiao Zong, termasuk beberapa Dong lagi, semuanya baik belaka. Mereka dinobatkan sebagai wira. 

Marilah kita membuat senarai semakan, berapa banyak kebaikan dan keburukan Ibrahim. Saya yakin kita akan terjumpa juga dengan beberapa kebaikannya. Ibrahim yang saya kenali memang seorang yang lantang memperjuangkan nasib Melayu (Islam) sehingga dicap sebagai rasis. Tidakkah kita terfikir, kadangkala perlu ada juga orang yang lantang seperti ini sebagai reaksi kepada pertubuhan ekstrem atau ultra yang lain. Bangsa lain lantang dikatakan hak, orang Melayu lantang dikatakan rasis. 

Saya yakin Ibrahim tidak akan menindas dan menganiaya orang bukan Islam jika ditakdirkan mempunyai kesempatan memegang kuasa. Islam tidak membenarkannya. Apa yang jelas, beliau bukan penzina (peliwat), penjudi, peminum arak dan tidak melakukan dosa besar. Berbanding dengan pemimpin ultra lain, yang sudah jelas terlibat melakukan dosa besar, tidak pula dibesar-besarkan peribadinya, malah dianggap sebagai orang berjasa. 

Pada mereka latar belakang seseorang tidak penting, yang penting hak-hak bangsa mesti dipertahankan. Inilah cara ultra kiasu berfikir.

Ketika Ibrahim menawarkan anugerah kepimpinan oleh Perkasa kepada UiTM, saya berada bersama beliau sebagai panel dalam majlis forum tersebut. Pegawai atasan akademik dan pentadbiran UiTM bertepuk tangan dengan pengumuman anugerah tersebut, seolah-olah menerima sebagai tanda setuju. Saya tidak dengar Ibrahim menamakan anugerah tersebut atas namanya. 

Saya fikir tawaran itu tidak salah. Selaku rakyat Malaysia, Ibrahim berhak berbuat demikian. Naif sangat kita jika menolak sumbangan seseorang hanya kerana namanya tidak enak didengar, kecuali hasil daripada pendapatan haram. 

Pada hemat saya, kesilapan UiTM adalah dengan memberikan nama anugerah tersebut atas nama Ibrahim, yang pada perkiraan saya agak tidak wajar nama beliau ditonjolkan dan mungkin Ibrahim pun tidak setuju, walaupun wang itu datang daripada poketnya. Isu ini mungkin tidak akan menjadi sensasi jika anugerah tersebut dinamakan Anugerah Kepimpinan Terbaik dan disenyapkan nama Ibrahim Ali dan Perkasa.

Memelikkan saya, kenapa batang tubuh seseorang itu yang menjadi sasaran. Banyak juga anugerah ditaja syarikat judi, arak dan sebagainya, kenapa kita tidak tolak dan cemuh anugerah tersebut?.

Ada yang mencadangkan nama-nama seperti Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Awang Had Salleh, dijadikan anugerah. Saya tidak menolak nama dan tokoh tersebut, kerana mereka memang wajar untuk didendangkan kewiraannya. Jika kita bertindak waras, senyapkan nama Ibrahim atau Perkasa, letakkan nama-nama tokoh besar tersebut. Kenapa tidak dibawa berbincang sehingga menyebabkan kawan makan kawan, kawan jadi lawan? 

Adakah anugerah-anugerah seperti ini tidak terdapat di Kolej New Era, Kolej Tunku Abdul Rahman, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Terbuka Wawasan dan universiti-universiti yang dipunyai oleh kaum-kaum tertentu? Berapa banyak nama Lim Lian Geok dinobatkan? Adakah perjuangan parti-parti politik dan NGO perkauman yang saya sebut ini tidak rasis? Ini cara pemikiran yang sukar untuk negara berkembang maju. 

Di negara-negara Barat, anugerah-anugerah yang diambil berasaskan kepada nama-nama mereka yang memberi sumbangan adalah perkara biasa. Misalnya, Presiden Bush, Hitler, dan sebagainya. Jika kita mengambil batang tubuh mereka, tidak layak dinobat sebagai wira. Apakah kita boleh memaafkan Bush yang telah membunuh ramai umat Islam melalui arahannya semasa menjadi presiden Amerika? Begitu dengan Hitler, Mao Tse Tung, Shih Huang Ti dan sebagainya. Nama-nama ini tetap disanjung dan tidak kurang anugerah diberikan atas nama mereka. Kenapa kita tidak mengutuk? 

Menyerang batang tubuh seseorang adalah perbuatan yang keji dan tidak sepatutnya berlaku. Apabila orang Melayu menuntut hak mereka, dituduh sebagai rasis. Tetapi apabila kaum lain menuntut hak mereka secara ekstrem, maka itu dikatakan hak atau merit untuk mendapatkan keadilan. SH

TERKINI : Menteri Besar Kedah, Azizan sekarang sedang berada di IJN untuk melakukan pembedahan jantung. Mengikut perkhabaran yang diterima keadaan beliau sedang kritikal berikutan masalah jantung tersumbat.

**EP rasa kenyataan yang dibuat oleh DAP hanya merupakan taktik untuk mengelirukan rakyat. Berani cakap tapi tak berani nak buat sebab DAP sedar mereka hanya mendapat sokongan daripada orang melayu yang bodoh dan itu pun tak seberapa..

Yang menariknya PAS sibuk nak ganti UMNO. Bila kata nak ganti UMNO tu kena la bertanding di semua tempat UMNO bertanding, baru boleh ganti UMNO dan mampukah PAS nak bertanding di semua kerusi tu dengan direstui oleh PKR dan DAP?? 

Yang DAP pula sibuk nak bertanding di tempat melayu..habis tu PAS dengan PKR nak letak mana?? Tak kan tiga-tiga nak bertanding di tempat yang sama?? Hebat betul UMNO...semua nak berebut kerusi UMNO. Yang PKR pula tak kan nak bertanding di tempat cina sahaja dan harap ehsan pengundi cina untuk menang. Malu la Anwar Ibrahim yang kononnya bakal nak jadi Perdana Menteri tapi kerusi orang melayu paling sedikit dalam pakatan haram..

Kenyataan Media

GAPS ingin mengalu-alukan cadangan DAP yang berhasrat ingin bertanding dalam kerusi majoriti melayu dalam PRU 13 ini. Hasrat ini sekali lagi membuktikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

DAP sekarang memperolehi sokongan maksima masyarakat cina namun itu masih belum cukup untuk ia memenangi kerusi untuk mengambilalih kerusi Perdana Menteri. GAPS yakin sebenarnya DAP sedang menyusun langkah untuk mengambil alih jawatan PM, kerana itu ia harus melebarkan jaringnya dikawasan melayu.

PKR dan PAS sekarang pula sedang mengalami kemerosotan sokongan yang amat sangat pengundi melayu. Oleh itu kedua-dua parti ini dilihat DAP tidak mampu untuk mengekal kerusi yang mereka ada sekarang. Alternatif nya adalah untuk DAP meletakkan calon melayu. Dengan formula ini DAP berharap sokongan kaum cina kekal dan kaum melayu bertambah yang akhirnya akan memenangkan calon mereka.

Secara halusnya sebenarnya DAP sedang mengadaptasikan cara parti PAP singapura menguasai kerusi melayu dinegara itu sejak tahun 1965. Formula PAP mungkin boleh digunapakai oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.

Malahan hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)


Mahkamah Tinggi Sivil, Kuala Lumpur pagi tadi telah dimaklumkan bahawa satu notis iklan surat khabar telah diterbitkan akhbar untuk mencari Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda atau peguamnya yang tidak pernah muncul di mahkamah sejak kes ini mula difailkan sekitar April 2011.

Iklan Surat Khabar itu diterbitkan di akhbar harian Metro bertarikh pada 16 Julai 2011 yang dibuat oleh Tetuan Sahrihan & Hamdan, peguam yang mewakili pihak Ummi Hafilda Ali.

“Notis dalam akhbar itu bermaksud Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh iklan itu untuk menjawab saman fitnah yang dikemukakan oleh pihak Ummi.

“Jika selepas tamat tempoh itu, Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda masih melarikan diri dan enggan bekerjasama, pihak Ummi mungkin akan memikirkan alternatif lain termasuk memohon penghakiman ingkar”, kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, peguam peribadi Ummi Hafilda yang dihubungi AIDCNews sekejap tadi.

Penghakiman ingkar adalah satu keputusan yang mengikat dan berpihak kepada plaintif (Ummi Hafilda) jika defendan (defenden pertama, Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan defenden kedua Mkini Dotcom Sdn Bhd) gagal mengambil sebarang tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah.

“Dalam konsep perundangan sama dengan konsep meminang anak dara, ‘diam ertinya bersetuju’ yang membawa maksud dia telah mengaku melakukan fitnah ke atas Ummi.

“Sepatutnya sekiranya Baginda Minda berada di pihak benar, dia tak sepatutnya terus menerus bersembunyi dan melarikan diri dan tidak perlu lah kita jejaki dia sampai ke tahap iklan dalam surat khabar”, katanya.

Berkenaan defenden kedua Mkini Dotcom Sdn Bhd walaupun menghantar peguamnya hadir ke mahkamah, namun pihak mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana bergantung kepada defenden pertama.

“Defenden kedua, Mkini, kata mereka hanya laporkan apa yang diperkatakan defenden pertama, Baginda Minda, jadi mereka juga bergantung 100 peratus kepada Baginda Minda.

“Jika Ummi berjaya dapatkan penghakiman ingkar dan mahkamah memutuskan Baginda Minda bersalah memfitnah Ummi, maka secara tidak langsung, Mkini Dotcom Sdn Bhd melalui portalnya Malaysiakini juga melaporkan satu berita yang dikatogerikan fitnah”, katanya.

Mahkamah memutuskan 19 Ogos untuk mendengar semula perkembangan kes. AIDC

Sekarang ni musim tabur janji buat pemimpin-pemimpin pakatan haram. Mintak saja apa pun, confirm satu pun tak akan ditolak oleh pemimpin-pemimpin pembohong ni...semuanya boleh buat masa ini asalkan rakyat boleh beri undi pada pakatan rakyat. 

Lama mana nak tipu rakyat untuk meraih...Janji-janji yang dibuat pada 2008 pun tak menang nak tunaikan...ni dah buat janji baru...itu belum lagi kira janji-janji kena kencing macam Kampung Buah Pala, penduduk flat Padang Tembak, pengguna Tol Sg. Nyiur dan banyak lagi..

Rasanya lebih elok nama Pakatan Rakyat itu ditukar kepada Pakatan Janji sebab sekiranya janji-janji yang ditaburkan tidak dapat dilaksanakan, rakyat tak la marah sangat sebab nama pun dah pakatan janji.....
Pakatan Rakyat sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, golongan pemandu teksi juga perlu berusaha bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, kata Anwar yang diuar-uarkan sebagai “bakal perdana menteri” dalam pertemuan pemandu teksi dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Saya tidak boleh janji nak beri mahligai kepada setiap orang, tapi saya boleh janji kereta yang saudara pandu itu, saudara ada hak ke atasnya.

"Saya beri komitmen, saya akan laksanakan. Tapi saudara saudari juga perlu pastikan perubahan berlaku. MK

Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali, bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.
 
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu diambil kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dikatakan berang dengan tindakan 'tikam belakang' yang dilakukan oleh barisan pucuk pimpinan Pas, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan dalam pembangkang.

Menurut Anuar, maklumat terbaru itu disampaikan sendiri oleh orang dalam PKR kepadanya dan ia selari dengan pendedahan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim semalam, bahawa Anwar kini berang serta tersinggung dengan tindakan Pas.

"Saya dapat maklumat bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan Pas yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat.

"Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan 'tikam belakang'. Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan Pas dengan Tengku Razaleigh terbongkar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Zamil mendakwa dia menerima maklumat daripada pemimpin PKR Selangor yang memberitahu Anwar terkejut, kecil hati serta marah dengan tindakan beberapa pemimpin Pas sehingga Ketua Pembangkang itu mengarahkan orang kepercayaannya untuk menjejaki individu bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, Pas berhasrat untuk membawa masuk Tengku Razaleigh ke dalam pakatan kerana mahu mengimbangi semula kekuatan serta pengaruh DAP dan PKR, yang dilihat jauh lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju pembangkang berbanding parti itu.

"Pas sedar mereka berada paling bawah dalam hierarki pakatan pembangkang dan ia diburukkan lagi dengan tindakan Anwar yang lebih memberi muka kepada DAP. Jadi, jika Anwar terpaksa meringkuk dalam penjara inilah peluang terbaik bagi Pas untuk kembali menerajui pembangkang melalui Tengku Razaleigh," katanya.


Keghairahan 11 doktor dari Hospital swasta, Tung Shin mengeluarkan kenyataan mengutuk kerajaan dan mengecam tindakan polis yang disifatnya ‘ganas’ menimbulkan banyak persoalan, apatah lagi kecaman itu turut disebarluaskan di blog rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Klik di sini

“Saya menerima panggilan telefon yang menarik beberapa hari yang lalu dari seseorang yang mengetahui latar belakang beberapa orang daripada 11 doktor itu. Menarik kerana orang yang menghubungi saya adalah seorang bekas ahli aktivis dan ahli politik. Beliau meminta saya untuk menyemak latar belakang beberapa orang doktor daripada 11 individu itu. Saya lakukan dan penemuannya agak menarik”, kata Syed Akbar Ali, dalam blognya, syedsoutsidethebox.blogspot.com.

Menurutnya kesaksian 11 orang doktor itu menimbulkan tanda tanya. Pertama adakah kesebelas doktor itu berada di hospital itu secara serentak pada 9 Julai dan jika beberapa orang di kalangan mereka tidak hadir tidak hadir pada tarikh kejadian tersebut bagaimana mereka boleh meletakkan nama bersama 11 orang yang lain.

Kekeliruan kedua adalah berkenaan status jawatan mereka di Hospital Tung Shin, adakah mereka doktor sepenuh masa yang diwajibkan hadir mengikut jadual hospital swasta atau mereka separuh masa yang diwajibkan hadir mengikut masa-masa tertentu ataupun berstatus lain.

Ketiga adakah kesebelas doktor itu mengeluar kenyataan dengan keikhlasan diri sebagai doktor tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik ataupun kenyataan mereka bersifat bias kerena mereka juga pro-pembangkang, jadi akan menyokong BERSIH 2.0 kerana dianjurkan oleh parti politik yang disokongnya.

Kesebelas doktor itu adalah; Dr Mazeni Alwi – Consultant Paediatric Cardiologist; Dr Sheikh Johari Bux – Consultant O & G; Dr Jeffrey Abu Hassan. – Consultant Chest Physician; Datuk Dr Musa Mohd Nordin – Consultant Paediatrician & Neonatologist; Dr David Quek – Consult Cardiologist (MMA past president); Dr Mary Cardosa – Consult Anaesthesiologist (MMA president); Dr Ng Kwee Boon – Consultant O & G ; Datin Dr Low Paik See – Consultant Paediatrician; Dr Steve Wong – Consultant Plastic Surgeon; Dr Ahmad Farouk Musa – Consultant Cardio Thoracic Surgeon dan Dr Ng Swee Choon – Consultant Cardiologist.

Menurut Syed Akbar kecenderungan politik mereka juga boleh dipertikaikan kerana dua minggu sebelum berlakunya perhimpunan haram itu, beliau menjumpai satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Muslim Professionals Forum (MPF) yang menyokong BERSIH 2.0

Empat individu aktivis NGO MPF yang menyokong BERSIH 2.0 adalah individu yang sama yang disenaraikan daripada 11 doktor dari Hospital Tung Shin.

Empat doktor Hospital Tung Shin itu adalah Dr Mazeni Alwi, Dr Shaikh Johari Bux, Dr Jeffrey Abu Hassan dan Dr Musa Mohd. Nordin yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah NGO MPF.

Dr. Mazeni Alwi, Pengerusi MPF merupakan penyokong kuat Dato’ Ambiga Sreenevasan yang pernah mengecam para pendemontrasi yang menyebabkan Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam (ketika itu dipimpin Ambiga) terpaksa diberhentikan serta merta. Klik di sini

Malah, menurut rekod SUARAM, organisasi MPF adalah salah satu daripada NGO yang bersama-sama menyokong perjuangan mereka

Kenyataan media bersama bertarikh 11 April 2011 menyenaraikan SUARAM, Muslim Professional Forum (MPF), Bar Council Malaysia, Lawyers for Liberty (LfL), Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Research for Social Advancement (REFSA), Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Islamic Renaissance Front (IRF) dan lain-lain sebagai kumpulan yang anti kepada Pehin Sri Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

NGO-NGO yang disenaraikan di atas merupakan NGO yang menjadi tulang belakang BERSIH 2.0. Klik di sini

“Dalam erti kata lain, keempat-empat doktor itu telah mempunyai tanggapan prasangka mengenai Bersih. Sudah tentu mereka sudah kukuh menyokong Bersih.

“Saya mengambil dokumen ini di laman web PAS yang dijalankan oleh “Dr Zul” (Dr Zulkifli Ahmad)- Saya rasa dia (Dr Zul) adalah dari badan pemikir PAS.

“Sumber-sumber memberitahu saya bahawa Dr Musa Mohd Nordin tidak hanya merupakan penyokong kuat PAS tetapi juga seorang aktivis politik yang komited”, katanya.

Kecenderungan politik Dr David Quek juga turut dipertikaikan.

Menurutnya, beberapa hari sebelum perhimpunan haram BERSIH 2.0, Dr David Quek telah mengelaurkan kenyataan di portal pro Anwar, Malaysiakini yang meminta orang ramai menyertai “Revolusi” yang dirujuk kepada perhimpunan BERSIH, 9 Julai.

Dr David Quek membuat seruan itu di atas kapasitinya sebagai bekas Presiden MMA (Malaysian Medical Association)

“Kami menyeru kepada kamu untuk melakukan perkara yang benar …Keinginan yang lebih kuat untuk perubahan, pembaharuan, ‘revolusi’ seperti mana yang telah berlaku di tempat lain”, kata Dr David Quek dalam suratnya. Klik di sini

Begitu juga dengan Dr Mary Cardosa, seorang aktivis sosial dan dalam masa sama seorang penyokong PKR yang sering menulis mengkritik kerajaan khususnya terhadap Projek Lynas di Kuantan.

Dr Mary Cardosa turut disebut-sebut menjadi calon PKR atau DAP dalam Pilihanraya Umum ke-13 kerana keaktifan dalam MAA.

“Jadi, jika enam daripada doktor Tung Shin sebenarnya adalah aktivis sosial dan politik yang serius, mereka juga lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat, sedangkan sebelum ini orang ramai berfikir mereka adalah doktor yang tidak berpihak yang hanya menghabiskan masa mereka dengan kerjaya kedoktoran.

“Saya fikir anda juga berfikir perkara yang sama”, katanya yang membuktikanmerumuskan bahawa kenyataan media 11 doktor Tung Shin itu lebih kepada bermotif politik.

Selain itu, AIDCNews difahamkan Dr Ahmad Farouk Musa yang turut tersenarai dalam 11 doktor Tung Shin itu merupakan salah seorang daripada Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 yang dipimpin oleh Ambiga.

Selain doktor Tung Shin Dr Ahmad Farouk juga merupakan Pengarah NGO IRF (Islamic Renaissance Front).

“Dr Ahmad Farouk anti hadis” lapor blog heliconia.wordpress.com. Klik di sini
Dr Ahmad Farouk yang juga kolumnis Harakah berkata matlamat utama BERSIH 2.0 adalah untuk memperjuangkan kekebasan dan demokrasi di negara ini.

Pemikiran Islam Dr Ahmad Farouk hampir sama dengan Dr. Farish Noor (pro Anwar dan LGBT) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (pro Anwar dan pemikir PAS) yang memperjuangkan kebebasan dan demokrasi. Klik di sini dan sini dan sini

Selain menjadi pengasas dan pengarah IRF yang ditubuhnya pada tahun 2009, Dr Ahmad Farouk juga merupakan salah seorang pengasas MPF.

“Cuba selidik secara mendalam latar belakang Dr Ahmad Farouk, dia rapat dengan Anwar, pemikiran mereka hampir sama dan satu maklumat yang amat mengejutkan Farouk dan IRF juga turut mendapat bantuan dana dari George Soros”, kata sumber yang tidak mahu disebutkan namanya di sini. Klik di sini dan sini

-AIDC

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chandra Muzaffar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah liabiliti kepada pembangkang.

Pelbagai masalah moral yang melumuri Penasihat PKR itu telah menyebabkan dua rakan sekutu parti tersebut iaitu Pas dan DAP pening kepala. Mereka memerlukan Anwar tetapi Anwar sendiri banyak masalah.
Justeru bukanlah satu yang menghairankan apabila wujudnya dakwaan bahawa pembangkang kini terutamanya Pas berusaha memancing Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai pembangkang bagi menggantikan Anwar.

Pelawaan itu didakwa dilakukan memandangkan majoriti pemimpin-pemimpin pembangkang mungkin semakin yakin bahawa Anwar tidak akan terlepas dalam kes liwat melibatkan pembantu peribadinya Mohd.Saiful Bukhari Azlan.

Oleh itu pembangkang perlu mencari alternatif bagi memastikan pakatan mereka tidak kehilangan nakhoda.
Tengku Razaleigh dipilih mungkin kerana berdasarkan rekod bahawa beliau pernah menyatukan pembangkang suatu ketika dulu melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif.

APU melibatkan kerjasama antara Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan beliau dengan Pas, manakala Barisan Alternatif pula melibatkan S46 dengan DAP.

Dua kerjasama berkenaan diwujudkan kerana pada masa itu, Pas dan DAP tidak boleh berada sekapal berbanding sekarang yang sudah boleh tidur satu katil, satu bantal, satu selimut biar pun mimpi berbeza.
Bagaimanapun penulis tidak berhasrat untuk menghuraikan soal kedudukan atau pendirian Tengku Razaleigh, apa yang hendak ditegaskan ialah bagaimana sokongan terhadap Anwar semakin luntur dalam pakatan pembangkang sendiri.

Sememangnya sentimen tidak mahukan Anwar bukanlah baru malahan ia sudah lama wujud terutamanya di kalangan penyokong-penyokong Pas. Mereka merasakan masalah moral Anwar banyak menjejaskan kredibiliti pakatan pembangkang dari semasa ke semasa.

Menurut pengikut Pas mereka sudah letih apabila perlu berhujah setiap masa bagi mempertahankan Anwar dan ini termasuklah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin kanan itu yang terpaksa ‘bersilat’ bagi membela Anwar dalam isu melibatkan moral ketua pembangkang berkenaan.

Malahan kadang kala dalam tindakan itu, imej Pas sebagai sebuah parti Islam terjejas. Ia termasuklah apabila Abdul Hadi membuat kenyataan bahawa rakaman video tidak boleh menjadi saksi kerana ia adalah ‘besi’.

Kenyataan itu biar pun menggembirakan Anwar dan penyokongnya tetapi menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat. Pas dilihat benar-benar tersepit kerana terpaksa berhujah apa sahaja untuk mempertahankan Penasihat PKR tersebut demi kepentingan politik bersama.

Pas juga semakin tersepit apabila dilihat terlalu bergantung kepada Anwar demi meraih kuasa sehingga sanggup mengenepikan yang benar itu benar dan yang batil itu batil.

Parti itu berbuat demikian bukan kerana merasakan tidak bersalah tetapi terpaksa melakukan sandiwara politik demi kepentingan pakatan pembangkang. 

Bagaimanapun akhirnya, Pas mungkin mula menyedari bahawa Anwar tidak selamanya perlu dibela. Alternatif perlu dicari bagi memastikan tidak berlaku kekosongan jika Anwar terpaksa kembali ke penjara Sungai Buloh.

Oleh itu, mahu tidak mahu demi survival politik pembangkang terutamanya dalam mencapai impian ke Putrajaya, pengganti Anwar perlu dicari.

Pas tidak mahu memilih di kalangan pemimpin DAP untuk menjadi ketua begitu juga DAP mereka sudah pasti sampai kiamat pun tidak akan membenarkan mana-mana pemimpin Pas menjadi ketua pembangkang selagi mereka ada kekuatan. Justeru alternatif di luar pakatan dicari dan Tengku Razaleigh dilihat pemimpin paling layak.

Anwar sudah pastilah kecewa dengan perkembangan ini kerana tidak menyangka bahawa Pas akan mengamalkan politik tikam belakang.

Di hadapan umum, mungkin Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain akan menafikan apa yang sedang berlaku tetapi secara tersirat Anwar sememangnya sudah tidak diperlukan lagi oleh pembangkang.

Tambahan pula, satu kajian baru-baru ini menunjukkan sokongan rakyat termasuklah di kalangan kaum India dan Cina terhadap Anwar semakin merudum di seluruh negara.

Ia ditambah pula dengan jumlah kehadiran ke majlis-majlis ceramah Anwar yang dikatakan merosot teruk. Sokongan yang semakin merosot kepada Anwar juga turut menyeret parti pembangkang yang lain terutamanya Pas.

Semua ini memberikan petunjuk kepada pemimpin-pemimpin pembangkang lain terutamanya Pas bahawa Anwar bukanlah harapan baru mereka, sebaliknya Anwar adalah bebanan yang harus dilepaskan jika pembangkang berhasrat meraih sokongan rakyat.

Apatah lagi berbanding dengan pemimpin-pemimpin pembangkang lain sama ada daripada DAP mahupun Pas tidak pernah berlaku di kalangan mereka yang berhadapan dengan dakwaan masalah moral yang begitu buruk seperti mana dihadapi oleh Anwar.

Semua ini sudah tentulah telah lama berada dalam kotak pemikiran pemimpin-pemimpin pembangkang yang pada mulanya melihat Anwar ‘anugerah Tuhan’ untuk mereka.

Apa pun sudah jelaslah kini bahawa Anwar tidak lagi pemimpin kebal atau ulung dalam pembangkang. Beliau kini perlu bersedia untuk disingkirkan bila-bila masa.

Anwar mungkin akan berusaha untuk menghalang apa yang dirancang itu menjadi kenyataan tetapi ia sekurang-kurangnya memberi isyarat kepada beliau bahawa sudah ada gerakan untuk menyingkirkan beliau daripada menerajui pembangkang.

Hasrat menyingkirkan Anwar itu juga menunjukkan selama ini Pas dan DAP amat memahami sejauh mana kekuatan PKR.

Jika PKR kuat sudah pastilah tidak akan wujud usaha untuk menggantikan Anwar sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang tetapi PKR tidak ada apa-apa kekuatan.

Selama ini PKR wujud atas ehsan Pas dan DAP, jika kedua-dua parti itu tidak memberi bantuan sewajarnya, PKR tidak akan ke mana.

Ia termasuklah bersikap baik hati seperti mana ditunjukkan oleh Pas yang sanggup mengorbankan kerusi selamat mereka kepada PKR demi kerakusan ingin berkongsi kuasa, kesudahan Pas pula yang dilihat bagaikan ‘melukut di tepi gantang’ – satu status yang sepatutnya disandang oleh PKR jika dikaji dari segi sejarah parti masing-masing.

Apa pun Anwar kini semakin memahami betapa bahayanya politik tikam belakang - satu amalan politik yang tidak asing lagi bagi beliau sama ada semasa dalam pembangkang atau kerajaan suatu ketika dulu.

Saturday, July 30, 2011


Slogan Islam yang diperjuangkan oleh parti siapa yang menjadi nostalgia??PAS atau UMNO??
Umno yang selama ini mendakwa kononnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya, gagal dalam merealisasikan hasrat menggunung mereka untuk memperjuangkan Islam. Walaupun telah begitu lama mentadbir negara, slogan Islam yang diperjuangkan oleh mereka menjadi nostalgia dan kenangan kerana tidak berjaya untuk mempraktikkan apa yang dilaungkan sejak menerajui kepimpinan negara. Haramkah
Tak perlulah menunding jadi menyalahkan UMNO sekiranya PAS sendiri tidak mampu untuk menutup semua pusat hiburan semasa bulan puasa. Jangan kata nak tutup pusat hiburan di negeri yang dikuasai pakatan rakyat, negeri yang ditadbir oleh PAS sendiri pun tidak mampu dilaksanakan.

Saya tidak akan jemu dan letih menulis selagi pemimpin yang suka cakap berbohong masih dianggap sebagai Augerah Tuhan dan terus-terusan memperdaya rakyat dengan lakonan hebat.

Ayuh! Cukup sampai di sini. Hentikan semua kekacauan dan kegawatan yang gerombolan pembangkang ini cetuskan. 

Mari semua sama-sama dan beramai-ramai tolak pemimpin yang suka berbohong:

1. 16 September 2008 – Riuh rendah seantero dunia. “…I have the numbers, kita akan ke Putrajaya …” tapi last-last sunyi sepi.

2. Suka meliwat – hobi luar tabiee. Ingat Azizan, Sukma, Saiful dan ramai lagi! Rujuk perbicaraan mahkamah dan kesahihan laporan dalam journal guaman, akhbar, blog.

3. Penakut – Buat salah, siap ada video klip dan tertinggal jam kat situ.. tapi tak mahu. Tuduh orang nak tembak dia, orang ni rosakkan brek dia. Diancam bunuh

4. Zionis – Kegemaran bersahabat baik dengan puak puak zionis.

5. Menyusahkan rakyat – Suka demonstrasi haram jalanan. Boleh huru harakan keadaan, kemdian tuduh kerajaan, polis zalim. Buat kat KL, tak pasal-pasal trafik jam, tutup kedai.

6. Kroni Paling Hebat – Amal nepotisme dan kronisma tahap pertama. Mana ada parti kat dunia ni, yang Suami ketua umum tak boleh dicabar. Melantik diri sendiri. Presiden isteri dan Naib Presiden anak pada masa yang serentak! Ini lawak paling hebat abad ini!. Mengaku kononnta the voice of democracy.

7. Raja Putar – Ingat ucapan Pluralisma agama di London School of Economics. Mana dia lebai lebai Pas. Kalau pluralisma agama yang dibawa manusia seorang ini benar, betul dan diterima agama Islam, tolong sokong 100%. Biar umat Islam di Malaysia dan seantero dunia tahu. Pluralisma agama ni salah, menyesatkan, lari dari akidah Islam. Wajib tegur, larang, kecam. Amar Makruf Nahi Mungkar! Jangan asyik asyik bersekongkol saja.

Cukup dulu round ini. Kalau nak list banyak lagi. Saya sayang agama bangsa dan tanahair. Sempena kedatangan Ramadan, semoga kita semua sentiasa sentiasa mendapat barakah, maghfirah, rahmah, hidayah dan perlindungan Allah.

Dari Allah kita semua datang, dan kepadaNya kita semua akan kembali untuk bertanggungjawab atas semua amalan kita di dunia ini.

Dicilok dari UMNO Online

“SAYA dan isteri ingin menghadiri majlis konvokesyen anak kami di United Kingdom, jadi kalau saudara ingin saya luluskan overdraf ini, kenalah saudara bagi bahagian perbelanjaan untuk dua orang ke London,” begitulah bunyi kata-kata seorang pengurus bank cawangan yang saya berurusan dulu.

Ketika itu saya perlu menghantar wang pengajian untuk anak saya di Amerika Syarikat yang tiada biasiswa. Tanpa segan silu pengurus bank itu melakukan rasuah. Begitulah keadaannya sekarang dengan rasuah.
Orang Melayu tidak lagi segan silu melakukan atau menerima rasuah. Ramai orang sedar rasuah di negara kita tetapi tidak mahu bercakap tentangnya.

Macam juga pelacuran yang berleluasa. Diserbu berpuluh kali sekali pun bapak-bapak ayam akan terus menjalankan urusan mereka. Sebelum diserbu mereka sudah tahu. 

Kita melihat mereka yang dituduh melakukan rasuah kebanyakannya orang Melayu dan ada yang berpangkat tinggi dalam kerajaan.

Sikap ingin mencari jalan pintas kekayaan ini memang jelas kerana “kalau saya tak lakukan orang lain pun akan lakukan” menjadi sikap utama mereka ini. Kalau kos projek digandakan sudah menjadi lumrah. 

Seperkara lagi yang kerap juga berlaku kepada mereka yang menghantar cadangan projek mereka ‘diculik’ oleh orang lain termasuk di peringkat atasan.Telan sajalah air liur.

Pada bulan Ramadan, kita tahu ketua-ketua industri akan menghilangkan diri kerana mereka akan dikepung untuk mendapatkan duit raya yang bukan sikit-sikit. Tengok pangkat orang yang meminta. Jadi ramailah kapten industri ini yang pergi melakukan umrah di bulan puasa.

Pada bulan Ramadan juga orang Melayu berpusu-pusu berbuka puasa di hotel-hotel yang tidak tentu halal haramnya. Diberitakan daripada 2,000 hotel di bandar raya Kuala Lumpur, hanya dua peratus (2%) saja yang diberi taraf halal oleh Jakim – bermakna hanya empat hotel saja yang halal.

Tapi orang Melayu tak kira itu semua. Janji seronok walaupun kena bayar berpuluh-puluh ringgit. Kedai mamak dan kopitiam pun tak dijamin halalnya.

Seperkara lagi pada Ramadan ini maka keluarlah kelulusan untuk berniaga gerai di merata tempat. Semua orang tahu ada yang dapat kebenaran menjalankan warung menjual permit berniaga kepada orang lain untuk membuat untung. Yang asal RM200 boleh jadi RM20,000 dan ramai yang juga sanggup kerana pendapatan satu bulan di bulan puasa boleh mengatasi pendapatan 11 bulan yang lain.

Begitulah juga keadaannya dengan lain-lain lesen yang diberikan kepada orang Melayu. Contohnya di pasar Chow Kit kita tahu yang mengendalikan gerai-gerai di situ semuanya orang asing sedangkan lesen dikeluarkan kepada orang Melayu sini. 

Kalau ada pemeriksaan, tuan punya akan mengaku yang berjual itu pekerja mereka. Semuanya hendak mencari jalan pintas untuk kaya cepat.

Terbaru, Timbalan Perdana Menteri mengatakan pasar tersebut akan dibangunkan semula. Patut pun selepas lebih 50 tahun keadaan kotor dan serabut pasar tersebut dibersihkan.

Tahun 1994 dulu, 100 lesen untuk pengurusan aset dikeluarkan. Modal berbayar diperlukan ialah RM2 juta. Ramai yang belum mula operasi pun sudah hendak menjual lesen mereka dengan syarikat sekali berkali ganda pula walaupun sehari pun belum beroperasi.

Sejak kejayaan Dasar Ekonomi Baru menaikkan taraf orang Melayu kepada kelas menengah, maka ramailah anak Melayu yang berpeluang mendapat pengajian tinggi di luar negara dan ramailah yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan dalam swasta.

Yang peliknya ada sesetengah daripada mereka ini sudah menganggap membela orang Melayu sudah tidak lagi fashionable baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta.

Rata-rata apabila ada perjumpaan atau majlis makan malam di kalangan orang bukan Melayu dan orang asing, mereka akan mengatakan penghalang kepada usaha pentadbiran Najib untuk melakukan transformasi ialah tuntutan orang Melayu oleh kumpulan tertentu.

Mereka lupa kalau dikira perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia Pertama sehingga Kesembilan tiap-tiap satu sebanyak RM200 juta darab untuk 9 kali maka berjumlah RM1.8 trilion. Siapa yang meraih keuntungan daripada jumlah tersebut, tentu sekali bukan orang Melayu. Hak milik saham pun setakat 21.8 peratus saja.

Sedar tak sedar tanah milik Melayu pun berkurangan. Di pihak kerajaan negeri misalnya banyak usahasama dengan bukan Melayu dilakukan untuk memajukan sesuatu kawasan yang bernilai tinggi.

Apabila perumahan siap, yang membeli dan menduduki pangsapuri atau rumah tersebut bukannya orang Melayu kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah tersebut kerana mahal. Jadi tanah yang dulunya milik kerajaan kini dimiliki oleh individu bukan Melayu.

Tanah milik Melayu diberikan status tanah rizab Melayu dan nilainya lebih rendah daripada tanah bukan Melayu. Kalau dimajukan orang Melayu akan mendapat nilai yang lebih rendah.

Tetapi jangan hairanlah kalau tanah rizab Melayu atau tanah khas untuk orang Melayu boleh jatuh ke tangan orang bukan Melayu seperti di Kelantan yang dulunya ketat dengan undang-undang menjual tanah kepada bukan Melayu.

Di mana-mana kawasan yang telah digariskan sebagai kawasan pembangunan ekonomi serantau, nilai tanah sekeliling kawasan pembangunan tersebut seperti Iskandar dengan sendirinya akan naik. Maka orang Melayu yang milik tanah di kawasan tersebut akan menjual tanah mereka. Inilah keadaan yang berlaku sekarang.

Sepatutnya suatu pangkalan maklumat yang kerap dikemaskinikan tentang tanah milik Melayu seluruh negara ini perlu diwujudkan supaya jangan sampai tergadai tanah Melayu. Kalau orang Melayu hendak menjual tanah mereka, biarlah yang membelinya orang Melayu. 

Orang Melayu yang kaya raya patut mempertahankan tanah orang Melayu ini. Jangan pula orang bukan Melayu guna orang Melayu. Itu namanya tidak bermaruah.

DATUK SALLEH MAJID

Mantan Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.