Monday, July 25, 2011


Perhimpunan Bersih 2.0 dah beberapa minggu berlalu. Namun cerita-cerita mengenainya masih lagi kita dengar. Mungkin itu antara agenda penganjur bersih. Walaupun perhimpunan anjuran mereka tidak berjaya… mereka mahukan publisiti yang berterusan daripada media.

Jadi mengapa kerajaan dan media masih memberi apa yang mereka mahukan?

Kenapa pihak polis harus membuang masa membuktikan kepada rakyat bahawa tindakan mereka adalah betul??? Pada pendapat EP itu semua tidak perlu. Mereka yang mengikuti perhimpunan bersih nyata-nyata telah melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang. Kenapa mereka diberi layanan baik oleh pihak polis? Kenapa diberi makan ala-ala buffet? Kenapa memperuntukkan RM25 seorang untuk makan minum mereka?

Mereka telah melakukan kesalahan!!! Mereka tidak faham bahasa. Mereka tidak hormat undang-undang. Mereka biadap kepada Agong. Jadi apa perlunya memberi layanan yang baik kepada mereka. Lantaklah diorang nak kata apa?  Tak perlu buktikan tindakan polis pada hari kejadian. Polis dah menjalankan tugas dengan baik. Perhimpunan dapat disuraikan dengan cepat.  Kira ok lah tu.  

(Tapi alangkah baiknya kalau perhimpunan tu tak berjaya dijalankan… Patutnya polis tangkap jek dalang perhimpunan haram tu sebelum perhimpunan berlangsung. Tak payah nak menjawab cam sekarang ni. Jimat masa, tenaga dan wang kerajaan. Jimat juga masa, tenaga dan wang rakyat yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pada hari tersebut)

Polis dah pun bongkar sandiwara anwar, dah pun selak pembohongan mat sabu, dah pun hurai lakonan kes kematian pengikut perhimpunan bersih. (dioarang ni gila betul.. soal mati pun buat main).  Sudah-sudahlah tu. Rakyat dah faham. Yang masih tak faham adalah puak-puak yang dah mati hati, buta mata dan pekak telinga. Walau apa pun polis buat puak-puak ni akan tetap anggap polis jahat. Kalau tahi diletakkan depan mata.. tapi jika anwar kata itu emas.. diorang kutip jugak.  Diaorang lebih percaya apa anwar cakap berbanding apa yang diaorang nampak.

Sudahlah-sudahlah… berhenti mengikut rentak puak-puak pemusnah negara ni. Buat apa nak layan mereka ni. Buang masa, tenaga dan wang saja!!!  Hentikan publisiti untuk bersih!!! 

Saturday, July 23, 2011


Kata seorang pemimpin DAP seperti dilaporkan dalam salah sebuah akhbar berbahasa Cina…. Kalau mereka letak anjing sebagai calonnya pada pilihanraya umum akan datang, mereka tetap boleh menang. Begitulah angkuh, sombong dan biadapnya DAP.

Nampaknya mereka betul-betul yakin dengan kemampuan mereka. Setelah berpuluh tahun selepas menayangkan simbol penyapu pada satu perarakan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada tahun 1969, kenyataan letak calon anjing pun boleh menang adalah kenyataan berani yang cukup biadap dinyatakan DAP.

Mengapa mereka begitu berani, angkuh dan biadap mengeluarkan kenyataan itu?

Jawapannya mudah… mereka yakin jika mereka letakkan anjing sebagai calon mereka, anjing itu akan menang kerana ada anjing-anjing peliharaan mereka yang akan membantu kemenangan anjing tersebut.

Ini kerana DAP yang diketahui sebuah parti yang cukup rasis cukup percaya mereka kini mendapat sokongan sekurang-kurangnya 80 peratus dari pengundi Cina.

Apa yang perlu diusahakan adalah menarik sokongan pengundi bukan Cina khususnya orang Melayu pada pilihanraya umum akan datang.

Tugas DAP untuk memecah belahkan undi orang Melayu ini sekarang cukup mudah untuk dilakukan kerana DAP mempunyai keldai-keldai yang sanggup bermati-matian untuk menurut perintah mereka.

Sudah pasti tugas ini akan diserahkan ke bahu dan batu jemala PKR dan Pas.

Jadi kenyataan DAP bahawa mereka pasti menang dengan hanya meletakkan anjing sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang adalah cukup berasas.

Ini kerana ada anjing-anjing peliharaan DAP yang sanggup menggadai nyawa bagi memastikan calon anjing DAP itu mencapai kemenangan.UO

Kalau sebelum ini Pas memalukan parti apabila tunduk dengan desakan DAP di Kedah, kini Pas termalu lagi dengan ketegasan PKR di Selangor yang tetap mahukan Konsert MTV diteruskan pada 24 hb Ogos nanti.
Konsert yang akan berlangsung di I-City Shah Alam tersebut tetap akan diteruskan meskipun mendapat bantahan hebat dari Pemuda Pas dan juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Selangor, Khalid Samad.
Amat malang bagi Pas, Kerajaan Negeri Selangor hanya menghantar Setiausaha Politik Menteri Besar sahaja untuk menjawab segala bantahan Pas. Ini menunjukkan bahawa suara Pas langsung tak dipandang oleh kepimpinan PKR di negeri tersebut.
Faekah Husin pula menambahkan malu Pas dengan mempertikaikan bantahan dari parti yang mengaku memperjuangkan Islam itu. Alasan bahawa penganjuran Konsert MTV tersebut terlalu hampir dengan bulan Ramadhan, disambut dengan sinis oleh Faekah.
Apa lagi yang boleh Pas kata melainkan hanya akur kepada kehendak PKR di Selangor. Lagipun, Pas bukanlah suara majoriti di negeri itu. Kalau di Kedah yang dikuasai penuh oleh Pas pun terpaksa mereka akur dengan DAP, inikan pula di negeri yang bukan dikuasai oleh mereka.
Semua yang terjadi ini mengukuhkan lagi dakwaan masyarakat yang Pas hanya menjadi kuda tunggangan dalam Pakatan. Apa yang berlaku terhadap Pas mengesahkan bahawa mereka itu hanya parti politik kelas bawahan didalam gerombolan Anwar Ibrahim tersebut.
Jika sebelum ini Pas begitu lantang mengkritik UMNO dan kerajaan kerana membenarkan konsert hiburan diadakan didalam negara, kini Pas nyata kelu apabila rakan sekutu mereka sendiri didalam Pakatan yang menganjurkannya. Lebih teruk lagi, Pas langsung tak mampu melakukan apa-apa didalam hal tersebut.
Inilah yang kita boleh katakan sebagai cakap tak serupa bikin. Bagaimana Pas hendak memastikan Islam menjadi keutamaan seperti yang selalu mereka war-warkan didalam ceramah jika hendak bersuara pun tak mampu didalam gerombolan Pakatan?
Dari hari ke hari, Pas ibarat menjadi pak lawak didalam senario politik negara. Lihat saja di Kedah bagaimana mereka beria-ia mahu melaksanakan undang-undang yang baik untuk umat Islam, tetapi akhirnya terbantut apabila diherdik oleh rakan-rakan seperjuangan didalam Pakatan.
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor ini. Rakyat sedang melihat satu sandiwara di mana Pas menjadi badut yang sentiasa dipersenda semata-mata untuk dijadikan umpan menarik minat pengunjung. Memang memalukan…
mykmu.net


 Harap-harap kali ini Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak keluar ‘ fatwa’ lawak lagi kata video itu BESI dan tidak boleh jadi bukti seperti usahanya untuk selamatkan tengkok Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu video seks.
Sebaliknya beliau perlu teropong maruah dan intregriti orang nombor dua parti yang menggunakan nama Islam pimpinanya yang terang-terang temberang kepada semua orang mendakwa sebuah landrover polis melanggarnya semasa hendak menangkapnya pada hari demo Bersih pada 9 Julai.
Lebih memualkan Timbalan Presiden PAS yang dipercayai nak mencetuskan rasa marah para penyokong pembangkang terhadap insiden dakwaannya telah tampil mengunakan kerusi roda termasuk waktu pergi berceramah untuk menceritakan kisahnya.
Video yang ditayang oleh pihak polis kepada lebih 100 orang wakil media, NGO dan persatuan di Bukit Aman petang Khamis jelas menunjukkan Mat Sabu yang membonceng motosikal jatuh sendiri semasa langgar bahu jalan dalam keadaan perlahan saja waktu nak buat U turn ketika dipintas Pajero polis di sebatang jalan di Bukit Persekutuan.

Bukit Persekutuan terletak tidak jauh dari kawasan KL Sentral di mana kebanyakan bos-bos pembangkang berkumpul termasuk Anwar untuk menyertai demo Bersih.Polis mengekorinya dari dekat Mandrain Court di pusat bandar hingga ke situ. Sebelum itu sekalipun beberapa kali diminta berhenti oleh polis Mat Sabu tidak mempedulikannya.
moto1

Lakaran polis tentang kedudukan motosikal Mat Sabu semasa insiden beliau jatuh dari motosikal yang langgar bahu jalan

moto2

Motosikal yang dinaiki Mat Sabu di atas jalan sambil diekori Pajero polis sebelum jatuh

moto3

Motosikal Mat Sabu nak belok ke belakang setelah dipintas Pajero polis


moto4

Motosikal dinaiki Mat Sabu masih tegak elok di tepi Pajero polis - bagaimana kata dilanggar dalam keadaan begitu.Video yang ditayang jelas tunjuk tidak ada sentuhan antara kedua kenderaan.

moto5

Kelihatan tayar motosikal dinaiki Mat Sabu di belakang Pajero polis semasa nak berpatah balik ke belakang tepi bahu jalan. Dalam keadaan kelamkabut langgar bahu jalan itu. Pajero polis waktu itu sudah berhenti dan anggota polis nak keluar kejar beliau.

moto6

Sebilangan anggota polis sedang membantu Mat Sabu yang jatuh setelah motosikal yang diboncengnya langgar bahu jalan semasa nak buat U turun patah  ke belakang.
 
Pajero itu tidak langgar atau sentuh motosikal yang dinaikinya seperti didakwa Mat Sabu yang juga Timbalan Pengerusi Bersih. Menariknya Mat Sabu melalak sana sini mendakwa sebuah landrover polis melanggarnya di situ.
Sebaliknya dalam  video itu tiada sebuah pun landrover polis di lokasi. Apa yang kelihatan cuma selain Pajero ialah dua buah kereta Waja polis yang turut serta dalam gerakan itu.

Video berkenaan diperolehi dari CCTV kawasan perumahan Sri Bukit Persekutuan di lokasi. Kelihatan dalam video itu polis telah bergegas membantunya yang terjatuh dari motosikal selepas terlanggar bahu jalan.

Pemeriksaan doktor juga mendapati Mat Sabu tidak alami kecederaan serius semasa kemalangan jatuh motosikal di situ. Namun apa yang beliau hebohkan kemudian kakinya alami kecederaan serius segala macam.

Beberapa orang ahli NGO yang turut serta menyaksikan tayangan video itu dalam dewan theateratte PDRM itu kedengaran berbisik sesama sendiri mengutuk kelentong Timbalan Presiden PAS itu.

"Poodahh...pakai saja nama parti Islam...Mat Sabu pun menipu." kata salah seorang daripada mereka.

Sementara itu Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rrashid yang memberi taklimat semasa tayangan video itu tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan keatas Mat Sabu kerana membuat dakwaan palsu. -AgendaDaily
** Dengar-dengar cerita Mat Sabu dah ubah kenyataanya semalam. Hari tu Pajero sekarang Waja pula...apa dia ingat rakyat bodoh ke..tak habis-habis nak kencing rakyat.
Nik Aziz harus memikirkan yang mana lebih penting, kredibiliti Parti PAS sebagai sebuah parti Islam atau menyelamatkan Mat 'Kelentong' Sabu...


Nampaknya cubaan Anwar bersama-sama konconya untuk menghuru-harakan Malaysia tidak menjadi apabila ranking Index (GPI) Malaysia untuk tahun 2011 berada di kedudukan yang terbaik.

Sekiranya niat jahat mereka tidak digerakkan, kemungkinan Index (GPI) Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik dari sekarang. 

EP ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia dan juga pihak-pihak yang telah dipertanggungjawab untuk menjaga keamanan Malaysia kerana telah berjaya menjalankan tugas dengan baik.



Walaupun ada pihak sentiasa cuba memburukkan imej negara ini, namun kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.

Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.

Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.

Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran iaitu daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.

Petunjuk itu dipilih sebuah panel ahli akademik antarabangsa, ahli perniagaan, dermawan dan anggota institusi keamanan bagi tempoh 15 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

Kajian itu menyatakan Malaysia mengambil alih kedudukan Singapura yang tersenarai sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara pada 2010. 
Kini, republik itu menduduki tempat kedua di Asia Tenggara dan ke-24 keseluruhan, diikuti Vietnam (ke-30 keseluruhan), Laos (ke-32 keseluruhan), Indonesia (ke-68 keseluruhan), Thailand (ke-107 keseluruhan), Myanmar (ke-133 keseluruhan) dan Filipina (ke-136 keseluruhan).

Dalam kalangan negara maju pula, United Kingdom menduduki tangga ke-26, Korea Selatan (ke-50), China (ke-80) dan Amerika (ke-82).

"Peningkatan tahap keamanan Malaysia dicerminkan oleh peningkatan kestabilan politik dan hubungannya yang lebih baik dengan negara jiran, terutama Singapura dan China," menurut kajian.

Sepuluh negara yang menduduki tangga teratas dalam senarai itu ialah Iceland, yang merupakan negara paling aman, diikuti New Zealand, Jepun, Denmark, Republik Czech, Austria, Finland, Kanada, Norway dan Slovenia.

Di kalangan negara Islam pula, Malaysia menduduki tempat kedua selepas Qatar apabila negara itu diletakkan di tangga ke-12 dan negara paling selamat di Timur Tengah. 

Tempat kedua bagi kategori ini menjadi milik Kuwait yang menduduki tangga ke-29 keseluruhan.

Sepuluh negara yang menduduki tangga paling bawah ialah Libya (ke-143), diikuti Republik Afrika Tengah, Israel, Pakistan, Russia, Republik Demokratik Congo, Korea Utara, Afghanistan, Sudan, Iraq dan Somalia.

Kajian itu menyatakan Somalia, negara yang dilanda perang, jatuh satu anak tangga untuk mengambil alih tempat Iraq sebagai negara paling tidak aman.

Kajian itu juga menunjukkan pencapaian keseluruhan beberapa petunjuk mencatat peningkatan, paling besar ialah potensi wujudnya tindakan keganasan dan kemungkinan berlakunya demonstrasi ganas.

Ahli sains politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata rakyat Malaysia perlu mengiktiraf ranking itu kerana ia dikeluarkan oleh sebuah badan antarabangsa yang dihormati.

"Kini, kita perlu meletakkan sasaran lebih tinggi. Mungkin pada 2020, kita patut berada dalam senarai 10 negara teratas. Apa yang membimbangkan saya ialah ada pihak tertentu di sini, yang kecewa dalam bidang politik, akan melahirkan idea lain seperti mengadakan perhimpunan jalanan dan sebagainya. Tindakan ini akan menurunkan ranking itu," katanya.

Ahli akademik itu berkata, Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa serta terkenal sebagai negara yang aman dan harmoni.

"Hanya segelintir golongan yang tidak tahu bersyukur saja yang enggan menerima hakikat ini kerana mempunyai agenda tersembunyi," katanya. - BERNAMA 

Friday, July 22, 2011

Nampaknya anak didik Anwar Ibrahim telah berjaya menggemparkan dunia dengan lakonannya. Tuduhannya terhadap pihak polis yang berniat hendak membunuhnya sangat berkesan. Lakonan itu telah berjaya membuatkan puak-puak yang taksub terhadapnya diperbodohkan..Apa pula helah mat sabu setelah temberangnya kantoi...??any comment...




Confirm lelaki yang menaiki motosikal dalam video yang didedahkan oleh pihak polis bukan Mat Sabu. Sedangkan video Anwar yang sah-sah nampak muka pun puak-puak bodoh ni boleh kata bukan Anwar tambah pula video yang dikeluarkan tak nampak muka...

Apa-apa pun tembelang Mat Sabu dah pecah..kita tengok apa pula lakonan Mat Sabu lepas ni..EP ingin menasihatkan kepada Mat Sabu..pindahlah ke negara lain..malu woo, dah la dar parti Islam, lepas tu Timbalan Presidennya pula kantoi menipu....

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipaparkan polis semalam mendedahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, terjatuh daripada motosikal diboncengnya ketika cuba membuat pusingan U untuk meloloskan diri daripada kepungan polis di kawasan Perumahan Seri Bukit Persekutuan di sini dan bukan dilanggar polis seperti didakwanya.

Rakaman itu sekali gus membuktikan tuduhan Mohamad Sabu sebelum ini dalam beberapa ceramahnya bahawa beliau cedera akibat dilanggar kenderaan pacuan empat roda polis adalah tidak betul.

Klip CCTV itu menunjukkan motosikal dinaikinya berlanggar pembahagi jalan ketika cuba melarikan diri daripada kepungan polis sebelum terjatuh.

Rakaman CCTV perhimpunan haram itu ditayangkan kepada 200 orang, termasuk wakil media dan peniaga serta pelbagai pihak yang menerima kesan akibat perhimpunan berkenaan.

Mengulas mengenai rakaman itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, berkata beliau tidak faham mengapa Mohamad Sabu membuat tuduhan sedemikian.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Mohamad Sabu sekiranya puas hati beliau membuat tuduhan palsu terhadap polis. 

Mengikut CCTV itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda tanpa logo polis dan dua kereta Waja dengan lambang polis mengekori dua motosikal, termasuk salah satunya yang dibonceng Mohamad Sabu dengan tujuannya menghalangnya daripada menyertai perhimpunan haram itu.

Pasukan keselamatan mula mengekori dua motosikal terbabit bermula di Mandarin Court, Jalan Maharajalela sebelum memasuki Jalan Syed Putra, Jalan Robson, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Travers dan cuba memasuki Lebuhraya Mahameru.

Selepas menyedari ada sekatan jalan di Lebuhraya Mahameru, Mohamad Sabu dilihat berpatah semula ke Jalan Persiaran Persekutuan. Rakaman lanjut menunjukkan beliau memasuki kawasan perumahan Seri Bukit Persekutuan dan berhenti di tepi jalan apabila kenderaannya dihalang kenderaan pacuan empat roda polis.

Ketika itu, penunggang motosikal dinaiki Mohamad Sabu dilihat cuba melarikan diri dengan membuat pusingan U sebelum terlanggar penghadang jalan di sebelah kiri lalu terjatuh dan ditahan polis.

Salleh berkata, sepanjang mengekori pemimpin PAS itu, anggota polis sudah mengeluarkan beberapa arahan supaya beliau memberhentikan kenderaan dinaikinya, namun enggan berbuat demikian.

“Dia (Mohamad Sabu) mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terjatuh dari motosikal diboncengnya, bukannya dilanggar kenderaan pacuan empat roda polis seperti didakwa.

“Saya tidak faham, apa tujuan dia sampai perlu berkerusi roda, sedangkan doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan teruk,” katanya.

Sebelum ini, Mohamad Sabu mendakwa beliau dengan sengaja dilanggar kenderaan polis sebelum ditahan berdekatan kawasan Masjid Negara kira-kira jam 12 tengah hari, 9 Julai lalu.

Mohamad Sabu turut mendakwa lutut kanannya cedera teruk, tidak boleh berjalan dan tidak boleh berdiri tanpa sokongan. BH


BEBERAPA penulis membidas kenyataan seorang pemimpin bawahan DAP yang menganggap parti itu berupaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang walaupun mereka meletakkan anjing sebagai calon, seperti mana disiarkan akhbar Nanyang Siang Pau, 18 Julai lepas.

Novandri Hassan Basri dalam Blog MIM (novandri.blogspot.com) berkata, jelas kepimpinan DAP semakin riak dan angkuh dengan sedikit kuasa yang dikecapi kini sehingga menimbulkan rasa mual termasuk di kalangan orang Cina.
Katanya yang memetik ulasan akhbar tersebut, pemimpin itu diyakini mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana menganggap DAP kini semakin diterima rakyat terutama di kalangan masyarakat Cina.

"Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja.

"PRU-13 nanti jatuhkan semua pemimpin DAP! Baru mereka tahu tinggi langit dan bumi! Pengundi bangsa Cina pun mereka perlekehkan," katanya.

Dalam entri lain, Blog MIM "gembira" apabila pemimpin DAP mula berkonfrantasi denganNanyang Siang Pau ekoran pendedahan kenyataan berhubung meletakkan calon seekor anjing.

Katanya, walaupun agak terlewat tetapi sekurang-kurangnya akhbar-akhbar berbahasa Cina itu sudah melihat lakonan dan riaknya para ahli politik DAP.

"MIM berharap agar selepas ini, media Cina tidak lagi memberi muka kepada mereka. Jika surat khabar Cina dianggap sampah, ahli politik itu lebih buruk daripada sampah!

"Apa pun, MIM menjangkakan Lim Guan Eng, DAP dan yang lain akan datang menghadap pengurusan surat khabar tersebut dan meminta ampun!," katanya.

Blog RBF Online (ruangbicarafaisal.blogspot.com) pula berkata, kenyataan pemimpin DAP itu menggambarkan sikap besar kepala dan angkuh parti tersebut yang begitu yakin untuk merampas pemerintahan negara pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pada masa sama parti itu turut menghina rakyat Malaysia yang menjadi pengundi dengan menggambarkan negara ini hanya memerlukan anjing untuk menjadi wakil rakyat mereka.

"Begitulah angkuhnya DAP! Mereka menyondol bagaikan babi hutan yang gila mengatakan pilihan raya di Malaysia tidak bersih, tetapi dalam masa sama mereka kata anjing pun boleh menang," katanya.

Jas Salleh (semaremas.blogspot.com) pula secara sinis berkata, kenyataan bahawa DAP boleh memenangi pilihan raya walaupun meletakkan anjing sebagai calon sebagai kenyataan yang ada kebenarannya.

Ini kerana, katanya, mana-mana kalangan orang Melayu yang diletakkan sebagai calon oleh DAP akan dilabelkan mereka sebagai "anjing" baik dari kalangan Melayu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP sendiri.

"Apa agaknya komen balas dan reaksi daripada Lebai Malang Pas dan Si Luncai PKR berkenaan dengan hal ini ? Roll... play dead DOGGIE!... Catch the stick... good DOGGIE!" katanya dengan sinis.

Yuseri Yusoff (yuseriyusoff.blogspot.com) pula berkata, sudah banyak artikel dan isu yang menggambarkan kebiadapan DAP tetapi masih ramai yang mempercayainya disebabkan terpesona dengan alunan hadis yang bermain di bibir pemimpin parti yang paling rasis itu.

Katanya, adalah tidak perlu untuk mengulas panjang mengenai kenyataan pemimpin DAP berkenaan, tetapi mereka yang beragama Islam boleh berfikir betapa biadab, bongkak dan egonya parti tersebut.

"Mungkin Nik Aziz dan Hadi Awang terlupa mengingatkan DAP bahawa anjing itu haram di sisi agama Islam, atau mungkin juga pemimpin DAP belum jumpa hadis yang perlu dihafal mengenai anjing?

"Adakah anda orang Melayu Islam sanggup mewakilkan anjing untuk menjaga kebajikan anda sebagai rakyat? Peristiwa 13 Mei berlaku pun sebab kebiadapan DAP ketika berarak meraikan kemenangan mereka," katanya.

Isu tersebut turut dipetik oleh blog Nasionalis 1982 (nasionalis1982.blogspot.com) dan Ibrahim Yahya (duniatiger.blogspot.com).

Sementara itu, Che Wan dalam MyKMU.net (www.mykmu.net) berpendapat, ada pemimpin yang melaungkan tentang revolusi konon untuk memulihkan sistem dalam negara tetapi pada masa yang sama mengajak rakyat merusuh dan menimbulkan kebencian kepada pemerintahan Islam yang menerajui negara ini.

Sedangkan katanya, perbuatan menentang pemimpin sedemikian adalah bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tidak dibenarkan kita berpaling rasa taat selagi pemerintah itu tetap dalam agama Islam dan menegakkan syiar Islam.

"Semua ini dilakukan dengan harapan supaya rakyat membenci kerajaan dan juga menumbangkan pemerintah sedia ada agar mereka mampu merampas kuasa. Sebab itulah media-media mereka digerakkan dengan begitu rupa dan bebas menyebarkan propaganda yang berbaur fitnah.

"Pemimpin-pemimpin pembangkang ini juga gembira sekiranya negara menjadi huru-hara dan kelam-kabut. Kerana sekiranya negara huru-hara, maka pelbagai agenda jahat dan buruk yang mereka rancangkan menjadi lebih mudah direncanakan," katanya.

Kata Che Wan, keadaan di Timur Tengah seperti di Mesir dan Libya memberikan contoh bagaimana demonstrasi dan menggulingkan kerajaan tidak membawa sebarang revolusi, sebaliknya pengaruh Yahudi dan pemimpin boneka Barat pula yang muncul mengawal pentadbiran negara terbabit.

"Itulah juga nasib yang bakal menimpa negara kita ini jika revolusi kononnya untuk membersihkan pentadbiran yang diuar-uarkan oleh pihak pembangkang dibenarkan. Apa relevannya revolusi jika kita masih lagi hidup dengan aman dan makmur?

Jangan sifatkan 0.01 peratus rakyat yang membenci kerajaan sebagai suara seluruh jutaan rakyat yang ada di Malaysia.
"Jangan hina undi dan mandat yang diberikan oleh berjuta rakyat kepada kerajaan sebagai pentadbir yang sah. Hanya orang yang tak mampu berfikir sahaja yang anggap suara minoriti sebagai suara revolusi," tegasnya. -UM

"KAMI akan tawan Putrajaya!", "Malaysia milik rakyat!" dan bermacam-macam lagi laungan serta pekikan yang kedengaran untuk menarik sokongan rakyat berpihak kepada kumpulan-kumpulan tertentu.

Perbincangan pada kali ini bukan sekadar menjurus mempersoalkan hak atau desakan sesetengah pihak yang mahu memiliki tampuk pemerintahan negara tetapi berkongsi penjelasan tentang kedudukan 'pemilikan' negara yang sepatutnya difahami semua pihak.

Malaysia merupakan sebuah aset yang paling berharga dan tidak boleh dimiliki dengan mengenakan bayaran tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi milik individu tertentu. Malaysia bukanlah 'barang' yang boleh diperdagangkan tetapi mempunyai nilai khazanah tidak ternilai yang terdiri daripada sekumpulan masyarakat yang bekerja keras dalam membentuk negara Malaysia seperti mana yang dapat dilihat pada hari ini.

Perebutan untuk mendapatkan Malaysia dalam arena politik terutamanya melalui sistem pilihan raya menonjolkan betapa rakusnya parti-parti politik berjuang atas pelbagai ideologi bagi meraih sokongan sehingga memperoleh kemenangan dalam pilihan raya tersebut.

Parti politik yang mendapatkan kemenangan dan membentuk sebuah kerajaan untuk memerintah harus mengambil kira konteks Malaysia dalam ruang lingkup yang lebih luas di mana pemilikan negara ini juga meliputi rakyat yang berlindung di dalam negara tersebut. Masyarakat tidak pernah terkecuali dalam proses ini kerana merekalah komuniti yang bertanggungjawab terhadap kemenangan itu.

Persoalannya, mengapa terdapat parti-parti politik tempatan yang sangat teruja dan rakus untuk menawan Putrajaya dan mahu mengekalkan kedudukan mereka di sana sedangkan pendekatan yang perlu diambil oleh parti politik ini adalah dengan bergerak secara agresif dan progresif dalam menambat hati penyokong dan bukan sahaja membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi pemerintah yang baik sekiranya Putrajaya menjadi milik mereka.

Contoh dan teladan yang baik dan efektif dari segi pengurusan pentadbiran dan politik perlu dibuktikan di setiap peringkat sama ada dalam kerajaan negeri, organisasi parti dan lain-lain.

Sebagai contoh, kerajaan negeri Kedah telah diminta supaya membenarkan premis hiburan untuk beroperasi pada bulan Ramadan adalah antara perkara yang signifikan dalam menjelaskan betapa serius dan tegas keputusan kerajaan negeri untuk menghadapi isu ini serta mengambil kira pandangan masyarakat di Kedah tentang perkara tersebut.

Khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal menjelang sedikit sebanyak memberi impak terhadap keterujaan parti-parti politik untuk mengasah strategi yang lebih mantap, memperkasakan jentera parti serta memastikan tampuk pemerintahan politik tempatan bakal membawa perubahan pada masa akan datang. Seringkali kes-kes berkaitan dengan jatuh bangun sesebuah kepimpinan parti itu akan dituding kepada individu-individu tertentu.

Kelemahan sesebuah parti politik itu bukan sekadar memberi kesan kepada struktur parti tetapi turut mengharungi masalah sama adalah ahli parti politik tersebut. Lihat apa yang berlaku kepada kebanyakan negara Timur Tengah seperti Mesir, Syria, Iran dan lain-lain, Afghanistan, Pakistan, Afrika juga menerima impak daripada pemerintahan yang tidak stabil sehingga membawa kepada masalah kepada semua pihak terutamanya rakyat.

Lihat betapa gembiranya rakyat Sudan yang menantikan kemerdekaan negara mereka setelah sekian lama berjuang ke arah pembebasan dan kesejahteraan sejagat. Iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa ini menjadikan masyarakat lebih matang, bersemangat kental dan lebih berdikari dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa depan.

Setidak-tidaknya, Malaysia sudah lama merdeka dan pada hari ini kelihatan seolah-olah kepimpinan politik terumbang-ambing mencari hala tuju dengan desakan bagi memenuhi permintaan di sekelilingnya. Isyarat ini sangat 'bahaya' jika berada dalam keadaan yang tidak dapat diperbaiki sehingga membawa kepada mana-mana parti politik itu kepada era 'kegelapan'.

Inilah yang sangat digeruni dan perlu dijauhkan supaya rakyat tidak lagi tertipu dengan janji-janji manis akibat kegelojohan pihak-pihak tertentu yang terlalu mendambakan kuasa untuk menjadi pemerintah sehingga sanggup menggelapkan mata dengan kuasa rakyat yang diberikan.

Niat perlulah diperbetulkan kerana kemenangan pasti akan berpihak kepada pihak yang menegakkan kebenaran tetapi bukan kepada yang sentiasa memesongkan perkara yang sebenar.

Dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semakin mencabar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan keadilan dan ketelusan dipelihara dalam proses pilihan raya, sudah semestinya kepercayaan daripada semua pihak perlu diberikan kepada suruhanjaya itu. Kerjasama SPR dengan parti politik yang bertanding dalam setiap pilihan raya akan menjanjikan kemenangan, keadilan dan ketelusan yang dituntut oleh semua pihak.

Walaupun BERSIH 2.0 mempertikaikan tentang pilihan raya yang adil, SPR sentiasa bersedia untuk membuka pintu kepada perbincangan. Tidak timbul lagi isu siapa benar dan siapa salah, sikap salah-menyalahkan satu sama lain perlu dihentikan dan tidak lagi dimomokkan dengan cerita dongeng yang sentiasa berusaha merencatkan perjalanan demokrasi negara.

Sekiranya keadilan, ketelusan, perjuangan hak asasi manusia yang dilaungkan atas nama demokrasi sebenar selama ini, memperbetulkan kiblat dan perjalanan masing-masing dan jangan terlalu asyik dibuai dengan kesalahan pihak lain yang tidak membawa kepada sesuatu yang pasti.

Bukan mudah hendak membeli nilai harga setiap pengundi itu kerana mereka tidak lagi boleh dirasuah, dimomokkan dengan mitos, ditipu sehinggalah dibutakan mata sekalipun mereka tetap tidak akan memilih parti yang hala tujunya songsang dan beranggapan bahawa Malaysia hanya milik sesebuah parti politik sahaja.

Malaysia adalah milik bersama yang diperolehi hasil daripada keringat perjuangan semua kaum membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah yang tamak dan akhirnya dinakhodai oleh barisan kepimpinan politik yang diamanahkan oleh rakyat bagi menjamin kesejahteraan bersama. -UM


SEBENARNYA, kita terutama umat Islam tidak perlu terkejut dengan tindakan Kerajaan Pas Kedah yang mengubah pendirian berhubung larangan ke atas 13 jenis pusat hiburan di negeri itu sempena Ramadan.

Tindakan mengubah pendirian itu hanyalah contoh kecil bagaimana Pas kini sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan politik merebut kekuasaan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Hakikatnya, perubahan keputusan yang dibuat tidak sampai 24 jam itu juga adalah antara beberapa tindakan ‘aneh’ Pas dalam politik sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Dalam perbualan penulis dengan beberapa penyokong Pas, mereka yang semakin tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan dan hala tuju parti itu menggariskan beberapa tindakan Pas yang mereka lihat semakin ‘aneh’.

Keadaan itu berlaku kerana Pas kini sudah benar-benar beriltizam untuk berkongsi kuasa memerintah negara bersama-sama dengan PKR dan DAP, biar pun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan sendiri.

Berikut penulis paparkan beberapa tindakan dan sikap Pas yang dianggap ‘aneh’ dan tidak lagi mencerminkan perjuangan dan identiti parti itu sebagai pejuang Islam – satu pendekatan yang suatu ketika dulu membantu Pas sampai ke tahap sekarang.

* Mengubah haluan Perjuangan – jika suatu ketika dulu Pas begitu beria-ia hendak menubuhkan negara Islam tetapi kini ia sudah berubah kepada negara berkebajikan.

Perubahan dasar ini menurut sumber dilakukan kerana kepimpinan Pas percaya perjuangan menegakkan negara Islam akan membantut impian parti itu untuk berkuasa bersama-sama PKR dan DAP.

Apatah lagi Pas memahami bahawa DAP sejak dulu lagi memang menentang keras penubuhan negara Islam dan ia sekali lagi ditegaskan oleh DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh dalam isu pusat hiburan di Kedah baru-baru ini.

Oleh itu bagi menjaga hati dan memastikan perjuangan negara Islam tidak menjadi duri dalam daging bagi hubungan di kalangan pakatan pembangkang maka perubahan dasar perjuangan pun dilakukan kepada negara berkebajikan.

* Semakin terhakisnya kepimpinan ulama – Keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini sudah menampakkan dengan jelas bahawa keyakinan sebahagian besar penyokong Pas bahawa golongan ulama boleh membawa parti ke puncak kuasa semakin pudar.

Oleh itu mereka membuat keputusan memberi kemenangan kepada bukan ulama untuk menduduki jawatan-jawatan penting, biar pun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang ulama.

Malahan pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi sendiri tanpa berselindung menegaskan kepimpinan yang terpilih adalah barisan pilihan raya.

Ia seolah-olah menggambarkan perasaan putus asa di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas untuk menaruh harapan kepada golongan ulama bagi mengarak panji-panji parti itu meraih kemenangan menawan Putrajaya bersama-sama PKR dan DAP.

Ketika ini sudah tidak ada lagi perhitungan apatah lagi perasaan membelek kembali sejarah bagaimana Pas ditubuhkan dan siapakah yang bertanggungjawab meletakkan parti itu pada tahap sekarang.

* Menolak kerjasama dengan UMNO tetapi sedia ‘tunduk’ kepada DAP. - Sejarah perjalanan politik negara sudah membuktikan bagaimana pemimpin dan ahli Pas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO biar pun demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Sebaliknya, Pas bukan sahaja membuka pintu seluas-luasnya untuk menjalin kerjasama politik dengan PKR dan DAP tetapi juga bersedia ‘tunduk’ dengan kehendak kedua-dua parti berkenaan.

Semua itu berlaku kerana berdasarkan kepada pilihan raya umum 2008, Pas terlalu yakin kedudukan pembangkang kini semakin kukuh dan mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun Pas sama sekali tidak mahu memikirkan bagaimana dalam kerjasama itu parti lebih banyak ruginya daripada untung.
Malahan walaupun Pas turut berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang namun Pas tidak ada suara untuk menegakkan perjuangan berlandaskan Islam.

Ia kerana di kedua-dua negeri itu segala-galanya ditentukan oleh DAP manakala Pas hanya mengikut sahaja.
* Bersikap ‘double standard’ - Walaupun sebagai sebuah parti Islam, Pas sepatutnya menegaskan yang benar itu benar yang salah tetap salah, namun dalam banyak perkara Pas lebih banyak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.
Ia jelas apabila Pas turut bermati-matian mempertahankan pemimpin-pemimpin pembangkang yang terlibat dalam masalah moral.

Biar pun bukti semakin jelas dan nyata namun demi kepentingan politik kekuasaan, Pas sanggup bersekongkol dan mengeluarkan pelbagai kenyataan demi mempertahankan golongan berkenaan.

* Membiarkan diri diperalat - Demi kepentingan politik kekuasaan juga, Pas sanggup diperalatkan oleh PKR dan DAP serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sehaluan dengan pembangkang.

Ia terbukti apabila Pas terlibat dalam demonstrasi haram bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Walaupun hakikatnya selama ini Pas sudah menang banyak kerusi termasuklah memerintah Kelantan sejak 21 tahun lalu, di Terengganu selama sepenggal dan kini di Kedah melalui satu pilihan raya yang telus dan adil, namun Pas tetap mahu bermain politik.

Justeru Pas bersedia berganding bahu dengan Pengerusi pertubuhan haram Bersih, Datuk S.Ambiga yang suatu dulu ditentang oleh parti itu kerana cuba menggugat kesucian agama Islam.

Tetapi Pas bersedia memaafkan Ambiga dengan menurunkan penyokong-penyokongnya ke jalanan. Jumlah penyokong Pas lebih ramai berbanding PKR dan DAP. Kedua-dua parti itu sememangnya bergantung kepada Pas sama ada dalam pilihan raya mahupun demonstrasi.

Demikianlah beberapa perkara berkaitan perjalanan politik Pas yang semakin aneh dari semasa ke semasa dan ia diketengahkan oleh kalangan mereka sendiri.

Sebagai kesimpulan fikir-fikirkanlah apa yang dicoretkan oleh seorang penyokong Pas dalam sebuah blog yang menyokong parti berkenaan.

Antara lain individu tersebut bertanya;

‘‘Kenapa Pas dah lari daripada matlamat dan perjuangan yang asal? Mana matlamat nak membentuk sebuah negara Islam? Apa yang dah berlaku?

‘‘Kenapa semuanya berubah bila bergabung dengan PKR? Adakah Islam digunakan sebagai alasan politik Pas semata-mata? DAP tetap dengan perjuangan mereka, perjuangan yg bertentangan dengan Pas, tetapi kenapa hingga hari ini Pas hanya tutup mata? Adakah ini semata-mata untuk meraih undi daripada kaum lain sehingga sanggup membelakangkan perjuangan asal… apa dah berlaku dalam Pas ni?

Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin Pas menjawab persoalan ini, apa yang pasti pendekatan politik parti itu kini semakin merugikan mereka. -UM

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.