Tuesday, June 28, 2011


Semakin dekat tarikh perhimpunan Bersih semakin runsinglah rakyat Malaysia  yang sayangkan negara dan cintakan keamanan.   Hanya rakyat yang tidak tahu bersyukur akan nikmat yang dikecapi yang ingin menyertai demonstrasi yang bertujuan untukmemusnahkan negara sendiri. 
Beribu laporan polis dibuat dengan harapan tindakan pencegahan sebelum parah diambil oleh pihak berkuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri.  Namun, sehingga kini, Menteri Dalam Negeri masih bingung seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. 
Benar, tangkapan dan pendedahan yang dibuat oleh pihak polis membuktikan kecekapan mereka.   Tahniah diucapkan kerapa PDRM. 
Tetapi, semua orang tahu bahawa mereka yang ditangkap itu hanyalah alat bukannya dalang sebenar.   Dalang sebenar masih bebas, masih giat ke sana ke mari mempromosi demonstrasi ini malah semakin galak dan berani mendapatkan kerjasama artis berpengaruh untuk menambah bilangan peserta demonstrasi.   Dengan setiap usaha promosi, tidak mustahil mereka akan dapat menambah jumlah peserta.    
Malah, mereka juga menggerakkan demonstrasi yang sama di kedutaan-kedutaan Malaysia luar negara untuk menunjukkan kononnya orang Malaysia semuanya menentang kerajaan.  
Ini membuktikan yang mereka benar-benar nekad untuk menjadikan Malaysia sebagai Libya atau Mesir melalui Bersih 2.0.   Dengan keazaman ini, mereka tentunya sudah punya perancangan yang besar untuk mencetuskan amuk yang menggila untuk memastikan keganasan antara polis dan orang awam tetap berlaku walau dengan apa cara sekalipun. 
Tidak mungkin mereka hanya merancang untuk menggertak dan mengacah kerajaan sepertimana Menteri Dalam Negeri asyik menggertak dan mengacah mereka selama ini. 
 Jelas kini, mereka sudah tidak sabar lagi kerana setiap rancangan mereka untuk membuat huru-hara besar-besaran sebelum ini gagal.     
Ketua mereka juga pasti sudah puas mengepam dana namun pemimpin boneka harapan mereka masih belum menampakkan gaya akan mampu merampas kuasa melalui pilihanraya.   Kerana itu, Bersih 2.0 harus menjadi ‘grand finale’ pengkhianatan mereka terhadap negara ini.  
Kesan sampingan dari Bersih bukan hanya berkisar mengenai kerugian yang akan dialami oleh peniaga dan pemandu teksi.  Atau aktiviti harian rakyat kota.  Bersih 2.0 walaupun hanya sehari akan mengakibatkan kesan yang berpanjangan akibat dari imej negara menjadi buruk. 
Pada tahun 1998, ketika Anwar mula-mula menggerakkan demonstrasi, media-media asing membuat liputan seolah-olah Malaysia berada dalam huru-hara sedangkan ia hanya berlaku di satu tempat sahaja.  Untukmemburukkan lagi imej negara, Anwar memastikan demonstrasi diadakan secara bersiri iaitu setiap minggu dengan berita mengenainya dilaporkan oleh media-media asing secara ‘intensif’. 
Dengan itu, Anwar berjaya menghalang pelabur dan pelancong ke Malaysia sekali gus menyukarkan usaha kerajaan untuk menjana ekonomi demi rakyat.
Walaupun siri demonstrasi itu tidak bertahan lama iaitu hanya dua-tiga bulan, tetapi media-media asing memainkan laporan tersebut berterusan sehingga 2001 bagi mengsabotaj ekonomi negara.   Kemungkinan besar dengan harapan agar kerajaan BN akan dapat ditumbangkan melalui pilihanraya.  Namun, BN kekal kukuh di bawah kepimpinan ulung Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Kini, kepimpinan Najib juga semakin popular di dalam dan juga di luar negara.  Ekonomi Malaysia terus meningkat dan Malaysia sentiasa aman damai.    Musuh-musuh yang iri hati dengan kejayaan Malaysia sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Malaysia dengan menggunakan para pengkhianat di dalam negara.   Bagi mereka, sudah sampai masanya untuk Malaysia dihancurkan terus pada 9 Julai ini.
Memandangkan kesungguhan mereka, amatlah tidak wajar dalang-dalang pengkhianat ini dibiarkan terus menghasut, menanam kebencian dan prasangka buruk yang melampau-lampau terhadap kerajaan.  Sudah sampai masanya undang-undang mengenai keselamatan negara iaitu ISA digunakan terhadap mereka.
Bukankah Menteri Dalam Negeri sendiri telah berkali-kali membuat kenyataan mengenai bahayanya Bersih?
Sedangkan rakyat sudah lama tahu betapa bahayanya Bersih, seperti juga bahayanya hasutan akhbar-akhbar berbahasa Cina dan kebiadapan Namewee.   Rakyat tidak perlu diingatkan tentang bahaya para ekstremis dan pengkhianat ini.  Apa yang rakyat perlu ialah melihat tindakan tegas bagi mengekang dan mencegah kegiatan mereka sebelum keadaan menjadi semakin parah.
Lebih dari itu, rakyat ingin mengingatkan bahawa Menteri Dalam Negeri yang lembab dan tidak pro-aktif juga, adalah merbahaya untuk keselamatan negara.
Melihat dari gerak kerja Bersih, tiada siapa boleh menafikan yang mereka mempunyai dana yang cukup banyak dan tidak putus-putus.   Inilah yang kita risaukan kerana dengan dana yang sebanyak itu, mereka pastinya mampu membeli dan menjual siapa sahaja termasuk para menteri. -MI

Ada Wang Ada Amoi. Ini adalah bertepatan sekali dengan jutawan-jutawan di China. Di provinsi Wuhan 6o wanita bujang memasuki pertandingan runway untuk menjadi isteri kepada jutawan. Jika anda lelaki anda harus memehuni beberpa kriteris

a. Mempunyai harta berjumlah 30 juta yuan
b. Pendapatan tahunan paling cikai 1 juta yuan
c. Membayar tiket untuk event beharga 99.999 yuan

Ok? Kalau memenuhi kesemua diatas anda boleh lihat 60 amoi pakai bikini dan kemudiam pilih siapa yang menjadi pilihan hati anda.












Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan akhirnya mengakui BERSIH 2.0 pimpinannya menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) tetapi bagi projek-projek lain, dan bukannya untuk perhimpunan bulan depan.
NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan yang bertopeng demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat.
OSI pula adalah yayasan yang juga bertopeng demokrasi yang dimiliki oleh penyangak mata wang Yahudi, bernama George Soros, individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.
Difahamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan yang rapat dengan kedua-dua yayasan tersebut kerana Albright dan Soros merupakan dua tokoh Yahudi yang menaungi politik Anwar sejak dari akhir tahun 1990-an.
“Perhimpunan bulan depan akan disponsor oleh kerajaan negeri Selangor”, kata Ambiga seperti dilaporkan portal pro Anwar, The Malaysian Insider. Klik di sini










Ambiga berkata demikian kepada pemberita semalam selepas beliau disoal siasat oleh polis berhubung Himpunan Bersih 2.0 anjuran pihaknya.
Seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah mengakui NDI dan OSI memberi dana kepada BERSIH khusus untuk kerja-kerja pemantau pilihan raya berkaitan projek persempadanan bahagian pilihan raya.
“Dana datang daripada sumbangan awam. Kebanyakan adalah dari rakyat Malaysia di luar negara. Ramai yang memberi sumbangan tanpa memaklumkan identiti mereka ke dalam akaun bank kami”, katanya. - AIDC

Semalam bertempat di Lorong Kulit (Belakang Stadium Bandaraya) BN Negeri Pulau Pinang bersama-sama BN Jelutong telah menggempur kawasan tersebut untuk bersama-sama rakyat dalam program Walkabout Bersama BN. 

Pelbagai masalah telah dinyatakan oleh pengunjung dan perniaga dikawasan tersebut dan meminta BN Negeri untuk tolong menyelesaikan masalah mereka setelah kerajaan negeri tidak menghiraukan masalah-masalah dikawasan tersebut.

Apa yang pasti sokongan rakyat terhadap BN di negeri Pulau Pinang telah meningkat berbanding tahun 2008. Ini disebabkan segala usaha yang dibuat oleh BN terbukti untuk kepentingan rakyat dan bukannya bersifat populis seperti yang dibuat oleh kerajaan negeri dibawah pentadbiran DAP.

Selain daripada itu pengunjung dan peniaga disitu diberikan bag shopping supaya pengurangan beg plastik dapat dikurangkan dalam usaha untuk menjaga alam sekitar untuk generasi masa depan. 

Program seperti ini akan diadakan setiap minggu di lokasi yang berlainan supaya rakyat lebih dekat dengan BN dan penerangan mengenai isu-isu semasa yang membabitkan kepentingan rakyat dapat dibuat dengan efektif dan sistematik.














KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) selepas dilihat cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. 

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk mengambil kira bahan bukti yang dirampas daripada 31 aktivis PSM yang ditahan polis baru-baru ini.
"Banyak persediaan yang mereka (aktivis) sudah lakukan seperti mengedarkan risalah dan memakai baju T yang berunsurkan fahaman itu bagi tujuan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.
"Polis akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan mereka menghentikan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga "Ops Lusuh" bersama Celcom Axiata Berhad, yang bertujuan mengenal pasti tindakan untuk membanteras vandalisme. 

Mohd Bakri berkata, siasatan itu juga dibuat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terpelihara. 

"Tindakan yang dilakukan aktivis ini boleh mengkucar-kacirkan negara...kita akan pastikan bahawa kes ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat," katanya. 
Pada Sabtu lalu, polis menahan 31 orang aktivis PSM termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj di plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang. 

Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini. 

Kempen mereka ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu. - BERNAMA 

Tindakan Anwar Ibrahim enggan melepaskan jawatan disandangnya walaupun secara terang-terangan terlibat dengan skandal seks bukan saja boleh merosakkan imej Islam, malah penghinaan kepada rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang pemimpin yang kotor seperti ini.

Tidak terlepas juga pemimpin pakatanharam terutamanya pemimpin PAS dan yang beragama Islam kerana sengaja  pejamkan mata menolak kebenaran demi kepentingan politik masing-masing.  

Apa yang pasti Anwar tidak akan melepaskan jawatannya selaku Ketua Pembangkang sebaliknya dia mencari pelbagai helah bagi menafikan tuduhan itu. Pelbagai taktik digunakan untuk mengalih perhatian rakyat agar tuduhan terhadapnya dilihat sebagai satu konspirasi untuk menjatuhkannya.

Apabila 99.9 peratus pelakon dalam video seks tersebut menyerupai Anwar, PAS, DAP dan PKR sewajarnya mencari kebenaran, jangan menafikannya tanpa berusaha cari kebenaran. 
Lihatlah bertapa kotornya politk pembangkang. Mereka boleh panggil pakar dari negara luar untuk menafikan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah bagi kes Teoh Beng Hock, mengapa tidak bagi kes Anwar Ibrahim mereka tidak boleh panggil pakar dari luar????
Sekiranya Anwar menganggap dirinya sebagai pemimpin tertinggi, dia wajib melepaskan jawatannya kerana dibabitkan dengan perbuatan tidak bermoral. Sekurang-kurang imej Islam dapat diselamatkan daripada tercemar.

Ramai pemimpin tertinggi di seluruh dunia meletakkan jawatannya apabila disabitkan dengan masalah seks. Ini bukan saja soal agama ia adalah satu nilai sejagat apabila pemimpin ada masalah seteruk ini perlu meletakkan jawatan sekurang-kurangnya sehingga namanya dibersihkan.

Jadikan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai contoh, apabila dikaitkan dengan skandal seks dan beliau terus melepaskan jawatan disandangnya, itu baru dinamakan ahli politik yang sebenar. Bukan macam Anwar, takut untuk berdepan dengan masalah dirinya. bukan itu saja, rakyat diheretnya sekali untuk menyelesaikan masalah anunya yang tak reti duduk diam.

EKORAN isu semasa mengenai perhimpunan atau demonstrasi, mungkin ramai pembaca yang sudah merujuk dan menghayati peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan asasi.

Peruntukan yang paling berkaitan ialah Perkara 10(1)(b) yang menyatakan, ‘Tertakluk kepada Fasal (2), 3 dan (4), semua warga negara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata’. Fasal 2(b) menjelaskan mengenai kuasa Parlimen untuk ‘…mengenakan ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam’.
Kebebasan untuk berhimpun begitu penting di dalam amalan demokrasi. Atas dasar itulah ia dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, seperti kita lihat peruntukan di atas, kita tidak harus lupa bahawa peruntukan yang sama mengiktiraf kuasa Parlimen untuk mengenakan sekatan kepada kebebasan ini sekiranya difikirkan ‘perlu atau suai manfaat’ kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam. 

Saya amat yakin mereka yang terdidik di dalam bidang undang-undang, terutama peguam memahami peruntukan ini – sama ada mengenai hak untuk berhimpun dan kuasa Parlimen untuk membuat sekatan yang ‘perlu dan suai manfaat’ kepada kepentingan keselamatan negara atau ketenteraman awam. 

Tetapi menerusi perbincangan dan pembacaan, saya agak sangsi sama ada mereka yang menyokong perhimpunan sebegini menghargai kuasa Parlimen dan juga maksud frasa ‘keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya’ dan ‘ketenteraman awam’. Mungkin pada mereka, kebebasan untuk menyuarakan pendapat melalui perhimpunan tidak akan mengganggu keselamatan negara atau ketenteraman awam kerana mereka berjanji akan sentiasa patuh kepada undang-undang negara. Alangkah baiknya sekiranya ini benar. 

Namun begitu, adakah janji seperti ini akan dapat meyakinkan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara? Ia agak mustahil. Pihak keselamatan tidak mungkin yakin dengan janji sebegini kerana perhimpunan sebegitu besar semestinya payah untuk dikawal. Cuba kita bayangkan sekiranya peserta perhimpunan ini yang mengawal keselamatan dan ketenteraman awam. Tidakkah mereka juga bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku? 
Dari kacamata siapakah kepentingan keselamatan negara dan ketenteraman awam perlu ditentukan? Siapakah sebaik-baik pihak yang patut menentukan sama ada kebebasan berkumpul ini akan mengancam keselamatan atau ketenteraman awam ataupun tidak? Sejauh mana orang awam mengetahui mengenai tahap ancaman dan juga tahap keselamatan negara. Mungkin benar orang awam boleh mengagak dan membuat andaian, tetapi mungkin tidak begitu tepat seperti mereka yang ahli. 

Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal kerana perasaan fanatik peserta perhimpunan, saya percaya mereka akan menuding jari kepada pihak keselamatan negara. Sekiranya ini berlaku mungkin orang lain, terutama pihak keselamatan pula akan disalahkan. 

Mungkin perlu juga kita ketahui maksud dua frasa penting yang berkaitan. Apa maksud ‘keselamatan Persekutuan’ dan ‘ketenteraman awam’? Ini penting untuk difahami. Ia membolehkan kita membuat analisis mengenai maksud yang ingin dicapai oleh undang-undang ketika meletakkan sekatan ke atas kebebasan berhimpun. 

Secara umumnya kedua-dua frasa ini amat berkait rapat walaupun kita dapati tiada tafsiran undang-undang yang khusus mengenainya. Frasa ‘keselamatan negara’ menunjukkan keperluan untuk menjaga negara daripada ancaman aktiviti subversif (Black’s Law Dictionary, 1999, hlm. 821). Ketenteraman awam pula merujuk kepada keteraturan sistem kehidupan di kalangan khalayak awam untuk kebaikan mereka (reP.P Long@Jimmy & Ors[1976] 2MLJ 133, hlm. 136). Ia mempunyai maksud yang sama dengan keselamatan awam (re Tan Boon Liat [1976] 2 MLJ 82, hlm.86). 

Kekacauan kepada ketenteraman awam adalah berbeza daripada perbuatan melanggar undang-undang. Perbuatan melanggar undang-undang hanya membabitkan individu atau beberapa individu saja. Sekiranya perhimpunan dilakukan tanpa permit, ia adalah melanggar undang-undang. Tetapi, ia berbeza dengan perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam yang bermaksud perbuatan yang menjadikan persekitaran atau patologi tidak selamat di kalangan orang awam. 

Ujian perundangan untuk menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu hanya perlakuan melanggar undang-undang atau ia menjejaskan ketenteraman awam ialah, adakah perlakuan itu menyebabkan rasa tidak selamat orang awam atau kumpulan masyarakat yang berada di suatu tempat; atau adakah ia hanya membabitkan individu tertentu saja tanpa menjejaskan kestabilan atau ketenteraman awam. 

Sekiranya perlakuan itu hanya mengganggu seorang atau beberapa individu saja, ia hanyalah perbuatan melanggar undang-undang. Sekiranya ahli masyarakat tidak dapat menjalankan aktiviti atau rutin harian, maka perbuatan itu adalah gangguan kepada ketenteraman awam. Oleh itu maksud keadaan yang menjejaskan ketenteraman awam ialah ia mengganggu aktiviti atau rutin harian ahli masyarakat. 

Berdasarkan tafsiran undang-undang itu, bukankah perhimpunan seperti dirancang itu adalah ancaman kepada keselamatan negara dan keselamatan awam? Adakah mereka yang menyertai perhimpunan mementingkan diri tanpa menghiraukan hak orang lain dalam sistem demokrasi? Bukankah mencegah itu lebih baik? - BH 

Inilah masalah yang akan terjadi apabila mengambil badut sarkas menjadi Ahli Parlimen...Ada saja lawak bodoh yang akan dibuatnya untuk mendapat perhatian orang..Malang sungguh nasib Raja porno negara kerana orang-orang yang bersamanya berperwatakan sebegini...


Di mana sahaja ada umat Islam, perkataan pecah sudah sinonim. Masing-masing mempunyai agenda dan kepentingan diri, terutama untuk mendapat habuan dunia bersifat sementara. Kita sengaja mewujudkan kumpulan dalam kumpulan atau klik atau ‘orang kita’. Bukan tidak boleh, tetapi jangan sampai menikam dari belakang atau menaruh pasir dalam periuk sesama saudara. Akibatnya, kita juga yang akan rugi. Orang lain bertepuk tangan. 

Umat Islam sepatutnya bersifat rasional dan profesional, bukan emosional. Tindakan terlalu beremosi hanya akan mengundang kepupusan menjadi lebih cepat. Pada saya, pertembungan sesama umat Islam mesti dielakkan kerana tidak ada sesiapapun akan menang. Kalah jadi abu, menang jadi arang. Walaupun Pengerusi Bersih berkata perhimpunan ini tidak ada kaitan politik, takkan kita masih tidak dapat membaca makna tersurat dan tersirat. Beliau hanya mahu memperalatkan umat Islam. Jika tidak percaya, umat Islam jangan turun, biarlah kita lihat berapa kerat bukan Melayu menunaikan niat ‘Bersih; mereka.

Saya sudah dapat mencium baunya. Tidak perlulah berselindung atas nama NGO, berpura-pura atau nampak seolah-olah tidak dipengaruhi mana-mana pihak. Agenda ada udang di sebalik batu amat terserlah. Kajilah sejarah sepanjang beliau memimpin Majlis Peguam. Apa pandangannya terhadap Islam. Jika umat Islam terus berdegil, ditakdirkan berlaku pertembungan, siapakah akan rugi? Kita semua bersaudara. Takkan kita sanggup berbunuhan sesama sendiri.

Kenapa sesama bangsa dan seagama perlu berpecah? Ambillah pengajaran penyatuan budaya bangsa lain. Satu bangsa, berbagai agama, ada Buddha, Taoism, Konfucius, Kristian dan Hindu, mereka tetap bersatu atas nama satu bangsa. Pada mereka, agama tidaklah terlalu penting. Apa yang penting ketuanan bangsa mesti ditegakkan. Agama boleh datang dan pergi, sedangkan bangsa akan terus kekal. Untuk pastikan kemegahan bangsa terus kekal, maka ia mesti dipertahankan bersama jati diri bermati-matian. Maka tidak hairan mereka menolak sama sekali identiti Melayu seperti bersongkok dan berbaju Melayu, kerana takut diMelayukan.

Di negara maju, kewujudan pelbagai parti politik dan pertubuhan adalah perkara biasa. Mereka amat profesional. Setiap pertubuhan akan bertindak sebagai check and balance, kerana itu adalah antara asas demokrasi. Pimpinan kerajaan bertukar adalah perkara biasa seperti berlaku di Amerika Syarikat dan Britain. Tetapi tidaklah sampai berlaku perpecahan sehingga ke akar umbi, seterusnya terbawa-bawa ke pejabat kerana ia akan menjejaskan kualiti dan produktiviti.

Tidak seperti kita, tidak cukup dengan perpecahan, kita amalkan cucuk sana, cucuk sini seperti politik sate. Apa yang kita dapat hasil semua ini? Perbezaan ideologi politik tidak seharusnya menjadikan kita saling menghina dan bermusuhan. Tidakkah lebih baik perbezaan ini dimanfaatkan untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan demi kemajuan umat dan negara. Firman Allah SWT:

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) (surah Al-Baqarah: 48).

Kewujudan pelbagai pertubuhan tidak salah. Tidak perlu dibubarkan. Apa yang lebih penting adalah aktiviti (amal) yang dilakukan. Jangan sampai kita tidak boleh duduk semeja membincangkan perkara-perkara yang boleh membangunkan umat kerana sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat bagi orang lain, itulah pesanan Nabi kita.

Ambillah pengajaran perpecahan politik umat Islam yang berlaku pada masa lalu yang amat merugikan sehingga menjadi al-Fitnah al-Kubra (bencana besar). Ketika itu umat Islam berpecah kepada tiga kumpulan. Pertama: kelompok Saidina Ali, kedua: kelompok Muawiyah, dan ketiga: kumpulan neutral yang tidak berpihak kepada salah satu dari dua kelompok tersebut.

Kedua-dua kumpulan pertama memiliki pengikut yang banyak. Manakala kumpulan neutral tidak kurang juga hebatnya. Antara sahabat yang bergabung di dalam kumpulan ini adalah, Abdullah bin Umar (Ibnu Umar), Saad bin Malik, Saad bin Abi Waqqas, Muhammad bin Maslamah, Usamah bin Zaid, dan lain-lain.

Pertembungan dan pertentangan antara kumpulan Muawiyah dan Ali sampai kepada kemuncak sehingga membawa kepada perang Siffin. Melihat kepada kumpulan Muawiyah hampir kalah, mereka bersetuju menyelesaikan konflik melalui rundingan. Perundingan berlaku pada Ramadan tahun 37 Hijrah. Kelompok Muawiyah diwakili Amru bin Ash, manakala kelompok Ali diwakili oleh Abu Musa Al-Asy’ari.

Namun, ia hanya bersifat sementara. Kumpulan neutral pun tidak dapat menyelesaikannya. Umat Islam berpecah semula selepas itu, malah bertambah tenat. Mereka tidak pernah mengambil pengajaran sehinggalah bencana besar menimpa kerana sentiasa berprasangka dan saling tidak percaya-mempercayai antara satu sama lain. Nampaknya peristiwa ini akan berulang lagi. Petanda kepupusan semakin hampir, jangan sampai terperangkap.

oleh RIDHUAN TEE ABDULLAH


Celako,celako,celako mu HadiAmbo ingat kalau ambo tak bersuara kurangla kontroversi dalam PAS. Tapi sama gak. Orang kata mu, hj Hadi lagi teruk daripada ambo kerana penakut dan dilihat bersikap dwi-standard dalam membicarakan tentang hukum Islam apabila berhadapan dengan isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perhimpunan haram Bersih.

Mu ingat dengan membela  orang yang gila seks dengan pendirian bahawa tuduhan terhadap Anwar hanya boleh diputuskan melalui hukum Islam akan menjadikan mu sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan haram dapat menawan Putrajaya dan Anwar di tangkap atas tuduhan meliwat. Mu tak kenal lagi siapa Anwar, seorang penipu, pembohang dan pandai berkata-kata. Ambo dah kena....

Mu ingat dengan bertindak 'menghalalkan' perhimpunan haram Bersih dan menghantar paling ramai orang boleh membuatkan mu jadi hero dalam pakatan haram. Babiga, mu nak letak mana??

Mu kena ingat, mengapa dalam isu Anwar mu suruh guna kaedah Islam tetapi sewaktu berdepan dengan 'kegilaan' perhimpunan Bersih mu tak suruh mereka berpandukan pada ajaran Islam. Mu kena sedar bahawa Islam tidak pernah mengajar umatnya bertindak di luar batas peraturan dan pertimbangan sehingga boleh menimbulkan kekacauan atau kebimbangan dalam masyarakat.

Mu sanggup ke menanggung dosa ahli-ahli mu apabila mereka menyertai perhimpunan itu..Sudah-sudah la Hj Hadi. Ambo pun dulu sama gak dengan mu. Teringin nak jadi Perdana Menteri dan janji-janji Anwar cukup menyakinkan sehingga ambo sanggup buat kerja bodoh.

Ambo harap mu jangan buat kerja bodoh ni menjadi Pak turut kepada puak-puak natang beruk ni macam ambo buat dulu...Dari dulu lagi kerja mereka nak pecahkan umat Islam di Malaysia....

Monday, June 27, 2011





Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bebas, Bayan Baru menceritakan pengobanannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika parti itu hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, iaitu hanya menang satu kerusi parlimen sahaja di Permatang Pauh pada tahun 2004.
“Saya ambil alih (PKR pada) Januari 2005…(Masa itu hanya) tinggal satu kerusi. Kalah semua. Habis semua jentera PKR pada masa tu dah lemah, rosak, semua dah lari, bungkus…Tapi, selepas saya diminta oleh Anwar, sebab saya anggap dia kawan pada masa itu dan saya percaya dengan perjuangan dan prinsip beliau terhadap pembelaan nasib orang Melayu..Islam. Sebab itu saya terima…”kata Zahrain, ketika ditemui AIDC di bangunan parlimen, 23 Jun.
Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang turut menceritakan pengalamannya bersama Anwar menemui penduduk Kampung Buah Pala dan perancangan DAP untuk mencaturkan pemimpin PKR dan PAS.
Ikutilah wawancara itu sepenuhnya.
AIDC :Saya difahamkan, Datuk bersama Anwar ketika sebelum Pilihan Raya 12 menemui penduduk Kampung Buah Pala dalam video yang disiarkan di youtube. Boleh Datuk ceritakan, apa janji Anwar pada masa itu?
YB Datuk Zahrain : Anwar, pada masa itu ada beberapa penduduk yang minta nak berjumpa dengan Anwar Ibrahim. Anwar pada masa itu ada program di Pulau Pinang. Saya masa tu (saya) Pengerusi PKR.
Saya bagitahu dia, ada masalah di Kampung Buah Pala masa tu. Dan saya hanya sampaikan mesej penduduk di situ bahawa mereka nak jumpa.
Dia setuju. Lepas saya bawa dia pergi ke sana, Kampung Buah Pala, jumpa penduduk di situ. Dan penduduk pun cerita masalah apa yang berlaku, mereka terpaksa pindah dan sebagainya.
Dan selepas dengar tu, Anwar bagitahu dia orang, (masa itu) dah dekat pilihan raya pun. Anwar bagitahu, dia janji dengan mereka mengatakan kalau Pakatan Rakyat (PR) menang pada masa itu, dia akan arahkan Ketua Menteri turun untuk menyelesaikan masalah Kampung Buah Pala.
Jadi, yang tu janji yang dia buat. Bila dia buat janji tu, saya (kemudian) tanya dia, betul ka?Don’t worry. Itu Anwar Ibrahim kata. Saya pun terkilanlah bila dia cakap begitu, confidentkan.
Penduduk Kampung Buah Pala seronoklah bila dia berkata begitu?
Seronok lah. Seronok lah dengar janji tu dan sorak, kuat lah.
Janji Anwar, dengan cara dia bercakap, dengan cara dia tekankan akan mengarah Ketua Menteri yang baru untuk turun menyelesaikan masalah.
Dia punya andaian, memang Pulau Pinang Pakatan akan ambil alih dan tumpuan dia kepada Lim Guan Eng lah sebagai Ketua Menteri pada masa itu. Memang kita setuju pun.
Selepas Guan Eng menang dan menjadi Ketua Menteri, adakah Anwar tunaikan janji dia di Kampung Buah Pala seperti yang dijanjikan?
Selepas menang, isu Kampung Buah Pala memang dibawa kepada Kerajaan Negeri beberapa kali. (Tetapi) Guan Eng tak turun. Dia hantar Timbalannya, Ramasamy datang, (dan) Abdul Malik Abul Kassim untuk selesaikan.
Tapi, mereka ini tanpa kuasa yang sepatutnya diberi untuk menyelesaikan. Mereka tidak ada kuasa. Hanya Lim Guan Eng yang boleh tapi tak turun. So, benda tu macam ditarik pi balik..pi balik.
Bila kita memperingati kepada Anwar, dia kata, dia dah bagitahu kepada Lim Guan Eng dan Lim Guan Eng dah selesai dah.
Dia (Anwar) kata, itu biasalah perkara dalam election. Memang kita cakap boleh selesai, tapi bila dah berlaku tu, saya dah arahkan Lim Guan Eng, so (bagi) dia selesai lah.
Ramai kami dalam PKR, termasuk saya, YB Yusmadi (Balik Pulau) dan sebagainya nampak ada cara penyelesaian yang boleh buat.
Tapi saya ingat, dengan kedegilan Guan Eng dan saya rasa Anwar masa tu pun tak berani nak arahlah. Mungkin dia tengok Guan Eng dah jadi satu faktor yang penting bagi dia untuk menentukan dia ke Putrajaya.
Saya..YB Yusmadi dan beberapa lagi pimpinan PKR bagitahu kepada dia (Anwar)…minta Guan Eng selesai…(tetapi), dia tak berani berdepan dengan Guan Eng.
Datuk lihat, Anwar berani tak mengarahkan Lim Guan Eng atau Lim Guan Eng yang mengarahkan Anwar?
Saya rasa tak mungkin (Anwar akan arahkan Guan Eng) sekarang ini. Lainlah kalau Guan Eng setuju nak buat kerja itu. Tapi, kalau nak bagi arahan, nak tunjuk kekuatan yang dia niincharge, saya ingat Anwar tak mampu sekarang ini.
Sebab, saya sedar bila saya pegang jawatan Pengerusi PKR (Pulau Pinang), dia pesan kepada saya, selalu dia pesan, we must not be subservient to DAPWe, tu PKR lah.
Atas pendirian dia masa itu…saya pun naik kuat semangat supaya PKR ni bukan jadi budak suruhan DAP. Malah kita yang jadi pimpin, sama taraf dengan DAP.
Tapi, kebelakangan ini, bila kita nampak Guan Eng get this is way, isu-isu..tak payah besar pun, award atau anugerah daripada harijadi Gabenor untuk Datuk Ship, itu pun jadi masalah. Semua diputuskan oleh Ketua Menteri.
Malah, pihak PKR tidak ada suara langsung, tidak boleh buat keputusan apa pun.
Isu dalam Majlis Tempatan (MPP dan MPSP), di mana dia boleh pecat Ahli Majlis PKR tanpa rujuk, tanpa buat statement.
Itu bermakna, you sebagai rakan kongsi dalam politik, you kena berbincang dengan rakan kongsi you. You tak boleh buat keputusan begitu sahaja. Itu yang saya panggil dia (Guan Eng) diktator.
Walaupun pada masa itu Datuk adalah Pengerusi PKR?
Ya. Saya adalah Pengerusi PKR. Saya selar dia sebagai diktator. Sebab, dia kena bincang, kami rakan kongsi dalam pemerintahan kerajaan di Pualu Pinang.
Begitu juga Pas. Malah Pas, tempat apa pun, tak dapat. Pas ni hanya diremehkan di Pulau Pinang. PKR hanya dianggap sebagai budak suruhan DAP.
Itu yang saya kata dia chauvinis.
Cara dia mengendalikan kedudukan dia sebagai Ketua Menteri. Chauvinis daripada segi dia memperkecilkan PKR, meremehkan Pas, hanya DAP yang dominan.
Ini jelas apa yang berlaku dalam Majlis Tempatan. MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai)… dia pecat seorang ahli PKR dan tak mahu lantik sebagai whip balik.
Bila saya soal, dia tak jawab. Dan bohong bila (dia kata) kita buat keputusan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.
Pada mulanya dia tidak mempengerusikan, saya yang mempengerusikan. Bila saya mempengerusikan, ada isu-isu yang kita bincang.
YDP MPSP dipilih di kalangan orang politik, itu kita bincang. Tapi, bila datang Guan Eng, bila dia jadi Pengerusi, dia tolak dakwaan itu. Dia kata, kita tak bincang. Ini pembohongan besar…minit (mesyuarat) pun ada. Pihak Pas pun ada.
Jadi, nampak sangat bahawa, walaupun kita setuju dalam mesyuarat, oleh sebab dia tak hadir, dia boleh putar belit keadaan ataupun minit yang mengatakan benda itu tak dibincang.
Dia tolak perbincangan itu sebab dia tak setuju dengan perbincangan itu. Jadi, ini yang timbul masalah.
Kalau you nak ber rakan kongsi kuasa, you kena ada hormat menghormati antara satu sama lain. Dan kita tidak boleh sujud kepada Guan Eng sahaja.
Oleh sebab itu, saya tak boleh terima.
Bila Anwar Ibrahim tak ambil tindakan atas isu-isu ini. Isu Melayu, di mana kita nampak terserlah masalah peniaga-peniaga Melayu, isu-isu agama, majlis perarakan Maulidur Rasul dia kata dibatalkan. Bila kena serang, dia kata tak batal. Ini semua pembohongan.
Jadi bila perkara ini berlaku, Anwar masih tidak mahu menegur ataupun menyerang jauh sekalilah, tapi sepatutnya sebagai rakan kongsi, kita patut serang dia. Dia patut diserang, dikritik dengan teruk supaya dia sedar. Memperingat dia bahawa kita berkongsi kuasa, bukan you seorang yang memerintah.
(Tapi) ini tak berlaku.
Bila kita bawa kepada Anwar, seperti saya kata, ucapan saya diremehkan. Diremehkan dan dia mengatakan bahawa, tak apa, sabar..sabar, kita ada agenda lebih besar, so kita perlu sokongan Guan Eng. Itu yang disebarkan, yang diketengahkan.
Pada akhirnya Datuk yang dikenakan tindakan displin kerana membangkitkan persoalan-persoalan itu?
Itu saya kata, tindakan saya bila saya serang Guan Eng. Bila saya serang Guan Eng atas tindak-tanduk dia terhadap PKR, terhadap orang Melayu, terhadap agama Islam. Bila saya bawa beberapa kali yang isu-isu di Majlis tempatan dan sebagainya, dia tak endah, saya tegurlah, saya serang.
Tapi bila saya bawa isu ini, bukan saya diminta duduk semeja (untuk) berbincang, tapi (PKR) terus rujuk saya kepada Lembaga Dispilin.
Bagi saya, ini adalah satu tindakan yang kurang ajar. Di mana saya telah mengorbankan masa, wang ringgit dan dengan kepercayaan pada masa itu kepada Anwar Ibrahim.
Banyak pengorbanan telah saya lakukan. Di mana saya ambil alih PKR Pulau Pinang pada masa itu, keadaan PKR dah rosak, dah lingkup dah.
Tahun bila Datuk jadi Pengerusi PKR Pulau Pinang?
Saya ambil alih Januari 2005. Selepas Pilihan Raya 2004, di mana Pakatan Rakyat, masa tu belum Pakatan Rakyat lagi.
(Masa itu PKR hanya) Tinggal satu kerusi sahaja?
A’aa..tinggal satu kerusi. Kalah semua. Habis semua jentera PKR pada masa tu dah lemah, rosak, semua dah lari, bungkus.
Tapi, selepas saya diminta oleh Anwar, sebab saya anggap dia kawan pada masa itu dan saya percaya dengan perjuangan dan prinsip beliau terhadap pembelaan nasib orang Melayu..Islam. Sebab itu saya terima.
Walaupun dengan berat hati terima. Selepas terima kita bertanggungjawab memulihkan. Membangunkan semula keadaan PKR.
Dan Alhamdulillah, benda tu berlaku di mana saya wang ringgit, masa, pengorbanan saya. Masa tu saya tinggal di Kuala Lumpur, ulang-alik tiap-tiap minggu. Tubuh balik bahagian-bahagian, cawangan-cawangan dan tarik balik ahli-ahli untuk menyokong.
Pada masa itu, saya rasa puas hati sebab sekurang-kurangnya kerja yang kita lakukan telah berhasil.
Tapi yang (saya) tak boleh tahan langsung bila apa kerja yang saya lakukan diabaikan, diremehkan, diketepikan.
Agenda dia lebih besar, nak bawa Anwar jadi Perdana Menteri walaupun kita nak kena sujud kepada pihak-pihak yang menentang Melayu dan Islam. Ini masalahnya.
Dengar cerita Mat Sabu mendapat kepentingan di Pulau Pinang. Betulkah cerita itu?
Bagi saya, DAP, dia bukan tengok kepada PKR atau Pas. Dia lihat pemimpin itu.
Keutamaan DAP ialah kepada Anwar Ibrahim sebab depa ada, you sketch my back, I sketch your back. Dia ada, dia punya agenda.
Dia perlu Anwar Ibrahim. Dia tak perlu PKR. Dia tak perlu pemimpin-pemimpin PKR yang berfikiran waras, yang pegang pada perjuangan asal, perjuangan sebenar.
Dia mahu pemimpin Anwar Ibrahim dan mereka yang ada dalam PKR ini mesti taksub kepada Anwar Ibrahim. Apa Anwar kata, kena ikutlah. Anwar kata tak, taklah. Kalau pembohongan besar pun, depa boleh setuju.
Bermakna, dia hanya menghormati ataupun menerima pemimpin PKR yang membuta tuli sokong Anwar Ibrahim.
Pemimpin PKR yang menegur, mengkritik Anwar, mereka takkan terima. Ini terserlah setelah beberapa pimpinan PKR keluar daripada parti. Sebab dah fedup, tak boleh terima.
Saya berasa Pesuruhjaya Pas (YB Salleh Man) di Pulau Pinang, apa jawatan pun tak ada.
Termasuk Yang Dipertua Majlis Agama?
Majlis Agama kecil. Dia YB.
Malah, dia ambil Mat Sabu. Mat Sabu ni, dia ada special relationship dengan Guan Eng.
Masa itu dia dilantik duduk dalam PBA (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang) dan sebagainya, (masa itu Mat Sabu) bukan Timbalan Pengerusi Pas pun.
Dia (Mat Sabu) digambarkan sebagai pemimpin Pas yang boleh kaw-tim dengan Guan Eng, yang boleh bersama dengan cara Guan Eng.
Kenapa dia tak angkat (orang) macam Nasharudin. Kenapa dia tak angkat pemimpin-pemimpin lain dalam Pas dulu.
Pada masa tu, Mat Sabu bukan ada jawatan apa pun dalam Pas.
Hari ini, Mat Sabu dah menang sebab Mat Sabu penyokong kuat Guan Eng. Guan Eng telah sedaya-upaya mencari jalan untuk membetulkan keadaan dalam Pas supaya Mat Sabu dalam jawatan nombor dua.
Ini gerombolan Guan Eng, Anwar dan Mat Sabu lah.
Jadi sekarang, yang mengepalai Pas bukan Hadi, sekarang ni Mat Sabu. DAP, Guan Eng. PKR, Anwar. Jadi, mereka tiga orang dalam gerombolan ini, boleh buat macam-macamlah.
Jadi, DAP menjadi mastermind untuk mengangkat pemimpin yang mereka mahukan?
Memang. Daripada awal rancangan dia. Dan kita tengok terserlah di Pulau Pinang apa berlaku.
Macam Salleh Man, sepatutnya ada tempat. Kenapa angkat Mat Sabu? Mat Sabu bukan orang Pulau Pinang. Mat Sabu bukan Jawatankuasa Tertinggi dalam Pas pada masa tu.
Pada hal, Salleh Man pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Wakil Rakyat. Sepatutnya diberi tempat. Majlis Agama Islam ke diberi tempat. Usah cakap jawatan-jawatan lain.
Bermakna, Pas ni diremehkan di Pulau Pinang.
Sebab bagi saya, saya percaya Guan Eng, (tentang) isu Melayu, Isu Islam, bukan isu perjuangan dia. Jadi, dia akan meremehkan isu-isu itu.
Adakah dengan mengkambinghitamkan Fairus dengan menggantikan Mansor, ini menunjukkan orang Melayu harus mengikut telunjuk DAP?
Fairus, semasa dia menjadi Timbalan Ketua Menteri, memang dia memberi banyak masalah kepada Guan Eng. Sebab apa. Sebab dia nampak masalah, isu-isu, dia bawa isu Melayu, isu perjuangan dan sebagainya. Sebab Guan Eng tidak boleh bersama dia.
Dan sampai satu ketika, Anwar sanggup tunduk kepada Guan Eng. Cari jalan untuk mengubah, Fairus digantikan dengan Mansor. Jadi, ini cara mereka.
Walaupun sanggup korbankan orang sendiri, Anwar sanggup demi menjaga Lim Guan Eng?
Korbankan kawan tu, memang Anwar punya cara perjuangan dia. Ramai kawan-kawan dia telah terkorban.
Kawan dalam UMNO, kawan dalam ABIM, kawan dalam golongan ulama, kawan masa dulu. Ramai telah terkorban oleh Anwar.
Sebab dia letakkan diri dia lebih daripada semua.
Sekarang ini, kalau you tengok, mana ada kawan-kawan lama dia. Semua kawan baru. Semua kawan lama telah dipergunakan dan diperah, dipakai, diketepikan. Hanya kawan-kawan baru sekarang yang mungkin tidak tahu yang Anwar sebenarnya. - AIDC

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.