Tuesday, June 21, 2011


Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.


Kewujudan Perkara 160 (2) yang berkaitan dengan pemberian hak-hak istimewa ini perlu dilihat dan difahami daripada perspektif sejarah.

Perlembagaan ini hanya ada di Malaysia...Itu pun puak-puak PAS kata UMNO ni kafir...dan tidak mengiktiraf Malaysia ini sebagai sebuah negara Islam. Negara lain terutamanya negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam takde pun menyebut perkara ini dalam perlembagaan negara mereka.

Oleh yang demikian apabila kita menyebut pada Melayu, sudah semestinya kita merujuk pada Islam. Tak perlu dipertikaikan lagi kerana tidak ada orang yang berbangsa melayu bukan Islam.

Sedarlah wahai puak-puak PAS yang jumud bahawa perjuangan dan dasar yang dibawa oleh UMNO sebenarnya lebih Islam dari apa yang diperjuangkan oleh PAS yang kononnya bertopengkan dan berselindung disebalik nama Islam

Apa yang dilaung-laungkan itu tak penting... tapi apa yang penting adalah APA YANG KITA LAKUKAN.

***** ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS*******


Seronok tengok ‘lakonan’ aktor Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  Datuk Ambiga Sreenevasan, dalam filem Bersih 2.0. Silap haribulan lebih hebat dari filem  KL Gangster yang kini hangat ditayang di pawagam. Kedua-duanya nampak memang 'ngam' sekali. 
Kalau ikut skrip asal, Bersih ini filem aksi. Bagaimanapun petang Ahad ia bertukar jadi filem komedi apabila Anwar buka pekong beliau boleh meminta Ambiga membatalkan perhimpunan 9 Julai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.
Ewah...ewah ada main remote control ye. Bukankah Ambiga dok cerita satu dunia kononnya Bersih gerakan rakyat. Rupanya ada belakang kira.
 Senator Ezam Mohd Nor ketika dihubungi Agendadaily untuk ulas kenyataan Anwar itu kata bahawa memang ‘terang lagi bersuluh’ Ambiga ini adalah alat Anwar yang boleh dikawal macam ‘remote control‘Saya tidak terkejut cuma saya hendak tanya apakah ketika Ambiga membela seorang perempuan Islam murtad  Lina Joy juga atas arahan Anwar? ” soal beliau.
 
Ezam juga membangkitkan persoalan di mana Ambiga dan Bersih ini, di mana ketika pemilihan PKR tahun lalu yang diwarnai oleh ratusan laporan penyelewengan berlaku. “Suruh Bersih ini siasat dulu pemilihan PKR, ada kes bertumbuk, balik kerusi dan macam-macam lagi.
 
“Saya cadangkan Ambiga boleh bertemu dengan Datuk Zaid Ibrahim untuk dapat maklumat lanjut..” katanya sinis. Menurut Ezam lagi, Ambiga hanya boneka Anwar untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap SPR dan kerajaan. “Siapa bagi Ambiga mandat untuk menjadi juara demokrasi? Kerajaan Malaysia yang ada hari ini dipilih oleh rakyat.
 
“Tanpa sistem demokrasi bagaimana pembangkang boleh menang lima negeri, kerajaan BN tidak dapat 2/3 di Parlimen, dalam siri pilihan raya kecil, ada yang pembangkang menang, ada yang BN menang. “Mengapa apabila pembangkang menang tidak sebut soal penyelewengan SPR, dan selepas lebih tiga tahun pilihan raya umum ke 12, baru hendak buat macam-macam tuntutan?” katanya.
 
Jelas Ezam, Bersih hanyalah helah Anwar yang berdepan dengan berbagai-bagai skandal peribadi. “Bagaimanapun Anwar berjaya kerana ramai orang bodoh yang menyokongnya,” tegas beliau. Sementara itu, Ambiga ketika ditanya wartawan mengenai Ahad malam, ‘buat-buat marah’ pada Anwar kerana mengambil peranannya.
 
Beliau dalam nada berseloroh, berkata, ia bukan terpulang kepada Anwar untuk membuat keputusan tersebut.
 
"Kami telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan itu dan kamilah yang akan memutuskan sama ada hendak mengadakannya ataupun tidak," katanya sebelum pelancaran rasmi perhimpunan Bersih 2.0 di Dewan Perhimpunan Cina di ibu negara.
 
Sebelum itu Anwar  ketika berucap di konvensyen pilihan raya PKR di Shah Alam berkata beliau sanggup meminta Ambiga membatalkan hasrat itu 'esok juga'. "Jika Perdana Menteri dapat jamin pilihan raya serta senarai daftar pemilih yang bersih dan adil, maka kita tidak perlu ada perarakan besar-besaran," katanya. 
 
Bersih merancang perhimpunan haram itu kononnya bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil, termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil . - AgendaDaily
Bola sepak merupakan antara salah satu sukan yang paling popular diseluruh dunia. Bahkan ramai bintang bola sepak dikenali ramai dan gaji mereka merupakan antara yang termahal didunia ini. Namun disebalik gaji mereka yang mewah itu, ada risiko yang besar yang harus mereka tempuhi. Berikut dipaparkan beberapa kecederaan serius yang pernah terakam oleh lensa kamera....














Kelam kabut nampaknya pembangkang dan Bersih apabila Anwar Ibrahim memberi syarat kepada Najib untuk memastikan demonstrasi Bersih dibatalkan.    Mahu tidaknya, selama ini Ambiga sebagai Pengerusi Bersih begitu beria-ia memekik-mekik bahawa Bersih adalah NGO sepenuhnya dan bukan ditaja oleh pembangkang walaupun PAS sama-sama ingin menjadi juara demonstrasi tersebut.

Tiba-tiba Anwar Ibrahim membuat kenyataan sedemikian yang menunjukkan bahawa dia sebagai pemimpin pembangkang mempunyai kuasa untuk mengarah Bersih untuk meneruskan atau membatalkan demonstrasi.   Sekali gus memberi bukti kukuh terhadap apa yang diperkatakan ramai iaitu Bersih adalah permainan pembangkang dan bukannya telus, bebas dan benar-benar bersih seperti yang dijeritkan Ambiga.

Tersedar Anwar telah tersasul, Ambiga pantas bangun menempelak Anwar konon tidak berkuasa apa-apa untuk mengarah Bersih. Bagi lebih meyakinkan, dia cuba memperlekeh Anwar dalam kenyataannya.

Tidak cukup dengan itu, anak Anwar sendiri, Nurul Izzah tampil untuk menguatkan lagi penafian bahawa Anwar adalah dalang Bersih dengan membuat kenyataan yang memperlecehkan peranan pembangkang sekali gus bapanya sendiri dalam demonstrasi Bersih.

Nurul Izzah berkata,  “Perhimpunan ini dirancang kerana kehebatan batang tubuh Datuk Ambiga dan beliau hebat apabila menendang keluar parti-parti politik daripada berada dalam Bersih,”

Pujian dan sanjungan yang keterlaluan terhadap Ambiga dalam kenyataan Nurul Izzah membuktikan yang dia terdesak untuk meyakinkan orang ramai yang bapanya bukanlah dalang demonstrasi Bersih.

Anwar sebenarnya sudah semakin hilang kawalan terhadap penipuannya sendiri.  Kerana itu dia sering tersasul dan merepek akhir-akhir ini.    Sikapnya yang semulajadi bongkak tidak dapat menahan diri untuk menunjuk-nunjuk yang dia berkuasa sepenuhnya dan dialah wira sebenar dalam menentang kerajaan.   Sanjungan yan g diberikan oleh puak-puak pelampau Cina, golongan liberal India serta lebai-lebai tolol PAS terhadap Ambiga sedikit sebanyak mencabar keegoannya.

Lalu, Anwar tidak dapat menahan diri dari memberitahu dunia bahawa Bersih adalah di bawah telunjuknya dan Ambiga bukanlah wira atau ketua yang sebenar.

Nurul Izzah yang panik dengan kenyataan Anwar juga gagal untuk menyusun kata-katanya dengan baik lalu secara keterlaluan memuji dan menyanjung Ambiga sehingga menimbulkan rasa janggal dan pelik.   Apa hebatnya Ambiga, seorang peguam bodoh yang tidak tahu apa-apa mengenai cara menggubal undang-undang?   Apa hebatnya seorang yang ingin berjuang menuntut pilihanraya yang bersih tanpa dapat membuktikan yang pilihanraya sebelum ini adalah kotor?

Peguam apa bertindak tanpa bukti?  Peguam apa yang tidak tahu undang-undang?

Ambiga boleh terus menafikan yang dia bertindak mengikut arahan Anwar dan Nurul Izzah boleh terus memuji Ambiga konon pejuang sebenar.   Tetapi, di mana kedudukan Anwar dalam permainan ini kini?  Apakah Nurul Izzah menyatakan yang bapanya sudah terperasan sendiri konon mampu menguasai Bersih?  Atau apakah Nurul Izzah cuba memberi isyarat yang kata-kata bapanya sudah tidak boleh dipakai lagi?  Apakah Nurul Izzah juga mengesahkan jika Bersih benar-benar berjaya menumbangkan kerajaan, maka Anwar tidak layak menerima kredit atas usaha Ambiga dan sekali gus tidak layak melantik diri sendiri menjadi Perdana Menteri?

Sekali lagi: di mana kedudukan Anwar jika Bersih berjaya menumbangkang kerajaan? -MI

EP tertarik dengan artikel utusan yang bertajuk “Nurul Izzah perlu nasihati 'bapa' jika mahu contohi Turki”.  Penulis artikel tersebut menyampaikan mesejnya dengan jelas dan sangat mudah difahami.

Nurul Izzah….sewaktu kemunculannya di arena politik tanah air sudah cukup untuk membuatkan rakyat mual dengan sikapnya. Bermula dengan mendesak kerajaan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) semata-mata untuk berjuang dalam politik demi membantu ayah kesayanganya yang ditindas oleh kerajaan kononnya.

Awal-awal lagi dah nak tunjuk belang. Dari dulu hinggalah sekarang Nurul Izzah hanya memperjuangkan nasib ayahnya dan ternyata rakyat memang tidak pernah ada dalam agenda perjuangannya.

Mungkin kita tidak boleh menyalahkannya…nak buat macam mana….


Nurul Izzah mula bergiat aktif dalam bidang politik pada ketika usia yang sangat muda. Masa tu politik pun tak reti lagi. Segala strategi telah disusun oleh Anwar, dan dia hanya menjadi patung bernyawa untuk melaksanakan strategi tersebut. Tugas Nurul Izzah mudah… pastikan rakyat membenci kerajaan dan sentiasa tunjukkan sokongan padu kepada ayahnya agar rakyat akan mengatakan yang anwar pandai membesarkan anak. Dalam ucapannya Nurul Izzah sentiasa meletakkan anwar sebagai mangsa keadaan, mangsa konspirasi kerajaan, ayah yang ditindas dan difitnah….. sungguh mudah tugas Nurul Izzah???

Tapi setelah beberapa tahun berkecimpung dalam arena politik tanah air, takkan Nurul Izzah masih nak duduk di takuk yang lama? Takkan tiada penambahbaikan? Setiap kali Nurul Izzah buka mulut saja, mesti dia akan menunjukkan kebodohan dalam pertuturannya. Belajarlah untuk berfikir sebelum bercakap Nurul Izzah oooi. Buat kajian sebelum memberi cadangan… Cermin muka dulu sebelum nak kata apa-apa. Selak kain sendiri dulu sebelum selak kain orang lain.

Jangan buat perbandingan antara Malaysia dengan Turki… Pemimpin di Turki memang sangat jauh beza dengan pemimpin di Malaysia.  Siapa raja demonstrasi jalanan? Anwar… Siapa raja provokasi? Anwar. .…. Siapa raja porno? Anwar

Macam mana pilihanraya nak aman kalau orang macam anwar ni masih dibiarkan hidup. Macam mana pilihanraya nak bersih kalau orang macam anwar masih berkeliaran. Macam mana Malaysia nak selamat kalau pemimpinnya macam anwar??????Sumbat saja dalam penjara…gerenti Malaysia aman punya…

Bawak-bawaklah sedar dan syukur akan nikmat Allah. Jangan sampai kufur nikmat. Malaysia ni sebuah negara yang aman dan damai… Pilihanraya yang dijalankan antara pilihanraya terbaik dalam dunia. Apa mau lagi? Lima negeri dah korang tawan… tak adil lagi kah itu? Kalau nak kata tak adil… sepatutnya tiada satu negeri pun yang kerajaan tak pegang. Akai ada ka?

Kepada Nurul Izzah… belajar lah gunakan otak yang tuhan dah beri… Kalau hang tak tau apa yang hang cakap.. baik hang tutup mulut… Malu woooo….



DI sebalik puji-pujian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terhadap sistem pilihan raya di Turki, anak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu terlupa sesuatu.

Apabila beliau kelmarin menasihatkan kerajaan supaya mencontohi sistem pilihan raya di Turki yang disifatkannya aman dan telus, Nurul Izzah terlupa supaya sikap pemimpin dari negara itu turut dicontohi.

Ini kerana, di Turki, mana-mana pemimpin yang terlibat dalam skandal terutama skandal seks, akan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada siasatan atau membersihkan nama kerajaan dan parti dipimpinnya.
Dalam hal ini, Nurul Izzah sepatutnya menasihati terlebih dahulu bapanya iaitu Anwar, supaya mencontohi pemimpin-pemimpin Turki yang sanggup berundur apabila imej tercalar dengan skandal seks..... baca seterusnya

Apakah punca orang kuat PAS, Mahfuz Bean direject di negeri Kedah? Inilah persoalannya apabila beliau dan Taib Azamuddin digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III oleh Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Abdul Razak.

Yang peliknya Utusan Malaysia melaporkan berita ini tetapi ianya tidak disiarkan di dalam HarakahDaily, lidah PAS. Kenapa?. Adakah PAS Harakah cuba untuk menyembunyikan masalah dalaman yang dihadapi oleh PAS....


Rujuk laporan di bawah :-
ALOR SETAR 20 Jun - Pas Kedah merombak saf kepimpinan parti itu termasuk menggugurkan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Taib Azamuddin Md. Taib daripada jawatan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengekalkan kedudukannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, rombakan tersebut adalah sebagai persediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka bakal berlangsung pada bila-bila masa.
"Senarai baru itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan Pas Kedah yang bermesyuarat di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, kelmarin," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dengan Bank Islam Thailand di Seri Mentalon di sini, hari ini.
Azizan berkata, jawatan Mahfuz digantikan oleh Exco Kesihatan, Dr. Ismail Salleh manakala Taib Azamuddin digantikan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Md. Isa Shafie.
"Selain itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Negeri Kedah," katanya.
Beliau berkata, jawatan Setiausaha Pas Kedah yang sebelum ini dipegang oleh Muhamad Yusuf Husin digantikan Pegawai Khas (Penerangan) Menteri Besar Kedah, Musoddak Ahmad.
"Bagi jawatan Bendahari yang sebelum ini dipegang oleh Exco Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul pula, diambil alih oleh Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.
"Jawatan Ketua Penerangan Pas Kedah yang sebelum ini disandang Amiruddin pula diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md. Nor," katanya.
Azizan memberitahu, bagaimanapun tiada perubahan jawatan bagi Ketua Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama Pas dalam rombakan itu.
Menurutnya, Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah kekal diterajui oleh Ahmad Yahya manakala Exco Kebajikan dan Pembangunan Wanita, Siti Ashah Ghazali mengetuai Dewan Muslimat dan Sheikh Mohamad Abdullah memimpin Dewan Ulama Pas Kedah. - Utusan Malaysia

Penangguhan ‘pilihan raya masjid’ yang pertama kali mahu diadakan di negeri ini ternyata melegakan banyak pihak.
Umum mengetahui dan tidak perlu rasanya dinyatakan secara panjang lebar apa kesannya terhadap masyarakat Islam jika kaedah itu dilaksanakan.

Bagi Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff, beliau tidak mahu perpecahan di kalangan orang Melayu berikutan perebutan jawatan dalam pentadbiran masjid pada 1980-an berulang.

Lantas beliau menceritakan kepada penulis mengenai corak pentadbiran institusi masjid di negeri ini sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan sehinggalah sekarang supaya masyarakat faham kenapa pelaksanaan kaedah tersebut perlu dielakkan.

Menurutnya, semasa zaman penjajahan, hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dikendalikan oleh Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang.

Bagaimanapun, badan itu tidak mempunyai kuasa terhadap wakaf-wakaf termasuk masjid dan surau yang banyak terdapat di negeri ini.

Segala wakaf ditadbir oleh Lembaga Wakaf Orang Islam dan Hindu yang dipengerusikan oleh Pemungut Hasil Tanah yang merupakan ‘orang putih’ dengan orang Islam serta Hindu menjadi anggota lembaga itu.

“Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957, Perikatan Pemuda Pulau Pinang mencadangkan supaya pentadbiran bagi orang Islam dan Hindu dalam lembaga tersebut diasingkan.

“Ketika itu saya merupakan Setiausaha Perikatan Pemuda Pulau Pinang dan kami berpendapat sudah tiba masa ditubuhkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP),” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dua tokoh Melayu, iaitu bekas majistret, G.M. Yusoff dan Pesuruhjaya Haji, Ali Rouse ditugaskan untuk merangka perlembagaan MAIPP. Usul berkenaan kemudiannya dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu diluluskan penubuhan MAIPP pada 1959.

G.M. Yusoff telah dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP pertama manakala Ali Rouse sebagai Setiausaha Kehormat majlis tersebut.

Abdullah Fahim, iaitu datuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menjadi Mufti Pulau Pinang yang pertama. Sejak itu, segala urusan pentadbiran masjid diselia oleh MAIPP.

Mohd. Yussof memberitahu, pada awal 1960-an, MAIPP merancang untuk melantik ahli jawatankuasa kariah bagi mengurus masjid secara lebih sistematik.

“Sebelum itu, segala urusan pentadbiran masjid dikendalikan oleh orang kampung sendiri seperti imam dan penghulu. Jawatan-jawatan tersebut pula biasanya diperturunkan dari generasi ke generasi,” ujarnya.

Bagaimanapun, bukan mudah bagi MAIPP pada peringkat permulaan untuk membuka minda penduduk kampung supaya menerima kaedah baru itu.

Sesi penerangan ke seluruh masjid dilakukan bagi memaklumkan kepada masyarakat mengenainya. Namun, usaha tersebut akhirnya berjaya dan pemilihan jawatankuasa kariah masjid ala pilihan raya pun diperkenalkan.

Sehinggalah pada sekitar 1980-an, unsur berpuak-puak mula menjalar di kalangan kariah. Ketika itu masjid dilihat sebagai institusi yang kukuh dari segi kewangan dan mempunyai pengaruh kepada masyarakat.

Bagi calon, jika terpilih maka ada ‘habuan’ yang menanti mereka seperti elaun dan kemudahan-kemudahan lain termasuk kuasa. Maka berlakulah perebutan kerusi jawatankuasa kariah masjid sehinggakan pernah berlaku calon membawa ‘pengundi-pengundi hantu’ dengan bas untuk mengundinya.

Akibatnya, bibit-bibit perpecahan menular di kalangan penduduk kampung seperti boikot-memboikot kenduri berikutan perbezaan ‘parti’.

Bagi mengelak institusi masjid tercemar dan demi menjaga perpaduan masyarakat Islam, Exco Agama ketika itu, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar diberikan tanggungjawab merangka kaedah baru supaya proses pemilihan diadakan secara lebih demokrasi dan terkawal.

“Maka dicadangkan bagi setiap penggal baru, jawatankuasa sedia ada mengadakan mesyuarat agung dan mengemukakan senarai 15 calon termasuk dua wanita kepada MAIPP untuk dilantik sebagai ahli jawatankuasa kariah masjid.

“Kaedah inilah yang diguna pakai sehingga sekarang tanpa sebarang pertelingkahan di kalangan ahli kariah,” jelasnya.
Justeru, tidak hairanlah apabila perkataan ‘syukur’ keluar daripada Mohd. Yussof sebaik-baik menerima berita menerusi panggilan telefon bahawa proses pilihan raya masjid ditangguhkan atas titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lalu.

Pastinya beliau tidak mahu ‘parah’ yang berlaku ke atas masyarakat Islam di Pulau Pinang sekitar 1980-an berulang. - Utusan Malaysia
Berjenaka tetapi realiti tentang sinario politik di Singapura..


Part 1


Part 2


Part 3



Monday, June 20, 2011




‘‘Orang tolak Islam dapat pahala apa? Kita doa, itu (juga) ibadat. Orang UMNO berdoa juga, doa dengan Allah, Allah mana hendak terima (doa, sebab) kamu tolak Islam.’’
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu wawancara dengan portal propembangkang, Malaysiakini pada 16 Disember 2009.
Tidakkah kenyataan ini mampu menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam kerana UMNO dianggotai oleh orang Islam juga. Apakah doa orang Pas sahaja diterima oleh Allah SWT?
Siapakah Nik Abdul Aziz sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian?
Apa pula pandangan umat Islam apabila Nik Abdul Aziz berkata, “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana Perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”
Ini dinyatakan oleh beliau ketika menyampaikan khutbah di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
Bagaimana pula dengan kenyataan Nik Abdul Aziz pada 3 Julai 1999, di Pengkalan Chepa, Kelantan apabila beliau menyatakan, “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir.”
Ini belum lagi termasuk kenyataan pada 17 Ogos 2009 di mana Nik Abdul Aziz menyatakan, “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka.”
Penulis hanya memetik beberapa sahaja kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang boleh dianggap menghina, mengeliru dan mampu memecahbelahkan umat Islam.
Segala-galanya beliau keluarkan demi kepentingan politik Pas dan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Atas sebab itulah penulis melihat tindakan kerajaan Pas Kelantan di bawah kepimpinan Nik Abdul Aziz mengharamkan Utusan Malaysia membuat liputan majlis kerajaan negeri dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya bermotifkan politik semata-mata.
Karikatur yang sekadar menyindir kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan rakaman video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes zina kerana menyifatkan ia adalah besi telah dianggap menghina Islam.
Sebelum itu Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang kita tahu di mana pendirian politik mereka, turut membuat bantahan atas penyiaran karikatur berkenaan.
Ia disusuli pula oleh Dewan Pemuda Pas yang cuba menunjukkan jaguh kononnya mereka pembela Islam sebenar apabila menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia.
Tetapi yang anehnya, kenapa kedua-dua kelompok ini hanya mendiamkan diri terhadap banyak kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz dilihat cukup kontroversi dan mengelirukan umat Islam?
Apakah kerana mereka mempunyai haluan politik yang sama maka apa juga tindakan Nik Abdul Aziz boleh dibenarkan?
Kenapakah hanya kerana satu karikatur yang bertujuan menyindir Pas dianggap menghina Islam sedangkan kartunis Pas, Zunar pernah menghasilkan karikatur yang terang-terang melakukan kesalahan berkenaan tetapi tiada apa-apa protes dilakukan.
Jelaslah, pertimbangan politik menjadi asas utama kepada Nik Abdul Aziz, PUM dan Pemuda Pas dalam membuat keputusan.
Politik diletakkan di hadapan sekali dalam apa juga keputusan dan tindakan yang hendak diambil.
Selama ini, kalau hendak dikirakan Nik Abdul Aziz lebih banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam tetapi tiada apa-apa bantahan daripada mana-mana pihak dalam Pas.
Semuanya hanya mendiamkan diri dan melihat sahaja, Nik Abdul mengeluarkan satu demi satu kenyataan yang menimbulkan persoalan dan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Di muktamar-muktamar Pas pun tidak ada seorang pun yang berani menegur keceluparan dan kecelaruan fikiran Nik Abdul Aziz yang dilihat banyak menjejaskan imej Islam Pas.
Kedudukan Nik Abdul Aziz sebagai mursyidul am seolah-olah menjadi ‘tiket’ kepada beliau bebas daripada sebarang teguran atau kritikan daripada mana-mana kelompok yang ada kaitan dengan Pas.
Semuanya hanya mendiamkan diri biar pun ada tindakan Nik Abdul Aziz jelas-jelas bertentangan dengan seruan Islam.
Sebagai contoh tindakan beliau menghalang kerjasama antara UMNO dan Pas biar pun ia dilakukan semata-mata demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu.
Macam-macam hujah yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz bagi menghalang perkara yang amat digalakkan oleh Islam itu, tetapi tidak ada pula kelompok yang membantah kedegilan Menteri Besar Kelantan berkenaan.
Walaupun kelompok dalam Pas tahu apa yang Nik Abdul Aziz lakukan itu tidak bertepatan dengan ajaran Islam, kenapa mereka tidak menegurnya? Apa istimewanya Nik Abdul Aziz? Adakah kerana beliau seorang tok guru, ulama, ahli politik dan mursyidul am maka segala-gala yang beliau katakan adalah betul?
Apa pun kelompok yang paling gembira berikutan tindakan kerajaan Pas Kelantan itu adalah PKR dan DAP yang merupakan sekutu Pas.
Selama ini pun Nik Abdul Aziz adalah pembela utama kepada pemimpin-pemimpin kedua-dua parti itu sehingga timbul cadangan supaya Menteri Besar Kelantan dilantik sebagai pemimpin utama pembangkang.
Ketaksuban Nik Abdul Aziz kepada politik dan kerjasama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan beliau tidak lagi membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam berhadapan dengan sesuatu isu.
Bagi Nik Abdul Aziz hanya Islam yang dibawa oleh Pas sahaja betul, hanya undi Pas sahaja masuk syurga dan hanya Perlembagaan Pas yang tidak kafir.
Malahan Menteri Besar Kelantan itu juga mudah-mudah sahaja menuduh Islam yang dibawa oleh UMNO bukan Islam sebenar.
‘‘Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.”
Kesimpulannya, berdasarkan kepada apa yang diperkatakan, maka mana-mana pihak tidak perlu bermuram durja atau merasa keliru dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan.
Ia kerana selagi sesuatu perkara itu berasaskan kepada apa yang dikehendaki atau dikatakan oleh Nik Abdul Aziz maka selagi itulah ia hanyalah demi politik semata-mata.
Kalaulah martabat Islam menjadi hitungan, sudah pasti Pas tidak akan sewenang-wenangnya mengorbankan prinsip perjuangan negara Islamnya semata-mata mahu meraih kuasa bersama PKR dan DAP. - Utusan Malaysia
Akibat berlumba selepas menonton GT Japan di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu lepas...













.......
Aku dah lama tak setuju bila ada parti politik sanggup letak nama “islam” sebagai jenama parti politik. Sebab “islam” itu bukan hak milik golongan executive sesetengah pihak sahaja, tapi islam adalah hak milik semua orang islam.

Kesannya, apabila parti politik itu buat silap, buat dosa, buat maksiat, atau guna fatwa kaum kera untuk benarkan dosa mereka, maka tempiasnya pada kalimah islam itu sendiri dan seolah olah, semua orang islam terlibat dengan kebodohan dan kejahilan sesetengah pihak dalam 'parti islam' itu.

Bila mereka cakap, Tuhan mencarut, tuhan samseng, boleh berkawan dengan syaitan, tak mengundi masuk neraka, boleh guna kalimah Allah untuk bapa jesus, takpe orang kapir bukak aurat dalam masjid, tak sokong kami menjadi kafir, isu konsert mawi, isu rasuah di kelantan dan banyak lagi isu politik, dan apabila nama parti mereka ISLAM, maka alangkah buruknya tempias dan akibat yang mana buat orang yang benci islam makin jauh dari ugama dan buat orang kapir lebih gigih memperbodohkan orang islam dalam parti itu.

Aku bukan pro UMNO, Umno jugak buat silap, seperti isteri tak tutup aurat, halang hudud, benarkan judi, rasuah, khalwat dan sebagainya, memang salah dan sesat, tak taubat masuk neraka, tapi mereka tak letak jenama ISLAM sebagai nama parti, maka bila mereka buat buruk, yang buruknya adalah UMNO bukan islam itu sendiri, memang melayu dalam UMNO itu orang islam, tapi oleh kerana jenama parti mereka guna nama “MELAYU”, maka yang buruk adalah ‘melayu yang buat silap dalam parti’ itu sendiri.., itu lu kena faham wahai orang-orang Parti ISLAM.

“Habis tu Hamka, orang buat dosa, suruh mereka murtad lah, sebab tak nak memalukan islam?”
Bengong! Jangan jadi slow boleh tak? dua benda jer yang tak boleh guna kalimah “islam” sewanang wenang iaitu dalam perkara “competition” dan “commercialization”. Selain dari tu tak yah ler nak buat buat bodoh, sila guna common sense!

Cuba tengok ‘pengganas’ atau pejuang islam peringkat antara bangsa? Ada mereka letak kalimah islam dalam nama jenama perjuangan mereka?, arwah Osama guna nama al-Qaeda, Shaker al-Abssi guna nama Al fatah, Khaled Meshaal guna nama Hamas, Mullah Omar guna nama Taliban, Abu sahaya filipine guna nama Abu Sayyaf, dan lain lain. Tetapi di Malaysia, selamba jer korang guna kalimah islam dengan nama: PARTI ISLAM SEMALAYSIA, wah wah wah, senang senang jer guna nama ugama seluruh dunia, dan akibatnya, yang mana aku tengok orang UMNO yang jahil ugama bila cakap bab politik akan tuduh ISLAM sebagai sesat, beban, bodoh dan sebagainya, padahal maksud UMNO jahil tu yang sesat, beban, bodoh tu ahli PAS, tapi sebab ada nama ISLAM, maka bertambahlah kemunafikan kepada orang munafik yang memang benci pada islam.

So, PAS dah tukar perjuangan daripada Negara islam kepada Negara kebajikan, nasihat aku, tukarlah nama PARTI, dah lama sesetengah dari kamu yang rosakkan kesucian nama islam.

Kita hidup di zaman menzahirkan hadith, pastikan diri kita berada dalam hadith yang membawa ke shurga.
“Sudah hampir tiba suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali”
[HR Baihaqi].

Sekian. Orang PAS dan UMNO, selagi kamu orang islam, I love u..

Ps: Aku bagi cadangan: PAS: PARTI ADIL SEMALAYSIA.. Parti KEADILAN boleh di bubarkan sebab perjuangan korang dah sama, di tambah pula logo kamu yang ada unsur freemason dan illuminiti-woha!
Ps2: Puak fanatik pas, jangan bergegas kutuk aku, jika esok Haji hadi tukar nama parti atas arahan DAP, siapa yang malu? fikir-fikirkahlah...


SELEPAS pilihan raya masjid ditangguhkan, adakah Melayu Islam di Pulau Pinang akan ‘terselamat’ daripada tindak-tanduk yang boleh ditafsirkan sebagai ‘gerakan’ untuk memecahbelahkan mereka? Biar apa pun alasan yang diberi mengenai pilihan raya masjid ini, nampaknya ‘suara masjid’ lebih kepada mempertikaikan kaedah itu. Banyak alasan yang diberikan. Kerajaan DAP pula menafikan terlibat dalam usaha memperkenalkan kaedah itu.

Tidak pasti siapa pencetus idea tersebut. Tetapi menurut kenyataan Exco Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang, pada 6 Jun lalu seperti yang dilaporkan Bernama berbunyi begini: Kerajaan negeri pimpinan DAP telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menerusi perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak, kerajaan telah bersetuju dan mahu kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada.

Kaedah pemilihan secara undi itu bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah untuk mencalon dan memilih pemimpin kariah masing-masing kepada MAIPP.”

Kenyataan itu muncul selepas Utusan Malaysia melaporkan mengenai perkara ini dan menimbulkan ‘kemarahan’ kerajaan negeri. Ini bukan kali pertama kerajaan negeri mempertikaikan laporan Utusan Malaysia berkaitan isu-isu yang melibatkan orang Melayu dan masyarakat Islam di negeri itu.

Selaklah kembali laporan sebelum ini sama ada ia ada asas atau tidak atau hanya rekaan. Selaklah punca isu-isu yang dibangkitkan sehingga mendapat perhatian dan menimbulkan keresahan sama ada di pihak kerajaan negeri atau orang Melayu dan Islam Pulau Pinang secara keseluruhannya.

Dulu, semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menggabungkan Gerakan, UMNO, MCA, MIC, isu-isu seperti ini tidak timbul. Kenapa? Adakah kerana ia disebabkan kerajaan BN? Seingat penulis, pemilihan AJK masjid dibuat dengan cara mengangkat tangan. Biasanya diadakan selepas solat Jumaat. Anak-anak kariah yang hadir bolehlah mengundi sementara yang tidak datang ke masjid terimalah keputusan pemilihan.

Dan biasanya mereka yang ‘hampir’ dengan masjid sama ada kerap solat berjemaah, sering menyumbang pelbagai aktiviti sukarela di masjid dan golongan yang dianggap ‘boleh ke depan’ akan dilantik secara angkat tangan.

Tidak ada yang tersembunyi. Tiada undi sulit. Anak-anak kariah boleh melihat calon. Sudah lama kaedah itu digunakan. Tetapi tiba-tiba masuk tahun ketiga dua bulan kerajaan BN bertukar tangan kepada kerajaan DAP-PKR-Pas (3P), keadaan mahu diubah.

Adakah perubahan mengikut masa atau umpama tikus membaiki labu atau kera mendapat bunga? Dalam banyak program yang boleh diatur oleh pihak-pihak berkenaan untuk kepentingan masyarakat Islam, kenapa pilihan raya masjid jadi tumpuan? Cubalah fikirkan sesuatu yang boleh mengimarahkan masjid, menyatukan umat, membela umat Islam yang terpinggir, menyelesaikan masalah perumahan umat Islam, memajukan tanah wakaf yang tidak terurus, tanah kubur yang menjadi mangsa pembangunan. Cerita surau yang uzur atau tidak terurus juga boleh diberi perhatian.

Sekadar selingan, semalam, ketika di Pasir Gudang, Johor, penulis sempat meninjau kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Lihatlah keselesaan ruang solat bertaraf masjid yang turut ada di Terminal Larkin dan Kompleks Membeli-Belah Plaza Kota Raya.

Kembali ke Pulau Pinang. Kenapa masjid yang menjadi tempat berkumpulnya orang Melayu Islam menjadi pilihan untuk mengadakan pilihan raya? Nasib baik Melayu Pulau Pinang tidak bangkit mengadakan perhimpunan besar-besaran seperti cadangan Bersih untuk membantah pilihan raya masjid. Rasanya manisfesto pilihan raya umum (PRU) yang diuar-uarkan sebelum ini hanya menjanjikan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tidak pasti pula sama ada kerajaan pakatan 3P telah melaksanakannya. Adakah ahli-ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang ada sekarang dipilih melalui pilihan raya PBT?

Rasanya tidak kerana ada ‘halangan’ yang tidak mampu ditembusi oleh kerajaan negeri. Tetapi entah macam mana dalam isu pilihan raya masjid ini, pihak berkenaan berjaya menembusi halangan tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam di negeri itu.

Melayu Pulau Pinang! Cukuplah. Melayu terpaksa berpecah mengikut ego politik masing-masing disebabkan PRU. Melalui PRU lalu Melayu Pulau Pinang tidak ke mana, ‘ke atas pun tidak ke bawah pun tidak’.

Bak kata orang di bumi tidak berpijak di langit tidak bergantung. Janganlah merosakkan sesuatu yang sudah diterima baik oleh masyarakat. Pilihan raya masjid sedikit sebanyak akan mewujudkan ketidakharmonian di kalangan anak-anak kariah lebih-lebih lagi apabila tujuan yang bertanding tidak ikhlas sekadar mahu menunjukkan kuasa politik kepartian.

Hanya kerana mewakili parti bergelar Islam, maka ia merasakan dirinya layak untuk menyertai pilihan raya itu. Tidak perlu diceritakan bagaimana kalutnya pilihan raya ini. PRU yang diadakan empat lima tahun sekali atau pilihan raya kecil (PRK) sekali sekala masih menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan parti politik khususnya gandingan 3P dan Bersih, inikan pula pilihan raya masjid yang tiba-tiba muncul.

Kenapa kelam-kabut sangat mahu mengadakannya? Sudah tersediakah senarai nama anak kariah yang layak mengundi? Pastikah tidak ada pengundi hantu? Menanda kertas undi nak guna celup jari atau pensil? Apa ciri-ciri calon yang layak? Adakah yang tidak pernah menjejak kaki ke masjid atau sembahyang seminggu sekali boleh turut serta? 

Macam-macam lagi yang perlu diberi perhatian supaya pilihan raya masjid benar-benar bersih. Kita bimbang ‘kekanda’ Lim Guang Eng iaitu Mohamad Sabu tampil mengetuai masyarakat Islam Pulau Pinang mengadakan perarakan menuntut pilihan raya masjid yang bersih .

Mungkinkah selepas ini, akan ada pula pilihan raya memilih ahli JKKK, PIBG dan macam-macam lagi. - Utusan Malaysia

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.