Tuesday, June 14, 2011


Pelik dan ajaib...tak cukup perempuan ke dalam dunia ni 
sampai nak cipta robot yang boleh memuaskan 
nafsu lelaki..mungkin robot ini dicipta untuk mengelakkan 
kes seperti raja porno negara berulang...kalau kena tangkap 
pun tidak boleh disabitkan kesalahan di mahkamah 
sivil...bila pula nak cipta robot lelaki pula....:D

A Chinese company has unveiled a sex robot which it claims can recognise and even 
chat to its owner. The 5ft 5ins robot has realistic skin and muscles made of silicon 
gel on an advanced medical metal skeleton. 


Love Sex Company manager Li Jian said the £3,000 robots were aimed at well 
paid executives who were too busy to meet real women. Customers could choose 
the face and figure of their robot which would be programmed to recognise its owner's 
face and hold conversations with him, or her, in a choice of languages.

It can also be controlled remotely to take up different positions and some body 
parts can even shake, added Li. The doll attracted crowds of curious onlookers when 
it was unveiled at a Sex Culture Exhibition in Xi'an, capital of western China's 
Shaanxi Province.
          
Sexual robot equipped with artificial vagina for lonely man...
Sebaik sahaja keputusan pemilihan pada muktamar lalu yang melihat golongan ulama ‘tumbang’, sudah kedengaran cakap-cakap kedudukan Datuk Dr Hasan Ali sebagai pesuruhhjaya PAS negeri Selangor bakal tergugat.

Apatah lagi, kumpulan Erdogan yang dikaitkan sebagai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan tersebut termasuk ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang diketahui tidak sebulu dengan Dr Hasan.

Cakap-cakap Dr Hasan akan digugurkan daripada jawatan yang dipegang hampir 10 tahun jadi kenyataan apabila mesyuarat pertama Jawatankuasa PAS Pusat petang Ahad menggugur beliau dan beberapa pemimpin lain termaduk Datuk Harun Taib, sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Harun juga adalah Ketua Dewan Ulama PAS yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan baru-baru ini.

Di sebalik penguguran Dr Hasan, ada pihak dalam PAS Selangor melihat tindakan itu usaha terancang bagi menyingkirkan Dr Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Dr Abd Rani Osman yang juga ADUN Meru dinamakan sebagai pengganti Dr Hasan.

Beliau dikatakan rapat dengan Khalid dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa ali.

Sebab itu, ada cerita kononnya mereka berdua adalah tangan di sebalik penguguran Dr Hasan.

Ada pemimpin PAS melihat Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia sudah jadi liabiliti kepada PAS.

Beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang kerap mencetuskan kontroversi dengan PKR dan DAP ekoran beberapa isu termasuk isu penjualan arak secara terbuka di Bandaraya Shah Alam.

Dr Hasan juga bertelagah dengan Exco DAP, Ronnie Liu dalam isu terbabit.

Beliau pernah memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Munawi meskipun pelantikan itu dibantah Pakatan Rakyat.

Nama Dr Hasan ibarat sudah dihitamkan dan digambarkan sebagai pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan PKR dan DAP.

Dr Hasan juga dikaitkan cenderung menyokong 'kerajaan perpaduan' dengan UMNO meskipun kep



GEMPAR!!! Inilah bukti betapa rakusnya golongan kafir harbi yang didukungi oleh musuh Islam nombor wahid, DAP menghalau secara terancang menggunakan undang-undang, setiap umat Melayu Islam yang menetap di Pulau Pinang! Belum pun reda isu pilihanraya masjid DAP untuk pecah-belahkan Melayu Seberang Perai, kini DAP menekan lagi orang Melayu Pulau dengan dasar apartheid menggunakan pengaruh pihak gereja The Titular Roman Catholic Bishop Of Penang. 

Caranya, pihak gereja diarahkan untuk kembali tiga lot tanah yang selama lebih 100 tahun dahulu menyediakan kemudahan sekolah (SMK & SK St. George Balik Pulau) kepada anak-anak orang Melayu Balik Pulau untuk diserahkan keseluruhannya kepada orang Cina (SMJK & SJK (C) Sacred Heart Balik Pulau). Alasannya mudah, kedua-kedua sekolah cina itu dikatakan mempunyai kemudahan yang terhad dan boleh menjejaskan pembangunan dan prestasi sekolah tersebut.

What The F**K!!! Hah, kan dan termencarut! Kenapa pihak gereja perlu membeza-bezakan antara kedua-kedua jenis sekolah?!! Adakah kerana SMK & SK St. George merupakan sekolah untuk anak-anak Melayu Balik Pulau (lebih 95%)?!!  Apakah sebabnya SMJK & SJK (C) Scared Heart Balik Pulau lebih layak untuk dibela dan dipertingkatkan prestasinya?!! Adakah kerana kedua-dua sekolah tersebut menyekolahkan anak-anak cina?!! ATAU SEBENARNYA WUJUD AGENDA HALUS PIHAK BUKAN ISLAM UNTUK MENGHALAU SECARA TELITI DAN TERANCANG ORANG-ORANG MELAYU BALIK PULAU?!!

Mana perginya pejuang-pejuang PAS terutamanya Tuan Timbalan Presiden yang berasal daripada Penang sendiri untuk mempertahankan nasib anak bangsa daripada dihalau dari tanah tumpah darah mereka sendiri?!! Jikalau dengan kaedah pengusiran halus ini pun, melayu PAS dan PKR kecut telor untuk bersuara, apakah pula jaminannya jika DAP dan musuh Islam menghalau orang Melayu menggunakan pendekatan Radovan Karadzic pula? Bukankah PAS juga yang berdegar-degar berkokok hendak GANTI UMNO dalam memperjuangkan nasib orang Melayu?!!





Hah, sekarang inilah peluangnya!!! Mana pergi puak-puak PAS yang sanggup berguling-guling di atas jalanraya dan rela syahid demi menegakkan Negara Islam?!! Negara Berkebajikan?!! Sekarang jagalah kebajikan Melayu Balik Pulau!!! Bukankan anda kini berkongsi kuasa dengan DAP-PKR?!! Apakah PAS tidak mampu untuk mempengaruhi rakan pakatan haraminya, DAP untuk membela Melayu yang miskin di sana?!! Atau Mat Sabu sudah "terlalu kenyang" dengan pelbagai elaun GLC Kerajaan Negeri sehingga tidak mampu untuk bersuara lagi?!! Akhirnya, Melayu UMNO juga terpaksa bela nasib Melayu Penang, walaupun dengan kemampuan dan sumber kuasa yang terhad....



MyMassa


Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan tidak gentar dengan pertembungan kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan aman 9 Julai ini.


Mengganggu ketenteraman awam tu “aman” ke namanya? 


"Perhimpunan BERSIH akan diteruskan tanpa mengambil kira apa kata sesetengah pihak ataupun laporan polis yang dibuat. Kami tidak akan berganjak dengan ugutan,” kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu.




Sayang sungguh, orang Melayu kini bukan saja jadi permainan Cina, tapi kini dah jadi macai keling jugak nampaknya. Dia nak balas dendam, tok neneknya dulu hitam legam, berpeluh-peluh jadi kuli JKR, bergelumang minyak tar untuk bina jalanraya di Tanah Melayu ni. Sekarang dia nak tengok orang Melayu pulak tergolek atas jalan.

Sayangnya ada pulak orang Melayu yang sanggup tabur peluh atas jalanraya macam orang hilang akal. Apa yang nak dicapai dari perhimpunan itu? Apa faedahnya kepada orang Melayu? Yang terjejas nanti ialah perniagaan kecil-kecilan orang Melayu jugak. Cina yang berniaga dalam kompleks-kompleks besar sikitpun tak terjejas. Yang kena sembur, kena angkat masuk trak pun orang Melayu jugak. Perjuangan itu untuk siapa? Tak sedarkah perhimpunan itu hanya akan menambah pecah belahkan orang Melayu?

Sapa kata semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”? Kalau kotor, macam mana pembangkang boleh tawan lima negeri dalam PRU12 yang lepas? Bersih sangatkah pilihanraya PKR. Semua masih ingat pemilihan pucuk pimpinan PKR awal-awal tahun ari tu, mengalahkan Royal Rumble WWE. Kalau Pakatan bersih sangat kenapa sampai kerusi naik ke muka? Penuh dengan tipu helah, konspirasi Nuar Brahim dan Azmin sampai berderai-derai ahli PKR keluar parti. Ngapa Ambiga tak ambil pot pasal tu?

Mat Syabu pulak keluar statement buat main mengada lagi. Kononnya itu kerja polis untuk jaga ketenteraman awam. Korang buat havoc, suruh polis kawal. Bangang apa Mat Syabu ni? Polis bukan kuli batak korang. Polis banyak kerja lagi nak mengawal jenayah, menjaga keselamatan negara dan rakyat. Dah tentu akan berlaku provokasi dan insiden kurang ajar sewaktu perhimpunan tu nanti. Biasalah korang akan bawak perangai beruk, tak kira majlis. Korang bukan suruh polis tengok aje kan? Korang memang nak polis tangkap, dan lepas tu boleh kutuk polis macam anjing.

Orang Melayu, lebih baik jangan layan syahwat pasangan Ambiga dan Mat Syabu gila ni. Kita tidak untung apa-apa. Daripada menyalak sia-sia di tengah jalan, baik kita terus bekerja, anak bini di rumah nak makan. Ambiga dan Mat Syabu tak akan peduli pun kalau anak anda menangis kelaparan, bini anda kering kehausan.

Jangan kita tergapai-gapai kerana nak mencapai niat jahat Pakatan Jahanam. Sia-sia buang karan.- Ujang Ranggi

Menonton Buletin Utama malam tadi membuatkan EP tak lena tidur memikirkan nasib orang Melayu Pulau Pinang. Masalah perpecahan orang Melayu semakin meruncing tanpa kita sedari. Tidak cukupkah selama ini Orang Melayu berpecah?? Ada yang UMNO ada yang PAS. Lepas tu berpecah pulak ada yang Geng A ada yang Geng B. Tak cukup dengan itu ada lagi usaha nak memecah belahkan orang Melayu, nak buat pulak Pilihanraya Masjid tak lama lagi.

Apa bodoh sangat ke Si Malik itik ni? Sampai tak boleh fikir kesan negatif di sebalik pilihanraya masjid?

Bila nama Pilihanraya mesti ada sekurang-kurangnya 2 team. TEAM A dan TEAM B. Secara tak langsung Qariah Masjid pun akan berpecah kepada dua. Orang tu mengata orang ni, orang ni pulak akan mengata orang tu. Habis semua cerita dalam kain akan terselak demi kemenangan.

Patutnya pi Masjid nak tambah pahala, ni tak… datang Masjid sibuk cari strategi macam mana nak menang pilihanraya. Daripada nak dapat pahala sekarang dapat dosa pulak. Dulu pi Masjid ikhlas kerana Allah sekarang pi Masjid sebab nak tunjuk kat orang yang kita ni orang Masjid

Adat pertandingan pasti ada yang menang pasti ada yang kalah. Yang menang senyum sampai telinga timbul pulak riak dalam hati. Yang kalah pakat tak pi Masjid dah timbul pulak hasad dengki dalam hati.. Masjid yang suci jadi mangsa.

Dah lah bilangan yang pi Masjid tu boleh dikira. Yang sikit tu pun nak dibelah-belah. Dulu yang pi Masjid 40 orang. Sekarang… tinggal 20. Sebab team satu lagi nak dominasi Masjid katanya….

Menjawab soalan EP mengenai si Malik itik tadi…
Bila difikir-fikirkan balik memanglah si Abd Malik tu bodoh. Kalau dia tak bodoh takkan dia boleh diperkotak-katikkan oleh bangsa lain? Kalau dia tak bodoh kenapa dia kelihatan sangat bodoh mempertahankan sesuatu yang orang kurang cerdik pun tau menilai kebodohannya?

Ataupun.. dia sebenarnya cerdik… Dia sanggup lakukan apa saja asalkan perutnya kenyang. Sanggup gadaikan agama asalkan duduk dikerusi empuk. Tak apa lah kelihatan bodoh asalkan hidupnya senang. Kat dunia bolehlah Abd Malik oi.

Tapi sebagai orang yang cerdik kita semua mesti cari solution untuk perkara ini. Kita tau agenda sebenarnya adalah untuk memecah-belahkan orang Melayu. Maka sekiranya pilihanraya ini benar-benar berlaku EP ada cadangan:

Dalam proses penamaan calon, qariah Masjid perlu menamakan seorang calon SAHAJA. Maka calon tersebut akan menang tanpa bertanding. Bermuzakarahlah terlebih dahulu agar mendapat calon yang betul-betul sesuai. Jangan sampai ada pertandingan. Jangan sampai ada persengketaan. Kita tunjukkan kepada bangsa laknat ni yang orang Islam boleh bersatu. Lupakanlah persengkataan… lupakanlah perbezaan. Orang Islam mesti bersatu. Kerana penyatuan kita akan menggoyahkan lawan……..

Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa. Namun ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan.

Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.

Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.

Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.
Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami.

Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung.

Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah apartmen di mana tetamu Arab itu akan tinggal.

“Ia biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya.



Ganas betul budak perempuan zaman sekarang..mengalahkan lelaki bergaduh...siap ada geng lagi tolong backup..agak-agaknya sebab apa meraka bergaduh..




Cuba bayangkan bagaimana jikalau DAP memerintah negara ini. Rasanya orang Melayu akan sentiasa bergaduh sesama sendiri menyalahkan masing-masing. Tengok apa yang terjadi di Pulau Pinang, DAP menggunakan orang Melayu untuk menjatuh dan memecahkan perpaduan orang Melayu.

Perkara-perkara seperti ini sepatutnya menyedarkan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP bahawa mereka tu hanyalah anjing-anjing suruhan DAP saja. Tak lebih dari itu...

Agenda pilihanraya Masjid yang dibawa oleh DAP cuba menguji pendirian dan sikap orang Melayu dalam pakatan haram sekaligus mengundang pepecahan yang diinginkan oleh DAP sesudah DAP berjaya menolak perjuangan PAS mengenai negara Islam.

DAP tahu kelemahan orang Melayu dalam PKR dan PAS ialah kuasa politik. Dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh DAP kepada mereka telah membuatkan mereka lebih percaya kepada DAP walaupun tahu sebenarnya mereka diperalatkan.

Tetapi inilah orang Melayu. Selagi lalang belum tertusuk di mata, mereka lebih percaya DAP daripada parti yang seagama dan sebangsa dengan mereka seperti UMNO. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh DAP untuk melihat Melayu sesama Melayu bergaduh dan bermusuhan.

DAP telah membuat dua percubaan iaitu dari segi agama, mereka menolak negara Islam dan dari segi bangsa, mereka menolak hak orang Melayu.

Di segi agama mereka dikira sudah berjaya kerana PAS telah terkulai layu dan akur dengan pendirian DAP iaitu Malaysia bukan sebuah negara Islam. Oleh sebab itu PAS telah menukar halatuju parti mereka dari perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara kebajikan. Kini hak bangsa Melayu pula cuba dinafikannya.

Hanya pemimpin yang kaki mengampu dan 'pak turut' kepada DAP sahaja seperti Khalid Gereja akan selamat dalam Pas kerana golongan 'Anwarinas' tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka yang berani berkata tidak.

Buktinya, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang berani menyanggah tindak-tanduk pemimpin DAP dalam isu penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam di Shah Alam, dipecat daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Nampaknya setelah Pas dicengkam golongan 'Anwarinas', parti itu sudah tidak ada pilihan selain akur dengan percaturan DAP. Pas kini akur kepada kehendak DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila menyingkir Hasan dan Harun.

Penyingkiran dua pemimpin lantang ini juga membuktikan bahawa DAP dan PKR secara tersusun telah berjaya menendang golongan ulama daripada parti itu.

Di Selangor, Hasan merupakan satu-satunya Exco yang berani mempertahan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri walaupun ia tidak disenangi pemimpin pembangkang lain.

Harun pula sentiasa konsisten mempertahankan kepimpinan ulama dan pada muktamar parti berkenaan baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Pas itu memberi ingatan kepada pucuk pimpinan parti agar tidak tunduk kepada DAP dan PKR.

Berita penyingkiran dua tokoh Pas tersebut tidak mengejutkan kerana memang sudah dijangka perkara itu akan berlaku selepas kepimpinan ulama 'digulingkan'.

Ini bukti betapa Pas sanggup melutut kepada DAP berbanding mempertahankan pemimpin mereka yang bukan sahaja bertaraf Exco tetapi dipilih oleh perwakilan pada muktamar parti itu baru-baru ini selaku Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Ada jumpa awek tak dalam gambar ni?? Kalau nak tahu jawapan nya KLIK SINI
Perhatikan betul-betul gambar dibawah...perasan tak apa yang menarik dalam lukisan ni....



Monday, June 13, 2011


Sebaik sahaja keputusan pemilihan pada muktamar lalu yang melihat golongan ulama ‘tumbang’, sudah kedengaran cakap-cakap kedudukan Datuk Dr Hasan Ali sebagai pesuruhhjaya PAS negeri Selangor bakal tergugat.

Apatah lagi, kumpulan Erdogan yang dikaitkan sebagai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan tersebut termasuk ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang diketahui tidak sebulu dengan Dr Hasan.

Cakap-cakap Dr Hasan akan digugurkan daripada jawatan yang dipegang hampir 10 tahun jadi kenyataan apabila mesyuarat pertama Jawatankuasa PAS Pusat petang Ahad menggugur beliau dan beberapa pemimpin lain termaduk Datuk Harun Taib, sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Harun juga adalah Ketua Dewan Ulama PAS yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan baru-baru ini.

Disebalik penguguran Dr Hasan, ada pihak dalam PAS Selangor melihat tindakan itu usaha terancang bagi menyingkirkan Dr Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Dr Abd Rani Osman yang juga ADUN Meru dinamakan sebagai pengganti Dr Hasan. Beliau dikatakan rapat dengan Khalid dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa ali. Sebab itu, ada cerita kononnya mereka berdua adalah tangan disebalik penguguran Dr Hasan.

Ada pemimpin PAS melihat Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia sudah jadi liability kepada PAS. Beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang kerap mencetuskan kontroversi dengan PKR dan DAP ekoran beberapa isu termasuk isu penjualan arak secara terbuka di Bandaraya Shah Alam.

Dr Hasan juga bertelagah dengan Exco DAP, Ronnie Liu dalam isu terbabit. Beliau pernah memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Munawi meskipun pelantikan itu dibantah Pakatan Rakyat.

Nama Dr Hasan ibarat sudah dihitamkan dan digambarkan sebagai pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan PKR dan DAP. Dr Hasan juga dikaitkan cenderung menyokong 'kerajaan perpaduan' dengan UMNO meskipun kepimpinan pusat PAS telah menolak perkara itu.

Dengan penyingkiran itu, Dr Hasan kini hilang penguasaan terhadap PAS Selangor. Beliau kini cuma Ahli Jawatankuasa PAS Pusat setelah menang tipis pada pemilihan 3 Jun lalu dengan menduduki tempat ke-16.

Sumber memberitahu bahawa penguguran Dr Hasan dijangka membuka laluan kepada Khalid mengambil alih jawatan berkenaan pada pemilihan akan datang. Dr Abd Rani dikatakan hanya memegang jawatan itu sementara sahaja kerana jika melantik Khalid menggantikan Dr Hasan, akan nampak penguasaan kumpulan Erdogan secara mendadak dalam parti itu.

Namun tindakan itu turut menimbulkan rasa kecewa penyokong Dr Hasan. Mereka merasakan Dr Hasan tidak patut diperlakukan sedemikian tanpa ambil kira jasa ditaburnya sejak mengetuai PAS Selangor kira-kira 10 tahun lalu.

Masa Dr Hasan, PAS Selangor lebih mantap, kata sumber itu. Inikah cara PAS membalas jasa-jasanya, soal sumber tersebut. Sumber itu mengakui ada cakap-cakap kononnya Dr Hasan akan diberikan peranan di peringkat Pusat dan perlu tumpu pada tugas Exco di Selangor, tetapi itu bukan alasan mengenepikan beliau.

Timbul teka teki kini apakah kedudukan Dr Hasan sebagai Exco turut tergugut setelah beliau bukan lagi pesuruhjaya PAS negeri. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya dengar ‘suara ghaib’ minta tempat Dr Hasan digantikan dengan pemimpin PAS lain.

Beliau kena ingat bagaimana Ronnie tewas pada pemilihan DAP tetapi masih kekal dalam barisan exco kerajaan negeri. Jika factor ini diambil kira, kedudukan Dr Hasan sebagai exco akan kekal sehingga pembubaran Dewan Undangan Negeri nanti.

Namun, apa yang menimpa Dr Hasan pasti melegakan pemimpin tertentu dalam PAS. Malah PKR dan DAP juga bertepuk tangan kerana sampah dalam mata mereka selama ini sudah dibuang. - AgendaDaily













Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha untuk mengembalikan perjuangan Islam khasnya dalam parti PAS dan amnya dalam pakatan rakyat.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut menyatakan isu perjuangan Islam kini tidak lagi relevan dalam pakatan rakyat tetapi hanya menuju ke arah kebajikan bersama.

Malah kepimpinan PAS terdahulu boleh diibaratkan seperti air mengalir yang hanya memberi peluang kepada pemimpin UMNO-BN memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat serta memecahbelahkan hubungan mereka bersama.

Menurutnya lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuat kenyataan mewakili Pakatan Rakyat bahawa mereka menolak perjuangan Islam yang lama oleh parti PAS.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat begitu komitmen dalam memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang, katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub turut menyatakan kenyataan itu adalah muktamad dan ini bermakna perjuangan PAS sudah berbeza dan tiada lagi nama perjuangan Islam dalam parti tersebut.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Haji Mahfuz Omar memberi analogi bahawa UMNO kini seperti kehilangan tabung oksigen apabila isu perjuangan Islam sebagai benteng persahabatan antara PAS dan DAP berjaya dipecahkan mereka.

Saya terpanggil untuk mengulas pasca Muktamar Pas Ke-57 kerana ia sangat memberi kejutan dan merupakan satu turnover dalam intipati perjuangan sebuah parti politik yang selama ini gah mendabik dada bahawa merekalah yang menjadi jaguh agama Islam di Malaysia.

Senario yang dijelmakan selepas pemilihan adalah sangat menarik dan penuh dengan elemen yang mustahil pada era 1980-an yang ditandai dengan peristiwa berdarah Memali. Bagi saya, kemustahilan yang sudah menjadi suatu realiti hari ini adalah satu warna terang yang mampu membawa kepada kesatuan orang Melayu.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa sekian lama Pas menuding jari kepada UMNO yang dikatakan tidak memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam tulen dengan enggan menjalankan hukum hudud sebagai sebahagian sistem perundangan kerajaan yang diterajunya.

UMNO dilihat dari sisi yang hitam apabila dilihat tidak berbuat apa-apa terhadap operasi besar-besaran kilang arak di Selangor yang mercu tandanya dapat kita lihat dari Lebuh Raya Persekutusan dengan jelas.

Bahana daripada tuduhan dan sisi hitam ini, maka UMNO dengan mudah dan singkat dicop sebagai kurang Islamik atau lebih dangkal lagi sebagai golongan kafirun kerana menolak nilai-nilai tersebut.

Pada asasnya, tuntutan yang dianggap Islamik daripada Pas selama ini tidak pernah disertakan dengan proposal yang teguh dan utuh.

Ia hanya tuntutan kosong dan berlohong. Mengambil contoh satu cadangan daripada Pas suatu ketika dahulu bahawa hukum hudud wajib dijalankan ke atas umat Islam di Malaysia. Ini sebenarnya hanyalah sebagai halwa telinga dan mencukupkan syarat bagi penyokong Pas bahawa hanya Pas sahajalah yang berupaya mendukung syariat Islam.

Sedangkan hukum yang menjadi tuntutan agama Islam ini mesti dijalankan ke atas seluruh warga Malaysia tidak kira agama dan warna kulitnya jika benar dan bersungguh kita mahu melaksanakannya.

Apabila kerajaan BN menolak cadangan yang penuh dengan lubang-lubang persoalan yang bakal berserabut ini, berkokoklah sekelian hamba rakyat keturunan Pas bahwa UMNO menolak Islam dan kafir.

Begitu juga dengan tuntuan Pas supaya kilang arak ditutup. Ia adalah satu lagi perjuangan plastik semata-mata. Buktinya, dapat kita saksikan hari ini tatkala mereka berkuasa di Selangor.

Rampasan arak di sebuah kedai 24 jam di Shah Alam yang diarahkan untuk dipulangkan semula oleh Exco kerajaan negeri adalah sesuatu yang benar-benar memberi aib terhadap perjuangan yang dilaung-laungkan Pas selama ini.

Saya tidak terkejut, malah menghela nafas lega apabila pada Muktamar Pas kali ini, telah dinyatakan dengan jelas oleh Haji Hadi, dengan disaksikan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang bahawa perjuangan penubuhan sebuah negara Islam tidak termaktub dalam kitab suci al-Quran.

Maka apabila dia jugalah yang melaungkan amanat Haji Hadi pada 1980-an sehingga membawa kepada peristiwa berdarah Memali, tidakkah beliau berasa berdosa terhadap sekian banyak darah tumpah demi perjuangan plastik tersebut? Saya ingin memanjatkan syukur kepada Allah kerana menentukan beliaulah juga menafikan apa dilaungkannya dahulu.

Amanat Haji Hadi telah mengheret kepada peristiwa Memali yang merubah hidup seorang anak menjadi yatim, isteri kehilangan suami, ibu kematian anak yang tujuan akhirnya menyuburkan kebencian orang Pas terhadap kepimpinan kerajaan UMNO.

Bukan Islam dan musuh Islam harus berterima kasih kepada Haji Hadi kerana berjaya mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam dengan amanat bahaya tuan haji. Sesama Islam kafir mengkafir, satu mukim mempunyai dua jemaah dan pemulauan kenduri orang kampung yang berlainan ideologi politik. Ini realiti dan senario pasca amanat Haji Hadi. - Utusan Malaysia

Perbuatan pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera, agama Islam dan melabelkan UMNO rasis dianggap mengkhianati bangsa serta tanah air.

Perbuatan itu umpama menggadai maruah diri berdasarkan kepentingan politik sempit tanpa memikirkan kepentingan Melayu Islam di negara ini.

Hak ketuanan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam akan terhakis jika Parti Keadilan Rakyat dan PAS terus diperalatkan oleh DAP untuk menumbangkan UMNO.

Sikap pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang sanggup melupakan sejarah bangsa, perjuangan dan kemerdekaan negara, sekali gus menafikan pengorbanan pemimpin lalu.

Apa yang diperjuangkan oleh UMNO adalah untuk semua rakyat berasaskan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional dan mempertahankan Perlembagaan yang sebelum ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak sehingga sekarang.

Sikap pemimpin Melayu dalam pakatan haram meresahkan Melayu kerana hak mereka dalam Perlembagaan dicabar. Perkara yang melibatkan hak keistimewaan bumiputera, kedudukan Islam, martabat institusi raja Melayu dan bahasa Melayu semakin ketara cuba digugat selepas pilihan raya umum lalu.

Inilah modal pusingan pemimpin Melayu dalam pembangkang yang sengaja memainkan isu berkenaan kerana bersekongkol dengan parti pembangkang daripada kaum lain untuk memegang kuasa dan menjejaki Putrajaya.

- Utusan

MENARIK : ILUSI AWEK TERSEMBUNYI......





Sunday, June 12, 2011


Beberapa isu kontroversi yang dibangkitkan DAP sejak kebelakangan ini disifatkan sebagai usaha terancang untuk memecahbelahkan orang Melayu di negara ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, isu termasuk pilihan raya masjid, pendaftaran bangsa anak dan penganjuran perhimpunan Bersih yang dimainkan oleh parti itu merupakan konspirasi besar untuk memenuhi agenda mereka.

"Konspirasi besar yang bertopengkan demokrasi ini cuma berpaksikan pada satu tujuan iaitu memecahbelahkan orang Melayu. Agenda tersusun ini berperanan untuk meracuni pemikiran orang Melayu, seiras tindakan Lee Kuan Yew di Singapura yang menyaksikan kejatuhan Melayu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Zulkifli, DAP akan tetap meneruskan agenda tersebut dengan harapan suatu hari nanti semua orang Melayu akan tunduk kepada telunjuk parti itu dan meninggalkan identiti bangsa mereka.

Tambah beliau, penganjuran pilihan raya masjid di Pulau Pinang menunjukkan serangan parti tersebut secara halus ke atas institusi keagamaan yang menjadi tunjang kehidupan orang Melayu.

"Kenapa perlu mengadakan pilihan raya di masjid sahaja? Kenapa tidak di tokong Cina, kuil, wat Siam dan gereja?" soal Zulkifli.

Mengulas isu pendaftaran anak yang baru dilahirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh iaitu Shay Adora Ram, beliau melihat keengganan wakil rakyat itu meletakkan keturunan anaknya sebagai India mempunyai ciri-ciri cauvinis, prejudis dan rasis.

Katanya, jika Hannah mengikut amalan biasa pendaftaran anak di negara ini, Shay Adora Ram wajar mengikut keturunan bapanya iaitu India, namun keengganan wakil rakyat itu berbuat demikian menjadi satu persoalan yang membingungkan.

Sementara itu, jelasnya, penganjuran perhimpunan Bersih yang bertujuan mengheret kaum Melayu ke jalanan untuk melakukan sesuatu yang sia-sia turut membuktikan bahawa DAP kian berani mempermainkan orang Melayu.

"Justeru, saya menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap tindakan DAP ini. Sekarang bukan masanya untuk bertolak-ansur terhadap golongan seperti ini," kata beliau. - Utusan

Saturday, June 11, 2011

Majlis Agama Islam Pulau Pinang perlu mempunyai pendirian dan ketetapan sendiri mengenai pilihan raya masjid yang dijadualkan diadakan pada pertengahan bulan ini dan bukan hanya melaksanakannya seperti diarahkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.


Sikap tegas dan tidak mengikut telunjuk perlu ditunjukkan MAIPP supaya keyakinan masyarakat Islam di negeri ini terhadap peranan majlis agama itu tidak tergugat. Selaku badan yang menyelaras pentadbiran agama Islam, MAIPP perlu menolak dan memberi nasihat tentang perkara yang tidak betul dan bukan hanya mengikut arahan Malik Kassim.

MAIPP patut tahu apa yang perlu dilakukannya dalam isu pilihan raya masjid yang secara terang-terangan salah kerana dibuat tanpa merujuk perkenan Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam negeri terlebih dahulu.

Jika majlis agama ini hanya akur dan tunduk dengan keputusan Kerajaan DAP, lebih baik MAIPP ditutup sahaja dan biarkan pemimpin negeri berbuat apa sahaja yang mereka suka. Sekarang ini pun mereka sudah memulakan tindakan ke arah itu.

Baru saja mentadbir sebuah negeri, DAP sudah berani naik kepala dan membelakangkan kuasa Yang Dipertuan Agong. Bagaimana agaknya bila DAP dapat menguasai Putrajaya?? Mungkin lebih teruk daripada Singapura...siapa tahu..



Lim Kit Siang sebelum ini pernah mempertikaikan Malaysia sebagai negara Islam di Parlimen. Dulu beliau biasanya akan menjolok isu perkauman dan negara Islam tetapi sejak dua menjak mereka berbaik dengan PAS, secara halus mereka telah berjaya mengubah pendiri PAS dari penubuhan sebuah negara Islam kepada Negara Berkebajikan.....


Satu ketika dulu Lim Kit Siang pernah mengatakan bahawa 'Islam PAS' lebih merbahaya kepada Malaysia...tetapi sekarang apa yang sudah jadi...PAS sendiri mengakui menubuhkan negara Islam hanya merugikan mereka...
Disini dapat kita lihat bagaimana propaganda yang dimainkan oleh DAP dalam usaha untuk memecahbelahkan orang Melayu dan Islam. Ternyata propaganda yang dimainkan oleh mereka sehingga sekarang telah membuahkan hasil...fikir-fikirkan....

Ultra kiasu rasis chauvanis DAP memang tidak dapat lari daripada membuat fitnah,bohong dan menghasut. Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi didapati bersalah dalam saman mengfitnah Razali bin Abdullah dan diperintahkan membayar ganti rugi RM150 ribu.

Sebelum itu ramai yang tidak tahu ada seorang lagi ahli parlimen DAP dari Pulau Pinang turut didapati bersalah kerana mengfitnah,pada 16/5/2011 YB Chong Eng ahli Parlimen Bukit Mertajam didapati bersalah kerana mengfitnah Mark Austin seorang pengarah muzik dan diarah membayar RM200 ribu sebagai ganti rugi.

Chong Eng diwakili oleh Jagdeep Singh Deo anak kepada Karpal Singh. Dek kerana gagal membuktikan fitnah tersebut Chong Eng bakal berdepan untuk tidak dapat bertanding di parlimen Bukit Mertajam sekurang kurangnya 2 penggal .

Lim Guan Eng yang telah menjadi kaya raya sejak menjadi ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang telah membantu Jeff Ooi dengan membayar secara tunai RM150ribu untuk menyelesaikan perintah makhamah.Banyaknya duit baru 3 tahun jadi Ketua Menteri dah boleh bayar cash Rm150ribu.

Menariknya Lim Guan Eng tidak pula membantu Chong Eng , maka terpaksalah DAP Bukit Mertajam berbohong kepada ahli parti dan penyokong mereka mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana pilihanraya,sebenarnya dana tersebut digunakan untuk menampung denda RM200 ribu.Dikhabarkan khawarij PAS dan haprak PKR turut sama hadir dalam majlis tersebut.

Sudahlah didapati bersalah kerana fitnah,sekarang ini mereka pula cuba untuk menipu rakyat.Dalang disebalik kerja kutipan dana ini dalah Lim Hwa Lee ,seorang yang dikenali ramai sebagai machai Timbalan Speaker DUN Tan Hock Leong.Malah beliau dikatakan begitu kuat melobi untuk mendapatkan gelaran Datuk ,sebab itulah beliau sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan Chong Eng.

Selepas ini akan ada banyak lagi jamuan makan malam kononnya untuk kutipan dana pilihanraya disekitar Seberang Perai khas untuk ahli DAP,penyokong pakatan ditipu hidup hidup. - pisau.net


GEORGE TOWN: A High Court here has ordered a Member of Parliament here to pay RM200,000 in damages, after she was found guilty of defaming British music conductor Mark Ignatius Uttley @ Mark Ostyn here.

The defamation suit filed by Uttley was brought against Bukit Mertajam MP Chong Eng. She was the Batu Lanchang assemblyman in April, 1999 when she had allegedly cited the libelous words about Uttley to journalists here.

Her remarks resulted in several newspapers publishing the defamatory words on June 10, 17 and 23 in 1998. - The Star





Shocking News...Anwar Ibrahim harus bertaubat - Karpal Singh ?



The marriage of DAP / PAS and PKR is a lie created by Pakatan Rakyat to cheat Malaysians. Each leaders from each component parties realised that the wedding of this trinity is a marriage of convenient. Anwar will do any monkey tricks just to be a Prime Minister.

He left ABIM cause he sees that ABIM cant help him to achieve his ambition. He went into UMNO and fooled everyone there and he almost made to the PM seat. Then there is this wind of change. When he was in UMNO supporting BN, he sees no wrong in BN and UMNO. He went all out to convince the people that they are with a government of dignity and we have an able administration. That was the truth.

He challenged DAP and PAS. PAS and DAP developed a hatred for the man Anwar Ibrahim. Even on the issue of lompat parti which Anwar started , was condemned by Karpal Singh.

Anwar said UMNO uses cheap and dirty trick to expose the sex video. I am asking the question on what kind of morality and types of political game Anwar is standing and on what grounds when he accused Dato Seri Najib Tun Razak and Datin Rosmah of murdering Altantuya ? Zulkifli Zainordin and Ezam spoke the truth how Anwar manufactured fitnah to kill and assasinate Dato Najib political career. Then there was this VK Lingam video. Is that clean politics ? You know, a hypocrite like Anwar complains when the same method was used against him, he cried foul play but he uses the same tactics against others. Where lies the rules of conduct here ? Bloody hypocrite Anwar Ibrahim the Liar.

Here is a reproduction video of Anwar the Great Liar ! - People Against Opposition


**Permainan atau eksperimen yang cuba yang dimainkan oleh DAP dan sekutunya dalam pilihanraya Masjid yang akan diadakan walaupun mendapat tentangan rakyat ialah mengukur kekuatan atau sokongan orang Melayu/Islam terhadap pakatan haram di Pulau Pinang sebelum menghadapi PRU13 yang bakal datang.

Sekiranya wakil-wakil dari PAS dan PKR dapat menguasai jawatankuasa masjid-masjid di Pulau Pinang maka sudah cukup untuk membuktikan pada DAP segala usaha yang dibuat oleh Lim Guan Eng dan cina-cina DAP dalam memburukkan dan ingin menjatuhkan UMNO telah berjaya tetapi sekiranya keputusan yang diterima memihak pada UMNO secara tidak langsung pilihanraya masjid ini dapat memecahbelahkan perpaduan sesama Islam dan juga dapat meruntuhkan integriti institusi masjid dan orang Melayu/Islam di Pulau Pinang....

Kebimbangan banyak pihak berhubung anasir politik kepartian dalam pilihan raya masjid di Pulau Pinang ternyata berasas apabila kelibat ‘ejen’ parti politik tertentu sudah mula membayangi perjalanan pemilihan menjelang proses penamaan calon yang bermula esok.

Difahamkan, aktiviti lobi-melobi ejen parti politik dikesan sebaik sahaja Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pilihan raya berkenaan baru-baru ini.

Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff ketika mendedahkan perkara itu berkata, sudah ada gerakan secara aktif untuk mewujudkan kumpulan-kumpulan tertentu menjelang pilihan raya itu kelak.

Menurutnya, senarai nama calon yang dihantar kepada pejabat tadbir agama juga dibuat secara berkumpulan-perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Ada jawatankuasa kariah masjid menghubungi saya bahawa mereka ada hantar salinan nama-nama (calon) yang difikirkan layak, tetapi kemudian ada orang politik membuat senarai lain dan dihantar kepada pejabat tadbir agama.
“Sudah nampak ‘perlumbaan’ untuk menjadi calon, pihak yang menghantar ini pula orang politik. Bayangkan kalau setiap kumpulan ada senarai sendiri, tidakkah ia akan mengundang pergeseran nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mohd. Yussof berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar pergolakan dalam beberapa jawatankuasa masjid di Pulau Pinang ketika pemilihan secara terbuka dibuat pada sekitar awal 1990-an.

Ketika itu, katanya, pemilihan berlangsung tegang kerana prosedur yang lemah sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

“Sebab itu kaedah tersebut diubah dan digantikan dengan sistem pemilihan yang dilaksanakan pada masa ini. Kekecohan tidak mustahil boleh berulang, malah mungkin lebih teruk kerana prosedur pemilihan kali ini juga sangat longgar.

“Saya minta tolong, jangan untuk mentadbir rumah Allah pun kita nak bertelagah apatah lagi kerana politik. Cukup-cukuplah kita berpecah, jangan bawa sampai ke masjid. Mari cari jalan yang lebih sesuai demi kepentingan bersama,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mohd. Yussof berkata, persatuan itu akan mengadakan mesyuarat tergempar Rabu depan bersama kepimpinan kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut.


DENGAN izin Allah SWT muktamar Pas yang baru berakhir baru-baru ini banyak membuka mata kita semua. Membuka mata betapa hipokritnya Pas.

Memang kita tahu Pas sememangnya hipokrit sejak dari dulu lagi. Tapi kali ini Allah menunjukkan kepada kita semua dengan lebih jelas dan terang lagi mengenai sikap mereka yang sebenar. Memang benarlah seperti kata ceramah ustaz-ustaz di masjid-masjid bahawa dunia ini sudah tua dan sudah sampai ke akhir zaman.

Dasar Pas Membangun Bersama Ulama dan Membentuk Negara Islam telah dipinggirkan bagi memastikan matlamat menghalalkan caranya tercapai. Matlamat itu ialah untuk menawan sepenuhnya negara ini secara memberi bantuan kepada DAP.

Banyak juga analisis yang ditulis mengenai hal ini. Saya juga banyak menerima surat daripada orang ramai yang meluahkan perasaan mengenai sikap Pas itu. Tidak pernah saya melalui situasi seperti ini, orang ramai menulis terlalu banyak mengenai isu Pas menggadaikan perjuangannya itu.

Namun, pada pandangan saya sebagai penulis kolum ini, perkembangan itu cukup baik kepada parti pemerintah.
Ia juga cukup baik kepada UMNO. UMNO harus menggunakan peluang yang terbuka luas itu untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu yang sayangkan Islam.

Ramai orang Melayu di luar sana, bukan sahaja kuat semangat kebangsaan mereka, tapi juga amat sayangkan perjuangan Islam. Pas kini telah meninggalkan perjuangan yang kononnya dipegang sejak dulu, untuk bersekongkol dengan sebuah parti yang kita kenali sebagai terlalu antikan Islam.

Slogan ‘langkah mayat saya dulu’ begitu terkenal setelah Karpal Singh memberi amaran kepada Pas mengenai cadangannya mahu mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud. Tapi kini, kerana terlalu beralah dan mengharapkan bantuan DAP, mereka tidak berkuasa ‘melangkah mayat’ Karpal. Karpal bagi Pas merupakan kapal yang boleh membawa mereka mencapai cita-cita politik.

Hakikatnya, UMNOlah sebenarnya lebih konsisten perjuangan Islamnya berbanding Pas. Semasa pemerintahan kerajaan pimpinan UMNO inilah syiar Islam diperkembangkan. Dari pemakaian tudung hinggalah kepada perbankan Islam diterap dan dilaksanakan sejak tahun-tahun 1980-an semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad mula mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Beliaulah yang memperkenalkan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan yang ianya diamalkan sehingga ke hari ini.

Corak pemerintahan UMNO, jika dikaji secara halus cukup Islamik. Jika tidak, tiadalah apa yang kita kecapi hari ini. Di zaman Rasulullah SAW, umat bukan Islam tidak dipinggirkan. Itulah juga yang dilakukan sekarang. Orang bukan Islam di Malaysia hidup aman damai, dan dapat melaksanakan aktiviti perdagangan mereka dengan begitu jayanya. Malah di Malaysia, orang bukan Islamlah yang menguasai perekonomian serta bidang-bidang lain. Orang Islam luar pun mahu belajar daripada kita.

Kita hidup aman, damai di negara ini. Orang Pas, orang DAP, PKR semua hidup mewah di bawah pemerintahan yang ada sekarang. Jika mereka menafikannya, bermakna mereka menipu diri sendiri dan orang ramai. UMNO kini mempunyai cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar Pas baru-baru ini. Matlamat Pas sudah terpesong. UMNO harus merebutnya.

Oleh itu, saya cadangkan UMNO membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama UMNO. Ia bersesuaian dengan penubuhan Sekretariat Ulama Muda UMNO dikenali sebagai ILMU yang diwujudkan tahun lalu. Ia kini terletak di bawah Biro Agama sahaja. ILMU perlu dikembangkan kepada sebuah Sayap.

Kita mahu supaya sekretariat ini diangkat menjadi sebuah sayap yang mempunyai Ketua Ulama, Naib Ketua Ulama dan exco-exconya yang tersendiri supaya fungsi dakwahnya ke seluruh negara dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mantap. Jika Putera terbukti berjaya dalam kerja-kerja kesukarelaan globalnya, Sayap Ulama UMNO juga diharap akan menjalankan fungsi kesukarelaan dakwah secara lebih agresif.

Harus diingat ramai pemuda-pemuda Melayu kini amat cenderung kepada soal-soal keagamaan. Saya sendiri mahu melihat supaya sayap baru Ulama ini bergerak ke masjid-masjid dan surau-surau serta memperhebatkan aktiviti kesukarelaan dakwah ke seluruh negara.

Perlu diingat, kumpulan agama lain kini semakin marak pergerakan mereka ekoran kekalutan dalam Islam yang dicetuskan oleh Pas selama ini. UMNO mulai sekarang perlu bersiap sedia menerima kemasukan ramai pengikut Pas yang akan berhijrah beramai-ramai keluar daripada parti itu. Rata-rata pengikutnya kini kesal melihat parti mereka itu sudah hilang tuju dan matlamat setelah dikuasai oleh kumpulan bukan ulama yang cukup jumud dan taksub sikap mereka.

Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 Pas yang disungkurkan mengikuti jejak beberapa pemimpin Pas sebelum ini berjuang dalam UMNO. Kita tahu Ustaz Nash mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri.

Saya juga berdoa Presiden UMNO dapat mempertimbang syor penubuhan Sayap Ulama itu. Kita juga berharap usul mengenai penubuhan sayap ini akan dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Allah SWT telah membuka laluannya kepada UMNO, rebutlah peluang itu. - UTUSAN


Mungkin dengan Slogan " Penubuhan Negara Islam" yang dibawa PAS selama ini telah menghalang mereka dari menganjurkan pelbagai aktiviti yang mungkin bertentangan dengan ajaran Islam. Demi memastikan mereka menjadi kuda tunggangan yang baik dan berguna kepada DAP dan PKR, dasar yang dibawa selama oleh pejuang-pejuang PAS yang terdahulu telah ditukar. 

Mungkin kerana mahu meraikan pengguguran secara rasmi perjuangan untuk mewujudkan negara Islam ini di muktamar mereka baru-baru ini, PAS Kelantan telah menganjurkan pertandingan Badan Cantik Mr Kelantan.

Atas alasan untuk menjaga kebajikan anak-anak muda, peserta yang bertanding dibenarkan untuk memakai seluar 'kecil' yang biasa digunakan dalam pertandingan bina badan. Mengapa jadi begitu sedangkan sebelum ini puak-puak PAS lah yang paling kuat mengutuk, menghina dan mencaci sesiapa yang tidak menutup aurat mereka.

Ada saja benda-benda mengaibkan dan memalukan mereka yang dibuat oleh PAS. Tidak mustahil satu hari nanti PAS Kelantan akan menganjurkan Pertandingan Muslimah Cantik atau Ratu Bina Badan untuk menarik pengundi wanita pula. Almaklumlah PAS sekarang ni kan sudah mengamalkan dasar terbuka seperti DAP dan ingin menjaga kebajikan rakyat yang sebelum ini tidak pernah dibuatnya...Jangan sampai peserta wanita yang masuk bertanding memakai tudang dan bikini sudah...

Adakah ini balasan Allah SWT yang ditunjukkan kepada rakyat di atas sikap pemimpin mereka yang selama ini sanggup memutar belit dan melacurkan agama demi meraih kuasa dan keuntungan politik.


KOTA BHARU 10 Jun - Tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 menunjukkan parti itu semakin terdesak untuk menarik sokongan golongan muda bagi memastikan survival pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian berkata, tindakan Pas Kelantan itu juga bukti parti tersebut kini semakin menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud.  "Kerajaan Pas Kelantan sudah terdesak untuk menagih undi orang muda. Justeru, Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara-perkara yang mereka menentang dahulu.
"Tidak hairanlah selepas ini akan ada lebih banyak program mendedahkan aurat dilakukan bagi menarik golongan muda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 di Dewan Jubli Perak, dekat sini semalam.
Pertandingan itu diadakan bersempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011 dengan beberapa acara lain turut diadakan termasuk karnival sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), pertandingan gusti lengan dan perarakan berkuda. Tindakan Pas Kelantan itu mencetuskan persoalan berikutan parti tersebut yang mendakwa berada di bawah kepimpinan ulama sebelum ini mengharamkan penyertaan wanita dalam tilawah al-Quran dengan alasan suara mereka adalah aurat.
Sementara itu, Timbalan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, penganjuran pertandingan tersebut bukti perubahan dasar perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.
"Bila orang buat banyak yang salah, tetapi bila ia beri keuntungan kepada Pas dihalalkan. Sebagai rakyat, kita melihat bila slogan bertukar maka polisi pun bertukar," katanya. - Utusan

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.