Tuesday, May 31, 2011


Rakyat Pulau Pinang tidak seharusnya terperdaya dengan sandiwara Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana beliau adalah seperti seorang pemimpin diktaktor dan autokrasi dalam pemerintahan. 

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, DAP Melaka sebelum ini pernah menolak kepimpinan Lim dan keadaan itu berlaku apabila beliau pernah tewas dalam pertandingan Jawatankuasa negeri beberapa tahun lalu. Katanya, isteri Lim, Betty Chew Gek Cheng turut menerima nasib yang sama pada tahun terbabit. "Ini jelas membuktikan bahawa parti DAP di Melaka juga tidak menyukai sikap Lim tetapi kini beliau berhijrah ke Pulau Pinang membawa sikap yang sama untuk memerintah negeri," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gelugor di sini. 

Katanya, Lim adalah seorang yang gagal menunaikan janji yang dibuatnya sebelum pilihan raya dan didakwa sanggup menindas kaum untuk kepentingan sendiri. 

Mohd Ali mendakwa Lim membina rumah yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat di negeri ini. 

"Tindak-tanduk Lim amat membimbangkan kerana beliau akan terus membina rumah yang tidak ada kuota, harga terlalu tinggi dan akhirnya esok Pulau Pinang tidak ada lagi tempat untuk orang sederhana dan miskin di sini tetapi hanya akan diduduki oleh golongan kaya sahaja," katanya. 

Katanya, keadaan itu terbukti sekiranya DAP masih memerintah di negeri ini maka Pulau Pinang tidak akan mempunyai masa depan yang cerah khususnya orang Melayu dan semua rakyat. - BERNAMA 


Tindakan Nik Aziz  yang taksub membela dan mempertahankan Anwar Ibrahim seolah-olah beliau kini dikuasai oleh puak Pro-Anwar.  Nik Aziz kini menjadi mangsa kepada tokoh-tokoh yang menyokong Anwar dalam Pas sehingga tidak mampu untuk berfikir secara rasional.

Nik Aziz sebenarnya menjadi mangsa kepada tokoh yang ditanam oleh Anwar dalam Pas sehingga pemikiran beliau begitu sempit dan dikuasai oleh kumpulan itu. Nik Aziz mempunyai pemikiran sehala iaitu hanya menyokong sesuatu dengan tidak melihat faktor-faktor lain tanpa memberi peluang untuk mempertimbangkan aspek lain yang berkaitan.

Corak pemikiran Nik Aziz cuma sehala dan ini telah membuatkannya menolak segala bukti kebenaran yang dikhuatiri boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin yang akhirnya mencemarkan imej Islam itu sendiri. Tindakan yang dilakukan oleh Nik Aziz ini dilihat seperti tidak dapat menerima kebenaran dan ini sangat memalukan.

Dengan kemajuan sains dan teknologi zaman sekarang telah membuktikan bahawa video seks itu tulen dan pelakunya juga asli dan telah disaksikan oleh masyarakat Mengapa Nik  Aziz yang kononnya mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral tanpa menimbang bukti yang telah didedahkan??


Monday, May 30, 2011


MENTERI Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi tampil sebagai 'wira' untuk membela Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru di Sungai Buloh, kelmarin, Nik Abdul Aziz yang berucap di satu majlis menasihatkan pihak yang dianggap memfitnah Anwar tampil memohon maaf. ''Dosa orang yang buat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf dengan Anwar, itupun kalau Anwar bagi.''

Malahan Nik Abdul Aziz juga berhujah bahawa, kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam adalah faktor kemaraan politiknya disekat kepimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN) yang khuatir kehilangan kuasa. Demikianlah hebatnya 'ketaksuban' Nik Abdul Aziz mempertahankan Anwar. Bagi Menteri Besar Kelantan itu apa pun orang kata tentang Anwar semuanya fitnah, konspirasi dan mainan politik semata-mata.

Orang seperti Nik Abdul Aziz seolah-olah tidak mahu lagi mendengar hujah pihak lain sebaliknya hanya percaya kepada kata-kata Anwar sahaja. Persoalannya sejak bila pula, Nik Abdul Aziz begitu mengambil berat soal fitnah ini, apakah hanya kerana melibatkan Anwar atau mana-mana pemimpin pembangkang, ia dianggap fitnah tetapi kalau melibatkan pemimpin UMNO atau BN, itu dianggap satu kebenaran?

Kenapa Nik Abdul Aziz tidak bersuara apabila pelbagai fitnah dilemparkan oleh pembangkang termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? Ini belum lagi mengambil kira bagaimana tindakan yang sama pernah dilakukan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Begitu juga dengan pelbagai tuduhan pembangkang kepada kerajaan BN dan pemimpin UMNO yang sebahagian besarnya menjurus kepada fitnah tetapi Nik Abdul Aziz hanya senyap sahaja. Kepentingan politik telah menguasai pemikiran Nik Abdul Aziz sehinggakan beliau hanya akan mengeluarkan hujah-hujah berlandaskan al-Quran dan hadis jika sesuatu isu itu melibatkan kepentingan pembangkang.

Kalau benar Nik Abdul Aziz begitu percaya bahawa Anwar difitnah, kenapakah beliau tidak membantu ketua pembangkang itu untuk membersihkan namanya dengan menggunakan apa juga cara? Anwar bukannya tidak diberi ruang untuk berbuat demikian, tetapi semuanya ditolak bulat-bulat manakala Nik Abdul Aziz sendiri menolak semua hujah biarpun dari semasa ke semasa kebenaran semakin tidak menyebelahi Ketua pembangkang tersebut.
Hujah Nik Abdul Aziz bahawa Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam juga boleh dianggap sesuatu melucukan dan hanya kenyataan politik semata-mata.

Ia disebabkan tindak tanduk Anwar selama ini termasuklah berhadapan dengan dua tuduhan liwat tidak melayakkan beliau mendapat pengiktirafan seumpama itu. Apatah lagi Anwar sendiri lebih mengutamakan persahabatan dengan DAP berbanding Pas, sebab itulah suatu ketika Anwar secara terbuka berkata, pembangkang sepakat bahawa isu perjuangan negara Islam tiada agenda mereka.

Malahan Anwar juga baru-baru ini menyinggung perasaan Pas apabila menyatakan bahawa parti itu memahami bahawa golongan gay dan lesbian harus diberi layanan sama seperti warga lain. Semua fakta ini tidak dinilai oleh Nik Abdul Aziz, sebaliknya beliau bermati-matian mempertahankan Anwar sehingga keadaan itu turut merimaskan sesetengah ahli-ahli Pas.

Malahan ada antara mereka pernah mengesyorkan kepada penulis supaya jangan melaporkan apa juga kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz. Ia kerana pada pandangan mereka, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan kepada Pas. Begitulah juga dalam isu Anwar ini, Nik Abdul Aziz seolah-olah begitu teruja membela beliau biarpun semakin ramai ahli Pas meragui keikhlasan Anwar.
Tetapi Nik Abdul Aziz seperti biasa tidak akan mempedulikan apa pandangan orang lain, selagi ada kesempatan untuk membela Anwar, maka beliau akan berbuat demikian.

Mungkin Menteri Besar Kelantan itu sendiri tidak yakin bahawa ada orang lain yang boleh memimpin pembangkang selain Anwar. Oleh itu, beliau terus berusaha untuk memastikan kredibiliti Anwar tidak terjejas biarpun ketua pembangkang itu semakin banyak berhadapan dengan isu-isu berkaitan dengan moral.

Keadaan itu menggembirakan Anwar dan juga pemimpin pembangkang lain kerana mereka tahu apa pun yang dilakukan pasti ada seorang mursyidul am yang akan membela mereka. Kesudahannya, walaupun ada pemimpin Pas yang tidak bersetuju dengan sesuatu perkara termasuklah dalam isu melibatkan Anwar mereka tidak akan berkata-kata apa-apa kerana bimbang bertentangan pendapat dengan Nik Abdul Aziz.

Sebenarnya, tindakan Nik Abdul Aziz meletakkan Pas di dalam bahaya kerana jika siasatan polis selepas ini tidak memihak kepada Anwar ia boleh memberikan kesan buruk kepada politik Pas. Ia kerana sebagai Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz membawa suara Pas, oleh itu sudah pastilah apa yang beliau katakan akan dianggap pendirian Pas.

Jika itu berlaku, Pas akan terus ditolak oleh rakyat seperti mana berlaku dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menunjukkan pengundi-pengundi atas pagar semakin meninggalkan Pas. Semua itu berlaku kerana mereka melihat Pas tidak konsisten dalam mempertegaskan sesuatu isu dan ia menjadi betapa buruk apabila seolah-olah tidak ada sesiapa pun di dalam parti berkenaan yang berani menegur keterlanjuran dan tindak-tanduk Nik Abdul Aziz.
Malahan sebelum ini disebabkan tindak-tanduk Nik Abdul Aziz, ada pihak yang mendakwa kemerosotan pengaruh Pas adalah disebabkan oleh beliau.

Sememangnya kita tidak boleh menyatakan sejauh manakah dakwaan itu benar, tetapi kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz sememangnya kadang kala boleh 'memudaratkan imej' Pas sebagai parti Islam. Atas sebab itulah, ada pihak di dalam Pas sendiri yang menaruh harapan agar ada perwakilan di dalam muktamar tahunan parti itu pada Jumaat ini akan menegur secara berhemah sikap Mursyidul Am tersebut.

''Teguran bukanlah dengan bahasa yang kesat atau kasar tetapi berlapik dan berhemah. Kita mahu sampaikan mesej kepada beliau bahawa tindakan-tindakannya banyak meresahkan ahli-ahli Pas di peringkat umbi,'' kata seorang ahli Pas ketika berbual-bual dengan penulis. Kita tidak pasti sama ada perwakilan Pas mempunyai keberanian itu atau tidak, biarpun sebelum ini pemimpin mereka mendakwa perwakilan bebas bercakap apa sahaja isu.

Tetapi apa yang pasti dari semasa ke semasa imej Pas semakin tergugat kerana kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz.
Adalah lebih baik jika Menteri Besar Kelantan itu menumpukan perhatian sebagai mursyidul am yang menasihatkan parti dalam sesuatu isu dan bukannya melakukan tindakan politik yang dilihat seolah-olah di dalam Pas ada 'dua Presiden''. - Utusan
Video menarik kisah Anwar...layan...






Di Pulau Pinang, pegangan tanah Melayu di negeri itu juga semakin mengecil. Menurut satu laporan, ‘hakisan’ berlaku akibat tanah digadai termasuk kepada bukan Melayu atas pelbagai sebab. Tidak terkecuali kerana masalah hutang. Jika tidak tergadai kerana hutang pun, tanah Melayu hilang atas nama pembangunan. Baru-baru ini di daerah Timur Laut (sekitar kawasan Georgetown), dilaporkan tanah kubur pun turut diteroka untuk pembangunan. Akhirnya tanah perkuburan orang Islam juga semakin mengecil.

Justeru Melayu jangan cepat lupa diri lebih-lebih lagi apabila mereka mewarisi tanah pusaka nenek moyang. Ada sesetengah waris menjadi ‘gelap mata’ setelah mereka mendapat tanah pusaka sehingga akhirnya tanah itu terlepas ke tangan orang lain. Sikap tamak juga membelenggu golongan ini. Jika dulu tanah yang diteroka oleh nenek moyang dikongsi bersama untuk mereka sekurang-kurangnya membina rumah atau bercucuk tanam, kini tanah itu mahu dipecah dan dibahagikan mengikut waris. Akhirnya tanah itu menjadi kecil dan kemungkinan terlepas ke tangan orang lain. Kerana merebut tanah pusaka, ada juga saudara mara yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa.

Orang sebegini sepatutnya malu kepada diri sendiri kerana hanya bergantung kepada tanah nenek moyang. Di tanah yang diwarisi itulah mereka membina rumah walaupun dalam keadaan sesak dan memusnahkan alam. Mereka tidak mampu membeli walau sebuah rumah apatah lagi sebidang tanah di kawasan lain yang dapat menambah pemilikan tanah atau harta keluarga yang diwarisi. Berapa ramai daripada kita mampu membeli tanah untuk menambah stok tanah yang diterokai keluarga terdahulu?

Ketika tanah yang diwarisi dibahagikan dalam jumlah yang kecil dan pada masa yang sama tidak ada penambahan stok tanah dilakukan, apakah yang bakal diwarisi generasi seterusnya? Lebih malang lagi apabila tanah itu terjual kepada orang lain. Ketika itu ke mana anak-anak cucu kita akan tinggal? Nak lari ke dalam hutan? Itu pun jika masih ada hutan dan hutan itu pula tidak menjadi milik sesiapa. Hari ini, boleh dikatakan setiap inci tanah sudah ada pemiliknya. 

Cuma apa yang akan berlaku ialah pertukaran hak milik daripada tangan A kepada B. Lebih malang lagi atas nama pembangunan, tanah itu akan terlepas juga. Pada era ini, kebanyakan tanah yang diambil tidak diganti dengan tanah sebaliknya ditukar kepada wang tunai atau mendapat sebuah rumah. Pertukaran hak milik juga berlaku apabila ada projek terbiar di tanah Melayu jatuh ke tangan orang lain. Begitulah hakisan pemilikan tanah yang melibatkan Melayu.

Di atas kertas, kita sudah hilang Tanah Melayu dan jangan sampai tanah yang menjadi milik Melayu akan turut lenyap dalam peredaran masa yang semakin mencabar ini. Mungkin jika tidak diawasi, suatu hari nanti tanah wakaf juga hanya tinggal nama. Jika dosa pahala, syurga neraka boleh diberi pelbagai tafsiran, inikan pula tanah wakaf. Ketika itu benarlah ‘bumi dipijak milik orang’. Semoga orang Melayu Islam tidak menerima nasib seperti Osama Bin Laden yang ‘dikuburkan’ di dalam laut.

Sunday, May 29, 2011

SEORANG ahli politik veteran membisikkan kepada penulis Pulau Pinang akan 'kembali' kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Beliau yakin BN boleh berkuasa semula kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya 'indah khabar daripada rupa'.
Bisikan itu, sama ada menjadi kenyataan atau sekadar igauan, sukar untuk diukur kerana masing-masing mempunyai pandangan dan alasan tersendiri. Apapun, merampas kembali atau menafikan penguasaan dua pertiga Kerajaan DAP Pulau Pinang atau BN sekadar menjadi pembangkang yang tiada kuasa seperti harimau tidak bertaring, itu adalah antara beberapa kemungkinan bakal berlaku.

Umum menyedari untuk BN kembali berkuasa bukan tugas mudah.

Malah, ramai kurang yakin BN berupaya menggugat pakatan pembangkang diketuai DAP yang seakan-akan semakin mendapat sokongan terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang dilihat sebagai hero oleh masyarakat Cina. Tetapi, itu bukan alasan BN menyerah kalah.

Ketika ini, daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan pembangkang menguasai 29 kerusi dengan DAP ada 19 wakil rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (9) dan PAS (1), manakala BN hanya diwakili UMNO di 11 kerusi.

Mengikut daftar pemilih yang diwartakan pada 27 Disember 2010, Pulau Pinang mempunyai 747,490 pengundi iaitu 251,413 Melayu (33.63 peratus), 411,507 Cina (55.05 peratus), 81,136 India (10.85 peratus) dan selebihnya bangsa lain.
Berdasarkan statistik itu, mampukah BN meraih semula sokongan masyarakat bandar yang majoritinya pengundi Cina yang memberikan sokongan padu kepada pakatan DAP-PKR-PAS pada pilihan raya umum lalu?
Pada masa sama, sokongan pengundi Melayu kepada kerusi BN yang diwakili UMNO pada PRU 2008 di pinggir bandar dan luar bandar juga tidak sehebat mana kerana rata-rata calon menang dengan majoriti yang kecil.
Walaupun ramai tidak yakin termasuk Tun Daim Zainuddin yang berpandangan Pulau Mutiara mungkin kekal di tangan pembangkang, BN perlu yakin memberi tentangan.

“Kalau kita nak masuk medan peperangan dengan rasa akan kalah, maka separuh perjuangan sudah hilang. Maknanya, kalau kita pergi berperang dengan tiada keyakinan, kita sudah separuh kalah.
“Tetapi kalau kita pergi dengan keyakinan, sebahagian daripada kemenangan sudah kita miliki, cuma tinggal sebahagian lagi (untuk capai kemenangan),” kata Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
GERAKAN Pulau Pinang pula tidak begitu berani untuk menyatakan secara terbuka kerana mahu menyesuaikannya dengan selera masyarakat Cina dan tidak mahu dilihat terlalu gelojoh kerana pengundi Cina masih fobia dengan UMNO. Tambahan lagi, dengan asakan pakatan pembangkang ke atas BN khususnya UMNO yang boleh melunturkan sokongan pengundi Cina terhadap BN. Tetapi, mereka bersedia untuk mentadbir negeri.
“Jika rakyat nak kepada kita, kita (BN) bersedia kerana kita ada kemampuan dan pengalaman. Kalau rakyat fikir BN lebih bijak untuk mentadbir, kalau mereka mahukan BN, kita sedia,” kata Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan.
Keyakinan Zainal dan kesediaan GERAKAN untuk menggalas tanggungjawab itu ada benarnya kerana rekod 11 pilihan raya umum sebelum PRU 2008 berpihak kepada BN. Yakni, rakyat sokong BN. Malah, pada PRU 1995,1999 dan 2004, DAP hanya ada satu kerusi dalam DUN Pulau Pinang. Hanya pada PRU 1986 dan 1990, DAP mampu memperoleh 10 dan 14 kerusi DUN tetapi BN tetap menang dua pertiga.
Sepanjang memerintah Pulau Pinang sebelum tumbang pada Mac 2008, BN membawa kemakmuran kepada rakyat dengan pembangunan dan transformasi sehingga menjadi destinasi pelaburan syarikat multinasional.
Kejayaan itu menyebabkan rakyat terus menyokong BN, cuma mereka ‘beralih angin’ pada 2008 selepas terpedaya dengan janji manis pakatan DAP-PKR-PAS yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’. Tetapi, selepas lebih tiga tahun berlalu, rakyat sudah dapat menilai apabila banyak janji tidak dikotakan. Janji tinggal janji.
Apa juga pendekatan digunakan parti komponen BN, terserah kepada kebijaksanaan pemimpin masing-masing kerana matlamat sama dan kata-kata Zainal wajar menjadi pegangan ahli dan pemimpin BN Pulau Pinang.
“Kekalahan adalah sementara. Hanya kerana satu kekalahan, tidak bererti kita kalah selama-lamanya. Ia menjadi kekal apabila kita putus asa. Jika kita tidak putus asa, kekalahan adalah sementara,” katanya.-27/5/2011 -Berita Harian

Lagi bukti DAP memperkecilkan kemampuan PAS walaupun PAS selama ini sanggup menjual maruah mereka mempertahankan DAP demi untuk kepentingan pakatan haram.

Rancangan DAP untuk meletakkan calon Melayu mewakili parti tersebut pada pilihan raya umum akan datang mencerminkan rasa tidak percaya serta kurang yakin dengan kemampuan Pas serta sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Penganalisis politik , Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (gambar) berkata, DAP terpaksa mencari alternatif lain sebagai strategi untuk memastikan orang Melayu menyokong parti tersebut memandangkan peranan Pas dalam pakatan tidak banyak membantu ketika ini.

"DAP dan Pas tidak pernah mempunyai persefahaman, malah keduanya selalu bergaduh mengenai pelbagai perkara. Walaupun sering menafikan tetapi rakyat bukannya bodoh untuk menilai lakonan tersebut.

"Kedua-duanya juga mempunyai ideologi yang bertentangan sehingga menyebabkan wujudnya perasaan prejudis dan prasangka buruk antara satu sama lain.

''Jadi bagaimana mereka mahu melaksanakan usaha bersama sekiranya saling mencurigai," katanya kepada MediaUMNO-Online hari ini.

Menurut Kay Kim, tujuan utama DAP mengubah strateginya dengan memberi fokus kepada orang Melayu adalah untuk mendapatkan kuasa secara total.

Katanya, DAP sedar bahawa sekiranya mahu mendapatkan kuasa autonomi di negara ini, mereka perlu mendapatkan sokongan daripada orang Melayu.

Bagaimanapun, Kay Kim tidak pasti sama ada rancangan DAP itu akan berjaya atau sebaliknya kerana secara umumnya masyarakat Melayu terikat dengan pegangan Islam.

"Apakah perjuangan dan ideologi DAP itu bersesuaian dengan orang Melayu. Golongan itu dinaungi oleh hak serta keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sedangkan DAP pula sering kali mempertikaikan perkara tersebut.

"Sebenarnya semua ini terletak pada orang Melayu sendiri. Adakah mereka mahu menyokong perjuangan DAP yang ternyata bertentangan dengan amalan serta budaya Melayu atau teruskan perjuangan bersama Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti jasanya sejak negara merdeka lagi," jelasnya.

Saturday, May 28, 2011


Memang memalukan. Tambah memalukan apabila video di bawah diarahkan oleh Gambit Saifullah dan Umair Mohamed. Tengok nama memang nama Islam. Kalau tak tengok dari segi agama pun, video klip ini memang dah nampak macam Amerika sangat. Tak ada budaya negara kita langsung. Apa kejadahnya?


Kalau tengok video kat atas tue rasa nak lempang-lempang produser yang terbitkan video nie. Kalau teringin sangat nak buat video macam nie, pergi duduk kat Amerika la. Video Mizz Nina yang mendapat kritikan gila-gila dulu pun tak ada seteruk nie. Ini memang hancur sangat-sangat.

- Beautifulnara

Seorang penulis Barat, Christopher Badeaux percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dominique Strauss-Kahn akan berkongsi nasib yang sama iaitu tersungkur sebelum cita-cita politik mereka tercapai kerana terpalit dengan skandal seks.

Beliau yang juga penulis beraliran kanan mendakwa kedua-dua pemimpin itu turut mempunyai persamaan lain iaitu enggan mengakui bukti hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dalam skandal masing-masing.

Menurut beliau, walaupun ujian DNA mengesahkan bahawa air mani dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar, tetapi ketua pembangkang itu tetap menafikan perkara tersebut malah menuduh ia konspirasi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Drama yang sama jelas Badeaux, turut dilakukan oleh Strauss-Kahn apabila menafikan terdapatnya bukti DNA pada baju pekerja hotel di Manhattan, Amerika Syarikat yang dilaporkan cuba dirogol oleh bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iatu pada 14 Mei lalu.

"Dalam kes Anwar, DNA beliau disahkan sepadan (dengan air mani dalam dubur mangsa) pada April dan ia menjadi sebab utama untuk mahkamah (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa kes itu perlu dibicarakan pada peringkat seterusnya (bela diri).

"Tapi Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi kerajaan dengan menuduh DNA beliau diambil secara tidak sah, DNA tersebut palsu, tidak sepadan atau apa sahaja cerita yang diperlukan pada hari itu kelak (perbicaraan).

"Hal yang sama turut dilakukan Strauss Kahn. Dia menggunakan plot cerita yang sama seperti didendang Anwar. Kedua-dua mereka yang didakwa kerana skandal seks menolak hasil DNA," katanya seperti dipetik daripada portal berita, http://newledger.com/

Mengulas lanjut Badeaux berkata, Strauss-Kahn sengaja mengitar semula drama yang dilakonkan oleh Anwar demi kepentingan peribadi kerana kedua-dua mereka mempunyai matlamat politik yang sama.

Bagaimanapun, beliau yakin dengan segala bukti termasuk penemuan DNA, kedua-dua pemimpin itu kini berada di hujung karier masing-masing yang dibina sejak berdekad lalu. - Utusan

BILA BABI MASUK SURAU....

Kejadian ini berlaku di Sg. Petani, Kedah....saksikan...


Apa sudah jadi dengan wakil rakyai ni...lama diam??dah tak buat function dalam surau lagi ke??


Friday, May 27, 2011


Tidak pernah kita dengar ibu pejabat parti politik di negara ini hendak kena lelong, tapi lain halnya dengan PKR yang ditimpa berbagai masalah sejak akhir-akhir ini. Terbaru yang menjadi bualan ramai ialah kisah bangunan empat tingkat yang menempatkan ibu pejabat PKR Merchant Square Tropicana,Petaling Jaya bakal dilelong bank pada 9 Jun.

Ini berikutan pemiliknya bangunan Ainb-Tech Sdn Bhd tidak bayar pinjaman kepada bank. Sebenarnya kisah masalah ibupejabat PKR itu sudah lama kedengaran. Khamis lepas Bendahari PKR, William Leong, dilapor mengakui bangunan itu akan dilelong. Katanya PKR hanya menyewa bangunan tersebut.


"Tuanpunya tidak bayar.Ini bukan pinjaman kami dan kami tidak berhutang dengan bank. Kami cuma penyewa. Saya tidak tahu mengapa mereka tidak bayar. Mungkin pemiliknya ada masalah perniagaan dan tidak dapat membayar pinjaman mereka,” katanya.

Betulkah bangunan itu disewa? Bagaimanapun, satu sumber memberitahu Agendadaily ada cerita lain. Sumber itu mempersoalkan benarkah PKR membayar sehingga RM20,000 sebulan sebagai bayaran sewa di bangunan tersebut dan jika benar bolehkan PKR membuktikannya.

"Ada media yang lapor PKR kata sewa bangunan ibu pejabatnya antara RM10,000 ribu ke RM20,000, tapi pernahkah PKR bayar, dan bolehkan dia tunjuk resit bukti adanya pembayaran?" soalnya.

Beliau turut mempersoalkan apakah wujud PERJANJIAN SEWA antara PKR dan pemilik bangunan itu. "Bendahari Agung PKR kata sewa bangunan antara RM10,000 ke RM20,000, itu perbezaan jumlah yang besar, sekali ganda, jadi atas dasar apa perbezaan itu wujud, apakah terma dalam perjanjian sewa mengatakan sewa berubah-ubah berdasarkan keperluan bulanan?" soalnya hairan.

Tambahnya, tanda tanya lain adalah, jika wujud perjanjian sewa, berapa lama tempoh PKR menyewa di situ. "Kebiasaannya apabila kita menyewa, kita buat perjanjian yang menggariskan berapa sewa perlu dibayar setiap bulan, dan dalam tempoh berapa lama, apakah perkara itu wujud?"soalnya.

Agendadaily difahamkan, perbelanjaan untuk mengubahsuai bangunan tersebut termasuk hiasan dalaman, peralatan pejabat dan sistem keselamatan melebihi RM3 juta. Bangunan empat tingkat dengan lapan unit itu menjadi ibu pejabat PKR itu mula diduduki sekitar Jun 2008, selepas PKR menang besar dalam pilihanraya umum ke 12.

Itu merupakan ibu pejabat keempat PKR sejak ditubuhkan pada 1999, pertama di Phileo Damansara sehingga 2002, kemudian berpindah ke Sekysen 13 Shah Alam sehingga 2005, kemudian berpindah lagi ke Brickfields hingga akhirnya pindah ke bangunan yang didudukinya sekarang.

Difahamkan notis mengenai lelongan bangunan tersebut sudah dipasang di sekitar Merchant Square. Harga antara satu unit berbeza-beza tapi dipercayai antara RM460,000 hingga RM 1 juta setiap satu. - AgendaDaily

Dah hampir meluat tahap ‘loyo’ tengok cara Anwar main politik. Typical Anwar.
Ucapan dua kalimah syahadah ‘Tiada tuhan melainkan Allah’. Ucapan kalimah politik Anwar pulak; ‘Tiada yang bersalah melainkan UMNO’. ‘Tiada yang berkonspirasi melainkan UMNO’. Tiada yang rasuah melainkan UMNO’.
Dalam Islam kita diajar ‘setiap suatu yang berlaku adalah di atas kehendak dan keizinan Allah. Ketentuan baik dan buruk semunya di atas kehendak Allah.
Ajaran Anwar pulak, ‘setiap suatu ketentuan buruk yang berlaku itu adalah atas kehendak dan keizinan UMNO manakala ketentuan yang baik itu adalah atas kehendak dia dan pakatannya.
Walaupun ketentuan buruk itu berlaku dalam keluarga dia, tetapi ajaran Anwar akan mengatakan ketentuan itu adalah di atas kehendak dan keizinan UMNO.
Walaupun ketentuan buruk itu berlaku hasil dari perbuatan tangannya sendiri tetapi ajaran Anwar akan mengatakan semua itu berlaku di atas kehendak dan keizinan UMNO. Jika tidak kerana UMNO maka tiadalah wujud akan video tulin tersebut. Nescaya hingga hari ini, Anwar masih pakai jam Omega.
Walaupun ketentuan buruk itu berlaku hasil dari perbuatan pimpinan PKR, tetapi ajaran Anwar menyatakan semua itu berlaku di atas kehendak dan keizinan UMNO.

Antara ajaran Anwar yang penting;Walaupun berlaku kemungkinan PKR diharamkan hasil dari kesilapan pengurusan dan pentadbiran PKR sendiri yang melanggar peraturan ROS tetapi ajaran ajaran Anwar akan mengatakan ketentuan itu adalah di atas kehendak dan keizinan UMNO yang maha kuasa.
UMNO yang maha kuasa telah menyebabkan dia dipecat dari jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO.
UMNO yang maha kuasa telah mengaibkan dia dan keluarganya.
UMNO yang maha kuasa telah bertindak menyekat kemaraan dia untuk menjadi PM
UMNO yang maha kuasa takut kehilangan kuasa, maka segala usaha jahat yang telah, sedang dan akan berlaku adalah semata-mata untuk menamatkan riwayat politik Anwar.
UMNO yang maha kuasa telah menyebabkan video itu menjadi tulin.
UMNO yang maha kuasa telah menyebabkan Anwar, Eskay dan China Doll bertemu di dalam satu bilik.
UMNO yang maha kuasa juga telah menyebabkan Eskay terjumpa dan mendedahkan video seks Anwar sehingga menjadi tontonan umum.
UMNO yang maha kuasa juga telah menyebabkan Eskay melakukan sumpah laknat dan Anwar pula tertutup pintu hati untuk membersihkan diri dengan sumpah yang sama.
UMNO yang maha kuasa juga telah menyebabkan Saiful mendakwa telah diliwat oleh Anwar.
UMNO yang maha kuasa juga telah menyebabkan air mani Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful.
Begitulah hebat dan maha kuasanya UMNO pada pandangan Anwar. Anwar begitu taksub dengan keupayaan dan kekuasaan luar biasa UMNO yang pada pandangannya telah merancang segala ketentuan dan takdir yang menimpa Anwar.
Bagi Anwar tidak ada bezanya maha kuasa Allah dengan maha kuasa UMNO.
Cuma yang Anwar belum cakap lagi ialah kemampuan UMNO dalam menghidup dan mematikan manusia.
Jika sudah sampai ke tahap itu, resmilah UMNO menjadi tuhan Anwar. Janganlah hendaknya di akhir kalam nanti Anwar melafaz ‘Tiada tuhan melainkan UMNO. Nauzubillah.

Apa yang pasti sekiranya Nizar dan Mat Sabu menang dalam perebutan jawatan tertinggi PAS akan datang orang yang paling gembira ialah Lim Guan Eng bersama bapanya. Ini kerana mereka telah berjaya meletakkan kuda-kuda mereka di dalam PAS dan secara tidak langsung apa saja keputusan yang dibuat oleh pimpinan PAS akan mengira kepentingan DAP kerana sudah mereka mempunyai suara didalam pimpinan tertinggi PAS.


Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menamatkan teka-teki dengan menjadi orang terakhir mengesahkan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS kali ini.
Pihaknya telah menghantar surat pengesahan ke Pejabat Agung PAS sebentar tadi, lapor Harakahdaily.
Dianggap sebagai 'selebriti' PAS, Mohamad Nizar dijangka mampu memberikan tentangan hebat kepada dua calon pilihan iaitu Salahudin dan Husam. - Haramkah
 


Lihatlah bagaimana DAP berkempen untuk mereka supaya kepentingan DAP didalam pas terjaga...yang terbaru, DAP menjanjikan jawatan Menteri Besar Perak untuk Nizar sekiranya mereka berjaya menawan semula Perak manakala Mat Sabu pula menjadi wakil kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menghantar wang sumbangan sebanyak RM25,000.00 kepada mangsa tanah runtuh di Selangor sedangkan Mat Sabu tidak mempunya sebarang jawatan di Pulau Pinang.

Wajarkah orang-orang seperti ini diangkat oleh ahli-ahli PAS untuk menjadi pemimpin mereka?

Thursday, May 26, 2011



Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat.
“Siti Nurhaliza bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya,” kata  Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik Bernama Online hari ini.
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.
“Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan puasa,” katanya.
Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.
Ahmad Zahid berkata, selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah.
Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.
Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat adalah menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.
“Malaysia adalah sebuah negara aman dan tidak terlibat dengan perang maka dalam keadaan aman, tentera darat dan lain-lain perkhidmatan bersedia untuk menjadi tentera ‘rakyat’,” katanya. -Bernama

AHLI Parlimen Padang Serai yang juga bekas pemimpin setia PKR serta penyokong tegar Anwar Ibrahim, Gobalakrishnan telah mendedahkan pelbagai rahsia dan penyelewengan Ketua Umum PKR dalam satu ceramah di Port Kelang pada Sabtu malam, minggu lalu.

Ceramah yang disampaikannya dalam majlis ‘siri ceramah SSDE’ itu menambahkan lagi kefahaman rakyat mengenai siapa sebenarnya pemimpin ‘gila talak’ bernama Anwar Ibrahim yang jadi sasau kerana mengimpikan kedudukan di Putrajaya selepas PRU-13 nanti.

Rakaman video ucapan Gobala seperti yang termuat di blog Darul Ehsan Today itu menimbulkan dua isu yang agak menarik untuk dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dua isu yang maksudkan ialah mengenai dakwaan bahawa Anwar telah melarikan wang kertas RM500 dan 1000 ke luar negara serta kisah perut buncit Anwar yang dilindungi bengkung.

Pada ceramah itu Gobala mencabar Anwar Ibrahim supaya menyaman beliau di mahkamah kerana menuduh Ketua Pembangkang itu melarikan wang kertas RM500 dan 1000 berjumlah lebih 13 bilion ke luar negara ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia dahulu.

Jelas Gobala, selepas Tun Dr. Mahathir memecat Anwar daripada kabinet, Dr. Mahathir juga telah menarik-balik penggunaan wang kertas Malaysia bernilai RM500 dan RM1000.

“Cuba tuan-tuan dan puan-puan ingat balik peristiwa pada tahun 1998 itu. Kenapa Dr. Mahathir batalkan penggunaan wang 500 dan 1000? Saya katakan bahawa sebelum itu Anwar Ibrahim telah melarikan wang berkenaan ke luar negara, mungkin ke Indonesia dengan menggunakan kapal terbang persendirian dengan jumlah tidak kurang daripada 13 bilion.

“Saya cabar Anwar saman saya kerana kenyataan ini,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin di majlis berkenaan.

Tak tahulah sama ada dakwaan bekas pemimpin PKR ini benar atau tidak, tetapi dia sanggup disaman oleh Anwar sekiranya dakwaannya itu tidak benar.

Kalau begitu, patutlah Anwar jadi sasau dan gila meroyan kerana nak sangat jadi Perdana Menteri. Rupanya apabila Anwar berjaya jadi PM sudah tentu kebenaran menggunakan wang kertas RM500 dan 1000 akan dibenarkan semula.

Maka terselamatlah wang yang dilarikan itu untuk digunapakai! Begitu kisahnya! -AIDC

Tiga tahun memerintah Pulau Pinang, DAP bukan saja gagal menunaikan manifesto lampu Aladin pilihanraya umum Mac 2008 tetapi lebih sibuk berpolitik dari mentabir negeri itu dengan cekap. Kesimpulan ini tidak memerlukan memerlukan mikroskop ajaib.Cuma buka mata dan nilai sendiri.

Apa lagi buat anak watan Pulau Pinang seperti  Datuk Zainal Abidin Osman yang tahu serata ceruk negeri itu. Cuma masalahnya bila Ketua Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang ini bercakap begitu pasti dicop oleh pembangkang ia tembakan politik.

Zainal yang kerap berulang alik naik pesawat dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang mengaku salah satu kegemarannya ialah melihat negeri keliharannya dari udara bila pesawat nak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Kalau kita melihat Pulau Pinang dari udara kita dapati negeri ini memang maju dan dipenuhi dengan kilang-kilang bertaraf  dunia. Cuma jangan lupa semua kemajuan yang ada adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional dulu.

Beliau tidak nampak langsung adanya pembangunan baru “ Jambatan kedua yang sedang dibina  juga kita dapat lihat dari tingkap pesawat.Ia tidak ada kena mengena dengan DAP ...itu  projek kerajaan pusat,” katanya dalam interbiu dengan Agendadaily di pejabatnya di Putrajaya Rabu.

Tolak sebelah sentimen politik.Katanya pergilah ke mana-mana tempat di negeri itu kalau ada nampak sesuatu yang special dibuat oleh kerajaan DAP selama ini. “ Semua orang sudah tahu sejak perintah sampai sekarang satu pun rumah murah mereka tidak bina.

Bagi Zainal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng lebih banyak bermain wayang dari mentadbir negeri itu. DAP ternyata gagal menunaikan janji. Beliau berkata lojiknya takkanlah dalam tempoh tiga tahun mereka memerintah kilang-kilang yang beroperasi di negeri itu dapat dibangunkan.

Semua itu mengambil masa yang relatifnya agak lama dan pemimpin yang bertanggungjawab mencetuskan pembangunan pesat negeri ini ialah mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu. Datuk Zainal juga menganggap selain dari seorang negarawan yang sukar dicari ganti dalam konteks membangunkan Pulau Pinang, Chong Eu seorang yang kuat bekerja dan mempunyai wawasan tersendiri.

Chong Eu katanya sanggup berkompromi dengan mengenepikan prinsip peribadi dan parti (Parti Gerakan) semata-mata kerana mahu melihat Pulau Pinang dan rakyat dari berbagai latarbelakang dan agama hidup menikmati hasil kemajuan.

Dia sedar Pulau Pinang tidak mungkin boleh maju  seperti hari ini jika Gerakan kekal sebagai pembangkang di sana. Kerana faktor inilah Gerakan bersetuju untuk bergabung dengan lain-lain parti membentuk Barisan Nasional dan memerintah negeri ini secara bersana-sama.

Ketika ditanya, Datuk Zainal berkata Pulau Pinang bernasib   baik kerana usaha Chong Eu diambil alih dan diteruskan oleh penggantinya Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan hasilnya Pulau Pinang di zaman Barisan Nasional menerajuinya kekal maju dan menjadi negeri contoh.

Beliau hairan ada orang yang ‘gelap mata’ khususnya yang taksub menyokong pembangkang boleh mendakwa Pulau Pinang seperti yang ada hari ini adalah berkat lampu Aladin DAP.  Menurut Zainal DAP hanya ‘ cuci kaki’ masuk bawa beg kosong ke sebuah negeri yang sudah pesat maju ketika mereka menang dalam PRU 12.

Nak buat macam mana  Guan Eng popular dikalangan orang-orang Cina walaupun dia banyak buat salah,”katanya. Beliau menilai kerajaan DAP Pulau Pinang masih bermentaliti pembangkang sekalipun mereka memerintah.Sebab itu masa lebih banyak terbuang berpolitik dari membangunan negeri.

Agak lucu DAP setelah tiga tahun memerintah Pulau Pinang, mereka bersikap sama seperti dulu, asyik membangkang saja. Mereka terlupa sebagai kerajaan, tugas mereka membantu orang ramai dan membangunkan negeri.

Lihat kes Kampung buah pala, janji lain dan perbuatan lain,yang menjadi mangsa akhirnya ialah penduduk yang pernah memilih mereka dulu,”katanya. Beliau juga ‘ kesian’ melihat cara kerajaan DAP perlakukan PAS yang rakan sebantal mereka dalam pakatan rakyat.


Apa yang menyedihkan ialah PAS turut terlibat, setidak-tidaknya membantu  membawa kemenangan kepada kerajaan PR di negeri tetapi ia gagal mendapat sebarang jawatan penting. Calon mereka dijanjikan oleh tokoh utama PKR jawatan yang dipertua majlis ugama lslam negeri, namun ini tidak berlaku.

Jawatan EXCO pun PAS tak dapat. Lihatlah cara DAP layan PAS, itupun mereka tetap menyokong membukta tuli.Gunalah fikiran, gunalah kewarasan. Jangan kerana politik, mereka sanggup gadaikan prinsip dan juga agama. Lebih teruk lagi PAS seperti bersetuju dengan label Khalifah Umar Abdul Aziz pada Guan Eng. Fikirlah, betul ke dia macam khalifah lslam itu, janganlah main politik lebih-lebih, jangan tipu rakyat.

Seperti mesejnya ditujukan kepada PAS, Zainal mendedahkan beliau merasa hina ,sedih dan sangat kecewa kerana ada kejadian  pemberian peruntukan untuk rakyat miskin dibuat ditokong dan orang lslam turut beratur untuk menerimanya. Sampai saya kata,  tak payah pergi ambil dimasa hadapan, datang jumpa saya dan saya akan ikhtiar untuk mencari dana bagi membantu orang-orang miskin ini.

Menjawab satu soalan, Datuk Zainal berkata perubahan mood rakyat di negeri ini terutama pengundi-pengundi Cina adalah kerana dasar, ketelusan serta wawasan dan perlaksanaan transformasi politik dan ekonomi yang dibuat Perdana Menteri. Rakyat di negeri ini melihat kesungguhan Najib dalam usaha pembangunan dan dasar-dasarnya untuk semua. Dan konsep 1 Malaysia terbukti diterima dan sangat releven serta disenangi oleh semua orang.

Saya setuju Datuk Seri Najib adalah satu faktor perubahan mood rakyat . . .mereka (pengundi Cina) mulai memberikan sokongan kepada kita terutama usahawan Cina yang dapat melihat prestasi ekonomi kita dibawah kepemimpinan Najib sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AgendaDaily

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.