Semuanya salah UMNO...Sampai parti nak kena tutup pasal tak reti ikut peraturan pun salah UMNO juga..Apa la punya bangang pemimpin-pemimpin PKR...nak kata tak pi sekolah, sekarang ni dah jadi pemimpin...
Bukan lagi malang bertimpa-timpa atau sudah jatuh ditimpa tangga...ataupun, mungkin PKR sudah terkena badi? Ini semua petunjuk dari Allah dan doa mereka telah dimakbulkan oleh Allah. Isnin lalu Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintahkan bela diri apabila ada prima facie dalam perbicaraan kes dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar juga berdepan dakwaan kononnya beliaulah lelaki yang melanggan pelacur China seperti ditunjukkan dalam video yang didedahkan Trio Datuk T, berdepan perbicaraan kes liwat itu mulai 6 hingga 30 Jun depan.
Malang, ketika Anwar ‘kepanasan’ mahu membebaskan kedua-dua tuduhan itu, PKR – parti yang ditubuhkan pada April 1999 bagi perjuangan politiknya selepas kes liwat pertama, berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Ini gara-gara parti itu “Telah sengaja melanggar Fasal 32.2.1 ( sic ) Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal (sic) a/l Andaikallam pada 1/4/2009 ( sic ) dan 27/4/2009 tanpa terlebih dahulu disoalsiasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin”
Petunjuk Allah yang bagaimana lagi yang puak-puak yang sayang Al-juburi ni nak...jangan kira la cina komunis DAP. Mereka menang hendakkan Anwar sebab nak pecahbelahkan orang Melayu. Tanpa Anwar agenda mereka untuk memerintah Malaysia tidak akan tercapai.
Sudah-sudahlah menuduh orang atas kesalahan sendiri. Tak guna ada ilmu agama tinggi-tinggi tapi tak reti nak guna....fikir-fikirkan lah...
RSS Feed
Twitter


















