Saturday, March 26, 2011


Selaku pengarah Strategik PKR, Rafizi sepatutnya rujuk kenyataan Anwar dan baca persoalan yang ditimbukkan oleh Blog M.I.M. Semasa kenyataan akhbar yang dibuat oleh Anwar untuk menafikan skandal sex di Pejabat PKR Anwar memberitahu bahawa beliau duduk bersama-sama keluarganya di rumah sambil bermain Twitter. Diulangi Twitter bukannya Facebook....
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau adalah individu di dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi Isnin. Malah beliau menegaskan semasa rakaman itu dilakukan, beliau berada di rumah bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anak-anak dan cucu sambil mengakses ke laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu tersebut. KLIK SINI 
Tu laa masa buat kenyataan tu gelabah...oleh itu main hentam je la tengah main twitter bersama keluarga di rumah..mungkin itu jawapan yang paling selamat untuk menafikan beliau hilang selama 2 jam..Kenapa bukti yang dikeluarkan menggunakan waktu facebook..bukannya twitter????



Jika dilihat masa yang dicatat di Facebook dan Twitter jelas menunjukkan terdapat perbezaan masa sejam. Mungkin disebabkan masalah teknikal dari segi timezone sebab Anwar kerap ke luar negara dan menggunakan twitter atau Facebooknya.. Pokok pangkalnya walaupun masa dalam Twitter dan Facebook berbeza sejam Anwar masih hilang lebih kurang 2 jam...

Masa yang terakhir yang dicatat oleh Facebook posting Anwar ialah 8.20pm dan bersambung semula pada pukul 10.40pm manakala di Twitternya pula posting terakhir pada jam 9.20pm dan bersambung semula pada pukul 11.30pm....Dimanakah anwar menghilang selama dia jam...

2 jam..20 minit..2 kali pancut dan 9 kali tweet..tunggu jawapan penuh dari BLOG M.I.M

PKR menafikan dan mengecam laporan Utusan Malaysia edisi hari ini, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘hilang’ kira-kira dua jam pada 21 Februari lalu — hari aksi seks melibatkan pemimpin pembangkang dengan pelacur asing dirakamkan, sebagai “satu fitnah.” 
Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli berkata, laporan itu berniat jahat, yang hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat. 
“Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda Umno yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. 
Kata beliau, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan tweet ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.-  The Malaysian Insider

PAS BAKAL TERKUBUR DI KEDAH.....


ALOR SETAR: UMNO Bahagian Kuala Kedah kecewa dengan komitmen dan sumbangan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS terhadap mangsa banjir di kawasan Anak Bukit dan Kubang Rotan di Kuala Kedah, November lalu. 

Ketuanya, Datuk Latt Shahriman Abdullah, berkata kerajaan negeri seharusnya lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat yang menghadapi bencana.



Katanya UMNO Kuala Kedah mengeluarkan sebanyak RM200,000 dana parti dan UMNO negeri lebih RM300,000 untuk membeli keperluan bagi mangsa banjir di kawasan itu."Saya menerima banyak rungutan tidak puas hati mangsa banjir terhadap kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada 222 sukarelawan banjir 2010 zon Alor Janggus di Sekolah Kebangsaan Haji Abdullah Sadun, dekat sini, hari ini. 

Latt Shahriman, yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri, mendakwa ramai mangsa banjir di kedua-dua kawasan sedih kerana Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak mengunjungi untuk melihat masalah mereka.

Kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit dan Kubang Rotan dalam Parlimen Kuala Kedah itu dimenangi PAS pada pilihan raya umum 2008. - BERNAMA 

Tahniah diucapkan kepada kerajaan DAP & PAS kerana berjaya meletakkan Pulau Pinang dalam kalendar pelancongan Malaysia melalui majalah khas gay antarabangsa yang berpengkalan di Singapura.   Majalah tersebut telah menyenaraikan sebuah rumah urut di negeri itu yang menawarkan khidmat ‘urut’ oleh lelaki gay.

Dengan promosi ini, maka ekonomi Pulau Pinang akan mempunyai satu lagi cabang penjanaan iaitu sebagai Pusat Hiburan Gay.

Mungkin inilah antara hasil nyata dari tarbiah PAS untuk mendekatkan DAP dengan Islam.   

Bagi DAP, apa saja yang mampu menjana wang pastinya digalakkan.  Judi dan hiburan dalam apa jua bentuk yang mampu menarik pelancong tentunya baik bagi DAP kerana mereka tidak terikat kepada nilai-nilai ketimuran jauh sekali nilai-nilai Islam.

PAS sebagai anjing kurap belaan DAP tidak akan membantah, bimbang ditempelak oleh Kit Siang, Karpal Singh, Guan Eng dan juga Anwar Ibrahim dari kiri kanan depan dan belakang.   

Kerana itu, PAS membisu dan menutup mata sahaja terhadap pusat gay, rumah urut, pelacuran dan lain-lain yang tumbuh subur di Pulau Pinang dan Selangor walaupun sebelum ini begitu garang mengutuk UMNO kerana tidak menegakkan undang-undang Islam dan hudud.

Sedarkah kita bahawa apa yang terjadi di hadapan mata kita di dalam negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat hari ini adalah gambaran sebenar sekiranya mereka memerintah negara ini.  

Kita dapat melihat hari ini bagaimana DAP mempunyai kuasa mutlak ke atas pakatan itu.  PKR pula hanya alat mengalihkan pandangan terhadap agenda DAP.  Manakala PAS merupakan alat memancing undi Melayu, abdi untuk dikerah tenaga dlm pilihanraya dan anjing yang sentiasa bersedia untuk berdemonstrasi.

Ini terbukti apabila terdapat saja demonstrasi oleh pro-pembangkang tak kira di jalanan atau di universiti hanya orang-orang Melayu Islam yang kelihatan dan hampir tiada seorang pun kaum Cina dari DAP yang menyertainya.

Oleh itu, kita sudah boleh membayangkan bagaimana landskap ekonomi Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, yang mana pastinya jauh sekali dari gambaran sebuah negara Islam yang dimomokkan PAS.  

Rumah-rumah urut yang tumbuh bagai cendawan di Selangor sejak PKR memerintah akan berkembang ke negeri-negeri lain pula.  Rumah urut gay di Pulau Pinang juga begitu, iaitu akan merebak ke seluruh negara.  Judi tidak menjadi masalah begitu  juga pelacuran kerana semua ini adalah penjana ekonomi dan selagi ia menjadi penjana ekonomi, ia adalah baik di mata  DAP sekaligus wajib diterima baik oleh PAS dan PKR juga.

Maka jadilah Malaysia sebuah Pusat Hiburan Gay Terkemuka Asia Tenggara di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.   Ketika itu, kita akan kalungkan setinggi-tinggi tahniah kepada PAS atas kejayaan mereka ‘mengIslamkan’ negara ini. -MI

Karikatur menarik di muka depan Utusan Malaysia hari ni. Pada pandangan EP inilah perangai sebenar puak-puak penyokong pakatan haram. Terpekik sana sini untuk menuntut keadilan walaupun tidak tahu hujung pangkal atau  perkara yang sebenarnya tetapi apabila terkena kepada pemimpin pujaan mereka, kalau tak diam seribu bahasa, fitnah pula dipekiknya... 

Agak-agaknya ketaksuban puak-puak ni terhadap pemimpin pujaan mereka ni dah melebihi tahap gaban. Rasanya kalau pemimpin puak-puak ni buat pekara tak elok depan mereka pun jadi elok kot. Wallahualam..


Kenapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendiam diri di kala Anwar ditomah dengan skandal sex terhebat 2011?? Adakah Nik Abdul Aziz ketandusan ‘fatwa’ kerana sehingga kini masih belum ada sebarang hujah agama digunakan untuk mengutuk perlakuan zina ini.

Sebaliknya, Nik Aziz menyifatkan pihak yang menyebarkan rakaman video seks itu sebagai bodoh dan tidak bermoral. Siapakah yang bodoh dan siapakah yang tidak bermoral sebenarnya??? Anwar Ibrahim atau orang yang menyerahkan video tersebut pada pihak polis??

Nik Aziz kelihatan seperti merestui perbuatan Anwar ibrahim tanpa sebarang teguran kerana apa yang dilihat Nik Aziz yang dilihat cuba mempertahankan akhlak orang yang melakukan perbuatan zina di dalam rakaman itu.

Perkara ini tidak mustahil kerana sebelum ini Nik Aziz sanggup menghalalkan apa sahaja walaupun agama demi kepentingan politik meskipun sedar tindakannya itu akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini 






Inilah pemimpin yang diagung-agungkan oleh puak-puak yang melolong reformasi. Pentas ceramah Pakatan Rakyat dijadikan tempat untuk menyelamatkan juburnya daripada perkara-perkara yang disabitkan terhadapnya. 

Maki hamun, menghasut dijadikan agenda utama dalam ceramahnya untuk membersihkan dirinya dan menagih simpati rakyat untuk berjuang bersama-samanya demi merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri.

Adakah pemimpin yang sebegini yang dikehendaki oleh rakyat Malaysia untuk mentadbir negara??Petunjuk demi petunjuk telah dipertontonkan oleh Allah siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Fikir-fikirkanlah.....



Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.

"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam bloghttp://novandri.blogspot.com.

Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar.

Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan.

"Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya.

Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..."

Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai..."





Tak habis-habis Kerajaan DAP dibawah pimpinan Lim Guan Engnak  merobohkan gerai orang Melayu di Pulau Pinang. Kenapa hanya orang Melayu yang menjadi sasaran Guan Eng?.

Isu peniaga di Taman Pelangi baru hendak dilupakan, kini timbul pula satu lagi isu membabitkan hal yang sama. 

Seorang peniaga yang membuka gerai makanan dan minuman di tepi jalan dekat Lorong Binjai 9, Taman Sri Rambai, di sini, berada dalam dilema, malah tidur malamnya juga sering terganggu apabila gerai yang diusahakan sejak 11 tahun lalu bakal dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). 

Ia berikutan notis kedua yang diterima 22 Mac lalu meminta dia mengosongkan tapak niaga dengan alasan binaan yang dibuat itu tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan.� 

Peniaga berkenaan, Asiah Nazri, 49, berkata, notis pertama bertarikh 9 Mac lalu itu dikeluarkan bahagian Direktorat MPSP meminta dia mengosongkan tapak niaga dalam tempoh tiga hari sebelum sebarang tindakan diambil. 

“Saya tidak memberikan sebarang tindak balas selepas menerima notis itu menyebabkan notis kedua diberikan Selasa lalu. Mengikut perkiraan, tempoh tamat notis ini adalah 25 Mac (hari ini), dan saya tidak tahu bagaimana nasib saya jika gerai itu benar-benar dirobohkan MPSP. 

“Bukan setakat notis diterima, malah kompaun turut dikenakan ke atas saya semalam (kelmarin). Ia adalah kompaun keempat diterima sejak saya berniaga di sini, dan kesemuanya sudah dibayar kecuali yang diberikan semalam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam. 

Asiah berkata, dia pernah ke MPSP tahun lalu untuk bertanyakan jika ada tempat sesuai untuk dia berpindah, namun, jawapan yang diberikan amat mengecewakan. Katanya, MPSP meminta dia supaya menyediakan dokumen berkaitan selain surat rayuan, tetapi malangnya selepas semua dokumen disediakan, tempat pula dikatakan tiada. 

Justeru, dia terpaksa meneruskan perniagaan di tapak berkenaan demi menyara kehidupan bersama dua anak yang berada di bawah jagaannya. “Saya merayu kepada MPSP supaya jangan merobohkan dahulu gerai saya, sebaliknya mencari tempat yang sesuai terlebih dahulu kerana ini punca utama pendapatan saya,” katanya. 

Friday, March 25, 2011

Inilah rupa sebenar Pakatan Haram...macam hamPAS....video ni member gua buat...rugi tak tengok....hayati lirik dengan gambar...


PANAS : AZMIN MENGAMUK SAKAN...



kabaran diterima semalam, azmin  kekasih awal dan akhir anwar telah mengamuk sakan dengan anwar ibrahim.

asal cerita anwar nak jumpa dia explain apa sebenarnya berlaku. (sepatutnya anwar explain kat zizah dulu tapi azmin pulak yang anwar cari).

azmin hentak-hentak kaki.
staf pejabat yang ada dalam tu di arah keluar.
namun dorang tak peduli pasal arahan tu tak nampak serius.
jadi staf pejabat pkr menyaksikan sendiri pergaduhan dua insan bercinta ni.

lepas hentak kaki, azmin mula tinggikan suara.

'kenapa you main dengan pompuan pelacor ? ' kata azmin.
'no no..please do understand. i tak main cuma berzina je' kata nuar.

'oo berzina dengan betina. dah takde jantan lain ke  ' sergah azmin.
' please yang, sumpah lepas ni abang tak buat lagi' pujuk nuar.

'ok kalau u berani sumpah la'...kata azmin yang mula lembut.

'err yang,sumpah cara saiful ke cara papagomo ? takutla yang nanti i kena sambar petir betul-betul macamana ? ' tanya nuar kat azmin.


'u sumpah je la..asal ada. nik ajis kan dah ajar kita buat apa yang rasional je..' kata azmin.

' saya anwar ibrahim dengan ini bersumpah di hadapan tuhan yang pelbagai akan setia bersama jantan sahaja dan tidak akan mencari pompuan lain'..

lepas tu dikabarkan..mereka saling berpelukan. anwar kenyit mata kat staf pkr sambil tunjuk signal OK.

foto ini dirakamkan selepas 20 minit anwar dan azmin berkelana dalam opis. sungguh mesra.hehe artikel ini sekadar satira politikus mulus aje..

Sumber : GAP



Semalam Johari 'Pelincir' Abdul dan Chegu Bard keluarkan kenyataan untuk mempertahankan Anwar Ibrahim dalam isu skandal sex di SPA bersama pelacur berbangsa cina. Ok la juga dua orang tu nak keluarkan kenyataan pasal mereka dah tonton video sex Anwar tengah main walaupun kenyataan mereka agak kelakar dan boleh dipertikaikan. 

Hari ni AMK diketuai oleh Sam 'Ketot' pula menganjurkan demo selepas solat Jumaat. Biasa la tu kalau selepas solat Jumaat kan ramai orang depan masjid...baru nampak kononnya AMK terima sokonga untuk mempertahankan Anwar.

Yang menariknya kononnya 100 AMK yang akan hadir untuk demo tersebut bukannya datangnya secara sukarela tapi budak-budak tu dikerah dan dipaksa untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Anwar. Kesian betul Sam Ketot ni...nak bodek Anwar sampat macam tu sekali....

Nasihat daripada EP..kalau nak buat Demo..minta tengok dulu video tu...jangan membodohkan diri menyokong tak tentu pasal nak join demo tu.. Sam ketot lain laaa pasal dia nak bodek dan kipas Anwar...



Kira-kira 100 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan berhimpun di Masjid Jamek Kuala Lumpur hari ini bagi membantah video seks yang dikaitkan dengan ketua Umum PKR, Datuk SeriAnwar Ibrahim.
Bantahan tersebut akan bermula selepas solat Jumaat dengan diketuai ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.
Ketika dihubungi, ketua AMK cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip berkata anggota AMK Wilayah Persekutuan dan Selangor dikerahkan menghadiri perhimpunan tersebut.
Selepas itu, katanya, mereka akan bergerak menuju ke pejabat pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik, yang merupakan antara individu di sebalik tayangan video seks kepada pihak media di Hotel Carcosa Negara, Isnin lalu.
Dalam tayangan tersebut, mereka mendakwa lelaki yang melakukan aksi seks dalam video mirip Anwar yang juga ketua pembangkang.

Kalau dan Porno King keluar kenyataan...rasanya ada baiknya Anwar Ibrahim ni ikut...buka apa untuk kebaikkan Anwar Ibrahim dan juga Parti PKR. Kalau clear tanpa sebarang tuduhan, confirm bertanding apa pun mesti menang...

Hmmm..tu kalau clear laaa..kalau tak clear tak pe, gi jumpa Nik Aziz untuk cuci dosa..tak pun sign je borang ahli PAS..pastinya syoooorga gijanjikan...risau apa...ada banyak opsyen yang boleh pilih..

 Presiden MCA Chua Soi Lek "menasihati" Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim supaya jangan bersilat lidah lagi, sebaliknya memberanikan diri untuk mengakui, jikalau benar dirinya lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan kepada media pada 21 Mac 2011.
"Saya juga letak jawatan kerana benda ini satu ketika dahulu... Jadi saya rasa, kalau benar itu beliau (Anwar), beliau seharusnya mempunyai keberanian dan moral untuk mengakui, dan bukan bersilat lidah sebaliknya," kata Chua Soi Lek yang mengakui bahawa dirinya masih belum menonton klip video seks tersebut, malah tidak tahu sejauh mana benar kandungan klip video tersebut.
Demikianlah jawapan yang ringkas daripada Chua Soi Lek kepada soalan yang diajukan MerdekaReview, dalam satu majlis dialog bersama pelajar Malaysia di Taipei, Taiwan, semalam. 
Soalan yang dilontarkan MerdekaReview sebenarnya berbunyi, apakah pendirian MCA terhadap penggunaan taktik sedemikian (video seks) untuk menumpaskan musuh politik.
Pada Januari 2008, Chua Soi Lek membuat pengumuman untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, ahli parlimen Labis dan semua jawatan partinya dalam MCA, termasuk Naib Presiden, Pengerusi MCA Johor dan Ketua Bahagian MCA Batu Pahat, lantaran pendedahan vcd skandal seks yang melibatkan dirinya.
Bagaimanapun, perletakan jawatan ahli parlimen beliau tidak "berkesan", didakwanya ekoran kesilapan teknikal. Pada tahun 2010, Chua Soi Lek kembali sebagai Presiden MCA, dalam pemilihan semula partinya, setelah menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting.

PANAS : KITA KATA PAS PARTI PASIF.....



Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mempersoalkan sikap Pas yang tidak bersungguh-sungguh untuk mengetahui kebenaran di sebalik pendedahan rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Ketua KITA, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pendirian pasif parti itu terhadap isu berkenaan bertentangan dengan moral, etika dan agama yang selama ini dikatakan menjadi asas perjuangan Pas.

Menurutnya, beliau faham jika pendirian sedemikian diambil oleh DAP yang jelas tidak kisah mengenai skandal melibatkan moral pemimpin pembangkang kerana bagi parti itu yang lebih penting ialah soal menghadapi pilihan raya.

"Saya anggap sikap Pas yang tidak mahu mencari jawapan sebenar adalah tindakan politik yang merugikan. Ia berbeza sama sekali jika skandal sebegini membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN), Pas pasti mendesak siasatan menyeluruh dibuat.

"Sebagai parti yang dikatakan berteraskan moral, etika dan agama, Pas sepatutnya meminta siasatan yang objektif, bukan membuat keputusan secara sambil lewa semata-mata demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut menyelar sikap pemimpin Pas yang mudah menuduh pihak lain terlibat dalam isu tanpa berusaha menyelidiki ketulenan serta 'aktor' sebenar yang aksi seksnya bersama seorang pelacur dikatakan dari China dirakam dalam video tersebut.

Katanya, pemimpin Pas patut melihat sendiri rakaman tersebut kerana individu yang dikaitkan dalam video berkenaan didakwa adalah tokoh pembangkang di peringkat nasional.

"Saya sendiri sudah menonton video berkenaan Selasa lalu dan bagi saya tiada sebarang keraguan mengenai ketulenan dan siapa pemimpin pembangkang tersebut," jelasnya.

Zaid seterusnya menasihatkan pihak berkuasa supaya menjemput pakar forensik asing seperti pasukan Scortland Yard untuk membantu penyiasatan mereka dalam isu video berkenaan.

Katanya, ia bertujuan memastikan pembangkang tidak berterusan menuduh kononnya pendedahan video tersebut adalah konspirasi kerajaan. -Utusan


Laporan berita terbaru MalaysiaKini bertajuk 'Bila Dendam Tidak Dapat disembunyikan' ternyata menyerlahkan kebenaran bahawa portal berita itu memang agen pro-pembangkang. Olahan berita itu kelam kabut, hilang punca dan cuba mengaitkan apa sahaja termasuk cerita lama yang tidak relevan langsung dengan nilai moral si lelaki yang menyundal pelacur Cina tersebut.

MalaysiaKini mengaitkannya dengan cerita lama DS Rahim Tamby Chik dan sebagainya. Yang memualkan ialah MalaysiaKini cuba mengaitkan Shazryl Eskay dengan Tun Dr Mahathir! Portal berita itu menulis:-
Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.
Realitinya, Eskay begitu rapat dengan Anwar Ibrahim bukannya Dr Mahathir Mohamad! Difahamkan bahawa selepas Anwar keluar dari penjara 2004, Eskay cukup rapat dengan Anwar.
1. Eskay pernah mengikut Anwar hingga ke Oxford, England ketika AnWAR bertugas sbg pensyarah di St. Antony's College, Universiti Oxford. Ketika itu Eskay diperkenalkan kpd teman-teman PKR sebagai juru terapi fisio (physiotherapist) Anwar yang perlu mengekalkan rawatan fisio sebagai kesinambungan rawatan tulang belakangnya.

2. Sehingga Anwar pulang ke Malaysia 2005, Eskay tetap mengikut Anwar. Namun tidak ramai yang mengenali Eskay kerana kemunculan Eskay 'cukup misteri' selalunya waktu lewat senja atau malam setelah selesai program Anwar. Ketika ini diketahui Eskay mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.

3. Eskay juga terlibat mengatur beberapa 'keperluan' Anwar yang tidak boleh disediakan oleh orang lain. Pendekata, Eskay adalah orang kepercayaan AnWAR sebelum beliau sedar hanya dipergunakan saja oleh Anwar. KLIK SINI
MalaysiaKini ternyata cuba mengalih keintiman perhubungan di antara Eskay dan Anwar Ibrahim dengan menyelit nama Dr Mahathir. Entah berapa ramai pembaca portal itu yang termakan dengan putarbelit tersebut. Pethatic!

MalaysiaKini juga melaporkan:-
Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?
Kenyataan di atas ternyata berat sebelah dan menghairankan kita semua. Sepatutnya, semua pihak termasuk MalaysiaKini menyokong penubuhan tersebut, lebih-lebih lagi jika portal itu mahu membersihkan nama Anwar Ibrahim.

Tetapi tidak.

Malah, MalaysiaKini mencari jalan lain yang sangat biasa mereka lakukan iaitu memutarbelit dan menyembunyikan fakta! Pethatic! Rasa-rasanya, jangka hayat portal MalaysiaKini ini pun tak lama dah! -M.I.M


BEIJING, China - Seorang kanak-kanak, Lu Hao yang berusia tiga tahun memiliki berat sebanyak 59.87 kilogram (kg), lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Hao yang dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg.
Bagaimanapun, dia membesar dari semasa ke semasa sehingga mencecah usia tiga bulan sehingga tubuhnya gemuk dan setinggi 107 sentimeter.
Selera makan kanak-kanak yang berasal dari wilayah Guangdong itu cukup tinggi apabila dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi semasa waktu makan.
Menurut bapanya, Lu Yuncheng, tabiat pemakanan Hao lebih besar berbanding dia dan isterinya.
Keluarga Hao dilaporkan cuba untuk memantau amalan diet anaknya sejak dia berusia setahun.
Jelas ibu Hao, Chen Yuan, dia dan suami sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak anaknya yang akan menangis tanpa henti jika tidak diberi makanan.
Keluarganya juga memasang jaring bola keranjang di halaman rumah dan membawa Hao melakukan aktiviti renang di sebuah sungai berhampiran bagi menggalakkan Hao melakukan aktiviti sukan supaya badannya kurus.
Namun, latihan yang dilakukan oleh Hao hanya membuatkan dia menjadi lebih lapar selain berat badan kanak-kanak itu terus meningkat.
Yuncheng telah membawa Hao ke hospital sebanyak tiga kali.
Seorang doktor menyatakan anaknya itu mengalami tumor di kepala manakala dua doktor lain menyatakan dia tidak mempunyai tumor.
Doktor juga mendakwa hormon kanak-kanak itu normal. Cuma, mereka tidak tahu punca Hao menjadi gemuk.
"Harapan terbesar kami adalah untuk melihat Hao kurus suatu hari nanti," jelas ibunya. - Agensi

Thursday, March 24, 2011


1998 telah dicatat dalam sejarah. Reformasi dan kebangkitan rakyat hasil inisiatif Anwar mempertahankan diri telah disambut dengan begitu hebat sekali oleh rakyat.

Pada waktu itu sebilangan rakyat mempercayai anwar bulat-bulat. kerana apa ? Kerana Anwar membawa ikonik kegemaran orang melayu bijak dalam mengupas isu agama,hebat berpidato, punyai karisma sebagai the next great leader. Segalanya yang hebat itu ada pada anwar.

Aku yang ketika itu masih muda mendokong kuat perjuangan ini. bergolok bergadai segalanya kami lakukan demi untuk meneruskan aura anwar ibrahim. Meneruskan aura kerana pada waktu itu Anwar sudah ada di dalam penjara Sungai Buloh.

Waktu berlalu. 1998 dan hari ini 2011 sudah hampir 12 tahun sejarah ini meninggalkan kita.
Sepanjang saat-saat itu pergi berlalu kita dihidangkan gambaran sebenar Anwar Ibrahim.

Satu demi satu hijab dibuka. siapa anwar, kenapa anwar dan mengapa anwar sudah mulai menimbulkan persoalan di kepala. Lina joy anak melayu yang murtad Anwar sokong. Katanya ini hak asasi manusia.

Pra pilihanraya 2008 Anwar sudah mula menampak belang dendamnya. Habis semua institusi dan hak melayu diserang. Kenapa pembangkang sejak 1957 gagal mengambil alih kerajaan ?

Kerana mereka tidak menyerang hak islam dan melayu. 1969 percubaan pertama telah dilakukan oleh Kit Siang. Memandangkan ia dilakukan oleh sebuah parti lahanat cina DAP, maka orang melayu mengambil keputusan untuk membalas biadap mereka dengan 'darah'.

Anwar melihat move ini. Kepada yang anti status quo mereka ternanti-nantikan munculnya 'messiah melayu' yang berani untuk ganyang hak bangsa mereka sendiri. Muncul Anwar Ibrahim. Watak kesinambungan judas iscariot,utimutraraja,raja medeliar dan buang.

Kronologi penceritaan bagaimana Anwar mengganyang, mempluralisme, menghina islam dan melayu sudah ada di benak pengetahuan anda.

Kes liwat antara Anwar dan Saiful telah menceritakan akan satu perihal bab yang penting. apa yang pernah diceritakan/dilakukan oleh Dr Mahathir selepas 12 tahun baru sekarang rakyat faham maksudnya. Kes video seks yang bisa memamposkan karier politik Anwar telah membenarkan dakwaan Dr Mahathir 12 tahun yang lepas.

Rakyat sudah tahu menilai siapa Anwar Ibrahim. Lakukan perubahan itu bila tiba masanya nanti.

Sumber : GAP

PANAS : PENCACAI TERBAIK ANWAR....


Macam-macam kenyataan yang dibuat oleh balaci-balaci Anwar untuk menyakinkan rakyat bahawa pelakon utama dalam video sex terhebat 2011dengan seorang pelacur berbangsa cina bukan Penasihat PKR Anwar Ibrahim.
Terbaru Johari Pelincir" Abdul mengatakan salah seorang Datuk Trio iaitu Datuk Shuib Lazim iaitu pak ciknya tidak yakin bahawa pelakon utama video sex itu ialah Anwar Ibrahim..boleh percaya ke cakap orang yang minta duit ni????
Ye ke tak...itu tak pasti tapi apa yang pastinya selepas keputusan video sex ini diperolehi Anwar Ibrahim dan Parti PKR akan terkubur.
...mungkin itu yang menyebabkan adun-adun dan ahli-ahli parlimen PKR meroyan tak tentu pasal dan mengeluarkan kenyataan yang bodoh untuk mempertahankan Anwar Ibrahim walaupun ada diantara mereka tidak lagi menonton video tersebut kerana survival parti PKR bergantung pada kes ini.
Harap-harap lepas ni tak wujud dah nama Anwar Ibrahim dan PKR di dalam arena politik Malaysia.
**Mana-mana ahli parlimen dan adun-adun dalam PKR yang rasa-rasa nak berpolitik lagi cepat-cepatlah lompat parti sebelum PKR terkubur....hahahahaha...

Shuib yang merupakan Bendahari Perkasa membawa Johari untuk menonton rakaman video itu di Hotel Flamingo Isnin lalu dan untuk membuat pengesahan sama ada si lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, yang dikatakan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, adalah Anwar.
Anwar telah beberapa kali menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan membuat laporan polis kelmarin.
“(Pak cik saya) dia bawa saya untuk membuat pengesahan (sahaja) sama ada lelaki dalam video itu adalah Anwar, sama ada tulen atau tidak. Semasa kami turun, berada dalam lif, pak cik saya  juga berkata lelaki itu bukan Datuk Seri Anwar,” kata wakil rakyat PKR ini pada sidang media di ibu pejabat  parti itu di sini hari ini.
Sidang media hari ini adalah yang ketiga diadakan oleh Johari sejak isu rakaman video seks muncul Isnin lalu.
“Masa kami turun dalam lif, dia kata pak njang (pak cik) pun tak percaya,” kata Johari.- Malaysia Insider

Ini adalah sebahagian kenyataan media yang dibuat oleh Che'gu Bard susulan daripada kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

......
Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.
........

Chegu Bard telah mengesahkan bahawa video tersebut sememangnya original...tapi apa yang mungkin menjadi tanda tanya rakyat Malaysia berkenaan kenyataan Chegu Bard berkenaan gerak-gerinya Anwar Ibrahim. Gerak geri yang bagaimana dimaksudkan...cara berjalan ke, cara buka baju ke....atau dot..dot..dot..

Kalau nak kata gerak geri dot..dot..dot.., Chegu Bard ada pengalaman ke menonton Anwar buat secara live...atau....yang boleh mengesahkan secara halal hanya isteri Wan Azizah..bukan lu bro...lain la kalau nak mengaku pernah jadi mangsa...baru lu layak...hahahaha...

Kalau nak cover boss kesayangan pun...berpada-pada laa...bukannya lu tak kenal perangai boss lu. Rasanya hampir separuh rakyat Malaysia dah tahu hal ni...tapi lepas video ni keluar....rasanya seluruh rakyat Malaysia tahu boss lu macam mana....rasnya adanya lebih baik tukar je nama Parti Keadilan Rakyat kepada Parti Seks Rakyat...baru kena..

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.