Saturday, March 19, 2011

Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan. Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya “tidak bermain dengan undang-undang”, sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.

Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS, kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi. Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri.

Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu. Kenyataan Karpal (gambar), yang juga ahli Parlimen dan seorang peguam, seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS.

**Bila la agaknya wayang pakatan haram ni nak habis..beria-ia hari tu nak haramkan judi..sekarang nak kaji pula..nak ikut kepentingan pula...masa haru tu kenapa tak bincang dulu sebelum buat keputusan..lebih baik buang serban tu bagai kapal sink pakai..

Tuesday, March 15, 2011



Yang mana satu betul ni?? PAS kata haram, PKR kata bincang dan DAP pula kata tarik..Ada saja kontroversi yang akan menghangatkan pakatan haram dalam membuat sesuatu keputusan. Ni semua pasal nak publisiti murahan la..nakkan rakyat Malaysia tumpu perhatian pada mereka...Nak tunjuk kata mereka ni buat kerja untuk kaum masing-masing la..hamPAS...

Apa PAS ingat Kelantan tu dia orang punya ke??Penang, DAP punya ke dan Selangor tak pasti siapa pula siapa punya??? Dia orang dah lupa ke  yang dia orang ni duduk dibawah satu pakatan haram... oleh itu setiap keputusan yang hendak yang diambil perlulah ada perbincangan dengan komponen haram.... 

Lupa atau sengaja tak bincang itu tak pasti..tapi apa yang pastinya setiap kalau bila ada saja keputusan yang dibuat pastinya jadi begini. Kontroversi murahan untuk menarik perhatian rakyat. Contohnya isu rampas arak, Isu pekerja Islam tidak dibenarkan bekerja di Kelab Malam dan sekarang Isu judi...dan keputusannya mula-mula haram, pas tu baru nak bincang...akhirnya tarik untuk kepentingan semua...sama macam PAS, PKR dan DAP kata...

Dah memang lumrah pakatan haram kot buat sesuatu yang bodoh lepas tu baru nak bincang...Tengok apa yang jadi di taman Pelangi, Juru Pulau Pinang...Kerajaan DAP merobohkan dulu lepas tu baru nak bincang...Apa-apa pun rakyat sepatutnya sedar akan sandiwara yang sedang dilakonkan oleh pakatan haram untuk mengelirukan rakyat.



SEPANJANG proses kes liwat kedua Anwar Ibrahim, mahkamah banyak bertolak ansur dalam melayan kehendak pihak tertuduh itu. Kalau dihitung sejak lebih dua tahun lalu, banyak hari perbicaraannya sering tertangguh kerana pelbagai permintaan sama ada daripada pihak Anwar sendiri atau pasukan peguam belanya terpaksa dilayan oleh mahkamah.

Kini mahkamah tinggi pula digesa meminta Anwar mematuhi arahan mereka. Bagi tujuan mencari keadilan yang sekian lama tertangguh ini, maka mahkamah diminta menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Ketua Pembangkang itu memberikan sampel bagi tujuan ujian profil asid DNA.

Persoalan DNA siapa yang ada pada mangsa liwat itu perlu diperjelaskan. Anwar dapat membantu merungkai teka-teki ini. Dengan adanya sampel itu barulah dapat dibuat perbandingan dengan DNA yang dijumpai di dalam salur dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Anwar tidak perlu takut kerana mahkamah mahu membantunya mencari keadilan. Jika benar beliau tidak melakukan liwat terhadap Mohd. Saiful, dan yakin beliau berada di pihak yang benar, Anwar tidak perlu gundah gulana. Mengapa Anwar perlu takut untuk serahkan sampel DNAnya? Jika takut sampel itu dimanipulasi, pihak mahkamah boleh mengarahkan pasukan doktor untuk membuat penilaian secara langsung dengan disaksikan oleh Anwar sendiri.

Kalau hendak menunggu Anwar secara sukarela menyerahkan sampel DNAnya, mungkin ahli politik itu tidak akan memberi kerjasama. Oleh itu hanya hakim yang dirasakan dapat mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA sebagai bahan bukti. Kita tidak mahu rakyat melihat kes liwat ini menggambarkan keadilan hanya diberikan pada orang kena tuduh sahaja sedangkan mangsa liwat dipinggirkan. Janganlah apa sahaja yang diminta oleh Anwar diterima oleh mahkamah manakala Mohd. Saiful dilayan sebagai penjenayah.

Kita yakin badan kehakiman kita tahu apa yang rakyat mahukan. Kita percaya mahkamah dapat melayan kes tanpa mengira bulu dan darjat. Mahkamah diyakini berpendirian teguh. Jika mahkamah dilihat goyah maka memudahkan pihak kena tuduh memperkotak-katikkan keputusan hakim.

Sebab itu hingga hari ini Anwar terus berkeras untuk tidak mahu menyerahkan sampel DNAnya kerana tahu, dengan cara ini beliau akan dapat menyatakan kononnya beliau diperas ugut oleh polis dan mahkamah. Episod paksaan menyerah sampel DNA ini ditunggu-tunggu oleh Anwar untuk dipertontonkan kepada rakyat bahawa polis dan mahkamah Malaysia kononnya kejam.

Persoalannya, apakah keadilan hanya untuk Anwar sahaja?


Demonstrasi rakyat terutamanya oleh NGO sejak kebelakangan ini merupakan satu-satunya saluran untuk mereka menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap ‘cakap tak serupa bikin’ serta gagal menunaikan janji oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, ini kerana, cara rundingan, berbincang atau melalui penyerahan memorandum yang dibuat sebelum ini seolah-olah tidak dipedulikan langsung oleh kerajaan negeri.

Meskipun cara tersebut tidak sesuai untuk keharmonian, rakyat terpaksa berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain. Justeru itu, Lim Guan Eng tidak boleh menyalahkan rakyat ataupun NGO terlibat atas kebangkitan mereka melakukan demonstrasi kerana mereka melakukannya akibat tertekan dengan kegagalan kerajaan negeri sendiri.

Rakyat sudah muak mendengar kata-kata dan janji-janji manis kerajaan DAP Pulau Pinang sedangkan hakikatnya sehingga hari ini mereka gagal untuk menunaikan janji.

Dalam perhimpunan yang bertemakan Bangkit Melayu Membela Islam itu, kumpulan berkenaan turut ‘menghadiahkan’ keranda yang ditempah khusus untuk Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik. KLIK SINI

Menurutnya, Guan Eng perlu mengkaji dan mencari punca sebenar apa yang membuatkan rakyat dan NGO membuat pelbagai demonstrasi dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka sehingga ada yang sanggup menghantar keranda.KLIK SINI

Guan Eng sepatutnya berbangga kerana budaya pembangkang sebelum ini yang suka melakukan demonstrasi apabila tidak puas hati dengan sesuatu perkara dijadikan contoh dan ikutan rakyat. Lagipun, DAP yang memulakannya dulu dan apa dilakukan rakyat Pulau Pinang sekarang hanya mencontohi apa pernah DAP lakukan. baca seterusnya..



SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Bencana ombak tsunami setinggi 0.5 meter melanda Teluk San Francisco di sini yang dirakamkan selepas ia bergerak lebih 8,000 kilometer merentasi Lautan Pasifik, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Rakaman itu menunjukkan gelombang kecil tsunami melintasi Jambatan Golden Gate, 13 jam selepas Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter Jumaat lepas.
Di beberapa tempat di AS, tsunami yang lebih besar melanda bandar Crescent di negeri California apabila ombak setinggi lebih dua meter memusnahkan kawasan dermaga di bandar itu. - Kosmo

Monday, March 14, 2011




  Tajuk : Rupanya Umat Islam suka mee wantan dan pau besar. 
 
" Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yang menjerit tak tentu fasal, macam orng nak order mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, nak kuih pau besar pula! "

Apa tindakan seterusnya??

Sunday, March 13, 2011

Elizabeth Wong Maut....



PETALING JAYA 14 Mac – Seorang guru wanita maut akibat melecur teruk setelah pangsapuri studio yang disewanya di Damansara Perdana di sini, terbakar hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Elizabeth Wong, 25, dipercayai gagal melarikan diri sebelum mengalami sesak nafas dan ditemui mati dengan keadaan tubuh melecur 100 peratus di atas katil di rumahnya.

Penguasa Bomba dan Penyelamat (Bahagian Operasi) Selangor, Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zain berkata, kebakaran di satu unit rumah terletak di tingkat 7, Pangsupuri Ritz, Damansara Perdana itu dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 10.27 pagi.

Beliau berkata, dua jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara serta Sungai Buloh dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut.

“Apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 10.41 pagi, api sudahpun berjaya dikawal daripada merebak oleh penghuni pangsapuri terbabit menggunakan paip pemadam api di situ.

“Namun, asap tebal masih lagi memenuhi ruang rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata, setelah asap berjaya dikawal, pihaknya yang menjalankan pemeriksaan menemui mayat mangsa di atas katil.
Wan Mohd. Hamizi berkata, mayat mangsa tidak rentung tetapi melecur 100 peratus pada seluruh badannya. - Utusan

Mana perubahan yang dijanjikan...masa kempen PRU12 bukan main hebat tabur janji-janji manis..Bila menang hamPAS pun hilang..Apa sangat sumbangan ADUN dan ahli parlimen pakatan haram yang dikuasai oleh DAP di Pulau Pinang selain daripada memburuk-burukkan pemimpin dan sumbangan Kerajaan BN terhadap rakyat.

Sampai bila pakatan haram nak berpolitik di Pulau Pinang dan terus membiarkan rakyat hidup merana? Tengok apa yang terjadi pada PKR dan PAS. Hanya layak digelar boneka dibawah pentadbiran DAP apabila orang Melayu ditindas. Cuba kita lihat Isu Tama Pelangi, Isu risalah My Balik Pulau, Isu khutubah Jumaat, Isu masuk masjid, Isu gerai dirobohkan dan banyak lagi...mana suara PKR dan PAS untuk membela orang Melayu..hamPAS

Semuanya kosong..buat konsert free tapi sebenarnya nak perbodohkan orang Melayu. dengan propaganda DAP. Jangan biarkan negara kita dikuasai oleh DAP dan pakatan haram atau kita semua akan menerima padah seperti orang Melayu di Singapura, ada raja dibuang, akhirnya menumpang di tanah air sendiri. Masu tu menangis air mata berdarah pun tak guna...Ada betulnya kata Hang Tuah " Takkan Melayu Hilang Di Dunia" tapi Melayu hanya merempat je...


Ingatlah...ambillah iktibar jangan biarkan pakatan haram terus menipu kita dengan pelbagai alasan...Kembalilah kepangkal jalan hanya UMNO/BN sahaja yang mampu membela orang Melayu dan rakyat Malaysia dan juga membawa perubahan kepada kita dan generasi muda yang akan datang. Insya'allah...

BELIAU diberi pelbagai nama dan label – diktator, Melayu ultra, rasis, keras kepala – namun pemimpin ini yang naiknya penuh dengan cabaran, perjalanan politiknya amat berliku dan turunnya penuh dengan kejutan diiringi dengan air mata, sebelum disisih sekali lagi dan kini masih memerhati dengan serius setiap gerak pembangunan negara. 

Terkenal di seluruh dunia – bukan sebagai ‘pak turut’ tetapi sebagai pemimpin lantang, tidak gentar meluahkan pandangan, berani mengubah dasar antarabangsa negara, tegas apabila berhadapan dengan pemimpin besar dunia kelas pertama dan paling penting meletakkan Malaysia serta bangsa Melayu di persada yang luar biasa hebatnya.
Itulah Tun Dr Mahathir Mohamad – perjalanan hidupnya penuh dengan cerita. Setiap langkah diambil mengambil kira kemajuan anak bangsa dan negara. Beliau pernah dipecat daripada parti (UMNO) tetapi keberanian dan ketegasannya dihormati ramai, dipuji hebat, dikritik dan dikutuk dengan amat sadis namun setiap kali hampir tersungkur dia akan bangun dengan lebih gah daripada sebelumnya.

Ramai tidak faham kebanyakan tindakan dan keputusan. Ramai tertanya-tanya mengapa Dr Mahathir berbuat itu dan ini sepanjang pentadbiran selama 22 tahun, terutama mengapa beliau kelihatan mempunyai begitu banyak musuh daripada Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan paling kritis, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Semua soalan akhirnya menerima jawapan. Penyokong, peminat dan musuh akhirnya mengetahui isi hati pemimpin paling kontroversi dan paling gah dalam sejarah Malaysia melalui buku yang ditulisnya sendiri A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Buku setebal 843 muka surat ini bukan saja menceritakan kisah hidupnya, bahkan menjelaskan segala persoalan mengenai pelbagai isu, kes dan peristiwa, termasuk asal usul sejarah yang berkaitan. 

Membuka tirai bab pertama ‘Menjadi Perdana Menteri’ (Becoming Prime Minister), Dr Mahathir menggarapkan pelbagai peristiwa pahit manis sejak beliau mula menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981. Itu hanya pembuka kata, kerana cerita lebih mendalam berada dalam bab seterusnya. 
Selepas menjadi wartawan yang mengikuti beliau selama lebih 10 tahun, gaya penulisannya yang direct to the point, ringkas dan tidak membuang masa, membuat ramai teringat ucapannya sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Seperti ucapannya – padat, memberi penjelasan, jelas dan tidak berbelit-belit – begitu jugalah penulisannya di dalam buku ini. Setiap isu, kes dan peristiwa memang diketahui ramai, cuma menerusi buku ini baru rakyat mengetahui cerita sebenar dari sudut pandang beliau. 

Walaupun memulakan dengan bab Menjadi Perdana Menteri, tetapi cerita sebenar bermula dari zaman kecilnya dan yang bagi biasa mendengarnya penuh dengan nilai kekeluargaan – cara pembesaran ayah dan ibu, adat anak bangsa, membesar dalam suasana kampung Melayu yang miskin dan ketinggalan dari arus pembangunan pekan yang dikuasai bangsa asing. 

Bab ‘I am A Malay’ (Saya Seorang Melayu) membuatkan mata berkaca, kerana sudah agak lama tidak mendengar negarawan ini berucap – membakar semangat sebagai anak Melayu yang tidak gentar untuk menghadapi apa juga cabaran dan halangan. 

Dr Mahathir menyentuh mengenai Tanah Melayu yang dijajah selama 450 tahun membuatkan bangsa Melayu tidak pernah menjadi tuan di negara sendiri, pengenalan Malayan Union oleh British adalah kes pertama di mana bangsa Melayu bangkit menentang secara lantang. 

Penceritaannya di dalam setiap bab amat mengagumkan. Mungkin ada nama yang disebut tidak setuju dengan penjelasan diberi, namun setiap pihak mesti tahu ini adalah luahan daripada persepsi Dr Mahathir. 

Semua kes dan isu, termasuk membabitkan permusuhannya dengan Tunku Abdul Rahman, hubungan dengan pemimpin UMNO, tragedi yang memecah belahkan UMNO pada 1987, kes membabitkan pemecatan Ketua Hakim Negara, Ops Lalang, Perwaja, malahan cerita mengenai Anwar Ibrahim – dari zaman pelajar, memasuki UMNO sehingga beliau dipecat – ditulis dengan jelas. 

Setiap tindakan, keputusan dan sikap yang selama ini tidak difahami ramai orang, dijawab dengan jelas melalui buku ini. Bagi mereka yang tidak mengenali Perdana Menteri Malaysia keempat ini, yang menganggap beliau diktator, Melayu ultra atau rasis, juga sudah pasti mengenai pemimpin yang mempunyai impian dan harapan yang cukup tinggi bagi membangunkan anak bangsa dan negaranya. 

Dr Mahathir melahirkan segala impian dan harapannya dengan lantang di dalam buku ini. Segala tindakannya baik di pentadbiran negara, mahu pun dalam hubungan dengan dunia luar – mengambil kira kedudukan Melayu sebagai pewaris bumi bertuah ini dan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, dengan tidak membelakangkan bangsa lain. 

Seperti ucapannya, tulisannya juga perlu dibaca dari awal hingga akhir. Setiap cubaan untuk sekadar memandang sekali lalu tidak berkesan, kerana akan ada penjelasan yang tidak diketahui. 

Walaupun ada kenyataan dan cerita yang nampak berulang, namun ia tidak mencacatkan buku ini kerana ia adalah cara Dr Mahathir untuk memastikan setiap pembaca tahu apa yang dimaksudkan. 

Jika membaca dengan ikhlas, ramai dapat melihat Dr Mahathir juga adalah seorang manusia biasa yang penuh dengan angan-angan, impian, kebimbangan dan disulami dengan kasih sayang sebagai seorang pemimpin, bapa dan suami. 

A Doctor In The House adalah sebuah memori yang wajib dimiliki setiap rakyat Malaysia. Ia bukan saja buku yang menceritakan pemikiran seorang pemimpin agung negara, bahkan mengandungi sejarah yang selama ini hanya sekadar cakap dengar (hearsay). -BERITA HARIAN
Gabungan Badan NGO Pulau Pinang telah mengadakan perhimpunan secara aman hari ini bagi mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) kepada Mahkamah Tinggi. Perhimpunan tersebut berlangsung selama setengah jam di hadapan Masjid Jelutong, Pulau Pinang.


Kak Min iaitu bekas Ketua Wanita PKR Negeri Pulau Pinang mendesak supaya Anwar Ibrahum untuk menyerahkan DNAnya kepada Mahkamah...








KITAB BARU PAS DAPAT SOKONGAN DAP????




Dari Khalifah kini  sudah bertukar baju ke Father Joseph Lim ... Kalau puak2 taksub PAS dok sokong lagi apek rasis DAP  ini memang bodoh tak tau nak cakap la . 

Guan Eng kebanggaan puak2 kopiah putih PAS hari  mendesak kerajaan Pusat supaya melepaskan kitab  Bible  dalam bahasa Malaysia yang ditahan di Port Klang dan Sarawak .



Malah apek bangsat rasis terus menghasut rakyat dengan menggunakan tafsiran sendiri berdasarkan perlembagaan persekutuan . 
 
Beliau berkata  rampasan yang dibuat ke atas kitab bible bahsa Melayu ini  menghalang amalan kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan. 

Malah beliau  juga cuba mempengaruhi serta mengukuhkan pandangannya dengan menyatakan bahawa rampasan itu juga turut membelakangkan dasar Kerajaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Ternyata Guan Eng nampaknya  cuba memainkan sentimen agama pulak sekarang ini dan menyerang kerajaan .

PB nak tanya soalan mudah  kepada Apek rasis kuat menipu ini .. Mengapa  baru sekarang hendak gunakan bible dalam bahasa Melayu ?  Adakah depa semua   ini sudah tak faham bahasa Inggeris dalam bible   ? 

Kalau kitab ini dalam Bahasa Melayu, siapa sebenarnya orang yang disasarkan untuk membacanya ?  Adakah orang Melayu ? 

Kepada parti yang yang dikatakan pejuangkan Islam ini , apa pulak pendirian PAS dalam isu ini ?  Adakah PAS mengikut jejak Guan Eng mendesak juga Kitab Bible dalam Bahasa Melayu dilepaskan ? 

Kalau PAS diam ...bermakna DAP sudah ganti PAS !!



Tidak pernah terduga buat penyanyi popular Alyah apabila digandingkan dengan aktor lelaki pujaan Malaya, Remy Ishak untuk penggambaran klip video single terbarunya, Kisah Hati.

Lebih menggetarkan lagi hati penyanyi kelahiran Johor itu apabila pengarah klip video berkenaan, Ghaz Abu Bakar mahu mereka berpelukan mesra bak pasangan kekasih.

Meskipun hanya satu babak saja, namun bagi Alyah situasi yang cukup asing buatnya itu menjadikan dia tidak keruan sejak beberapa hari sebelum penggambaran itu dijalankan.

Ditemui secara eksklusif oleh portal murai.com.my di lokasi penggambaran di Tasoh Lake Resort Retreat, Alyah ternyata cukup berdebar apatah lagi tidak pernah digandingkan dengan mana-mana pelakon lelaki untuk klip video lagu-lagunya.

"Memang Alyah sangat berdebar sebab sebelum inipun Alyah tak pernah digandingkan dengan pelakon lelaki kecuali klip video lagu Ku Pinjam Satu Bintang bersama Riz.

"Lebih-lebih lagi, sebagaimana semua sedia maklum, Remy seorang pelakon yang hebat dan kerana itu jugalah yang membuatkan Alyah seram dan takut," katanya yang diajukan pertanyaan itu sehari sebelum penggambaran di buat.

Saturday, March 12, 2011




Saksikan video panas ini....











PERHIMPUNAN MEMBELA MARUAH MELAYU
SEDAQLAH...BANGKIT MELAYU!!!
MARUAH BANGSA PERLU DIBELA
AGAMA ISLAM PERLU DISANJUNG

PERHIMPUNAN MEMBELA MARUAH MELAYU
SEDAQLAH...BANGKIT MELAYU!!!
MARUAH BANGSA PERLU DIBELA
AGAMA ISLAM PERLU DISANJUNG
INILAH PADAH BILA SALAH PILIH!!!
Nantikan video dan gambar "KERANDA UNTUK WEI AIK & DAP" malam ini jam 8.00pm

Friday, March 11, 2011


Apa yang PAS kecoh sangat dengan tempoh berkempen selama 7 hari di pilihanraya Sarawak??Kalau bagi 21 hari macam pilihanraya yang lepas pun bukannya PAS menang pun....

Kenapa DAP dan PKR yang mempunyai kerusi di Sarawak tak kecoh-kecoh pun pasal hal ni atau mereka hantar parti suruhan mereka untuk menyalak dulu bagi SPR takut....hahahaha...kelakar rasanya bila parti yang tidak diterima di Sarawak menyalak bagaikan nak rak tetapi parti-parti yang mempunyai kerusi rilex je....

Sudah-sudah la dengan hasutan dan fitnah yang telah di buat oleh PAS di Semenanjung Malaysia. Jangan cuba nak cemarkan pemikiran orang Sarawak dengan dakyah songsang yang boleh mengelirukan rakyat.

**Rasa-rasanya berapa banyak kerusi yang akan dibenarkan oleh parti pembangkang Sarawak & DAP untuk PAS bertanding....

PAS dengan tegas tidak bersetuju dengan cadangan SPR untuk mengenakan peraturan baru berkempen hanya selama 7 hari sahaja bagi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi. 
Sebaliknya, PAS mendesak agar tempoh kempen pilihan raya diadakan sehingga tiga minggu atau paling kurang dua minggu seperti yang dilaksanakan sebelum ini.-HARAKAH

MANUSIA yang gilakan nama dan kemasyhuran sanggup berbuat apa saja walaupun ia boleh meragut nyawa. Namun ada juga yang dilahirkan untuk terkenal kerana keanehan yang wujud secara fizikal. 

Inilah nasib Supatra Sasuphan, 11, gadis sunti Thailand yang menjadi popular awal minggu ini selepas diiktiraf sebagai gadis mempunyai paling banyak bulu di dunia oleh buku rekod dunia, Guiness World Record.
Sesiapa yang melihat wajahnya bukan saja terkejut, tetapi pasti simpati dengan keadaannya yang tidak ubah menyamai serigala pun sejenis spesies anjing berikutan lebatnya bulu pada bahagian mukanya.



Sebaliknya, ia bukanlah satu kejutan kepada Supatra yang sudah biasa mendengar gelaran ‘gadis serigala’ dan ‘wajah monyet’ itu. 

Malah, si kecil ini berbangga memiliki keunikan itu yang membolehkannya dikenali di serata dunia. 

Hakikatnya, Supatra adalah seorang daripada kira-kira 50 penghidap Sindrom Ambras atau juga Hypertrichosis ini. Masalah yang dikaitkan dengan kromosom ini, dikenal pasti sejak Zaman Pertengahan. Sebelum keadaan itu difahami sepenuhnya, penghidap sindrom itu kerap dilabel sebagai serigala jadian. 

Kes Sindrom Ambras pertama direkodkan adalah Petrus Gonzales dari Pulau Canary pada tahun 1648 oleh Altrovandus. Rekod mencatatkan, dalam keluarga Gonzales, dua anak perempuan, seorang anak lelaki dan seorang cucunya menghidap sindrom itu. Altrovandus menggelar mereka sebagai keluarga Ambras, sempena istana Ambras berhampiran Innsbruck, lokasi potret keluarga berkenaan ditemui. Dan kira-kira 300 tahun kemudian, 50 kes lain dicatatkan. 



Sindrom Ambras dikelaskan sebagai masalah genetik jarang berlaku yang menyaksikan pertumbuhan luar biasa bulu di seluruh tubuh terutama muka dan bahu. Dalam kes lebih serius, secara tidak formal ia digelar sindrom serigala jadian. 

Ia cuma dihidapi seorang dalam setiap 1 bilion dan setakat ini masih tiada rawatan untuk masalah itu...baca seterusnya..

Baru je habis PRK Kerdau & Merlimau..rasanya post mortem pun tak sempat lagi nak buat..dah start menyalak tak tentu pasal..power betul hanjing DAP ni, tak reti penat nak menghasut rakyat. Kalau dah kalah tu, nak buat macam mana...dah itu ketentuan Tuhan. Terima lah hakikat dan kaji balik kelemahan diri.


Seperti biasa, Kalau PAS bertanding je di mana pun, sure menanglah..kalau nak kalah pun mesti disabotaj oleh BN...tapi yang peliknya dah 4 kali PRK, bertiang-tiang PAS kena tinggal..Itu pun masih nak tuduh SPR tidak adil sebab ikut cakap BN dan BN tidak adil sebab guna jentera kerajaan. 


Kalau nak tuduh pun guna otak la sikit, jangan jadi bangang...Apa..PAS ingat rakyat ni bodoh ke asyik kena tipu dengan BN je.. Jangan jadikan ini sebagai alasan bodoh PAS untuk menyalahkan Perdana Menteri dan menghasut rakyat mengadakan demonstrasi diatas kekalahan PAS.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini dilihat semakin keterlaluan sehingga seolah-olah telah mengundang rakyat mengalihkan tumpuan daripada pilihan raya kepada demonstrasi ke jalan raya................        
Terbaru, perkara itu boleh dilihat dalam perjalanan pilihanraya dan kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu yang jelas memperlihatkan tindakan SPR yang dikawal oleh Umno BN sehingga seratus peratus memihak kepada Umno BN.
Dalam masa yang sama, pihak pembangkang pula ditekan dengan pelbagai peraturan yang bukan-bukan termasuk dilarang mengadakan pondok panas dan pemasangan bendera parti. Kesemua itu bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada BN," katanya yang juga AJK PAS Pusat. -Haramkah

Tuduh UMNO/BN dengan SPR bagai nak rak..tapi bagi alasan macam haram..pondok panas dan pemasangan bendera parti pun nak kecoh..Tak kan sebab tak boleh nak pasang bendera DAP menyebabkan PAS kalah..Sedar-sedarlah wahai umat Nik Aziz. Jangan main tuduh tak tentu pasal. Kekalah PAS bukannya disebabkan oleh ketidakadilan BN atau SPR tetapi rakyat makan cerdik memilih.



 “Siapa Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat) nak persoalkan kebenaran? Dia pun tidak ada dalam mesyuarat pada masa itu kerana bukan Ahli Majlis Tertinggi (MT). Jadi, bagaimana dia boleh pertikaikan apa yang Tun (Tun Dr. Mahathir Mohamad) tulis?”

Demikian tegas Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mengenai dakwaan Saifuddin yang mendakwa Dr. Mahathir berbohong dalam memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Menurut Ahli Parlimen Bebas itu, beliau sendiri hadir di dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu apabila MT memutuskan memecat Anwar daripada UMNO.

“Saifuddin antara lain pertikai kebenaran apa yang ditulis oleh Dr. Mahathir mengenai peristiwa 4 September 1998. Ketika itu, MT bermesyuarat mengenai Anwar yang pada waktu itu merupakan Timbalan Presiden UMNO.

“Buku (memoir) Dr. Mahathir pada muka surat 688 menceritakan bagaimana MT bermesyuarat berbincang untuk menentukan kedudukan Anwar yang telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu. Saya salah seorang ahli MT. Saifuddin tidak ada dalam mesyuarat kerana bukan MT.

“Dia kata Anwar tak diberi peluang untuk bercakap dan kononnya bila Dr. Mahathir mempengerusikan mesyuarat, beliau terus berkata mesyuarat bincang nak pecat Anwar. Itu pembohongan besar,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Terdahulu, Saifuddin pada sidang akhbar di lobi Parlimen antara lain mendakwa Dr. Mahathir berbohong berhubung pemecatan Anwar seperti yang ditulis dalam memoir berkenaan.

Menurut Saifuddin, apa yang berlaku pada Mesyuarat MT UMNO 4 September 1998 masih segar di ingatannya kerana mengiringi Anwar ke tingkat 38, Menara Datuk Onn - tempat berlangsungnya mesyuarat berkenaan.
Sementara itu, mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Dr. Mahathir telah membentangkan kes Anwar dalam mesyuarat tersebut dan menyatakan mengapa beliau memecatnya.

“Sesudah Dr. Mahathir membentangkan kes, beliau meminta Anwar untuk memberikan respons dan reaksi. Anwar pun bercakap panjang lebar dan dua kali beliau menumbuk meja.

“Sesudah Anwar bercakap, Dr. Mahathir buat secara adil dan bertanyakan kepada MT untuk memberi pandangan mereka. Ini sangat demokratik. Namun, tiada siapa nak bercakap. Saya yang pertama cakap.

“Dakwaan Saifuddin persoalkan kebenaran, itu tindakan tidak bertanggungjawab dan ada agenda politik. Dia bimbang memoir itu akan mempengaruhi rakyat untuk tidak lagi menyokong Anwar,” katanya. - Utusan

Thursday, March 10, 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar semua institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Rumah Pertamaku mempermudahkan segala urusan pembiayaan bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama mereka.

“Saya amat berharap bahawa segala urusan berhubung dengan skim ini dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukanlah sebaliknya.

“Mungkin skim ini tidak boleh memberi keuntungan yang besar kepada institusi kewangan tapi ini merupakan satu skim yang amat-amat bermakna kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Skim Rumah Pertamaku di sini hari ini.

Najib turut mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dengan sepenuhnya.

Beliau berkata sehingga kini skim ini berjaya melibatkan penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam.

Beliau juga berharap skim ini juga akan menggalakkan pemaju supaya membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat di Malaysia.

Ini adalah komitmen kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju.

“Kita selalu berpegang kepada prinsip keterangkuman (inklusif). Inklusif bererti bahawa kekayaan negara kita mestilah dibahagikan secara adil dan saksama dan di samping itu menegakkan satu prinsip yang sangat unggul yakni skim keadilan sosial,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata dalam usaha untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kerajaan telah mengenalpasti betapa pentingnya peningkatan kualiti hidup rakyat serta kewujudan persekitaran yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi dengan adanya perumahan mampu milik bagi rakyat.

Katanya, keadaan ekonomi yang pesat berkembang serta penghijrahan ke bandar dan peningkatan keseluruhan dalam pendapatan boleh guna akan mengakibatkan peningkatan harga hartanah, terutama di kawasan bandar yang boleh menjangkau lebih daripada 30 peratus.

“Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan golongan tertentu terutamanya mereka yang baru bekerja dan berpendapatan rendah atau sederhana rendah terlepas peluang memiliki rumah sendiri,” kata Najib.

Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan rumah mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan rendah terutamanya di kawasan bandar.

Di bawah skim ini, kemudahan diberikan terutamanya kepada golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Melalui skim ini, individu terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapat pinjaman sebanyak 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 30 tahun.


Ini bermakna kerajaan melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut dan permohonan boleh dibuat secara langsung di cawangan-cawangan perbankan di seluruh negara mulai hari ini.

Wednesday, March 9, 2011


PULAU PINANG jaguh pelaburan Malaysia. Pulau Pinang memimpin. Itulah antara gelaran yang diuar-uarkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sejak mentadbir Pulau Pinang tiga tahun lalu. Meskipun baru tiga tahun memerintah Pulau Pinang, kerajaan DAP menonjolkan diri seolah-olah segala-gala yang baik adalah hasil usaha kepemimpinan kerajaan negeri sekarang dan segala-gala yang buruk, adalah peninggalan Barisan Nasional (BN). 

Apa saja yang boleh mendatangkan imej positif kepada kerajaan negeri, yang boleh meraih populariti kepemimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang, sekali gus memberikan kelebihan politik, akan dicanang semaksimum mungkin bagi membolehkan kerajaan negeri mendapat sokongan rakyat.
Lihat saja apa yang dilakukan ke atas kejayaan membasmi kemiskinan tegar, program penghargaan warga emas berusia 60 tahun ke atas dengan pemberian wang tunai RM100 setahun, bantuan khas kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan kejayaan meraih pelaburan RM12.2 bilion pada 2010, diulang tayang pada setiap majlis.



Malah, satu majlis untuk meraikan kejayaan Pulau Pinang meraih pelaburan terbanyak berbanding negeri lain tahun lalu akan diadakan Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Sabtu ini. Malah, majlis itu yang dinamakan Majlis Kejayaan Pulau Pinang Sebagai Jaguh Pelaburan Malaysia akan menampilkan penyanyi tersohor, Ning Baizura. 

Adakah wajar konsert percuma Ning Baizura diadakan semata-mata bagi meraikan kejayaan Pulau Pinang memperoleh pelaburan tertinggi dalam sejarah negeri itu atau ada agenda tersirat bagi menyogok penonton khususnya muda-mudi, untuk mempromosi kononnya kehebatan pemimpin pembangkang mentadbir negeri ini. 

Majlis itu dilihat sebagai satu inisiatif pembangkang untuk memenangi hati dan minda orang muda dengan menampilkan apa yang dikatakan sebagai kejayaan setelah tiga tahun memerintah, yang kononnya tidak pernah dicapai oleh BN sepanjang memerintah negeri ini. 

Tetapi harus diingat, Kota Rom tidak dibina dalam masa tiga tahun! 
Di sebalik keghairahan kerajaan DAP Pulau Pinang mendabik dada dengan mengambil kredit daripada hasil usaha dan titik peluh pemimpin BN terdahulu...baca seterusnya...

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.