Saturday, March 12, 2011




Saksikan video panas ini....











PERHIMPUNAN MEMBELA MARUAH MELAYU
SEDAQLAH...BANGKIT MELAYU!!!
MARUAH BANGSA PERLU DIBELA
AGAMA ISLAM PERLU DISANJUNG

PERHIMPUNAN MEMBELA MARUAH MELAYU
SEDAQLAH...BANGKIT MELAYU!!!
MARUAH BANGSA PERLU DIBELA
AGAMA ISLAM PERLU DISANJUNG
INILAH PADAH BILA SALAH PILIH!!!
Nantikan video dan gambar "KERANDA UNTUK WEI AIK & DAP" malam ini jam 8.00pm

Friday, March 11, 2011


Apa yang PAS kecoh sangat dengan tempoh berkempen selama 7 hari di pilihanraya Sarawak??Kalau bagi 21 hari macam pilihanraya yang lepas pun bukannya PAS menang pun....

Kenapa DAP dan PKR yang mempunyai kerusi di Sarawak tak kecoh-kecoh pun pasal hal ni atau mereka hantar parti suruhan mereka untuk menyalak dulu bagi SPR takut....hahahaha...kelakar rasanya bila parti yang tidak diterima di Sarawak menyalak bagaikan nak rak tetapi parti-parti yang mempunyai kerusi rilex je....

Sudah-sudah la dengan hasutan dan fitnah yang telah di buat oleh PAS di Semenanjung Malaysia. Jangan cuba nak cemarkan pemikiran orang Sarawak dengan dakyah songsang yang boleh mengelirukan rakyat.

**Rasa-rasanya berapa banyak kerusi yang akan dibenarkan oleh parti pembangkang Sarawak & DAP untuk PAS bertanding....

PAS dengan tegas tidak bersetuju dengan cadangan SPR untuk mengenakan peraturan baru berkempen hanya selama 7 hari sahaja bagi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi. 
Sebaliknya, PAS mendesak agar tempoh kempen pilihan raya diadakan sehingga tiga minggu atau paling kurang dua minggu seperti yang dilaksanakan sebelum ini.-HARAKAH

MANUSIA yang gilakan nama dan kemasyhuran sanggup berbuat apa saja walaupun ia boleh meragut nyawa. Namun ada juga yang dilahirkan untuk terkenal kerana keanehan yang wujud secara fizikal. 

Inilah nasib Supatra Sasuphan, 11, gadis sunti Thailand yang menjadi popular awal minggu ini selepas diiktiraf sebagai gadis mempunyai paling banyak bulu di dunia oleh buku rekod dunia, Guiness World Record.
Sesiapa yang melihat wajahnya bukan saja terkejut, tetapi pasti simpati dengan keadaannya yang tidak ubah menyamai serigala pun sejenis spesies anjing berikutan lebatnya bulu pada bahagian mukanya.



Sebaliknya, ia bukanlah satu kejutan kepada Supatra yang sudah biasa mendengar gelaran ‘gadis serigala’ dan ‘wajah monyet’ itu. 

Malah, si kecil ini berbangga memiliki keunikan itu yang membolehkannya dikenali di serata dunia. 

Hakikatnya, Supatra adalah seorang daripada kira-kira 50 penghidap Sindrom Ambras atau juga Hypertrichosis ini. Masalah yang dikaitkan dengan kromosom ini, dikenal pasti sejak Zaman Pertengahan. Sebelum keadaan itu difahami sepenuhnya, penghidap sindrom itu kerap dilabel sebagai serigala jadian. 

Kes Sindrom Ambras pertama direkodkan adalah Petrus Gonzales dari Pulau Canary pada tahun 1648 oleh Altrovandus. Rekod mencatatkan, dalam keluarga Gonzales, dua anak perempuan, seorang anak lelaki dan seorang cucunya menghidap sindrom itu. Altrovandus menggelar mereka sebagai keluarga Ambras, sempena istana Ambras berhampiran Innsbruck, lokasi potret keluarga berkenaan ditemui. Dan kira-kira 300 tahun kemudian, 50 kes lain dicatatkan. 



Sindrom Ambras dikelaskan sebagai masalah genetik jarang berlaku yang menyaksikan pertumbuhan luar biasa bulu di seluruh tubuh terutama muka dan bahu. Dalam kes lebih serius, secara tidak formal ia digelar sindrom serigala jadian. 

Ia cuma dihidapi seorang dalam setiap 1 bilion dan setakat ini masih tiada rawatan untuk masalah itu...baca seterusnya..

Baru je habis PRK Kerdau & Merlimau..rasanya post mortem pun tak sempat lagi nak buat..dah start menyalak tak tentu pasal..power betul hanjing DAP ni, tak reti penat nak menghasut rakyat. Kalau dah kalah tu, nak buat macam mana...dah itu ketentuan Tuhan. Terima lah hakikat dan kaji balik kelemahan diri.


Seperti biasa, Kalau PAS bertanding je di mana pun, sure menanglah..kalau nak kalah pun mesti disabotaj oleh BN...tapi yang peliknya dah 4 kali PRK, bertiang-tiang PAS kena tinggal..Itu pun masih nak tuduh SPR tidak adil sebab ikut cakap BN dan BN tidak adil sebab guna jentera kerajaan. 


Kalau nak tuduh pun guna otak la sikit, jangan jadi bangang...Apa..PAS ingat rakyat ni bodoh ke asyik kena tipu dengan BN je.. Jangan jadikan ini sebagai alasan bodoh PAS untuk menyalahkan Perdana Menteri dan menghasut rakyat mengadakan demonstrasi diatas kekalahan PAS.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini dilihat semakin keterlaluan sehingga seolah-olah telah mengundang rakyat mengalihkan tumpuan daripada pilihan raya kepada demonstrasi ke jalan raya................        
Terbaru, perkara itu boleh dilihat dalam perjalanan pilihanraya dan kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu yang jelas memperlihatkan tindakan SPR yang dikawal oleh Umno BN sehingga seratus peratus memihak kepada Umno BN.
Dalam masa yang sama, pihak pembangkang pula ditekan dengan pelbagai peraturan yang bukan-bukan termasuk dilarang mengadakan pondok panas dan pemasangan bendera parti. Kesemua itu bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada BN," katanya yang juga AJK PAS Pusat. -Haramkah

Tuduh UMNO/BN dengan SPR bagai nak rak..tapi bagi alasan macam haram..pondok panas dan pemasangan bendera parti pun nak kecoh..Tak kan sebab tak boleh nak pasang bendera DAP menyebabkan PAS kalah..Sedar-sedarlah wahai umat Nik Aziz. Jangan main tuduh tak tentu pasal. Kekalah PAS bukannya disebabkan oleh ketidakadilan BN atau SPR tetapi rakyat makan cerdik memilih.



 “Siapa Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat) nak persoalkan kebenaran? Dia pun tidak ada dalam mesyuarat pada masa itu kerana bukan Ahli Majlis Tertinggi (MT). Jadi, bagaimana dia boleh pertikaikan apa yang Tun (Tun Dr. Mahathir Mohamad) tulis?”

Demikian tegas Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mengenai dakwaan Saifuddin yang mendakwa Dr. Mahathir berbohong dalam memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Menurut Ahli Parlimen Bebas itu, beliau sendiri hadir di dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu apabila MT memutuskan memecat Anwar daripada UMNO.

“Saifuddin antara lain pertikai kebenaran apa yang ditulis oleh Dr. Mahathir mengenai peristiwa 4 September 1998. Ketika itu, MT bermesyuarat mengenai Anwar yang pada waktu itu merupakan Timbalan Presiden UMNO.

“Buku (memoir) Dr. Mahathir pada muka surat 688 menceritakan bagaimana MT bermesyuarat berbincang untuk menentukan kedudukan Anwar yang telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu. Saya salah seorang ahli MT. Saifuddin tidak ada dalam mesyuarat kerana bukan MT.

“Dia kata Anwar tak diberi peluang untuk bercakap dan kononnya bila Dr. Mahathir mempengerusikan mesyuarat, beliau terus berkata mesyuarat bincang nak pecat Anwar. Itu pembohongan besar,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Terdahulu, Saifuddin pada sidang akhbar di lobi Parlimen antara lain mendakwa Dr. Mahathir berbohong berhubung pemecatan Anwar seperti yang ditulis dalam memoir berkenaan.

Menurut Saifuddin, apa yang berlaku pada Mesyuarat MT UMNO 4 September 1998 masih segar di ingatannya kerana mengiringi Anwar ke tingkat 38, Menara Datuk Onn - tempat berlangsungnya mesyuarat berkenaan.
Sementara itu, mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Dr. Mahathir telah membentangkan kes Anwar dalam mesyuarat tersebut dan menyatakan mengapa beliau memecatnya.

“Sesudah Dr. Mahathir membentangkan kes, beliau meminta Anwar untuk memberikan respons dan reaksi. Anwar pun bercakap panjang lebar dan dua kali beliau menumbuk meja.

“Sesudah Anwar bercakap, Dr. Mahathir buat secara adil dan bertanyakan kepada MT untuk memberi pandangan mereka. Ini sangat demokratik. Namun, tiada siapa nak bercakap. Saya yang pertama cakap.

“Dakwaan Saifuddin persoalkan kebenaran, itu tindakan tidak bertanggungjawab dan ada agenda politik. Dia bimbang memoir itu akan mempengaruhi rakyat untuk tidak lagi menyokong Anwar,” katanya. - Utusan

Thursday, March 10, 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar semua institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Rumah Pertamaku mempermudahkan segala urusan pembiayaan bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama mereka.

“Saya amat berharap bahawa segala urusan berhubung dengan skim ini dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukanlah sebaliknya.

“Mungkin skim ini tidak boleh memberi keuntungan yang besar kepada institusi kewangan tapi ini merupakan satu skim yang amat-amat bermakna kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Skim Rumah Pertamaku di sini hari ini.

Najib turut mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dengan sepenuhnya.

Beliau berkata sehingga kini skim ini berjaya melibatkan penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam.

Beliau juga berharap skim ini juga akan menggalakkan pemaju supaya membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat di Malaysia.

Ini adalah komitmen kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju.

“Kita selalu berpegang kepada prinsip keterangkuman (inklusif). Inklusif bererti bahawa kekayaan negara kita mestilah dibahagikan secara adil dan saksama dan di samping itu menegakkan satu prinsip yang sangat unggul yakni skim keadilan sosial,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata dalam usaha untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kerajaan telah mengenalpasti betapa pentingnya peningkatan kualiti hidup rakyat serta kewujudan persekitaran yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi dengan adanya perumahan mampu milik bagi rakyat.

Katanya, keadaan ekonomi yang pesat berkembang serta penghijrahan ke bandar dan peningkatan keseluruhan dalam pendapatan boleh guna akan mengakibatkan peningkatan harga hartanah, terutama di kawasan bandar yang boleh menjangkau lebih daripada 30 peratus.

“Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan golongan tertentu terutamanya mereka yang baru bekerja dan berpendapatan rendah atau sederhana rendah terlepas peluang memiliki rumah sendiri,” kata Najib.

Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan rumah mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan rendah terutamanya di kawasan bandar.

Di bawah skim ini, kemudahan diberikan terutamanya kepada golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Melalui skim ini, individu terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapat pinjaman sebanyak 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 30 tahun.


Ini bermakna kerajaan melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut dan permohonan boleh dibuat secara langsung di cawangan-cawangan perbankan di seluruh negara mulai hari ini.

Wednesday, March 9, 2011


PULAU PINANG jaguh pelaburan Malaysia. Pulau Pinang memimpin. Itulah antara gelaran yang diuar-uarkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sejak mentadbir Pulau Pinang tiga tahun lalu. Meskipun baru tiga tahun memerintah Pulau Pinang, kerajaan DAP menonjolkan diri seolah-olah segala-gala yang baik adalah hasil usaha kepemimpinan kerajaan negeri sekarang dan segala-gala yang buruk, adalah peninggalan Barisan Nasional (BN). 

Apa saja yang boleh mendatangkan imej positif kepada kerajaan negeri, yang boleh meraih populariti kepemimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang, sekali gus memberikan kelebihan politik, akan dicanang semaksimum mungkin bagi membolehkan kerajaan negeri mendapat sokongan rakyat.
Lihat saja apa yang dilakukan ke atas kejayaan membasmi kemiskinan tegar, program penghargaan warga emas berusia 60 tahun ke atas dengan pemberian wang tunai RM100 setahun, bantuan khas kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan kejayaan meraih pelaburan RM12.2 bilion pada 2010, diulang tayang pada setiap majlis.



Malah, satu majlis untuk meraikan kejayaan Pulau Pinang meraih pelaburan terbanyak berbanding negeri lain tahun lalu akan diadakan Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Sabtu ini. Malah, majlis itu yang dinamakan Majlis Kejayaan Pulau Pinang Sebagai Jaguh Pelaburan Malaysia akan menampilkan penyanyi tersohor, Ning Baizura. 

Adakah wajar konsert percuma Ning Baizura diadakan semata-mata bagi meraikan kejayaan Pulau Pinang memperoleh pelaburan tertinggi dalam sejarah negeri itu atau ada agenda tersirat bagi menyogok penonton khususnya muda-mudi, untuk mempromosi kononnya kehebatan pemimpin pembangkang mentadbir negeri ini. 

Majlis itu dilihat sebagai satu inisiatif pembangkang untuk memenangi hati dan minda orang muda dengan menampilkan apa yang dikatakan sebagai kejayaan setelah tiga tahun memerintah, yang kononnya tidak pernah dicapai oleh BN sepanjang memerintah negeri ini. 

Tetapi harus diingat, Kota Rom tidak dibina dalam masa tiga tahun! 
Di sebalik keghairahan kerajaan DAP Pulau Pinang mendabik dada dengan mengambil kredit daripada hasil usaha dan titik peluh pemimpin BN terdahulu...baca seterusnya...

MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata kecewa dengan kekalahan empat kali berturut-turut parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan sejak November lalu. Selepas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan, Pas terus tersungkur di DUN Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Namun begitu, ia belum mencukupi bagi memberikan keinsafan kepada pemimpin Pas seperti Nik Abdul Aziz yang terus menuding jari menyalahkan orang lain terhadap kekalahan parti tersebut.

Terbaru, Menteri Besar Kelantan itu ketika mengulas kekalahan di Merlimau dan Kerdau mendakwa, Barisan Nasional (BN) menggunakan jentera kerajaan. Dakwanya, kekalahan itu disebabkan Pas berdepan dengan Kerajaan Pusat dan bukannya UMNO atau BN.

Nik Abdul Aziz terus membebel mengatakan BN mencabul sistem demokrasi di negara ini bagi 'mencipta kemenangan'.
''Kita sebut pilihan raya, tetapi sebenarnya di Malaysia tidak ada pilihan raya. Pas sebagai sebuah parti sepatutnya lawan dengan UMNO, tetapi yang berlawan sekarang parti dan kerajaan, televisyen, radio dan projek semua berpihak kepada sebelah pihak.''

Itu hujah Nik Abdul Aziz, tetapi sebelum kita menelan bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Mursyidul Am Pas itu, cubalah kita menilai apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan ketika PRK DUN Galas pada 4 November tahun lalu.

Apakah Pas 'tidak menyalah gunakan kuasa' atau jentera kerajaan negeri apabila mengumumkan 'cuti peristiwa' bagi membolehkan mereka memberi tumpuan kepada PRK berkenaan. Galas hanya mempunyai 11,553 pengundi, tetapi kenapa perlu seluruh rakyat Kelantan diberi cuti? Tidakkah pemberian cuti itu lebih bersifat politik?

Nik Abdul Aziz juga berhujah bahawa BN memberi projek setiap kali pilihan raya, tetapi di Galas Kerajaan Pas Kelantan dipercayai menggunakan Ladang Rakyat dan pembahagian tanah untuk menarik sokongan kira-kira 2,000 pengundi Orang Asli sempena PRK itu.

Ini belum lagi mengambil kira projek-projek yang diberikan bagi memancing undi ketika Pilihan Raya Umum 2008. Kita juga perlu bertanya kepada Nik Abdul Aziz, apakah tawaran wang RM200 hingga RM250 kepada 1,557 pengundi Galas yang berada di luar Kelantan untuk pulang mengundi tidak boleh dianggap rasuah?

Bagaimana kalau BN yang membuat tawaran berkenaan? Sudah tentulah Pas akan membuat pelbagai tuduhan. Begitu juga apabila Kerajaan Pas Kelantan secara tiba-tiba mengadakan ekspo pertanian di bandar Gua Musang semasa kempen berlangsung, tidakkah itu menggunakan jentera kerajaan negeri?

Apa yang paling hebat ialah tindakan Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Orang Asli selepas mengislamkan mereka pada Majlis Mesra Rakyat di Pos Sandrop, Lojing, Gua Musang dua hari sebelum hari pengundian. Tidakkah itu boleh dianggap sebagai politik wang bagi memancing undi?

Apa pula hujah Nik Abdul Aziz mengenai pemberian 75 sijil penyertaan projek perumahan berkelompok kepada masyarakat berkenaan pada hari yang sama, tidakkah itu 'penyalahgunaan' kedudukan sebagai kerajaan negeri?
Berdasarkan beberapa contoh tersebut, maka tidak perlulah Nik Abdul Aziz hendak menggambarkan seolah-olah kerajaan Pas Kelantan atau Pas sendiri paling bersih dan suci apabila menghadapi pilihan raya.

Kalau beliau berhujah bahawa BN menggunakan jentera kerajaan, maka di Kelantan apa yang berlaku dalam PRK DUN Galas sudah menjadi bukti. Janganlah melihat kerajaan Pas Kelantan atau Pas itu terlalu baik ketika berhadapan dengan pilihan raya.

Nik Abdul Aziz perlu bermuhasabah dan membiarkan pemimpin-pemimpin Pas yang berfikiran terbuka mengkaji apakah faktor yang menyumbang kekalahan parti berkenaan. Sebagai ahli politik veteran, Nik Abdul Aziz sepatutnya belajar menghormati kebijaksanaan para pengundi membuat keputusan. Janganlah apabila menang anggap BN ditolak oleh rakyat, apabila Pas kalah BN dituduh merasuah rakyat.

Selain itu, Nik Abdul Aziz juga sebagai ulama sudah pasti mengerti ketentuan Allah SWT. Dalam soal apa pun dalam kehidupan di dunia ini, manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Nik Abdul Aziz mungkin boleh mempengaruhi penyokong-penyokong tegar Pas dengan hujahnya, tetapi dalam kalangan rakyat biasa, mereka semakin memahami kenapa Pas tidak harus diberikan kemenangan dalam pilihan raya.

Justeru, tidak payah lagi Nik Abdul Aziz terus bersilat lidah bagi menutup kelemahan Pas, sebaliknya berusahalah memperkukuhkan kembali parti itu yang dilihat tidak lebih daripada 'pak turut' dalam kerjasama dalam kalangan parti pembangkang.-UTUSAN

Tuesday, March 8, 2011



Kenapa pengharaman judi hanya berlaku di Kelantan tetapi tidak di Kedah?? Adakah Kerajaan Islam yang dipimpin oleh Nik Aziz berbeza dengan Kerajaan Islam dibawah Azizan di Kedah? Pengharaman judi di Negeri Kelantan adalah satu tindakan yang baik dan sangat-sangat dialukan tetapi malangnya ianya dilihat keputusan ini dibuat mengikut kepentingan politik.
Nik Aziz hanya pentingkan kuasanya di negeri Kelantan...takut terlepas Kelantan kepada UMNO tu yang terpaksa buat keputusan drastik...mengharamkan judi di Kelantan. Keputusan ini dibuat berikutan sokongan terhadap PAS semakin berkurangan di Kelantan terutamanya generasi lama yang memberi alasan perjuangan PAS semakin menyimpang...yang baru tak payah cerita laaa...sememangnya dah tolak pun PAS ni....
Adakah PAS Kelantan lebih suci daripada PAS Kedah??Sepatutnya undang-undang ini dikuat kuasakan di kedua-dua negeri jajahan PAS bukannya di Kelantan sahaja...Mungkin takut DAP mengamuk kot???tu yang buat di Kelantan je??
Kerajaan Negeri Kerajaan  PAS Kelantan tetap mempertahankan pendiriannya mengharamkan segala bentuk perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman tersebut. 
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan itu kerana perjudian bagi setiap agama tidak pernah diterima oleh penganutnya.-TMI

Monday, March 7, 2011


Kekalahan demi kekalahan menimpa PAS bermula di Bagan Pinang dan kemudiannya di Galas, Tenang dan semalam di Merlimau dan Kerdau. PAS sepatutnya sedar kekalahanya yang berturut-turut menunjukkan orang Melayu menolak dasar pejuangan Islam DAP yang dibawa oleh PAS sejak-sejak bersama pakatan haram.


Kekalahan ini merupakan petunjuk Allah secara terang-terangan kepada PAS selepas bersiri-siri solat hajat telah dilakukan oleh PAS untuk memohan petunjuk dan kebenaran. Tu pun masih tak nampak atau saja buat-buat tak nampak.....



Lagi sekali Allah teleh memberi kemenangan kepada UMNO pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau. Ini merupakan satu kejayaan cemerlang bagi Barisan Nasional dan kemenangan UMNO dengan majoriti besar di kedua-dua kawasan itu menunjukkan isyarat jelas bahawa UMNO merupakan satu-satunya parti yang masih releven dalam memperjuangan hak orang Melayu dan rakyat Malaysia.



Sudah-sudah dengan usaha untuk menjatuhkan UMNO. PAS sepatutnya sedar yang perjuangannya telah menyimpang jauh dan lama mana mereka nak jadi kuda tunggangan DAP....lu fikir la sendiri....

"CAKAP-cakap politik, persepsi dan spekulasi politik" adalah antara elemen yang tidak dapat dielakkan sama sekali dalam kancah politik. Namun, segala faktor itu semakin berleluasa dan tidak terkawal sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 yang turut menggegar, mencemaskan dan merisaukan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah negara sejak merdeka buat kali pertama.

Implikasinya senario politik negara dilihat cukup kritikal, mencabar, tidak tenteram dan sering berkrisis disebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga. Ungkapan ‘politik’ yang turut mendefinasikan kerajaan, kenegaraan dan pentadbiran negara asyik dipolitikkan oleh kumpulan tertentu kerana terlalu ghairah mahu mengejar kuasa. Tidak dinafikan dalam persaingan politik perlu ada ‘check and balance’, tetapi jangan terlalu melampau sangat sehingga kepentingan diri sendiri dijadikan modal politik sampai mencetuskan pelbagai fenomena atau dilema yang ‘tak elok’ untuk negara serta masyarakat umum. 

Mandat diberikan rakyat perlu dijadikan satu amanah, iktibar, tanggungjawab serta pegangan politik yang kuat untuk berkhidmat demi rakyat dan negara. Sikap tamak dan rakus mahu merampas kuasa menerusi slogan seperti ‘menuju ke Putrajaya’ adalah satu lagi budaya politik yang boleh mengancam ketenteraman dan ketenangan negara. Sudah pasti rakyat dapat mendalaminya. 


Kini selepas hampir 18 bulan menerajui tonggak utama negara, peranan dan ‘faktor Najib’ berjaya memberi satu harapan baru dan suntikan pembaharuan politik untuk BN dan juga negara. Pendekatan menerusi gagasan 1Malaysia yang bervisikan ‘rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan’ yang diilhamkan Najib berjaya memberikan satu ‘keyakinan baru’ di kalangan rakyat Malaysia. Sikap keterbukaannya yang bertekad mahu membela nasib semua bangsa berjaya meletakkan kepemimpinan Najib semakin ‘disenangi, dihargai dan diterima.’

Najib tidak boleh keseorangan. Justeru, semua parti komponen BN perlu bekerja keras secara jujur, ikhlas dan rela hati untuk memperkasa serta memperkukuhkan lagi faktor kepemimpinan Perdana Menteri serta sistem penyampaian BN itu sendiri demi memastikan kemenangan yang lebih cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. 

Ingatlah proses pemantapan politik ini perlu dilakukan secara berterusan tanpa henti kerana dalam politik tidak ada istilah ‘esok masih ada’. Memetik kata-kata Najib ‘berubah ataupun rebah’. - Berita Harian
Inilah budaya yang dibawa oleh Nik Aziz dan Partinya PAS yang dikatakan Islam sangat....Rasa-rasanya apa ganjaran yang pakcik dan makcik ni dapat apabila terjerit-jerit dan terkinja-kinja didepan orang ramai....duit??pahala??atau dosa???


Mungkin penganut-penganut PAS ini tak kisah untuk berkelakuan sedemikian rupa kerana mereka sudah dijanjikan tempat di syurrrga....


Sunday, March 6, 2011


EP ingin mengucapkan tahniah kepada YB baru Syed Ibrahim dan YB baru Roslan diatas kemenangannya di PRK DUN Kerdau Merlimau. Alhamdulillah, keputusan rasmi Pilihanraya Kecil(PRK) DUN Kerdau dan DUN Merlimau yang baru sahaja diterima menunjukkan sekali lagi BARISAN NASIONAL telah berjaya menewaskan PAS. Majoriti kemenangan BN telah meningkat manakala undi PAS pula menurun di kedua-dua tempat.
Peratusan yang keluar mengundi juga pada PRK kali ini juga meningkat jika di banding dengan PRU12. Mungkin disebabkan rakyat semakin yakin dengan transformasi yang sedang dilakukan oleh UMNO dan juga kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam mentadbir negara dengan baik. Hidup UMNO.....
Antara faktor yang telah menyumbang besar kepada kemenangan BN ialah Calon PAS yang kitar semula sebanyak dua kali di Kerdau. Mungkin disebabkan PAS telah menjangkakan kekalahannya di Kerdau lebih awal dan ingin mencipta rekod sebagai wakil rakyat PAS yang pertama bertanding dan kalah 3 kali berturut-turut. Nampaknya PAS sudah ketandusan calon yang berkaliber untuk bertanding mewakili PAS.

Di Merlimau pula kecekapan Ketua Menterinya dalam mentadbir negeri itu menjadi faktor utama mengapa PAS ditolak. Kerusi DUN Merlimau yang diidamkan oleh PAS untuk menjadi kerusi pertama dimenangi dan menjadi pencetus semangat kepada PAS untuk menghadapi PRU 13 nampaknya tinggal kenangan. PAS hanya layak menjadi kuda tunggangan DAP kerana tidak mempunyai kerusi di Melaka....

Seperti di Tenang, warga Felda di Kerdau dan Merlimau masih lagi menaruh kepercayaan dan harapan pada Kerajaan BN walaupun dihasut dan difitnah dengan hebat oleh pemimpin tertinggi pakatan haram. Dengan kemenangan ini, momentum  ke arah  BN yang mulai di Batang Ai dan disusuli di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi dan Tenang masih kekal bersama BN sehingga ke hari ini. Yang terbaru Kerdau dan Merlimau....
Sejak PRU12, corak  pengundian sejak kebelakangan ini memihak kepada BN dan boleh dikatakan selari dengan corak di seluruh Malaysia. Bolehlah disimpulkankan bahawa kadar sokongan  pengundi Melayu  untuk BN  sudah meningkat berbanding  dengan pencapaian pada PRU12 dan PRK awal 2009, sentimen pengundi Melayu dan India nampaknya sudah pulih hampir sepenuhnya kecuali kaum cina.

Diharap BN dapat mengekalkan rentak kemenangan ini dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib ini sebelum menghadapi PRU13. HIDUP UMNO..........


N.28 DUN KERDAU


BN MENANG 


Barisan Nasional :5060 
PAS: 2336

Majoriti :2724

TAHNIAH YB SYED IBRAHIM....
TAHNIAH UMNO/BN PAHANG....








N.27 DUN MERLIMAU





BN MENANG 


Barisan Nasional :5962 
PAS: 2319

Majoriti :3643

TAHNIAH YB ROSLAN....
TAHNIAH UMNO/BN MELAKA....


Kena ucapkan tahniah pada Nik Ajis jugak fatwa dia penyumbang pada keruntuhan Pakatan Rakyat...lagI lama dalam PAS laGi bagus pada BN lagi banyak bahan lagi bagus...cara kempen  Nik Ajis dan Anwar era kempan zaman 80-an dah ketinggalan...ugut syurga dan neraka dah tak laku zaman 2010....Tahniah TG Nik Ajis



KEPUTUSAN TERKINI PRK DUN MERLIMAU & KERDAU....

Sila Klik Refresh untuk keputusan rasmi


N.28 DUN MERLIMAU


BN MENANG 


Barisan Nasional :5917
PAS: 2317

Majoriti :3600


_________________________________________________________________________


N.28 DUN KERDAU


BN MENANG 


Barisan Nasional :5060 
PAS: 2336

Majoriti :2724



Keputusan mengikut Peti Undi

Batu Sawar 
BN - 146
PAS - 55
Rosak - 4
Majoriti - 91


Kuala Tekal 
BN - 241
PAS - 64
Rosak - 5
Majoriti - 177

Kerdau
BN - 2021
PAS - 956
Rosak - 44
Majoriti - 1065


Lipat Kajang 
BN - 243
 PAS - 99 
Rosak - 4
Majoriti - 144

Kuala Kerdau 
BN - 307
PAS - 247
Rosak - 6
Majoriti - 60

Pulau Pasir Mandi
 BN - 144
PAS - 108
Rosak - 2
Maj - 36

Jengka 25 
BN - 307
PAS - 43
Rosak - 1
Majoriti - 264

Desa Murni


Felda Jengka 22
 BN - 589 
PAS - 282 
Majoriti - 307

Felda Jengka 23

Kerai
BN - 286
PAS - 44
Rosak - 5
Majoriti - 242

Rumpun Makmur
BN - 412
PAS - 159
Rosak - 
Majoriti - 253

Teluk Sentang 
BN - 297
PAS - 215
Rosak - 2
Majoriti - 82


PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.