Saturday, March 5, 2011


Pengundian bagi pilihan raya kecil bagi DUN Kerdau dan Merlimau akan berlangsung esok. Undi SIMPATI dan undi PROTES...hanya itulah yang boleh diharap oleh PAS, bukannya untuk memenangi PRK kali ini tetapi hanya sekadar menyamai jumlah yang diperolehi semasa PRU12. Jika itulah harapan PAS pada setiap kali pilihanraya, ternyata PAS sememangnya tidak layak untuk bertanding dimana-mana pilihanraya.

Mengharapkan undi SIMPATI dan PROTES membuktikan PAS tidak mempuanyai kredibiliti sebagai sebuah Parti Politik. Undi yang diterima oleh PAS hanya sekadar undi lepas geram atau undi tidak puas hati terhadap kerajaan yang memerintah dan bukannya undi yang diberikan kepada PAS kerana Kebolehanya untuk memimpin atau mentadbir.

Sampai bila agaknya PAS nak terus begini mengharapkan undian sebegini. Berbeza di PRK Tenang. Undi cina banyak membantu PAS mengurangkan majoriti BN. Tapi kali ni nak harapkan DAP pun tak boleh sebab majoriti besar pengundi adalah Melayu. Inilah kemampuan sebenar PAS sebagai sebuah parti politik.....

Mengikut pensyarah di Universiti Duke, Ong Kian Ming yang memegang ijazah Kedoktoran dalam Sains Politik, kedua-dua kerusi tersebut akan terus kekal di tangan BN. BN diramal akan berjaya menumbangkan PAS di Merlimau dengan majoriti lebih daripada 4000 undi manakala di Kerdau pula BN dijangka menang dengan majoriti lebih daripada 2500 undi.

UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL






Tak abis-abis cerita Bob Lokman. Rasanya Bob Lokman ni lebih popular sejak dia menganut agama PAS. Hari ini dia telah membuka blog beralamat http://boblokman.blogspot.com.

Yang menariknya Bob telah menulis tentang pengiktirafan beliau terhadap agama PAS dengan menulis 'mengapa aku menganut PAS'. Anutan merujuk kepada agama dan adakah ini bermakna Bob Lokman dengan terang mengiktiraf PAS sebagai agama anutan beliau masa kini?

MasyaAllah ! Peminat Bob Lokman tidak mustahil akan turut disesatkan oleh PAS. Maka tugas kita menerangkan kembali kepada Bob Lokman agar beliau sedar PAS bukan agama tetapi politik menggunakan agama.

Berbeza dengan UMNO dimana politik diguna untuk menguat dan mempertahankan agama.nMoga Allah membuka pintu hati Bob Lokman yang dengarnya telah mengalami kekecewaan yang dahsyat dalam hidup beliau yang akan mengejutkan orang jika membacanya. Namun demi memelihara maruah beliau maka saya nasihatkan Bob Lokman kembali ke jalan Allah dan mempelajari agama dengan Ahlillah (Wali Allah) bukan Ahli SIyasah ( ahli politik ). 

Anda sebagai peminat dan pembaca blog ini yang WAJIB menyedarkan saudara kita ini yang nampaknya seperti sedang mencari jalan pulang ke arah KEBENARAN tetapi terjumpa 'hantu MAK LIMAH' di tepi jalan. Moga Allah membuka pintuk hati Bob Lokman dan menyedarkan kita semua agar sentiasa beriman dan bertakwa sepanjang masa. Amin.

AHHH!!! BODOHLAH ANWAR IBRAHIM NI....

Dalam bilik mesyuarat nampak sihat je...siap buat lawak lagi mengata orang...dia saja yang betul...tak dak orang lain yang layak jadi Perdana Menteri...cuma dia seorang je..tapi bila keluar bagi ceramah...kusut masai...muka stone je...macam dah tak larat...tu semua trick nak dapat simpati rakyat laaa tu...memang kuat berlakon orang tua ni...





 Tak sudah sudah PAS nak bohong rakyat. Malah bila tiba je PRK lagi hebat rupanya puak-puak ni menipu. Jelas dalam Video ini menunjukkan Calon PAS Merlimau hanya sekadar berposing bergambar mengangkat Jenazah....

Laaaa...Pemimpin PAS pun pandai ambil kesempatan ke atas kesusahan rakyat juga ke...Ingatkan dah ikut  Nik Aziz tak buat laa benda- benda yang tak baik..Apakan daya manusia tetap manusia, tak lari daripada melakukan kesilapan..Apa yang dilakukan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man cukup memalukan sebagai seorang pemimpin tertinggi PAS.

Tuan Ibrahim tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan FELDA  yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka. Tuan Ibrahim sepatutnya membela rakyat  dengan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dan bukannya mengambil kesempatan keatas mereka.

Inilah perangai sebenar pemimpin-pemimpin pakatan haram..cakap tak serupa bikin. Ke seluruh pelosok kampung mereka mencanangkan UMNO dan Barisan Nasional kejam, menindas rakyat, zalim dan macam-macam lagi tapi pada hakikatnya mereka yang sebenarnya zalim dan kejam kerana mengambil kesempatan keatas oran susah yang tersepit. Pembelian yang dilakukan atas nama isterinya itu dikatakan telah menyebabkan tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.

Agak-agaknya dah berapa banyak tanah peneroka Felda yang susah dan tersepit telah dibeli oleh Tuan Ibrahim??

NURUL IZZAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN....



Apa yang Nurul Izzah tengah buat sekarang..bukan campur tangan ke????hahahah cakap tak serupa bikin..perangai macam bapak dia juga..

"Saya tidak akan memang menyandang jawatan ketua pengarang. Saya menyerahkannya kepada Hata Wahari... Hata diberi kebebasan untuk menentukan akhbar tersebut.
"Tidak ada (campurtangan) partipolitik untuk mengawal industri media atau syarikat (media)," kata Nurul Izzah.

Tambahnya, akhbar berbahasa Melayu itu akan dikeluarkan secara mingguan manakala kandungannya berkisar mengenai pelbagai isu termasuk isu-isu berkaitan dengan politik.-Malaysiakini

Tak sangka betul...ingatkan PAS tapi rupa-rupanya BN...ada ke patut Barisan Nasional menawarkan habuan kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi  untuk mengundi mewakili pengundi tertentu sekaligus bertindak sebagai “pengundi hantu” di kerusi Merlimau esok. Sampai macam tu Sekali nak menang....

Dah la sebelum ni BN telah menjalankan kempen ala samseng dengan mengugut pengundi di DUN Merlimau. Menakut-nakutkan pengundi supaya pengundi mengundi BN. Calon PAS pula Yuhaizad Abdullah dan beberapa pimpinan PAS menerima SMS ugutan daripada individu yang tidak dikenali, dipercayai daripada Umno BN. Agak-agaknya apa pula yang akan dibuat oleh BN selepas ni untuk menang di PRK Merlimau.

Kalaulah sebegini rupa perangai BN, memang patutla setiap pilihanraya BN asyik menang je...malang sungguh nasib parti yang bertanding dengan BN..memang tak de harapan nak menang la kalau BN buat macam tu. Tapi apa yang menghairankan buat apa la susah-susah BN kerahkan ahlinya buat kerja mendekati masyarakat semasa tempoh berkempen. Dah komperm menang buat apa susah-susah...

Sudah-sudah PAS dengan perangai buruk tu..Tiap-tiap kali pilihan raya alasan yang sama saja diberikan...BN tu la, BN ni la...Kalau dah tahu nak kalah, buat apa buang masa bertanding...

Setiap kali pilihanraya mesti PAS dan PKR melaksanakan doa dan solat hajat supaya Allah tunjukkan kebenaran...Tapi bila ditakdirkan BN menang dan Tuhan dah tunjukkan kebenaran PAS dan PKR tak nak pula terima hakikat seolah-olah menolak ketentuan Tuhan. Bawak-bawak lah sedar BN sememangnya ditakdirkan untuk memerintah negara ini dan PAS ditakdirkan untuk menjadi parti pelengkap kepada DAP.


inilah video paling kelakar dalam kempen pilihanraya di Kerdau....

AWAT WAJAH ANWAR LETIH SEMACAM????


Agak-agaknya...apa yang si Anwar ni buat sebelum dia datang memberi ceramah...letih semacam je nampak..

Friday, March 4, 2011

Apa nak jadi dengan orang tua ni...Sampai bila dia nak sedar akan perbuatannya yang mengelirukan dan memecahbelahkan umat Islam.

Nik Aziz mengakui kenyataan politiknya ketika berkempen dalam pilihan raya boleh menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah belah.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata dalam perjuangannya mempertahankan parti terdapat kenyataan dikeluarkan beliau akan menyebabkan ada pihak yang menyokong kenyataannya dan ada pihak yang menentang pandangannya.
“Malah, isu pecah belah di kalangan umat manusia berlaku sejak zaman Nabi Muhammad (S.A.W) dan Nabi Adam (A.S) lagi,” katanya semasa menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu, di sini hari ini.

Nik Aziz berkata beliau akan terus menggunakan pendekatan menjelaskan hukum halal haram dalam memilih pemimpin parti pada pilihan raya walaupun tindakannya itu ditegur oleh alim-ulama negara ini.

“Pendekatan itu kalau dalam agama dipanggil dakwah dan dalam politik pilihan raya dipanggil berkempen, jadi tidak timbul masalah jika saya menggunakan pendekatan itu dalam mana-mana kempen pilihan pilihan raya,” katanya.-TMI

Satu persatu fatwa songsang dikeluarkan oleh ahli-ahli PAS asalkan ianya memihak kepada mereka dalam usaha untuk meraih undi. Dulu undi PAS masuk syurga...agaknya syurga PAS dah penuh kot, tu yang sekarang undi BN kira rasuah... itulah salah satu 'senjata' baru Pas dalam usaha meraih undi di kala tempoh berkempen hanya tinggal dua hari lagi.

Apa yang difahamkan PAS sedang giat menjalankan kempen  rumah ke rumah untuk meraih simpati dan menghasut penduduk supaya mengundi calon mereka. Dalam pujuk rayu mereka, petugas PAS ini bagitau pada penduduk menyuruh mereka mengambil apa sahaja yang diberikan oleh BN seperti wang atau barangan keperluan asas dan lain-lain lagi tapi bersyarat. Mereka akan dianggap bersekongkol dengan perbuatan rasuah dan jatuh berdosa sebaik sahaja mereka memangkah BN pada hari pengundian.

PAS mendakwa, apa yang diberikan oleh BN datangnya daripada sumber yang haram. Kepala hotak lu...pandai-pandai je kata sumber wang haram!!Dulu tok guru je keluar fatwa syurga, jahil, kafir tapi sekarang anak buah pun boleh keluar gak...

PAS oh PAS. Agak-agaknya sampai bilalah nak berubah?? Agama ni macam permainan an bagi mereka asalkan matlamat mereka tercapai. Inilah dikatakan niat tidak menghalalkan cara.
Apa yang membimbangkan, ada juga segelintir pengundi termakan dengan ancaman dan janji yang ditaburkan oleh PAS.

Sudah-sudah la usaha untuk mengelirukan rakyat dengan menggunakan agama..politik mana sama dengan agama....

JALAN PINTAS PAS YANG HINA!!!!!


Cubaan PAS menghasut rakyat untuk mengadakan protes saman ekor sungguh memalukan. Mengambil kesempatan terhadap masalah rakyat  dan berlagak hero untuk membela rakyat yang kononnya prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat sebenarnya menunjukkan tanda-tanda terdesaknya PAS untuk meraih sokongan daripada rakyat.

Tindakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang bangang menyuruh jentera PAS menaikkan kain rentang yang bertulis "Tolak Saman Ekor ,Tolak BN Di PRU 13", "PR Menang Saman Ekor Dihapuskan", "Undi BN , Bererti Anda Setuju Saman Ekor", "Jangan Undi BN, Jika Anda Mahu Hapuskan Saman Ekor" di seluruh negara adalah satu tindakan yang hina dan berbau hasutan.

Negara Malaysia mempunyai undang-undang terhadap pengguna jalanraya untuk menjamin keselamatan penggunanya. Adakah tindakan kerajaan dan pihak polis menyaman salahlaku yang dibuat oleh pengguna jalanraya satu tindakan yang kejam.?? Kalau tidak ada saman ekor ini mungkin lebih ramai rakyat Malaysia akan mati akibat kemalangan jalanraya. Adakah itu yang PAS nak???Dah la agama dipolitikkan, sekarang ni undang-undang pun nak dipolitikkan....

Bukankah Islam mengajar kita untuk mematuhi undang-undang...Kalau betul la nak dapatkan sokongan rakyat pun bukan begini caranya. Tindakkan PAS ini sanggup menggadaikan nyawa rakyat semata-mata untuk mendapatkan undi. PAS sejak akhir-akhir dilihat menjadi parti politik jalan pintas....nak masuk syurga masuk PAS, tak nak bayar PTPTN dan saman ekor undi PAS...lepas ni apa la pula tindakan PAS mencari jalan pintas baru nak dapat sokongan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, semua jentera penerangan perlu menyemarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. 
Ini, katanya kerana masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam sehingga pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac ini. 
“Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. Sila naikkan kain rentang di seluruh negara,” ujarnyakepada Harakahdaily. 
Katanya, kain rentang yang bertulis "Tolak Saman Ekor ,Tolak BN Di PRU 13", "PR Menang Saman Ekor Dihapuskan", "Undi BN , Bererti Anda Setuju Saman Ekor", "Jangan Undi BN, Jika Anda Mahu Hapuskan Saman Ekor" dan lain-lain boleh diletakkan di tempat yang sesuai termasuk di tepi jalan raya. 
PAS, ujarnya berpandangan hukuman yang dikenakan kepada pemandu yang tidak membayar saman ekor, sehingga tidak boleh berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan adalah tindakan yang zalim.  
Ini, tambahnya menggalakkan mereka yang tidak berlesen dan mempunyai cukai jalan.Apabila ini berlaku, katanya maka yang rugi ialah kerajaan kerana kehilangan hasil negara.-HARAKAH

Agak-agaknya Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa syok sendiri kot??Apa boleh buat, dah pegang jawatan Perpaduan Nasional dalam PAS kena la buat kenyataan yang memihak padanya...kalau tidak nampak sangat tak buat kerja..

"Sekarang kita hairan apabila orang Cina dan India telah menyokong PAS, sebaliknya orang Melayu masih lagi menyokong UMNO" -HARAKAH

Sejak bila la pulak orang Cina dan orang India sokong PAS??...baru dapat undi orang cina dan india dah perasan mereka sokong PAS. Perjuangan PAS yang mana mereka sokong?? Nak tubuh negara Islam ke atau nak pecahbelahkan orang Melayu??

Apa yang nak dirisaukan oleh PAS sekiranya dah tahu rakyat semakin cerdik dan pandai menilai. Biarkan rakyat menjadi juri dan memilih parti mana yang mereka hendak. Tidak perlulah untuk menghasut dan menfitnah kerana perbuatan itu umpama PAS masih lagi menganggap rakyat masih lagi bodoh dan tidak boleh menilai.


"Kita bukanlah rakyat yang boleh diperbodohkan, tidak mudah untuk hanya tunduk kepada sebarang kezaliman dalam tempoh yang lebih lama,"-HARAKAH


Tuesday, March 1, 2011


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bertindak seperti 'mengangkat bakul sendiri' apabila mendakwa Pas berjaya membangunkan rakyat serta Kelantan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.
 
Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, kejayaan tersebut kini turut berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Jelas beliau, bagi Pas di Kelantan, kejayaan yang dikecapi adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah iaitu keyakinan kepada Tuhan, mas'uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat.

''Justeru, kita berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas daripada riba dan subur dengan hasil anugerah tuhan. Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama.

''Ia sebagai bukti betapa syariat Islam yang diperjuangkan Pas selama ini berjaya mendidik pentadbir, pemimpin dan rakyat untuk terus berpegang teguh kepada agama.

''Falsafah ini adalah selari dengan doa iftitah yang kita baca di permulaan sembahyang,'' katanya menerusi blognya, http://www.blogtokguru.com.

Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Pas Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama, bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati.

''Inilah natijah perjuangan Pas yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, aman dan berharmoni. ''Justeru kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pas sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum, bahawa apa yang kita laksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh UMNO sebelum ini.

''Maka, Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah dinar emas dan dirham dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It'aam,'' katanya.

Mengenai perjalanan Pilihan Raya Kecil Kerdau dan Merlimau pula, beliau mendakwa setiap kali Pas bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.

Sementara itu, beliau menuduh UMNO sebagai parti yang mengasing dan membezakan rakyat mengikut kaum serta mengetepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Oleh sebab amalan itu, kata beliau, UMNO telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini.

''Kegagalan itu membuktikan perjuangan UMNO tidak selari dengan ajaran tauhid Islam. Mengikut ajaran tauhid, bukan hanya tuhan itu satu, tetapi satu segala-galanya,'' katanya. Beliau kemudiannya menyifatkan menolak perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah satu tindakan betul yang sekali gus menolak perjuangan sekular dan kebangsaan.-Utusan
 
Al Fatihah.
EP ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.



Monday, February 28, 2011


Apa yang nak dihairankan, dah sememangnya Islam yang dibawa PAS tak mementingkan masjid untuk bersolat. Dalam ceramah Bob Lokman petang tadi di Taman Desa Murni, dia mennyatakan PAS tidak seperti UMNO yang mementingkan tempat yang elok dan bersih untuk bersolat. Bagi PAS nak bersolat mana-mana pun boleh tak kira tempat tu bersih ke kotor..

Kalau kata bodoh, nanti marah la pula..Kerajaan Barisan Nasional tahu akan tanggungjawabnya terhadap rakyatnya. Sebab itu Masjid dibina untuk memudahkan orang Islam untuk menunaikan solat. Masuk saja waktu, walau ada dimana saja di highway, tepi jalan, tengah jalan, dalam kampung, dalam bandar kita boleh berhenti masjid atau surau untuk menunaikan solat tanpa was-was.

Tengok je Masjid dan Surau ingat solat...Itu pun tak cukup Islam bagi PAS. Entah la Islam yang macam mana puak-puak ni nak...

**Yang bestnya di mana saja masjid atau surau mesti puak-puak ni nak berebut kuasai masjid atau surau tersebut...Tak terasa malu ke?? Masjid dah bagi dah, tandas pun nak kena tolong cuci...


Kerajaan Pas Kelantan hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu. 

Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.

Umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya. 

"Tentu sekali BN terutama UMNO juga mahukan Islam tetapi perlu dilihat Islam yang bagaimana. "Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan,".-Utusan 


Kehadiran Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Kerdau bagi membantu kempen pilihanraya kecil telah berjaya membuatkan PAS Pahang menggigil ketakutan. Datin Seri Rosmah yang turun untuk beramah mesra dengan penduduk Felda 25 disambut oleh kira-kira 300 orang penduduk kawasan tersebut.
Sambil meminta penduduk Felda 25 memberikan undi kepada calon Barisan Nasional iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad, Datin Seri Rosmah juga telah menyentuh isu fitnah pembangkang yang mendakwa dirinya lebih berkuasa dari Perdana Menteri. Bagi Datin Seri Rosmah, beliau tidak berhajat untuk membuat kenyataan membalas fitnah pihak pembangkang tersebut. Sebaliknya, beliau lebih suka menyerahkan semuanya pada Allah swt. “Biarlah Allah sahaja yang membalas perbuatan mereka”, kata beliau.
Inilah menunjukkan ketinggian budi isteri Perdana Menteri ini. Biarpun beliau dihentam teruk oleh pihak pembangkang dengan pelbagai fitnah, Datin Seri Rosmah masih lagi mampu bersabar. Semua ini membuktikan bahawa beliau berada dipihak yang benar.
Di pihak pembangkang, kehadiran Datin Seri Rosmah ini telah membuatkan mereka kecut perut. Tambahan pula apabila melihat sambutan hebat yang diberikan oleh penduduk setempat. Maka mereka mulalah menabur pelbagai dakyah baru untuk memburukkan Datin Seri Rosmah disini. Antara yang mereka bangkitkan ialah, UMNO/BN semakin terdesak bagi merayu undi sehingga terpaksa mendapatkan khidmat isteri Perdana Menteri untuk berkempen.
Sebenarnya, PAS cemburukan Datin Seri Rosmah yang turun membantu kempen di Kerdau diatas kapasiti isteri Presiden UMNO. Mereka cemburu kerana isteri Presiden PAS tak mampu untuk ikut serta berkempen membantu Hadi Awang di Kerdau. Maklumlah, isteri Presiden UMNO hanya ada satu sahaja. Tetapi isteri Presiden PAS ada lebih dari satu. Mungkin itu sebabnya Presiden PAS mempunyai masalah didalam memilih isteri yang mana satu untuk dibawa turun berkempen.
Jadi, untuk keselamatan bersama, semua isteri-isteri Presiden PAS langsung tak dibenarkan turun ikut berkempen.di Kerdau ni. Itulah sebab sebenar PAS di Pahang ni cemburukan Datin Seri Rosmah. Rupanya ada cerita disebalik cemburu tersebut! - EJEN 008
PAS Pahang sudah mula memulaukan PRK di Kerdau kerana dikatakan akan kalah. Kesian calon recycle dan reject PAS ni, Hassanuddin Salim yang kelihatan ke huhu ke hilir bersama 2 atau 3 orang pengikutnya mengikuti program. entah ada ke entah tidak....Yang menariknya program UMNO pun calon PAS ni hadir...mungkin dah tak de program kot...Calon PAS ini juga turut mengaminkan doa untuk kemenangan BN di Kerdau yang dibaca oleh Calon BN, Syed Ibrahim.








Apa cerita ni??? MAHA 1, Islam Diutamakan....
Parti yang melacurkan Islam untuk kepenting pemimpin-pemimpinnya. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai matlamat menghalalkan cara. Halal asal tindakan ini menguntungkan PAS dan mampu meraih sebuah undi.

Bila majoriti pengundinya cina..PAS FOR ALL...bila majoriti pengundinya Melayu dan Islam Maha Satu, Islam diutamakan...macam sial..
EP telah mengikuti program DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pekan Kampung Baru Kerdau petang semalam. Sokongan yang diberikan kepada PM...Confirm lah...BN menang...buat penant je PAS bertanding di Kerdau ni...Dah la calon recycle dan reject..









Sunday, February 27, 2011



Terkini : EP mendapat berita bahawa petugas-petugas PAS PIS PUS yang pergi untuk meraih undi di Felda Jengka 22 semalam dihalau macam.......Aduh malang sungguh nasib petugas-petugas PAS ini. Dah la berkempen untuk calon recycle, diperlakukan sebegitu rupa pula.


Kalau mengikut cerita salah seorang penduduk vateran di Felda tersebut, petugas-petugas PAS tersebut  bukannya datang untuk mempromosikan calon mereka SEBALIKNYA MEREKA DATANG UNTUK MENABUR JANJI KOSONG, MENABUR FINAH TERHADAP BN DAN PERDANA MENTERI yang selama ini telah membantu warga Felda Jengka 22.


Kemungkinan usaha jahat PAS ini dilakukan berikutan Datuk Seri Najib yang akan turun ke Felda Jengka 22 hari ini tidak akan mendapat sambutan.


Katanya " Inilah manusia yang ingat tak reti bersyukur. Allah telah beri akal kepada manusia untuk berfikir, tapi mereka ni bercakap macam tak de akal. Apa dia orang ingat orang Felda ini orang kampung dan bodoh? Kalau mereka beranggapan begitu merekalah yang sebenarnya bodoh. Jangan ingat mereka ni sembah Nik Aziz apa yang mereka buat semuanya betul dan diredai oleh Allah......"


Memang patut pun petugas-petugas PAS ni dihalau sebab dengan kehadiran mereka hanya menyebabkan pepecahan saja. Apa-apa pun tahniah kepada warga Felda Jengka 22 yang berani untuk menghalau petugas-petugas PAS.


UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL




Tidak perlulah PAS untuk mempertikaikan tugas JAIP. Tujuan JAIP mengambil alih semua pentadbiran masjid-masjid dalam Dewan Undangan Negeri Kerdau bertujuan untuk menjaga kesucian rumah Allah daripada dicemari dengan kempen-kempen pilihanraya yang berbau fitnah dan pembohongan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan ingat PAS ni kononnya parti Islam, boleh dapat lesen besar untuk menggunakan masjid dan mimbar untuk menyebarkan dakyah dan ideologi sempit PAS semata-mata untuk kepentingan politik.  

Tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pusat, Syed Hamid Syed Mohammad yang menyelar tindakan JAIP itu telah membuktikan selama ini PAS sememangnya mengambil kesempatan semasa Khutbah Jumaat, tazkirah, kuliah untuk melemparkan tuduhan-tuduhan kepada pihak lawan iaitu kerajaan BN kononnya tidak Islamik, tidak adil , zalim , rasuah dan banyak lagi, sedangkan Khutbah Jumaat merupakan rukun-rukun iaitu merupakan perkara yang patut diutamakan ianya perlu diisi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh menyedarkan ahli jumaat yang hadir, bukannya di isi dengan maki-hamun kepada mereka yang dianggap musuh.

Kemuliaan Islam, agama dan institusi masjid sudah tidak dipedulikan lagi oleh pimpinan PAS sendiri. Penyokong bangang PAS marah dan mengamuk  apabila Tok Guru kesayangan mereka dihalang oleh JAIP daripada menyampaikan khutubah Jumaat di Masjid Rumpun Makmur.  Pimpinan PAS patut sedar masjid merupakan rumah Allah, melalui masjid-masjid dapat menyatupadukan masyarakat bukannya memecah belahkan masyarakat. Pimpinan PAS bercakap untuk menegakkan Islam tetapi pendekatan untuk mencapai matlamat tidak mencerminkan cara Islam tetapi ebenarnya cara kafir.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Syed Hamid Syed Mohammad dalam reaksi awalnya turut menyelar tindakan itu dengan menyifatkan merampas hak Ajk yang dilantik oleh anak-anak kariah.
"Sepatutnya JAIP beri kepercayaan lah kepada AJK masjid-masjid tersebu menguruskan masjid mereka, kalau betulpun hendak ambilalih sementara berbincanglah dahulu dengan Ajk untuk mendengar pandangan mereka, bukan dengan keluar arahan seperti sahaja," ujar beliau.- HARAKAH

Petang semalam EP telah pergi ke Kampung Orang Asli Paya Sendayan, berhampiran dengan Gunung Senyum mengikuti program Dato Seri Shafie Afdal, Menteri Luar Bandar. 


Boleh dikatakan hampir kesemua orang asli yang menetap di kampung tersebut tidak melepaskan peluang untuk  bersama menteri yang menjaga hal ehwal orang asli telah hadir ke program tersebut.


Tok batin Kampung Paya Sendayan memberi ucapan aluan dan menyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampung tersebut. Boleh tahan juga Tok batin Rashid ni berucap mengalahkan orang yang berpidato. 


Kesetiaan orang asli kepada BN tidak dapat dinafikan. Sejak dari kapal layar hingga ke dacing sokongan yang diberikan kepada Kerajaan yang diterajui oleh BN tidak berbelah bagi. 


Tok batin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kerajaan BN diatas usaha yang dilakukan oleh Kerajaan BN selama ini untuk menjaga kebajikan orang asli.


Dato Seri Shafie Afdal mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Kampung Paya Sendayan kerana sokongan yang diberikan kepada Kerajaan BN. Rungutan dan rintihan penduduk kampung tersebut telah mendapat perhatian Menteri Luar Bandar ini.



Sebanyak RM200,000.00 peruntukkan telah diluluskan oleh Dato Seri Shafie Afdal untuk menaik taraf jalan kampung yang rosak dan juga menurap jalan baru di sekitar kampung tersebut. Selain daripada itu pembinaan sebuah gelanggang sepak takraw juga diluluskan untuk kemudahan anak-anak muda dikampung tersebut beriadah.


Dato Seri Shafie Afdal menegaskan Kerajaan BN mengambil berat tentang pendidikan anak-anak orang asli. Pelbagai peluang telah diwujudkan bagi membolehkan anak-anak orang asli berjaya dalam pendidikan. 


Dato Seri Shafie Afdal juga menasihati ibu bapa supaya memberi dorongan dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah supaya anak mereka boleh berjaya. Tahun ini sahaja seramai 7 orang anak orang asli yang cemerlang telah dihantar ke luar negara dibawah tajaan MARA untuk melanjutkan pelajaran.
  

Apa yang difahamkan MB Pahang telah meluluskan pembinaan 10 biji rumah untuk program membasmi rakyat termiskin di kampung tersebut. Jumlahnya telah berganda apabila  Dato Seri Shafie Afdal mengumumkan penambahan sebanyak 10 biji rumah lagi untuk program tersebut. 


Majlis di akhiri dengan penyampaian dividen kepada penduduk kampung tersebut hasil dari penjualan getah dan kelapa sawit

Saturday, February 26, 2011



Nampaknya PKR di Pulau Pinang menerima tanparan yang hebat berikutan 97 anggota Partinya  cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti itu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.

Ini disebabkan pemimpin Islam PKR di Pulau Pinang tidak mempunyai keberanian untuk menentang Guan Eng dalam mempertahankan hak orang Islam di Pulau Pinang. Mereka ini dianggap sebagai boneka Guan Eng. Sejak DAP memerintah Pulau Pinang orang Islam di Pulau Pinang ditindas dan ditekan sesuka hati. 

Pelbagai isu yang timbul berkenaan hak orang Islam di Pulau Pinang tanpa mendapat sebarang pembelaan dari pemimpin PKR dan PAS. Antaranya isu risalah My Balik Pulau, wang judi, gerai dirobohkan, isu tanag dan banyak lagi.

Sehubungan itu Mohamed Ibrahim A. Siahoo, yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan mereka keluar daripada PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji untuk membela nasib rakyat khususnya kaum India Muslim.

"Keputusan kami ini waras dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak, sebaliknya mula sedar tentang parti mana yang boleh membantu kami. Borang telah diserahkan kepada Presiden KIMMA untuk menganggotai Kongres tersebut.
`
Bini Nicky Aziz kot..
ni bini no berapa agaknya??


Sokongan padu MIC kepada calon BN di Kerdau
Parti pujaan PAS
Ribuan penyokong BN...
Semangat Wanita UMNO..tak dapat dinafikan..


Terima kasih pada petugas-petugs FRU..takut sikit
budak-budak PAS nak buat kacau

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.