Sunday, February 27, 2011



Terkini : EP mendapat berita bahawa petugas-petugas PAS PIS PUS yang pergi untuk meraih undi di Felda Jengka 22 semalam dihalau macam.......Aduh malang sungguh nasib petugas-petugas PAS ini. Dah la berkempen untuk calon recycle, diperlakukan sebegitu rupa pula.


Kalau mengikut cerita salah seorang penduduk vateran di Felda tersebut, petugas-petugas PAS tersebut  bukannya datang untuk mempromosikan calon mereka SEBALIKNYA MEREKA DATANG UNTUK MENABUR JANJI KOSONG, MENABUR FINAH TERHADAP BN DAN PERDANA MENTERI yang selama ini telah membantu warga Felda Jengka 22.


Kemungkinan usaha jahat PAS ini dilakukan berikutan Datuk Seri Najib yang akan turun ke Felda Jengka 22 hari ini tidak akan mendapat sambutan.


Katanya " Inilah manusia yang ingat tak reti bersyukur. Allah telah beri akal kepada manusia untuk berfikir, tapi mereka ni bercakap macam tak de akal. Apa dia orang ingat orang Felda ini orang kampung dan bodoh? Kalau mereka beranggapan begitu merekalah yang sebenarnya bodoh. Jangan ingat mereka ni sembah Nik Aziz apa yang mereka buat semuanya betul dan diredai oleh Allah......"


Memang patut pun petugas-petugas PAS ni dihalau sebab dengan kehadiran mereka hanya menyebabkan pepecahan saja. Apa-apa pun tahniah kepada warga Felda Jengka 22 yang berani untuk menghalau petugas-petugas PAS.


UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL




Tidak perlulah PAS untuk mempertikaikan tugas JAIP. Tujuan JAIP mengambil alih semua pentadbiran masjid-masjid dalam Dewan Undangan Negeri Kerdau bertujuan untuk menjaga kesucian rumah Allah daripada dicemari dengan kempen-kempen pilihanraya yang berbau fitnah dan pembohongan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan ingat PAS ni kononnya parti Islam, boleh dapat lesen besar untuk menggunakan masjid dan mimbar untuk menyebarkan dakyah dan ideologi sempit PAS semata-mata untuk kepentingan politik.  

Tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pusat, Syed Hamid Syed Mohammad yang menyelar tindakan JAIP itu telah membuktikan selama ini PAS sememangnya mengambil kesempatan semasa Khutbah Jumaat, tazkirah, kuliah untuk melemparkan tuduhan-tuduhan kepada pihak lawan iaitu kerajaan BN kononnya tidak Islamik, tidak adil , zalim , rasuah dan banyak lagi, sedangkan Khutbah Jumaat merupakan rukun-rukun iaitu merupakan perkara yang patut diutamakan ianya perlu diisi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh menyedarkan ahli jumaat yang hadir, bukannya di isi dengan maki-hamun kepada mereka yang dianggap musuh.

Kemuliaan Islam, agama dan institusi masjid sudah tidak dipedulikan lagi oleh pimpinan PAS sendiri. Penyokong bangang PAS marah dan mengamuk  apabila Tok Guru kesayangan mereka dihalang oleh JAIP daripada menyampaikan khutubah Jumaat di Masjid Rumpun Makmur.  Pimpinan PAS patut sedar masjid merupakan rumah Allah, melalui masjid-masjid dapat menyatupadukan masyarakat bukannya memecah belahkan masyarakat. Pimpinan PAS bercakap untuk menegakkan Islam tetapi pendekatan untuk mencapai matlamat tidak mencerminkan cara Islam tetapi ebenarnya cara kafir.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Syed Hamid Syed Mohammad dalam reaksi awalnya turut menyelar tindakan itu dengan menyifatkan merampas hak Ajk yang dilantik oleh anak-anak kariah.
"Sepatutnya JAIP beri kepercayaan lah kepada AJK masjid-masjid tersebu menguruskan masjid mereka, kalau betulpun hendak ambilalih sementara berbincanglah dahulu dengan Ajk untuk mendengar pandangan mereka, bukan dengan keluar arahan seperti sahaja," ujar beliau.- HARAKAH

Petang semalam EP telah pergi ke Kampung Orang Asli Paya Sendayan, berhampiran dengan Gunung Senyum mengikuti program Dato Seri Shafie Afdal, Menteri Luar Bandar. 


Boleh dikatakan hampir kesemua orang asli yang menetap di kampung tersebut tidak melepaskan peluang untuk  bersama menteri yang menjaga hal ehwal orang asli telah hadir ke program tersebut.


Tok batin Kampung Paya Sendayan memberi ucapan aluan dan menyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampung tersebut. Boleh tahan juga Tok batin Rashid ni berucap mengalahkan orang yang berpidato. 


Kesetiaan orang asli kepada BN tidak dapat dinafikan. Sejak dari kapal layar hingga ke dacing sokongan yang diberikan kepada Kerajaan yang diterajui oleh BN tidak berbelah bagi. 


Tok batin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kerajaan BN diatas usaha yang dilakukan oleh Kerajaan BN selama ini untuk menjaga kebajikan orang asli.


Dato Seri Shafie Afdal mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Kampung Paya Sendayan kerana sokongan yang diberikan kepada Kerajaan BN. Rungutan dan rintihan penduduk kampung tersebut telah mendapat perhatian Menteri Luar Bandar ini.



Sebanyak RM200,000.00 peruntukkan telah diluluskan oleh Dato Seri Shafie Afdal untuk menaik taraf jalan kampung yang rosak dan juga menurap jalan baru di sekitar kampung tersebut. Selain daripada itu pembinaan sebuah gelanggang sepak takraw juga diluluskan untuk kemudahan anak-anak muda dikampung tersebut beriadah.


Dato Seri Shafie Afdal menegaskan Kerajaan BN mengambil berat tentang pendidikan anak-anak orang asli. Pelbagai peluang telah diwujudkan bagi membolehkan anak-anak orang asli berjaya dalam pendidikan. 


Dato Seri Shafie Afdal juga menasihati ibu bapa supaya memberi dorongan dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah supaya anak mereka boleh berjaya. Tahun ini sahaja seramai 7 orang anak orang asli yang cemerlang telah dihantar ke luar negara dibawah tajaan MARA untuk melanjutkan pelajaran.
  

Apa yang difahamkan MB Pahang telah meluluskan pembinaan 10 biji rumah untuk program membasmi rakyat termiskin di kampung tersebut. Jumlahnya telah berganda apabila  Dato Seri Shafie Afdal mengumumkan penambahan sebanyak 10 biji rumah lagi untuk program tersebut. 


Majlis di akhiri dengan penyampaian dividen kepada penduduk kampung tersebut hasil dari penjualan getah dan kelapa sawit

Saturday, February 26, 2011



Nampaknya PKR di Pulau Pinang menerima tanparan yang hebat berikutan 97 anggota Partinya  cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti itu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.

Ini disebabkan pemimpin Islam PKR di Pulau Pinang tidak mempunyai keberanian untuk menentang Guan Eng dalam mempertahankan hak orang Islam di Pulau Pinang. Mereka ini dianggap sebagai boneka Guan Eng. Sejak DAP memerintah Pulau Pinang orang Islam di Pulau Pinang ditindas dan ditekan sesuka hati. 

Pelbagai isu yang timbul berkenaan hak orang Islam di Pulau Pinang tanpa mendapat sebarang pembelaan dari pemimpin PKR dan PAS. Antaranya isu risalah My Balik Pulau, wang judi, gerai dirobohkan, isu tanag dan banyak lagi.

Sehubungan itu Mohamed Ibrahim A. Siahoo, yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan mereka keluar daripada PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji untuk membela nasib rakyat khususnya kaum India Muslim.

"Keputusan kami ini waras dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak, sebaliknya mula sedar tentang parti mana yang boleh membantu kami. Borang telah diserahkan kepada Presiden KIMMA untuk menganggotai Kongres tersebut.
`
Bini Nicky Aziz kot..
ni bini no berapa agaknya??


Sokongan padu MIC kepada calon BN di Kerdau
Parti pujaan PAS
Ribuan penyokong BN...
Semangat Wanita UMNO..tak dapat dinafikan..


Terima kasih pada petugas-petugs FRU..takut sikit
budak-budak PAS nak buat kacau

NANTIKAN LIPUTAN TERKINI DARI KERDAU!!

Pilihanraya Kecil DUN N.28 Kerdau:- Penamaan Calon esok di Dewan Tun Razak, depan Dataran Temerloh, Pahang bermula jam 8.00pagi.Nantikan updatenya esok...

Friday, February 25, 2011

JANGAN BAWA ALAT MUZIK!!!


Pembesar suara serta peralatan muzik seperti gendang, trompet, kompang dan sebagainya haram dibawa sesiapa saja ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, pagi esok.

Amaran keras itu dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengadakan mesyuarat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil parti calon yang bakal bertanding di PRK DUN Kerdau, 6 Mac ini.


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, amaran itu kerana tidak mahu insiden yang berlaku di PRK Tenang dan PRK Bukit Selambau berulang di PRK Kerdau ini. “Di Tenang, ada penyokong parti yang bertanding, membawa alat pembesar suara yang kemudiannya digunakan untuk berceramah ketika proses penamaan calon sedang berlangsung.



“Ini mewujudkan suasana yang tidak elok sekali gus mengundang kepada ketegangan di antara penyokong parti yang bertanding. Begitu juga dengan Bukit Selambau di mana ada penyokong membawa gendang serta alat muzik lain. Kalau ada individu berbuat demikian, polis tidak teragak-agak merampas serta mengambil tindakan.


“Perbuatan itu bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya. Oleh itu, saya mengharapkan parti yang bertanding memastikan tidak ada penyokong mereka yang terbabit dengan masalah itu nanti.



“Kami sudah mengingatkan wakil parti yang bertanding mengenai apa yang boleh dan tidak boleh mereka lakukan sepanjang tempoh sebelum PRK ini. Kita sedar insiden seperti kekecohan membabitkan penyokong parti yang bertanding di luar kawalan tetapi kalau boleh, kita mahu lihat PRK Kerdau kali ini berjalan dengan baik dan tidak ada masalah,” katanya.

ADAKAH INI HASUTAN YANG MELAMPAU????


Tak betul ke apa yang digambarkan oleh  risalah ini? DAP melompat gembira apabila Program 100 Hari Pakatan Haram dilaksanakan..

PAS menyifatkan penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan oleh pihak tertentu merupakan hasutan melampau terdapat PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.- Harakah



Ketua Menteri Pulau Pinang paling celaka sekali lagi telah menyerlahkan kelebihan lidah bercabangnya untuk mengaburi mata rakyat Pulau Pinang dan juga rakyat Malaysia dengan isu pelantikan Setiausaha Politik barunya Zairil Khir Johari.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan setiausaha politik barunya Zairil Khir Johari berkuat kuasa hari ini......Lim sekadar berkata, DAP mahu mendapatkan sokongan daripada semua golongan masyarakat dan bukannya dari kalangan Melayu sahaja. 
Tambahnya, Zairil juga dilantik berdasarkan keupayaannya dan bukan semata-mata kerana pemuda itu seorang Melayu. "Kita bukan lantik dia sebab dia Melayu tapi sebab dia layak.Saya tengok kepada kelayakan beliau dulu, dan secara kebetulan dia seorang Melayu. -MK
Walaupun Guan Eng kata perlantikan si Zairil ini berdasarkan sikap "idealis, reformis" dan  pengalaman beliau yang begitu luas yang dapat memberi sumbangan positif kepada parti dan lebih penting lagi kepada masyarakat tetapi pada hakikatnya pelantikan setiausaha politik barunya ini mempunyai agenda politik tersembunyi DAP.


Pastinya ramai yang akan terkejut dan menyangkakan si Zairil ni adalah anak kandung kepada arwah Tan Sri Khir Johari iaitu bekas Menteri dan juga ahli UMNO. Apa sudah jadi??Mengapa si Zairil ni boleh menyertai DAP?? 


Tetapi itulah sebenarnya muslihat jahat Guan Eng iaitu untuk memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa anak Melayu ini telah menolak perjuangan UMNO dan menyertai DAP. Lagi satu dengan perlantikan ini juga dapat memadamnya imejnya sebagai seorang yang rasis.

Gambar kabur yang sengaja digunakan oleh MK untuk melaporkan pelantikan
Setiausaha Politik Guan Eng yang baru
Rupa-rupanya, indah khabar dari rupa. Si Zairil ni sebenarnya adalah anak tiri kepada arwah Khir Johari ! Zairil bukan berbinkan Khir Johari tetapi berbinkan Abdullah kerana seorang mualaf. Rujuk di bawah :

Nama Khir Johari digunakan untuk memancing orang Melayu menyokong Dap apabila seorang lelaki yang diumumkan sebagai anak Khir Johari menyertai Dap hujung tahun lalu dan baru beberapa hari lepas dilantik sebagai Setiausaha Politik, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Media-media online dan blogger-blogger sebelah sana kecoh sekalian alam apabila dia dilantik sebagai Setiausaha Politk Lim Guan Eng. Katanya Lim Guan Eng telah melantik orang Melayu sebagai Setiausaha Politiknya. 
Bukan main lagi mereka meraikan perlantikan ‘Melayu’ itu. Satu Malaysia kena tipu dengan Dap. Hakikatnya Zairil bukannya anak Khir Johari dan bukannya orang Melayu.  
Zairil adalah anak kepada isteri Khir Johari yang bernama Christine yang dikahwininya pada tahun 1995. Zairil adalah anak Christine dengan bekas suaminya yang berbangsa Cina sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan Khir Johari. Dia sengaja menggunakan nama Khir Johari untuk menumpang popular dan memenuhi hasrat Dap menggunakan taktik itu untuk menarik orang Melayu menyokong mereka. 
Inilah penipuan demi penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu Dap. Kalau belum perintah negara Dap sudah berani tipu terang-terang begini bayangkan kalau Dap dapat kuasa….. minta dijauhkan Tuhan…Malaysia diperintah parti laknat seperti ini.


Ada 20 perkara aneh yang saya temui ketika melakukan pencarian fakta bagi penyediaan karya 2012 : Di Ambang Amargeddon. Boleh jadi ada di antara fakta ini hanya gimik para bloggers atau mereka yang obsess dengan 2012. Namun perhatikan juga di balik fakta-fakta aneh ini terkandung fitnah akhir zaman.
Amaran : Kita sekadar perlu mengetahui tetapi tidak seharusnya mempercayainya
  1. 2012 arahan Roland Emmerich bukanlah satu-satunya filem Bolkbuster yang dibikin untuk ditayangkan, masih terdapat 2 buah filem lagi dengan judul 2012 : The War For  Souls arahan Micheal Bay  (pengarah filem Transfomers) menanti atau ditangguhkan tayangannya – menjadi tanya tanya; lihat trailer-nya. Sementara itu ada sebuah filem 2012 dari pengarah yang sama karya Roland Emmerich Pengarah lebih dahsyat, ngeri dan suspens, dengan penampilan pelakon Will Smith (apakah ini sequel filem The Independence Day). Persoalan bila pula filem ini hendak ditayangkan atau apa kesudahan karya ini? (lihat trailer-nya di sini).
  2. Dalam filem 2012 Makkah tidak dipilih sebagi lokasi yang dimusnahkan. Pengarah Roland Emmerich dikecam kerana tidak berani menggambarkan kehancuran Makkah tempat suci umat Islam. Sementara tempat peribadatan Vatican digambarkan kehancurannya. Dia mendapat kritikan hebat sehingga digelar penakut, lihat pautannya di sini.
  3. Yang benar dan hampir pasti berlaku pada 2012 adalah fenomena galaktik iaitu jajaran sistem solar kita akan selari dengan pusat galaktik cakra suria. Fenomena ini hanya berlaku pada setiap 26,000 tahun.
  4. Kaum Maya telah  mengetahui tentang fenomena ini pada tahun 600 SM lagi. Bermula dari kaum proto Maya – Olmec sehingga pada kaum Aztec. Bayangkan sebelum kebangkitan nabi Isa as, mereka telah memiliki kemahiran ilmu astronomi yang tepat?
  5. Ada sebuah Planet ke-12 yang digelar oleh Zechariah Sitchin dalam bukunya “The Twelfth Planet” atau Nibiru akan mendekati orbit bumi pada 2012. Ia dikatakan akan menghampiri bumi setelah melakukan pusingan orbit bujur, lihat pautan ini.
  6. Gambaran keseluruhan kemusnahan dunia dalam filem “2012” dan filem “Knowing” (lakonan Nicholas Cage) bermula dengan kemusnahan matahari ia bertepatan dengan hadis Nabi SAW tentang tanda besar terjadinya kiamat, iaitu apabila matahari terbit dari barat.
  7. Imam Mahdi dikatakan akan muncul sekitar tahun 2012 – 2015. Banyak pendapat ini terbit dari kaum Syiah yang memang sedang menunggu Imam ke-12 mereka (tidak ada hadis sahih mengenainya).
  8. Agama dan kepercayaan purba seperti Hindu (Kali Yuga kalender), Hopi (Red Indian di Arizona), Dogon (kaum asli Afrika)  dan I Ching ( kalender purba China) turut mengandungi ramalan kemusnahan yang akan terjadi pada 2012. Apakah ia satu kebetulan?
  9. 21 Disember 2012 jatuh pada hari Jumaat. Pengarah filem 2012 Roland Emmerich sengaja memilih 21 Disember 2012 sebagai tarikh kemusnahan bertepatan dengan hadis kiamat.
  10. Tarikh sebenar berakhir era Mayan berdasarkan kitab purba kaum Maya Popol Voh adalah 22 Disember 2012 bukan 21 Disember (fakta rujukan dari Maurice Cotterell, penemuan J Erich Thompson) , kenapa memilih 21 Disember pada hari Jumaat?
  11. Munculnya The Shining One. Satu tanda tanya dari mana terbitnya ramalan kedatangan tokoh penyelamat yang diberi nama the Shinnig ones yang akan muncul bertepatan dengan kehancuran dunia 2012?  Lihat pautan ini.
  12. Berlaku perubahan era transisi spiritual. Inilah thesis Barbara Hand Clow bahawa tahun 2012 akan berlaku transisi spiritual. Lihat pautan ini.
  13. Komuniti New Agers menanti zaman Aquarian Ages. Zaman Baru yang dijangka berlaku selepas 2012 setelah satu kemusnahan besar terjadi. Lihat pautan ini.
  14. Dalam filem 2012 Presiden kulit hitam adalah Presiden Amerika yang terakhir.
  15. 5 filem kemusnahan dunia sebelum 2012; adalah  Terminator (kemusnahan akibat nuclear bom), Earth Stand Still (kemusnahan disebabkan alien), War of the World (kemusnahan disebabkan alien), Knowing (kemusnahan disebabkan matahai) dan Watchers (kemusnahan akibat nuclear bom).
  16. Alien akan turun ke bumi dan berlaku first contact manusia dengan alien. Berdasarkan penafsiran corp cicrles. Lihat pautan ini.
  17. Sebuah negara baru akan muncul pada 2012 negara yang digelar New Jerusalem.
  18. Nostrdamus meramalkan akan berlaku perang dunia ke III. Lihat pautan ini.
  19. Bible code ms 85. Ada mesej tersembunyi dalam bentuk kod berada dalam Bible Hebrew. Meramalkan pembunuha Yitzahak Rabin (nama pembunuh  Amir turut ditemui dalam kod itu), komet akan menghentam bumi. Lihat pautan ini.
  20. Apa yang disebut dalam kitab purba Maya bukanlah kemsunahan dunia atau kiamat pada 2012, tetapi muncul zaman dan era baru pada 2012. Tarikh kiamat yang disebut dalam kitab Popol Vuh mereka adalah pada 4772.

PANAS : SIAPA PULA TAMPAR NIK AZIZ?????


Sekali lagi Tun M telah berjaya menampar wali selipar tepat di mukanya. Tun M berkata, teguran yang dibuat oleh wali selipar ini terhadap beliau merupakan satu tuduhan yang amat serius seolah-olah menidakkan keislamannya. Tun M itu juga berpendapat tindakan Nik Abdul Aziz membandingkan teguran yang dibuatnya dengan teguran malaikat kepada Nabi Muhammad SAW adalah tidak boleh diterima.

Nicky Aziz yang cuba membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur nabi. Nicky Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat. wali selipar ini cuba untuk menidakkan keislaman Tun M dan ianya merupakan satu teguran yang amat serius.

Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nicky Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Wali selipar ini melihat agama Islam hanya berkaitan sembahyang, puasa, nikah kahwin dan tengok anak bulan semata-mata. 

Nicky Aziz pernah mendakwa 'sokong Pas ertinya sokong Islam'. Bukankah kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah. Apakah wali selipar berpendapat hanya setelah mengucap 'sokong Pas' baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nicky Aziz mengkafirkan Tun M.

Tindakan wali selipar ini dan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP sebelum ini juga adalah bukti menunjukkan bahawa parti itu telah dipengaruhi oleh DAP. Lihat sahaja tindakan biadab terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli Pas, berguling-guling atas jalan menghalang kereta raja. Sebelum berbaik dengan DAP, ahli Pas lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP, ahli Pas mengetepikan kemelayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

Apabila Lee Kuan Yew menyarankan supaya orang Islam di Singapura melonggarkan pegangan agama mereka, wali selipar ini tidak menolaknya kerana menganggap cadangan itu tidak seburuk nasionalisme orang Islam dalam UMNO.

Sekarang wali selipar ini mahu Melayu diutamakan kerana mereka masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan beliau mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dia memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

Sumber Rujukan : Che Det, Utusan Malaysia 
Adakah rakyat Malaysia mahu negara jadi begini?
Apa sebenarnya yang ingin sampaikan oleh Kolumnis Malaysiakini ini? Adakah artikel yang bertajuk Dataran Merdeka lepas Dataran Tahrir? yang ditulisnya dan disiarkan di Malaysiakini ingin menghasut rakyat untuk berdemonstrasi menjatuhkan Kerajaan Malaysia sekarang??


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar jangan melakukan demonstrasi seperti di Mesir untuk menumbangkan kerajaan. Katanya lagi, kerajaan tidak akan membiarkan demonstrasi seperti di Mesir berlaku di Malaysia.

Sebenarnya, jika perdana menteri benar-benar tidak mahukan revolusi rakyat ala Mesir berlaku di Malaysia, langkah segera yang perlu beliau lakukan adalah menggunakan segala kuasa yang ada pada perdana menteri Malaysia untuk membuka ruang demokrasi.-MK

Tak cukup demokrasikah Malaysia sekarang ni?? Ruang demokrasi yang bagaimana dikehendaki oleh penulis artikel ini nak?? Kebebasan bersuara?? Berdemonstrasi?? Menghasut?? Menabur fitnah??

Kalau Kerajaan Malaysia ni tak demokrasi sudah tentu artikel yang ditulis ini tidak dapat disiarkan walaupun artikel ini berbau hasutan atau mungkin lebih teruk Malaysiakni ditutup...Tak kan nak mansuhkan undang-undang baru cukup demokrasi??

Jangan cuba samakan apa yang berlaku di Mesir dengan di Malaysia. Situasinya sangat-sangat berbeza. Di Mesir revolusi rakyat berlaku disebabkan pemimpinnya mengaut kekayaan negara  sedangkan rakyatnya dihimpit masalah pengangguran dan kesempitan hidup tetapi sebaliknya di Malaysia. 


Sekiranya revolusi rakyat berlaku di Malaysia adalah disebabkan oleh pemimpin pakatan haram yang tamakkan kuasa cuba menghasut rakyat untuk berdemonstrasi menjatuhkan Kerajaan supaya apa yang di inginkan oleh mereka dapat dicapai walaupun dengan cara yang jahat.


Jangan libatkan mahasiswa dalam kancah politik kotor pihak pakatan haram. Bukannya mengongkong tetapi kerajaan mempunyai tanggungjawab dalam memastikan kejayaan mahasiswa ini dan tanggungjawab utama sebagai mahasiswa ialah menamatkan pengajian bukannya berpolitik. 


Lihat apa yang berlaku di UPM apabila ada pihak luar yang cuba menghasut kumpulan mahasiswa ini. Tindakan kumpulan mahasiswa membuat protes sehinggakan menyebabkan berlakunya kecederaan dan kerosakan harta benda universiti. Perbuatan kumpulan mahasiswa terbabit telah mencemarkan nama baik mereka dan keluarga yang sebelum ini disanjung tinggi kerana tahap intelektualnya.


Sudah-sudah la dengan kerja menghasut ni. Rakyat Malaysia dah cukup selesa tinggal di negara yang ini yang serba serbi cukup jika dibandingkan dengan negara lain. Bukan saja rakyat Malaysia malah rakyat Thailand, Indonesia, India, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Filipina, Nepal dan banyak lagi yang sanggup mengadaikan nyawa mereka untuk datang ke  mencari rezeki kerana kecekapan Kerajaan Malaysia mentadbir negara dan menjana ekonomi negara.


Sejak bila pula PM Malaysia bagi WARNING kepada rakyat Malaysia agar jangan melakukan demonstrasi seperti di Mesir untuk menumbangkan kerajaan???


**Ramai rakyat Mesir yang berada di Malaysia tak sibuk pun nak berdemonstrasi dan tak ambil tahu pun pasal masalah yang melanda negara mereka kerana mereka sudah cukup selesa tinggal di Malaysia.





SAMA ADA diadakan pilihan raya serentak atau berasingan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Pahang dan Merlimau di Melaka, peluang untuk Pas atau mana-mana parti pembangkang untuk menumpaskan UMNO/BN bukan saja mustahil tetapi hakikat dan natijahnya 'teramat' dan 'tersangat' mustahil.

Keyakinan Pas untuk menawan kedua-dua kawasan terbabit ibarat 'katak puru yang yakin kulitnya akan licin apabila bunyi guruh' tetapi keyakinan itu tidak pernah menjadi realiti sejak turun temurun.

Di Kerdau, daripada 8,451 pengundi berdaftar, sebanyak 89.04% adalah Melayu, 5.62% Cina, 3.59% India dan 1.75 % lain-lain bangsa manakala di Merlimau daripada 10,471 pengundi berdaftar, sebanyak 64.69% adalah Melayu, 21.11% Cina, 14.16% India dan 0.04% adalah bangsa-bangsa lain. Maknanya di kedua-kedua kawasan itu, majoritinya adalah penduduk Melayu.

Seandainya Pas meletakkan calon di kedua-dua kawasan dan diatur pula dengan siri kempen oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, penulis yakin jumlah majoriti UMNO/BN akan meningkat dengan banyaknya kerana orang Melayu pasti tidak akan lupa dengan pengakuan Nik Aziz yang tidak bangga menjadi Melayu dan dilahirkan sebagai Melayu.

Orang Melayu juga pasti tidak mahu bersekongkol dengan parti yang dipimpin dan dianggotai oleh orang Melayu beragama Islam yang menganggap sesiapa tidak menyokongnya tidak layak masuk ke syurga. Kenyataan itu jelas ditujukan kepada mereka yang mengundi calon UMNO/BN tetapi pada masa yang sama, boleh pula bekerjasama, malah boleh 'tunduk' kepada parti yang pemimpinnya anti-Islam secara terang.

Harus diketahui oleh para pemain politik dan parti politik, pengundi sekarang bukan cetek ilmu pengetahuan dan maklumat macam dulu, malah di Kerdau mahupun di Merlimau, yang lebih berilmu dan lebih beriman serta bertakwa daripada Nik Aziz ada berlambak-lambak, cuma mereka tidak tonjol diri, apatah lagi menggazetkan diri mereka sebagai 'tok guru', 'ulamak', 'mua'lim', 'maulana' dan sebagainya kerana mereka tidak ada kepentingan politik.

Ertinya, ekoran keceluparan Nik Aziz yang bersifat strategi politik kepartian bagi menarik pengundi bukan Melayu dan pengundi bukan beragama Islam sehingga sanggup menyatakan beliau tidak bangga dilahir dan menjadi Melayu, ia menjadi suatu wabak, virus dan sindrom yang boleh menyebabkan Pas kehilangan sokongan Melayu, malah parti itu bukan sahaja akan tumpas pada pilihan raya-pilihan raya kecil tetapi juga pasti akan tumpas pada pilihan raya umum nanti.

Kalau pihak pembangkang letak calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP, calon-calon dari parti-parti berkenaan juga akan kecundang kerana pendekatan politik mereka tidak ada beza, yakni sama-sama sekularisme.

Ertinya pihak pembangkang sama ada mempertaruhkan calon Pas atau PKR atau DAP, mereka hanya akan membuang masa, wang dan tenaga untuk bertanding di Kerdau dan Merlimau. Lebih baik wang itu digunakan oleh Pas untuk membantu fakir miskin termasuk memberi subsidi harga barangan keperluan harian kepada rakyat di negeri-negeri yang diperintah.- Utusan

Thursday, February 24, 2011

 
PAS meminta Umno supaya tidak berlagak menunjuk hero sebagai pembela Melayu....Umno cuba menunjukkan mereka juara Melayu -Harakah

Hahahaha...sekarang UMNO boleh la pencen jadi juara Melayu  pasal sekarang ni  PAS pula nak ambil alik jadi juara Melayu. Pelik sungguh...rasanya baru semalam cakap pasal Melayu...hari ni dah nak jadi hero.. Dulu UMNO itu dan UMNO ini kalau memperjuangkan pasal Bangsa...sekarang apa sudah jadi??

UMNO dulu guna Melayu saja ...Sekarang PAS upgrade sikit guna Islam dan Melayu....apa di Malaysia ni ada ke orang Melayu yang bukan Islam??

PLURALISME agama adalah satu konsep yang mempunyai pengertian luas dan lazimnya ia dikaitkan dengan penerimaan seseorang terhadap agama-agama yang berbeza. Dalam maksud yang lebih jelas, agama seseorang bukanlah satu-satunya sumber eksklusif bagi mencari kebenaran kerana ia boleh ditemui atau setidak-tidaknya 'ajarannya yang hampir sama' diperoleh daripada agama-agama lain.

Bagi umat Islam, persepsi sedemikian seharusnya ditolak kerana ia amat berbahaya dan seolah-olah menyamakan agama-agama lain dengan kesucian agama Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia sejagat melalui Nabi Muhammad SAW.

Isu pluralisme agama kembali mencetuskan polemik apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa tokoh agama melahirkan kebimbangan mengenai ancaman fahaman tersebut, apalagi konsep itu dikatakan cuba dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara ini. Sebagai pemimpin pembangkang berpengaruh dan pernah pula menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), tindak-tanduk Anwar itu jika dibiarkan boleh menjadi satu persepsi yang berkembang luas dalam masyarakat Islam negara ini.

Apa yang lebih dibimbangi lagi, menyamakan Islam dengan agama lain akan lambat-laun mendorong pihak agama lain untuk menggugat dan mempertikai kedudukan istimewa Islam sebagai agama rasmi negara ini termasuk hak untuk mendapat layanan dan peruntukan di bawah Perlembagaan. Perkara seperti ini tidak mustahil berlaku kerana di sesetengah negara, pluralisme agama telah berkembang termasuk dalam soal perkahwinan sehingga berlaku dalam keluarga Islam, ada ahli keluarganya beragama Hindu, Kristian dan sebagainya.

Walaupun Islam menggalakkan sikap bertoleransi serta menghargai masyarakat beragama lain, namun toleransi itu tidak bererti semua agama di dunia ini perlu dianggap sama. Persepsi sedemikian apalagi jika cuba dibawa oleh mana-mana pihak atas nama perjuangan politik sekalipun perlu dihalang dan diperbetulkan segera. Menjadi tanggungjawab ulama dan guru agama tanpa mengira fahaman politik untuk tampil menjelaskan kepada umat Islam.

Walaupun ada golongan agama tidak sehaluan dengan kerajaan Barisan Nasional sekalipun, mereka tidak boleh 'memilih bulu' dan wajar mencontohi sikap Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang berani menegur pihak terbabit. Sikap liberal sesetengah pemimpin Melayu pembangkang, sebenarnya telah membuka ruang kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mewujudkan portfolio khas untuk menjaga hal-ehwal bukan Islam di Pulau Pinang.

Kita amat bimbang, lebih banyak perkara yang bakal tercetus di negara ini jika orang Melayu dan umat Islam tidak bijak menilai bahaya yang bakal mendatang. Jika mereka tersilap percaturan, bukan soal bangsa saja menjadi pertaruhan tetapi kedudukan dan kesucian Islam itu sendiri. - Utusan

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.