Mengapa Pengundi-pengundi cina sanggup mengundi PAS di Tenang? Adakah mereka benar-benar ikhlas menyokong PAS? atau semua ini hanyalah permainan DAP untuk mengelirukan orang melayu supaya menyokong PAS bersama-sama mereka.
Dengan slogan terbaru PAS 4 All, PAS beranggapan masyarakat cina mulai sedar dan boleh menerima PAS sebagai alternative terbaik memperjuangkan hak mereka dan sekaligus menggantikan UMNO yang dikatakan parti rasis yang hanya mementingkan ketuanan Melayu.
PAS bersungguh-sungguh berkempen di pilihanraya kecil Tenang yang lepas dalam usaha untuk memenangi hati orang cina supaya mengundi calon mereka. Dengan bantuan DAP pelbagai siri ceramah telah disusun dikawasan-kawasan masyarakat cina. Mahfuz dan Nizar adalah diantara pemimpin PAS yang telah dihantar kawasan cina untuk menyampaikan ceramah dan menabur fitnah.
Usaha mereka sedikit sebanyak telah membuahkan hasil....tetapi... Hampir 70% undi orang cina yang keluar mengundi telah mengundi calon PAS. Walaupun pada keseluruhannya PAS telah kalah dalam PRK Tenang tetapi mereka beranggapan masyarakat cina telah mula menerima mereka dan sanggup berjuang bersama mereka.
Nampaknya PAS masih mahu tidur diatas tilam dan bantal yang diberikan oleh DAP untuk terus dibuai mimpi-mimpi indah. Selama mana mereka hendak bergantung harap pada undi orang cina? DAP hanya menggunakan PAS sebagai agen perosak orang melayu. Undi orang cina yang diterima oleh calon PAS itu hanyalah undi propanganda DAP untuk memecahbelahkan orang melayu.
Sedarlah sikit, PAS ni parti orang melayu ke parti oranng cina? Kalau dah makin ramai orang melayu menolak perjuangan PAS termasuk ahli mereka sendiri apa cerita??
**Lama mana PAS nak jadi parti tunggangan dalam pakatan haram.
RSS Feed
Twitter






























