Thursday, December 29, 2011


Pastinya untuk bergerak ke setiap negeri memerlukan perbelanjaan yang besar..Tol, petrol, makan dan minum, penginapan dan macam-macam lagi..Jadi  EP cuma nak persoalkan dari mana SMM dapat peruntukan untuk menggerakkan siri jelajah mereka untuk menuntut hak kebebasan akademik?? Adakah siri jelajah ini ditaja oleh Anwar Ibrahim??


*Kenyataan media oleh Khairul Naim selaku Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).


Rentetan daripada perhimpunan kebebasan akademik serta isu penurunan bendera Najib Razak oleh seorang Mahasiswa UPSI Adam Adli, SMM mengambil pendirian untuk mengadakan satu lagi himpunan bersama rakyat pada 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 bermula jam 9 malam.

Mahasiswa akan berkumpul bersama rakyat di hadapan UPSI bagi mengulangi enam tuntutan Mahasiswa iaitu mansuhkan AUKU, Akta 174 dan Akta 155, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti kampus serta bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik.  Mahasiswa masih menunggu segala tuntuan kebebasan mahasiswa tempoh hari.

Selain itu, himpunan besar-besaran ini juga diadakan bagi menuntut supaya UPSI menggugurkan tuduhan ke atas pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif serta penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli yang mencetuskan kontroversi berikutan kes penurunan bendera Najib Razak baru-baru ini.  Ia berikutan surat yang dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

Ancaman apa yang dimaksudkan itu tidak pasti, yang kami tahu kedua-dua pertuduhan ini adalah tidak berasas, tidak berpelembagaan, tidak sah dan jelas serta tidak masuk akal.  Tindakan Adam Adli ini sebenarnya dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara ini.  UPSI sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam supaya menjalankan hak sivil beliau sebagai warganegara.  Adam telah menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin universiti pada 23 Disember gara-gara tindakannya pada 17 Disember yang lalu.

Mahasiswa sentiasa berdiri bersama-sama Adam Adli kerana kami percaya tindakannya adalah sah dan demokratik malah wajar dipuji kerana mempunyai pendirian supaya masyarakat memahami serta celik tentang isu sebenar yang melanda iaitu kegagalan pihak kerajaan sekarang dalam kebebasan berakademik serta kegagalan memansuhkan AUKU.  Justeru, SMM menggesa supaya UPSI menggugurkan segala pertuduhan ke atas Adam Adli serta menuntut PerdanaMenteri Najib Razak membuat perubahan dalam akademik dengan memansuhkan AUKU serta memenuhi enam tuntutan Mahasiswa bagi memastikan taraf universiti sebagai tanda aras ketamadunan masyarakat terjamin.


13 comments:

Kariah Madrasah Salihiah said...

Adam Adli legasi kepala otak. Kalau nak tuntut pemansuhan AUKU, apa kena mengena turunkan bendera DS Najib.

Bodoh punya siswa Melayu sekoq ni, kalau hang wakil siswa mana perginya siswa dari bangsa lain. Depa pulun belajar hangpa dok berpolitik.

Politik kepala otak hangpa, cukuplah Anwar sekoq yang kaki putaq hangpa pun nak lingkup dengan dia. Kalau dah malaih nak belajaq boleh belah jangan buang masa.

Awat hangpa ingat kalau boleh dok berpidato depan siswa lain kira hebatlah konon, cita2 nak jadi wakil rakyatlah.

Jadilah wakil yang cemerlang Ilmu. Jangan jadi macam Mat Sabu. Merapu yang lebih atau Mahpus fakta pun gelong. Sekarang ni budak 3-4 tahun pun dah pandai surf internet. 10 tahun nanti hangpa dok congak dengan jari lagi kot.

Perasan hebat diri sendiri pun orang dok tanggung.

Anonymous said...

tak sedar dek untung.....

Anonymous said...

bodoh yang teramat sangat, jadi kalau ngko kecoh2 pi jelajah, bila masa nak belajar? tak yah belajar dah? dah hebat sangat? dah bijak sangat? panggil bosoh karang rasa terhina plak, tapi kalau dah perangai camni memang patut dihina pun, tak sedar diuntung!

Anonymous said...

budak-budak lagi. akal tak berapa panjang. main redah je. buat dulu baru fikir. akal budak-budak bukan kita tak tau. kita pun pernah alami zaman tu.

Anonymous said...

SMM ni sebenarnya Samseng upahan yg terlupa bahawa berapa ramai lagi yang sudah pun berjaya di Mlaysia ni yg tidak pernah pertikai pun akta Universiti tu...berapa ramai yg sdh berjaya dan mereka tidak pernah pun merusuh berdemo kesana sini agar akta ini di mansuhkan...tapi mereka tetap berjaya dgn cemerlang...waktu belajar...engkao belajarlah....tak usah dibuat perkara yang tak berfaedah tu....inilah hasilnya kalau sudah dihasut oleh hasutan iblis dan syaitan...lebih-lebih lagi syaitan yang berwajah manusia....bukan mudah untuk menilai yang mana baik dan buruknya....maka akan lahirlah syaitan2 kecil yang hdk menggugat keharmonian negara, gara-gara dendam politik yang tak kesudahan....

Amiraaa-ahh said...

Kalau duit belanja pun mintak dengan mak bapak, dah nak tunjuk besar kepala..

apa Mahathir cakap memang betul..hanya mahasiswa melayu saja yang terhegeh nak berpolitik..

Anak bangsa lain sikit pun buat tak kisah..yang rugi anak melalyu jugak..

Adam bangga Anwar sokong dia..dia tak tau kalau orang tu tak masuk sg buluh, he will be next coffee boy..Timbul pulak SODOMI 3, lepas tu kata orang fitnah la..KONSPIRASI la..

ADA KAH DIA ORANG FIKIR INI SEMUA...?

Anonymous said...

mau aku luku kepala depa pada hari tu nanti. Kepala otak selut depa le...betul tu mana dia siswa/siswi bangsa lain? mewakili siswa/i lain konon, depa tu dok tekun belajaq hangpa dok merempat kat jalan.Minta UPSI kemukakan keputusan pembelajaran budak sekor ni...setakat cukup makan celah taik hidung toksah dok bangga le...anak buah aku yg dok pulun belajaq terikat dgn AUKU pun tak rasa ukta tu menghalang dia pun...sekurang-kurangnya dia dpt 3.96(CGPA)dlm akaun lak tu.Previous study dia masa ambik Dip pun 4 flats.Depa panggil dia nerd sbb tak byk cakap tp aku bangga sbb dia tekun sbb tau anak melayu peluang kena bersaing jugak satu hari nanti.
Nasihat aku pada yg terkeliru dan terikut-ikut rentak kebodohan Adam tu kembali ke pangkal jalan. Dah abih belajaq nanti hang pi le berpolitik sampai muntah darah

Anonymous said...

woi bangang! kepala mak bapak korang le pasal hak dan kebebasan bersuara. kalau nak bersuara, apasal buat kat rumah orang? apasal tak bersuara dan buat perangai monyet kat rumah mak bapak ko sendiri?
kalau logik pun korang tak boleh fikir, memang tak layaklah korang cakap pasal kebebasan.
nak tanya ni, korang tau ke apa tu kebebasan akademik? ke menyondol je mcm babi tak tahu apa2?

lagi nak tanya ni..apsal korang tak perjuang kecemerlangan akademik? yang sibuk nak bebas apehal?

Anonymous said...

LAAA..
AKU PUN BEKAS MAHASISWA LAAAA..
TAKDE PULAK AKU RASA DISEKAT OLEH AUKU. DAPAT BELAJAR DENGAN AMAN. SKRG DAH SENANG. ALHAMDULILLAH..
SAJA JE BUDAK2 TAKDE OTAK SEMUA TU BUAT GEMPAK.
AKU PASTI MEREKA DAH DAPAT UPAH CUKUP LUMAYAN BUAT KERJA TU.
PERCAYALAH. SEMUA NI HANYA POLITICALLY MOTIVATED. ADA TANGAN GHAIB DI BELAKANG MEREKA TU..

Anonymous said...

boleh je nak bagi tuntutan SMM! dengan syarat, tak der biasiswa, tiada pinjaman pendidikan tiada kuota kemasukan, tiada subsidi pendidikan..

ada berani?

Anonymous said...

ijazah pun x dak kat tangan dah megah sana sini....setakat lulus cukup makan baik x payah...balik baca buku la ngok...bulan peperiksaan nie...belajarpun kerajaan tanggung...nak bayar belum tentu lagi tu...

Anonymous said...

bangang......

Anonymous said...

saya seorang pegawai tentera dan pernah berkhimat di atas tiket PBB ke BOSNIA. sepanjang saya berkhimat di bosnia timbul rasa keinsafan dimana kedaifan, kesusahan, kepayahan, keperitan yang ditanggung oleh rakyat bosnia.... saya rasa kesal dengan tindakan segelintir student2 dimalaysia..adakah anda kurang makan, pakai, tiada bantuan dari kerajaan pikir pikir kan lah

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.