PANAS : RM300 JUTA DANA KHAS PILIHANRAYA DARI PEJABAT MB SELANGOR


Jangan risau, bukan sahaja ADUN BN yang heboh bertanya mengenai kewujudan Dana Khas RM300 juta di Pejabat Menteri Besar Selangor. Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR juga sedang senyum sampai ke telinga menantikan dana tersebut diturunkan bagi kerja-kerja pilihanraya PKR di Selangor. Anwar dengan sendirinya sudah meletakkan PKR di level yang tinggi sedikit. 

Selepas daripada ini, kesemua pemimpin DAP dan PAS perlu melutut sedikit kepada Anwar untuk mendapat dana pilihanraya. Hebat. 

Dana khas yang diwujudkan atas nama ‘budget code’ MBI ini dikatakan akan diurus oleh beberapa orang tenaga kanan Pejabat MB dan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Anwar mahu diwujudkan penggunaan yang transparent dengan dana ini. Transparent – tetapi masih bertujuan untuk menggerakkan jentera parti. 

Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR di Selangor berasa sangat lega kerana Azmin Ali dikatakan akan menjadi antara tenaga yang diperlukan bagi meluluskan penggunaan dana khas pilihanraya Pakatan Rakyat ini. 

Nama-nama lain: Rafizi Ramli, Faekah Husin dan seorang akauntan Negeri yang sudah dineutralkan menjadi pencinta Pakatan Rakyat tahap maksimum. 

RM300 juta ini bukan kecil anak. Malahan, dengan sikap Pengarah JPP Selangor yang sangat ‘tidak mesra’ kepada UMNO/BN; dana ini akan memainkan banyak peranan. 

Fokus yang diberikan tumpuan adalah prasarana yang diperlukan masyarakat sekeliling. Yang kecil-kecil sahaja. Bawah RM20k insya’Allah boleh dipohon dan diluluskan dengan kadar segera. Perhatian khas dan istimewa diberikan kepada kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Lain-lain tempat akan diberi menurut pertimbangan YB Azmin Ali yang bakal dilantik sebagai ‘core-coordinator’ kepada bajet ini. 

Lupa dimaklumkan, dana sama turut boleh dikongsi jentera PR yang bermasalah di negeri lain. Boleh. Tapi tidak dalam jumlah yang banyak. Fokus dan keistimewaan diberikan kepada jentera PKR.

Bayangkan sahaja gerakerja pilihanraya PR yang boleh digerakkan dengan dana RM300 juta ini. Sure mantap. 

Khabarnya, beberapa orang wakil PAS Terengganu juga sudah membuat lawatan rasmi kepada YB Azmin untuk mendapatkan bantuan khas. Walaupun dana diletakkan di MBI, namun Azmin diberikan tugas besar dalam mengurus dana ini. 

Yang penting, RM300 juta ini sudah menaikkan SAHAM POLITIK PKR di kalangan teman-teman Pakatan Rakyat. 

Anwar sudah ada modal politik baru. Tak lah banyak sangat. RM300 juta. Tapi boleh beri kesan jangka panjang.GA
PANAS : RM300 JUTA DANA KHAS PILIHANRAYA DARI PEJABAT MB SELANGOR PANAS : RM300 JUTA DANA KHAS PILIHANRAYA DARI PEJABAT MB SELANGOR Reviewed by Empayar Pemuda on 10:39 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Bagaimana kalau kerajaan yg buat dana khas rm300juta utk digunakn jentera BN dlm pru?
    tentu bising dan melalak tak habis2 puak2 pakatan kata kjaan guna duit rakyat utk parti dan kroni.
    tpi bila mereka yg gunakn duit rakyat utk kpntingan parti, mrk kata itu utk rakyat juga.
    sial punya pakatan.
    cukup2la yg lepas guna duit rakyat utk bayar tempat tidur dan makann mewah pwakilan pkr dlm phimpunan lepas. cukuplah2 menipu dan mghabiskn duit rakyat utk kpntign parti tu....
    sdgkn ramai rakyat masih terus hidup sengsara. janji pru12 pun masih byk tak tertunai...

    ReplyDelete
  2. bila ader dana...senyum lebarlah dari orang atas hingga ker akar mengharap sangat habuan!!

    walaupun calon atau yg pegang peruntukkan di kawasan tak menang dan PR kecundang di selangor..sekurang-kurangnya rm2 juta dalam tangan dibawa pulang...berbaloi

    pssst...standby peti besi di rumah! jangan kantoi...'bank in' bahaya woooo...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.