Saturday, November 19, 2011




MiM sudah mengagak bahawa kita perlu berhati-hati apabila membaca sebarang kenyataan yang keluar daripada jambu Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli merangkap Pengarah Strategi PKR.

Dia mempunyai sejarah membohongi rakyat Malaysia dan pembohongan itu amat besar serta menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai Pengarah Strategi PKR. Maruah beliau sudah tercalar teruk sama seperti Anwar Ibrahim.

Dan kehadiran MiM di ladang NFC, Gemas, Negeri Sembilan kelmarin menjawab banyak pembohongan tersebut.

Rafizi berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menetapkan sasaran supaya Pusat Feedlot Kebangsaan menyediakan sebanyak 276,000 ekor lembu feedlot setahun.

"Mengikut RMK9, projek itu perlu ternak sekurang-kurang 60,000 ekor lembu, bina satu ladang komersil bebas dengan 20,000 ekor lembu setiap tahun, dan juga bina 310 ladang satelit dengan 600 ekor setahun (setiap ladang)," katanya lagi.

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa Rafizi Ramli berjaya memperbodoh-bodohkan diri dia. Ironinya, 'kejayaan' dia itu bersangkutan dengan lembu yang memang pun bodoh.

1. NFC ditubuhkan pada tahun 2008 iaitu 3 tahun lepas.

2. Secara logiknya, adalah amat mustahil jika satu projek berskala besar sudah mampu mengeluarkan 60,000 ekor lembu dalam tahun pertama dan pada awal projek tersebut.

3. Banyak lagi perincian yang mesti dilakukan seperti menyediakan infrastruktur asas seperti kandang, pusat penyembelihan dan pelbagai lagi.

Proses pembinaan.

4. Rafizi juga terlupa bahawa 60,000 ekor lembu bukannya turut dari langit! Tetapi pegawai-pegawai NFC perlu mengadakan banyak perundingan daripada supplier-suplier besar seperti di Australia.

5. MiM juga diterangkan bahawa NFC juga terpaksa meneroka pasaran daging tempatan melalui promosi-promosi yang jelas telah mencapai kejayaan yang membanggakan. Daging NFC telah dijual di 'hypermarket' dan kedai 'MeatWorks'.



6. Kalau tanya MiM, Pengarah Strategi PKR yang pernah menyatakan bertanding Ketua AMK itu pasti seperti cacing kepanasan sekarang ini! Habislah!

1 comments:

Anonymous said...

dia nak banding ternak lembu dengan ternak babi kot yelah babi sekali beranak mau 8 - 10 ekor, tu yang cepat boleh dapat 60,000.

kena buat kajian macam mana nak lembu beranak kembar baru cepat dapat banyak.

ha ha ha

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.