Saturday, September 10, 2011

Sambutan bulan kemerdekaan tahun ini diadakan serentak dengan Aidilfitri. Namun, isu kemerdekaan di Malaysia tiba-tiba menjadi menarik apabila Mat Syabu dalam ceramahnya cuba berlagak seperti pakar sejarah mempertahankan komunis dan membela Mat Indera untuk kepentingan politiknya. Banyak pihak membincang isu yang mengundang kontroversi dan tidak disokong dengan fakta jelas dan kajian terperinci .
Mat Syabu perlu sedar mengenai peranan masing-masing serta kepekaan terhadap isu tidak jelas berdasarkan tafsiran peribadi sempit. Pemikiran kritikal dan kritis boleh didebatkan di arena akademik disertakan dengan bukti jelas dan bukan sekadar dijaja di pentas jalanan dengan audiens yang tidak mempunyai asas dalam pengetahuan sejarah semata-mata mahu meraih populariti. 

Isu peranan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam perjuangan kemerdekaan tanah air tidak dapat dinafikan dan sering menjadi perdebatan. Namun, apa yang pasti PKM tidak boleh diangkat sebagai pejuang tanah air kerana mereka mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah negara komunis dan berpaksikan komunis di China. 

Seperti yang kita tahu majoriti anggota PKM ialah orang Cina dan peranan mereka ialah melawan pihak Jepun yang jika dilihat sememangnya menjadikan orang Cina sebagai mangsa kerana dendam dan pembabitan ketika Perang Cina-Jepun. Peranan mereka boleh dilihat sebagai melawan demi membela diri sendiri.
Tidak dapat dinafikan selepas pengunduran pihak Jepun, PKM bermaharaja lela di bumi kita dengan niat mewujudkan sebuah negara komunis. Peranan orang Melayu dalam regimen Melayu PKM pula mempunyai hala tuju agak berbeza, namun kerana mereka memilih PKM sebagai alat mencapai matlamat mereka, secara tidak langsung mereka turut dikaitkan dengan kekejaman dan fahaman komunis.
Tindakan Mat Syabu dan pemimpin PAS cuba mengangkat martabat komunis sekali gus merendahkan peranan pasukan keselamatan yang masih di bawah pengaruh British hanyalah pandangan sempit. Sejarawan dan setiap individu boleh membuat tafsiran semula sejarah namun fakta sejarah tidak dapat diubah.

Sudah-sudahlah dalam mempertikaikan sejarah yang sudah tertulis dan berhentilah menyalahkan pihak lain demi mencapai agenda politik yang sempit, sebaliknya belajar menyelidik sejarah dengan lebih teliti beserta buktinya sekali. bukan main hemtam je.....

2 comments:

Anonymous said...

Jangan nak perbodohkan lagi intektualiti rakyat.... kekejaman & keganasan polis terhadap rakyat kerana menjaga kuasa dan kedaulatan "tuan2 besar politik penjajah atau kerajaan penindas",,, .

Polis "setia" kepada yang "suap fulus" kepada mereka - kecuali polis2 yang amanah & adil. Bekas2 polis/ askar yang sedang terima 'habuan" umno/bn sememangnya bersekongkol dalam pemalsuan dan penipuan fakta sejarah/ kebenaran oleh UMNO/BN. Sesetengah polis/ SB bertindak kejam seperti gestapo dan mafia dalam konspirasi politik pihak penguasa zalim & diktator!

Reputasi & imej polis perlu diperbetulkan. Perkhidmatan polis perlu dimasukkan dalam Agenda perubahan dan pembaharuan negara selepas PRU13 nanti!

Anonymous said...

Mat Syabu memang semua buta. Mata, hati, perut, sampai kote pun buta, nak balun tak kita bini orang ka apa pa. Nama barunya Mat Sabuta.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.