Saturday, August 27, 2011


Memalukan: Puak-Puak "Blogger UMNO" Tersalah Fakta Gara-Gara Mahu Mempertahankan Sijil ISO Serta "Kredibiliti" Jabatan Kimia Malaysia (JKM) 
Baru semalam saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan pendedahannya bahawa Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD). -DIPETIK DARI BLOGGER PRO PAKATAN

Ikuti penjelasan yang dibuat oleh blogger M.I.M....

Apabila MiM melayari beberapa blog pro-pembangkang, ada di antara mereka yang telah memperlekeh-lekehkan bukti 'certificate of Accreditation' yang diterima oleh Jabatan Kimia Malaysia.

Mereka berkata blogger UMNO kantoi dan berbohong.

Pada mulanya MiM tidak mahu memberi jawapan balas kerana tahu blogger-blogger tersebut tiada ilmu di dalam perubatan. Mereka hanya tangkap muat apa sahaja yang ditulis oleh wartawan pro-pembangkang yang mungkin tidak berapa faham dengan apa yang mereka tulis.

Maksud MiM, the blind leads the blind!

MiM faham hujah Dr Brian McDonald yang membangkitkan isu sijil ISO17025 American Society Of Crime Laboratories Directors (ASCLD) - ASCLD/LAB - INTERNATIONAL Accreditation.

Tetapi satu perkara penting yang kita perlu tahu ialah Jabatan Kimia Malaysia termasuk di dalam program legasi ASCLD/LAB (LEGACY Program).

Sijil Akreditasi LEGACY terbaru adalah seperti di bawah :-
Manakala, surat pemanjangan tempoh akreditasi legasi ASCLD/LAB adalah seperti di bawah :-
Mungkin blogger pro-pembangkang tidak faham content surat di atas.

Ianya satu tempoh pemanjangan akreditasi legasi kerana Jabatan Kimia Malaysia (JKM) berada di dalam transisi bertukar program dari pada LEGACY program ke INTERNATIONAL program.


Maksudnya, sijil yang akan JKM terima selepas ini ialah sijil ISO17025 American Society Of Crime Laboratories Directors (ASCLD) - ASCLD/LAB - International Accreditation.

TETAPI tanpa sijil itu bukan bermaksud JKM tidak ada kredibiliti di dalam tugasan dan penilaian mereka sebelum ini.

Dan jika rujuk web ASCLD/LAB klik sini , sejak tahun 2004, ASCLD/LAB telah membentuk sistem pengiktirafan akreditasi 'dual-track' yang membolehkan makmal MEMILIH di antara :-

1. Program yang panjang, didesign dan dikenali sebagai ASCLD/LAB Legacy Program.

2. Program baru yang dikenali sebagai ASCLD/LAB-International Accreditation Program iaitu standrd ISO17025 ditambah dengan keperluan spesifik forensik daripada ASCLD/LAB LEGACY Program. 

Daripada 2 pilihan di atas, Jabatan Kimia Malaysia memilih nombor 1. 

Dan seperti Anwar Ibrahim yang memilih option nombor 2 iaitu berhujah tanpa dicross-examine oleh pendakwaraya, Jabatan Kimia Malaysia tidak bersalah untuk memilih program LEGACY.


Makanya, apabila terdapat blogger pro-pembangkang yang dengan bangga kononnya berjaya kantoikan blogger UMNO dengan sijil di bawah, MiM amat pasti blogger tersebut tidak tahu langsung tentang perincian isu akreditasi!

Di bawah ialah sijil akreditasi ASCLD/LAB - International, salah satu dua pilihan yang diberikan kepada sesebuah makmal. 

Dan sudah tentu Jabatan Kimia tidak mempunyai sijil di bawah kerana jabatan itu pilih program yang lain iaitu LEGACY program!

TETAPI tanpa sijil di bawah, kredibiliti JKM di dalam tugasan dan penilaian mereka tetap terjamin di bawah ASCLD/LAB.


MiM sarankan kepada blogger pro-pembangkang itu supaya rajin bertanya sebelum menulis artikel. Dalam hal ini, bukan blogger UMNO yang kantoi tetapi si empunya blogger pro-pembangkang itu sendiri!

MALU!



Seperkara lagi :-


Kimia Malaysia is proud to be the tenth laboratory outside the United States to be granted the highly acclaimed accreditation certificate, as this proves that the forensic services offered by Department are on par with international standards and requirements set by the ASCLD/LAB. klik sini 

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.