Terbukti orang Melayu/Islam di Malaysia ni masih baik hati dan masih boleh bertolak ansur dalam menangani isu walaupun agama dijadikan taruhan. Mungkin EP silap tetapi apa yang EP lihat dalam isu JAIS vs Gereja ni kebanyakan pemimpin Melayu dan ahli agama di Malaysia masih mencari salah sendiri walaupun di pihak sebelah sana terus menunding jari menyalahkan JAIS atas serbuan itu.
Tidak dinafikan, terdapat kelemahan di pihak kita sendiri tetapi tidakkah mereka sedar negara Malaysia mempunyai perlembagaan dan undang-undang yang wajib kita patuhi terutamanya dalam hal-hal berkaitan agama kerana Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum.
Walaupun mereka tahu apa yang mereka buat itu salah tetapi demi untuk mengembangkan agama, mereka sanggup untuk melanggar perlembagaan dan undang-undang yang telah termaktub. Bantuan yang diberikan dijadikan alasan untuk mengambil kesempatan diatas kelemahan yang dihadapi. Biasalah dalam hidup orang Melayu ni ada istilah "terhutang budi".
Ternyata bantuan yang diberikan mempunyai niat yang lain. Sekiranya mereka ikhlas hendak menolong seperti yang kerajaan lakukan, perkara ini boleh dilakukan tanpa menyuruh orang menukar agama atau memurtadkan orang yang menerima bantuan. Walaupun dengan hati yang rela tanpa sebarang paksaan tetapi kaedah yang digunakan tetap salah...
Sampai bila kita harus menyalahkan diri kita sendiri dalam mempertahankan Islam di Malaysia...??
Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.
Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.
Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;
1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?
2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.
Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.
Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?
3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!
4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.
Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.
Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.
Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.
6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.
Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?
Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?
Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita! MK
RSS Feed
Twitter



8 comments:
setuju!!
INI KOMEN DARI PENYOKONG TEGAR MALAYSIA KINI
Rkyat yang beragama kristian ingin membantu kaum melayu yang miskin , hidup papa keranda , bila mereka hulurkan kebajikan untuk melayu miskin , pelbagai fitnah dilontarkan tanpa bukti kukuh. sehingga anak syaitan umno kata mereka ingin murtadkan orang islam..oooi! Tuhan umno mengaja umatnya penganut mazhab umno supaya membezakan manusia ikut warna kulit dan ikutparti politik.
- Perjuang Islam mazhab umno , Perjuang ketuanan melayu, bila puak agama kristian berupaya menolong umat islam yang tidak berkeupayaan, maka kau lontarkan maki hamun, hingga memburukkan nama baik agama mereka. adakah kau mengikut ajaran islam?
- Wang masuk poket tuhan umno lagi, kroni umno makan gaji tinggi, hidup mewah....kau tanya seribu kalipun jawapannya tetap sama.
salam semua..
buat Anon 9.52..saya tak tahulah samada kamu ni bangsa melayu yg terkenal dgn cara bercakap yg sopan..atau bangsa yg di laknat oleh Allah.cara kamu menulis dalam komentar ni menunjukkan cara pemikiran kamu yg begitu teruk serta kemungkinan besar dari kecil memang kamu jenis suka melawan cakap kedua orang tua kamu...dengan komentar yg tiada asas..serta suka menuduh tanpa asas..lagi pun sekarang ni bulan puasa Anon 9:52..saya rasa sia sia sahaja puasa kamu hari ni.....wassalam...
setuju dengan komen Dr. Asri.
Kenapa pusat zakat negeri tak tubuh skuad macam BersamaMu TV3? Cari orang2 yang daif dan susah. Kalau boleh, habiskan la duit zakat tu, jangan disimpan. Taja la student belajar, especially muslim student.
bagi juga bantuan kat orang2 yang meminati islam (yang belum jadi islam tapi minat islam) sebab kumpulan ni adalah salah satu dari 8 asnab. Ni tidak, orang yang masuk islam pun nak keluar dari islam balik sebab dibuang keluarga dan pas tu pulak, takde bantuan dari institusi islam..
Aku tuju ni bukan untuk JAIS, tapi, untuk semua, orang islam, termasuk diri aku sendiri..
tidak semperna lah iman nya sesaorang itu jika dia buruk sangka dan menuduh mengaibkan, serta memfitnahkan pada orang lain.sepatutnya kita berdoa semuga beliau akan berubah.sebagai org melayu yg beragama islam mesti ada adat dan sopan santun yg mulia sapert nabi muhammad SAW.bak kata pepatah menganga dulu sabelum bercakap.saya berdoa kepada allah samuga buka kan lah pintu hati yg mulia dan tetapkan iman kpd PENYOKONG TEGAR MALAYSIA KINI
Yang menerima bantuan dari Gereja tu adakah mereka yg terdiri dari golongan asnaf yg dibenarkan menerima bantuan wang zakat atau mereka2 itu simata duitan yg mencari alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.
Dey apa korang cerita ni haa? soalnya sekarang nak bagi derma ke, zakat ke, makan ke, sembahyang ke, takkan semua buat kat church? pegila rumah dia takpon buat kat balairaya ke, mapler ke tak kiralah asal bukan tempat jin bertendang, ni mesti fikir church tu cantek semua ok laa, bro tempat tu sama taraf je dgn kuil2 bermomok lain.. buke pose pekejadahnye?
Korang yg komen pasal pusat zakat, sesekali pi lah jengok diorang, tanya macamana penat jerih diorang nak bagi bantuan.
Aku harap Asri dapat pergi pusat zakat, dapat first hand info dari pusat zakat. Bantu lah diorang jangan nak bagi komen yg membunuh ajer !
Tak payah nak perli-perli geng2 di pusat zakat, tak payah nak pertikai kereta yg diaorang bawa sesekali turun padang dengan diorang nie, pastu barulah layak Asri nak memberikan komen.
Post a Comment