Sebagai rakan lama di dalam perjuangan reformasi, eloklah agaknya kita mendoakan agar Anwar mendapat peluang terbaik untuk menyatakan KEBENARAN di dalam kes sodomi yang akan berlangsung semula sepanjang bulan ramadhan ini.
Mungkin inilah hikmah ramadhan yang terbesar buat Anwar agar dia dan keluarga dapat mengemukakan bukti yang sahih dan terang benderang bahawa tidak ada apa yang berlaku antara Pak Sheikh dan Saiful pada petang itu. Kalau itulah yang mampu Anwar lakukan, sebagai rakyat kita kena terima dengan hati terbuka.
Samalah juga dengan Anwar; kalau kesnya kekal dan diakui oleh mahkamah – maka REDHA adalah jawapan yang terbaik.
Anwar harus menyalahkan diri sendiri untuk membenarkan seorang PENGGODA seperti Saiful berada di dalam pejabat dan sekitarannya. Sebagai drop-out daripada Universiti; Saiful masih mempunyai cita-cita tinggi. Berada di sekeliling Anwar adalah satu perkara yang paling dia perlukan pada ketika itu.
Bukan soal gaji. Bukan soal elaun. Semuanya memang kecil. Tetapi bayaran dan skim bantuan lainlah yang mampu menyebabkan Saiful hidup senang. Apakah dengan elaun RM1,000 yang diberikan oleh Pejabat PKR cukup buat Saiful menjalani hidupnya?
Expenses Saiful sebulan sahaja menjangkaui angka yang jauh lebih besar. Anwar sedar dan tahu bahawa kelemahan Saiful adalah wang ringgit. Justeru, jika ada ruang yang baik untuk Anwar memberikan ‘keselesaan’ kepada Saiful – ianya tidak salah.
Hari demi hari sepanjang ramadhan ini, rumah Anwar di Segambut selalu dan penuh dihadiri para kiyai, ustaz, pengamal rawatan batiniah, anak-anak sekolah pondok bagi mendoakan agar Anwar akan diberikan hidayah untuk berdepan dengan kesnya.
Kita pun mengharapkan benda yang sama. Sebagai seorang yang pernah bersama Anwar di dalam reformasi – kita sama-sama doakan agar inilah yang bakal berlaku.
Anwar memang berusaha keras untuk menjejak En Hanafiah; malaham 2 ORANG PEMBANTU RUMAH INDONESIA di apartment/kondo berkenaan juga sedang dicari oleh Anwar.
Karpal cukup marah apabila nama DUA ORANG MAID ini tidak disebut langsung. Karpal mahu kedua-duanya juga tampil di mahkamah. Ini dinyatakan secara jelas dalam pembentangan kes baru-baru ini:-
We can’t object to the [] of the evidence relating to the Prime Minister, it could be beyond that. My learned friend can’t impose us as to the evidence which we want to elicit from the witnesses. And again we have again indicated in the second application that we need the two maids of En. Hasanuddin, the two Indonesian maids. They have not been indicated anywhere here my Lord that they don’t wish to be interviewed. Why are they not being made available? They are material witnesses.
Kita harap melalui program 6P yang sedang dilakukan; dua orang MAID ini dapat dikesan dan dibawa ke mahkamah. Barulah Anwar puas hati. Walaupun maid itu BUKAN orang yang membelikan karipap panas pada petang itu; adalah menjadi HAK Anwar agar MAID tersebut dapat dicari segera.
Sama-samalah kita doakan agar KEBENARAN akan terbukti – dan apa yang menjadi kemelut akan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Pada sesiapa yang tahu…bantulah PDRM mencari dua orang maid ini. Jangan risau, tidak mengganggu kes pun. GELAGAT ANWAR
RSS Feed
Twitter




0 comments:
Post a Comment