Wednesday, August 3, 2011


Iklan berbentuk mesej sempena menyambut Ramadhan diterbitkan oleh 8TV yang mencetuskan kontroversi. Ini merupakan iklan berbentuk pengajaran...

EP tak nampak dimana salahnya iklan ini tetapi ianya telah digunakan oleh puak-puak pembangkang untuk dijadikan isu politik...any comment...
 


Pakatan Rakyat mahu tindakan dikenakan ke atas saluran milik Media Prima, 8TV kerana menyiarkan iklan Ramadan yang menunjukkan sikap orang Cina semasa bulan Ramadan.

Gesaan itu dibuat selepas saluran itu menarik balik iklan tersebut berikutan kritikan ke atas klip yang menggambarkan seorang gadis “Cina” makan di depan khalayak ramai sambil mengenakan pakaian ketat semasa berkunjung ke bazar Ramadan.

“Seseorang harus mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan kerana menghina Islam dan menggambarkan agama lain tidak menghormati agama lain,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad

Ahli Parlimen Kuala Selangor ini berkata adegan-adegan dalam iklan itu “terlalu dramatik” di bulan Ramadan seperti orang Islam “tidak mengambil peduli orang lain makan, minum atau merokok di kawasan awam.”

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga mengkritik kumpulan media yang dikawal Umno sambil menyifatkannya sebagai “iklan tidak mementingkan sensitiviti dan amat kesat,” dengan “jika iklan itu tiada kaitan dengan kerajaan, tindakan serta-merta akan diambil oleh pihak berkuasa.”

“Media Prima perlu bertanggungjawab dan tindaka perlu diambil oleh kerajaan,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini. MI
 **Lepas ni suruh je puak-puak pembangkang yang belakon dalam semua iklan... confirm tak rasis punya...

7 comments:

Anonymous said...

Iklan ini tidak ada salah pun

cuma salah susun adegan

Sepatutnya tunjuk adegan sopan santun dahulu baharu tunjuk adegan yang kurang sopan

Bukankah pembangkang dah jadikan rakyat Malaysia kurang sopan?

Anonymous said...

tgk gambar tu saja dah nampak terang2 salah dan biadap!!!!!mangkuk ayun betuiii hangpa suma ni asyik nnak berpolitik ja..ka bukan melayu..ka bdk melayu tapi ubun2 lembek lg..bodo lagi..

Anonymous said...

Ahli Parlimen Kuala Selangor tak pergi bazar ramadan ke?gi la tgk sendri..hari-hari ada cerita (live) macam iklan tu..turun padang dan lihat sendiri baru bagi pendapat.

Anonymous said...

yang perempuan melayu (islam?) 8TV tak tutup aurat di bulan ramadan tu dikira lagi biadap. Kenapa dok nampak benda-benda kecil lain?? bengap sungguh orang melayu zaman nih.

Anonymous said...

bende mcm ni nk amik kesah tp bila hassan ali pertahan jais korang kutuk dia...bodoh punye pas

Anonymous said...

kenapa mesti guna gadis cina? nak turunkan imej kaum cina ke? guna la gadis melayu untuk iklan macam ni!

Anonymous said...

KATA ISLAM/MELAYU ADA ADAP/TATASUSILA, BUDI BAHASA , LEMAH LEMBUT..IKLANKAN/TUNJUKAN CIRI SOPAN TU.. BARULAH PENGAJARAN NAMANYE..KAN GITU.. JANGAN TUNJUKAN IKLAN YANG KURANG SOPAN TU.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.