Thursday, August 11, 2011


Apa yang nak dinafikan lagi...dah terbukti kes memurtadkan orang Islam sememangnya berlaku. Perkara ini pun dah disahkan oleh pemimpin gereja perdana. Perkara ini bukan baru digerakkan tetapi telah lama berlaku dan berselindung disebalik NGO.

Bukan setakat orang Islam saja yang dipujuk rayu dan mendesak untuk menukar agama, tetapi masyarakat Hindu, Buddha dan Sikh juga menjadi mangsa gerakan ini. Patutlah mesyuarat yang diadakan oleh DAP dan agama-agama lain tempoh hari tidak berjaya mendapat kata sepakat sebab agama mereka pun jadi mangsa.

Dengar-dengar cerita Gereja Methodist Damansara Utama di Seksyen 13, Petaling Jaya yang menganjurkan majlis jamuan makan malam kontroversi itu akan disita oleh MBPJ pada hari ini kerana tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai gereja dan EP yakin ada banyak lagi tempat tempat haram seperti ini diseluruh Malaysia yang berselindung disebalik nama NGO dan menjalankan operasi yang sama seperti ini. Harap-harap pihak penguasa dapat memantau perkara ini dengan lebih serius...

Gereja arus perdana menjauhkan diri dari gereja-gereja evangelis bebas yang didakwa cuba ‘memurtadkan’ Muslim negara ini, kata seorang pemimpin gereja Protestan.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa gereja-gereja arus perdana kecewa dengan beberapa kumpulan Kristian bebas kerana tidak sensitif dengan komuniti-komuniti agama lain apabila berkongsi kepercayaan mereka.

“Kami ada kes di mana orang Hindu mengadu mengenai Kristian terlalu bersifat mendesak,” kata pemimpin itu sambil menambah, masyarakat Islam, Buddha dan Sikh juga membuat aduan yang sedemikian.

Pemimpin gereja kanan itu juga berkata, gereja-gereja arus perdana juga prihatin dengan dakwaan bagaimana sesetengah gereja evangelis bebas boleh memurtadkan Muslim. “Jika seseorang bertanyakan kitab injil, mereka akan berikannya,” kata beliau. MI

5 comments:

Anonymous said...

Rasanya pas mnunggu isyarat lampu hijau daripada dap baru nak bertindak untuk membela orang islam di malaysia

Anonymous said...

isu dah lama sebenarnya, 1990an lagi..ramai org tak tau..
ok juga meletop masa ni...kita pun dah sedar..

Anonymous said...

mufti perak dah lama hebah benda ni... semua buat dek je.

Anonymous said...

Aper lagi kita tunggu..dah sah2 dalang gereja evangelis bebas ni merupakan proksi DAPigs Laknatullah...patutnya kita hapuskan jer DAPigs Laknatullah ni dari muka bumi...mereka ni merupakan dajjal, jakjuj makjuj yang membuat kacau bilau dalam Malaysia...

Patutnya kerajaan dah lama haramkan partai DAPigs ni...berpolitik melampau2 sampaikan juak PAS pun dikowtowkan oleh mereka, tunduk, menikus jer juak2 PAS ni bila berdepan dengan DApigs laknatullah..apa bacul sgt PAS niii???

Anonymous said...

pabila PR memerintah selangor, maka barulah gerakan serupa ini dibongkar. Sedangkan is sebenarnya dah lama berlaku.

bayangkan jika bukan PR memerintah Selangor, berapa lama lagi kita in denial yang gerakan sedemikian tak wujud, kononya disekat, dikawal?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.