Sejak kebelakangan ni makin banyak kita lihat orang Islam bela anjing. Di zaman moden ini banyak pendapat yang sudah berbeza-beza. Nauzubillah. tujuan entry ini bukan lah untuk mengupas pendapat atau menegur sesiapa , cuma ingin menyampaikan ilmu yang dipelajari. Memang benar tidak ada perkataan haram untuk membela anjing tetapi , bacalah :
Hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mengambil ANJING (sebagai peliharaan) kecuali ANJING menjaga tanaman atau ANJING menjaga ternakan atau ANJING berburu, maka setiap hari pahalanya berkurang satu Qiraat".Satu qiraat itu ukuran sebesar GUNUNG UHUD . fikirlah, terlalu banyak kah pahala yang sudah kita kumpul sehingga sanggup membiarkan pahala kita ditolak setiap hari? berkurang satu qiraat ( sebesar gunung) setiap hari?
Ini pila dicilok dari blog HHalem
...Petikan dari website JAIS...
3. PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE
3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung)
3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.
3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.
Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya :
“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.
RSS Feed
Twitter




















18 comments:
Inilah akibatnya cara hidup Melayu moden, yg menghalalkan cara macamla juga politik PAS, semua kira boleh asalkan matlamat politik tercapai!!
Macam takde binatang lain nak bela...bela la rabbit, cat , burung ker, ayam atau itik....
Banyak-banyak binatang nie jugak nak bela...nak kat suh pi memburu...memburu apa....nak suh jaga rumah..awat sampai duk atas katil...duk guling-guling tido..pastu nak gi sembahyang..bertepek bulu n air lior anjing kat badan....agakny ada tab sauna lumpur dalam rumah kot.....
Sebenarnya berbangga kononnya hidup liberal macam tu....
Mungkin pendapat Mazhab Maliki dibawah ini dapat menjelaskan mengapa ramai orang Islam yg berminat dan membela anjing. Mungkin pahala mengasihi dan memberi makan anjing lebih besar dari satu qiraat seperti kisah seorang pelacur yg menjadi ahli syurga. Walahualam. Baca dan fikirkan....
Pendapat kedua menyatakan bahawa anjing tidak najis seluruhnya, demikian yang masyhur daripada Mazhab Maliki. Mazhab Hanafi berpendapat seumpama kecuali mulut, air liur dan tahi anjing, ketiga-tiga ini mereka kategorikan sebagai najis.[7]
Tokoh-tokoh Mazhab Maliki berpendapat suruhan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing bukanlah disebabkan oleh kenajisan mulut, lidah dan air liur anjing tetapi disebabkan kepada ketaatan kepada Allah semata-mata (ta’abudi). Mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu dan tiadalah seekor anjing memburu dan membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya berdalilkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]
Berdasarkan gabungan dalil-dalil ayat di atas dan hadis-hadis yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk memburu, mazhab Maliki berpendapat bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukanlah najis.
Sedikit berbeza adalah mazhab Hanafi di mana mereka berpendapat anjing bukan najis kecuali mulut, lidah dan air liurnya adalah najis dengan merujuk secara zahir kepada hadis yang pertama di atas.
Kalau yang bela anjing itu adalah Ali Setan, Parti Isle atau agamawan makanya bolehlah juga dijadikan ikutan. Soalnya siapa yang dijadikan ikutan?
Serupa denga isu pembesar suara dan bacaan al-Quran. Kalau parti isle cakap serupa bikin barulah umum percaya perkara itu ada kebenarannya. Tetapi kalau parti isle sendiri cakap tak serupa bikin, macam mana tu?
Bolehkah kita mencampurkan pendapat mazhab dlm kehidupan. Baca dan fikirkan....
Memilih-milih antara mazhab, sama ada seluruhnya atau sebahagiannya dinamakan talfiq. Dari sudut bahasa talfiq bererti:
Menyamakan atau merapatkan dua hujung barang yang berbeda atau membubuhkan atau menambahkan yang dipergunakan untuk suatu berita atau cerita.
Memilih-milih antara mazhab, sama ada seluruhnya atau sebahagiannya dinamakan talfiq. Dari sudut bahasa talfiq bererti:
Menyamakan atau merapatkan dua hujung barang yang berbeda atau membubuhkan atau menambahkan yang dipergunakan untuk suatu berita atau cerita.
Secara umumnya terdapat 3 pendapat tentang hukum talfiq:
Pertama: Tidak boleh melakukan talfiq. Seseorang itu hendaklah tetap mengikuti satu mazhab sahaja.
Kedua: Dibolehkan talfiq hanya dalam suasana terdesak atau berkeperluan. Tidak boleh melakukan talfiq dalam kehidupan harian.
Ketiga: Dibolehkan talfiq dalam kehidupan sehari-harian tanpa terhad kepada suasana terdesak atau berkeperluan.
Pendapat yang dianggap benar ialah pendapat yang ketiga, iaitu boleh melakukan talfiq di dalam kehidupan sehari-harian tanpa terhad kepada suasana darurat atau terdesak. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
1. Ketaatan yang diwajibkan ke atas umat Islam ialah kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan mazhab-mazhab. Peranan mazhab ialah memudahkan orang awam untuk mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah. Justeru mengikuti salah satu mazhab atau kedua-duanya atau kesemuanya tetap akan membawa seseorang kepada ketaatan al-Qur’an dan al-Sunnah.
2. Semua ajaran mazhab fiqh Islam yang empat: Mazhab Hanafi, Maliki, al-Syafi‘e dan Hanbali adalah berdasarkan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Mengikuti salah satu daripadanya atau kedua-duanya atau kesemuanya tidak mengeluarkan seseorang itu daripada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.
3. Semua mazhab fiqh Islam adalah betul, tidak ada satu yang lebih betul daripada yang lain dan tidak ada satu yang lebih lemah daripada yang lain.
4. Jika dikaji sejarah kelahiran mazhab-mazhab fiqh Islam, tujuan asal para imam mazhab ialah menyampai dan memudahkan pengajian ilmu kepada orang ramai. Orang ramai boleh memilih daripada siapa mereka hendak menerima ilmu tersebut tanpa terbatas kepada seorang imam sahaja.
5. Jauh sekali daripada tujuan asal para imam mazhab untuk membataskan seseorang kepada ajaran mereka sahaja. Para imam mazhab tidak pernah melarang murid-murid mereka untuk mengikuti ajaran mazhab yang lain.
6. Para tabi‘in, iaitu generasi umat yang menyusul sesudah generasi sahabat, sering kali menjadikan ijtihad para sahabat sebagai ikutan di samping al-Qur’an dan al-Sunnah. Kebanyakan sahabat adalah juga seorang mujtahid dan mereka berijtihad di dalam persoalan-persoalan yang baru timbul pada zaman mereka yang tidak disentuh secara terperinci oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Hasil ijtihad para sahabat digelar sebagai mazhab mereka, justeru wujud pada zaman tersebut Mazhab Ibn ‘Abbas, Mazhab Ibn Mas‘ud, Mazhab Ibn ‘Umar, Mazhab Hudzaifah bin Yaman, Mazhab ‘Ali bin Abi Thalib, Mazhab A’isyah dan puluhan lagi. Para tabi‘in tidak pernah membataskan ikutan mereka kepada mazhab seorang sahabat sahaja dan para sahabat juga tidak pernah membataskan para tabi‘in untuk mengikuti mazhab mereka sahaja. Setiap orang bebas melakukan talfiq kepada mana-mana mazhab para sahabat.[2]
7. Para imam mazhab sendiri selain daripada merujuk kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, juga merujuk kepada ijtihad para sahabat. Namun mereka, para imam mazhab, tidak pernah membataskan rujukan mereka kepada mazhab seorang sahabat sahaja.
ishhhhh apa la pi bodo bela anjing... susah nak ckp kat depa ni... bingai tol
orang kita tak senang dengan isu bela anjing ni sebab bukan dari sebahagian budaya kita, walaupun ikut hukum tak salah..
sudahlah suka cari cerita dan jaja kisah peribadi orang.. kita sebarkan pula perihal untuk memburukkan orang..
betulkah berdosa mereka bela anjing tu.. kita tahukah apa niat mereka bela anjing? gambar2 tak boleh menceritakan segalanya.. mungkin tujuan untuk jaga keselamatan rumah.. sebagai manusia, mesti kita ada kasih sayang kepada makhluk. tak salah pun mereka berkasih sayang dengan haiwan tu hatta nak bermain dengan haiwan pun.. takkan haiwan tu layak ditengking-tengking dan disuruh je?
kita boleh buat persepsi tapi tak boleh nak dakwa untuk tetapkan niat seseorang sebab kita tak boleh baca fikiran orang.
dari menjatuhkan hukum berdosa kepada orang-orang di dalam gambar di atas, sedar tak sedar ada di kalangan kita turut berdosa sebab;
1) memburuk-burukkan imej orang kepada khalayak
2) berburuk sangka kepada orang lain
3) mencaci sesama manusia
layaklah kita untuk berpesan-pesan sesama kita. tapi untuk tuduh menuduh sesama kita, ia membawa kepada berburuk sangka. tambahan lagi, hak untuk menjatuhkan hukum dosa kepada manusia bukan hak kita, ia mutlak hak Allah.
saya sikit pun tak rasa saya ni liberal, jauh sekali teringin nak hidup macam orang berfahaman liberal. tapi kita kena sedar yang mana betul dan yang mana salah..
hentikanlah usaha mengata-ngata sesama kita. macam dah jadi budaya orang kita, suka berdengki, suka mengata. kalau dulu, makcik-makcik sambil jemur baju mengumpat jiran-jiran.. sekarang dah ada blog, kita nak teruskan dalam ni pulak.. sampai bila kita nak kekalkan budaya ni? fikirkanlah..
Minta tolong pd yg tahu, ikhlas disini, mohon ditunjukkan satu dalil dari alquran yg mengatakan bahawasanya binatang anjing itu tergolong dalam najis berat. Puas juga saya cari dan tanya, namun jawapan yg diterima tidak memuaskan...saya nakkan dalil dari alQuran. Terimakasih.
Salam Ramadhan semua,
Saya bukan nak debate hadis atau hukum sebab bab tu saya kurang arif, tapi berkenaan perenggan pertama artikel ini.
Orang Islam membela anjing ni bukanlah 'trend sejak kebelakangan ini' seperti yang dinyatakan, dah lama dah, cuma bezanya pada zaman ini ada internet, kalau dulu, mana nak dapat gambar owner dgn anjingnya kalau tak album gambar fisikal di rumah mereka?
sekarang ni, di laman sosial ada, majalah online, malah reporter2 tak bertauliah pon sibuk nak post berita/gambar sensasi terkini di online sebab boleh menyorok di belakang nama online.
oleh itu, janganlah jadikan isu ini seperti masalah baru yang melanda zaman moden sahaja. semua ni, dan macam2 lagi, memang dah ada sejak zaman p ramlee lagi, cuma kita tidak nampak dengan mata kasar.
sbnaqnya kita perlu lebih peka kpd isu2 yang lbih sensitif dan yang lebih berat disisi agama..cnth psai aurat la..artis ka sapa ka..kalo x pkai tdung org kta,,besa la tu..tp bla pgang anjing ja..pluk babi la trus jd kontroversi..nk kta prihatin kononnya..sdangkan bnda yg kta prihatinkn tu x haram pn dn lbih ringan..sedangkan mkn babi dlm keadaan darurat pon dibolehkan...artis mnum arak..p disko x bsing plak..trend la ktakn..org umno tak pyah dok kata la. lg bersepah tak pakai tudung..
aku melayu..aku pun bela anjing..dan aku sayang anjing2 aku. ada 6 ekor semuanya..insyaALLAH akan aku tambah lagi..aku ada kebun sawit..dah banyak anak2 sawit aku dimakan dek babi2 hutan..aku dah rugi belas2 ribu RM. Walaupun dah puas aku tembak namun populasi babi hutan sejak akhir2 ni makin bertambah banyak dimana2 saje. akhirnya anjing menjadi sahabatku yang menjaga tanah sawitku dari dicerobohi oleh babi atau manusia sendiri. satu hari dulu..aku nyaris2 mati atau cedera parah dan hampir diserang oleh babi hutan..nasib baik dgn kuasa ALLAH menyelamatkan aku kerana anjing2ku terlebih dulu mempertahan dan menyerang babi hutan tu hingga mati...
Ketahuilah saudara2 ku, sebenarnye didalam diri anjing hanya ada sifat anjing saja seperti berani, menyalak dan patuh serta sangat setia pada tuannye hatta mempertaruhkan nyawanye.
sendiri demi tuannye...
Tapi dalam diri manusia bermcm2 sifat yang ada seperti sifat anjing, sifat babi, sifat biawak, sifat lembu dll. Nilailah sendiri kita ada sifat apa! jadi jgnlah dihina anjing sebegitu rupa.
August 24, 2011 2:41 PM ...Bro kat sini org bincangkan bukan pasal soal nak hina anjing... bela anjing untuk jaga ladang, sayang dia,bagi makan x salah...diharuskan, tapi klu bela untuk dipeluk, dicium macm mana yeaa soal nak beribadah??
Klu anjing tu duduk luar rumah jer x per..x bawa najis masuk dalam rumah....jap lagi klu sampai tidor baring kat tempat ko nak solat mcm mana..x der sesiapa kat sini yg menghina anjing pun broo..jgn la emo...org ckp pasal bab lain ko faham lain pulok...aduiii laaaa...
Ban yak lagi la binatang lain yang boleh dibela.. Bela la binatang lain.. Yang gi bela anjing tu buat pe.. Hadduihhhh... Liberal sgt le tu...
Kalau ye pun nak kata tak Ada hukum dalam Quran, tapi kits kena rujuk plak Hadith... Ishhhh... Pikir2 balk, benda yg Allah Perintah kita buat mcm tutup aurat, tak plak buat.. Hmmmm.. Tah la..
Anon 4.58pm
Tak baca ke hujah diatas tu. Kan dah terang2 Imam Maliki kata mulut, air liur dan lidah anjing tidak najis bersandarkan hadis yg dirujuk oleh Imam Maliki. Sukahati mereka lah nak bela anjing dan ikut pendapat mana. Mereka pun tak larang anon ikut pendapat mazhab lain. Ish ish ish...susah nak faham ke?
baik bela harimau ke. beruang ke...atau bela keldai
tu la kalau dah melayu liberal semua pun bleh jadi LIBERAL!!! silap satu hari nanti PIG pun bleh jadi PET kat dia orang gak!!! ni bukan peringkat BODOH lagi tapi dah peringkat BANGANG tak bleh nak ajar dah!!apa punya tolol lah..
siapa buat blog ni haaaaaa?
dah la bahasanya terukkkkkkk
buat fitnah macam2
kalau anda pemuda umno tolonglah bertaubat sebelum anda dibicarakan di hari pembalasan?
fikir2kanlahhhhhhhhh
mmm
Post a Comment