Monday, June 27, 2011






Ingatkan Nuruk Izzah lah orang yang paling layak untuk memegang jawatan sebagai menteri yang menjaga hal ehwal wanita sekiranya pakatan haram dapat menawan Putrajaya, tetapi sangkaan EP meleset sama sekali...rupa-rupanya bekas pencara WHI..opss silap pengacara WHI iaitu Wardina ada hati juga nak pegang jawatan tu. Yang bestnya dia dah menyatakan hasratnya secara umum di dalam akaun twitternya.

Nampak gayanya Nurul Izzah sudah mempunyai pesaing yang diasuh oleh Azmin Ali..Pesaingnya bukan calang-calang orang..seorang yang petah bercakap dan mempunyai ramai peminat. Hilanglah populariti Nurul Izzah sebagai anak emas di dalam PKR..hahaha tu laaa...lain kali jangan asyik membela bapanya...lama-lama pun orang bosan..
__________________________________________________________________




Sudah pasti ramai yang cukup mengenali wajah salah seorang pengacara siaran pagi di TV3, Malaysia Hari Ini [MHI]. Wajah wanita bertudung diatas itu adalah Wardina Safiyyah….


Wardina Safiyyah 32 tahun, mula melonjakkan namanya ketika melakonkan watak dalam siri sitcom telivsyen “Spanar Jaya” bersama Opie Zami anak Allahyarham Zami Ismail.
Ketika itu Wardina belum lagi bertudung…, membawa imej gadis seksi dan memiliki wajah kacukan….
Mutakhir ini, kemunculan Wardina hanya boleh kita tatapi setiap pagi menerusi slot MHI di saluran TV3 yang dikuasai pengurusannya oleh Media Prima.
Baru baru ini Wardina pernah menggemparkan pentas politik media maya menerusi perang Facebook, Tweeter dan Blog apabila tercetusnya cerita Wardina secara sinis mahu aktif politik tetapi bukan bersama komponen kerajaan BN….

Semalam semakin terserlah apabila tersebar beberapa gambar gambar Wardina menyertai program PKR yang “berselindung” disebalik nama program pemimpin kerajaan negeri bersama rakyat, tetapi… hakikat sebenarnya program untuk mempromosikan BERSIH…
Gambar hadirin yang datang dengan mengenakan warna kuning, lihat dengan teliti beberapa krew penganjur pentas yang memakai T Shirt BERSIH….
Gambar di bawah ini pula…, Wardina sedang berucap dalam majlis tersebut…!!


Seronoknya hidup yang sedang dinikmati oleh Wardina! Beliau dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3 tetapi secara terbuka sudah berani menunjukkan sokongannya terhadap Pakatan Pembangkang. 
Apakah Wardina akan menjejaki tapak tapak kaki Ustaz Bob Lokman tak lama lagi..? Dengan segala bukti ini, adakah pihak Media Prima dan TV3 hanya akan berdiam diri…??
Semoga apa yang berlaku sewaktu siaran Maharajalawak tidak berulang… Masih ingat lagi bagaimana ketika itu Bob Lokman hadir dengan memakai jubah membuat pengumuman secara live yang tidak ada langsung dalam skrip penerbit….
Mana tahu nanti tiba tiba Wardina Safiyyah akan lakukan perkara yang serupa..? - AIDC/Medan Info Kita

16 comments:

Anonymous said...

Suka hati dia laa nak join mana2 parti pun.. Apa kena mengena dengan Tv3.. Lu ingat tak ramai ka org kerajaan sokong PKR..? Atleast wardina jujur.. ;)

LIZ said...

YANG AKU HERAN KALAU DAH MASUK MANA2 PARTI SELAIN BN,MACAM TAKUT NAK TERUSKAN KERJA2 PENYIARAN DI MANA2 STESEN.KENAPA TAKUT SANGAT? KAN SAYANG BERHENTI KERJA.GAJI MESTI LUMAYAN PUNYA.APAKAH KALAU MASUK PARTI PEMBANGKANG,NANTI TAKUT DI PINGGIRKAN ATAU DI KRITIK.TAKUT DGN BAYANG2 KE?

Anonymous said...

orang tak kisah nak sokong mana pun. sokong la. ada aku kisah. tapi cakap kalau temberang tu yang buat orang marah. menyampah kalau cakap tak serupa bikin.

kata nak keislaman, tapi perangai tak macam yang dikehendaki. nak keadilan, tapi tak adil pun dalam menerima keputusan. kata nak satu malaysia, tapi dok bela keturunan sendiri. cakap mulut lain, praktikal lain. tu yang buat meluat

Anonymous said...

Salam.... sedih melihat ramai bangsa ku yang telah lupa diri dan asal usulnye.... dan berterima kasih kepada yang telah banyak berjasa kepada kita.... Semoga negara ini terus kekal aman dan mendapat perlindungan dariNya...

Anonymous said...

kenapa org melayu berpecah belah.. kenapa mesti berpuak-puak? tidakkah kita sedar yang bumi ini milik kita. dan ianya hanya akan kekal menjadi milik kita jika kita bersatu
PAS dan UMNO sudah tiba masanya membuang ego masing-masing demi membela Islam dan Melayu...

Ini adalah TANAH MELAYU!!!!

Anonymous said...

salam buat semua..cukup2 la tu semuanya. yg dah terang tu x pyh la bersuluh. buang yg keruh ambil yg cerah skit.jgn jadi pak kaduk. menang sorak kampong habis tergadai.siapa kita disisi ALLAH. beringatlah sebelum terlambat. bertaubat lah jgn hanya tau buat. banyakn bermuhasabah diri. lihat di kiri & kanan kita dulu sebelom melakukan sesuatu. istighfar lah selalu2.apa pun ingatlah..TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA..

Anonymous said...

sukahati die la nk wat pe!yg hangpa kalut smacam apesal?

Apple Le said...

Hipokrit..cakaplah nak jadi politician..sapa nak marah..siap nak saman orang lagi bodoh baghal..tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata..tak ingat bala keluarga dia kat Aceh 2004..senakap senohong gelama ikan duri...

Anonymous said...

E...yew!!!pompuan niey bkn keturunan dy asal dr acheh ke???dh dpt kerakyatan malaysia ke???smpai ada ati nk jd menteri..???

Hibbeler said...

mengarot la post engkau. kalau kerja tv3 tak boleh sokong pembangkang ek. mengarut. kakitangan mediaprima tak boleh sokong pembangkang. lawak kot kau ni.

din said...

jap..tv3 ni kerajaan punye ke?kenapa wardina dikatakan kacang lupakan kulit?jeng jeng jeng

Anonymous said...

...hai takkanlah pas atau pkr yg punya...tv3 adalah kepunyaan rakyat malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian...jeng jeng jeng..

Anonymous said...

wardina hipokrit.....menafikan kebenaran..

Anonymous said...

"Anonymous said...

kenapa org melayu berpecah belah.. kenapa mesti berpuak-puak? tidakkah kita sedar yang bumi ini milik kita. dan ianya hanya akan kekal menjadi milik kita jika kita bersatu
PAS dan UMNO sudah tiba masanya membuang ego masing-masing demi membela Islam dan Melayu...

Ini adalah TANAH MELAYU!!!!"

I SECOND THE MOTION!!

Anonymous said...

dah sudah2 la oi,kita tgk org melayu je yg lebih2 bermusuh sesame sendiri,ada nampak org cina bergaduh ke,yg untong diorg bla kita bgaduh,bersatulah MELAYU!!!

Anonymous said...

Kate dh taubat tp bleh plak memalukan org lain secara terangan. Belum ada kuasa dh cuba memapukan lawan. kalau dh ada kuasa? pk la sahabat sume...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.