Tuesday, March 29, 2011

PANAS : LAGI FACEBOOK VS TWITTER...



JAWAPAN DARI BLOG M.I.M


Di sini penulis ingin terangkan point-point teknikal yang mengesahkan bahawa waktu di twitter adalah waktu tempatan. Jawapan ini perlu diberikan kerana Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR telah mempertikaikan kesahihan waktu di twitter Anwar Ibrahim.

Yang perlu kita ketahui ialah mesej-mesej pada 21 Februari 9:20malam - 11:40 malam adalah daripada twitter ke Facebook dan bukan sebaliknya. Twitter terpapar perkataan "#FB" manakala di Facebook terpapar ayat "selective tweeter".

Artikel-artikel penulis sebelum ini bukan sahaja masuk akal tetapi turut dikuatkan dengan penemuan oleh rakan blogger MiM yang lain seperti Oik65 blog http://oik65.wordpress.com dan blog Empayar Pemudahttp://empayar-pemuda.blogspot.com


Penemuan tersebut adalah kode-kode HTML dan 'Unix Time' di dalam Facebook, HTML serta ‘Convert Epoch Readable To Human Readable And Vice Versa’ di dalam Twitter yang sekaligus mematahkan hujah Pengarah Strategi PKR tersebut!

1. Jika merujuk kepada blog http://oik65.wordpress.com, blogger tersebut memperincikan fakta bahawa Facebook tidak menyimpan timestamp di dalam ‘Unix Time’ tetapi menggunakan format teks yang senang dibaca.

2. Kiraan waktu “data-date” di Facebook menunjukkan post pada “Mon, 21 Feb 2011 07:40:12 -0800″. Jika merujuk kepada UTC/GMC “-800”.

3. Ini bermakna bahawa waktu di atas menunjukkan 8 jam di belakang UTC/GMC. Dan jika merujuk kepada zon waktu Malaysia UTC/GMC ialah +8, maka waktu ‘data-date’ perlu ditambah sebanyak 16 jam untuk waktu tempatan Malaysia.

4. Dengan kiraan matematik mudah : 07:40:12 + 16 jam = 23:40:12, sama seperti yang tertera di dalam Twitter!

5. Twitter pula menggunakan ‘convert epoch to human readable date dan vece versa’ yang menggunakan kode untuk timestamp.



6. Dengan sistem itu, waktu yang dipamerkan di dalam twitter waktu tempatan Malaysia dan tidak tertakluk kepada servernya seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli.

Maka kesimpulannya, waktu di twitter Anwar Ibrahim pada 21 Februari adalah tepat dan sah. Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR ternyata telah keliru dan tersilap.

3 comments:

Anonymous said...

betul,betul tu,saya terima.R+

Anonymous said...

A* bro , memang teknikal punya jawapan .. hehehe puak Pakatan Rasuah akan cari fitnah baru nampaknya utk menyokong aktiviti pelacuran Anwar

Anonymous said...

sebenarnya mamat tu tak tau pun benda2 teknikal mcm ni, buang masa je, tapi position bukan main lg, pengarah strategi....kesian budak tu.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.