Tuesday, March 29, 2011


Apabila namanya Anwar Ibrahim, kalau tersadung kaki dan terjatuh pun akan dituduhnya sebagai konspirasi BN kerana sengaja membuat jalan yang tidak rata.  Kalau demam, akan dituduhnya Najib meracunnya.  Malah kalau tersasul ketika berucap pun, akan dituduh Tun Dr. Mahathir yang telah 8 tahun bersara itu yang merancangnya.

Itulah Anwar Ibrahim yang kini perlahan-lahan dimakan sumpah laknat mangsa-mangsanya.

Di dalam imaginasinya, dia percaya yang dirinya begitu hebat dan digeruni sehingga perlu dijatuhkan, difitnah dan dipenjarakan oleh musuh-musuhnya.  Betapa hebatnya karisma dan auranya sehinggakan kerajaan dan Perdana Menteri tidak ada kerja lain selain dari cuba menjatuhkannya.

Namun, kita tidak hairan kenapa Anwar menjadi begitu kerana walau apapun yang terjadi, tetap akan ada sitolol yang terus percaya padanya.  Para tolol inilah yang bertanggungjawab membawanya sesat sebegitu jauh sehingga hampir 100% hilang pedoman. 

Dalam menghadapi skandal video seks terbaru ini Anwar sekali lagi menuduh Najib, Rosmah malah Tun Dr. Mahathir sebagai dalang.  Kononnya, kesemua mereka ini terus berusaha untuk menjatuhkannya kerana pengaruhnya semakin kuat menyebabkan BN takut untuk menghadapi Pilihanraya.

Jika ketika dia di puncak kuasa, mungkin ramai yang percaya bahawa video seks dan skandal liwat sengaja diadakan untuk menjatuhkannya.  Tetapi, apabila dia sudah berada di penghujung jalan, parti semakin nazak, kes liwat hampir selesai dan sokongan semakin berkurang, apa perlunya orang ingin menjatuhkannya.  Apa ke jadahnya nak dijolok buah yang rosak dan hampir jatuh?

Sepanjang perjalanan politik Najib, beliau tidak pernah dikaitkan dengan politik kotor atau konspirasi.  Rekod beliau sentiasa bersih, baik ketika menjadi Menteri Besar dan juga Menteri Pelajaran.  Malah rekod beliau sebagai Menteri Pertahanan amat cemerlang, begitu juga sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kini nama Najib sedang menjulang tinggi, jauh lebih popular dari partinya sendiri walaupun difitnah bertubi-tubi oleh pihak Anwar sebagai terlibat dalam pembunuhan Altantuya dan bermacam-macam lagi.  Sikap professional Najib serta prinsip berani kerana benar memastikan nama Najib kekal bersih dengan sendirinya tanpa perlu berdrama dan berpencak silat sepertimana Anwar.

Najib meraih sokongan rakyat dengan cara bekerja sebaik mungkin.  Program-program ekonomi yang dirancangnya seperti GTP, ETP dan 6 NKRA semuanya sudah menunjukkan kejayaan walaupun baru setahun jagung dilancarkan.  Malah malam tadi, Najib telah membentangkan laporan perlaksanaan GTP yang mana membuktikan ketelusannya dalam mentadbir.  Ini amat berbeza dengan Pakatan Rakyat yang tidak pernah membentangkan laporan pentadbiran mereka walaupun telah 3 tahun memerintah di beberapa negeri.  

Tidak seperti Najib, Anwar dan pemimpin PR yang lain cuba meraih sokongan rakyat dengan cara berceramah dan memburukkan kerajaan, bukannya dengan bekerja.

PR  tidak mampu menunjukkan kehebatan diri sendiri mahupun hasil yang baik dari pemerintahan mereka di beberapa negeri.   Setakat ini, rakyat hanya melihat bagaimana rumah urut semakin bercambah di Selangor dengan perlombongan pasir haram yang menjejaskan alam sekitar.   Rakyat juga melihat bagaimana kaum Melayu dan India dianaktirikan secara kejam dan zalim oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.  Kedah pula menyaksikan bagaimana kerajaan PAS  kebingungan tidak tahu mengurus ekonomi mahupun menyelesaikan masalah kecil seperti pembuangan sampah.   Kelantan pula, tidak perlulah dibincangkan lagi kerana selamanya menjadi negeri paling mundur, miskin dan terus kufur di bawah pemerintahan PAS.

Dengan prestasi kepimpinan yang begitu buruk, ditambah dengan warna sebenar Anwar yang semakin terserlah kehitamannya, Najib tidak perlukan pendedahan video seks Anwar untuk apa jua tujuan. 

Seharusnya Anwar mencari alasan lain untuk membela diri dan bukannya menggunakan strategi yang sama iaitu meletakkan segala-gala bencana yang berlaku terhadapnya di atas bahu kerajaan, Najib, Rosmah atau Tun Dr. Mahathir.    Bukankah sudah berkali-kali terbukti bahawa strategi memburukkan BN ini tidak mampu membawa kejayaan dalam perjuangan Anwar mahupun PR? 

Tidakkah Anwar terfikir untuk menukar strategi pula? 

7 comments:

Anonymous said...

Ini semua adalah BALA tuhan setelah puluhan solat hajat oleh umat Islam supaya ditunjukkan kebenaran.

Hanya orang-orang yang hati diselaputi dendam kesumat dan hasad dengki sahaja yang tidak mampu melihat dan menilainya.

Anonymous said...

solat hajat utk ditunjukkan kebenaran, tp bila kebenaran ditunjukkan, tak nak pula terima sebab dah terkena batang hidung sendiri..bukankah itu mempermainkan agama? bukankah itu munafik?

Anonymous said...

puak2 ni kalau dah mati kena sumbat dlm neraka pon dorg takkan percaya tu neraka.......

Anonymous said...

kalau anuar sembelit x bleh berak 2-3 hari pun pasti dia akan ckp ini mesti kerja UMNO...

Anonymous said...

Setakat orator, pandai cakap, bakar semangat memberontak dan ashik2 tudung jari konspirasi UMNO. Pada hal lubang sendiri yang digalinya dia tak sedar.
Ini tidak cukup untuk menjadi PM...

Anonymous said...

DSAI SEMAKIN TERSEPIT,KEPIMPINAN PAS DAH MULA HILANG KEPERCAYAAN,AZMIN ALI JADI TAK KERUAN KERANA SOLAT HAJAT MEMAKAN DIRI DSAI.HARAP PEMIMPIN UMNO AMBIL IKTIBAR DAN JANGAN BERTELAGAH SESAMA SENDIRI UNTUK BEREBUT JAWATAN MCM UMNO PERMATANG PAUH

Anonymous said...

Kepala bapak kau!!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.