Wednesday, March 30, 2011


“Datuk T”, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”
Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.
Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.
Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.
Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah “jawapan dari Allah s.w.t.”
“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk ‘check and balance’.
“Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga,” katanya.
Shazryl Eskay berkata, “tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan.”
Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian,  Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.
“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak,” katanya.
Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.
Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.
Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.
“Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata ‘saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun,” katanya.
“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan,” Shazryl Eskay dipetik berkata.
Soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”
“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay.
“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.
“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.-MK

8 comments:

sejahtera39 said...

kejor yop kejor!!! mana mau lari aaa...

kasi terlanjang sama itu bagidol aljuburin...
ummihafilda dalam proses saman aljuburin..
dato Eskay nak bogelkan habis...
apa lagi yang aljiburin tinggal...
so...larilah...

TokAyah said...

Jangan biarkan dia lari............

Anonymous said...

Dulu,kini dan selamanya DSAI memang dilahirkan untuk demonstrasi dan reformasi aje......

Blog Penyokong Kerajaan Bn said...

fuh panjang lagi kes ni... macam2 cerita akan keluar lepas ni...

http://blogpenyokongkerajaan.blogspot.com

Anonymous said...

Aku tak nak komen.

Tabiat menabur fitnah diterangkan secara terperinci dalam surah Al Qalam ( Surah ke 68): Ayat 1 sehingga Ayat 52 ; antaranya dinyatakan dalam Ayat 10-13:
“[10] Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
[11] Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
[12] Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -
[13] Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.”

Dosa fitnah disebut dalam Surah al Baqarah 191: .. . “dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan”

Hanya aku berdoa agar Allah segerakan hapus fitnah kaum faasikin dan zaalimin sekarang ini:

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Melihat dan Yang Maha Mengetahui atas segala-galanya,aku insan yang lemah tak ketahui yang mana benar dan yang mana penzalim antara keduanya. Engkau laknatkanlah kepada semua pendosa yang sebenar sama ada pihak pemfitnah atau pihak pelaku yang terbabit dalam fitnah zina/liwat ini."

"Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau yang membalik-balikkan hati kami. Jauhilah kami yang beriman dari bersubahat dengan para pendosa dan janganlah biarkan hati kami cenderung kepada memilih/menyokong pemimpin-pemimpin yang fasik lagi derhaka kepada Mu."

"Ya Allah, Engkau Raja kepada segala raja, Engkau yang berkuasa keatas segala kerajaan, Engkau yang memiliki segala khazanah bumi dan langit, Sesungguhnya Engkau yang telah hinakan dan lenyapkan segala kerajaan mustakbirin sebelum ini seperti Namrud dan Firaun laknatulLah. Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Jabbar! Engkau hancurkanlah dan hinakanlah golongan yang menjadi musuh kami yang beriman serta musuh syariat dan agama Engkau Ya Allah!"

"Ya Allah, jadikan kami golongan yang Engkau redhai dan jadikan kami bersama golongan yang berjuang atas jalanMu. Janganlah Engkau serahkan kami dibawah kekuasaan golongan mujrimin dan zaalimin yang hidup dibawah pengaruh Iblis & syaitan."

Amin! Amin! Amin! Ya Allah Ya Rabbil alami.

Anonymous said...

kes video seks DSAI ni bukan fitnahlah bongok!...ini kes ZINA yg dilakukan oleh seorang politikus ketua pembangkang!...kalau dia tidak melakukan senang sahaja...pergi saman baliklah yg menuduh Datuk Eskay habislah cerita!...tapi ini kenapa menikus tak berani saman?...teranglah pembohongan dan penipuan serta hipokrat yg ditegah agama Islam terus berlaku lagi!

Anonymous said...

'Jauhilah diri kamu daripada dusta kerana dusta itu menjauhkan IMAN!'Sila rujuk buku Tajzib Al taraf alhadis!...demikian petikan hadis diriwayatkan oleh Ahmad...sebab itu kita ada alasan kukuh untuk menentang habis-habisan orang yg suka bermain dgn dusta dan PEMBOHONGAN!lebih parah lagi jika dia seorang yg bercita2 jadi pemimpin negara tak taulah apa akan jadi!...NAUZUBILLAH!

Anonymous said...

tentang VideoX Anwar ni penyokongnya mula ramai yg gusar dan tak percaya kat dia kerana... anwar gagal membuat penjelasan meyakinkan tentang tidak kehadirannya dlm ruang 'tweeter' pd masa video tu dirakam?...pas tu ngapa sampai la ni dia tak dpt tunjukkan jam omega yg katanya jijah yg simpan?...kemudian ngapa takut buat sumpah laknat?...lagi mengapa dia tak saman malu Datuk Eskay yg dah malukan dia macam Ds Rais dan Ds Rosemah? dan banyak lagi mengapa yg timbulkan kemusykilan kpd kita!...rakyat dah bijak berfikir dan tak mudah lagi diperbodohkan!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.