PANASS : PAS MULA KECUT PERUT TENGOK TSUNAMI MERAH


Nampaknya usaha yang dibuat oleh UMNO Kelantan dalam mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN) telah menampakkan hasil Slogan Gelombang Merah yang bertemakan “Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat” telah berjaya menarik perhatian generasi muda yang ingin berubah demi kebaikan semua.

Penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja yang bersepadu telah membuatkan puak-puak PAS tak senang duduk kerana banyak keburukkan PAS selama 21 tahun dibawah pimpinan Nicky Aziz dapat didedahkan kepada rakyat kelantan.


AS Kelantan menyifatkan langkah Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah di negeri itu sebagai “gimik politik” menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Bagi kita ini satu gimik politik Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi dengan hasrat mahu menampakkan mereka mempunyai slogan baru untuk menghadapi PAS di Kelantan.
“Rakyat di Kelantan tidak akan terpengaruh dengan gimik politik ini, malah kita percaya pengundi terutamanya pengundi muda tidak akan terpedaya dengan slogan terbaru Umno ini,” kata Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim kepada The Malaysian Insider.
Malah beliau percaya langkah terbaru Umno Kelantan itu tidak akan memberikan kesan terhadap sokongan pengundi kepada PAS dan kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Rakyat Kelantan boleh menilai serta buat penilaian dengan baik, mereka boleh buat keputusan tepat dengan memilih PAS dan kita lihat sehingga kini mereka masih memberikan kepercayaan kepada PAS untuk memerintah negeri ini.
“Ia tidak akan memberi kesan untuk mempengaruhi pengundi di sini,” kata Mohd Zaki.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran itu berkata, PAS tidak hipokrit seperti Umno yang hanya mendekati pengundi setiap kali pilihan raya akan diadakan.
“Pengundi terutamanya pengundi muda akan tetap bersama kita, mereka akan tetap bersama kita daripada pergi kepada Umno. - TMI


PANASS : PAS MULA KECUT PERUT TENGOK TSUNAMI MERAH PANASS : PAS MULA KECUT PERUT TENGOK TSUNAMI MERAH Reviewed by Empayar Pemuda on 8:55 AM Rating: 5

2 comments:

  1. message for rakyat Kelantan..
    CHANGES

    ReplyDelete
  2. Rakyat Kelantan...berubah lah....kalau nak maju...

    Rakyat negeri lain yang sokong PAS...sokonglah...susah nak menang lawan BN ni...Hidup BN

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.