Tuesday, February 1, 2011


 Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kata :
“Walaupun calon mereka Normala Sudirman kalah, mereka tetap berpuas hati kerana berjaya menidakkan usaha BN mencapai sasaran majoriti melebihi 5,000 selain berjaya mengekalkan sokongan di beberapa peti undi.

SPR kena kaji, tak boleh mengenepikan isu banjir. Jentera kita bersungguh-sungguh. Kita tak nampak kesan lain. Calon kitapun diterima baik, tetapi disebabkan pengangkutan, penyokong kita tak dapat mengundi”.
 
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua kata :
 “Secara keseluruhan, BN menang disebabkan jumlah pengundi kaum Melayu yang keluar mengundi lebih ramai berbanding hanya kira-kira 55 peratus pengundi Cina, yang merosot daripada 72 peratus pada pilihan raya umum 2008.

Saya rasa jika banjir tidak berlaku, jumlahnya lebih tinggi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS dan PR (Pakatan Rakyat) telah kehilangan undi orang Melayu, terutama di kawasan Felda”.

Naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua kata :
“Terdapat ramai pengundi yang tidak dapat ke pusat pengundi terutama di Bandar Timur Labis, Bandar Tengah dan Labis kerana banjir.

Bagaimanapun, apa yang agak signifikan ialah walaupun hanya 55 peratus yang keluar mengundi, 70 peratus pengundi Cina di kawasan yang di daerah yang didominasi 96 peratus kaum itu, masih mengundi calon PAS”.

Empayar Pemuda kata "

“Pakatan haram masih belum boleh menerima kekalah mereka di PRK DUN Tenang ahad lalu. Puak-puak ni masih menyalahkan bencana alam yang berlaku adalah faktor utama kekalahan mereka. Macam la banjir yang berlaku di Tenang dirancang oleh BN untuk menyekat rakyat yang menyokong mereka tidak dapat keluar untuk mengundi untuk mereka.

Sudah-sudah la dengan perangai menyalahkan orang lain. Tak guna nak meraih simpati rakyat dengan mencanangkan kepada satu dunia bahawa pakatan haram dianiaya. Terimalah hakikat yang rakyat telah menolak pakatan haram dan perjuangan pakatan haram tidak releven bagi rakyat Malaysia. 1 Malaysia!!!!

** Kita tunggu apa pula alasan yang akan diberikan oleh pakatan haram di PRK Merlimau nanti....

2 comments:

Anonymous said...

Jangan lak nanti diorang ckp Malaikat Mikhail berpakat buat konpirasi dgn BN

Anonymous said...

Kalau xbnjr tntu BN dpt undi mjriti lbih 5000..Mngkn org Pakatan Haram xmngundi bukan sebab banjir tp jd serbasalah,,,nk undi BH atau Pakatan Haram yg bnyk merapu...jd lbih baik xpayh mngudi...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.