Monday, December 13, 2010

Cuba bandingkan kenyataan yang dibuat oleh Jeff Ooi di Parlimen minggu lepas dan kenyataan yang dibuat oleh Guan Eng pada 8 Mei 2009......

Mengapa mempersoalkan laporan yang dibuat pada April 2009 oleh NST berkenaan kelewatan Projek Naiktaraf LTAPP sedangkan LGE memberi kenyataan pada bulan Mei...

Apakah motif MP DAP berbuat demikian?? Sengaja menggangu perjalanan sidang dewan semata-mata untuk mencari publisiti murahan yang kononya CAT....





Projek Naik Taraf Lapangan Terbang Bayan Lepas Siap Dalam Tempoh Dua Tahun - Ketua Menteri

PULAU PINANG, 6 Mei (Bernama) -- Projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) yang bernilai RM250 juta akan dimulakan pada akhir tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata projek yang akan dilaksanakan secara berperingkat itu antara lain merangkumi pembesaran dan menaik taraf terminal penumpang, pembinaan tempat letak kereta bertingkat dan peningkatan aspek keselamatan.


"Berikutan pertambahan jumlah penerbangan yang kian pesat mengakibatkan LTABL tidak dapat menampung lebih banyak penerbangan keluar masuk ke Pulau Pinang pada satu-satu masa," katanya kepada pemberita selepas melawat LTABL di sini, Rabu.

Beliau berkata LTABL mengendalikan lebih 3.4 juta penumpang, 193,000 metrik tan kargo dan 39,798 penerbangan pada tahun lepas.

http://cm.penang.gov.my

Wednesday, December 1, 2010

FENOMENA TERBARU DI YOUTUBE....

Layan......


PABILA ISLAM DIPERSENDA....



Pemimpin bukan Islam PKR semakin menjadi-jadi mencemar ayat-ayat Al-Quran dan membuat tafsiran sendiri. Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kesavan Subramaniam adalah yang terbaru, memanipulasikan Surah Al-Imran.

Ustaz PKR yang 'diiktiraf' memanipulasikan ayat Quran oleh Anwar & Wan Azizah.

Yang sangat menyedihkan sekali ialah apabila si Kesavan bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, semua perwakilan PKR yang hadir menjawab betul tanpa merasa jijik dan jelek melihat ayat Quran diperlekehkan oleh orang bukan Islam.



Surah Al-Imran 190 :-

إِنَّفِي خَلْقِالسَّمَاوَاتِوَالأَرْضِوَاخْتِلاَفِاللَّيْلِوَالنَّهَارِلآيَاتٍلِّأُوْلِيالألْبَابِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,


Tetapi Kesavan Subramaniam secara terang-terangan telah menyalahtafsirkan pula ayat 191 Surah Al-Imran :-


"Agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."

Padahal, tafsiran ayat 191 Al-Imran sebenarnya adalah seperti di bawah :-

الَّذِينَيَذْكُرُونَاللّهَقِيَامًا وَقُعُودًاوَعَلَىَجُنُوبِهِمْوَيَتَفَكَّرُونَفِي خَلْقِالسَّمَاوَاتِوَالأَرْضِرَبَّنَامَاخَلَقْتَهَذا بَاطِلاًسُبْحَانَكَفَقِنَاعَذَابَالنَّارِ

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):` Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Yang lebih menyakitkan hati umat Islam di negara ini ialah cara pemimpin bukan Islam yang menafsir sekerat-sekerat atau sebahagian sahaja ayat-ayat Quran untuk kepentingan diri mereka.

Jika kita rujuk tafsiran ayat 189 Al-Imran, apakah si kafir Kesavan Subramaniam mahu mempercayai maksud surah tersebut ?


وَلِلّهِمُلْكُالسَّمَاوَاتِوَالأَرْضِوَاللّهُعَلَىَكُلِّشَيْءٍقَدِيرٌ

Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Perkasa atas segala sesuatu.

Jika ya, Kesavan Subramaniam sudah tentu menganut agama Islam tetapi beliau masih lagi berstatus kafir dan pasti tidak percaya bahawa langit dan bumi adalah kepunyaan Allah swt. Tidakkah itu hipokrit namanya?

Yang lebih jelas hipokritnya ialah perwakilan Islam PKR yang mengangguk setuju seperti orang jahil dan dungu. Patutlah parti PKR sangat berkeras mahu menentang 'ketuanan Melayu' kerana mereka sendiri tidak faham apa yang diperkatakan oleh Wan Azizah dan Anwar Ibrahim!

-MIM





Apa sudah jadi.....??

Tuesday, November 23, 2010







-MPP

WAN AZIZAH DICULIK....!!!





Kononnya perjumpaan Rapat Umum di Auditorium MBSA, Shah Alam adalah diantara pucuk pimpinan parti PKR bersama ahli-ahli parti tersebut. Tetapi mengapa tak kelihatan langsung Wan Azizah selaku Presiden PKR?

Mengapa Anwar Ibrahim yang merupakan penasihat PKR pula yang ditonjolkan dan menjadi keutamaan di Majlis itu? Bukankah Zaid Ibrahim pernah berkata yang jawatan Penasihat PKR ini langsung tak berkuasa didalam PKR?

-MPP


Friday, November 19, 2010

ANWAR DALAM DILEMMA.....

Siapalah Julia Gillard, Perdana Menteri Australia untuk menentukan hala tuju politik negara?

Inilah persoalannya apabila Anwar Ibrahim sekali lagi menagih simpati pihak luar untuk membantu membersihkan diri beliau daripada kes sodomi yang beliau sedang hadapi.

Sebagai Perdana Menteri Australia ke 27 menggantikan Kevin Rudd dan juga ketua Parti Buruh yang baru, Julia Gillard juga mempunyai masaalah politik sendiri di Australia. Parti Buruh beliau gagal untuk membentuk kerajaan majoriti kerana kekurangan empat kerusi.

Tatkala itu, Parti Buruh dan Parti Campuran (Liberal/Nasional) masing-masing memenangi 72 kerusi di Dewan Perwakilan Australia yang berisi 150 kerusi,

Maka terjadi parlimen tergantung pertama dalam sejarah Australia sejak tahun 1940. Gillard bernasib baik kerana telah meraih sokongan empat ahli parlimen crossbench (tiga bebas dan satu Green) untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam kerajaan minoriti pimpinan Buruh.

Pada 9 Julai 2010, Julia Gillard nyaris terkena balingan telur oleh penunjuk perasaan ketika tiba di foyer Badan Penyiaran Australia (ABC) di Perth, Australia. Mereka membantah dasar kerajaan yang menyekat perlindungan suaka politik dan dasar alam sekitar.

Telur yang dibaling oleh lelaki di sebelah kiri yang hampir mengenai Julia Gillard.

Dan jika merujuk kepada 'human rights' negara Australia, liwat atau pun sodomi adalah satu perkara yang normal dan diterima pakai untuk pasangan gay di sana!

Malah, Melissa Parker, MP Australia Barat adalah MP terbaru dari Parti Buruh yang menyokong perkahwinan gay di Australia! Maka apalah salahnya bersodomi di mata mereka? Klik sini

Realitinya, temuramah Anwar Ibrahim dengan SkyNews beberapa hari yang lepas merupakan satu lagi tindakan terdesak pengkhianat bangsa ini untuk memburuk-burukkan nama baik negara Malaysia. Temuramah itu juga dilaporkan di dalam ABC Australia Radio dan The Austrlian News.


Walaubagaimana cara pun, kerajaan negara Australia tentu tahu bahawa penglibatan mereka di dalam senario politik negara Malaysia tidak akan mengubah apa-apa. Mereka tahu bahawa sebagai negara yang berdaulat, mereka tidak akan mampu untuk menyuruh kerajaan Malaysia supaya tunduk dengan desakan mereka.

Anwar Ibrahim juga tahu bahawa umpan yang beliau berikan kepada kerajaan Australia tidak akan menjadi. Sebelum ini pun, beliau sudah beberapa kali memburuk-burukkan negara Malaysia di dalam portal berita di Australia seperti Australia NewsHour tetapi kokokan beliau sedikit pun tidak mengoncang kerajaan BN.

Malah hujah Anwar Ibrahim yang memburuk-burukkan sistem pilihanraya negara ini tentunya dipandang sinis oleh kerajaan Australia kerana jika benar, Anwar Ibrahim dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin akan menang di sebarang kawasan pilihanraya. Pakatan Rakyat tidak mungkin akan menjadi kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Dan jika rujuk kepada temuramah bertulis di antara Linda Mottram dan Anwar Ibrahim di dalam web RadioAustralia, kenyataan Anwar Ibrahim sebenarnya tidak kuat dan tidak akan memberi sebarang impak kepada kerajaan BN hari ini. Klik Sini. Beliau lebih banyak membebel isu-isu superficial dan konsep 'human rights' ciptaan beliau sendiri.


Yang menjadi persoalannya ialah apakah Anwar Ibrahim sudah mengaku kalah kerana tidak dapat simpati dari rakyat Malaysia itu sendiri?

Persoalan ini timbul kerana dari sehari ke sehari, aura politik Anwar Ibrahim semakin malap. Parti PKR yang sebelum ini mendapat sokongan rakyat telah hampir hancur dengan skandal penyalahgunaan kuasa dan kronisme yang kuat di antara orang pilihan beliau.

Pendedahan demi pendedahan dan tindakan Zaid Ibrahim keluar daripada pemilihan PKR merupakan beberapa bukti yang menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim sudah tidak lagi berupaya untuk mengendali sebuah parti politik.

Yang terbaru ialah Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, PS Jenapala menfailkan saman bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa pemilihan PKR adalah tidak sah dan terbatal!

Dan jika kita perhatikan, apakah kokokan Anwar Ibrahim di Australia itu sebenarnya untuk mengaburi serta memesongkan perhatian rakyat negara ini daripada kekusutan yang berlaku di dalam pemilihan PKR yang sedang berjalan sekarang?

Anwar Ibrahim semakin terdesak!!

Sumber Fotostat : MIM

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDIL ADHA


اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، وَلِلّهِ الْحَمْ...


Monday, November 15, 2010

FELDA DIAMBANG KEMUSNAHAN


Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS, Mazlan Aliman sebenarnya cuba mengabui mata rakyat tentang faedah yang telah diberikan oleh FELDA terhadap peneroka-penerokanya.

Seboleh-bolehnya, binatang politik dari PAS ini mahu para peneroka membenci FELDA. Ini matlamat sebenar Mazlan bagi membolehkan dia mengaut keuntungan dari kemarahan peneroka-peneroka terhadap agensi kerajaan tersebut.

Selama ini, Mazlan dan juga pembangkang di Malaysia menuduh bahawa FELDA telah berlaku zalim kepada para peneroka dibawahnya. Apakah dakwaan ini benar?

Mungkin ramai diantara peneroka yang kurang peka tentang sumbangan yang FELDA berikan selama ini. Mereka-mereka yang dengkikan agensi ini hanya mewar-warkan bahawa FELDA menindas peneroka sedangkan sebenarnya FELDA langsung tak mendapat apa-apa dari ladang milik peneroka secara terus.

Sebaliknya Felda yang memberi perkhidmatan PERCUMA kepada peneroka dengan membiayai sepenuhnya kos pengurusan, membina pelbagai kemudahan, infrastruktur, mengadakan program pembangunan sosial, insentif, kebajikan, pendidikan serta kemahiran kepada generasi muda Felda.

FELDA cuma memperolehi sumber pendapatannya dari ladang TANPA peneroka yang diambilalih serta diurus secara komersial. Selain itu, pelaburan keatas hasil pertanian juga menjadi sumber yang dijana oleh pihak FELDA. Dan bakinya, FELDA menjana pendapatan melalui sumber dalaman mereka sendiri.

Hasil yang diperolehi melalui ladang milik peneroka sebenarnya adalah hasil mutlak peneroka dan langsung tak disentuh oleh pihak FELDA. Dalam erti kata lain, FELDA hanya membantu didalam aspek pengurusan, tetapi hasil keuntungan diperolehi sepenuhnya pemilik ladang.

Inilah fakta sebenar yang cuba ditutup oleh Mazlan Aliman dan juga Pakatan Pembangkang. Mazlan dan PAS kini menuduh bahawa FELDA amat zalim kepada para peneroka dibawah naungan agensi tersebut.

Tetapi dengan segala fitnah serta tohmahan jahat terhadap FELDA yang cuba dicetuskan oleh "binatang-binatang politik" pembangkang ini, siapakah yang zalim sebenarnya

-MPP

Layakkah PAS memengang kerusi ketua pembangkang mengantikan Anwar Ibrahim??

Sanggupkah DAP melihat PAS menguasai kerusi ketua pembangkang??


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba berdolak-dalik apabila enggan mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim yang mengutarakan seorang pemimpin dari Pas sepatutnya menjadi ketua pakatan pembangkang.

Beliau sebaliknya cuba mencari 'jalan selamat' dengan mengatakan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menjalani proses pengundian parti dan tidak sesuai untuknya mengulas isu tersebut. -Utusan Malaysia

Petikan dari rakan blogger Semut Hitam

Kenapa Ketua Pembangkangnya bukan dari PAS sewaktu penubuhan Pakatan Rakyat? Adakah pemimpin - pemimpin PAS tidak ada kredibiliti untuk mengetuai pakatan?

Sebaliknya mereka memilih Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Pada hal, usia Anwar dalam puak - puak pembangkang masih mentah jika dibandingkan dengan pemimpin - pemimpin PAS mahupun DAP.

Tetapi apabila Pakatan dibentuk, PAS seolah - olah menjadi pihak ketiga sedangkan dahulu merekalah juara dalam pembangkang. DAP pun takut kepada mereka. Mana mampu DAP bersuara dan secara terang - terangan menentang dasar perjuangan PAS iaitu melaksanakan hudud dan menubuhkan Negara Islam.

Jelas, inilah perubahan besar yang berlaku dalam PAS hari ini. Mereka sudah semakin lemah apabila dipimpin oleh Presiden baru mereka.

Namun, apabila kemelut dalaman yang melanda DAP dan PKR, mereka cuba mengambil peluang. Kononnya mereka bersedia menjadi Ketua Pembangkang pada bila - bila masa sahaja jika ia dipersetujui oleh rakan - rakan lain.

"Kalau ada orang lantik kita (pemimpin Pas), kita terima saja. Kalau kawan-kawan (parti dalam pakatan pembangkang) setuju lantik kita, kita setuju saja. Apa salahnya,"

Mana mungkin DAP akan bersetuju untuk menjadi pengikut kepada PAS. Adakah Harun Taib ini bermimpi disiang hari apabila beliau berkata demikian? Mati hidup semula, Lim Kit Siang Ikan tidak akan mengikut PAS walaupun sebagai Ketua Pembangkang.

Adakah PAS sanggup bersekongkol dengan DAP agar meliberalkan Malaysia? Ke mana perginya perjuangan mereka yang sering dialungkan selama ini? Atau adakah PAS sanggup menjadi kuda tunggangan DAP semata - mata dengan menuruti segala tuntutan dan kemahuannya? Wallahualam.


**nampaknya perjuangan PAS untuk menegakkan ISLAM telah hilang dimamah DAP...perjuangan terbaru PAS membontot Anwar dan DAP....
Dalam satu artikel kolum berjudul "Tujuh Kesilapan", Timbalan Ketua Editor Sin Chew Daily, Lim Sue Goan menyenaraikan tujuh kesilapan yang dilakukan Anwar, menurut penilaiannya terhadap Anwar dalam tempoh lebih dua tahun kebelakangan ini.

Pertama, Anwar tidak respon kepada Program Transformasi Ekonomi yang diketengahkan oleh PM Najib;

Kedua, membiarkan semangat Pakatan Rakyat untuk terus menjunam;

Ketiga, tidak melaksanakan idealisme reformasi;

Keempat, organisasi Pakatan Rakyat yang lemah;

Kelima, Anwar tidak menggunakan pengalamannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menggabungkan sumber politik yang ada di empat negeri Pakatan Rakyat, misalnya mengemukakan dasar penyelesaian ekonomi;

Keenam, gagal menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR;

Ketujuh, kekurangan daya pimpinan dan membuat pertimbangan.

Menurut Lim Sue Goan, Anwar memperlihatkan semangat yang tinggi sebelum 8 Mac 2008, tetapi amat berbeza setelah terjerat dengan kes mahkamah dan kegagalan rancangan 16 September 2008.

-MPP

Wow!!..96 lesen premis RUMAH URUT dan 1,376 lesen HIBURAN AWAM telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepanjang tahun 2009.

Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow.

Katanya lagi, berikutan pemberian lesen baru itu, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM880,677.

Ini baru premis-premis yang halal...bagaimana pula yang premis-premis yang haram yang beroperasi selama ini??tak terkira banyaknya.

Dengan bukanya lebih banyak premis-premis seperti ini maka lebih banyak lah masalah sosaial yang akan wujud di Pulau Pinang.

Kemungkinan LGE ini menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura atau Thailand supaya dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung yang inginkan hiburan melawat Pulau Pinang. Tidak kira dari dalam atau luar negara.


Kemana hilangnya Ustaz-ustaz dari PKR & PAS...tak kan duduk diam saja kot..??


**orang cina buat duit, orang Melayu dapat apa?? Tak kan nak dapat dosa saja kot....

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.