Tuesday, November 23, 2010
WAN AZIZAH DICULIK....!!!




Friday, November 19, 2010
ANWAR DALAM DILEMMA.....
Inilah persoalannya apabila Anwar Ibrahim sekali lagi menagih simpati pihak luar untuk membantu membersihkan diri beliau daripada kes sodomi yang beliau sedang hadapi.
Sebagai Perdana Menteri Australia ke 27 menggantikan Kevin Rudd dan juga ketua Parti Buruh yang baru, Julia Gillard juga mempunyai masaalah politik sendiri di Australia. Parti Buruh beliau gagal untuk membentuk kerajaan majoriti kerana kekurangan empat kerusi.
Tatkala itu, Parti Buruh dan Parti Campuran (Liberal/Nasional) masing-masing memenangi 72 kerusi di Dewan Perwakilan Australia yang berisi 150 kerusi,
Maka terjadi parlimen tergantung pertama dalam sejarah Australia sejak tahun 1940. Gillard bernasib baik kerana telah meraih sokongan empat ahli parlimen crossbench (tiga bebas dan satu Green) untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam kerajaan minoriti pimpinan Buruh.
Pada 9 Julai 2010, Julia Gillard nyaris terkena balingan telur oleh penunjuk perasaan ketika tiba di foyer Badan Penyiaran Australia (ABC) di Perth, Australia. Mereka membantah dasar kerajaan yang menyekat perlindungan suaka politik dan dasar alam sekitar.
Telur yang dibaling oleh lelaki di sebelah kiri yang hampir mengenai Julia Gillard.Dan jika merujuk kepada 'human rights' negara Australia, liwat atau pun sodomi adalah satu perkara yang normal dan diterima pakai untuk pasangan gay di sana!
Malah, Melissa Parker, MP Australia Barat adalah MP terbaru dari Parti Buruh yang menyokong perkahwinan gay di Australia! Maka apalah salahnya bersodomi di mata mereka? Klik sini
Realitinya, temuramah Anwar Ibrahim dengan SkyNews beberapa hari yang lepas merupakan satu lagi tindakan terdesak pengkhianat bangsa ini untuk memburuk-burukkan nama baik negara Malaysia. Temuramah itu juga dilaporkan di dalam ABC Australia Radio dan The Austrlian News.

Walaubagaimana cara pun, kerajaan negara Australia tentu tahu bahawa penglibatan mereka di dalam senario politik negara Malaysia tidak akan mengubah apa-apa. Mereka tahu bahawa sebagai negara yang berdaulat, mereka tidak akan mampu untuk menyuruh kerajaan Malaysia supaya tunduk dengan desakan mereka.
Anwar Ibrahim juga tahu bahawa umpan yang beliau berikan kepada kerajaan Australia tidak akan menjadi. Sebelum ini pun, beliau sudah beberapa kali memburuk-burukkan negara Malaysia di dalam portal berita di Australia seperti Australia NewsHour tetapi kokokan beliau sedikit pun tidak mengoncang kerajaan BN.
Malah hujah Anwar Ibrahim yang memburuk-burukkan sistem pilihanraya negara ini tentunya dipandang sinis oleh kerajaan Australia kerana jika benar, Anwar Ibrahim dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin akan menang di sebarang kawasan pilihanraya. Pakatan Rakyat tidak mungkin akan menjadi kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Dan jika rujuk kepada temuramah bertulis di antara Linda Mottram dan Anwar Ibrahim di dalam web RadioAustralia, kenyataan Anwar Ibrahim sebenarnya tidak kuat dan tidak akan memberi sebarang impak kepada kerajaan BN hari ini. Klik Sini. Beliau lebih banyak membebel isu-isu superficial dan konsep 'human rights' ciptaan beliau sendiri.

Yang menjadi persoalannya ialah apakah Anwar Ibrahim sudah mengaku kalah kerana tidak dapat simpati dari rakyat Malaysia itu sendiri?
Persoalan ini timbul kerana dari sehari ke sehari, aura politik Anwar Ibrahim semakin malap. Parti PKR yang sebelum ini mendapat sokongan rakyat telah hampir hancur dengan skandal penyalahgunaan kuasa dan kronisme yang kuat di antara orang pilihan beliau.
Pendedahan demi pendedahan dan tindakan Zaid Ibrahim keluar daripada pemilihan PKR merupakan beberapa bukti yang menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim sudah tidak lagi berupaya untuk mengendali sebuah parti politik.
Yang terbaru ialah Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, PS Jenapala menfailkan saman bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa pemilihan PKR adalah tidak sah dan terbatal!
Dan jika kita perhatikan, apakah kokokan Anwar Ibrahim di Australia itu sebenarnya untuk mengaburi serta memesongkan perhatian rakyat negara ini daripada kekusutan yang berlaku di dalam pemilihan PKR yang sedang berjalan sekarang?
Anwar Ibrahim semakin terdesak!!
Sumber Fotostat : MIM
Wednesday, November 17, 2010
SALAM AIDIL ADHA
Monday, November 15, 2010
FELDA DIAMBANG KEMUSNAHAN

Seboleh-bolehnya, binatang politik dari PAS ini mahu para peneroka membenci FELDA. Ini matlamat sebenar Mazlan bagi membolehkan dia mengaut keuntungan dari kemarahan peneroka-peneroka terhadap agensi kerajaan tersebut.
Selama ini, Mazlan dan juga pembangkang di Malaysia menuduh bahawa FELDA telah berlaku zalim kepada para peneroka dibawahnya. Apakah dakwaan ini benar?
Mungkin ramai diantara peneroka yang kurang peka tentang sumbangan yang FELDA berikan selama ini. Mereka-mereka yang dengkikan agensi ini hanya mewar-warkan bahawa FELDA menindas peneroka sedangkan sebenarnya FELDA langsung tak mendapat apa-apa dari ladang milik peneroka secara terus.
Sebaliknya Felda yang memberi perkhidmatan PERCUMA kepada peneroka dengan membiayai sepenuhnya kos pengurusan, membina pelbagai kemudahan, infrastruktur, mengadakan program pembangunan sosial, insentif, kebajikan, pendidikan serta kemahiran kepada generasi muda Felda.
FELDA cuma memperolehi sumber pendapatannya dari ladang TANPA peneroka yang diambilalih serta diurus secara komersial. Selain itu, pelaburan keatas hasil pertanian juga menjadi sumber yang dijana oleh pihak FELDA. Dan bakinya, FELDA menjana pendapatan melalui sumber dalaman mereka sendiri.
Hasil yang diperolehi melalui ladang milik peneroka sebenarnya adalah hasil mutlak peneroka dan langsung tak disentuh oleh pihak FELDA. Dalam erti kata lain, FELDA hanya membantu didalam aspek pengurusan, tetapi hasil keuntungan diperolehi sepenuhnya pemilik ladang.
Inilah fakta sebenar yang cuba ditutup oleh Mazlan Aliman dan juga Pakatan Pembangkang. Mazlan dan PAS kini menuduh bahawa FELDA amat zalim kepada para peneroka dibawah naungan agensi tersebut.
Tetapi dengan segala fitnah serta tohmahan jahat terhadap FELDA yang cuba dicetuskan oleh "binatang-binatang politik" pembangkang ini, siapakah yang zalim sebenarnya
-MPP
SIAPA KETUA PEMBANGKANG YANG BARU?? DAP ATAU PAS

Sanggupkah DAP melihat PAS menguasai kerusi ketua pembangkang??
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba berdolak-dalik apabila enggan mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim yang mengutarakan seorang pemimpin dari Pas sepatutnya menjadi ketua pakatan pembangkang.
Beliau sebaliknya cuba mencari 'jalan selamat' dengan mengatakan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menjalani proses pengundian parti dan tidak sesuai untuknya mengulas isu tersebut. -Utusan Malaysia
Petikan dari rakan blogger Semut HitamKenapa Ketua Pembangkangnya bukan dari PAS sewaktu penubuhan Pakatan Rakyat? Adakah pemimpin - pemimpin PAS tidak ada kredibiliti untuk mengetuai pakatan?
Sebaliknya mereka memilih Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Pada hal, usia Anwar dalam puak - puak pembangkang masih mentah jika dibandingkan dengan pemimpin - pemimpin PAS mahupun DAP.
Tetapi apabila Pakatan dibentuk, PAS seolah - olah menjadi pihak ketiga sedangkan dahulu merekalah juara dalam pembangkang. DAP pun takut kepada mereka. Mana mampu DAP bersuara dan secara terang - terangan menentang dasar perjuangan PAS iaitu melaksanakan hudud dan menubuhkan Negara Islam.
Jelas, inilah perubahan besar yang berlaku dalam PAS hari ini. Mereka sudah semakin lemah apabila dipimpin oleh Presiden baru mereka.
Namun, apabila kemelut dalaman yang melanda DAP dan PKR, mereka cuba mengambil peluang. Kononnya mereka bersedia menjadi Ketua Pembangkang pada bila - bila masa sahaja jika ia dipersetujui oleh rakan - rakan lain.
"Kalau ada orang lantik kita (pemimpin Pas), kita terima saja. Kalau kawan-kawan (parti dalam pakatan pembangkang) setuju lantik kita, kita setuju saja. Apa salahnya,"
Mana mungkin DAP akan bersetuju untuk menjadi pengikut kepada PAS. Adakah Harun Taib ini bermimpi disiang hari apabila beliau berkata demikian? Mati hidup semula, Lim Kit Siang Ikan tidak akan mengikut PAS walaupun sebagai Ketua Pembangkang.
Adakah PAS sanggup bersekongkol dengan DAP agar meliberalkan Malaysia? Ke mana perginya perjuangan mereka yang sering dialungkan selama ini? Atau adakah PAS sanggup menjadi kuda tunggangan DAP semata - mata dengan menuruti segala tuntutan dan kemahuannya? Wallahualam.
**nampaknya perjuangan PAS untuk menegakkan ISLAM telah hilang dimamah DAP...perjuangan terbaru PAS membontot Anwar dan DAP....
KEKUATAN ANWAR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG
Dalam satu artikel kolum berjudul "Tujuh Kesilapan", Timbalan Ketua Editor Sin Chew Daily, Lim Sue Goan menyenaraikan tujuh kesilapan yang dilakukan Anwar, menurut penilaiannya terhadap Anwar dalam tempoh lebih dua tahun kebelakangan ini.Pertama, Anwar tidak respon kepada Program Transformasi Ekonomi yang diketengahkan oleh PM Najib;Menurut Lim Sue Goan, Anwar memperlihatkan semangat yang tinggi sebelum 8 Mac 2008, tetapi amat berbeza setelah terjerat dengan kes mahkamah dan kegagalan rancangan 16 September 2008.
Kedua, membiarkan semangat Pakatan Rakyat untuk terus menjunam;
Ketiga, tidak melaksanakan idealisme reformasi;
Keempat, organisasi Pakatan Rakyat yang lemah;
Kelima, Anwar tidak menggunakan pengalamannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menggabungkan sumber politik yang ada di empat negeri Pakatan Rakyat, misalnya mengemukakan dasar penyelesaian ekonomi;
Keenam, gagal menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR;
Ketujuh, kekurangan daya pimpinan dan membuat pertimbangan.
-MPP
HUB HIBURAN & PUSAT URUT TERBARU DI MALAYSIA

Wow!!..96 lesen premis RUMAH URUT dan 1,376 lesen HIBURAN AWAM telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepanjang tahun 2009.
Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow.
Katanya lagi, berikutan pemberian lesen baru itu, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM880,677.
Ini baru premis-premis yang halal...bagaimana pula yang premis-premis yang haram yang beroperasi selama ini??tak terkira banyaknya.
Dengan bukanya lebih banyak premis-premis seperti ini maka lebih banyak lah masalah sosaial yang akan wujud di Pulau Pinang.
Kemungkinan LGE ini menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura atau Thailand supaya dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung yang inginkan hiburan melawat Pulau Pinang. Tidak kira dari dalam atau luar negara.
Kemana hilangnya Ustaz-ustaz dari PKR & PAS...tak kan duduk diam saja kot..??
**orang cina buat duit, orang Melayu dapat apa?? Tak kan nak dapat dosa saja kot....
Friday, November 12, 2010
MISI BANTUAN MANGSA BANJIR OLEH PEMUDA UMNO/BN MALAYSIA

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar yang mengetuai gotong royong di daerah Alor Star berkata, misi ini dilaksanakan bagi meringankan beban mangsa banjir untuk mengemas dan membasuh rumah selain membantu membersihkan sekolah surau, masjid, balai raya, dan sebagainya.
Menurut beliau, misi tersebut adalah bantuan tambahan bagi membantu sukarelawan yang telah pun berada di sana sebelum ini.
“Apa yang kami perhatikan, banyak rumah rumah bangunan-bangunan awam belum dibersihkan dan keadaannya amat kotor dan menyedihkan,justeru misi bantuan Sukarelawan BN diharapkan dapat meringangkan beban mereka yang terlibat bagi membersihkan rumah mangsa di kawasan masing-masing “ katanya ketika ditemui di sini pagi kelmarin.
Menurut Jamawi yang exco angkat kepada Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Alor Star, sukarelawan Pemuda BN juga berterima kasih atas kerjasama Kelab Putra 1 Malaysia yang diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Rahim bersama anggotanya juga masyarakat setempat yang prihatin menjalankan misi bantuan ini
Tambah Jamawi bantuan yang diberikan itu tidak akan mengira ideologi politik, agama dan kaum dimana bagi sukarelawan Pemuda BN, kesempatan turun padang ini juga dimanfaatkan untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat.
Dalam perkembangan yang sama Jawawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom meminta penduduk yang terjejas dengan masalah banjir ini agar sentiasa mengutamakan aspek kebersihan
Katanya, pelbagai penyakit bawaan ekoran masalah banjir mudah merebak oleh itu katanya, mereka perlu berwaspada dan sentiasa mengutamakan aspek kebersihan dalam pemakanan dan juga persekitaran bagi mengelakkan kesihatan mereka terjejas.
Sementara itu rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa syukur serta terima kasih mereka atas keprihatinan Sukarelawan Pemuda BN yang sanggup turun padang bukan sahaja membantu semasa mereka dilanda banjir namun turut membantu membersihkan kawasan dan rumah masing-masing selepas banjir beransur-ansur pulih.




SOKONG PAS ANDA MASUK SYORGA...
PARTI KATA PERGI, KUBUR KATA MARI...
“Bagi saya dah tiba masanya Anwar Ibrahim tengok cermin, nilai balik diri, muhasabah…..masa ada lagi….yang nabi sebut umur 63 ni umur dah masuk zon maut…..elok dia muhasabah….dan saya akan pergi jauh lagi supaya dia lebih bertaubat”.
Demikian pandangan bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bekas peguam, Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Zulkifli Nordin kepada UMNO-Online sebagai mengulas kenyataan Datuk Zaid Ibrahim bahawa segala permasalahan yang timbul dalam PKR dan kekalutan pada pemilihan parti yang menyaksikan pelbagai aktiviti penyelewengan serta penipuan berleluasa adalah manifestasi kelemahan Anwar.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu seterusnya berkata Anwar sebenarnya bukan sahaja sudah menjadi penyakit dan punca masalah kepada PKR malah menjadi liabiliti pada negara.
Justeru beliau menasihatkan Anwar agar menerima secara terbuka nasihat bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar Anwar bersara dan beri peluang kepada pemimpin lain.
“Kita bukan tak nak pembangkang tapi pembangkang yang sihat supaya dapat mengimbangi pemerintah. Kita tak mahu pembangkang yang menjurus kepada hal diri dia saja.
“Bukti jelas baru-baru ini di Dewan Rakyat semasa bahas usul YB Ipoh Timur berkenaan peguam negara, Anwar bangun….dia cakap pasal diri dia, dia tak sentuh pasal parti dia, pasal negara, masalah rakyat, dia sebut pasal peribadi dia saja”, katanya.
Oleh kerana itu tambah beliau lagi seperti yang disarankan Datuk Zaid Ibrahim bahawa Anwar perlu berundur dan selesaikan dulu masalah peribadinya.
Mengenai masa depan PKR pula beliau berpendapat PKR hanya menunggu masa untuk berkubur.
“PKR ni bukan parti pembangkang tapi parti Anwar Ibrahim…itu rakyat kena faham. Perjuangan PKR hanya untuk Anwar Ibrahim…. kalau perjuangannya cara sihat kita boleh terima.
“Masalahnya kaedah yang digunakan dua sahaja…berbohong dan cakap tak serupa bikin…semata-mata untuk mahkotakan Anwar Ibrahim ke Putrajaya…itu yang jadi masalah”, ujarnya. -MediaUMNO
PERIUK NASI ORANG MELAYU DIGANGGU LAGI OLEH GUAN ENG

Dimanakah ketelusan yang di laung-laungkan oleh Guang Eng dan balacinya dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Baru saja memerintah negeri, dah besar kepala nak asing-asingkan rakyat mengikut pegangan politik. Macam mana la agaknya bila dapat memerintah Malaysia...Huru hara jadinya.
Semasa zama BN memerintah, mana ada pilih bulu dalam pembahagian kerja..orang BN dan orang PR sama saja...semua dapat mencari rezeki di negara Malaysia.
Sudah-sudahla usaha untuk melemahkan orang Melayu di Pulau Pinang...semua orang dah tahu perangai sebenar Ketua Menteri Paling Rasis dalam sejarah Malaysia yang bongok dan bengap..
Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menjelaskan tujuan sepucuk surat menyenaraikan kontraktor yang ada hubung kait dengan Umno Pulau Pinang dan dihantar kepada semua ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.
Shahbudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) yang bersama-sama dengan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang bertindak keluar dewan hari ini, berkata surat bertarikh 27 Oktober dari Pejabat Ketua Menteri itu telah ditanda tangani oleh setiausaha sulit kanannya.
"Sekiranya kerajaan negeri tidak menyenarai hitamkan kontraktor-kontraktor yang ada hubungan dengan Umno ini, mengapa senarai itu dihantar kepada semua ketua-ketua jabatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata untuk kerajaan negeri pimpinan DAP ini menunjukkan mereka betul-betul Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), mereka mesti memberikan projek kepada syarikat yang disenarai dalam surat.
Dalam surat itu, 46 syarikat kontraktor dikesan dan didakwa mempunyai hubung kait dengan Umno.
-Bernama
Thursday, November 11, 2010
JALUT VERSI PAKATAN RAKYAT

Tunggangan ini hanya boleh diklasifikasikan sebagai haiwan belaan yang berjaya dijinakkan oleh tuannya. Menyalaklah mereka apabila melihat tuan mereka dipersoalkan.
Yang terbaru ,khidmat sebagai tukang salak adalah YB Malik Itik. Itik ini bukan sebarang itik ,itik ini boleh menyudu.Anda bayangkan jika donald duck marah.Begitulah Malik Itik akan melatah.
Sebelum ini surat pekililing diedarkan kepada seluruh ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri akan menyenarai hitamkan syarikat yang kononnya ada kaitan dengan UMNO.Malah pertanyaan turut dibuat semasa dewan bersidang oleh Yb Datuk Seri Helmi.
Agak menarik surat yang dikeluarkan oleh pejabat ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri tidak dalam pengetahuan Ng Wei Aik,chauvanist rasis ultra kiasu ini kononnya mengaku tidak tahu menahu tentang kewujudan surat itu.
Tidak sampai 24 jam, Malik Itik berkata memang wujud surat tersebut dan kononnya senarai syarikat yang dituduh ada kaitan dengan Umno hanyalah untuk pemantauan oleh jabatan jabatan kerajaa negeri.
Yb Malik sangka dengan memberi alasan sekupang dua sudah boleh membeli kepercayaan orang lain? Inilah salah satu alasan paling bodoh yang pernah dibuat oleh YB Itik ini. Kerajaan DAP yang memerintah,apa kejadahnya kononnya syarikat kaitan Umno dapat layanan berbeza.Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam Abdul Malik Abul Kassim memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri bahawa kerajaan negeri telah menerima pelbagai aduan daripada kontraktor-kontraktor terutamanya kelas F bahawa masih ada kontraktor yang mendapat layanan berbeza disebabkan kaitan mereka dengan UMNO.
"Senarai kontraktor yang terkandung dalam surat itu bukan bermakna untuk menyenarai hitam mereka yang ada hubungan dengan UMNO tetapi adalah untuk pengetahuan semua jabatan dan agensi kerajaan negeri,” katanya.-utusan
Layan yang bagaimanakah yang dimaksudkan oleh Yb Malik Itik? Adakah layanan istimewa? atau adakah beliau bermaksud jangan beri layanan dan peluang tender langsung kepada syarikat syarikat tersebut?
Kerajaan negeri dibawah DAP,apa kejadahnya mahu dikaitkan dengan perolehan tender dengan Umno pula? Sekarang ini begitu banyak syarikat kaitan PAS,DAP dan PKR sedang berlumba lumba mengaut projek projek sebanyak mungkin. Surat surat sokongan pun cukup laku. CAT kepala hotak hang la. Mana ada telus. Guan Eng sendiri yang tentukan siapa dapat dan siapa tak dapat dalam proses tender di PDC. Apa cerita?
SUMBER : pisau.net
PAS YANG TUNGGANG TEBALIK....

SIAPA MAZLAN ALIMAN??

PUNCA KEJATUHAN PAS DI KEDAH....
Melenting dan panas telinga adalah tanda orang yang bersalah. Dr Azizan ternyata malu besar kerana gagal mengambil tindakan segera dalam membantu mangsa banjir. Jika ada pun mereka hanya memilih bulu, banyak laporan diterima menyatakan Pas merampas balik barang bantuan yang telah diberikan apabila menyedari mereka bukan daripada orang Pas atau penyokong Pas.
Lebih memalukan apabila Menteri Besar hanya memberi 48 tin ikan sardin dalam tin kepada mangsa banjir. Bayangkan 48 tin bukannya 4800 tin. Tidak hairanlah dalam kejadian bencana alam yang menimpa sebahagian penduduk Kedah di Daerah Sungai Petani awal Oktober lalu , beliau hanya memberi bantuan sebanyak RM 20 .00 sahaja. Inikah yang dibanggakan oleh Pas kononnya Pas adalah 'Parti Berkebajikan', sedangkan pada hakikat sebenarnya tidak berlaku sepertimana yang diwar-warkan. Pas hanyalah beretorik umpama cerita dongeng zaman 'Tok Nadoq'.
Kejadian hari ini ialah suatu helah untuk melarikan diri daripada disoal lebih banyak oleh wartwan, jalan yang paling mudah ialah dengan memaki hamun wartawan dan terus meninggalkan sidang media , jalan mudah untuk beliau lari daripada segala masalah yang bakal timbul.
Cuba kita lihat menteri-menteri Umno , adakah mereka memaki hamun wartawan? Mungkin semua wartawan akan menyatakan tidak pernah berlaku, Inikah pemimpin yang akan mentadbir negara kita, Presiden Bush yang kena baling kasut pun tetap cool menghadapi wartwan
Sumber Shanor @ DRI/PapaGomo
Wednesday, November 10, 2010
BERUK MENGGANTIKAN LEMBU DI DUN SERI DELIMA

Thursday, November 4, 2010
TERKINI : KEPUTUSAN RASMI PRK DUN GALAS & PARLIMEN BATU SAPI
PAS : 4134
Undi Rosak : 132
Majoriti : 1190
Peratusan keluar mengundi : 83%

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL
SAPP : 2007
PKR : 3414
Undi Rosak : 372
Majoriti : 6359
Peratusan keluar mengundi : 61%
Tahniah kepada Calon BN dan juga semua jentera-jentera BN yang bertungkus-lumus bagi merealisasikan kemenangan yang telah dicapai. Tahniah dan terima kasih juga kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah dan mentadbir.
LIVE : KEPUTUSAN TERKINI PRK DUN GALAS

(tak rasmi)
PAS:4108
Majoriti:1069
Peti Undi Kampung Bharu Menang majoriti 16
Peti Undi Kampung Pulai Menang majoriti 44
Peti Undi Sungai Ber Menang Majoriti 158
Peti Undi Lepan Tupai Menang Majoriti 80
Peti Undi Bandar Lama Gua Musang BN Menang Majoriti 37
Peti Undi Balar BN Menang majoriti 112
Peti Undi Bihai BN Menang majoriti 228
Peti Undi Hau Bn Menang majoriti 49
Peti Undi Brook Bn Menang majoriti 346
Peti Undi Belatim BN Menang 108
Peti Undi Sungai Terah BN Kalah majoriti 258
Keputusan PRK Batu Sapi
SAPP:1018
PKR:1709
Majoriti:3342 BN Menang
GULA-GULA PENYEDAP DARI PAS
Ini bukan rasuah tapi inilah dinamakan gula-gula penyedap dari PAS untuk mendapatkan undi.
TERKINI : PARTI BERTOPENGKAN ISLAM MENGANAS LAGI DI GALAS

Sehingga 3.00ptg peratusan keluar mengundi sebanyak 66.23% atau 7651 orang di DUN Galas. Ini tak termasuk pengundi dari 5 pos orang asli..
Susulan dari laporan pagi tadi :
Kejadian tersebut berlaku jam 11.30 pagi itu apabila Suzaini Adlina, 37, diserang dari arah belakang oleh wanita itu yang menggunakan batang bendera PAS menyebabkan beliau cedera di dahi dan hidung.
**dengar-dengar cerita BN menang di Galas. Kalau betul la ramalan tersebut, Syukur alhamdulillah..rakyat Kelantan telah mula membuka mata untuk menerima perubahan.
BALA MULA MENIMPA PAS
KUALA LUMPUR 4 Nov. – Sebahagian ruang pejabat bangunan tujuh tingkat ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini, musnah dijilat api dalam kebakaran hari ini. Kebakaran pukul 8.30 pagi itu disedari seorang kakitangan di bangunan tersebut ketika ingin memulakan kerja.
Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit, Fazlee Alias memberitahu, seramai 26 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Chow Kit dan Sentul bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan. – Utusan
TERKINI : LAPORAN BERGAMBAR - DUN GALAS





Penyokong PAS bagaikan hilang pedoman apabila dalam melakukan provokasi melampau sekali lagi sehinggakan seorang lagi puteri UMNO di pukul dengan kayu bendera. Puteri tersebut cedera di bahagian hidung dan sedang mendapat rawatan di Hospital Gua Musang.Pihak PAS nampaknya makin terdesak dan menggunakan taktik Zionis apabila ramai di antara mereka memaki hamun para penyokong BN yang ada di sana.
Tidak kurang itu juga tindakan Provokasi mereka di lemparkan kepada pihak Polis yang sedang mengawal keadaan di sana dengan mengelarkan
"Polis Anjing Kerajaan"
Itu lah sikap sebenar puak PAS yang kononya Islam tetapi sebenarnya mereka ini JAHIL dan berperangai Buruk sama sekali.
-papagomo
RSS Feed
Twitter













