Monday, October 4, 2010

Hj Hadi Presiden PAS bercakap dihadapan ribuan peserta di majlis Itjima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan menegaskan kononnya PAS adalah parti yang memimpin dan bukan parti yang dipinggirkan.

Dalam ucapannya, Haji Hadi sebenarnya cuba menutup sifat semulajadi PAS yang sebenar iaitu menjadi parti tunggangan DAP dan PKR.

Petikan dari rakan blogger pisau.net

Pisau berasakan Hj Hadi berbohong dalam erti kata yang sebenar menyembunyikan realiti sebenar betapa khawarij PAS sudah menjadi jalangan politik habuan selingkohan DAP.Mengapa Pisau katakan realiti disembunyikan,ini adalah kalangan penyokong khawarij terlalu jumud dan tidak nampak pandangan masyarakat terhadap mereka ibarat hamba abdi kepada PKR dan DAP.

2 parti ini memandang khawarij PAS sebagai parti paling paria dan kasta paling rendah didalam pakatan.Sebab itulah segala pandangan pemimpin khawarij PAS tidak pernah diambil berat oleh PKR dan DAP.

Sejak PRU12,kita tidak pernah mendengar mana mana pemimpin khawarij PAS membangkang tindakan DAP.Malah Nik Aziz si wali selipar khawarij pun tidak berani langsung terhadap Kit Siang dan Karpal mengenai isu hudud dan negara Islam.

petikan dari harakah daily pula mengatakan

Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,” tegasnya ketika merasmikan Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 di Masjid Rusila, malam tadi.- Hj Hadi
Betul ke menjadi parti yang memimpin? menjadi parti yang menjadi teras? Ternyata kenyataan itu bercanggah dengan realiti. PAS hanyalah parti tangkap muat bagi DAP dan PKR untuk mendapat sokongan orang Melayu. Secara terang-terangan kita boleh lihat bagaimana Kit Siang mempengaruhi perjuangan yang dibawa oleh PAS iaitu melaksanakan Hukum Hudud.

Semalam bertempat di Bukit Mertajam, berpuluh-puluh warga emas sekitar kawasan Bukit Mertajam telah memulangkan kembali wang ehsan RM100 kepada kerajaan Lim Guan Eng DAP. ini adalah foto dan juga video yang sempat diambil untuk tatapan semua.

Sebanyak lebih kurang RM5000 telah berjaya dikumpul dan akan diserahkan kepada UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang menjadi sebagai wakil untuk dikembalikan kepada Lim Guan Eng.






Dengar cerita ada banyak lagi tempat di Pulau Pinang nak kumpul balik wang ehsan RM100 hasil judi untuk dikembalikan pada kerajaan negeri. Nampaknya kerajaan negeri dibawah pimpinan Guan Eng memang betul cekap dalam bab berjimat cermat dan menguruskan wang kerajaan negeri. Tak rugi kerajaan negeri keluarkan pelaburan untuk menawan hati warga emas di Pulau Pinang kerana tak sampai sebulan, pelaburan tu dah matang...kerajaan negeri dapat balik duit yang di keluarkan...hahahhahaa...Tahniah kepada ketua menteri yang berjaya menyatukan dan menyedarkan orang melayu di Pulau Pinang. Lain kali buat lagi.......

Sunday, October 3, 2010

WAJIB SANTAI : APA KATA NIK AZIZ

**Apa pula kata orang Islam di Pulau Pinang pasal isu wang ehsan RM100 hasil judi kuda sumbangan kerajaan negeri Guan Eng diatas penghargaan kepada warga emas di Pulau Pinang.....

Semakin ramai yang menolak kepimpinan Lim Guan Eng di P.Pinang. Daripada warga emas hinggalah ke generasi muda, semuanya semakin meluat dengan Ketua Menteri kaki bohong ini.

Semalam di Bayan Baru, rasa tak puas hati warga emas dengan pembohongan Lim Guan Eng didalam hal dana Program Basmi Kemiskinan semakin membara. Kali ini, 70 orang warga emas bertindak memulangkan kembali "wang haram" tersebut sambil mengecam pembohongan Lim Guan Eng.

Tak habis di situ, Guan Eng terus "dihentam" apabila sekumpulan anak muda yang dipercayai berang dengan sikap Guan Eng yang berbohong kepada warga emas, bertindak menunggu kepulangan Ketua Menteri dari Melbourne di lapangan terbang Bayan Lepas.

Ketibaan Guan Eng disambut dengan kain rentang serta sorakan "booooo" serta "Ketua Menteri Pembohong"!



Nampaknya, kerusi Ketua Menteri yang diduduki oleh Setiausaha DAP ini di P.Pinang semakin panas. Dia semakin teruk "diserang" kiri dan kanan akibat dari sikapnya yang tak sensitif kepada masyarakat sekitar negeri. baca seterusnya...

Sumber : MPP

Ada perkhabaran yang diterima daripada sms mengatakan bahawa 4hb Oktober 2010 bersamaan 25 Syawal 1431 jam 10 pagi, ramai lagi warga emas yang akan ke KOMTAR untuk menyerahkan wang ehsan yang telah mereka terima kepada kerajaan Lim Guan Eng DAP.

Banyak lagi cerita yang bakal dibongkar....tunggu......




GEORGETOWN 2 Okt. - Seramai 70 lagi warga emas dari Bayan Baru di sini telah memutuskan untuk memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

Habsah Said, 81, dari Permatang Damar Laut berkata, beliau kecewa dan terkejut apabila mendapat tahu bahawa program menghargai warga emas anjuran kerajaan negeri itu diperoleh daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

"Bagi orang islam, kami tidak dibenarkan menerima wang daripada sumber yang dilarang dan ia dianggap sebagai "duit haram" yang mana kami buat keputusan untuk memulangkannya semula," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan oleh Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu di sini, hari ini.

Katanya, beliau menerima wang itu sebelum ini kerana berpendapat ia sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bagi menghargai golongan warga emas.

Seorang lagi warga emas Zainab Abu Bakar, 67, dari Kampung Melayu berkata, beliau memutuskan untuk memulangkan wang itu kepada kerajaan negeri secara sukarela.

Pada 25 Oktober lepas, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dipetik sebagai berkata,beliau menerima menerima sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri dan dialamatkan kepada seorang pegawai kelab itu yang memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menerima RM500,000 baki daripada sumbangan daripada kelab itu.

Pengundi Pulau Pinang yang berumur 60 tahun ke atas yang telah mendaftar dalam program itu layak mendapat bantuan RM100 setahun manakala waris mereka akan menerima RM1,000 selepas kematian mereka. - Bernama

____________________________________________________________

Nampaknya makin ramai warga emas di Pulau Pinang bertekad untuk memulangkan wang ehsan yang diberikan oleh Ketua Menteri Paling Celaka dalam Malaysia. Di Bayan Baru, berpuluh-puluh(tak sempak nak kira sebab ramai sangat) warga emas telah berkumpul untuk memulangkan wang ehsan disebabkan ianya hasil daripada wang judi sumbangan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Hasil kutipan dianggarkan lebih kurang RM6000.00. Beginilah lagak Guan Eng yang membawa perlaksanaan amar ma'ruf nahi mungkar hanya mementingkan popularitinya sebagai ketua menteri sehinggakan sanggup mengadaikan maruah orang Islam dengan pemberian wang hasil judi yang kononya kerajaan negeri pembela rakyat.

Salah seorang warga emas sedang mengira wang pencen suaminya
untuk menggantikan kembali wang ehsan yang diterimanya.

Wang ehsan yang digantikan diserahkan kepada Datuk Rahim Saibo

Wang yang telah dikumpulkan. Lebih Kurang RM6000.00

Warga emas ini memulangkan wang khairat kematian RM1000 yang
diterimanya di Balik Pulau.

Pemimpin-pemimpin UMNO Negeri turut datang untuk memberikan sokongan.


Saksikan klip ini. Ini bukan lakonan, ini betul-betul.



**Nantikan lagi pendedahan esok.









Saturday, October 2, 2010


Akibat tak tahan dengan tekanan yang diterima berikutan pemulangan wang RM100 oleh warga emas, kerajaan DAP P.Pinang melalui wakilnya, Ng Wei Aik telah meminta semua ADUN UMNO memulangkan kembali gaji serta elaun yang diterima daripada kerajaan negeri.

Kata Ng Wei Aik, ini kerana dikhuatiri wang gaji serta elaun tersebut juga dari sumber hasil wang haram dan sumber judi.

Bagi saya, ini adalah tindakan yang paling bodoh malah boleh dikatakan teramat-amat bodoh daripada kerajaan DAP P.Pinang.

Bodoh yang pertama ialah, dengan kenyataan wakil DAP Ng Wei Aik ini, jelas menimbulkan keraguan sama ada memang benarlah selama ini kerajaan negeri DAP mengutip sumbangan (BUKAN CUKAI) dari 253 premis judi dan maksiat di P.Pinang untuk bayar gaji serta elaun pentadbiran negeri.

Bodoh yang kedua dilakukan oleh Ng Wei Aik dan DAP P.Pinang ialah, semua kakitangan pentadbiran negeri termasuklah ADUN UMNO wajib menerima elaun serta gaji kerana mereka BERKERJA. Jadi , yang salah bukan ADUN-ADUN tersebut sebaliknya kerajaaDAP negerilah yang tak berakal!

Dan jika kerajaan DAP negeri membayar gaji dan elaun mereka menggunakan sumber haram dari hasil judi, itu adalah salah kerajaan DAP negeri dan Lim Guan Eng serta DAP boleh disaman dan diambil tindakan kerana menganiaya orang islam kerana sengaja menyalurkan duit judi yang ternyata HARAM.

Ini berbeza pula dengan hal sumbangan kepada warga emas melalui Program Membasmi Kemiskinan di P.Pinang. Warga emas ini tidak berkerja untuk kerajaan DAP negeri dan sumbangan diberi kepada mereka diatas dasar sukarela. Dan mereka berhak memulangkannya pada bila-bila masa apabila mereka syak sesuatu yang tak kena dengan sumber wang tersebut.

Saya rasa, kesebelas ADUN UMNO P.Pinang boleh memulangkan gaji dan elaun mereka kepada kerajaan negeri jika kerajaan DAP negeri mengatakan ia dibayar menggunakan sumber HARAM termasuklah wang sumbangan kelab judi.

Tetapi, Lim Guan Eng dan juga kerajaan negeri harus menggantikan wang gaji dan elaun tersebut dengan “wang yang halal” kerana ADUN UMNO P.Pinang telah berkerja dan berkhidmat untuk rakyat didalam negeri diatas kapasiti sebahagian dari kakitangan kerajaan negeri P.Pinang.

Dan, saya sarankan agar semua ADUN UMNO negeri P.,Pinang mengambil tindakan saman malu kepada Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang kerana menimbulkan keraguan mengenai sumber gaji dan elaun yang mereka terima selama ini.

Sebagai umat Islam, kita dilarang untuk menggunakan hasil yang diragui sumbernya. Apatah lagi apabila dikatakan ia dari hasil wang perjudian seperti dari kelab lumba kuda ini.

Gaji dan elaun semua wakil rakyat UMNO P.Pinang digunakan untuk menyara keluarga. Jadi, nampaknya Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang sengaja mahu menghina umat Islam dengan memberi gaji dan elaun kepada kakitangan negerinya menggunakan hasil dari sumber HARAM!

Sumber : MYKMU

Friday, October 1, 2010


Lagu yang menarik...mesti tonton

GEMPAR : WANG KELUARAN KELUARGA LIM?

Lagi pandangan golongan ulama yang bersetuju dengan tindakan 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan dan wang ihsan RM100 kerajaan negeri Pulau Pinang di Penaga baru-baru ini memulangkan semula wang judi itu .

Iai diulas oleh bekas Mufti Johor iaitu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Mohd. Nooh Gadot berkata, tindakan tersebut dibuat kerana ragu-ragu sumbernya daripada hasil perjudian.

Katanya, ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada bersubahat atau terlibat dengan perbuatan kotor dan keji yang disukai syaitan.

Menurut beliau, ini dapat dibuktikan menerusi surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala serta mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah perbuatan kotor, keji dan jijik serta perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Sehubungan itu, Nooh berkata, bagi umat Islam berhubung makan dan minum amat penting kerana ia ada hubung kait dengan dosa dan pahala.

“Makanan yang datangnya daripada sumber yang haram termasuk judi memberi kesan secara menyeluruh bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi yang lebih penting keturunannya.

“Antara kesannya adalah ia akan membawa penyakit, lembap dan lemah dalam pelajaran serta rosak moral dan keruntuhan akhlak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas Mufti Johor mengulas tindakan 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 bertindak memulangkan semula wang itu kepada kerajaan Pulau Pinang, kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Selain itu, kata Mohd. Nooh, ia juga boleh menyebabkan hilang pedoman dan arah hidup serta terarah melakukan maksiat, dosa, melakukan perkara mungkar, keji dan penyelewengan.

Tambah beliau, orang yang memakan benda haram menyebabkan mereka juga suka mengunjungi majlis-majlis yang tidak berfaedah dan gemar berkawan dan bersahabat dengan orang yang fasik.

“Doa orang sebegini juga, permohonan, hajat, permintaan dan ibadahnya tidak diterima Allah SWT dan yang lebih dahsyat ia akan melahirkan zuriat dan keturunan bermasalah.

“Orang sebegini juga benci perkara-perkara kebaikan dan maaruf seperti ke masjid, surau dan majlis-majlis ilmu dan matinya kelak dalam keadaan su’ulkhatimah (mati dalam keadaan buruk),” katanya.
Mesej jelas supaya tidak pandang remeh hukum Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata, tindakan memulangkan semula wang RM100 semalam merupakan mesej jelas kepada semua pihak supaya tidak memandang remeh hukum dan kesucian Islam.

Wang tersebut yang diragui datangnya daripada sumber perjudian adalah menghina golongan miskin, khususnya kepada orang Islam. “Saya kesal pihak yang dulunya lantang membantah lesen judi bola sepak kini sanggup menggunakan sumber judi untuk membantu orang miskin.

“Justeru, saya rasa walaupun jumlahnya hanya RM100 setiap seorang, mesej yang ingin disampaikan amat jelas iaitu orang miskin tidak wajar diperlakukan dengan sedemikian rupa,” katanya.

PANAS : "Who you gonna call? Nik Aziz!"

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.

Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.

Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.

"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.

"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.

Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.

Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.

Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam.

Sementara itu, menurutnya, sebatang tali air di ladang tersebut dipercayai telah dijadikan oleh suspek-suspek sebagai tempat pembuangan tulang-tulang mangsa di dalam kes berkenaan.

Katanya, bagi mengumpul bahan-bahan bukti itu, sebuah jengkaut digunakan untuk membuat dua tambak di bahagian kiri dan kanan tali air tersebut.

"Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat pula ditugaskan untuk menyedut air di dalam tali air itu. Setelah kering, barulah forensik menjalankan kerja-kerja mengumpul bukti seperti tulang.

"Ia bagaimanapun terpaksa mengambil masa kerana tulang-tulang yang bercampur dengan selut itu terpaksa dibersih satu persatu," ujarnya.

Kata sumber itu lagi, cabaran lain dihadapi anggota bertugas adalah kawasan tersebut mempunyai bilangan lalat yang luar biasa dipercayai ekoran kematian ternakan seperti kambing serta haiwan peliharaan, iaitu anjing.

"Kalau duduk sebentar sahaja, lalat akan memenuhi muka. Haiwan-haiwan itu mati kerana kini tidak lagi diberi makan sejak tuannya ditahan polis," ujarnya.

**Menurut rakan blogger MPP ada perkhabaran pihak polis meminta bantuan dari Ustaz Harun Din di Darul Syifa..Pastinya Niz Aziz dapat membantu pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Thursday, September 30, 2010


KETUA Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini memandang sinis cabaran Pemuda UMNO yang mendesaknya menjelaskan dakwaan bahawa kerajaan negeri menggunakan sumber perjudian untuk diagihkan kepada warga emas di Pulau Pinang.

Bukan sahaja memperlekehkan cabaran itu, Guan Eng bersungguh- sungguh mahu meyakinkan rakyat bahawa dana yang diperuntukkan bagi program kebajikan di negeri itu adalah hasil dasar berjimat-cermat yang diamalkan pentadbirannya.

Malah, Setiausaha Agung DAP itu secara terbuka menyifatkan cabaran Pemuda UMNO berhubung dakwaan tersebut sebagai kerja orang munafik!

Setiausaha politiknya, Ng Wai Aik pula berkobar-kobar mempertahankan bosnya dengan hujah dangkal menyatakan kerajaan negeri tidak mungkin menggunakan sesen pun dana perjudian kerana Pulau Pinang merupakan negeri pertama membantah pemberian lesen judi bola.

Bagaimanapun, pendedahan sepucuk surat mengenai penerimaan wang RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang baru-baru ini ternyata memberi tamparan cukup hebat kepada kepimpinan Guan Eng yang berulang kali menafikannya sebelum ini.

Pendedahan itu menyebabkan Guan Eng tidak mempunyai pilihan selain membuat pengakuan pihaknya menerima wang daripada kelab berkenaan tetapi memberi alasan bahawa dana berkenaan sudah diasing-asingkan.

Persoalannya, kenapa kerajaan negeri sebelum ini sanggup berbohong mengatakan tidak pernah mendapat dana daripada mana-mana sumber perjudian? Kenapa fakta ini mahu disembunyikan dan hanya membuat pengakuan selepas bukti didedahkan?

Jika sebelum ini Guan Eng bertegas menyatakan wang yang diagihkan bagi program kebajikan di negeri ini adalah hasil penjimatan poket kerajaan negeri, bagaimana pula timbul soal kerajaan negeri mendapat dana daripada pihak lain?

Wajar juga ditanya, kalau betul pun dana berkenaan sudah diasingkan, adakah rata-rata orang bukan Islam boleh menerima hakikat bahawa wang pemberian kerajaan negeri kepada mereka merupakan hasil perjudian?

Peliknya, kerajaan negeri begitu 'mulia' apabila menjadi negeri pertama membantah cadangan pemberian lesen judi bola sebelum ini, tetapi seolah-olah menyokong pula aktiviti perjudian - malah mendapat manfaat kewangan setengah juta ringgit daripadanya.

"Tindakan Guan Eng sering menuduh musuh politiknya dijangkiti sindrom penafian nampaknya semakin memakan diri sendiri apabila satu persatu penafian yang dibuatnya sebelum ini seolah-olah bertukar menjadi episod pembohongan.

"Rakyat mula bertanya inikah pemimpin yang begitu megah memperjuangkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya? Orang juga mempersoalkan kredibiliti Guan Eng di sebalik ungkapan-ungkapan amar makruf nahi mungkar yang sering dilaung-laungkan," kata seorang pemerhati politik ketika dihubungi.

Guan Eng wajar menerima hakikat bahawa rakyat semakin menyedari bahawa perjuangan membela nasib mereka tidak lagi boleh dinilai berlandaskan slogan-slogan yang sekadar sedap didengar sebaliknya diukur berlandaskan amalan dan tindakan.

Ironinya, kepimpinan Guan Eng mempunyai pilihan untuk bersikap lebih telus dalam melaksanakan dasar pentadbirannya tetapi sikap suka menyalahkan orang lain dan menafikan fakta dan kebenaran menyebabkan satu persatu episod krisis kredibiliti kepimpinannya terbongkar.

Rakyat Pulau Pinang tidak lupa bagaimana Guan Eng menafikan tentang wujudnya arahan oleh kerajaan negeri membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul pada Februari lalu sehingga terdedahnya surat yang membuktikan pembatalan program itu.

Begitu juga isu peruntukan hal ehwal Islam yang kononnya meningkat sehingga RM24 juta dan dihebohkan jauh lebih tinggi berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) sedangkan jumlah itu didakwa termasuk peruntukan rutin tahunan bagi kos emolumen dan pentadbiran yang berjumlah RM13 juta.

Kalau dihitung, peruntukan sebenar kerajaan negeri dalam hal ehwal agama Islam hanyalah RM11 juta iaitu lebih rendah berbanding era pentadbiran BN iaitu sebanyak RM12 juta.

Sama halnya dengan fakta kontraktor Melayu mendapat lebih 50 peratus tender yang ditawarkan kerajaan negeri kononnya dibuat secara telus tetapi sehingga hari ini nilai sebenar tender kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu tidak didedahkan walaupun didesak banyak pihak.

Rakyat Pulau Pinang juga tidak lupa bagaimana Guan Eng menafikan ada mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus sehinggalah perkara itu didedahkan secara meluas di Internet.

Apa pun, perkembangan terbaru di Pulau Pinang sekali lagi menimbulkan keresahan umat Islam dan ini diakui Pengerusi Biro Agama UMNO Pulau Pinang, Shabudin Yahaya yang berpendapat, butiran terperinci bagaimana dana judi itu diagihkan perlu didedahkan.

"Kalau benar dana judi ini diasingkan, kita minta tunjuk statistik jumlah keseluruhan bagi program basmi kemiskinan, isytihar berapa dana daripada sumber judi dan dari mana pula sumber dana yang diagihkan untuk orang Islam.

"Guan Eng begitu lantang sehingga sanggup menuduh orang lain sebagai munafik kerana membangkitkan isu ini, kita mahu tanya bagaimana pula surat pengesahan penerimaan duit judi itu boleh timbul? Siapa yang munafik sebenarnya?" tegasnya.

Sumber : Rencana@Utusan Malaysia




Kes paderi menghina Islam di Kuching menambahkan ketegangan dalam masyarakat. Di kala sentimen perkauman masih lagi hangat, apa yang dilakukan oleh paderi tersebut dilihat sebagai provokasi nyata yang ingin menyalakan bara.


Penulis sendiri merasa tidak selesa dengan apa yang berlaku sekarang. Penulis juga tahu, orang Islam pastinya tersinggung dengan perbuatan yang dianggap biadap itu.

Di Amerika baru-baru ini penghinaan terhadap Islam berlaku apabila seorang paderi mengugut akan membakar Al-Quran. Sememangnya, Islam sering menjadi sasaran penghinaan golongan rasis dan berfikiran sempit.

Namun begitu, masyarakat Islam yang rasional jarang sekali bertindak balas dengan membakar kitab atau menghina sembahan agama lain apabila Islam dihina. Ini kerana Islam tidak mungkin terhina walau apapun yang dilakukan oleh mereka.

Orang Islam yang waras, percaya bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap dan mereka yang mencemuh agama ini yang akan berakhir dalam kehinaan.

Tatkala Katy Lim menghina Allah, umat Islam di Malaysia tidak pula membalas dengan mencemuh berhala atau Tuhan yang disembah oleh Katy Lim.

Orang Islam juga tidak mentertawakan buah-buahan dan makanan yang diletak bagi tujuan sembahyang walaupun semua orang tahu yang Tuhan itu tidak ‘mampu’ menjamah makanan yang dihidangkan.

Mereka juga tidak menghina roh nenek moyang orang bukan Islam yang tidak dapat bercakap setelah menjamah kuih bakul yang liat dan melekat-lekat.

Apabila Namawee menghina Azan, orang Islam tidak pula membalas dengan menghentam gendang Cina dan suasana bising tangisan lakonan upahan bila ada kematian kaum itu.

Melayu marah apabila agama dan bangsanya dihina tetapi masih bersikap rasional dan matang serta tidak sanggup menghina agama lain sebagai tindak balas. Itulah bukti tingginya nilai-nilai diri bangsa Melayu serta kesucian dan kebenaran Islam.

Sebagai seorang Cina, penulis kadang-kadang merasa malu dengan gelagat orang bukan Islam cuba menghina dan memalukan orang Melayu dan agama anutan mereka.

Sebaliknya, perbuatan paderi Kristian di Kuching pula secara langsung telah merendahkan martabat agamanya sendiri. Pasti orang Islam tertanya-tanya, apakah Kristian membenarkan perbuatan itu? Apakah agama Buddha atau Hindu juga menggalakkan penganutnya mempersenda agama lain?

Ini kerana sehingga kini kita masih tidak mendengar komen atau kecaman dari pihak pemimpin politik beragama Kristian berkenaan perbuatan paderi tersebut. Theresa Kok, misalnya, apakah dia tidak ada apa untuk diperkatakan tehadap paderi tersebut?

Pemimpin DAP dan PKR yang rata-ratanya merupakan penganut Kristian, Buddha dan Hindu juga sama, tidakkah terpanggil untuk membuat kecaman terhadap paderi tersebut hanya kerana bukan agama mereka yang menjadi sasaran?

Apakah ajaran agama-agama mereka membenarkan penganutnya menghina orang lain? Adakah ajaran agama selain Islam turut mempunyai mempunyai silibus menghina Tuhan agama lain?

Atau apakah pemimpin-pemimpin ini semua sememangnya rasis dan anti-Melayu yang tegar?

Agak memalukan bukan, apabila ada orang masih mahu bergaduh kerana soal kaum dan agama. Kalau semua agama membawa ke syurga, kenapa perlu kita bergaduh?

Apabila anak Cina menyimbah cat di surau, Melayu menerima permohonan maaf mereka dengan baik. Tidak ada politikus Melayu yang melalak meraung dan melolong mencemuh dan membangkitkan kebencian terhadap anak-anak Cina tersebut.

Tidak pernah kita dengar pemimpin Melayu kata ``Mari Kita Parangkan Mereka``. Sebaliknya, politikus Cina pantas membela perbuatan anak-anak Cina itu sebagai kenakalan anak-anak muda semata-mata.

Tetapi, bila seorang pengetua Melayu menyatakan hakikat bangsa lain yang menjadi pendatang ke negara ini, semua politikus terutamanya dari DAP menyalak-nyalak tanpa henti, riuh rendah, bising lagi membingitkan.

Politikus Melayu tidak pula bertindak membela pengetua tersebut tetapi bersikap rasional dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya.

Politikus Cina juga secara terang-terangan membela Namawee seorang rasis dan pengkhianat negara yang jelas, malah mengangkatnya sebagai wira kaum Cina pula.

Semua ini membuktikan bahawa DAP dan PKR sememangnya didominasi oleh rasis dan anti-Melayu. Jika tidak, tidak mungkin suatu ketika dulu pemimpin DAP di Perak pernah menjanjikan yang tidak ada masalah undang-undang bagi umat Islam yang ingin murtad di Perak.

Melihat dari kesungguhan DAP khasnya dan pembangkang amnya, untuk menyemarakkan ketegangan kaum dalam setiap perbuatan dan kata-kata mereka, kita musykil apakah paderi tersebut juga sekadar bertindak mengikut perancangan mereka untuk mencetuskan kemarahan orang Melayu?

Apakah DAP dan pembangkang benar-benar ingin bermain dengan api? Jika tidak, tolonglah bersuara mengutuk penghinaan paderi tersebut terhadap Islam. Tidak apa jika tidak ikhlas, lagipun pernahkan DAP melakukan apa-apa kebaikan terhadap Melayu atau Islam secara ikhlas?

Tolonglah jangan dimalukan bangsa Cina di Malaysia ini.

Oleh Susan Lim - Malaysian Instinct

Ramai yang hadir pastinya diselubungi dengan perasaan tertipu dan marah dengan tindakan kerajaan negeri dibawah pimpinan Guan Eng menggunakan wang sumbangan hasil judi. Kekecewaan ini diluahkan oleh hampir ke semua warga emas dan fakir miskan yang hadir kerana maruah mereka dipersendakan dan kepercayaan mereka dijadikan alat mainan politik pembohongan untuk kepentingan peribadi dan parti.

Petang tadi warga emas dan fakir miskin telah berkumpmenyerahkan kembali wang yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak mahu bersubahat kerana dipercayai mempunyai unsur judi di dalam pemberian bantuan program membasmi kemiskinan dan termasuklah pemberian wang ehsan.


Rakan blogger pisau.net ada memperolehi maklumat penyokong PAS turut bersama membantah. Lebih 20 orang telah berkumpul dan pergi ke Pusat Khidmat PAS KADUN Bayan Lepas untuk mendapatkan penjelasan, namun kekecewaan mereka jelas tergambar apabila hanya mendapat penjelasan yang meragukan oleh pegawai yang bertugas.

Malah ada diantara mereka turut melahirkan rasa tertipu dan marah apabila menyedari Guan Eng sendiri mengaku menerima sumbangan unsur judi daripada Kelab Lumba Kuda. Terdapat juga dikalangan ahli PAS yang turut mahu menyerahkan kembali wang sumbangan yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak dapat menerima pembohongan yang dilakukan secara terang terangan oleh Guan Eng.

Wednesday, September 29, 2010

Ramai rakyat Malaysia termasuk Ustaz Dr Asri Zainul Abidin tidak bersetuju dengan tindakan Lim Guan Eng dan kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membasmi kemiskinan di Pulau Pinang kecuali puak-puak PAS dan PKR. Mereka mengambil langkah berdiam diri kerana mereka mengetahui perkara yang dilakukan oleh Guan Eng salah tetapi demi kepentingan politik Pakatan Rakyat. Sila rujuk di bawah :-
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan di negeri itu sama ada untuk masyarakat bukan Islam dan Islam adalah tidak wajar.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) berkata, walaupun miskin, golongan tersebut mempunyai maruah dan seharusnya bantuan untuk membasmi kemiskinan itu diperoleh daripada sumber yang halal.

“Jangan kita menjadikan sumber kewangan daripada aktiviti judi sebagai amalan untuk membantu masyarakat miskin kerana dibimbangi ia menimbulkan suasana kebanggaan di kalangan syarikat judi kelak.

“Kita tidak mahu suatu hari nanti, masyarakat pun ‘terdidik’ dengan pandangan bahawa judi pun halal kerana sudah terbiasa mendapat bantuan daripada sumber judi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai kenyataannya dalam sebuah akhbar tabloid bahawa bantuan daripada sumber judi yang diterima rakyat miskin sebagai tidak haram, Mohd. Asri menjelaskan, beliau tidak mahu golongan berkenaan gusar.

Katanya, memang benar rakyat yang menerima bantuan tersebut tidak berdosa kerana yang menanggung dosa berkenaan adalah kerajaan negeri dan dalam konteks Pulau Pinang, exconya yang beragama Islam.

“Rakyat tidak mengetahui daripada sumber mana sumbangan itu diperoleh jadi mereka tidak berdosa, pihak yang berdosa adalah kerajaan negeri kerana mereka mengetahui daripada mana duit tersebut diperoleh,” jelasnya.

Ditanya dalam aspek manakah hasil judi boleh dimanfaatkan oleh kerajaan, beliau berkata, sumber daripada cukai judi boleh digunakan untuk tujuan pembangunan fizikal.

Menurutnya, bagi negara berbilang agama seperti Malaysia, aktiviti judi hanya boleh dibenarkan dalam jumlah kecil dan terkawal kerana aktiviti tersebut tidak berdosa ke atas penganut bukan Islam.

“Jangan pula kita terlalu ghairah untuk mendapat hasil daripada aktiviti judi.Judi tetap haram kepada umat Islam tetapi dalam sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia, ia dibolehkan secara bersyarat,” katanya.



Persoalannya, Dimanakah suara-suara PAS Pulau Pinang ? Di manakah hilangnya orang Islam di dalam PKR dan Pakatan Rakyat?


**Dengar Cerita Lim Guan Eng, TKM 1 (Mansor Othman), TKM2 (Ramasamy a/l Palanisamy) dan beberapa Exco Pulau Pinang dengar-dengarnya berada di luar negara. Apa nak jadi dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kalau nak pergi bercuti pun jangan la sampai KM, TKM1, TKM2 semua pergi..siapa yang nak buat keputusan sekiranya berlaku apa-apa. Macam-macam hal yang berlaku dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.


1. Usaha menyenaraihitamkan mereka yang mempunyai saman ekor tertunggak ditangguhkan sehingga awal tahun depan. Penangguhan ini mengurangkan rungutan dan kemarahan orang ramai tetapi tidak menyelesaikan masalah. Tahun hadapan masalah ini akan disebut lagi dan kesan-kesan yang sama akan berulang lagi. Apakah hubungan rakyat dan kerajaan hari ini menjadi seperti penukul dan pahat, Sekali rakyat merungut, sekali kerajaan bergerak?

2. Saman ekor ini merupakan satu pilihan kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasa peraturan had laju. Kaedah ini digunakan kerana ia lebih cekap dari segi penggunaan tenaga penguatkuasa dan juga mengelakkan kesesakan jalan raya. Satu lagi kaedah ialah mengadakan perangkap had laju dan menahan pemandu beberapa kilometer kemudian.

3. Saya percaya saman ekor diperkenalkan dengan tujuan baik iaitu untuk mendisiplinkan pemandu dan mengurangkan kemalangan jalan raya. Namun kaedah pelaksanaannya sangat meragukan dan menimbulkan kemarahan rakyat.

4. Berbanding saman secara bersemuka yang menyaman pemandu atau lebih tepat mereja yang melakukan kesalahan, saman ekor lebih banyak menganiaya orang ramai. Banyak kes mereka yang tidak bersalah mendapati telah disaman memandu melebihi had laju. Antara isu utama ialah orang lain memandu kereta dan pemalsuan plat kenderaan. Ini menyebabkan banyak tuan punya kereta yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban yang tidak sepatutnya.

5. Masalah bertambah serius apabila mereka yang disaman tidak mengetahui saman tersebut sehingga beberapa bulan dan ada juga yang memakan masa beberapa tahun. Ini bukan sahaja menyebabkan ia tertunggak malah menafikan peluang pembelaan. Jika kesalahan enam bulan lalu, baru diketahui hari ini, bagaimanakah mereka yang disaman mahu mempertahankan diri? Saya dapati ada juga yang hanya mengetahui mempunyai saman ekor yang dilakukan pada tahun lalu atau beberapa tahun lalu.

6. Terdapat juga individu yang menemui saya menunjukkan saman ekor yang beliau dapat di sebatang jalan di Sarawak sedangkan kereta beliau berdaftar di Kuala Lumpur dan masih berada di Kuala Lumpur sehingga hari ini. Jangankan kereta, tuan punya kereta pun belum pernah sampai ke negeri bumi kenyalang tersebut.

7. Maka untuk mempertahankan diri tuan empunya kereta ini terpaksa menulis surat dan mengemukakan bukti. Jika mahu gambar kena pula membuat permohonan kepada polis dan membayar jumlah tertentu. Nampaknya penguatkuasa kerja senang, rakyat pula yang terpaksa bersusah payah mempertahankan diri akibat kelemahan dan kecuaian penguatkuasaan undang-undang.

8. Oleh kerana terdapat banyak kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan dalam kes saman ekor ini saya ingin mendesak agar kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang tertunggak.

[Sesiapa yang mempunyai masalah saman ekor dan yang bersimpati dengan mereka yang disaman dengan cara ini diharap dapat memberi komen atau rayuan secara bersopan di bawah ini agar dapat saya hantar kepada YAB Perdana Menteri. Mereka yang ada saman ekor dan berharap kerajaan menghapuskannya hendaklah menyertakan Nama dan Nombor kereta (nama boleh dikecualikan jika rasa terganggu dengan pendedahan dalam ruang siber ini) serta sedikit nota atau rayuan.]


9. Saya juga berharap YAB Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melihat semula isu saman ekor ini. Saman ekor hanya bertujuan menguatkuasa peraturan had laju seolah-olah kelajuanlah punca utama kemalangan jalan raya. Sedangkan sebahagian besar kemalangan berpunca daripada kecuaian, memandu secara semberono dan keletihan, bukannya melanggar had laju semata-mata.

10. Berdasarkan pengalaman memandu selama lebih 20 tahun, saya percaya hampir 80% daripada kita pernah melebihi had laju yang ditetapkan pada satu-satu ketika kerana mahu memotong atau berada di lebuh raya yang lengang. Namun bukan semua memandu terlalu laju sehingga membahayakan pengguna lain atau di luar kemampuan kenderaan.

11. Saya tidak menafikan bahawa peraturan tetap peraturan dan yang melanggarnya perlulah menanggung akibat. Namun janganlah diborongkan berat kesalahan memandu melebihi had ini dengan memandu dengan terlalu laju. Ada beza besar antara mereka yang memandu melebihi had laju dalam julat 20-30 km sejam berbanding yang memandu dalam julat 50 km sejam dan ke atas melebihi had laju yang ditetapkan. Malangnya ini tidak diambil kira oleh mekanisme saman ekor.

12. Justeru jika saman ekor mahu diteruskan saya berharap beberapa perubahan besar perlu dilakukan bagi menunjukkan saman ekor ini bertujuan mendisiplin pemandu dan mengurangkan keselamatan jalan raya bukannya menambah kantung kerajaan.

13. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:

a. Setiap saman ekor yang dikeluarkan hendaklah sampai kepada mereka yang didakwa melakukan kesalahan tidak lebih daripada 14 hari dari tarikh kesalahan tersebut. Saman hendaklah disampaikan mengikut kaedah dan peraturan penyampaian sapina atau saman mahkamah.

b. Setiap saman ekor yang dikeluarkan hendaklah disertakan bukti bergambar secara otomatik tanpa sebarang bayaran. Kaedah sekarang yang memerlukan mereka yang kena saman membuat permohonan dan dikenakan bayaran harus dihapuskan. Adalah menjadi tanggungjawab penguatkuasa membuktikan bahawa mereka yang disaman telah melakukan kesalahan bukan sebaliknya. Konsep seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah perlu dipraktikkan.

c. Jumlah kompaun hendaklah mengikut lebihan KM berbanding had laju bukannya pukul rata sehingga tiada beza antara mereka yang memandu 120 km sejam dengan 200 km sejam. Ini wajar kerana dari segi risiko kemalangan juga berbeza antara mereka yang memandu 120 km sejam dengan 200 km sejam biarpun kedua-duanya melanggar had laju yang ditetapkan.
14. Saya berharap cadangan ini dapat dipertimbangkan agar bukan sahaja kerajaan akan dilihat lebih bertanggungjawab tetapi rakyat juga merasa senang hati kerana mengetahui kerajaan sentiasa mengutamakan keadilan kepada mereka.

Sumber : Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo

Diharap rayuan rakyat malaysia ini dapat dipertimbangkan.
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Tuesday, September 28, 2010

Anwar Pengkhianat Negara


Jakarta.
The media in Malaysia is encouraging negative perceptions about Indonesia, former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim said on Sunday.

The opposition leader told an audience in Jakarta that intolerance toward Indonesians was growing in his country and the media was to blame.

Addressing a forum organized by the Soegeng Sarjadi School of Government in Jakarta, Anwar said the negative coverage did not just target Indonesians but also incidents that occurred.

“The media just show the negative side, whether it is about the rioting or poor migrant workers.

"In fact, they have no positive reports at all when they cover [events linked to] the Indonesian Constitutional Court or the Corruption Eradication Commission [KPK]. It is as if all Indonesians are corrupt. I know for a fact that Malaysia too is corrupt.”

Anwar said the result was less understanding of Indonesians, which was very different situation to when he was young.

His comments come a month after seven Malaysian fishermen were detained in disputed waters off southern Malaysia by Indonesian security forces.

Three Indonesian officials were detained by Malaysian maritime authorities.

All those involved have been released but the incident provoked an angry response in Indonesia, forcing tigher security at the Malaysian Embassy in Jakarta.

Protests saw the burning of the Malaysian flag by demonstrators of ultranationalist groups, the hurling of feces at the embassy in Jakarta and smearing of excrement on the Malaysian flag.

Anwar said although there was a time during the days of founding President Sukarno when Indonesia declared its Destroy Malaysia campaign, the negative sentiment towards Malaysians was not as bad as it was today.

He also accused the Malaysian ruling United Malays National Organization party of raising tensions.

“It gives the impression that Malaysia is constantly under threat of being attacked by enraged Indonesians, when this is not true,” Anwar said.

However, he said he had sensed a lot of anger in the East Java cities of Bondowoso, Lamongan and Jombang, as well as in Aceh.

“This situation is not healthy,” he said. “Of course, I completely disagree with the burning of the Malaysian flag and the throwing of human feces, but I also oppose the arrogant attitude of the Malaysians.”

He said the people should not forget the countries’ shared history and past cooperation.

“We have received a great deal of help from Indonesian skilled workers, not only from Indonesian’s migrant workers but also from semiprofessionals and professionals,” Anwar said.

Historical ignorance and a belittling attitude did not represent the majority of Malaysians.

“Both countries’ top leaders should immediately resolve the case, not only by some soft declaration but by firmly and directly addressing urgent and important issues including border and migrant workers,” he said.

“Meanwhile, Malaysia should follow up on criminal acts committed by Malaysians on Indonesians.”

Young people, tourism groups and investors should build good networks and relationships.

“Purely government diplomatic relationships are over,” Anwar said.

“Diplomatic relations can only be sustainable in the long term with the effective participation of citizen from all sectors of the community,” he said.

**Beginilah perangai seorang pemimpin yang di puja-puja oleh ahli PKR, kemaruk nak jadi Prdana Menteri. Anwar Ibrahim merupakan pengkhianat Agama Bangsa dan Negara.

PAS MASIH TUNDUK PADA DAP

Apa nak jadi parti PAS ni.. Benarkah pemimpin PAS yang ada sekarang telah lupa daratan seperti yang diperkatakan oleh ahlinya sendiri??Landasan perjuangan yang asal telah berubah dari membangunkan negara Islam kepada kepentingan politik dan mengejar jawatan semata-mata.

Jika dilihat kenyataan yang diberikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu dia berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Guan Eng. Seperti yang kita tahu Guan Eng sememangnya pandai membohong. Terbukti apabila tuduhan yang dibuat keatasnya dan kerajaan negeri menggunakan wang hasil judi untuk membasmi kemiskinan terutamanya membantu orang Islam dinafikan. Sebaliknya Guan Eng menuduh UMNO sengaja membuat fitnah untuk menjatuhkannya dan kerajaan DAP.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, parti itu tetap berpendirian bahawa wang hasil kutipan judi adalah haram dan ia tidak boleh digunakan bagi membantu penduduk miskin terutamanya umat Islam di negeri itu. Perkara tersebut, memamg telah diakui oleh Ketua Menteri (Guan Eng) bahawa hasil judi tersebut telah diasingkan dan ia disalurkan untuk membantu masyarakat bukan Islam di negeri itu. Oleh itu, kita berpuas hati dengan penjelasan beliau mengenainya. -mStar

Apabila bukti dikeluarkan yang kerajaan negeri ada menerima wang sumbangan dari syarikat perjudian untuk membasmi kemiskinan, barulah Guan Eng mengaku yang dia ada menggunakan wang hasil perjudian untuk membasmi kemiskinan tapi hanya untuk orang bukan Islam. Kenapa Guan Eng nak menafikan pada mula dan mengaku apabila bukti dikeluarkan???Mesti ada perkara yang hendak disembunyikan oleh Guan Eng.....



Layakkah kita mempercayai KM yang sebegini?? Perwatakan & percakapannya langsung tidak mencerminkan seperti dasar yang dilaung-laungkan Cekap, Akauntabiliti & Telus. Hanya pentingkan jawatan & populariti. Mana hilangnya YB Malik dan YB Dr. Mansoor yang membisu seribu bahasa dalam mempertahankan perbuatan Guan Eng.

Nasihat kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga PESURUHJAYA PAS Pulau Pinang, jangan sampai maruah orang Islam dipermainkan hanya kerana kepentingan politik yang telah dipersetujui. Siasat dan selidik dulu sebelum memberi sebarang kenyataan. Jangan terus menjadi hamba politik kepada DAP sehinggakan perjuangan yang dibawa oleh PAS hilang.

PESURUHJAYA PAS Pulau Pinang yang juga Adun Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man tampil mempertahankan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.Bagi beliau, banyak perkara yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP itu, untuk membantu orang-orang Melayu yang jauh terpinggir sejak zaman kepimpinan Barisan Nasional.Ustaz Salleh lebih berbangga dengan Guan Eng, yang ternyata mampu memartabatkan Islam, jauh lebih baik dari kerajaan yang dipimpin Gerakan-Umno dahulu. -petikan dari Malaysiakini (Guan Eng Pembela Orang Melayu Pulau Pinang)

**Dengar kata wang judi dari Kelab Lumba Kuda tidak boleh istihar di dalam akaun kerajaan negeri. Oleh tu ke dalam akaun siapa duit itu dimasukkan dan bagaimana ianya direkodkan tujuan penggunaannya...fikirkan...

PANAS : Nama PKR Ditukar Dengan PKA

Anwar Ibrahim pernah dimalukan oleh wartawan BBC apabila beliau tidak dapat menjawap tentang topik nepotisme (rujuk video di bawah). Dan Mat Sabu PAS Pusat pula pernah menyuarakan kebencian beliau terhadap Anwar Ibrahim. Di dalam Wawancara Tamadun Dengan Mohd Sabu Mengenai Siapa Anwar, Mat Sabu menyuarakan :-



Parti Keadilan Rakyat akan ditukar kepada Parti Keluarga Anwar

Malah tempat anak sendiri di Lembah Pantai pun sudah kecoh dan berlaku penipuan sampai blog pro-PKR pun maki hamun si Nurul Izzah ! Apa nak kata..... PADAN MUKA !


Tidak mustahil pada PRU13 nanti menantu kepada Anwar iaitu suami Nurul Izzah akan bertanding di Johor atas tiket PKR...

Monday, September 27, 2010

NIK AZIZ MEMBISU ATAU DIBISUKAN?

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) terus berdolak-dalik apabila mengelak untuk membuat sebarang ulasan mengenai tindakan DAP menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.


Beliau yang ditemui di pejabatnya di sini hari ini hanya menjawab 'tidak tahu' mengenai tindakan DAP itu sebelum berlalu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar pernah menyokong tindakan Ahli Parlimen Taiping daripada DAP, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak, April tahun lalu.


Beliau turut mempertahankan Elizabeth Wong apabila gambar separuh bogel anggota Exco Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tersebar pada umum, malah menyifatkannya sebagai pencerobohan peribadi.

Nik Abdul Aziz turut bersetuju dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan 'tazkirah' tanpa menutup aurat di ruang solat Surau Al-Huda pada bulan lepas.

Hari ini, akhbar melaporkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang daripada DAP, Lim Guan Eng yang mengakui bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Pengakuannya itu bertentangan dengan penafiannya sebelum ini iaitu peruntukan untuk membasmi kemiskinan diperoleh hasil penjimatan yang diamalkan oleh kerajaan negeri menerusi prinsip ketelusan dalam pentadbiran.

Bagaimanapun, Guan Eng masih menafikan dakwaan bahawa wang ihsan dan sumbangan kepada golongan miskin tegar untuk umat Islam di negeri itu juga diambil daripada dana yang diperolehi melalui kegiatan lumba kuda.

Sumber : Ohpolitik!

**Sepatutnya Guan Eng perlu berjumpa dulu Tok Guru mereka untuk mendapat nas-nas yang dapat membantu DAP dalam menyelesaikan masalah wang judi kuda seperti yang dibuat oleh Teo Nie Ching.

Rasa-rasanya usaha untuk membuktikan wang judi kuda itu diberikan kepada orang Islam di Pulau Pinang sedang giat dijalankan.


Rata-rata kita dengar dan lihat, semuanya berita berkisar tentang Pertandingan PKR. Bukannya berita baik tetapi berita yang memalukan dan menjijikkan. Rakyat Malaysia dihiburkan dengan pelbagai masalah dan kekecohan sehinggakan menjadi tanda tanya kita?? Benarkah parti ini yang hendak mengambil alih pentadbiran kerajaan Malaysia?

Kelakuan seperti mengalahkan haiwan telah mengizinkan seluruh rakyat Malaysia mentertawakan perlakuan bodoh yang tidak bertamadun menghiasi proses pemilihan pimpinan ketua yang mereka mahu pilih…Bukan setakat rakyat biasa saja, Exco Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat pun sama mempamerkan aksi mengalahkan haiwan liar di hutan..semuanya kerana terlalu gilakan pengaruh dan kuasa.

Cerita ini wajib disebarkan untuk mencerminkan bagaimana rakusnya perebutan kuasa dalam sebuah parti yang sedang menuju kehancuran! Memang terdapat banyak tempat timbul kekecohan semalam dan ada diantaranya berakhir dengan inisiden pukul memukul, terajang menerajang, cedera mencederakan.

Semoga rakyat Malaysia akan lebih celik untuk melihat sendiri…, inilah rupa dan tingkah laku pimpinan yang baru dapat memerintah negeri dengan pakatanya dan sedang bekerja kuat mahu memerintah negara kita…

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.