Tuesday, September 21, 2010


Nampaknya kepercayaan orang melayu di Kelantan terhadap Nik Aziz semakin berkurangan. Mana taknya, sejak akhir-akhir ini Nik Aziz banyak membuat kesilapan....fatwa yang mengelirukan, keputusan yang berkepentingan dan bla bla bla....mungkin disebabkan kepentingan politik peribadi, PAS dan juga beberapa pemimpin pr yang lain....



Terbaru, kerana terlampau kemaruk undi di Kelantan untuk mengekalkan dirinya sebagai MB dan juga PAS sebagai parti memerintah, Nik Aziz dan kerajaan negeri pimpinanya telah membuat satu lagi kejutan. Sebelum ini kita hanya biasa dengar tentang "Malay reserve land" dan juga "Malay freehold" saja, sekarang ni dah ada pula "Chinese Freehold" di Kelantan. Bila masa pula wujud kod tanah baru dalam negara?

Apa yang kita ketahui, pemilikan tanah di Kelantan hanya terhad kepada rakyat negeri Kelantan sahaja. Kalau mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938 :

Sila rujuk Enakmen penuh klik sini

Penama Syarikat boleh memohon untuk memiliki tanah di Kelantan. Beberapa prosedur yang wajib perlu dilaksanakan. Permohonan tersebut akan melalui beberapa saringan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mendapat kelulusan. Tiada jaminan kelulusan akan dikeluarkan.

Undangan-undangan ini dibuat untuk menjaga kepentingan orang Melayu di Kelantan. Berbeza di Pulau Pinang. Habis tanah di Pulau Pinang dimiliki oleh orang cina akibat dari tiadanya kawalan. Hanya 18 peratus sahaja tanah dimiliki oleh orang Melayu.

Adakah Nik Aziz sanggup gadaikan tanah orang Melayu di Kelantan hanya kerana mahukan undi dari kaum cina?? Sanggupkah orang Melayu di Kelantan melihat negeri Kelantan dikuasai oleh orang cina macam di Pulau Pinang???


Nampaknya Nik Aziz dah makan susah dalam mendapat kepercayaan orang melayu yang nak mengekalkan dirinya sebagai MB Kelantan dan juga PAS memerintah Kelantan, tu la pasal Nik Aziz terpaksa dapatkan bantuan, sokongan dan juga back-up daripada tok-tok sami di Kelantan.

Manala tau kot-kot tok-tok sami ni dirasakan boleh menyokong dan mendoakan dia untuk terus kekal menjadi MB. Tu yang sampai bagi duit raya berbentuk dinar emas kot??

Sudah-sudah la tu...tengok sama rakyat Kelantan yang banyak lagi hidup dalam keadaan susah...dah 20 tahun jadi MB..keadaan macam tu gak..Dulu sibuk dok mengata kat orang,
kata Tun M dah terlalu lama perintah Malaysia, sekarang apa dah jadi..umpama ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri.

Sebanarnya Nik Aziz ini menunjukkan dialah seorang pemimpin yang macamla sangat baik dan bersih tetapi pada hakikatnya seorang yang kotor dan menunjukkan sifat tidak bersyukur dengan terang-terangan.


Ini gambar persandingan seorang pemuda liberal yang bernama Nik Aziz sebelum diangkat menjadi wali selipar, sebelum menjadi wali selipar beliau sudah menunjukkan beliau juga kebaratan dan tidak mengamalkan budaya melayu sejak dari muda lagi ,berkot bertali leher macam hero filim j bond.....

**kalau dah tak bangga jadi bangsa Melayu nak jadi bangsa apa..bangsa siam?????







INNITY SERVER ISSUE UPDATE

In light of our previous announcement, Google has now completed a review of our domain and certified that http://innity.net/ has now been re-activated and has passed all checks.

We at Innity though are still looking to enforce additional layers of checks and confirmations before reinstating all advertising scripts so please bare with us and we will notify you in the next 24 hours to put up our ad scripts again.

Furthermore, if your site is still currently blacklisted and if you are having difficulty getting it reinstated, please drop us an email with your site details to report-malware@innity.com with a copy to marketing@innity.com and we will help complete this process for you as quickly as we can.

Once again we would like to extend our sincere apology to all parties involved for the inconvenience caused and would especially like to thank you for your understanding and support!


Remove Google’s Malware Notification via Webmaster Tools.

This post is for anyone who has been emailed or notified by Google about badware, received a badware warning when browsing their own site using Firefox, or has come across malware-labeled search results for their own site(s). As you know, these warnings are produced by our automated scanning systems, which we’ve put in place to ensure the quality of our results by protecting our users. Whatever the case, if you are dealing with badware, here are a few recommendations that can help you out.

Remove Googles Malware Notification via Webmaster Tools

Remove Googles Malware Notification via Webmaster Tools

If you have badware, it usually means that your web server, your website, or a database used by your website has been compromised. We have a nifty post on how to handle being hacked. Be very careful when inspecting for malware on your site so as to avoid exposing your computer to infection.

Once everything is clear and dandy, you can follow the steps in our post about malware reviews via Webmaster Tools. Please note the screen shot on the previous post is outdated, and the new malware review form is on the Overview page and looks like this:

Remove Googles Malware Notification via Webmaster Tools

  • Other programs, such as Firefox, also use our badware data and may not recognize the change immediately due to their caching of the data. So even if the badware label in search is removed, it may take some time for that to be visible in such programs.

Lastly, if you believe that your rankings were somehow affected by the malware, such as compromised content that violated our Webmaster Guidelines [i.e. hacked pages with hidden pharmacy text links], you should fill out a reconsideration request. To clarify, reconsideration requests are usually used for when you notice issues stemming from violations of our Webmaster Guidelines and are separate from malware requests.

Monday, September 20, 2010

TOK SAMI VS REBAN AYAM

Rakan blogger MPP telah menulis satu artikel yang menimbulkan banyak persoalan tentang matlamat dan mesej yang cuba disampaikan oleh Nik Aziz dan segala Exco kerajaan PAS Kelantan.

Sampai empat meja yang dikhaskan buat Tok-tok Sami di rumah terbuka Nik Aziz.


Tok Sami dirai dan dijaga sedangkan banyak rakyat melayu di Kelantan masih menderita


Duit raya berbentuk dinar emas juga diberi oleh Nik Aziz



makan pun dapat, duit raya pun dapat jugak.

Pasti ramai juga yang terfikir, sudah tiadakah rakyat Kelantan berbangsa melayu yang lebih wajar diraikan? Dikala masih banyak rakyat Kelantan hidup dibawah paras kemiskinan, Nik Aziz pula memilih untuk mengutamakan Tok Sami daripada individu sebangsanya sendiri.



Akibat kesempitan hidup, sebuah keluarga di Kampung Pauh Dalam, Pengkalan Chepa di sini menjadikan bahagian bawah sebuah rumah yang tingginya hanya kira-kira satu meter sebagai tempat tinggal mereka.

Bahagian kolong rumah itu yang keluasannya hanya kira-kira tiga meter persegi dan didiami oleh Fatimah Jalim, 36, bersama suaminya Yusuf Wahab, 35, sejak tiga tahun lalu, asalnya merupakan sebuah reban ayam.

Dengan hanya menggunakan jaring besi sebagai dinding, di situ jugalah pasangan tersebut membesarkan tiga anak mereka iaitu Nor Atikah, 6, Mohd. Haikal, 5, dan Mohd. Aiman, 3.



Semua tahu, kawasan yang dimaksudkan adalah negeri kelantan, berdekatan DUN Chempaka Tok Guru Nik Abdul Aziz, Pengkalan Chepa.

Patutlah sudah banyak suara yang tidak puas hati dan tidak akan lagi mengundi parti PAS pada PRU-13 nanti. Dan gelombangnya mungkin bertambah besar di masa hadapan apabila pemimpin-pemimpin PAS sudah kerap mencemari perjuangan asal parti PAS.

**mungkin Pak Ali patut bersemuka dengan Nik Aziz untuk mengajar bagaimana nak menjaga hak dan kepentingan orang melayu di Kelantan.....

PEMIMPIN PAS MENIPU & DITIPU...

Sumber : M.I.M

Hahaha..... Aku tergelak besar hari ni. Bukan pasal tengok cerita lawak Saiful Apek ka Do Re Mi ka Friends ka Mr Bean ka tapi tergelak sebab pemimpin-pemimpin PAS kena kencing dan mengencing rakyat Malaysia.

Aku kesihan kat ahli-ahli PAS sebab kena tendang kiri kanan macam bolasepak di English Premiere League tu...macam tak berharga aja depa ni...sama tak berharga dengan nilai sesetengah pemimpin PAS hari ni.Korang dah tengok tak video si Anwar Ibrahim kencing rakyat kat Permatang Pasir time pilihanraya kecik dulu?

Salleh Man ADUN PAS kena tipu...seluruh Permatang Pasir kena kelentong bulat-bulat oleh si pengkhianat Bangsa nombor 1 Malaysia tu. Konon nak bagi Salleh Man jawatan YDP MAIPP... hahaha...pembohong ahli PAS !!



Belum sempat aku reda simpati kat ahli-ahli PAS yang kena tipu oleh Anwar peliwat tu, ada pulak cerita pasal si pondan Khalid Samad Gereja yang dah jangkit penyakit pembohong si peliwat tu...isshhh...isshhh...

Aku memang meluat dengan pondan seorang ni...pondan sebab lari belakang saman menyaman untuk nak selamat muka dia tapi diri sendiri pun penuh dengan pembohongan...piirraahh lu!! Ramai rakan bloggers dah siarkan pembohongan si Khalid Samad dalam blog dia...real punya kelentong. Tak malu ka..

Si Khalid Gereja tu tunjuk foto and tuduh UMNO dan BN yang bukan-bukan. Heboh isu kononnya YB Ahli Parlimen Hulu Selangor masuk ruang solat masjid di Masjid Sg Tengi Selatan...bangang punya pondan!

Ini gambar fitnah si Khalid Gereja dan blog2 pembangkang kononnya ADUN Hulu Selangor di di dalam ruang solat di mana tempat para imam dan makmum sujud.

Padahal Kamalanathan ADUN Hulu Selangor ada kat beranda masjid sahaja! Cuba bandingkan gambar di atas yang dipotong di bahagian bawah dengan gambar sebenar di bawah ini ...



Piiraah....Khalid Pondan. Nak kelentong jugak ya. So, apa hang nak jawab sekarang? Nak minta maaf ka? Nak mual aku rasa !!

Lepas tu siap dispin oleh portal pro-pembangkang seperti MalaysiaKini.

http://www.khalidsamad.com/2010/09/umno-kura-kura-dan-perahu.html

http://malaysiakini.com/news/142896

Sunday, September 19, 2010

DAKWAAN GUAN ENG PEMUDA UMNO MUNAFIK

Guan Eng menyalak lagi dalam menafikan tuduhan yang dibuat oleh DS Reezal Merican. Ketua Menteri penipu no. 1 di Malaysia cuba mengalih perhatian untuk menutup kesalahanya dengan menyalahkan UMNO tetapi tidak menjawab cabaran yang telah dibuat keatasnya.


Pemuda UMNO mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa sumber dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah daripada hasil perjudian.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dakwaan yang disiarkan blog www.pisau.net itu menimbulkan keresahan terutama kepada warga emas yang menerima wang ihsan berkenaan.

“Kita tidak tuduh kerajaan negeri tetapi kita minta mereka beri penjelasan kerana selepas hampir seminggu perkara ini didedahkan di dalam blog, kerajaan negeri tidak tampil membuat sebarang penjelasan.

Kalau tak reti baca..suruh Malik & Mansor terangkan...DS Reezal Merican bukannya menuduh tapi cuma mahukan penjelasan tentang sumber wang ehsan yang diberikan kepada warga emas. Kalau tak salah, buktikan saje lah bahawa penulis blog pisau.net itu salah..apa pulak kaitannya dengan isu pemberian lesen judi.

Memanglah legit dan sah untuk pembayaran pertama,sebab dah habis duit 15juta wang akaun amanah.Sekarang ni bila dah habis akaun amanah kerajaan negeri dari mana pula datangnya wang untuk bayar wang ehsan?

Nampaknya Guan Eng dan DAP panas punggung dengan isu wang ehsan hasil judi ini. Sudah sudah la Guan Eng, sudah terang lagi bersuluh. Kalau dah bangkai lama-lama berbau juga.....tak perlulah lagi nak memperbodohkan rakyat Pulau Pinang.


*** Nasib baik Pak Ali tak terima wang ehsan yang diberikan oleh Guan Eng dan Kerajaan Pulau Pinang....

Saturday, September 18, 2010

GEMPAR!! RM100 WANG EHSAN HASIL JUDI

Khalifah Lim Guan Eng Lidah Biawak dicabar untuk menjawab dakwaan yang telah dibuat oleh rakan blogger pisau.net berkenaan pengunaan wang haram hasil dari kutipan judi untuk diberikan kepada warga emas Pulau Pinang iaitu sebanyak RM100.

Di antara dakwaan pisau.net :-
Sumbangan diberikan oleh kongsi gelap dan tauke judi , DAP seringkali dikaitkan dengan underworld seperti mana Ronnie Liew yang menjadi caretaker kongsi gelap di Selangor.
Justeru adalah tidak mengejutkan sekarang ini di Pulau Pinang bercambah pusat maksiat bagaikan tumbuh selepas hujan kerana mendapat sokongan kerajaan DAP.
Adalah menjadi amalan biasa buat DAP menerima sumbangan daripada kongsi gelap atau pun hasil judi haram.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, DS Reezal Merican telah membuat laporan tentang isu ini sebentar tadi. Beliau telah mendesak kerajaan Khalifah Lim Guan Eng memberi penjelasan berhubung dakwaan rakan blogger pisau.net yang mendedahkan wang ehsan kepada warga emas RM 100 adalah dari sumber wang haram.



Kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Apa pun, Lim Guan Eng mesti menjawab isu ini. Jangan ambil jalan mudah dengan bersembunyi di belakang saman dan gertakan seperti yang beliau gemari selama ini. Saman menyaman memang permainan manusia yang baling batu sembunyi tangan. BERANI KERANA BENAR!!!

Sila rujuk: pisau.net
Sumber : Media Permatang Pauh

Semua dijemput hadir terutama yang tinggal di kawasan Bayan Lepas. Ceramah Kisah Benar 3 akan menampilkan penceramah-penceramah yang cukup hebat. Antaranya Y.Bhg. Dato Mohd Ghazali Ahmad yang merupakan bekas Ketua Dewab Ulama PAS Terengganu.

Beliau telah meninggalkan PAS bukan kerana PAS berkawan baik dengan DAP. Ditinggalkan PAS sejak bertahun-tahun dulu lagi.

Tentulah ada sebab yang menarik kenapa beliau yang mengetuai Dewan Ulama PAS sanggup meninggalkan PAS. Takut juga pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong PAS untuk datang mendengarnya.

Datanglah untuk mendengar cerita yang sebenarnya, mengapa dan bila Dato' Mohd Ghazali Ahmad meninggalkan PAS.

Di samping itu, Sdr Lokman Adam bekas pemimpin PKR dan bekas tahanan ISA kini menjadi exco pemuda UMNO Malaysia. Orang yang lantang berhujah di atas pentas politik boleh menyebabkan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim kecut perut.

Cerita Anwar Ibrahim sudah ada dalam poketnya. Mereka tahu cerita sebenarnya, bukan fitnah seperti yang dimain-mainkan oleh pembangkang kepada BN.

Datanglah beramai-ramai esok (Sabtu) jam 8.00 mlm di Bayan Lepas, Pulau Pinang bagi mendengar pendedahan Kisah Benar 3 ini.

Friday, September 17, 2010

PULAU PINANG 16 Sept. - Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sepatutnya melepaskan jawatan jika merasakan dirinya tidak lagi yakin untuk mengepalai parti membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Lebih mengejutkan, gesaan itu disuarakan oleh anak buahnya sendiri iaitu Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri, H'ng Khoon Leng.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, Hock Nan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian yang boleh melemahkan semangat ahli-ahlinya.

"Sebagai seorang pengikut, kami tidak akan mengikut kehendak ketua ke arah kegagalan, kami tidak boleh terima kenyataan dia (Hock Nan).

"Kalau dia tidak yakin, dia perlu turun, jangan bertanding pada pilihan raya kerana kami semua yakin untuk menang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Hock Nan dalam sebuah portal baru-baru ini berkata, DAP boleh mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri untuk sepenggal lagi.

Bagaimanapun, Hock Nan percaya Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak akan mampu untuk menerajui negeri itu selepas PRU-14 disebabkan pendekatan dan caranya menguruskan Pulau Pinang.

Ekoran kenyataan itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berhasrat untuk berbincang dengan parti komponen BN lain supaya dapat mengambil alih kerusi yang diperuntukkan kepada Gerakan di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang sekiranya parti tersebut tidak yakin untuk bertanding.

Ulasan EP :
Kenyataan 'mengaku kalah' yang di buat oleh Dr. Teng Hock Nan menunjukkan Parti Gerakan selama ini di Pulau Pinang langsung tidak menjalan kerja untuk menghadapi PRU yang akan datang. Adakan kenyataan ini mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin lain dalam Parti Gerakan??

EP rasa la kenyataan yang di buat itu mendapat sokongan Parti Gerakan kerana Dr Teng kan Pengerusi Gerakan Negeri.. sebelum dia membuat kenyataan mesti dia ada berbincang..dengan siapa dia berbincang (no komen) pasal dengar-dengar cerita Dr. Teng ni pun ada masalah dengan Gerakan negeri..kawan-kawan dalam gerakan sendiri tak berapa suka dengan dia..

Oleh itu EP ingin menasihati Khoon Leng, Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri supaya selesaikan masalah dalaman keluarga Gerakan tu dulu. Sepatutnya Dr. Teng perlu berbincang dalam mesyuarat BN sebelum membuat kenyataan tersebut... tidak perlu manyalahkan orang lain apabila ditegur...

Sekiranya Gerakan tidak berminat dan serius untuk membantu BN dalam memenangi PRU13, adalah lebih baiknya kerusi yang diperuntukkan untuk Gerakan diserahkan kepada komponen lain yang berusaha kuat dalam memenangi hati rakyat.

Thursday, September 16, 2010

GEORGE TOWN: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin has pulled out of the Penang Malaysia Day concert on the advice of her gynaecologist and doctor, fuelling speculation that she could be pregnant.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng announced that the Sept 25 concert at the City Stadium, in which Siti Nurhaliza was to perform a one-hour show, would therefore be cancelled.

"At this stage, we don't have time to make any more changes so the whole concert is cancelled".

"We regret this had to happen, but we respect this and and wish her the best of health," Lim said in a press conference in his Komtar office Thursday.

He said the state had received a letter from the multi award-winning singer-songwriter's company, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd, on Wednesday, along with a letter from her gynaecologist. baca seterusnya...

**nampaknya rakyat Pulau Pinang bolehla pi tengok opera cina di tepi-tepi jalan. free juga.. Selamat Menyambut Hari Malaysia....

SEPTEMBER FOOL oleh ANWAR IBRAHIM

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA kepada SEMUA RAKYAT MALAYSIA yang menyokong serta percaya kepada kepimpinan UMNO dan BN serta tidak lupa juga ucapan SELAMAT HARI KENA TIPU buat penyokong pr (penipu rakyat).

Tahun ini merupakan tahun pertama 16 September diangkat sebagai cuti umum. Satu tindakan yang amat wajar kerana EP percaya hari ini patut diraikan di seluruh negara dan tarikh keramat ini patut diingati sebagai satu lagi tarikh peristiwa besar tanah air kita.

Dalam keseronokan kita menyambut Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri, jangan dilupa kepada mereka yang sedang berduka lara. Hati gundah gulana. Bagai pungguk rindukan bulan. Tidur tak lena mandi tak basah rindukan Putrajaya. 2 tahun menanti, bulan tak juga jatuh ke riba. Alahai... pr. YANG PASTINYA 16 September TIDAK AKAN menjadi tarikh KERAMAT buat pr tetapi tarikh yang meLUMATkan impian pr ke Putrajaya.

Pelik pun ada Kelakar pun ada. PELIK.... melihat Anwar dengan mudah menabur janji. SEolah-olah Putrajaya rumah murah yang senang dimiliki. KELAKAR... melihat mudahnya puak-puak pr termakan janji. Seolah-olah anak kecil yang menurut perintah apabila dijanjikan gula-gula. Manusia yang cerdik adalah manusia yang belajar melalui kesilapan. Tetapi manusia yang paling bodoh adalah manusia yang melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

Susah sangat ke nak belajar daripada sejarah? Kenapa mesti percaya janji manis yang ternyata "si penipu' hanya menanam tebu di tepi bibir? Bodoh sangatkah sehingga mudah sangat diperbodohkan?

Jika benarlah pr berjaya ke Putrajaya tahun lalu dengan cara membeli manusia yang tak kenang budi.. adakah itu parti yang kita mahukan menjaga bumi bertuah ini? Kerajaan yang dibentuk hasil daripada penipuan dan pembelian harga diri manusia...

Memang bodohlah kalau ada yang memilih pemimpin seperi itu. Pemimpin yang percaya wang adalah segala-galaya. Wang bukan saja boleh beli manusia.. wang juga boleh beli negara. Ternyata ideologi Anwar yang bersekongkol dengan yahudi mengkhianati semua rakyat Malaysia....TU PUN TAK SEDAR-SEDAR LAGI....

Tuhan mengurniakan kita akal untuk berfikir... gunakanlah ia sebaik mungkin. Otak bukan macam bateri. Bila selalu guna makin kuranglah power. Otak merupakan ciptaan Tuhan yang paling unik. Makin banyak guna makin bergeliga. Kalau Otak yang jarang digunakan ,lama-lama akan berkarat macam puak puak pr. Maka gunakanlah otak anda untuk berfikir apa yang terbaik untuk diri anda, keluarga, bangsa dan juga negara.

SELAMAT HARI MALAYSIA.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog empayar pemuda yang tak seberapa ni.. ampun dan maaf dipinta sekiranya terkasar bahasa atau menguris hati sesiapa...

Salam ucapan Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.



Thursday, September 9, 2010


Ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri telah tiada dan telah pergi meninggalkan kita.Ya beliau meninggalkan kita membawa seribu kenangan dibulan Ramadhan dengan berbuka puasa bersama marhain lembu lembuan pakatan haprak yang tercinta.


Masih berbekas bau air tangan Guan Eng,masih teringat saat akhir beliau menyuapkan buah kurma Yusof Taiyub,kenangan mendapat hamper hasil zakat disampaikan sendiri oleh Ketua menteri paling celaka didalam sejarah telah menambat hatiku untuk terus mendambakan kasih dan ihsan dari beliau.

Ramadhan tahun ini memberi kenangan buat diri ku insan yang masih dahagakan ilmu dan panduan daripada seorang khalifah sosialis yang diangkat darjatnya oleh wali selipar tersohor dari Kelate.

Sebenarnya Guan Eng bukan mati atau pun padam jangan salah sangka,aku beroleh perkhabaran Ketua menteri kesayangan ku pergi jauh nun jauh ke negeri China,diberitakan beliau pergi atas desakan tugas demi menjaga kesejahteraan ekonomi negeri Pulau Pinang.

Beliau telah terbang bersama 22 orang rombongan anak beranak,sahabat handai dan kroni untuk misi perdagangan & makan angin di Xiamen and Shanghai China .Dengar cerita misi ini adalah untuk Syarikat DAP dan Anak Anak Sdn Bhd,baguslah mereka ini pandai berniaga. baca setrusnya...

Saturday, September 4, 2010

GEMPAR :NAMEWEE TUKAR JADI BABI???


video

oink..oink...ayaaa sulah tukar jadi babi ka sikalang???....hahahahahahahahaa..steadyla bro RIO..


kalo nak komen sini please just mention namewee saje, jangan tulis bangsa dia... dia racist bukan sebab dia cina, tapi dia racist sebab dia bodoh!


SAY NO TO RACISM!!


Friday, September 3, 2010

Melayu atau Cina RASIS..

Merdekakan Pemikiran Kaum

Menjelang hari kemerdekaan negara, saya selalu teringat tiga orang pegawai British yang banyak berjasa kepada Tanah Melayu iaitu R.O. Winstedt, George Maxwell dan Frank Swettenham. Walaupun mereka tinggal tidak lama di sini, lebih kurang 30 tahun, namun mereka bertiga ini begitu gigih menentang Malayan Union yang cuba diperkenalkan oleh ketua mereka pada tahun 1946. Suara keras mereka kedengaran melalui akhbar-akhbar di London, tidak kurang di sini.

Mereka cukup memahami pemikiran, psikologi, toleransi dan cara hidup Melayu serta kedudukan bangsa Melayu di kepulauan Melayu. Pendek kata, walaupun mereka bukan Melayu, mereka tidak sanggup melihat hak-hak Melayu dan Islam dicabut di buminya sendiri. Mereka tidak kisah menerima kutukan bangsanya disebabkan oleh pendirian yang bertentangan. Atas dasar berani kerana benar, takut kerana salah, mereka sanggup menghadapi risiko yang begitu besar. Niat mereka ikhlas, mereka tidak mahu bangsa mereka dikutuk selepas ini disebabkan oleh terlalu agresif atau terlalu ultra kiasu.

Mereka bersama-sama pejuang-pejuang Melayu Islam yang lain berhempas pulas memastikan Malayan Union gagal. Tindakan mereka ternyata membuahkan hasil. Tanah Melayu kembali kepada orang Melayu. Bayangkanlah jika orang bukan Melayu bersama-sama menentang Malayan Union, saya akan turut berbangga hari ini, kerana bangsa telah melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Saya tidak mahu bangsa saya dituduh mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Biarlah kita mengambil kesempatan ketika orang lain kuat. Itu lebih bermaruah daripada menahan lukah di pergentingan. Inilah maksud kemerdekaan yang sebenar, berkorban jiwa raga demi agama, bangsa dan negara.

Kini sudah 53 tahun kita mencapai kemerdekaan. Sepatutnya, semakin lama kita merdeka, ia semakin mematangkan kita. Kita akan lebih memahami sejarah negara. Ini tidak, ada segelintir yang cuba memutar-belitkan sejarah dan menuntut sesuatu yang di luar dugaan. Mereka sudah lupa wajah-wajah tokoh kemerdekaan yang telah banyak berkorban.

Apa yang lebih ditonjolkan adalah tokoh-tokoh berasaskan bangsa yang sumbangannya tidaklah sehebat sumbangan mereka yang sanggup berkorban nyawa seperti Tok Janggut, Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Mat Salleh, Rentap dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi ada yang sanggup mengenengahkan ahli kumpulan Bintang Tiga (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan, sedangkan sejarah membuktikan bahawa mereka ini memperjuangkan ideologi komunis.

Jika kita tinjau sejarah kemerdekaan, para pejuang kemerdekaan sebenar adalah pahlawan-pahlawan Islam. Sila baca sejarah kebangkitan nasionalisme Melayu (Islam) dan faktor-faktor kebangkitan seperti pengaruh Islam, akhbar, bahasa dan kesusasteraan dan sebagainya. Daripada semua faktor ini, saya boleh ringkaskan, faktor agama Islam amat kuat menpengaruhi kebangkitan Melayu ketika itu. Islam menyatukan mereka meskipun berbeza latar belakang. Mereka sanggup mengenepikan kepentingan peribadi dan parti, semata-mata untuk memastikan tanahair ini bebas dari cengkaman penjajah.

Justeru, hari ini tidak timbul soal kita tidak boleh bersatu atas semangat ini. Masalahnya kita saling tuduh menuduh dan kafir mengkafir antara satu sama lain. UMNO dikatakan sekular kerana mempertahankan perlembagaan kafir (Perlembagan Reid). PAS mendakwa mereka sahajalah parti yang memperjuangkan Islam. Persoalannya, tidakkah kita boleh manfaatkan ruang dan peluang yang sedia ada (perlembagaan) untuk meninggikan syiar Islam? Kenapa kita harus saling bercakaran?

Pada saya, syiar Islam berkembang hari ini disebabkan oleh ruang dan peluang yang ada dalam perlembagaan menyebabkan ia tumbuh subur. Untuk melaksanakan hudud, maka pindaan perlembagaan perlu dibuat. Persoalannya bolehkah perlembagaan dipinda jika umat Islam tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam parlimen? Jika bukan Islam termasuk ultra kiasu tidak menyokong hudud, bagaimana ia boleh dilaksanakan?

Saya hanya tersenyum simpul apabila membaca respon pemimpin nombor satu parti ultra kiasu terhadap pandangan Mursyidul Am PAS mengenai cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. Spontan selepas itu, pemimpin parti ultra kiasu menjawab janganlah bermimpi untuk melaksanakan hudud. Seperti biasa jawapan Mursyidul Am PAS adalah, ultra kiasu masih tidak faham Islam, itu pendapat peribadi.

Persoalannya, takkanlah sudah sekian lama tidur sebantal masih tidak faham-faham lagi? Sebelum ini PAS mendakwa, sejak berkawan dengan mereka, ultra kiasu sudah semakin berubah, banyak membaca buku-buku Islam dan menjadi pro-Islam. Yang menjadi masalah hanya golongan tua ultra kiasu, generasi muda mereka didakwa begitu sayang dan memahami Islam serta setuju dengan perlaksanaan undang-undang Islam. Bagus juga sangka baik ini, sekurang-kurang dapat membuka mata dan minda kita. Ini mungkin juga disebabkan oleh doa khatib-khatib PAS dalam khutbah jumaat.

Persoalannya, adakah benar ultra kiasu sudah mendapat hidayah? Sejak dari dahulu lagi parti ultra kiasu menolak sebagai bentuk perlaksanaan cara hidup Islam di negara ini. Masihkan kita tidak mengenali antara musuh dan sahabat? Saya yakin, jika Mursyidul Am PAS mencadangkan kepada UMNO, paling kurangpun UMNO akan berkata, kita tangguh dahulu, menolak tidak mungkin sekali, kerana UMNO adalah parti orang Islam.

Ultra kiasu sentiasa merujuk tahun 1988 sebagai hujah untuk menolak undang-undang dan negara Islam. Pada ketika itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular. Jika inilah hujahnya, bermakna perlembagaan persekutuan perlu dipinda. Bagaimanakah perlembagaan persekutuan boleh dipinda jika tidak ada majoriti dua pertiga. Justeru, sudah sampai masanya PAS dan UMNO bersatu untuk melaksanakan undang-undang Islam.

Namun begitu, sanggupkah Mursyidul Am PAS menyahut cabaran ini? Prejudis PAS terhadap UMNO terlalu tinggi, berbanding sangka baik mereka terhadap ultra kiasu. Semakin kuat PAS bercakap pasal Islam, semakin kuat pula ultra kiasu menentang Islam. Sudah sampai masanya PAS membuat kajian kenapa ultra kiasu masih menentang Islam daripada memberikan jawapan simplistik, mereka masih belum faham Islam disebabkan UMNO.

Kadangkala saya cukup hairan, kenapa kita begitu ghairah dengan hudud, sedangkan ruang dan peluang untuk kita melaksanakan cara hidup Islam yang lain masih terbentang luas? Gunakanlah ruang dan peluang terlebih dahulu. Beritahu kepada mereka larangan Islam seperti zina, judi, seks bebas, dan sebagainya adalah isu bersama atau isu semua agama. Saya yakin, isu inipun tidak dapat dipersetujui oleh ultra kiasu, sebab mereka memperjuangkan hak-hak asasi manusia dan negara sekular.

Tidakkah lebih baik setelah bukan Islam faham nanti, barulah kita bersama-sama fikirkan cara untuk melaksanakan cara hidup Islam sepenuhnya? Ini tidak, masa dan tenaga banyak terbuang memikirkan sesuatu yang amat sukar untuk dilaksanakan.

Yakinlah, hari ini UMNO sudah banyak berubah berbanding dahulu. Ya, dahulu memang UMNO kuat buat endah tidak endah apabila bercakap tentang Islam. Namun, hari ini semakin ramai generasi muda yang cenderung kepada Islam. Cuma pendekatannya sahaja berbeza dengan pendekatan PAS. Saya tidak menafikan peranan PAS yang turut menyumbang kepada UMNO untuk memahami Islam dan melaksanakan cara hidup Islam walaupun belum sepenuhnya.

Cubalah buat sedikit perbandingan bagaimana ultra kiasu bersatu dan mendesak kita. Terbaru, mereka M
endesak agar dua orang pengetua sekolah yang mengeluarkan kenyataan rasis meletak jawatan atau ditukarkan
. Isu pengetua rasis dijadikan berita utama saban hari seolah-olah tidak ada lagi berita lain dalam media mereka. Tujuannya tidak lain, untuk menunjukkan suara mereka kuat dan boleh menggugat kedudukan kerajaan yang memerintah. Mereka bersatu hati dan tidak pernah berputus asa mendesak kerajaan mengenakan tindakan terhadap mereka yang kononnya didakwa sebagai rasis, sehinggalah kerajaan tunduk, barulah mereka berpuas hati.

Saya juga ingin melihat mereka melakukan tindakan yang sama terhadap insiden menyimbah cat merah dan botol arak di salah sebuah surau di Seremban baru-baru ini. Adakah mereka bertindak sedemikian? Adakah umat Islam bertindak seperti mereka memaksa pesalah-pesalah tersebut dibicarakan atau dipenjarakan? Yang saya lihat, kita cuba tutup isu ini. Malahan identitinyapun kalau boleh kita mahu rahsiakan. Kalau boleh, kita mahu cepat-cepat ‘cover’ isu ini dengan mengatakan ia tidak kaitan dengan isu rasis. Persoalannya, kenapa bila pada kita semuanya rasis? Siapakah sebenarnya rasis?

Remaja yang terlibat dalam insiden membakar gereja dikenakan hukuman penjara lima tahun. Itupun masih ada yang tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut.

Bagaimanapun, insiden surau ini tidak banyak diperbesarkan seperti mana isu pengetua rasis, malah umat Islam menerimanya melalui permohonan maaf. Sifat terpuji ini amat saya kagumi. Bukannya seperti politik ultra kiasu, bila kena orang Islam, macam-macam tindakan mahu dikenakan. Namun, bila kena pada batang hidung sendiri, disenyapkan dan cukup sekadar permohonan maaf. Merdekakah kita? Kenapa tidak menghargai toleransi ini? Siapakah yang lebih bertoleransi?

Sama juga insiden kenyataan Ketua Wanita Gerakan, apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu itu adalah juga pendatang sepertimana orang Cina dan India. Adakah itu kenyataan ini tidak rasis? Saya jarang pernah dengar ultra kiasu mendesak beliau meminta maaf, atau dipaksa letak jawatan atau ditukarkan ke mana-mana? Yang saya dengar mereka menyokong lagi kenyataan tersebut. Kena pada orang lain, buat-buat pejam mata, kena batang hidung sendiri, melompat seperti cacing kepanasan.

Satu kes lagi, Namewee pernah rapkan lagu kebangsaan Negaraku dan lagu-lagu lain yang kandungannya menghina orang Melayu, hak istimewa orang Melayu, agama Islam, Tenaga Nasional, polis dan sebagainya. Saya minta para pembaca membuat carian dalam internet. Pernahkah parti-parti ultra kiasu dan akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya, menyuruh beliau minta maaf seperti mana yang didesak terhadap pengetua rasis? Jika orang lain semuanya rasis, orang sendiri tidak rasis. Malah, tindakan Namewee turut disanjung. Beliau dianggap sebagai hero.

Air mata saya mengalir bila membaca komen daripada salah seorang pengunjung blog berbangsa Cina yang menggunakan nama CinaMalaysia dengan kata-kata: “inilah masalah segelintir kami, apabila kami bercakap sedikit mengenai perkara yang kononnya kurang memihak kepada kami, ramai rakan-rakan sebangsa kami akan mengatakan bahawa kami ini sudah dihasut. Hinakah kami kerana kononnya gagal berfikir dengan baik”?

Pandangan CinaMalaysia dalam blog saya dikutuk habis-habisan. Hanya kerana Cina yang memahami sejarah berhujah, mahukan bukan Melayu menghormati perlembagaan, dan menghargai orang Melayu yang terlalu banyak bertoleransi kepada bukan Melayu.

Saya fikir jika ramai orang seperti ini dalam negara kita setelah 53 tahun merdeka, sudah tentu kita boleh tumpukan seluruh masa dan tenaga untuk membangun ummah dan negara. Malangnya, masih ramai di luar sana yang ultra kiasu. Asyik bercakap soal hak dan tidak pernah bersyukur. Inilah yang membantutkan pembangunan negara.

Saya fikir kerajaan yang diketuai oleh orang Islam semakin terbuka. Statistik terbaru menunjukkan bahawa peningkatan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam bertambah lebih dari seratus peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Kenapa kita masih belum berpuas hati? Malah, berbagai pasukan pemantau ditubuhkan untuk memastikan setiap bangsa mendapat lebih apa yang sepatutnya dia dapat? Apakah ini dinamakan kemerdekaan sebenar?

Kita sepatutnya berfikir dan merancang untuk membina bangsa Malaysia berasaskan perlembagaan. Bangsa Malaysia sepatutnya telah terbentuk sejak awal-awal lagi apabila kontrak sosial diterima. Malangnya, kita terus melayan tuntutan demi tuntutan sehingga akhirnya keadaan menjadi caca merba. Setiap bangsa mengikut cara masing-masing yang langsung tidak mencerminkan bangsa Malaysia. Itupun mereka tidak berpuas hati.

Justeru, saya pohon bacalah sejarah negara ini dengan hati yang terbuka. Janganlah terlalu melihat orang lain rasis, sebenarnya kitalah yang terlalu rasis. Tetapi sengaja ditutupkan supaya tidak nampak rasis. Kita sebenar masih belum merdeka. Pemikiran kita terhadap kaum sendiri amat menebal.

Kenapa kita yang telah begitu lama hidup bersama masih tidak memahami psikologi dan cara pemikiran serta budaya masing-masing, berbanding dengan Swettenham, Maxwel dan Winstedt. Tidakkah wajah-wajah ini dan semangat mereka sepatutnya muncul setelah 53 tahun kita merdeka? Selamat menyambut hari kebangsaan.


Oleh :
Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Pensyarah Kanan
Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Wednesday, September 1, 2010

PASIR MAS 31 Ogos - Pas telah membohongi rakyat bahawa mereka akan menubuhkan sebuah negara Islam sekiranya berjaya memerintah negara ini bersama dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ia jelas kerana kesemua pemimpin pembangkang telah menandatangani perjanjian bahawa mereka akan terus berpegang teguh kepada perlembagaan negara sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau berkata, perjanjian tersebut adalah berbeza dengan ceramah-ceramah yang dijalankan oleh pemimpin parti berkenaan di kampung-kampung yang menyatakan Pas berpegang teguh kepada dasarnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dengan melaksanakan hudud.

"Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hudud kerana parti itu tidak akan dapat memerintah negara ini.

"Kalau mereka sendiri tidak dapat tubuh kerajaan dan hanya mengharapkan bantuan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), impian ini tidak akan menjadi kenyataan kerana DAP secara terang-terangan menolak hudud serta negara Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita kepada Majlis Makan Colek Perdana dan Sambutan Diambang Kemerdekaan di Tendong di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pas tidak lagi meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan berdasarkan beberapa tindakannya hari ini yang berjuang hanya untuk kepentingan politik semata-mata.

"Pemimpin Pas terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempertahankan segala tindakan yang dibuat oleh DAP dan PKR," katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.