Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog empayar pemuda yang tak seberapa ni.. ampun dan maaf dipinta sekiranya terkasar bahasa atau menguris hati sesiapa...

Salam ucapan Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.



Thursday, September 9, 2010


Ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri telah tiada dan telah pergi meninggalkan kita.Ya beliau meninggalkan kita membawa seribu kenangan dibulan Ramadhan dengan berbuka puasa bersama marhain lembu lembuan pakatan haprak yang tercinta.


Masih berbekas bau air tangan Guan Eng,masih teringat saat akhir beliau menyuapkan buah kurma Yusof Taiyub,kenangan mendapat hamper hasil zakat disampaikan sendiri oleh Ketua menteri paling celaka didalam sejarah telah menambat hatiku untuk terus mendambakan kasih dan ihsan dari beliau.

Ramadhan tahun ini memberi kenangan buat diri ku insan yang masih dahagakan ilmu dan panduan daripada seorang khalifah sosialis yang diangkat darjatnya oleh wali selipar tersohor dari Kelate.

Sebenarnya Guan Eng bukan mati atau pun padam jangan salah sangka,aku beroleh perkhabaran Ketua menteri kesayangan ku pergi jauh nun jauh ke negeri China,diberitakan beliau pergi atas desakan tugas demi menjaga kesejahteraan ekonomi negeri Pulau Pinang.

Beliau telah terbang bersama 22 orang rombongan anak beranak,sahabat handai dan kroni untuk misi perdagangan & makan angin di Xiamen and Shanghai China .Dengar cerita misi ini adalah untuk Syarikat DAP dan Anak Anak Sdn Bhd,baguslah mereka ini pandai berniaga. baca setrusnya...

Saturday, September 4, 2010

GEMPAR :NAMEWEE TUKAR JADI BABI???


video

oink..oink...ayaaa sulah tukar jadi babi ka sikalang???....hahahahahahahahaa..steadyla bro RIO..


kalo nak komen sini please just mention namewee saje, jangan tulis bangsa dia... dia racist bukan sebab dia cina, tapi dia racist sebab dia bodoh!


SAY NO TO RACISM!!


Friday, September 3, 2010

Melayu atau Cina RASIS..

Merdekakan Pemikiran Kaum

Menjelang hari kemerdekaan negara, saya selalu teringat tiga orang pegawai British yang banyak berjasa kepada Tanah Melayu iaitu R.O. Winstedt, George Maxwell dan Frank Swettenham. Walaupun mereka tinggal tidak lama di sini, lebih kurang 30 tahun, namun mereka bertiga ini begitu gigih menentang Malayan Union yang cuba diperkenalkan oleh ketua mereka pada tahun 1946. Suara keras mereka kedengaran melalui akhbar-akhbar di London, tidak kurang di sini.

Mereka cukup memahami pemikiran, psikologi, toleransi dan cara hidup Melayu serta kedudukan bangsa Melayu di kepulauan Melayu. Pendek kata, walaupun mereka bukan Melayu, mereka tidak sanggup melihat hak-hak Melayu dan Islam dicabut di buminya sendiri. Mereka tidak kisah menerima kutukan bangsanya disebabkan oleh pendirian yang bertentangan. Atas dasar berani kerana benar, takut kerana salah, mereka sanggup menghadapi risiko yang begitu besar. Niat mereka ikhlas, mereka tidak mahu bangsa mereka dikutuk selepas ini disebabkan oleh terlalu agresif atau terlalu ultra kiasu.

Mereka bersama-sama pejuang-pejuang Melayu Islam yang lain berhempas pulas memastikan Malayan Union gagal. Tindakan mereka ternyata membuahkan hasil. Tanah Melayu kembali kepada orang Melayu. Bayangkanlah jika orang bukan Melayu bersama-sama menentang Malayan Union, saya akan turut berbangga hari ini, kerana bangsa telah melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Saya tidak mahu bangsa saya dituduh mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Biarlah kita mengambil kesempatan ketika orang lain kuat. Itu lebih bermaruah daripada menahan lukah di pergentingan. Inilah maksud kemerdekaan yang sebenar, berkorban jiwa raga demi agama, bangsa dan negara.

Kini sudah 53 tahun kita mencapai kemerdekaan. Sepatutnya, semakin lama kita merdeka, ia semakin mematangkan kita. Kita akan lebih memahami sejarah negara. Ini tidak, ada segelintir yang cuba memutar-belitkan sejarah dan menuntut sesuatu yang di luar dugaan. Mereka sudah lupa wajah-wajah tokoh kemerdekaan yang telah banyak berkorban.

Apa yang lebih ditonjolkan adalah tokoh-tokoh berasaskan bangsa yang sumbangannya tidaklah sehebat sumbangan mereka yang sanggup berkorban nyawa seperti Tok Janggut, Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Mat Salleh, Rentap dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi ada yang sanggup mengenengahkan ahli kumpulan Bintang Tiga (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan, sedangkan sejarah membuktikan bahawa mereka ini memperjuangkan ideologi komunis.

Jika kita tinjau sejarah kemerdekaan, para pejuang kemerdekaan sebenar adalah pahlawan-pahlawan Islam. Sila baca sejarah kebangkitan nasionalisme Melayu (Islam) dan faktor-faktor kebangkitan seperti pengaruh Islam, akhbar, bahasa dan kesusasteraan dan sebagainya. Daripada semua faktor ini, saya boleh ringkaskan, faktor agama Islam amat kuat menpengaruhi kebangkitan Melayu ketika itu. Islam menyatukan mereka meskipun berbeza latar belakang. Mereka sanggup mengenepikan kepentingan peribadi dan parti, semata-mata untuk memastikan tanahair ini bebas dari cengkaman penjajah.

Justeru, hari ini tidak timbul soal kita tidak boleh bersatu atas semangat ini. Masalahnya kita saling tuduh menuduh dan kafir mengkafir antara satu sama lain. UMNO dikatakan sekular kerana mempertahankan perlembagaan kafir (Perlembagan Reid). PAS mendakwa mereka sahajalah parti yang memperjuangkan Islam. Persoalannya, tidakkah kita boleh manfaatkan ruang dan peluang yang sedia ada (perlembagaan) untuk meninggikan syiar Islam? Kenapa kita harus saling bercakaran?

Pada saya, syiar Islam berkembang hari ini disebabkan oleh ruang dan peluang yang ada dalam perlembagaan menyebabkan ia tumbuh subur. Untuk melaksanakan hudud, maka pindaan perlembagaan perlu dibuat. Persoalannya bolehkah perlembagaan dipinda jika umat Islam tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam parlimen? Jika bukan Islam termasuk ultra kiasu tidak menyokong hudud, bagaimana ia boleh dilaksanakan?

Saya hanya tersenyum simpul apabila membaca respon pemimpin nombor satu parti ultra kiasu terhadap pandangan Mursyidul Am PAS mengenai cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. Spontan selepas itu, pemimpin parti ultra kiasu menjawab janganlah bermimpi untuk melaksanakan hudud. Seperti biasa jawapan Mursyidul Am PAS adalah, ultra kiasu masih tidak faham Islam, itu pendapat peribadi.

Persoalannya, takkanlah sudah sekian lama tidur sebantal masih tidak faham-faham lagi? Sebelum ini PAS mendakwa, sejak berkawan dengan mereka, ultra kiasu sudah semakin berubah, banyak membaca buku-buku Islam dan menjadi pro-Islam. Yang menjadi masalah hanya golongan tua ultra kiasu, generasi muda mereka didakwa begitu sayang dan memahami Islam serta setuju dengan perlaksanaan undang-undang Islam. Bagus juga sangka baik ini, sekurang-kurang dapat membuka mata dan minda kita. Ini mungkin juga disebabkan oleh doa khatib-khatib PAS dalam khutbah jumaat.

Persoalannya, adakah benar ultra kiasu sudah mendapat hidayah? Sejak dari dahulu lagi parti ultra kiasu menolak sebagai bentuk perlaksanaan cara hidup Islam di negara ini. Masihkan kita tidak mengenali antara musuh dan sahabat? Saya yakin, jika Mursyidul Am PAS mencadangkan kepada UMNO, paling kurangpun UMNO akan berkata, kita tangguh dahulu, menolak tidak mungkin sekali, kerana UMNO adalah parti orang Islam.

Ultra kiasu sentiasa merujuk tahun 1988 sebagai hujah untuk menolak undang-undang dan negara Islam. Pada ketika itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular. Jika inilah hujahnya, bermakna perlembagaan persekutuan perlu dipinda. Bagaimanakah perlembagaan persekutuan boleh dipinda jika tidak ada majoriti dua pertiga. Justeru, sudah sampai masanya PAS dan UMNO bersatu untuk melaksanakan undang-undang Islam.

Namun begitu, sanggupkah Mursyidul Am PAS menyahut cabaran ini? Prejudis PAS terhadap UMNO terlalu tinggi, berbanding sangka baik mereka terhadap ultra kiasu. Semakin kuat PAS bercakap pasal Islam, semakin kuat pula ultra kiasu menentang Islam. Sudah sampai masanya PAS membuat kajian kenapa ultra kiasu masih menentang Islam daripada memberikan jawapan simplistik, mereka masih belum faham Islam disebabkan UMNO.

Kadangkala saya cukup hairan, kenapa kita begitu ghairah dengan hudud, sedangkan ruang dan peluang untuk kita melaksanakan cara hidup Islam yang lain masih terbentang luas? Gunakanlah ruang dan peluang terlebih dahulu. Beritahu kepada mereka larangan Islam seperti zina, judi, seks bebas, dan sebagainya adalah isu bersama atau isu semua agama. Saya yakin, isu inipun tidak dapat dipersetujui oleh ultra kiasu, sebab mereka memperjuangkan hak-hak asasi manusia dan negara sekular.

Tidakkah lebih baik setelah bukan Islam faham nanti, barulah kita bersama-sama fikirkan cara untuk melaksanakan cara hidup Islam sepenuhnya? Ini tidak, masa dan tenaga banyak terbuang memikirkan sesuatu yang amat sukar untuk dilaksanakan.

Yakinlah, hari ini UMNO sudah banyak berubah berbanding dahulu. Ya, dahulu memang UMNO kuat buat endah tidak endah apabila bercakap tentang Islam. Namun, hari ini semakin ramai generasi muda yang cenderung kepada Islam. Cuma pendekatannya sahaja berbeza dengan pendekatan PAS. Saya tidak menafikan peranan PAS yang turut menyumbang kepada UMNO untuk memahami Islam dan melaksanakan cara hidup Islam walaupun belum sepenuhnya.

Cubalah buat sedikit perbandingan bagaimana ultra kiasu bersatu dan mendesak kita. Terbaru, mereka M
endesak agar dua orang pengetua sekolah yang mengeluarkan kenyataan rasis meletak jawatan atau ditukarkan
. Isu pengetua rasis dijadikan berita utama saban hari seolah-olah tidak ada lagi berita lain dalam media mereka. Tujuannya tidak lain, untuk menunjukkan suara mereka kuat dan boleh menggugat kedudukan kerajaan yang memerintah. Mereka bersatu hati dan tidak pernah berputus asa mendesak kerajaan mengenakan tindakan terhadap mereka yang kononnya didakwa sebagai rasis, sehinggalah kerajaan tunduk, barulah mereka berpuas hati.

Saya juga ingin melihat mereka melakukan tindakan yang sama terhadap insiden menyimbah cat merah dan botol arak di salah sebuah surau di Seremban baru-baru ini. Adakah mereka bertindak sedemikian? Adakah umat Islam bertindak seperti mereka memaksa pesalah-pesalah tersebut dibicarakan atau dipenjarakan? Yang saya lihat, kita cuba tutup isu ini. Malahan identitinyapun kalau boleh kita mahu rahsiakan. Kalau boleh, kita mahu cepat-cepat ‘cover’ isu ini dengan mengatakan ia tidak kaitan dengan isu rasis. Persoalannya, kenapa bila pada kita semuanya rasis? Siapakah sebenarnya rasis?

Remaja yang terlibat dalam insiden membakar gereja dikenakan hukuman penjara lima tahun. Itupun masih ada yang tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut.

Bagaimanapun, insiden surau ini tidak banyak diperbesarkan seperti mana isu pengetua rasis, malah umat Islam menerimanya melalui permohonan maaf. Sifat terpuji ini amat saya kagumi. Bukannya seperti politik ultra kiasu, bila kena orang Islam, macam-macam tindakan mahu dikenakan. Namun, bila kena pada batang hidung sendiri, disenyapkan dan cukup sekadar permohonan maaf. Merdekakah kita? Kenapa tidak menghargai toleransi ini? Siapakah yang lebih bertoleransi?

Sama juga insiden kenyataan Ketua Wanita Gerakan, apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu itu adalah juga pendatang sepertimana orang Cina dan India. Adakah itu kenyataan ini tidak rasis? Saya jarang pernah dengar ultra kiasu mendesak beliau meminta maaf, atau dipaksa letak jawatan atau ditukarkan ke mana-mana? Yang saya dengar mereka menyokong lagi kenyataan tersebut. Kena pada orang lain, buat-buat pejam mata, kena batang hidung sendiri, melompat seperti cacing kepanasan.

Satu kes lagi, Namewee pernah rapkan lagu kebangsaan Negaraku dan lagu-lagu lain yang kandungannya menghina orang Melayu, hak istimewa orang Melayu, agama Islam, Tenaga Nasional, polis dan sebagainya. Saya minta para pembaca membuat carian dalam internet. Pernahkah parti-parti ultra kiasu dan akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya, menyuruh beliau minta maaf seperti mana yang didesak terhadap pengetua rasis? Jika orang lain semuanya rasis, orang sendiri tidak rasis. Malah, tindakan Namewee turut disanjung. Beliau dianggap sebagai hero.

Air mata saya mengalir bila membaca komen daripada salah seorang pengunjung blog berbangsa Cina yang menggunakan nama CinaMalaysia dengan kata-kata: “inilah masalah segelintir kami, apabila kami bercakap sedikit mengenai perkara yang kononnya kurang memihak kepada kami, ramai rakan-rakan sebangsa kami akan mengatakan bahawa kami ini sudah dihasut. Hinakah kami kerana kononnya gagal berfikir dengan baik”?

Pandangan CinaMalaysia dalam blog saya dikutuk habis-habisan. Hanya kerana Cina yang memahami sejarah berhujah, mahukan bukan Melayu menghormati perlembagaan, dan menghargai orang Melayu yang terlalu banyak bertoleransi kepada bukan Melayu.

Saya fikir jika ramai orang seperti ini dalam negara kita setelah 53 tahun merdeka, sudah tentu kita boleh tumpukan seluruh masa dan tenaga untuk membangun ummah dan negara. Malangnya, masih ramai di luar sana yang ultra kiasu. Asyik bercakap soal hak dan tidak pernah bersyukur. Inilah yang membantutkan pembangunan negara.

Saya fikir kerajaan yang diketuai oleh orang Islam semakin terbuka. Statistik terbaru menunjukkan bahawa peningkatan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam bertambah lebih dari seratus peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Kenapa kita masih belum berpuas hati? Malah, berbagai pasukan pemantau ditubuhkan untuk memastikan setiap bangsa mendapat lebih apa yang sepatutnya dia dapat? Apakah ini dinamakan kemerdekaan sebenar?

Kita sepatutnya berfikir dan merancang untuk membina bangsa Malaysia berasaskan perlembagaan. Bangsa Malaysia sepatutnya telah terbentuk sejak awal-awal lagi apabila kontrak sosial diterima. Malangnya, kita terus melayan tuntutan demi tuntutan sehingga akhirnya keadaan menjadi caca merba. Setiap bangsa mengikut cara masing-masing yang langsung tidak mencerminkan bangsa Malaysia. Itupun mereka tidak berpuas hati.

Justeru, saya pohon bacalah sejarah negara ini dengan hati yang terbuka. Janganlah terlalu melihat orang lain rasis, sebenarnya kitalah yang terlalu rasis. Tetapi sengaja ditutupkan supaya tidak nampak rasis. Kita sebenar masih belum merdeka. Pemikiran kita terhadap kaum sendiri amat menebal.

Kenapa kita yang telah begitu lama hidup bersama masih tidak memahami psikologi dan cara pemikiran serta budaya masing-masing, berbanding dengan Swettenham, Maxwel dan Winstedt. Tidakkah wajah-wajah ini dan semangat mereka sepatutnya muncul setelah 53 tahun kita merdeka? Selamat menyambut hari kebangsaan.


Oleh :
Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Pensyarah Kanan
Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Wednesday, September 1, 2010

PASIR MAS 31 Ogos - Pas telah membohongi rakyat bahawa mereka akan menubuhkan sebuah negara Islam sekiranya berjaya memerintah negara ini bersama dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ia jelas kerana kesemua pemimpin pembangkang telah menandatangani perjanjian bahawa mereka akan terus berpegang teguh kepada perlembagaan negara sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau berkata, perjanjian tersebut adalah berbeza dengan ceramah-ceramah yang dijalankan oleh pemimpin parti berkenaan di kampung-kampung yang menyatakan Pas berpegang teguh kepada dasarnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dengan melaksanakan hudud.

"Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hudud kerana parti itu tidak akan dapat memerintah negara ini.

"Kalau mereka sendiri tidak dapat tubuh kerajaan dan hanya mengharapkan bantuan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), impian ini tidak akan menjadi kenyataan kerana DAP secara terang-terangan menolak hudud serta negara Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita kepada Majlis Makan Colek Perdana dan Sambutan Diambang Kemerdekaan di Tendong di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pas tidak lagi meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan berdasarkan beberapa tindakannya hari ini yang berjuang hanya untuk kepentingan politik semata-mata.

"Pemimpin Pas terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempertahankan segala tindakan yang dibuat oleh DAP dan PKR," katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Monday, August 16, 2010


KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor seharusnya menutup terus kilang arak milik sebuah syarikat antarabangsa di Shah Alam dan bukannya mencadangkan lokasi baru yang lebih luas.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (Instac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, langkah menutup kilang itu bertepatan dengan cita-cita politik untuk menubuhkan negara Islam.

"Jika tindakan sebaliknya diambil kerajaan negeri, ia tidak selari dengan hasrat yang diperjuangkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencadangkan kawasan baru lebih luas di Pelabuhan Klang kepada kilang berkenaan ketika Yang Dipertua Pas Shah Alam itu mengadakan lawatan ke kilang tersebut pada 5 Ogos lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai sebahagian pekerja kilang tersebut yang beragama Islam, Mahmood Zuhdi berkata, wajib kepada seorang Islam untuk mendapatkan kerja yang halal memandangkan banyak peluang pekerjaan lain.

"Selain itu, kerajaan negeri juga harus main peranan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang halal kepada pekerja kilang tersebut. Jika gagal, jelas ia tidak memenuhi hak asasi sebagai umat Islam," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, pendakwah bebas, Mohd. Daud Che Ngah berkata, operasi kilang minuman keras di mana-mana lokasi di negara ini harus dihentikan sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam.

"Memakmurkan negara dengan benda yang ditegah Islam adalah tidak relevan. Justeru, kilang tersebut harus ditutup.

"Kita boleh import arak untuk kegunaan bukan Islam dan bukan menghasilkannya di negara ini," katanya.

Berhubung pekerja Islam di kilang berkenaan, Mohd. Daud menasihatkan mereka supaya berhenti dan mencari kerja lain yang halal.

"Allah membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Pekerja di kilang arak harus sedar rezeki yang diperoleh daripada sumber tidak halal boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada keluarga," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, Khalid harus mengambil peluang untuk mengecilkan operasi kilang arak itu dan bukannya mencadangkan ia dipindahkan ke tempat yang lebih luas.

"Jika mahu berdakwah, tutup terus dan fikirkan cara untuk menghalang penghasilan dan penjualan arak dari akar umbi.

"Sedarkah Khalid, dengan mencadangkan perpindahan itu hanya menguntungkan pihak syarikat arak tersebut," katanya.

Menurut beliau, sepatutnya dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, umat Islam didahulukan dan bukannya memberi peluang kepada syarikat milik bukan Islam menjana keuntungan dalam perniagaan yang tidak sewajarnya.

"Apa pun alasannya, Islam jelas mengatakan orang yang menyedia, membuat, menghidang malah turut mencadangkan untuk memperluaskan lagi tapak kilang arak juga tidak terkecuali daripada menanggung dosa," katanya.

Sementara itu, Dr. Ma'amor turut menasihatkan Kerajaan Selangor supaya memberikan peluang pekerjaan kepada pekerja kilang tersebut yang beragama Islam.

Terserah Presiden UMNO di Pulau Pinang

KUALA TERENGGANU 15 Ogos - Soal sama ada sudah tiba masanya untuk mengembalikan teraju kepimpinan UMNO Terengganu kepada pemimpin tempatan sebenarnya terletak di tangan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini menerajui Badan Perhubungan UMNO Terengganu menegaskan, beliau tidak boleh memutuskannya kerana kuasa terletak di tangan Najib.

Beliau diminta mengulas desakan perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang mahu jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Mengulas mengenai pergeseran yang kelihatan masih berlarutan dalam UMNO Terengganu, Hishammuddin berkata, pucuk pimpinan UMNO akan menilai masa depan wakil-wakil rakyat yang terus mencetuskan masalah.

Hishammuddin berkata, mereka yang mengambil tindakan dan melakukan sesuatu yang tidak berkisar pada realiti politik hari ini akan dinilai oleh pucuk pimpinan dari segi kepimpinan peribadi masing-masing.

Sumber : Utusan Malaysia

Adakah Pengerusi BPUNPP perlu ditukar???

Melihat keadaan yang berlaku di Terengganu.. adakah releven sekiranya jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang diserahkan kepada orang lain?.. bukanya Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang sekarang ni tak bagus cuma apa yang EP nampak, beliau sibuk dalam menguruskan banyak perkara dari UMNO Pusat, Kementerian dan juga negeri. UMNO Negeri Pulau Pinang memerlukan perhatian yang khusus dalam usaha untuk memenangi kembali hati rakyat semasa PRU 13. Oleh yang demikian, tak salah sekiranya Pengerusi BPUNPP ditukar untuk kebaikan semua pihak. Pengerusi BPUNPP yang baru dapat memberi sepenuh perhatian di Pulau Pinang (lebih baik sekiranya beliau tinggal di Pulau Pinang). Senang sikit rakyat nak jumpa....

p/s : bila pemimpin-pemimpin UMNO pusat nak jumpa rakyat di Pulau Pinang..kalau ada pun mai mcm VIP..balik pun mcm VIP..hmmmm

ini antara rintihan blogger & rakyat di Pulau Pinang..

sumber : www.pisau.net

Pisau perhatikan UMNO Pulau Pinang tidak bangun bangun sejak PRU12, dari perhubungan negeri hinggalah ke peringkat bahagian,apatah lagi ke peringkat cawangan.UMNO Perhubungan Negeri Pulau Pinang sejak dari PRU12 makin lama makin nyenyak tidornya, cuma kadang kala kedengaran beberapa pemimpin mengigau dan berdengkor,yang terbangun sekejap ,itu pun sebab termimpi basah kemudian tidor balik.

UMNO negeri hingga sekarang tidak bergerak malah lebih banyak retoriknya daripada membuat kerja .Buat Ds Najib, lihatlah mereka mereka yang berada di perhubungan negeri sebenarnya terlalu banyak berbohong dalam laporan mereka,kononnya KPI semua bahagian,graf dan statistik semua hebat hebat, Oh rakyat semua sokong Umno,1 Malaysia semua orang dah faham.

Tujuan mereka mereka ini berbohong kerana takutkan tidor mereka terganggu . Bayangkan kesemua sayap parti dari ketua pemuda negeri,puteri dan wanita kesemuanya tidor.Ketua bahagian,hampir kesemuanya tidor,setiap kali ada demo atau tunjuk perasaan orang melayu Pulau Pinang,batang hidung pun tak nampak. Yang terbaru di KOMTAR,rata rata marhain pergi ke sana berikan sokongan.Mana perginya ketua bahagian,ketua pemuda & ketua puteri? cukupkah hanya sekadar tengok di TV?Usah beretorik seperti Datok Musa kononnya memberi amaran kepada DAP "Jangan bermain Api" ceh pirraah! ,sebenarnya api tidak ada didalam UMNO Penang,semuanya aircond,sejuk macam cendol pekan BM, tidoq tak habis habis.

Kalau betul sangat nak perjuangkan isu orang melayu kenapa tak turun, simpan la keris buat cungkil kumboh nyoq.Yb Shabudin ketua bahagian paling sibuk didonia, tak pernah nampak batang hidung, sms atau call jangan harap dia nak jawap,jauh sekali nak bagi kerjasama. PM pun tak sesibuk macam dia.Ketua ketua bahagian yang lain, buat program syok sendiri,buat ceramah depan penyokong sendiri yang semua orang tau comfirm akan pangkah BN.

Buat apa?YB YB UMNO,tak sedar diri yang depa ni dah jadi pembangkang, Pisau mengikuti setiap kali Sidang DUN berlangsung yang rajin bercakap YB Farid,YB Helmi dan YB Azhar,yang lain ada la cuit cuit ntah apa apa. Nak lawan dengan DAP & Guan Eng pun tercungap cungap ,cakap takdak substance macam tin kosong.

Terlalu banyak kepincangan dalam kerajaan negeri pakatan,takkan tak reti pickup isu? pegawai khas yb yb ni makan gaji buta ka?Pemuda UMNO negeri lembik barangkali KJ mahu melihat kesemua pemudanya lembik lembik,pilih kp negeri semua kaki yes bos. Tak reti buat kerja.Kalau dah tak competent tak boleh buat kerja,lantik lah yang baru yang betul betul mahu berjuang. baca seterusnya...
__________________________________________________________________

sumber : http://theflyingkick.blogspot.com

Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir menyalak lagi. Sekali dengar, bunyinya macam membela kaum Melayu-Bumiputera sangat-sangat. Namun hakikatnya, salakan itu hanya di hadapan media dan di dalam bilik berhawa dingin. Turun padang jauh sekali. KUNUN-KUNUNNYA marah sangatlah sebab kerajaan Lim Guan Eng robohkan gerai Melayu.

Masalahnya, UMNO tak muncul-muncul di tempat gerai Melayu dirobohkan. UMNO Pulau Pinang hanya bersuara setelah gerai dirobohkan. Biarpun para bloggers bagaikan memberi segala maklumat kepada UMNO Pulau Pinang, parti politik tersebut sekadar tidur nyenyak dan hanya terjaga apabila kepalanya kena pijak!!!

Suara UMNO Pulau Pinang dalam isu ini ibarat suara anjing menyalak bukit. Suara yang tidak memberikan sebarang hasil memandangkan UMNO Pulau Pinang masih berasa mereka menang dan penguasa sebenar Pulau Pinang. Sehingga setakat ini, UMNO Pulau Pinang sekadar bersorak dan berebut jawatan sesama sendiri tanpa melakukan sesuatu yang lebih besar untuk menarik Melayu Pulau Pinang menyokong mereka. baca seterusnya...

*Takkan UMNO Pulau Pinang hanya menyalak tanpa bekerja?

Di awal pemerintahan DAP di P.Pinang, DEB yang menjadi tunggak kebajikan rakyat terutamanya bangsa melayu, mahu dihapuskan oleh Lim Guan Eng dengan alasan kesamarataan.Ini termasuklah kuota perumahan bagi Bumiputera yang amat tidak dipersetujui oleh DAP dan sebilangan masyarakat bukan Bumiputera dalam negara.

Sebab itulah didalam dasar baru corak pengendalian hartanah dan perumahan kerajaan negeri DAP, satu kaedah baru telah di wujudkan dimana para pemaju perumahan boleh menjual unit khas untuk Bumiputera yang tak terjual hanya didalam tempoh masa 3 bulan secara automatik, tanpa memerlukan pelepasan kuota dari pihak berkuasa negeri.

Pentadbiran Lim Guan Eng juga telah menimbulkan kebimbangan dikalangan penduduk melayu negeri ini apabila dia telah mengarahkan supaya dipermudah dan dipercepatkan kelulusan serta kebenaran perancang perumahan kepada Pemaju Swasta.

Dan untuk pengetahuan semua, majoriti pemaju swasta di negeri P.Pinang adalah terdiri dari pemaju cina yang datang dari luar.

Didalam sistem baru tersebut, proses kelulusan permohonan tukar syarat tanah dari pertanian kepada kediaman serta penempatan semula (rezoning) telah dipercepatkan dibawah kuasa kerajaan negeri yang diterajui oleh Lim Guan Eng sendiri sebagai Pengerusi Negeri.

Sunday, August 15, 2010

Menarik artikel dari Pisau...bila lagi Melayu nak sedar....

Jarum sudah berjaya dicucuk kepada setiap kaum cina untuk menuntut hak kesamarataan,Intipati perjuangan DAP disemai begitu subur hingga telah memecah garis sempadan ideologi politik walaupun perbezaan pendapat.Namun punyai titik pertemuan yang sama.

Dasar meritokrasi,hak kesamarataan dan liberalisasi hasil garapan resepi Malaysian Malaysia ditambah perisa dan diadun hasil air tangan Anwar Ibrahim.Maka ia sudah menjadi satu hidangan yang tidak boleh ditolak.
Orang cina tidak kira mana mana fahaman politik masih mempertikaikan hak keistimewaan bumiputra,perkongsian kek ekonomi yang semua orang sedia maklum amat tidak seimbang tetapi mahu diambil walau pun orang melayu hanya mampu menguasai 19% jauh dari sasaran,19% itulah yang dipersoalkan.

Kongres Ekonomi Cina bertajuk Peranan Masyarakat Cina Mencapai Sasaran Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) berkata perkongsian ekonomi yang ada sekarang adalah tidak tulen dan tidak melambangkan keterbukaan,Soi Lek menyarankan pendekatan berdasarkan kepada merit atau marginal preference dengan memberi peluang sama rata kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.