Monday, August 16, 2010


KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor seharusnya menutup terus kilang arak milik sebuah syarikat antarabangsa di Shah Alam dan bukannya mencadangkan lokasi baru yang lebih luas.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (Instac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, langkah menutup kilang itu bertepatan dengan cita-cita politik untuk menubuhkan negara Islam.

"Jika tindakan sebaliknya diambil kerajaan negeri, ia tidak selari dengan hasrat yang diperjuangkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencadangkan kawasan baru lebih luas di Pelabuhan Klang kepada kilang berkenaan ketika Yang Dipertua Pas Shah Alam itu mengadakan lawatan ke kilang tersebut pada 5 Ogos lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai sebahagian pekerja kilang tersebut yang beragama Islam, Mahmood Zuhdi berkata, wajib kepada seorang Islam untuk mendapatkan kerja yang halal memandangkan banyak peluang pekerjaan lain.

"Selain itu, kerajaan negeri juga harus main peranan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang halal kepada pekerja kilang tersebut. Jika gagal, jelas ia tidak memenuhi hak asasi sebagai umat Islam," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, pendakwah bebas, Mohd. Daud Che Ngah berkata, operasi kilang minuman keras di mana-mana lokasi di negara ini harus dihentikan sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam.

"Memakmurkan negara dengan benda yang ditegah Islam adalah tidak relevan. Justeru, kilang tersebut harus ditutup.

"Kita boleh import arak untuk kegunaan bukan Islam dan bukan menghasilkannya di negara ini," katanya.

Berhubung pekerja Islam di kilang berkenaan, Mohd. Daud menasihatkan mereka supaya berhenti dan mencari kerja lain yang halal.

"Allah membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Pekerja di kilang arak harus sedar rezeki yang diperoleh daripada sumber tidak halal boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada keluarga," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, Khalid harus mengambil peluang untuk mengecilkan operasi kilang arak itu dan bukannya mencadangkan ia dipindahkan ke tempat yang lebih luas.

"Jika mahu berdakwah, tutup terus dan fikirkan cara untuk menghalang penghasilan dan penjualan arak dari akar umbi.

"Sedarkah Khalid, dengan mencadangkan perpindahan itu hanya menguntungkan pihak syarikat arak tersebut," katanya.

Menurut beliau, sepatutnya dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, umat Islam didahulukan dan bukannya memberi peluang kepada syarikat milik bukan Islam menjana keuntungan dalam perniagaan yang tidak sewajarnya.

"Apa pun alasannya, Islam jelas mengatakan orang yang menyedia, membuat, menghidang malah turut mencadangkan untuk memperluaskan lagi tapak kilang arak juga tidak terkecuali daripada menanggung dosa," katanya.

Sementara itu, Dr. Ma'amor turut menasihatkan Kerajaan Selangor supaya memberikan peluang pekerjaan kepada pekerja kilang tersebut yang beragama Islam.

Terserah Presiden UMNO di Pulau Pinang

KUALA TERENGGANU 15 Ogos - Soal sama ada sudah tiba masanya untuk mengembalikan teraju kepimpinan UMNO Terengganu kepada pemimpin tempatan sebenarnya terletak di tangan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini menerajui Badan Perhubungan UMNO Terengganu menegaskan, beliau tidak boleh memutuskannya kerana kuasa terletak di tangan Najib.

Beliau diminta mengulas desakan perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang mahu jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Mengulas mengenai pergeseran yang kelihatan masih berlarutan dalam UMNO Terengganu, Hishammuddin berkata, pucuk pimpinan UMNO akan menilai masa depan wakil-wakil rakyat yang terus mencetuskan masalah.

Hishammuddin berkata, mereka yang mengambil tindakan dan melakukan sesuatu yang tidak berkisar pada realiti politik hari ini akan dinilai oleh pucuk pimpinan dari segi kepimpinan peribadi masing-masing.

Sumber : Utusan Malaysia

Adakah Pengerusi BPUNPP perlu ditukar???

Melihat keadaan yang berlaku di Terengganu.. adakah releven sekiranya jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang diserahkan kepada orang lain?.. bukanya Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang sekarang ni tak bagus cuma apa yang EP nampak, beliau sibuk dalam menguruskan banyak perkara dari UMNO Pusat, Kementerian dan juga negeri. UMNO Negeri Pulau Pinang memerlukan perhatian yang khusus dalam usaha untuk memenangi kembali hati rakyat semasa PRU 13. Oleh yang demikian, tak salah sekiranya Pengerusi BPUNPP ditukar untuk kebaikan semua pihak. Pengerusi BPUNPP yang baru dapat memberi sepenuh perhatian di Pulau Pinang (lebih baik sekiranya beliau tinggal di Pulau Pinang). Senang sikit rakyat nak jumpa....

p/s : bila pemimpin-pemimpin UMNO pusat nak jumpa rakyat di Pulau Pinang..kalau ada pun mai mcm VIP..balik pun mcm VIP..hmmmm

ini antara rintihan blogger & rakyat di Pulau Pinang..

sumber : www.pisau.net

Pisau perhatikan UMNO Pulau Pinang tidak bangun bangun sejak PRU12, dari perhubungan negeri hinggalah ke peringkat bahagian,apatah lagi ke peringkat cawangan.UMNO Perhubungan Negeri Pulau Pinang sejak dari PRU12 makin lama makin nyenyak tidornya, cuma kadang kala kedengaran beberapa pemimpin mengigau dan berdengkor,yang terbangun sekejap ,itu pun sebab termimpi basah kemudian tidor balik.

UMNO negeri hingga sekarang tidak bergerak malah lebih banyak retoriknya daripada membuat kerja .Buat Ds Najib, lihatlah mereka mereka yang berada di perhubungan negeri sebenarnya terlalu banyak berbohong dalam laporan mereka,kononnya KPI semua bahagian,graf dan statistik semua hebat hebat, Oh rakyat semua sokong Umno,1 Malaysia semua orang dah faham.

Tujuan mereka mereka ini berbohong kerana takutkan tidor mereka terganggu . Bayangkan kesemua sayap parti dari ketua pemuda negeri,puteri dan wanita kesemuanya tidor.Ketua bahagian,hampir kesemuanya tidor,setiap kali ada demo atau tunjuk perasaan orang melayu Pulau Pinang,batang hidung pun tak nampak. Yang terbaru di KOMTAR,rata rata marhain pergi ke sana berikan sokongan.Mana perginya ketua bahagian,ketua pemuda & ketua puteri? cukupkah hanya sekadar tengok di TV?Usah beretorik seperti Datok Musa kononnya memberi amaran kepada DAP "Jangan bermain Api" ceh pirraah! ,sebenarnya api tidak ada didalam UMNO Penang,semuanya aircond,sejuk macam cendol pekan BM, tidoq tak habis habis.

Kalau betul sangat nak perjuangkan isu orang melayu kenapa tak turun, simpan la keris buat cungkil kumboh nyoq.Yb Shabudin ketua bahagian paling sibuk didonia, tak pernah nampak batang hidung, sms atau call jangan harap dia nak jawap,jauh sekali nak bagi kerjasama. PM pun tak sesibuk macam dia.Ketua ketua bahagian yang lain, buat program syok sendiri,buat ceramah depan penyokong sendiri yang semua orang tau comfirm akan pangkah BN.

Buat apa?YB YB UMNO,tak sedar diri yang depa ni dah jadi pembangkang, Pisau mengikuti setiap kali Sidang DUN berlangsung yang rajin bercakap YB Farid,YB Helmi dan YB Azhar,yang lain ada la cuit cuit ntah apa apa. Nak lawan dengan DAP & Guan Eng pun tercungap cungap ,cakap takdak substance macam tin kosong.

Terlalu banyak kepincangan dalam kerajaan negeri pakatan,takkan tak reti pickup isu? pegawai khas yb yb ni makan gaji buta ka?Pemuda UMNO negeri lembik barangkali KJ mahu melihat kesemua pemudanya lembik lembik,pilih kp negeri semua kaki yes bos. Tak reti buat kerja.Kalau dah tak competent tak boleh buat kerja,lantik lah yang baru yang betul betul mahu berjuang. baca seterusnya...
__________________________________________________________________

sumber : http://theflyingkick.blogspot.com

Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir menyalak lagi. Sekali dengar, bunyinya macam membela kaum Melayu-Bumiputera sangat-sangat. Namun hakikatnya, salakan itu hanya di hadapan media dan di dalam bilik berhawa dingin. Turun padang jauh sekali. KUNUN-KUNUNNYA marah sangatlah sebab kerajaan Lim Guan Eng robohkan gerai Melayu.

Masalahnya, UMNO tak muncul-muncul di tempat gerai Melayu dirobohkan. UMNO Pulau Pinang hanya bersuara setelah gerai dirobohkan. Biarpun para bloggers bagaikan memberi segala maklumat kepada UMNO Pulau Pinang, parti politik tersebut sekadar tidur nyenyak dan hanya terjaga apabila kepalanya kena pijak!!!

Suara UMNO Pulau Pinang dalam isu ini ibarat suara anjing menyalak bukit. Suara yang tidak memberikan sebarang hasil memandangkan UMNO Pulau Pinang masih berasa mereka menang dan penguasa sebenar Pulau Pinang. Sehingga setakat ini, UMNO Pulau Pinang sekadar bersorak dan berebut jawatan sesama sendiri tanpa melakukan sesuatu yang lebih besar untuk menarik Melayu Pulau Pinang menyokong mereka. baca seterusnya...

*Takkan UMNO Pulau Pinang hanya menyalak tanpa bekerja?

Di awal pemerintahan DAP di P.Pinang, DEB yang menjadi tunggak kebajikan rakyat terutamanya bangsa melayu, mahu dihapuskan oleh Lim Guan Eng dengan alasan kesamarataan.Ini termasuklah kuota perumahan bagi Bumiputera yang amat tidak dipersetujui oleh DAP dan sebilangan masyarakat bukan Bumiputera dalam negara.

Sebab itulah didalam dasar baru corak pengendalian hartanah dan perumahan kerajaan negeri DAP, satu kaedah baru telah di wujudkan dimana para pemaju perumahan boleh menjual unit khas untuk Bumiputera yang tak terjual hanya didalam tempoh masa 3 bulan secara automatik, tanpa memerlukan pelepasan kuota dari pihak berkuasa negeri.

Pentadbiran Lim Guan Eng juga telah menimbulkan kebimbangan dikalangan penduduk melayu negeri ini apabila dia telah mengarahkan supaya dipermudah dan dipercepatkan kelulusan serta kebenaran perancang perumahan kepada Pemaju Swasta.

Dan untuk pengetahuan semua, majoriti pemaju swasta di negeri P.Pinang adalah terdiri dari pemaju cina yang datang dari luar.

Didalam sistem baru tersebut, proses kelulusan permohonan tukar syarat tanah dari pertanian kepada kediaman serta penempatan semula (rezoning) telah dipercepatkan dibawah kuasa kerajaan negeri yang diterajui oleh Lim Guan Eng sendiri sebagai Pengerusi Negeri.

Sunday, August 15, 2010

Menarik artikel dari Pisau...bila lagi Melayu nak sedar....

Jarum sudah berjaya dicucuk kepada setiap kaum cina untuk menuntut hak kesamarataan,Intipati perjuangan DAP disemai begitu subur hingga telah memecah garis sempadan ideologi politik walaupun perbezaan pendapat.Namun punyai titik pertemuan yang sama.

Dasar meritokrasi,hak kesamarataan dan liberalisasi hasil garapan resepi Malaysian Malaysia ditambah perisa dan diadun hasil air tangan Anwar Ibrahim.Maka ia sudah menjadi satu hidangan yang tidak boleh ditolak.
Orang cina tidak kira mana mana fahaman politik masih mempertikaikan hak keistimewaan bumiputra,perkongsian kek ekonomi yang semua orang sedia maklum amat tidak seimbang tetapi mahu diambil walau pun orang melayu hanya mampu menguasai 19% jauh dari sasaran,19% itulah yang dipersoalkan.

Kongres Ekonomi Cina bertajuk Peranan Masyarakat Cina Mencapai Sasaran Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) berkata perkongsian ekonomi yang ada sekarang adalah tidak tulen dan tidak melambangkan keterbukaan,Soi Lek menyarankan pendekatan berdasarkan kepada merit atau marginal preference dengan memberi peluang sama rata kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Saturday, August 14, 2010

Salam ramadhan ..sekarang bulan puasa...berhati-hati........

be careful of kurma yahudi .. tolong distribute ! bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel....dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.


Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin.Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi. Sila sebarkan...

SUMBER : dari kengkawan se islam kita, mpp

Tunggu apa lagi Jijah oiii......


Sehari selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengeluarkan kenyataan akan menyaman Senator Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu pula mencabarnya bersumpah.

Ezam ketika dihubungi semalam berkata, jika apa yang dikatakan beliau adalah fitnah seperti yang dikatakan Wan Azizah, adalah lebih baik perkara itu diselesaikan dengan cara Islam.

"Saya cabar Azizah bersumpah di depan ulama di tempat yang dipilih sendiri olehnya. Saya tidak takut atau gentar kerana Mahkamah Allah sentiasa menyebelahi orang yang benar. Tidak perlu menunggu mahkamah awam yang tidak tentu bila kesudahannya. Saya bersedia bersumpah mengatakan saya bercakap benar, bukan menyebarkan fitnah. Apa yang saya katakan adalah benar berlaku. Jika Azizah hendak juga membawa perkara ini ke mahkamah, silakan, saya bersedia menghadapinya dan akan mendedahkan perkara ini di mahkamah", katanya.

Dalam masa sama, beliau secara sinis turut mengingatkan Wan Azizah agar tidak menangguhkan perbicaraan sekiranya ingin mengheretnya ke mahkamah sebagaimana yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ezam turut menyatakan kekesalan yang diluahkan ibunya, Aishah Osman, 64, yang kini sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap Wan Azizah sekiranya isteri kepada Penasihat PKR itu terus melepaskan tuduhan dan fitnah terhadap Ezam. :Menurut Ezam, ibunya membuat keputusan itu kerana tahu anaknya tidak membuat fitnah dan bercakap benar dengan apa yang diperjuangkan selama ini.

"Ibu saya kesal dengan tindakan Wan Azizah yang bermuka-muka dan tidak mengaku apa yang dilakukan selama ini. Ibu saya amat rapat dengan dia (Wan Azizah), hinggakan beliau memanggilnya bonda, ibu juga tempat Wan Azizah mendapatkan nasihat sebelum ini," katanya.

Menurutnya, tindakan berkenaan akan dilakukan ibunya selepas Ramadan kerana menghormati bulan yang mulia ini. Kelmarin, Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Ezam.

Beliau mendakwa Ezam menuduhnya pernah menghubungi beliau dan memberi arahan supaya orang ramai tidak mendekati Anwar.

Sumber : Sinar Harian

Friday, August 13, 2010

GEMPAR !! Lim Guan Eng Gabra...

Sumber : Minda Intelek Melayu
Laa...... kelentong dan putar belit Lim Guan Eng semakin menjadi-jadi pulak. Ingatkan beliau meninggalkan segala yang mungkar di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tapi lagi teruk nampaknya.

Apakah Lim Guan Eng DAP sudah sampai tahap gabra sehinggakan tindak-tanduk beliau semakin menampakkan incompetency dan ketidakefesienan beliau sebagai Ketua Menteri?

Sumber MIM memberitahu bahawa apabila ditanya oleh wartawan di KOMTAR hari ini berkaitan dengan pintu tingkat bawah KOMTAR yang ditutup, Lim Guan Eng DAP menuduh pihak polis yang bertanggungjawab.

Tetapi apabila ditanya ke pihak polis, mereka mengatakan bahawa KOMTAR adalah dibawah bidang kuasa SUK kerjaan negeri Lim Guan Eng DAP. Yang melawakkan ialah selepas itu Lim Guan Eng DAP menuduh pihak bomba pula kerana menutup pintu di aras bawah KOMTAR.

Apa punya caca-marba si Lim Guan Eng DAP ni?

Bidang kuasa kerajaan negeri sendiri pun tak tahu. Yang paranoid sehingga ditutup pintu-pintu ialah Lim Guan Eng DAP sendiri.

Dan apabila wartawan menanyakan pula pihak yang menetapkan kadar sewa bazar Ramadhan sebanyak RM50, Lim Guan Eng DAP mengatakan bahawa pihak tersebut ialah Pusat Urus Zakat (PUZ). Akan tetapi apabila ditanya PUZ, terbukti bahawa pihak tersebut tidak ada kena mengena dengan bayaran pasar Ramadhan.

Aiyaa.....Apa la lu Guan Eng DAP !! Dah nyanyok ka?

Dan apabila diminta komen tentang tindakan seorang peniaga Cina yang cuba membunuh diri kerana kecewa dengan Lim Guan Eng DAP dan juga mengenai tindakan Encik Ghani, Naib Pengerusi Komtar Merchants menyaman beliau kerana beliau membuat fitnah dan berbohong tentang isu bazar Ramadhan, Lim Guan Eng tidak menjawab apa-apa pun!

Aiyaa Guan Eng... apasal mulut lu sudah berat mau cakap ? Atau lu sudah tak ada apa-apa lagi nak dikelentongkan.

Kalau soalan-soalan para wartawan pun dah kelam-kabut, lepas ini confirm Lim Guan Eng DAP bukan sahaja paranoid kat Pak Ali tetapi kat para wartawan juga. ....ishh....ishh...

Thursday, August 12, 2010

Info menarik dari blog RBF untuk dijadikan rujukan umat Islam,kerana sudah menjadi trend di bandar bandar besar berbuka puasa di hotel. Tetapi kita harus peka kerana sebahagian hotel yang menawarkan pakej juadah berbuka puasa tidak punyai sijil halal.


Saya sengaja nak memanjangkan perkara ini, mungkin ada dikalangan pembaca-pembaca blog yang tidak membeli akhbar. Mohon juga rakan-rakan blogger yang lain memanjangkan lagi perkara ini. Perkara ini tidak boleh dibuat main-main kerana ianya satu ibadat.

Bab ini kita kena jaga. Makan minum ini satu perkara penting, apatah lagi ianya menjadi darah daging kita. Tambahan pula di bulan puasa. Penat kerana seharian berpuasa, bila tiba masa berbuka ada kawan ajak "jom buka puasa sama aku di Hotel Westin atau JW Mariot hari ini".


Bila dengar hotel hebat-hebat mulalah kita pun rasa seronok nak pergi, tetapi kita kena juga ambil tahu yang hotel itu ada mendapat pengiktirafan halal atau tidak. Tahukah kita siapa yang membekal ayam kepada hotel tersebut ? Ayam sembelih atau ayam cucuk ? Babi mungkin tiadalah, tapi belum tentu.

Pernah berlaku beberapa tahun dulu di sebuah hotel di kawasan sekitar Sungai Besi sebuah hotel yang diserbu didapati menyimpan daging babi bersama dengan daging ayam serta ikan dalam peti sejuk yang sama dan tanpa sebarang pemisah.

Gunalah kuasa kita sebagai orang islam, boikot sahaja mana-mana hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal. Pergi kepada yang ada sahaja. Lama-kelamaan mereka rasa rugi dan mereka terpaksa dapatkan juga sijil halal.



Keratan akhbar diatas adalah senarai Hotel yang telah mendapat sijil halal jakim serta yang masih dalam proses.

Sekarang mari kita pakat-pakat senarai pula hotel-hotel dalam Wilayah Persekutuan KL yang tiada sijil halal dan tidak tersenarai dalam senarai diatas.Ini kerana supaya rakan-rakan kita semua tahu dan dapat mengelak daripada tertipu dengan hotel-hotel yang buat promosi berbuka puasa tetapi mungkin terdapat daging babi di dapurnya.

RBF mulakan

Hotel JW Mariot
Hotel Westin
Hotel Istana
Hotel Imperial (Sheraton Imperial)
Hotel ConcordeHotel Parkroyal
Hotel Equatorial
Hotel Berjaya Time Square
Hotel Nikko
Hotel Grand Millenium
Hotel Palace Of Golden Horses
Hotel ImpianaHotel Ritz Carlton
Hotel Hilton KL Sentral
Hotel Le Meridean
Hotel Cititel, Boulevard dan Garden (Mid Valley)

Banyak, memang banyak kalau nak disenaraikan betul-betul. Jangan pening dan jangan susahkan diri, pergi saja makan di hotel yang sudah tentu halal seperti senarai di atas.

Harap pihak-pihak berkuasa agama islam negeri-negeri juga dapat mengeluarkan senarai nama-nama hotel di negeri masing-masing yang mempunyai sijil halal.

BAGAIMANA DENGAN STATUS HALAL DI HOTEL-HOTEL SEKITAR PULAU PINANG....

Wednesday, August 11, 2010


Lim Guan Eng Ketua Menteri Paling Celaka Dalam Sejarah Negeri,sekali lagi berbohong kepada rakyat. Tindakan beliau menuduh Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman berniat jahat adalah cubaan untuk menutup kekejaman beliau terhadap para peniaga bazar ramadhan di KOMTAR.

Kenyataan Guan Eng yang dipetik dari twitter :

"PDC Dato Rosli maklum penganjur Bazar Ramadan Komtar kutip sewa dpd peniaga tetapi tak bayar kpd PDC itu sebab PDC halang. PR dianiaya lagi".

Pembohongan Guan Eng membuatkan anjing anjing belaan beliau menyalak diblog blog hinggakan menuduh UMNO terbabit dan membuat fitnah kepada Khalifah sosialis kesayangan mereka.

Hari ini digemparkan apabila para peniaga dan wakilnya En Gani telah mendedahkan betapa mereka dianaiya oleh Kerajaan DAP. Pihak PDC dikambing hitamkan untuk menutup kerja jahat menghalang peniaga melayu berniaga di KOMTAR. Baca seterusnya...

Thursday, August 5, 2010

Pak Ali bukanlah ahli mana-mana parti politik sejak dari zaman Tunku menjadi Perdana Menteri pertama di Tanah Melayu ini. Pak Ali cuma seorang melayu yang sayangkan tanah airnya dan juga prihatin tentang nasib generasi anak cucunya.

Pak Ali bukan juga pengikut atau kroni mana-mana politikus usang yang masih berpaksikan order baru mengkayakan perut serta tembolok sendiri. Pak Ali hanya seorang melayu yang sederhana tetapi terguris hatinya melihat penjajahan baru di Tanah Melayu.

Pak Ali juga bukan dari mana-mana NGO haprak yang bertopengkan hak melayu sejak dari zaman Tanah Melayu mula merdeka. Pak Ali cuma seorang individu kampung yang didalam dirinya mengalir darah melayu sejati dan jiwanya penuh dengan semangat cintakan bangsa serta ibu pertiwi.

Salahkah Pak Ali jika beliau tak dapat menahan sesak marah yang bersarang didada apabila melihat anak-anak melayu ditindas dan dihambat oleh kaum pendatang hanya semata-mata kerana melayu itu mahu mencari rezeki dibuminya sendiri?

Salahkah Pak Ali apabila beliau tak dapat membendung keperitan jiwa melayunya, apabila melihat sendiri bagaimana tanah-tanah kampung serta warisan nostalgia milik anak bangsanya direnggut satu persatu, oleh kaum yang nenek moyangnya pernah menjadi penarik lancha di Tanah Melayu?
Jika mempertahankan maruah melayu itu merupakan satu kesalahan, maka salahlah Pak Ali yang bangkit membuka dada menjadi penampan maruah bangsa dihadapan saki baki komunis yang semakin rakus bermaharajalela tanpa kawalan.

Jika memperjuangkan hak generasi anak cucu masa depan itu juga satu kesalahan, maka salah jugalah tindakan Pak Ali yang bangun berhadapan dengan permainan gampang konspirator kaum pendatang yang bertanggung jawab menggugat naluri kebapaannya.Pak Ali bukanlah siapa-siapa. Pak Ali juga bukan berkepentingan apa-apa. Tetapi hari ini Pak Ali akan dikenang sebagai seorang melayu tua yang bingkas bangun untuk berjuang demi survival anak bangsanya di Pulau Mutiara.

Pak Ali juga membuktikan bahawa jiwa merdekanya masih utuh dan kukuh sepertimana hari pertama laungan keramat "MERDHEKA" oleh Tunku berkumandang di Tanah Melayu !
Terima kasih di atas inspirasi dan juga suntikan semangat dari Pak Ali. Langkah yang Pak Ali mulakan akan kami pastikan berterusan. Patah sayap bertongkatkan paruh, biar gunung setinggi mana akan kami terus dan kami daki jua"

!Hidup Melayu !!!


GEORGE TOWN: A 63-year-old man, who was annoyed by the delayed payment in compensation by UDA Holdings Bhd for its project in Tanjung Tokong, decided to take matters into his own hands by confronting Chief Minister Lim Guan Eng yesterday.

The senior citizen who wanted to talk to the DAP secretary-general face-to-face on the matter, had loitered around the Komtar multi-storey car park the whole day.After spending the entire day waiting, the man's wish was finally granted when Lim emerged from the lift and was on his way to his official car parked on the level two of the car park at about 7.20pm on Monday.

Seizing the opportunity, the man beat Lim to the driver's room on the same level and intercepted the chief minister.

He then tapped Lim on his left shoulder and started voicing his displeasure over the delayed compensation package to some 3,000 residents over the development project.

NST


Projek Mega menipu rakyat oleh DAP.


Pemimpin DAP Selangor menjelaskan bahawa penarikan semula sokongan ke atas ahli majlis perbandaran Klang, Tee Boon Hock dilakukan kerana beliau didapati menipu mereka.

Pada 28 Julai lalu, setelah akhbar harian bahas Inggeris, the Star melaporkan seorang ahli majlis telah menyalah-gunakan kepala surat dan cop rasmi, exco Selangor, Ronnie Liu bagi mendapatkan kontrak berjumlah RM1 juta untuk 20 syarikat, pemimpin DAP negeri itu bersatu menyokong Tee.

Sidang media Tee bagi menjelaskan dan menafikan dakwaan itu dihadiri oleh pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, timbalannya, Tony Pua, exco kanan Selangor, Teresa Kok dan juga Liu.

Bagaimanapun keesokan harinya, jawatankuasa disiplin DAP mengumumkan bahawa mereka akan menyiasat dakwaan berkenaan dan diikuti oleh kenyataan Liu bahawa laporan polis akan dibuat ke atas Tee.

Pada hari berikutnya, negara dikejutkan apabila jawatankuasa disiplin parti itu terus memecat Tee atas dakawaan ahli majlis itu mengeluarkan surat sokongan kepada sebuah syarikat di mana anak lelakinya adalah seorang pengarah bagi mendapatkan kontrak.

Kini semakin terdedah sedikit demi sedikit bahawa semua pemimpin DAP adalah PENIPU dan PEMBOHONG !!

Father Joseph Lim Abdul Aziz dan gerombolan DAP di P.Pinang sibuk BERBOHONG kepada rakyat kerana mahu menyonglap semua hak melayu dan juga tanah-tanah negeri.

Ronnie Liu dan DAP di Selangor pula secara diam-diam mengikis duit rakyat melalui kerajaan negeri serta BERBOHONG dan BERPURA-PURA baik dihadapan rakyat Selangor.

Begitu juga Ngeh dan Nga bersaudara di Perak yang tak habis-habis MENIPU dan menyusahkan rakyat bersama beruk peliharaan mereka iaitu si Nizar TriStar.

Ini menunjukkan bahawa mereka semua ini memang tak tahu mentadbir negeri dengan baik dan adil. Mereka cuma mahukan kuasa untuk mengkayakan kroni dan poket mereka sendiri.Ini baru mentadbir dua tiga negeri, cuba bayangkan jika saki baki komunis ini diberi mandat untuk mentadbir negara. Pastinya hancur Tanah Melayu ini diporak perandakan oleh kaum ultra kiasu ini !

Tuesday, August 3, 2010



video


Pembohangan dan fitnah sepertimana Pisau nyatakan sebelum ini DAP berniat jahat dan ternyata kehabisan modal semata mata untuk menghentam SDO Nik Ali,Kedegilan pegawai Melayu ini untuk tunduk dan merafak sembah kepada Guan Eng cukup menaikkan api kemarahan beliau.

Guan Eng mengarahkan pegawai pegawainya untuk mengorek apa saja isu yang boleh dijadikan bahan untuk menghentam Nik Ali.

Dakwaan yang disiarkan malaysiakini portal rasis pada 30 Jun 2010 ternyata berniat jahat:

"Di balik gambaran tenang dan aman, bekas pejabat pembangungan negeri (SDO) Pulau Pinang sebenarnya menyembunyikan sebuah tempat yang ditinggilakan, kotor dan bersepah. Sampah- sarap yang tidak dikutip, plaster syiling dan dinding pecah, wayar berjuntai dan perabut tinggal bagai menyempurnakan gambaran suram itu. ADUN Komtar Ng Wei Aik mendakwa pejabat tersebut yang pernah digunakan oleh pegawai SDO Nik Ali Mat Yunus kini seperti tong sampah walaupun RM450,000 telah dibelanjakan untuk tujuan pengubahsuian. Nik Ali sebelum ini mempunyai hubungan yang keroh dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng apabila mereka berdua saling menggelar satu sama lain sebagai "biadap" dan "Napoleon kecil". Dalam satu sidang media di tempat tersebut hari ini, Ng menuntut penjelasan apa yang hendak dilakukan oleh Nik Adli dengan tempat itu setelah berpindah ke pejabat baru."

Untuk pengetahuan anda,fitnah dan tohmahan yang dilemparkan ternyata tidak berasas,tahukah anda renovation dilakukan secara kecil kecilan dan berperingkat dijalankan di tingkat 45 sejak tahun 2002 lagi semasa mantan SDO Ismail Wadin dan Zainal Rahim Seman kerana berpindah dari pejabat tingkat 57.

Revonation dilakukan kerana pertambahan jawatan ,dan adalah menjadi keperluan untuk keselesaan warga SDO untuk berkerja.Lihatlah bagaimana mereka sememangnya berniat jahat, pejabat asal SDO ditingkat 45 Komtar memang kosong,SDO tidak membazirkan wang sepertimana dakwaan fitnah dari ADUN Komtar Ng Wei Aik.

Tahukah anda,SDO mengambil semua barang mudah alih seperti perabut,pintu,dinding cermin,meja bilik gerakan,aircond,permaidani ,penghadang dan memindahkan ke pejabat baru,barang-barang tersebut dipakai semula di 3 pejabat baru SDO iaitu itu di Boustead dan di Pejabat Bayan Lepas dan Butterworth.

Penggunaaan semula moveable items ini telah menjimatkan ratusan ribu wang rakyat.SDO hanya berbelanja sedikit sahaja untuk memasuki 3 pejabat baru tersebut. Barang-barang moveable items ini masih elok dan tidak ada sebab untuk ditinggalkan di tingkat 45.

Persoalannya Guan Eng juga telah mengadakan renovation rumah kerajaan sebanyak RM300k tetapi tidak di diami pun. Beliau benar-benar membazirkan wang rakyat. Dasar lidah biawak, LGE mengatakan alasan, tak boleh bela anjing, ada musang dan macam2 sampai panggil pakar fengshui. Rumah baru beliau letak pelbagai cctv merata ceruk. Apa yang Guan Eng takutkan sangat .

Di pejabat dia di KOMTAR pun sama pelbagai CCTV di pasang,yang tinggal cuma tandas saja CCTV tidak dipasang.

Sumber : www.pisau.net

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.