Thursday, November 4, 2010

TERKINI : 11.45AM PRK N.45 DUN GALAS


Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Putra satu lagi pergaduhan tercetus di antara penyokong PAS dan BN di hadapan pintu masuk sekolah. Pergaduhan ini tercetus akibat dari tindakan provokasi penyokong PAS yang menghantar beberapa penyokongnya untuk meludah di hadapan penyokong BN yang sedang berjalan. Pihak Polis telah berjaya menyelesaikan pergaduhan tersebut sebelum ianya berlarutan lebih teruk.

Aksi membaling botol sudah sinonim dengan penyokong PAS. Satu botol Air mineral yang penuh telah di lontarkan oleh Penyokong PAS dan telah mengenai seorang Penyokong Puteri UMNO tepat di Kepala. Mangsa telah di hantar untuk mendapatkan rawatan lanjut.



2 comments:

menara said...

Lintas langsung dari Galas - LIVE

Cikgu Di said...

Kalaulah benar seperti yang tuan laporkan maka saya amat terkilan dengan sikap penyokong parti yang begitu fanatik dan emosi yang tak tahu nak berfikir. Pilihanraya adalah hak setiap orang dan mereka bebas memilih siapa yang ingin diundi kenapa harus berpekik melolong dan melontar kearah siapa saja yang kita tak setuju....bersikap waraslah sikit....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.